Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Wednesday, November 11, 2015

Reception (6.6.15)

Amaran: Entry ni agak panjang dan banyak gambar. Sila bertabah dan teruskan pembacaan anda. Huehuehuehue.

Assalamualaikum… ahha… okey, ini sebenarnya cerita lima bulan lepas. Tapi terpaksa ku ceritakan hari ni sebab baru dapat gambar. Tunggu turn la dik non... mana ada professional photographer boleh siapkan album gambar dalam masa yang singkat.

Seperti yang ada diceritakan dalam entry sebelum ni, majlis resepsi perkahwinan aku berlangsung pada 6 Jun 2015.

Akad nikah dibuat malam sebelum majlis kenduri. Ikut perancangan awal, aku sepatutnya berkahwin pada tahun lepas. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, majlis ditangguh ke tahun ni. 
Kenduri makan dijadualkan start pukul 12 tgh hari. Pengantin lelaki pun datang time tu jugak sebab pada pukul 2 petang, kakak ipar aku pulak datang sebab ini majlis resepsi aku merangkap majlis sambut menantu abang aku.

Pagi tu takde cakap banyak, aku terus dimekapkan oleh MUA, sis MieMiey Makeover. Aku request takmo nak makeup natural dan soft, takmo tebal-tebal.



Dan oh ya, satu tips. Sebelum mekap, tuam muka korang dengan ais supaya muka lebih fresh dan berseri. Hehe. Aku tak buat pun benda alah ni (sebab tak cukup masa & sibuk sgt2). Jadinya, sepanjang majlis aku asyik pegang tisu je utk dap-dap peluh dan minyak. Tapi apa yang bestnya pasal dua orang mak andam aku (Nik Nor – solemnization & Mie Miey Makeover – reception) mereka ada formula khas supaya mekap tak luntur. Memang best, berjam-jam sampai malam pun mekap tak cair. Rasa sayang nak basuh. Hukhuk...
hantaran dari pihak perempuan


hantaran dari pihak lelaki






Pelamin set up. Tema cotton candy. Direka khas oleh wedding planner Muda Juhaida (The Event Planner/EpWedding Dungun) Pelamin ni kecik je pun, sbb buat dalam umah. Memula aku request nak buat kat luar dalam kanopi, so besar ckit. Tp parents aku tak mau pulak. Terbuka sangat katanya.

Bunga tangan aku tempah dekat Triple A Shop. Sesiapa yang mencari bunga tangan fabrik / felt dan design yang unik, aku recommend sangat online shop ni. Hasil kerjanya memang cantik dan kemas.



Kenduri ni buat catering je. Senang, tak perlu masak-masak. Parents aku pun boleh setel hal lain. Aku tahu gotong-royong memasak lagi best sebenarnya, tp aku amik catering jugak sbb tak nak menyusahkan parents. Baik tak aku? Muahaha xD

Amik catering ni pakej. Diorang set up sekali canopy semua, kecuali hiasan meja pengantin.. Aku amik khidmat catering POZI CATERING. Okey, aku nak review sikit pasal perkhidmatan catering diorang. Ehem3...

Pada aku, diorang memang best sebab cara bekerja cepat dan ada ramai pelayan yang bertugas pada hari persandingan aku tu. Tapi dalam banyak-banyak tu, adalah benda yang ‘kureng’ sikit. Sehari sebelum kahwin, diorang setup kanopy meja semua. Tapi diorang kasi kerusi plastik untuk 100 orang tetamu biasa tapi TAK ADA sarung kerusi. Padahal masa nak bayar aku dah cakap nak sarung untuk SEMUA kerusi. Satu sarung kerusi diorang charge RM2.50. Bila aku tunjuk resit bayar, barulah diorang terkocoh-kocoh nak balik ofis untuk amik sarung kerusi yang aku nak. Nasib baik alert, kalau tak, memang burn macam tu je duit aku RM250.

Satu benda lagi yang ‘kureng’, diorang kasi kek pengantin. Dan kek pengantin tu pun dah termasuk sekali dalam pakej catering. Tapi rasa keknya ‘kureng’. Akhirnya kek tu tak habis dimakan sebab tak ada siapa nak habiskan. Aku tahu benda tu free, tapi bila pihak catering dah masukkan benda tu dalam pakej, so maknanya they have to give the best lah. Yelah, sebab nama POZI CATERING pun agak dikenali dalam daerah Kuala Terengganu.

So perkhidmatan POZI CATERING, aku bagi 3/5 bintang.




the bridesmaid, Nana


baju pengantin by Its Nana Lah


Aku pilih color baby blue + baby pink untuk baju sanding sbb ianya adalah kombinasi pastel colors yang nampak fresh dan cute. Kenangan aku zaman kecik dulu, aku suka pakai baju n tudung warna hitam. Pergila mana2 pun, asyik warna hitam je. Dah mcm gothic pulak. So dah besau-besau ni nak larila dari color gelap2. *tetiba

Baju resepsi ni ditempah dari Its Nana Lah. Walaupun takdelah sebiji sebuntat dia ikut macam yang aku nak, tapi aku puas hati dengan cara jahitannya, tambah-tambah lagi ownernya sis Liyana Zainal dan suami sangat friendly orangnya.

Baju ni sekarang tersimpan elok je dalam almari, tak mau jual sebab nak dijadikan kenangan seumur hidup. Tapi sesiapa yang berminat nak sewa, boleh PM aku kat Facebook atau e-mail aku kat nuraqilahsyuhaidah@gmail.com

Aku tak pasti pukul berapa, tapi tengah hari jugaklah, aku siap2 nak keluar utk sambut rombongan pengantin lelaki dan berarak. 







Time tengah berarak, aku sendiri blur apa yang aku harus lakukan. Nak senyum kah, gelak kah, dengan kiri kanan depan belakang orang amik gambar. Tak tahu nak buat mimik muka macam mana. Layankan ajelah.


Okey, dah duduk. Haha. Senyum aje. Boleh nampak dalam gambar ni bridemaid aku gigih jalankan tugas sebagai pengapit sejati... hehe




Acara tepung tawar. Sekadar buat syarat je, asal ada gambar. Haha. Bukan ada air mawar pun dalam tu, aku taruk air paip je. Kohkohkoh!


Selesai tepung tawar dan sesi ambil gambar bersama saudara mara, aku dan Incik Sopi pun beralih ke meja beradab untuk melantak pulak :P

Dah duduk dekat meja beradap. Hehe. Ada cerita disebalik meja beradap ni. Meja yang dihias dalam keadaan gopoh dan last minute selesai majlis akad nikah. Nanti aku ceritakan di entry lain. Huhu.


Ada jugak beberapa orang kawan sekolah aku yang datang, tapi aku tak sempat nak bergambar dengan diorang apatah lagi nak berborak. Sebab memang tengah sesi kena makan. Kejar masa sebab sebelah petangnya tumpuan diberi pada abang aku pulak :D










Sempat lagi aku promote novel atas pelamin tu. Sabo jela.

Dan seterusnya, selesai je majlis dan orang ramai pon dah mula berkurangan, pukul 5.00 petang aku dan suami shoot outdoor session lak bersama dengan Photographer yang sgt friendly, M.Y (ayietouch). Shoot tak jauh pun. Dekat pantai sebelah lapangan terbang je, dekat dengan rumah. Kui3... best shoot dengan brader photog ni. Dia ajar cara-cara pose dan sabar melayan karenah aku dan suami yang agak mental ni =,=









Time ni muka masing2 dah nampak kelat dah. Letih seharian dengan majlis. Masa shoot ni pun mata dah terbayang-bayang katil dengan bantal je. Ngantokkkkk....


Ok dan pada sebelah malamnya, rakan seperjuangan dalam bidang penulisan yang kecil molek lagi kiut miut, Hash Auliaa (penulis novel Dia... Isteri Aku Rupanya) datang sekejap walaupun tak makan. Cuma borak-borak dan bagi hadiah. Haha. Thank you so much babe sebab sudi datang dari jauh. Aku tahu, Terengganu bukannya dekat.


Akhir kata, maaf kalau ada yang terkurang sepanjang majlis. Segala entry tentang kahwin yang aku selitkan dalam blog ni, tiada apa-apa maksud. Cuma nak bercerita dan berkongsi pengalaman. Manalah tahu, kot-kot ada bakal pengantin di luar sana yang masih Google untuk cari ilham kahwin, boleh dapat sedikit tips ataupun info-info berguna dari entry ni. Lebih-lebih lagi bride-to-be Terengganu yang tak tahu nak tempah catering, pelamin, photographer, mekap kat mana. Sharing is caring rite ;)

5 comments:

ain said...

tsgt2 cantik <3 love it so much

Nadya Roslan said...

cantik sgt wrna tema.sesuai buat kaver nvel akan dtg. hehehe

Yuri Kiko said...

cantik and sepadan sgt2

Liyana Azman said...

sempurna.. dream wedding for all girls out there :)

Jessica Latisya said...

stunning!