Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, April 23, 2014

Novel akan datang? #ZikirCinta

Assalamualaikum... k kita terus pergi pada pointlah yek. Aku membebel panjang-panjang pun belum tentu orang baca. Haa... sedar tak sedar, novel yang aku tengah karang sekarang ni dah masuk novel yang ke-5 dah. Wow, cepatnya masa berlalu :')
.
Dah lama sangat dah menyepi takde cerita baru, so sekarang aku rasa macam nak buat sneak peek sikitlah tentang novel akan datang yang aku tengah tulis nih. Novel ni dah siap lebih kurang 50%. Doakan idea dan ilham datang mencurah-curah ke kepala hotak aku eh... hahaha...
.
Ok, tanpa membuang masa lagi, aku nak reveal tajuk novel ke-5 aku. Jeng jeng jeng...
.

.
Yeay! Ini dia. Tajuknya Zikir Cinta. Gambar di atas ni bukan cover novel. Saja aku conteng suka-suka masa idea tengah kering :P
.
And just for info, novel ni agak berat sikit. Tak macam Abang Khai Tomboi dan Amar Farish. Novel ni agak serius, berkisar tentang kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan keagamaan. Aku pun baru lagi berjinak-jinak menulis novel yang ada unsur keagamaan nih. Tapi tak adalah aku selitkan banyak, maklumlah masih bertatih-tatih.
.
Mesti korang teruja and trojan nak tahu Zikir Cinta ni kisah pasal apa, kan? Haha... aku belum karang lagi sinopsisnya. Lain kali la aku cerita. Hahaha... tata...
.
p/s: Oh, btw aku dapat ilham tajuk Zikir Cinta ni dari sinetron Indonesia Tasbih Cinta yang pernah disiarkan kat TV3 dulu. Haha. Aku rasa perkataan 'tasbih' tu tukar jadi 'zikir' pun okey gak. Ngeee... tapi cerita tak samalah. Tunggu aku post Bab 1 nanti yek ;)
.

Tuesday, April 15, 2014

#NovelReview Kutemui Cinta

Assalamualaikum. Hye everyone :D Honestly aku tak tahu nak update apa sebenarnya. Tapi tangan rasa gatal nak menaip. Haha. So aku rasa mcm nak tulis review pasal novel sendiri pulak. Boleh ek macam tu? ;p
.
Mula-mula biarlah aku ceritakan secara ringkas. Novel pertama aku ni bertajuk Kutemui Cinta, diterbitkan pada tahun 2010. Masa tu aku baru Form 5. Haha. Ape pon, novel ni sebenarnya aku start karang masa Form 1 camtu. Just suka-suka, pastu stop sebab berangan nak jadi novelis mcm hangat-hangat tahi ayam. Huhu.
.
Sampailah aku Form 3, aku bukak balik cerita ni and baca dari awal. Pastu aku pun main cincai jelah taip je novel ni. Form 4 siap. Kebetulan lak ternampak dekat Majalah Remaja, Buku Prima offer sesiapa je untuk hantar manuskrip novel. So aku dengan tak malunya rembat kertas abah banyak-banyak, print and hantar ke Buku Prima. Hahaha.
.
Aku tak berharap sangat pun sebenarnya. Sebab aku rasa novel ni cam tak best je. Kalau kena reject pun aku takde hal. Novelis lain pun ada je manuskrip diorang direject.
.
Lama gaklah Buku Prima amik masa untuk nilai manuskrip aku. Ikut turn lah jugak. Dah lama sangat, aku pun lupa camtu je. Boleh lak terlupa novel sendiri. Sampailah aku masuk Form 5, pihak Buku Prima call aku sebab nak terbitkan novel ni.
.
Tajuk Kutemui Cinta ni pun Buku Prima yang pilihkan. Maybe sebab tajuk yang aku pilih tak cukup best kut. Haha. So tulah dia, aku tunggu lama gaklah sebab dia nak cetak bagai. Sampai je novel ni kat rumah aku, aku speechless.
.
.
Cover novel ni sangat comel sebab ada orang lidi kat depan. Haha. Masuk bakul angkat sendiri pulak. :PPP
Tapi serius aku cakap. Memang bukan tugas novelis pun untuk design kan cover novel. Thats why memula tgk tu agak rasa menariklah.
.
Honestly, ini novel pertama yang aku tulis tanpa bantuan Internet. Haha. Kalau sekarang, rasa nak cari info tentang sesuatu tempat, Google jelah. Masa tu aku tak kenal Internet.
.
Aku start buat akaun Facebook pun masa Form 5. Kuno tak kuno, zaman sekarang budak 6 tahun pun dah ada Facebook. Huahua. Tapi sebab aku tak kenal sangat Internet masa tu, so akaun Facebook tu pun aku layan tak layan je. Malas nak handle.
.
Masa tu memang tahap keminatan aku pada novel / cerpen tinggilah. Aku cari la kat Google, konon nak baca novel / cerpen online. Pastu termasuk website Penulisan2u. Baca novel-novel kat situ, aku tertarik nak hantar karya aku sendiri. Aku conteng-conteng je, karya pe ntah aku tulis. Maka terhasillah Abang Khai Tomboy? Hahahahaha!!!
.
Masa tu memang aku tak pandai nak baca-baca review novel pe semua nih. Sebab aku tak tahu benda tu semua wujud. Seriously. Sampailah salah seorang reader novel (yang add aku kat Fb) komen kat satu page novel. So keluar kat news feed aku.
.
Bosan-bosan, aku belek page tu. Alih-alih ternampak review pasal Kutemui Cinta. Tak silap aku masa tu dah 2011. Nampak tak? Novel dah setahun terbit, aku baru terkial-kial nak baca review. ;p
.
So kat sini aku ada lah printscreen some review. Bukannya nak menunjuk. Nak kata novel aku bagus ke apa. Aku simpan review-review ni semua sebab ia sangat membantu aku bila aku tengah down.
.
Bila ada orang kutuk karya aku, aku rasa down, putus asa untuk menulis, aku akan baca review-review ni semua. Ia akan menaikkan semangat aku balik sebab ia membuktikan masih ada yang sukakan karya aku, walaupun cara penulisan tahap amatur yang teramat.
.



.
Yang ni semua yang aku sempat baca and print screen la. Mesti ada yang kata, aku ni print screen komen yang elok-elok je. Huhu. Bukan begitu maksud aku. 
.
Aku perlukan review-review ni semua untuk menaikkan semangat aku balik, tu je. Kalau tak kerana komen-komen positif pembaca, entah-entah sekarang aku dah stop menulis pun.
.
And aku sangat terharu bila Kutemui Cinta ada dalam carta Top 5 terlaris masa tu :')
.




 .
Aku juga terima beberapa review dikalangan blogger. Hehe. Ada yang buat aku tersenyum sendiri, ada yang buat aku rasa sedikit down. Tapi down pun sekejap je. Sebab aku tahu, karya pertama memang banyak lack. Pertama kali menulis kan...
.



 .
And last but not list, keratan akhbar Berita Harian (9 Julai 2010). Sebulan lepas novel aku terbit kut. Terkejut gak aku sebab ada dalam senarai Top 5 carta MPH. Dengan penuh rasa excitednya aku pegi scan. Simpan sampai sekarang. Huhu.
.
.
Pape pun, review-review novel yang aku amik hanya SEBAHAGIAN KECIL sahaja. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku tak amiklah semua. Penuh pulak folder aku kang.
.
Seriously, aku tersangat-sangat berterima kasih dengan para pembaca semua. Bukan yang membaca Kutemui Cinta je, tapi jugak ada yang sampai buat koleksi semua novel aku. Serius, aku sangat-sangat terharu sampai tak tahu nak cakap apa :'D
.
Oklah, setakat ni je kut entry kali ni. Novel review akan dtg akan publish lain kali aaa... terima kasih kepada yang dah beli Kutemui Cinta. Sudi mensupport aku yang belum ada nama and masih bertatih-tatih dalam dunia penulisan nih. Hehe.
.
Bye2...

Saturday, April 12, 2014

Abang Khai Tomboi II akan diterbitkan... Alhamdulillah :')

Assalamualaikum dan hai semua... :)
Dah lama gila kot aku tak update blog ni. Aku ni memang pemalas sikit. Maklumlah, aku bukannya blogger terkenal mcm Hanis Zalikha ke... Maria Elena ke... aku hanyalah penulis novel picisan secara online. Ecece... ayat drama. Kbye :p
.
Aku nak cerita dua benda best yang berlaku pada tahun ni.
Yang pertama, aku baru sahaja tamat semester 6 kat UiTM Lendu
Which means, kalau semua paper lulus, insya-Allah aku akan menggenggam Diploma Komunikasi & Pengajian Media pada tahun ini.
Yabedabedu!!!!!!!!
.
K.
Yang tu aku suka sorang2 jelah. Tak berkait dengan pembaca2 novel pun.
Berita kedua yang aku nak cerita ni ialah...
SILA BACA TAJUK ENTRY NI.
.
Yes! Yes! Yes! Aku dah baca e-mail dari pihak publisher
Pihak mereka bersetuju untuk menerbitkan manuskrip Abang Khai Tomboi II selepas membuat penilaian
Syukur alhamdulillah. Tak terkata betapa happy nya aku saat ini :')
Adakah ini rezeki sebab nak kahwin? Hahaha... probably. ;p
.
Aku tak nak guna tajuk Abang Khai Tomboi II, sebab aku takut pembaca-pembaca yang tak pernah baca kisah cinta Khai dan Rizal sebelum ni tertanya-tanya menatang apakah Abang Khai Tomboi tu. Haha. 
.
Tapi jangan risau. If korang memang tak sempat or tak pernah baca Abang Khai Tomboi sebelum ni, korang still boleh baca sekuelnya. Memang sekuel, tapi kedua-duanya tak berkait sangatlah. Kalau korang tak baca yang pertama pun, insya-Allah korang boleh faham jugak apa yang diceritakan kat sambungannya ni.
.
Mengikut dalam alamat e-mail tersebut, tajuk Abang Khai Tomboi II diubah kepada KhaiRizal : A Love Story. Sweet tak tajuknya? Hakhakhak... amenda ntah aku ni -,-
.
Mungkin ada few little things yang masih perlu diedit. So aku pun perlu tunggulah sampai surat perjanjian apa semua sampai. Para pembaca yang tersayang, aku harap korang sabar menanti okeyh.
Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada mereka-mereka yang masih sudi membaca sekuel Abang Khai Tomboi II walaupun novel ni dh lama.
.
So disini (benda tak planning pun) sebagai tanda penghargaan, aku nak memberikan sesuatu kepada para pembaca yang sudi membaca, seterusnya meninggalkan komen kat ruang bawah nih.
.
Pembaca-pembaca yang dimaksudkan itu adalah:-
.
1) Eddayu *pembaca dengan komen terbanyak setakat ni
2) Nadya Roslan
3) Ma Gee
4) Kiki Wafa
5) lollipop kunyah
.
Tuan punya kepada username yang tertera, tolong hubungi aku kat nuraqilahsyuhaidah@gmail.com
Aku ada hadiah best nak kasi korang, sebab korang adalah pembaca2 yang tak jemu2 tulis komen untuk e-novel aku.
.
Thanks tau korang semua. I love you all. Haha <3 comment-3--="">
.
p/s: maaf tau, ada sebahagian bab yang dah terbit terpaksa aku private kan balik. Hope anda semua mengerti. Sob3...