Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, June 19, 2013

KhaiRizal : A Love Story 17

Pejam celik, pejam celik, tiada siapa menyedari masa yang berlalu begitu pantas, akhirnya sudah lebih enam bulan Khai tinggal di Canberra, Australia dirumah sewa abangnya yang terletak di dalam kawasan Belconnen.

            Namun sayangnya, Khai langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Setiap hari Khai yang termenung, tidak mahu makan dan minum. Biasanya sebelum berangkat pergi bekerja, Khairul akan menyiapkan sarapan terlebih dahulu untuk adiknya tetapi sarapan yang disediakan tidak pernah dijamah. Kadang-kala Khairul sendiri putus asa namun dia tahu dia harus banyak bersabar demi adiknya.

            Wajah Khai semakin hari semakin pucat dan cengkung. Dia seperti sudah hilang semangat untuk hidup. Khai hanya diam apabila diajak berbual, namun Khairul tahu Khai sentiasa menyebut nama Rizal dalam tidurnya.

            Walaupun jarang pulang ke Malaysia, Khairul tahu betapa bahagianya Khai melayari bahtera rumah tangga bersama Rizal. Hampir setiap hari mereka berhubung melalui Facebook dan bertukar-tukar gambar. Namun sekarang, segala-galanya berubah kerana pemergian Rizal.

            Pagi itu, sama seperti hari-hari yang sebelumnya, Khairul menghidang sarapan di atas meja. Dia sudah bersiap kemas dengan kemeja dan kotnya untuk keluar bekerja. Ketika itulah dia lihat pintu bilik Khai terbuka. Khai yang berwajah pucat, memakai sweater tebal keluar dari bilik.

            Khai melangkah melintasi meja makan tanpa mempedulikan abangnya, seolah-olah tiada sesiapa di situ.

            “Kau nak ke mana?” tegur Khairul.
            “Nak ambil angin kat luar kejap.” Khai menjawab perlahan.
            “Kot ya pun makanlah dulu. Aku dah buat sarapan ni.”
            “Tak apalah, kau makan dulu. Aku punya tinggalkan kat situ.”
            Baru sahaja Khai ingin melangkah, tiba-tiba dia terasa lengannya ditarik.
            “Tunggu kejap, aku nak cakap sikit.” Tegas kedengaran suara Khairul.

            Khai memandang abangnya. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari pegangan Khairul.

            “Cakap nanti je, boleh tak? Aku tengah serabut. Nak keluar kejap.”

            Khairul tidak berdaya untuk menghalang. Dia takut adiknya makin tertekan. Dengan hati yang berat, dia hanya mampu melihat Khai keluar tanpa berbuat apa-apa.

            Keadaan itu berlanjutan lamanya tanpa jalan penyelesaian. Beberapa minggu seterusnya, Khairul tidak mampu lagi bersabar. Pada satu hujung minggu, dia mengekori Khai kerana ingin mengetahui ke mana Khai pergi selama ini.

            Rupa-rupanya Khai suka duduk di Lake Burley Griffin, sebuah tasik yang mengelilingi Canberra. Mungkin dia ingin mencari ketenangan. Dia duduk bersendirian di atas rumput menghadap pemandangan tasik yang indah dan tenang.

            Baru beberapa ketika Khai di atas permaidani hijau itu, Khairul duduk disebelahnya dengan selamba. Dia tidak peduli sekiranya Khai naik marah kerana dia sendiri sudah lama bersabar.

            “Kau buat apa kat sini?” soal Khai dengan serius.
            “Aku ikut kau.” Khairul menjawabnya dengan riak bersahaja.
            “Kau stalk aku ek?”
            Khairul mengangguk selamba badak.

            Wajah Khai bertukar merah menahan marah. Dia terus bangun ingin meninggalkan kawasan itu kerana ketenangannya telah terganggu, namun Khairul pantas menangkap lengan Khai.

            “Lepaslah! Kau nak apa?” Tidak semena-mena Khai mengamuk pula.

            “Aku akan lepas kalau kau setuju untuk berbincang.”

            “Kau nak bincang apa?”

            “Tentang kau. Dah enam bulan aku bersabar, itu dah lebih dari cukup. Sekarang kau perlu dengar apa aku nak cakap,” tegas Khairul.

            Khai mengetap bibir. “Baik, cakaplah apa kau nak cakap.”

            Perlahan-lahan Khairul melepaskan tangan adiknya. Dia menyeluk kedua-dua tangannya di dalam kocek seluar.

            “Khai, kau rasa apa yang kau buat ni betul ke?”

            “Apa kau meraban ni?” Khai masih dengan kedegilannya.

            “Diri kau… mana pergi diri kau yang dulu? Ini ke Khairina yang aku kenal dulu?”

            Khai mendengus. “Inilah diri aku sekarang!”

            “Tak, kau sedar tak yang kau sedang menyeksa diri sendiri sekarang? Kalau kau terus buat macam ni pun, lelaki yang kau cinta tu takkan balik semula!”

            “Kau diamlah, Arul! Kau tak tahu apa yang aku rasa!” Khai mula meninggikan suara. Ada mutiara jernih bertakung di matanya. Kulitnya yang putih kemerah-merahan menjadi semakin merah saat itu.

            “Kau tak tahu apa aku rasa, Arul. Lelaki yang aku cinta tu adalah suami aku. Dah tujuh tahun kami kahwin. Kami bahagia sebelum ni. Tuhan je tahu apa aku rasa bila dia tiba-tiba pergi tinggalkan aku. Aku rasa macam nak mati, Arul. Aku dah tak tahan. Setiap hari aku rindukan dia. Setiap hari aku terbayangkan dia.”

            Setitis demi setitis air mata gugur ke pipi Khai. Serak kedengaran suaranya. Khairul sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

            “Astaghfirullahalazim… Khai, kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kau sedang meratapi pemergian orang yang dah tak ada. Berdosa, Khai. Terimalah qada dan qadar Allah. Semua ni mesti ada hikmah,” nasihat Khairul dengan lembut.

            “Kau senang cakap. Kau tak pernah berkahwin pun, Arul. Dan kau tak pernah ada anak pun. Kau takkan tahu apa yang aku rasa.”

            Khairul mengetap bibir. Terasa kesabarannya semakin menipis.

            “Ya, memang aku tak pernah berkahwin. Tapi kau jangan ingat aku tak ada perasaan. Aku pun pernah kehilangan orang yang aku sayang. Tapi menyeksa diri takkan mampu mengubah apa-apa pun. Dan oh ya, pandai pulak kau ingat yang kau ada anak, kan? Habis tu kenapa kau buat macam ni? Kau seksa diri, kau abaikan tanggungjawab kau sebagai ibu kepada Keri.”

            Khai tergamam.

            “Khai, tolong jangan jadi bodoh. Kau duduk menangis macam ni hari-hari pun, apa kau dapat? Entah-entah penjenayah yang dah bunuh laki kau tu tengok berseronok berparti sana sini meraikan kematian Rizal!”

            Kata-kata Khairul itu begitu tajam menikam kalbunya. Khai tidak mampu untuk mendengar lagi. Dia terus menekup telinga dan berlari meninggalkan kawasan tasik itu.

            Khairul hanya mampu mengeluh. Wajahnya diraup berulang-ulang kali.
***********
“Abang… abang… jangan tinggalkan Rina. Tolong jangan tinggalkan Rina…”

            Khai terus terjaga dari tidurnya. Terus dia beristighfar. Tangannya mengusap wajah berulang-ulang kali. Dia bermimpi Rizal tersenyum dan memeluknya tetapi tiba-tiba Rizal pergi begitu sahaja. Tidak kira sekuat mana dia meraung dan menangis, Rizal langsung tidak berpaling. Hampir setiap hari dia didatangi mimpi yang sama.

            Ya Allah, rindunya aku pada dia. Abang, Rina betul-betul rindukan abang. Ya Allah, andainya suamiku benar-benar sudah tiada, kau tempatkanlah dia didalam golongan orang-orang soleh, doanya di dalam hati.

           Khai menjadi sebak tiba-tiba. Tangannya memegang dada. Terasa luka yang sekian lama membarah semakin kuat membaham sekeping hatinya. Benar kata Khairul, dia tidak boleh terus menyeksa diri. Dia perlu melakukan sesuatu demi suaminya.


            Perlahan-lahan dia bangkit meninggalkan katil dan menuju ke bilik air.

            Khai memandang cermin bilik air, memandang refleksi diri sendiri. Melihat wajahnya, dia terbayang akan rupa dirinya sebelum berkahwin. Berparas comel, bermuka jambu, maskulin dan berambut pendek.

            Tapi sekarang? Yang berdiri dihadapan cermin sekarang adalah seorang wanita janda beranak satu. Berwajah sembab dan sugul kerana masih menangisi pemergian suami tercinta. Adakah itu memang dirinya? Kemana perginya Abang Khai, seorang gadis lincah, periang dan kuat?

            “Khai, tolong jangan jadi bodoh. Kau duduk menangis macam ni hari-hari pun, apa kau dapat? Entah-entah penjenayah yang dah bunuh laki kau tu tengok berseronok berparti sana sini meraikan kematian Rizal!”
            Ah! Kata-kata Khairul begitu menyakitkan hati. Begitu menyeksa jiwa. Ya, mungkin ada benarnya juga. Kenapa dia perlu menderita seperti ini sedangkan penjenayah yang sudah membunuh suaminya mungkin sedang berbahagia di luar sana?

            Khai mencapai gunting di tepi cermin. Hujung gunting yang tajam dipandangnya dengan penuh asyik. Kalau dia tidak waras, pasti hujung gunting itu dihunus ke urat nadi atau tengkuknya. Biarlah dia mati daripada menderita zahir dan batin seperti ini.

            Tapi dia tahu, itu bukan caranya. Bukan cara Khai, seorang gadis periang dan tabah. Kematian bukanlah penamat segala penderitaan. Bahkan kematian itulah yang akan membawa penderitaan diakhirat sana. Dia akan mengadap Tuhan dan Tuhan akan bertanya, kenapa dia membunuh diri sedangkan membunuh diri adalah dosa besar dalam Islam?

            Gunting itu dihala ke rambutnya. Sedikit demi sedikit rambutnya yang separas bahu itu dipotong. Sedikit demi sedikit rambutnya jatuh ke lantai.

            Ya, benar kata Khairul. Dia bodoh jika dia hanya duduk menangisi kematian suaminya. Itu tidak akan mengubah apa-apa. Membayangkan bagaimana suaminya dibunuh dengan kejam, hatinya bertambah sakit.

            Tanpa disedari setitik lagi air jernih gugur ke pipinya. Namun kali ini bukan lagi air mata kesedihan dan penderitaan. Khai bersumpah selepas ini dia tidak akan menangis dan menderita lagi. Air mata ini adalah demi mencari kekuataan dan semangat baru.

            Rambutnya semakin lama semakin pendek. Selepas berpuas hati, gunting tersebut dicampak ke dalam sinki. Matanya menentang wajah sendiri didalam cermin. Matanya yang merah menzahirkan dendam yang telah sekian lama terpendam.

            “Aku takkan maafkan orang yang dah bunuh suami aku, sekaligus menghancurkan kebahagiaan keluarga aku. Aku bersumpah dia akan membayar semula harga penderitaan aku dan seluruh ahli keluargaku!” tekad Khai dengan penumbuk yang digenggam kuat.

            Dia kini bukan lagi Khairina, seorang wanita janda beranak satu yang akan menangis setiap kali teringatkan arwah suaminya. Dia Khai, seorang wanita kuat yang akan membalas semula perbuatan manusia yang sudah menghancurkan hidupnya.

            Aku akan kembali!
***************

Mulut Khairul ternganga. Dia yang sedang menikmati sarapan didapur pagi itu terbantut seketika apabila Khai tiba-tiba muncul. Tapi bukan itu yang mengejutkannya. Dia terkejut melihat Khai balik ke imej lamanya, berambut pendek seperti lelaki dan berimej tomboy.

            Khai buat-buat selamba. Dia duduk menyertai Khairul. Tangannya terus mencapai roti dan menyapu jem. Itu tambah membuat Khairul merasa pelik. Lebih 6 bulan Khai disini, makan tak mahu, minum tak mahu, hanya berkurung didalam bilik. Tiba-tiba pagi ini Khai sudah keluar bilik dan makan sarapan.

            “Khai… err…”
            “Yup?” Khai bersuara dengan mulut yang masih mengunyah.
            “Ada apa-apa yang special ke hari ni?”
            “Takde.”
            “Habis tu, kenapa…”
            “Aku nak balik Malaysia!”
            “Hah?” Khairul angkat kening.
            “Aku nak balik Malaysia!” Khai menekan.
            “Kenapa tiba-tiba je?”

            Khai diam sebentar. Dia meletakkan rotinya di atas pinggan dan mengesat mulut dengan belakang tangan. Dia memandang abangnya.

            “Aku nak cari pembunuh Rizal!”
            “Hah, kau gila ke?” Khairul sedikit terjerit.
            Khai tidak memberi sebarang reaksi.

            “Kau ingat nak cari pembunuhnya senang? Kau ingat boleh cari pakai kompas ke? Lagipun itu kerja bahaya. Itu bukan bidang kau. Biarlah polis yang cari,” ujar Khairul.

            Khai tersenyum. “Aku dah agak memang itu jawapan kau. Tak apalah, kalau kau nak bersama aku, ikutlah aku balik Malaysia hujung minggu ni. Kalau tak nak, aku boleh balik sorang.”

            Khairul melepaskan keluhan kecil. Sakit kepalanya melayan kerenah adiknya yang seorang ini. Degilnya tak habis-habis.

            “Aku dah tak sanggup menunggu, Arul. Lebih enam bulan aku terseksa. Lebih enam bulan aku menunggu, tapi pihak polis belum menemui apa-apa. Aku tak nak menunggu lagi. Biarlah aku usaha sendiri. Kalau aku tak berjaya pun, sekurang-kurangnya aku berpuas hati sebab aku dah buat segala yang termampu,” tutur Khai perlahan.

            Khairul terdiam. Rasa serba salah dan risau saling berantakan. Adakah Khai sudah gila meroyan? Tapi setahunya meroyan itu penyakit gila lepas beranak. Hmm…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Sunday, June 2, 2013

KhaiRizal : A Love Story 16

Seminggu sudah peristiwa itu berlalu. Mereka sudah menerima laporan forensik. Apa yang ditemui dalam letupan itu hanyalah serpihan daging yang telah hangus. Ujian DNA yang membuktikan bahawa serpihan daging itu adalah milik Rizal sudah cukup membuat jiwa Khai melayang.

            Dia bukan lagi dirinya yang dulu; seorang isteri dan ibu yang ceria. Dia lebih banyak diam dan berkurung di biliknya. Makan minum Along, Adik dan Khairizal terabai. Khai kusut masai.

            Along yang tidak mahu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku, hanya mampu menjawab ‘Abah kerja jauh’ setiap kali Adik dan Khairizal bertanya. Luluh hatinya bila Adik menangis, katanya abah belum membelikan hadiah yang dijanjikan. Dan Khairizal menangis rindukan abahnya.

            Demi menutup masalah itu daripada pengetahuan Adik dan Khairizal, Along meminta Angah dan suaminya menjaga mereka untuk sementara. Angah dan suaminya tidak keberatan, malah dengan senang hati ingin menjaga Adik dan Khairizal kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata sendiri.

            Along bingung. Kadang-kala dia sendiri menumpahkan air matanya. Kehilangan Rizal telah mengubah hidup mereka seratus-peratus. Dia hanya mampu berdoa dan berharap semoga Rizal masih hidup dan mayat itu bukan mayat abahnya.

            Kerana tidak tahan melihat keadaan ibu saudaranya, Along membuat keputusan untuk menghubungi bapa saudaranya yang telah lama menetap dan bekerja di Australia, Khairul. Khairul adalah abang kandung kepada Khai, pasti dia boleh membantu.

            Menanti kedatangan Khairul tidak mengambil masa yang lama. Sejurus Khairul mendengar segalanya dari mulut Along, tanpa berfikir panjang dia terus mengambil cuti dan membeli tiket penerbangan ke Malaysia seawal yang mungkin.

            “Macam mana Abang Khai kamu?” Itu soalan pertama yang keluar dari bibir Khairul ketika Along datang mengambilnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

            Along tidak menjawab, hanya wajahnya yang kelihatan hambar. Khairul mengerti. Along tidak perlu menjawab. Lihat dari air muka Along, dia sudah dapat mengagak jawapannya.

            Mereka berdua terus menuju ke kereta Along. Along memandu keretanya pulang ke banglo tempat tinggalnya bersama Rizal sekeluarga di Bayu Perdana.

            “Dah lama uncle tak jumpa Khai dan Rizal. Uncle fikir mereka berdua hidup bahagia kat sini. Tapi tak sangka… bahagia tak kekal lama…” tutur Khairul perlahan ketika didalam kereta.

            Along hanya mendiamkan diri. Teringatkan bagaimana cara kematian bapa saudaranya yang begitu tragik, dia menjadi sungguh sebak. Rizal mati terbakar, dan yang tinggal hanyalah daging-dagingnya yang telah reput terbakar. Kenapa penjenayah itu begitu kejam mengebom rumah tinggal tersebut? Dan kenapa cuma Rizal seorang yang menjadi sasaran mereka?

            “Uncle sekarang kerja apa? Macam mana tinggal kat Australia? Seronok?” Along mengalih topik, mempamerkan senyuman yang dibuat-buat.

            Khairul tersenyum. “Uncle sekarang kerja disebuah syarikat penerbitan majalah kat sana. Alhamdulillah, rezeki tu sentiasa ada.”

            “Tak ada yang istimewa?” duga Along.
            Khairul tersenyum sumbing.

            “Malas nak carilah, Along. Dah ada jodoh nanti, adalah tu. Uncle busy dengan kerja. Ini pun nasib baik bos bagi ambil cuti.”

            Along juga tersenyum. Hmm… sedangkan bapa saudaranya yang sudah masuk umur 30-an belum jumpa bakal isteri yang sesuai, apatah lagi dia? Tak apalah, Allah SWT sudah menetapkan jodoh untuk setiap hamba-Nya. Dia tidak perlu risau.
***************
Khai berusaha untuk bangun dari pembaringannya ketika melihat Khairul muncul di pintu bilik. Khairul cepat-cepat masuk dan menyuruh Khai baring semula. Dia tidak sampai hati dan kasihan melihat wajah Khai yang pucat dan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis.

            “Arul, bila kau sampai? Kenapa tak call dulu?” Lemah suara Khai bertanya.

            “Baru je sampai. Tak apalah, aku tak nak menyusahkan kau. Along datang amik aku kat airport tadi.”

            Khai tidak menjawab. Hanya matanya yang sayu membalas pandangan Khairul.

            “Arul, Rizal…”

            “Tak apa, tak perlu beritahu. Along dah ceritakan semuanya pada aku,” potong Khairul dan meraih tangan adiknya.

            Tangan Khai digenggam erat. Tiba-tiba Khai menangis.

            “Arul, aku tak percaya Rizal dah mati. Mayat tu bukan mayat Rizal…”

            “Shh… shh… jangan fikir apa-apa buat masa ni. Kau kena banyak rehat.” Khairul cuba menenangkan adiknya, walhal dia sendiri begitu sedih kala itu. Kepala Khai diusap-usap beberapa kali.

            Khairul mengetap bibir. Rasa simpatinya menggunung. Agak lama dia mengambil masa untuk menenangkan Khai, akhirnya Khai tertidur. Ketika matanya terpejam pun, ada setitis air jernih gugur dari matanya.

            Khairul perlahan-lahan bangun, menyelimuti tubuh adiknya dan keluar dari bilik itu. Baru sahaja dia menutup pintu bilik, Along datang menerpa.
            Khairul melepaskan satu keluhan kecil dan menggeleng-geleng.

            “Abang Khai kamu tu tak boleh tinggal kat sini untuk sementara waktu. Rumah ni akan lebih mengingatkan dia pada arwah Rizal,” ujarnya.

            Along mengerutkan kening. “Habis tu macam mana, uncle?”

            “Uncle ingat nak bawa dia ke Australia, tinggal kat sana dengan uncle untuk sementara waktu.”

            “Hah? Habis tu macam mana dengan Adik dan Keri? Diorang masih kecil. Tak mungkin diorang akan faham kalau Abang Khai tiba-tiba menghilang. Dan sampai sekarang diorang tak tahu pun yang abah diorang dah meninggal!” Along kelihatan kaget dengan usul bapa saudaranya.

            Khairul mengangguk. “Itu yang kita perlu bincangkan. Nanti kamu hubungi Angah dan suaminya. Kalau diorang ada masa, suruh diorang datang rumah malam ni atau esok.”

            Along terdiam seketika. Dengan perasaan yang berbelah bahagi, akhirnya dia akur jua.
***************
“Nak bawa Abang Khai ke Australia?” Angah kelihatan terkejut sebaik Khairul menerangkan tujuannya mengadakan perbincangan pada malam itu.

            Dia dan suaminya saling berpandangan. Along pula diam membatu.

            “Uncle rasa kalau dia duduk di rumah ni, dia akan makin terseksa. Rumah ni akan lebih mengingatkan dia pada Rizal,” kata Khairul dengan tenang.

            “Habis tu macam mana dengan Adik dan Keri? Siapa yang nak uruskan mereka kalau Abang Khai tak ada?” soal Along pula.

            Sepi mengepung seketika. Tiada siapa menjawab soalan Along.

            “Kalau itu keputusan yang terbaik untuk Abang Khai, bawa ajelah dia ke Australia. Mudah-mudahan dia akan lebih tenang kat sana,” sampuk Saiful yang sedari tadi menjadi pemerhati.

            Saiful menghela nafas, kemudian menyambung lagi, “Tentang Adik dan Keri, jangan risau. Saya sudi jaga mereka untuk sementara. Mereka boleh tinggal kat rumah saya dan Syafiqa.”

            Angah mengangguk.

            “Kalau itu yang terbaik untuk Abang Khai, Angah tak kesah. Angah dengan Saiful boleh tengok-tengokkan Adik dan Keri. Lagipun kitorang belum dapat anak sendiri. Kalau dapat tengok gelagat Adik dan Keri, terubat jugak rasa rindu kami yang belum ada anak ni,” tokok Angah seraya tersenyum.

            Saiful memeluk bahu Angah, memahami perasaan isterinya.

            “Oh ya, Along pun tinggallah sekali dengan kami!” ujar Angah lagi.

            Along kelihatan terkejut. Pantas dia menggeleng.

            “Eh, tak apalah. Along boleh tinggal kat sini.”

            “Takkan Along nak tinggal sorang-sorang? Kalau si Jantan bin Awang tu datang ganggu Along lagi macam mana?” sela Angah kelihatan risau.

            Khairul menaikkan kening. “Jantan bin Awang? Siapa tu?”

            Along diam sahaja. Angah pantas menjawab, “Dia ex-boyfriend Along. It’s a long story. Sejak akhir-akhir ni dia selalu ganggu Along. Tak kira melalui telefon atau cari Along kat ofis. Angah risau nak biarkan Along tinggal sorang-sorang kat sini. Along staylah kat rumah Angah sementara Abang Khai ada kat Australia.”

            Along tersenyum kelat.
            “Err… tak mengganggu privasi korang ke?”

            “Hish, mengganggu apa pulak? Kita semua satu keluarga. Kerisauan Syafiqa berasas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Bahaya kalau tinggal sorang-sorang. Sementara Abang Khai tak ada kat sini, eloklah Along, Adik dan Keri tinggal dengan kami,” ungkap Saiful, disambut dengan anggukan dari isterinya.

            “Hehe… tapi Along ni bukannya budak-budak. Along boleh jaga dirilah,” balas Along sambil menggaru-garu kepala. Rasa canggung dilayan macam budak kecil yang memerlukan perlindungan dan pengawasan orang dewasa.

            “Tapi Along bukannya kuat sangat. Along tahu bersilat? Tahu Taek Kwan Do? If something bad happen, Along boleh melawan?” sela Angah.

            Along terdiam. Kali ini dia terasa kalah.
            Khairul mengangguk-angguk.

            “Betul jugak tu. Bahaya anak dara tinggal sorang-sorang. Along tinggallah dekat rumah Angah untuk sementara. Nanti bila Abang Khai dah balik, Along tinggal kat sini.”

            Along masih lagi diam. Memandang semua orang yang menanti jawapan darinya. Akhirnya dia mengalah.

            “Baiklah, kalau itu yang terbaik, Along akan dengar cakap Angah dan Uncle Arul.”

            Masing-masing tersenyum mendengarnya. Akhirnya mereka semua mencapai kata sepakat. Sementara Khai tinggal di Australia bersama Khairul, Along, Adik dan Khairizal akan tinggal di rumah Angah dan suaminya. Banglo yang mereka diami sekarang pula akan dibiarkan kosong, sehinggalah mereka sekeluarga benar-benar bersedia untuk berkumpul semula.

            Dan selepas Angah serta suaminya pulang, Along terus naik ke biliknya untuk menyiapkan beberapa tugasan di ofis yang belum selesai. Khairul pula melangkah masuk ke bilik Khai.

            Dia mengeluh lagi. Keadaan Khai benar-benar membuat dia sedih.

            Baru sahaja dia duduk di tepi katil, Khai membuka matanya. Khai ingin bersuara tetapi Khairul pantas meletakkan jarinya ditepi bibir, tanda tidak mahu mendengar apa-apa dari mulut Khai.

            Tiba-tiba Khai menangis pula. Khairul mengerti. Khai sangat mencintai suaminya, tapi segala yang berlaku adalah qada dan qadar Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.

            Khairul memeluk tubuh adiknya. Lama. Khairul menyatakan hasratnya ingin membawa Khai pulang bersamanya ke Australia. Dia tidak sampai hati melihat keadaan adik yang dikasihinya seperti ini.

            Khai mengesat air mata. Ingatan terhadap Rizal sejak kematian suaminya itu benar-benar menyeksa batinnya. Benar-benar menyesakkan nafasnya. Dia sudah tidak sanggup. Demi mencari ketenangan sendiri, dia akur akhirnya.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)