Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, July 18, 2014

Zikir Cinta 15

“KENAPA sejak akhir-akhir ni Daniel nampak lain?” Jessica yang dari tadi sibuk memilih barang-barang dapur berpaling mendengar pertanyaan Adrian. Wajahnya dikerutkan.

            “Berubah bagaimana maksudnya?”

            “Since dia broke up dengan minah tu. Bila dikira-kira, sejak seminggu lepas. Lepas keluar dengan awak. Dia langsung dah tak banyak cakap sekarang,” beritahu Adrian.

            “Itu kitorang tak heranlah sebab perangai dia memang macam tu pun sejak dulu. Tapi tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni nampak lebih pendiam. Kalau nak kata sebab putus dengan Cinta, esoknya dia nampak okey je. Dia mula jadi pendiam lepas keluar dengan awak,” sampuk Jason Lee sambil membetul-betulkan kaca matanya.

            “Setiap kali masuk bilik dia, saya tengok dia lebih kerap berzikir daripada biasa,” tokok Adrian pula.

            Jessica tersenyum dan berjalan ke bahagian sayur-sayuran. Adrian dan Jason Lee  menurutinya.

            “Kenapa? Kalian gak suka dia berzikir? Berzikir itu kan bagus,” jawab Jessica sambil membelek-belek sayur kubis.

            “Ya, betul. Berzikir tu bagus tapi kitorang risau dengan perubahan mendadak dia,” balas Jason Lee sambil turut mengambil beberapa ketul lobak dan lada benggala. Dia selalu mendengar Daniel berkata berzikir mengingati Allah itu memberi ketenangan jiwa kepadanya.

            Jessica tidak berkata apa-apa. Dia terus ke kaunter bayaran dan meletakkan barang-barang dapur yang dibelinya. Kesemuanya disusun rapi di dalam beg plastik oleh penjaga kaunter.

            Selesai membayar harga barang-barang dapur yang dibeli, mereka terus keluar dari Jabal Halal Market dan menaiki Toyota Harrier milik Adrian ke sebuah restoran Indonesia yang dicadangkan oleh Jessica.

            Kereta Adrian diparking dihadapan Sanur’s Balinese Restaurant yang terletak di Emu Bank.

            “Jess, awak tahu kenapa Daniel jadi macam tu?” Adrian masih bertanya soalan yang sama sebaik sahaja pelayan yang mengambil pesanan mereka pergi.

            Jessica menggeleng perlahan. “Sorry, I have no idea…”

            Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasan sendiri. Jessica tahu dia tidak boleh menceritakan apa-apa kepada Adrian dan Jason Lee kerana dia sudah berjanji dengan Daniel untuk merahsiakannya.

            Tidak tahu berapa lama mereka mendiamkan diri, pelayan restoran sudah membawa makanan-makanan yang dipesan – Nasi Ulam Bali, Nasi Goreng Lautan dan daging itik serta ayam.

            “Nah, kalian coba rasa ini. Kalian makan aja nasinya. Aku udah kenyang. Aku cuma mau makan daging bebek,” kata Jessica ceria sambil menyuakan dua pinggan nasi itu kepada Adrian dan Jason Lee.

            “Daging bebek?” Jason Lee mengerutkan kening.

            “Masa kamu nggak tau? Di Malaysia panggilnya apa?” Jessica bertanya pula.

            “Bebek tu apa?” Jason Lee masih bertanya soalan yang sama.

            Jessica terus meniru cara itik berbunyi sambil mengepak-ngepakkan tangan hingga menimbulkan kelucuan pada Jason Lee.

            “Oh, itik?”
            Jessica mengiyakan. Jason Lee tergelak besar.
            “Pandai awak tiru bunyi tu. Good sense of humor,” puji Jason Lee.
            Jessica tersengih-sengih.

            Nasi Ulam Bali dihadapan Adrian masih belum terusik. Jason Lee pula sudah mula menyuap Nasi Goreng Lautan ke dalam mulutnya.

            “Adrian, apasal kau tak makan? Kalau tak nak, kasi akulah!” kata Jason Lee dengan mulutnya yang masih penuh dengan nasi.

            Adrian terus menolak pinggan dihadapannya. Dia merenung Jessica hingga membuatkan gadis itu serba-salah.

            “Awak bohong, kan?”
            Jessica tersentak dengan ucapan Adrian yang tiba-tiba itu.
            “Bohong apa?” Dia cuba mengawal perasaan.
            “Tentang Daniel. Awak tahu kenapa dia jadi macam tu, kan?”

            Jessica mengetap bibir. Jason Lee yang dari tadi sibuk mengunyah makanan turut merenungnya. Dia jadi tidak keruan.

            “Aku… aku nggak bisa, Adrian. Aku udah janji sama Daniel!”
            “Janji apa?”
            “Janji nggak kasi tahu kalian soal ini.”

            Adrian mengeluh sambil mengurut-urut belakang lehernya. Dia benar-benar terkilan dengan sikap Daniel. Tiga tahun yang lalu, dia, Jason Lee dan Daniel sudah berjanji akan menjadi saudara untuk selama-lamanya dan cuma maut yang boleh memisahkan mereka. Tidak boleh ada rahsia antara mereka. Tetapi sekarang kenapa Daniel sudah pandai berahsia? Itu membuatkan dia dan Jason Lee tertanya-tanya.

            “Jess, awak tahu kan betapa akrabnya saya, Jason dan Daniel? Kitorang ni dah macam adik-beradik. Takkanlah kitorang nak biar dia tanggung kesusahan sendirian,” ujar Adrian.

            “Betul, kitorang ni memang macam adik-beradik!” sokong Jason Lee. Tersembur-sembur nasi keluar dari mulutnya ketika dia bercakap.

            Adrian menjeling sambil menyiku lengan Jason Lee.

            “Pengotorlah kau ni. Kot ya pun janganlah sampai nasi tu berterabur. Pas ni kau kutip balik semua nasi kat meja!” katanya.

            Jason Lee tersengih.

            “Hey, I’m just being myself!” katanya membela diri.

            Adrian menggeleng-geleng. Dia tidak kuasa melayan Jason Lee kerana ada hal yang lebih penting selain nasi keluar dari mulut.

            “Jess, just tell us the truth!” desaknya.

            “Okey… okey… aku akan kasi tahu sama kalian, tapi kalian harus bertanggungjawab sendiri. Aku nggak mau Daniel marah sama aku,” ujar Jessica memuncungkan bibir. 

            “Beritahulah cepat!”

            “Seminggu yang lalu aku sama Daniel ketemu sama Cinta dan teman-temannya.”

            Wajah Adrian berubah mendadak. Jason Lee ternganga dengan mulut yang masih penuh dengan nasi. Eeeii!

            “Then?” tanya Adrian tidak sabar-sabar.

            “Ternyata selama ini Cinta sebenarnya taruhan sama teman-temannya. Mereka bilang, mereka pingin lihat apakah Cinta bisa mendekati dan memikat hati Daniel. Cinta selama ini bukan aja udah pura-pura mencintai Daniel, bahkan betting wang untuk membuktikan kalau dia hebat dan bisa menundukkan mana-mana lelaki pun yang dia mau.”

            Menggeletar seluruh tubuh Adrian mendengar cerita Jessica. Selama ini dia masih boleh bersabar dengan sikap Cinta, tetapi kali ini perbuatan Cinta benar-benar sudah melampau. Patutlah dia lihat Daniel banyak mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik.

            Selama ini dia lihat sendiri bagaimana sayangnya Daniel terhadap Cinta. Dia lihat sendiri bahagaimana sahabatnya telah jatuh cinta. Tergamak Cinta mempermainkan perasaan Daniel dan menjadikan cinta sahabatnya itu sebagai barang pertaruhan!

            “Makan cepat. Aku ada hal!” Adrian memberi arahan.

            “Kamu mau ngapain?” Jessica sudah mulai gusar.

            “Ada hal!”

            Jessica terkedu apabila Adrian mula meninggikan suara.

Jason Lee pula menunduk. Kali ini dia makan dengan laju, tetapi penuh dengan adab kesopanan kerana takut dimarahi oleh Adrian.
*****************

APA perasaan aku pada Daniel selama ini? Cinta tidak henti-henti bertanya dirinya sendiri.

            Sampai sekarang dia belum menemui jawapannya. Semacam ada getaran dihatinya saat menyebut nama itu. Sebelum ini dia tidak pernah merasa bersalah kerana mempermainkan perasaan teman-teman lelakinya, tapi kenapa hatinya sakit saat Daniel meninggalkannya?

            Atau adakah dia mempunyai perasaan ini kerana bukan dia yang meninggalkan Daniel, sebaliknya Daniel yang meninggalkannya?

            Masih terbayang-bayang di ruang matanya ketika dia bertembung dengan Daniel dan Jessica minggu lepas. Terus-terang dia tidak pernah berniat mahu melukai perasaan Daniel.

Selepas dia berpisah dengan Daniel, seboleh-bolehnya dia tidak mahu Daniel tahu tentang pertaruhan itu. Dia pernah cuba menelefon Daniel beberapa kali untuk menjelaskan, tetapi panggilannya tidak pernah dijawab.

Salah dia sendiri kerana keluar bersama lelaki lain. Dia pergi ke bar bersama Razif tempoh hari juga kerana kebosanan. Daniel tidak habis-habis dengan ulangkaji dan tugasan assignmentnya. Dan dia hanya perlukan teman untuk berhibur.

Kalaulah tidak kerana mulut celupar rakannya, pasti Daniel tidak akan membencinya. Sudahlah Daniel membencinya kerana berlaku curang dan sekarang dia pasti Daniel akan semakin membencinya kerana dijadikan bahan gurauan selama ini.

Selama bersama dengan Daniel, lelaki itu tidak pernah menyakiti hatinya, sebaliknya sering mengambil hati dan membuatnya tertawa. Tapi sekarang segala-galanya sudah tiada. Tiada lagi senyuman dan layanan Daniel yang begitu sabar melayan setiap karenahnya.

Dulu Daniel sering menasihatinya agar jangan melengah-lengahkan solat supaya pahala tidak berkurang. Tapi nasihat itu hanya dipandang enteng. Dia sering menuduh Daniel berlagak alim. Tapi sekarang, dia rindu untuk mendengar nasihat dan kata-kata lembut yang penuh makna itu.

Dia bangkit dari katilnya dan menuju ke meja belajarnya yang kemas dan teratur. Ada gambar dia bersama Daniel di situ. Gambar selfie ketika mereka keluar bersama bersiar-siar di Gorman House Markets, tempat yang menjual makanan-makanan antarabangsa, baju-baju terpakai dan kraf.

Cinta mengeluh. Aneh, gambar Daniel adalah gambar lelaki pertama yang diletaknya di dalam frame dan diletakkan di sudut meja, seolah-olah lelaki itu sangat bererti buat dirinya. Nasib baik rakan-rakannya tak perasan kerana mereka jarang masuk ke biliknya.

Adakah aku sayang pada Daniel? tanya hatinya tiba-tiba.

Ah! Dia malu untuk mengakuinya. Bagaimana kalau rakan-rakannya tahu? Pasti dia akan menjadi bahan ketawa. Cinta? Itu dia tidak pasti. Dia sendiri tidak tahu apa itu cinta. Dia mempunyai ramai teman lelaki, tetapi tidak pernah mencintai mereka. Dia tidak sedih saat meninggalkan mereka kerana selepas itu dengan mudahnya dia akan mendapat pengganti. Pendek kata, dia tidak merasa apa-apa!

Tapi Daniel? Semenjak Daniel meninggalkannya, pintu hatinya seakan sudah tertutup untuk menerima lelaki lain. Bukan tidak ada yang mendekati tapi hati dan fikirannya masih teringatkan kenangan-kenangan indah bersama Daniel.

Cinta cepat-cepat tersedar. Entah bila tangannya mencapai frame gambar itu. Begitu lama dia merenung gambar itu sampai dia sendiri tidak sedar.

“Cinta, bahaya! Bahaya!”

Cinta tersentak. Rakan-rakannya masuk ke dalam biliknya dengan wajah cemas.

“Apa yang bahaya?” Cinta menyoal dan cepat-cepat menyembunyikan gambar tersebut didalam laci.

“Adrian…Adrian, kawan si miskin tu. Dia nak jumpa kau. Muka dia merah macam nak mengamuk!” cerita Hana sambil termengah-mengah.

“Keluarlah cepat, Cinta. Tengok apa dia nak!” sampuk Erma pula.

Cinta tidak menyoal lebih lanjut dan terus keluar menjengah ke balkoni. Dia lihat Adrian berdiri berseorangan di bawah sambil bercekak pinggang. Wajahnya yang putih kemerah-merahan itu kelihatan lebih merah pada hari ini berbanding hari biasa.

Cinta mendengus dan terus turun mendapatkan Adrian.

“What’s up?” Cinta menyapa dengan penuh kerek.

Pang!

Penampar sulung Adrian hinggap dipipi Cinta menyebabkan gadis itu terdorong sedikit ke belakang.
            Cinta meraba-raba pipinya yang terasa perit. Tergamam dia seketika. Begitu juga rakan-rakannya yang menghendap dari balkoni.

            “Hei, apahal you tiba-tiba tampar I hah?” Cinta menyinga.

            “Aku tak tahu. Mungkin kau tahu?” Adrian menyindir sambil sempat menghadiahkan senyuman sinis.

            “What the hell are you talking about?” herdik Cinta. Dia tidak rela dirinya diperlakukan seperti itu.

            “What I’ve done to you just now is not enough compared to what had you done to Daniel!” Nada suara Adrian sama tahap dengan suara Cinta. Wajahnya yang putih melepak kelihatan merah menyala apabila dia mula naik darah.

            Beberapa wanita berbangsa Inggeris lalu-lalang yang turut tinggal di kawasan itu memandang ke arah mereka dan berbisik-bisik antara satu sama lain.

            “What the hell are you looking at?” Tidak semena-mena Adrian memarahi wanita-wanita itu pula. Mereka terperanjat dan cepat-cepat meminggir.

            Tertelan air liur Cinta melihat Adrian mengamuk seperti itu. Berbeza benar dengan karakternya sebelum ini yang gila-gila dan selamba.

            “Apa sebenarnya Daniel tu di mata kau? Manusia atau barang yang kau boleh campak-campak sesuka hati?”

            “Oh, jadi you pun dah tahu pasal pertaruhan tu?” Cinta berpeluk tubuh.

            “Apa kau buat ni, Cinta? Dia sayang kau macam nak gila! Tapi kau…” Ayat Adrian terhenti di situ. Dia kesal. Benar-benar kesal.

            “Dia anak orang miskin. Tak layak untuk I!” kata Cinta. Tujuannya hanya agar kreadibilitinya sebagai playgirl yang sukakan lelaki kaya tidak tercalar. Dia mahu Adrian menganggap bahawa dia seorang gadis yang tidak berkawan dengan mereka yang tidak setaraf.

            “Cuma sebab dia anak orang miskin, kau tergamak buat dia macam tu?” Bergetar suara Adrian saat mengajukan soalan itu.

            Cinta terdiam.

            “Kalau dari awal kau dah tahu yang dia tak layak untuk kau, buat apa kau couple dengan dia?”

            Lidah Cinta semakin kelu untuk berkata-kata.

            “Kau boleh tak sukakan dia. Itu hak kau. Tapi kau tak ada hak untuk menyakiti hati dia!” tokok Adrian dengan kemarahan yang meluap-luap.

            Wajah Cinta merah. Entah kenapa dia terasa ada air mata yang ingin mengalir keluar dari kelopak matanya. Bukan kerana kemarahan Adrian, tapi kerana tiba-tiba terkenangkan Daniel dan apa yang telah dilakukan kepada lelaki itu.

            “Lebih baik kau berambus je, Adrian. Kedatangan kau tak diperlukan kat sini,” sampuk Erma dari belakang.

            Erma, Hana dan Fatin melangkah mendekati Cinta. Mereka turun memberi sokongan moral kepada rakan mereka itu.

            Adrian tersenyum mengejek.

            “Aku pun tak hinginlah nak mengadap muka busuk korang ni!” tempelak Adrian.

            “Korang betting, kan? Tahniah Cinta, kau menang. Ni, aku tambah lagi duit kemenangan kau!”

            Adrian mengeluarkan kesemua wang kertas dari dalam dompetnya dan terus dicampak ke muka Cinta.

            Merah padam wajah Cinta. Menggigil seluruh tubuhnya menahan perasaan marah yang teramat. Dia benar-benar merasa terhina.

            Rakan-rakan Cinta juga mengetap bibir, menahan geram. Kalaulah Adrian itu perempuan, sudah lama mereka menerkam Adrian beramai-ramai.

            “Please, excuse my French but as far as I’m concerned you can go to hell! Perempuan macam kau ni layak bercinta dengan beruk kat zoo aje!” pekik Adrian, biar satu kawasan NewActon itu mendengar suaranya.

            Dengan senyuman sinis, dia melangkah pergi dengan hati yang puas.
*****************


“DANIEL.”

            Daniel yang sedang khusyuk ditikar sejadah menoleh ke arah suara itu. Adrian dan Jason Lee sudah berada di dalam biliknya.

            Dia tersenyum tenang kepada sahabat-sahabatnya itu. Mereka mendekatinya dan turut tersenyum.

            “Why did you hide it from me?” tanya Adrian cukup lembut, enggan menyentuh hati sahabatnya lagi.

            “Aku sembunyikan apa?”

            “Cinta… pertaruhan yang berlaku antara dia dan kawan-kawan dia…”

            Daniel terdiam. Dia menghela nafasnya beberapa ketika.

            Sememangnya dia sudah menjangka rakan-rakannya akan tahu juga walaupun dia berusaha untuk merahsiakannya.

            “Aku malu, Adrian. Kalaulah dari awal aku cermin diri sendiri, things would not turn out this way. Aku memang tak sedar diri. Anak penjual kuih ada hati nak bercinta dengan anak hartawan.”

            Sebak Adrian mendengar luahan hati Daniel. Baru kali ini Daniel merasai apa itu cinta, tapi dia telah dikecewakan hanya kerana dia tidak berharta dan dianggap tidak setaraf dengan gadis pujaannya. Adakah cinta zaman kini hanya kerana wang dan harta benda?

            Dulu Adrian tidak menyukai Cinta kerana gadis itu suka bertukar-tukar pasangan dan tingkah-lakunya seperti dibuat-buat. Tapi sekarang perasaan benci mula bercambah dalam dirinya.

Daniel sudah seperti saudaranya, dan dia tidak rela saudaranya sendiri disakiti. Kerana itu dia bertindak diluar kawalan dengan menampar Cinta siang hari tadi. Dia bukanlah jenis lelaki yang suka mengasari perempuan, tapi bila ada hal yang melibatkan Daniel atau Jason Lee, dia tidak akan berdiam diri.

“Danny, sabarlah. Kan kau sendiri pernah cakap, Tuhan akan sentiasa ada dengan orang-orang yang sabar. Tuhan akan membela hamba-Nya yang dizalimi,” ujar Jason Lee seraya menepuk bahu sahabatnya itu.

“Kau tak salah dalam hal ni. Yang salah Cinta. Dia yang bodoh sebab lepaskan lelaki sebaik kau,” tambah Adrian pula.

Daniel tersenyum kelat.

“Adrian, jangan cakap macam tu. Dia tak bodoh. Dia berhak dapat lelaki yang lebih baik daripada aku.”

“Lebih baik macam mana lagi? Cuba kau cerita sikit kat aku,” ujar Jason Lee. “Dia tu buta. Dah dapat balak punyalah handsome, baik hati, bijak pulak tu, tak reti nak bersyukur. Kalaulah aku ni perempuan, dah lama aku tangkap cintan kat kau, tau tak?”

Kata-kata Jason Lee disambut ketawa halus oleh Daniel. Senang hati Adrian. Terasa seperti sudah lama dia tidak mendengar sahabatnya itu mengeluarkan tawanya.

“Jadi mulai hari ni, aku kena jaga jarak dengan kau.” Daniel mengusik.

“Ish, kau ni! Aku kata kalau aku perempuanlah!” sela Jason Lee.

Adrian tertawa dan menggeleng-geleng kepalanya.

“Dahlah, aku dah masak. Jom makan. Dah sehari suntuk kau duduk atas sejadah ni. Mesti kau lapar, kan?”

“Tadi aku tak lapar, tapi lepas korang mengacau terus aku jadi lapar,” gurau Daniel.

“Jomlah!” ajak Adrian lagi.

“Jom!” desak Jason Lee pula. Dia ingin memaut bahu Daniel, tapi tiba-tiba Daniel mengelak.

“Jaga jarak anda!” Dia memberi amaran gaya robot.

Jason Lee tarik muncung. Daniel tertawa lantas memaut bahu Jason Lee.

“Gurau sikit tak boleh. Macam perempuan. Jomlah!” kata Daniel lalu mereka bertiga keluar dari bilik itu bersama-sama.

K, ni gambar selingan je. Sekadar hiasan

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

Yuri Kiko said...

hahahahahahahahaha
ela giler! aq baru nak sedih2,tgk gambar last tu terus tak jadi

E-la Adiey said...

yuri kiko - lol..smpai hati ckap aku gila :P

kak edah said...

Baiknya sahabat2 susah n senang bersama

E-la Adiey said...

Kak edah - hee..cinta pada sahabat pun perlu jugak ;)

Baby mio - terima kasih :)

intan razak said...

kau mmg selalu buat aku gelak dengan lawak tak bermoral.huhuhuhu