Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, May 25, 2015

Walimatulurus Nuraqilah Syuhaida & Amirudin Saufi



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah… rasanya dah lebih dua tahun mengikat tali pertunangan dengan Incik Sopi. Kalau tak silap hari ni dah masuk 2 tahun 2 minggu. Haha... lama kan? Orang lain bertunang biasanya paling lama setahun je. Haha. Nak buat macam mana, kan? Bertunang masa tengah belajar. Habis belajar, ambil masa setahun untuk preparation kahwin.

Parents aku dah discuss dengan parents Incik Sopi dan mereka bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan aku dan Incik Sopi pada tahun ini. And benda yang aku nak highlight, aku berkongsi majlis dengan abang long aku. 

Pada mulanya aku nak buat majlis bulan 3, tapi tetiba abang long aku cakap dia nak kahwin bulan 6. Tarikh dekat-dekat, jemputan pun orang yang sama. So why not buat sekali, kan? Lagi meriah. Wink2… hahaha ;)


Bakal bride-to-be diluar sana, semestinya dah tahu ada macam-macam prosedur yang perlu dijalani sebelum mendirikan alam rumah tangga. Prosedur kahwin kat Terengganu boleh refer SINI

Bila tilik-tilik, benda ni memang agak complicated. Borang kahwinlah, HIV test la, surat akuan bujanglah. Tambah-tambah pulak kalau kahwin dengan orang luar (tak sama negeri), nak proses borang... humangaih.... memang agak susah dan lama. Banyak kali pending sampai aku pun mengantuk tahap unta. Tapi akhirnya benda tu selesai jugok. :D 

Di awal perkenalan?
Kalau kengkawan kat UiTM Alor Gajah tu majoriti dah tahu yang aku dan Incik Sopi kenal semasa semester 2. Sesi kenal-mengenal hanya seminggu and lepas tu kitorang terus rapat.
tahun 2012   *kami tengah comel lagi masa ni. Haha :P


Dalam gambar atas, aku & Incik Sopi masa memula jumpa. Frankly speaking, ini mmg 1st time jumpa walaupun satu batch. Tak pernah pulak terserempak dengan dia kat mana-mana sebelum tu. Dan aku tak tahu kenapa kawan aku snap gambar ni. Mungkin dia dah dapat menghidu akan ada sesuatu antara kami. Ceh, ayat poyo.

Kami ambil masa untuk saling  mengenal diri masing-masing, latar belakang keluarga dan macam-macam lagi. 

Masa semester 4, aku mula beritahu parents aku yang relationship kami serius dan kami nak kahwin. Nak kata tak nervous tu, memang tipulah. Sebab kami pun muda lagi dan masih belum habis belajar pun. Ramai yang tak yakin dengan perkahwinan di usia muda ni. Tapi parents aku dapat terima. Aku tahu, bukan senang anak yang diorang jaga dari kecik, nak dilepaskan kepada orang asing.

Parents aku datang Melaka untuk amik aku yang tengah study week masa semester 4, then teruslah jumpa Incik Sopi dan parentsnya masa tu. Kebetulan je masa tu. Incik Sopi pulak jenis pandai mengayat (ye ke?) orang tua. Sekejap je mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan. OMG... biar betik? Hakhakhak...

tahun 2013           *kami bertunang pada usia 20 tahun


Ok, pastu cuti semester tu jugak kami bertunang...

Parents kami masing-masing tak tetapkan pun berapa lama tempoh untuk bertunang. Mula-mula dulu pilih tarikh 26.10.13 nak kahwin, tapi masih rasa tak seswai. Yelah, masa tu pun masih belum habis belajar jugak. Pastu hold sampailah tamat belajar bulan April 2014.

Tapi sebenarnya tempoh masa bertunang hampir dua tahun tu tak terasa sangat pun. Pejam celik pejam celik rasa sekejap je. Maklumlah, lepas habis study masing-masing busy. Incik Sopi busy kerja, aku pulak busy tulis novel sambil prepare sikit-sikit pasal kahwin.

Semua ilham pasal kahwin aku dapat kat Incik Google, hasil menggoggle selama berbulan-bulan untuk mendapatkan idea dan perkahwinan dengan harga yang boleh diterima akal. Hehe. Biasalah, nak kahwin, memang guna banyak duit. Mengalir bagai air beli itu ini. Yalah, yang takde dalam senarai pun nak beli sebab rambang mata. *Dush *Dush

Kesyahduan borang kahwin. Kuikuikuikui....


Akhirnya tiba masa yang kami berdua nanti-nantikan. Sebelum ni ramai yang tanya, majlis aku bila sebenarnya. Bukan tak nak bagitahu, tapi sebelum ni kan tengah study lagi, so focus kat study la dulu. Sekarang dah habis study, bolehlah bagitahu. Haha.


Insya-Allah, majlis resepsi aku akan berlangsung pada 6 June 2015. Hari Sabtu. Majlis akad nikah akan diadakan pada malam hari sebelumnya, dan keesokannya terus majlis resepsi.

Bila kad kahwin aku dah siap dicetak, rasa excited belek berulang-ulang kali. Yalah, sebelum ni asyik pegang orang lain punya je. Tak sangka aku pun dah ada sendiri sekarang :P

Insya-Allah dah ramai rakan terdekat dan ahli keluarga yang dah dapat kad jemputan. Untuk pembaca-pembaca novel aku yang dikasihi, jemputlah datang ke majlis perkahwinan aku di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Yang tak dapat datang masa majlis bersanding, boleh datang majlis bertandang pihak lelaki pada minggu berikutnya iaitu 13 June 2015 di Taman Politeknik, Port Dickson.

Hee... dah nak kahwin dah. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. ^__^

7 comments:

Ct Roxalynna said...

Tahniah, E-la... :)
Barakallahu 'alaikum~ ^^

Selamat Pengantin Baru~^^

Sweet baca~^^

ain said...

mabruk....tahniah ela :)

Anonymous said...

Tahniah Ilah,

Semoga kekal ke Jannah.

Kmas

Anonymous said...

Tahniah Ilah
Selamat menempuh alam baru.
Semoga kekal ke Jannah.

Kmas

zah said...

Tahniah...E_ la...selamani I enjoy baca tulisan U....tak sangka tak jauh drp tempat I...

Ainulrida said...

Tahniah! Semoga bahagia ke Jannah

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - hehe..terima kasih ct.. terharu :')

ain - terima kasih ╰(*´︶`*)╯♡

Anon - Terima kasih atas ucapan itu.. terharu baca. haha.. ╰(*´︶`*)╯♡

zah - terima kasih sis :'D akak silent reader kan? hehe.. first time tgk sis komen. terima kasih ya sis, teruskan menyokong dan membaca karya2 saya. kalau ada kelapangan jemputla dtg majlis nnti ;D

Ainulrida - terima kasih sis :)