Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Thursday, March 25, 2010

Abang Khai Tomboy? 8

“HABIS tu, apasal kau tak pernah bagi tahu sebelum ni yang abah kau tu sebenarnya anak Tan Sri?” Khai bertanya sebaik saja habis mendengar cerita daripada angah. Rupa-rupanya betullah telahannya bahawa orang yang memberi ucapan di atas pentas beberapa hari lalu adalah Rizal.
Lepas kejadian hari tu, Khai mengambil masa tiga hari untuk menahan rasa malu. Takut jugak kalau dia datang ke  rumah masa Inspektor Gadget ada, dia akan ditanya macam-macam soalan pulak. Harap-haraplah dia tak perasan aku malam tu, Khai cuba menyedapkan hatinya.
Hari ini, sengaja Khai datang mengambil angah dari sekolah dan sepanjang perjalanan balik, dia asyik bertanya tentang latar belakang keluarga arwah Abang Razlan. Memang betul Abang Razlan adalah anak Tan Sri, tapi Abang Razlan tak berminat dalam bidang perniagaan dan lebih suka jadi guru. Abang Razlan tak suka kalau status dan identitinya disebut-sebut dan diagung-agungkan kerana dia lebih suka hidup bersederhana.
“Dulu, arwah atuk, nak abah uruskan perniagaan dan lupakan hasrat dia untuk jadi guru, tapi abah tak nak. Jadi, sejak hari tu abah keluar dari rumah dan hidup secara bersederhana. Bila dengan kawan-kawan pun, abah tak pernah cakap yang abah ada perniagaan keluarga. Sebelum abah meninggal, abah minta kita orang janji supaya tak sebut tentang IBSYA Holdings dan gelaran Tan Sri lagi. Angah tak mungkir janji sebab abang Khai yang tahu sendiri,” jelas angah tanpa henti.
Khai sekadar mengangguk. Mula memahami jalan cerita. “Kau agak-agak, Rizal cam tak aku kat majlis tu?” soalnya. Dia sudah menceritakan pada angah apa yang terjadi di majlis makan malam tempoh hari. Mula-mula tergelak besar jugak angah. Bila dia tunjuk penumbuk, barulah angah diam. Suka sangatlah dia aku jadi pondan maco.
            “Kenapa abang tak tanya pak su sendiri?” soal Angah bersahaja.
“Gila kau nak suruh tanya Inspektor Gadget tu... Kalau aku tanya, mestila dia tahu aku jadi pondan malam tu.”
“Pondan? Abang Khai memang betul-betul tak sedar diri!”
Amboi, dia boleh pulak tergelak besar kat sini. Kurang sel badan betullah! “Kau diamlah! Aku korek lubang hidung kang...” Khai halakan dua jarinya ke muka angah.
Cepat-cepat angah tutup hidungnya.
“Mana ada abang pondan. Kan abang memang perempuan. Ada ke IC abang tu tulis jantina pondan?”
“Daripada kau asyik melalut kat sini, baik kau blah sekarang!”
“Isy, kejamnya abang ni! Ada ke nak halau saya masa kereta tengah bergerak.”
“Banyaklah kau. Nampak tak kereta dah berhenti, jadi maknanya dah sampai rumah. Just go!
Angah menjelir dan membuka pintu kereta. Baru beberapa langkah dia berjalan meninggalkan kereta Khai, dia berpatah balik dan mengetuk tingkap cermin kereta.
“Isy, apa lagi kau nak?” Sengaja Khai meninggikan suara, buat-buat marah.
“Tak nak kirim salam kat pak su ke?” Angah bertanya sambil tersengih nakal.
Khai menjegilkan biji mata dan lempar sebiji gula-gula ke dahi angah. Terasa mukanya sudah panas.
Angah menggosok-gosok dahinya.
“Apa kau ingat aku kebulur kat pak su kau ke?”
“Isy, Abang Khai ni, macam tu pun nak marah. But thanks for this candy,” ujar angah selamba dan mengutip semula gula-gula yang Khai lempar ke dahinya sebentar tadi dan terus beredar.
Kurang asam gelugur punya anak saudara!
Lepas kelibat angah hilang, Khai terus memecut kereta membelah jalan raya sepuas-puas hati. Dia pernah ditawarkan berlakon iklan untuk keselamatan jalan raya, tapi tawaran ditarik balik kerana dia dah ada rekod saman lebih 20 kali kerana memandu melebihi had laju.
Aku suka kat Inspektor Gadget? Tolonglah...

*******************************


MATA Rizal yang dari tadi menatap jumlah wang dalam buku akaun bank along, beralih ke muka pintu apabila terdengar seseorang memberi salam.
“Awal angah balik,” sapa Rizal sebaik kelibat angah muncul di muka pintu.
Angah tersenyum dan terus bersalam dengan Rizal. “Biasalah, pak su. Biasa angah kena jalan kaki, tapi hari ni Abang Khai datang ambik...”
Khai? Dengar saja nama Khai disebut, jantung Rizal tiba-tiba berdegup kencang. Hisy, apa kena dengan aku sejak akhir-akhir ni?  “Angah tahu along keluarkan duit sebanyak ni untuk apa?”
Angah merenung Rizal pelik. Rizal menghulurkan buku akaun along kepada angah. Bulat mata angah memandang buku akaun tersebut. Bagai nak tembus lagaknya.
“Along keluarkan 700? Mana pak su dapat buku ni?”
“Pak su kemaskan bilik along lepas along keluar pergi kolej tadi.. Lepas tu pak su jumpa buku akaun ni atas lantai. Dia baru aje keluarkan 700 semalam,” jelas Rizal.
Angah mengeluh. “Itu maknanya pak su dah kena kencing dengan dia!”
What do you mean?
“Hari ni dia tak ada kelaslah...” jawab angah selamba gajah.
Rizal ternganga. “Err… Along ada kad ATM?”
“Kita orang cuma ada akaun remaja. Tak boleh pakai kad ATM untuk keluarkan duit.”
Hati Rizal sedikit lega apabila mendengar penjelasan angah. Sekurang-kurangnya bila buku bank ini ada di tangannya, along dah tak boleh nak keluarkan duit sesuka hati lagi.
“Sejak ibu dengan abah meninggal, berbeza benar perangai along. Dia selalu ponteng kuliah. Kalau dulu dia selalu dapat CGPA tertinggi kat kolej, tapi sekarang dah dapat yang tercorot. Dulu masa ibu dengan abah ada, dia tak macam tu. Dia baik dan bertanggungjawab. Pakaian pun selalu sopan dan tutup aurat. Cuma sekarang… tak tahu dari mana dia beli baju jenama Baby Kiko tu,” keluh angah.
Walaupun angah bukan anak sulung, tapi sifat tanggungjawabnya lebih menyerlah berbanding along. Apa sebenarnya punca along jadi macam tu? Sepanjang aku ada kat rumah ni pun, dia tak pernah cuba bergaul mesra dengan aku. Bila aku ajak berbincang, dia lari sebatu, fikir Rizal sendiri.
“Hmm… tak apalah, nanti pak su tanya dia sendiri. Pak su dah masak makanan tengah hari. Sekarang pak su kena balik balai, ada kerja sikit,” ujar Rizal sambil memasukkan buku bank along ke dalam jaket kulitnya.
“Err… angah...” Rizal memanggil angah yang mahu berlalu ke biliknya.
Angah pandang Rizal tunak. Menanti bicara yang bakal keluar dari mulut pak sunya itu.
“Tak, tak ada apa-apalah...” Rizal menggeleng. Sebenarnya dia mahu menanyakan perihal majlis makan malam yang dihadirinya tiga hari lepas. Rasanya dia nampak Khai. Berpakaian gaun! Apa yang dia nak tahu adalah Khai tu sebenarnya lelaki ke perempuan, tapi bila difikirkan balik, rasanya tak perlu kut. Takkanlah dia perempuan. Mungkin perempuan yang dia nampak kat majlis hari tu cuma khayalannya sahaja. Atau, adakah dia sebenarnya berharap yang si Khai tu adalah perempuan dan bukan lelaki?
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” Rizal dan angah menjawab hampir serentak dan mereka menuju ke muka pintu.
“Oh, Kak Leha, masuklah,” pelawa angah mesra.
Rizal mengerutkan kening. Kak Leha? Siapa Kak Leha ni? Kenapa dia pimpin tangan adik?
“Ini, akak nak hantar adik ni. Akak pun ada bawa lauk sikit untuk kau orang makan tengah hari,” ujar wanita yang dipanggil Kak Leha itu.
Adik terus berlari mendapatkan Rizal dan Rizal terus membawa adik ke dalam pelukannya. Pipi adik dicium bertalu-talu. “Anak abah ni pergi mana baru balik?”
“Adik pergi rumah Kak Leha...” ujar adik ceria sambil memeluk leher Rizal.
Sejak akhir-akhir ini, Rizal semakin rapat dengan adik dan dia semakin selesa apabila adik memanggilnya dengan gelaran abah.
Kak Leha ternganga memandang Rizal.
“Mmm… kak, ini pak su, adik abah yang kerja polis tu. Namanya Rizal,” terang angah.
Rizal tersenyum pada Kak Leha. Apa hal dengan dia ni? Pandang aku macam aku ni banduan yang terlepas dari penjara aje.
“Betullah, memang sama macam Razlan. Ya Allah, akak ingat betul-betul Razlan tadi masa adik panggil dia abah,” ujar Kak Leha.
Oh, patutlah dia tenung aku macam tu. “Ada hubungan apa Kak Leha dengan anak-anak saudara saya?”
“Saya jiran sebelah rumah aje. Sejak Khairiah dengan Razlan meninggal, saya yang tolong uruskan budak-budak ni. Bila angah dengan along tak ada, saya yang jaga adik. Ni, angah dah balik sekolah, saya hantarlah adik. Satu lagi, boleh tak jangan panggil saya Kak Leha, panggil Leha aje, lebih mesra bunyinya,” kata Kak Leha malu-malu kucing.
Rizal teguk liur. Betul ke tak dia ni? Nampak gaya macam nak goda aku aje. Isy, harap-harap tak. Dia nampak lebih tua daripada aku.
Angah sudah tersengih-sengih sambil tekup mulut.
“Err… tak apalah, saya pergi dulu, ada kerja kat balai.” Cepat-cepat Rizal mahu meminggir. Geli-geleman dirinya tengok gelagat Kak Leha. Stay away from me, Kak Leha!
“Eh, nantilah dulu Rizal. Leha dah masak makanan tengah hari ni, marilah makan sekali,” ajak Kak Leha.
Mata Rizal membulat. Rizal? Leha? Cepatnya kemesraan ni terjalin. No way, Rizal. Kak Leha ni dah layak jadi kakak kau, bukan awek atau bini. Dia ni tak ingat laki kat rumah ke asyik main gatal-gatal miang rebung dengan aku? Rizal cuit pinggang angah. Berharap angah dapat membantunnya.
“Mmm… tak bolehla, Kak Leha. Pak su ada banyak kerja kat balai. Lagipun pak su dah masakkan makanan tengah hari tadi, dia dah makan pun...”
Pandai kau kelentong ek? I love you, angah. Rizal senyum lebar.
Mimik muka Kak Leha sedikit berubah kecewa.
“Lain kali aje kita makan sama-sama...” ujar Rizal dan terus beredar. Aku dah ada masalah baru. Kak Leha, aku mesti jauhkan diri daripada kau mulai hari ni. Tapi, macam mana nak lari? Dia tu jiran sebelah rumah ni aje. Argh!

*************************************
“RIZ, menurut hasil siasatan yang aku jalankan, Geng 23X dah beroperasi sejak dua tahun yang lalu di sekitar KL ni,” ujar Azman, rakan setugas Rizal di Jabatan Narkotik.

Fail di tangan Azman, disambut Rizal. Datanya ditatap satu per satu.

“Inspektor Azriel dah lakukan penyamaran sejak beberapa bulan yang lepas. Menurutnya Geng 23X adalah antara kumpulan yang paling digeruni. Dia orang terlibat dengan sindiket penyeludupan dadah, merompak dan membunuh,” terang Azman.

Selakan Rizal pada helaian dokumen terhenti. Dia mula memandang Azman.

“Beberapa bulan lepas pasukan kita dah serbu tempat dia orang simpan stok dadah tapi sayangnya, kita tak dapat tangkap seorang pun daripada konco-konco dia orang. Kita cuma berjaya rampas stok dadah yang berharga lebih kurang satu juta sahaja.”

Rizal mengangguk-angguk. “Okey, tapi setahu aku dia orang akan berurusniaga dengan Geng 13 dua minggu dari sekarang.”

“Betul. Tuan Rashdan dan keluarkan arahan. Kita akan adakan serbuan besar-besaran. Terima kasih kepada Inspektor Azriel kerana dah berjaya lakukan penyamarannya dengan baik. Geng 23X betul-betul percaya yang Inspektor Azriel adalah sebahagian daripada mereka,” kata Azman tersenyum yakin.

Rizal turut tersenyum dan menepuk bahu Azman. Tak lama lagi Rizal akan terlibat dengan serbuan masa Geng 23X tengah berurusniaga dengan Geng 13. Dalam serbuan ni, nyawanya bagai di hujung tanduk dan kemungkinan nyawanya sendiri akan melayang.

Ini bukannya kali pertama Rizal terlibat dalam serbuan yang membabitkan penjenayah berbahaya, tapi tak tahu kenapa, dia risau memikirkan serbuan kali ni. Kalau dia dah tak ada, siapa yang akan tengok-tengokkan anak-anak saudaranya? Dan tak tahu kenapa, tiba-tiba dia terbayangkan wajah Khai.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Thursday, March 11, 2010

Abang Khai Tomboy? 7

LETIH siot hari ni. Sepanjang hari asyik berada di lokasi pengambaran. Hari ni pun kena buat scene kejar-mengejar. Tiap-tiap hari pun kena ragut beg orang. Matilah aku kalau selalu kena lari. Bak kata Rizal, berlari berkejaran seindah bunga di taman. Muka aje handsome, perangai samseng macam mafia, tapi dengar jugak lagu duet Ajai dan Nurul. Khai tersengih-sengih seorang diri sambil mengurut lehernya yang terasa lenguh.
“Eh, Rina, baru sekarang nampak lubang hidung kamu. Mari sini!”
Oit, terkejut aku. Tak perasan pulak aku papa tengah duduk kat ruang tamu sambil hisap cerut. Pencemaran alam betul!
“Kan Khai dah cakap, jangan panggil Khai dengan nama tu. Isy...”
“Ambik ni,” hulur Dato’ Rashid tanpa menghiraukan bicara Khai. Apa yang dia tahu, dia tetap akan memanggil anaknya begitu.
Khai ambil shopping bag yang dihulurkan kepadanya lalu dikeluarkan isinya. Blaus?
“Malam ni ada dinner kat hotel sempena hari ulang tahun IBSYA Holdings. So, you as my daughter, you have to follow me but this time, you have to dress up like a girl. You get it?
What? No way! Dress up like a girl? That mean… I have to wear this stupid blouse?
“Pa, bab ikut papa pergi dinner tu, fine… Khai ikut, tapi Khai tak nak dress up dengan baju ni. Tengok, dahlah baju tak ada lengan, dedah dada. Khai ni dah berapa bulan tak cukur bulu ketiak...” Khai bagi alasan. Tak cukur bulu ketiak? Takkanlah aku yang maco ni malas nak cukur. Tak mungkin... “Bagi ajelah Khai pakai slacks dan sut macam selalu, pa. Blaus ni… dahlah tak cukup kain, buruk pulak tu. Tak macolah pakai baju ni!” Khai mencampakkan blaus pendek tak ada lengan paras betis itu ke sofa. Huh, ada ke papa suruh aku pakai baju dedah sana sini... Tempah nerakalah jawabnya! Tapi, bab tak pakai tudung tu, lainlah ceritanya. Aku ada sebab kenapa aku jadi macam ni.
“Okey, kalau Rina tak nak pakai baju ni, Rina boleh pilih baju lain kat dalam almari mama, but make sure you wear woman cloth. Kamu dah besar, Rina. Perempuan adalah perempuan dan kamu tak boleh jadi yang sebaliknya,” ujar Dato’ Rashid sebelum meninggalkan ruang tamu itu.
Khai ketap bibir. Tampil sebagai perempuan? Habislah segala kemacoan yang telah kutanamkan sejak azali lagi. Huahuahua...
***********************************
BENCINYA!!! Kenapa semua ini terjadi kepada aku. Geramnya! Kalau aku tahu ini yang akan terjadi, pukul 12.00 malam karang baru aku balik. Nasib baik jugak aku tak payah pakai gaun entah apa-apa. Aku hanya pilih baju paling tertutup kat dalam almari mama, gaun labuh sampai ke lantai dan berlengan panjang. Biar meleret-leret asalkan tak perlu pakai blaus yang hanya akan menjadi tiket untuk ke neraka.
Rambutnya yang pendek itu disikat belah tepi. Mulanya papa menyuruhnya memakai rambut palsu, tapi dia memberi kata dua pada papanya. A, dia ikut dengan rambut kegemarannya ini atau B, lupakan sahaja hasrat itu. Akhirnya papa memilih A.
Khai melangkah masuk ke dalam dewan yang penuh dengan lampu berwarna-warni itu. Menurut papanya, hari ini ulang tahun IBSYA Holdings yang ke-42. Bila dia bertanya syarikat siapa,papanya sendiri tidak tahu.Papanya memberitahu bahawa dia hanya mendapat jemputan makan malam itu daripada teman baiknya.Khai hairan,orang tak jemput boleh datang sesuka hati ke?
Papa ni pun satu. Dahlah ajak aku malam ni, akhirnya dia tinggalkan aku seorang diri pulak, ibarat unta di padang pasir. Tak baik kau samakan diri kau dengan unta, Khai. Papa tengah seronok sakan sembang dengan kawan dia. Apa yang dia sembangkan, hanya anai-anai di padang pasir saja yang tahu. Isy, bosan! keluh Khai berat.
**************************************
UNCLE gembira kamu sudi datang malam ni, Rizal,” ujar Dato’ Amri sambil menepuk bahu Rizal. “Kamu nampak segak dengan pakaian ni,” puji Dato’ Amri lagi.
Rizal tersenyum senget. Uncle Am ni suka sangat puji aku. Kalau kembang macam Spongebob, siapa susah? Tapi, aku sendiri setuju dengan apa yang dikatakan oleh Uncle Amri. Aku memang segak pun. Aku pakai tuksedo yang ditaja khas oleh Butik Haj’s Collectiones aka butik isteri Uncle Am. Aku manalah sempat nak beli tuksedo. Siang tadi aku kerja, ini pun nasib baik ada orang nak taja.
Seperti yang dijanjikan, Rizal menghadirkan diri ke majlis ulang tahun syarikat keluarganya, IBSYA Holdings. IBSYA Holdings. Maksudnya, Ibrahim + Aisya = IBSYA. Gabungan nama arwah mama dan papanya. Sweet couple, kan?     
“Hadirin dijemput menjamu selera.”  
Ucapan yang paling Rizal nanti-nantikan dari tadi. Tibalah masanya untuk dia mengisi usus besarnya. Makan percuma siapa tak nak?
Rizal terus mengambil sepinggan penuh mi goreng, sepiring kek coklat dan sepinggan buah-buahan. Lelaki di sebelahnya yang sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan asyik jeling-jeling ke arahnya. Apa? Tak puas hati ke aku ambik banyak? Dengki, ambiklah jugak! Tak ada siapa larang pun!
Selepas mendapatkan semua makanan yang dikehendaki, Rizal terus ke mejanya yang berlabel VIP. Dia sempat menjeling ke arah Dato’ Amri yang sedang memberi ucapan di atas pentas. Entah apalah yang digoreng orang tua itu Rizal tidak mahu tahu.
“Dipersilakan Encik Rizal bin Tan Sri Ibrahim selaku pemegang syer terbesar dan anak kepada pemilik asal IBSYA Holdings untuk memberi sepatah dua kata...”
Dump! Rizal yang tengah syok-syok sumbat kek dalam mulut tersedak apabila mendengari namanya disebut oleh Dato’ Amri. Orang di sekeliling sudah memandang ke arahnya. Dia hanya tersengih menampakkan barisan gigi yang comot dengan coklat.
“Riz, pergilah!” Dato’ Yunus menyinggung lengan Rizal.
Cepat-cepat Rizal kesat mulutnya dengan tisu dan berjalan ke pentas. Kena bagi ucapan ke? Apa aku nak cakap, hah? Dahlah tak ada persediaan langsung. Tawakal ajelah. Apa-apa idea yang ada dalam kepala otak, baik aku keluarkan semuanya, gumam Rizal tidak tentu arah.

**************************************
TERNGANGA mulut Khai melihat orang yang sedang berada di atas pentas. Mi goreng yang dikunyah dah tak dipedulikan. Kalaulah dia nganga lebih luas lagi, pasti mi goreng yang tengah dikunyahnya meleleh keluar. Erika, anak Dato’ Razak yang duduk di sebelahnya dah menutup mulut dan membuat mimik muka jijik bila tengok Khai ternganga dengan mulut penuh makanan.
Huh, suka hati akulah. Sibuk! Khai beri jelingan tahap maut pada Erika. Tapi minah tu tak mati pun.        
Apa Inspektor Gadget buat kat atas pentas tu? Setahu aku dia ni polis. Kalau pun dia datang sini, mungkin dia hanya jadi bodyguard separuh masa untuk orang-orang kenamaan, tapi mana ada bodyguard bagi ucapan. Hati, jantung dan limpa Khai asyik tertanya-tanya.
“Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Huhu…”
Amboi, ada ke orang bagi ucapan macam tu? Sah, dia ni memang Rizal sebab orang lain takkan bagi ucapan pendahuluan macam tu. Hanya Rizal yang mampu.
“Selamat malam kepada semua. Terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir pada malam ini dan saya harap anda semua sudi mendengar ucapan saya walaupun saya sebenarnya tak pernah terlibat dalam aktiviti perniagaan arwah papa saya iaitu Tan Sri Ibrahim.”
What? Tan Sri? Rizal anak Tan Sri? No way! Kalau betul pun, kenapa Rizal dan anak-anak saudara aku tak pernah bagi tahu aku? Mata Khai meliar mencari papanya, tapi tak nampak pulak mana orang tua tu pergi. Nak kata tengah bersembang dengan orang-orang VIP, tak mungkin sebab semua orang sekarang sedang memberi perhatian kepada ucapan Rizal.
Khai tahu benar perangai papanya. Sejak dulu, papannya suka berangan-angan ingin menggabungkan syarikatnya dengan syarikat-syarikat besar yang lain agar perniagaannya semakin maju dan berkembang. Caranya dengan mengahwininya dengan salah seorang daripada anak-anak ahli korporat tersebut. Tapi, sampai sekarang Khai belum memberi kata putus sama ada mahu berkahwin dalam masa terdekat ini atau tidak.
“Mmm… saya rasa itu sahaja. Nak cakap panjang-panjang pun bukan saya tahu sangat bab-bab perniagaan ni. Kertas pun tak ada. Jadi, selamat menjamu selera!”
Betul ke yang dia tu betul-betul Rizal? Kemungkinan besar memang dia sebab aku memang kenal muka dia dan dia sendiri cakap yang dia tak terlibat dalam urusan perniagaan papa dia. Itu sebabnya dia seorang polis. How dare you, Rizal! Kau berani tipu aku, ek? Kau cakap taraf keluarga kau berbeza. Abang kau cuma cikgulah, habis siapa yang dah terpacak kat atas pentas tadi?
Khai bergegas mahu mendapatkan Rizal. Tapi tak sampai tiga langkah berjalan, langkahnya terhenti semula. Tak, aku tak boleh buat keputusan terburu-buru. Takkanlah aku nak pergi serang Rizal depan orang ramai ni kut. Lagipun, aku sekarang tengah pakai gaun labuh macam ni. Kalaulah Rizal tengok aku berpakaian macam ni malam ni, mesti dia ketawa sampai terguling-guling atas lantai. Hilanglah kemacoan aku nanti.
Khai kembali duduk di meja dan menyuap kek berperisa vanila dengan lahapnya. Erika angkat sebelah kening. Kemudian dia angkat piring kek dan berlalu dari situ.
Dari jauh, Khai dapat melihat ramai orang kenamaan mengerumuni Rizal untuk bersalam, tapi tak nampak pulak mana papanya. Papanya memang cepat tertarik dengan lelaki-lelaki muda yang berjaya. Bukan tertarik tu… Kuning betullah otak. Maksudnya, tertarik untuk mendekati mereka dan menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai menantunya.
Khai pasti kalau papanya bertemu dengan Rizal malam ini, pasti papanya juga akan menyukai Rizal. Walaupun muka Rizal sebiji macam Abang Razlan, tapi papa tak pernah tengok muka Abang Razlan. Sampai sekarang pun, papanya masih tak kenal macam mana rupa Abang Razlan. Katanya, buat apa dia kenal dengan guru bertaraf gaji rendah macam tu. Astaghfirullah…
Tengah Khai khusyuk merenung Rizal yang sedang rancak berbual bersama orang-orang kenamaan, tiba-tiba dia perasan mata Rizal asyik merenungnya dari jauh Gulp! Khai telan liur. Dia pandang Rizal. Rizal pandang dia. Bulat mata Rizal memandangnya. Tak boleh jadi, aku mesti lari dari sini sebelum Rizal kenal aku. Kalau tak, malulah aku sebab malam ni aku jadi pondan.
 “Cik, cik nak pergi mana?” Penyambut tetamu yang sedang menjaga pintu menegur Khai.
“Pergilah mana-mana pun!” Khai menjawab endah tak endah.
“Cik tak boleh pergi mana-mana sampai majlis ni tamat,” kata penyambut tetamu itu lagi.
Khai paling ke belakang. Rizal sedang berjalan mahu mendapatkannya. Tak, tak boleh! Rizal tak boleh cam aku!
“Aku nak beraklah. Kau nak aku melabur kat sini?” Khai bersuara agak kuat sampai orang-orang sekeliling turut memandang ke arahnya. Ah, aku tak mahu peduli lagi. Aku tak mahu control maco lagi. Yang penting sekarang aku mesti lari!
Penyambut tetamu tadi takut-takut dan terus mempersilakannya keluar. Berjaya juga akhirnya. Bye-bye, Inspektor Gadget!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Wednesday, March 3, 2010

Abang Khai Tomboy? 6

“BENCINYA aku! Tak guna kau. Kau memang tak guna pak su!” jerit along perlahan sambil bibirnya mengetap bibir kerana marah yang teramat. Tangannya ligat mengupas bawang merah yang tinggal tiga per empat lagi untuk dihabiskan.
Habis sebiji bawang merah dikupas, sebiji lagi diambil dari bakul besar itu. Bila dikira-kira, dah lebih 80 biji bawang merah yang telah dikupasnya. Banyak benar pak su beli bawang merah hari ni.
“Kalau aku dapati kau membantah dan tak buat apa yang aku suruh, dendanya kupas bawang merah dan bawang putih satu bakul dan bersihkan halaman rumah yang macam kapal nak belayar ni!”
Tiba-tiba along teringat akan kata-kata pak sunya. Patutlah… Pak su memang sengaja beli sebakul besar bawang merah hari ini sebagai hukuman denda untuknya. Isy, tak boleh jadi. Kalau hari-hari macam ni, matilah aku, gumam along sendiri.
Along langsung tidak menyangka bahawa penipuannya kali ini telah terbongkar. Kalau dulu dengan Abang Khai, senang aje dia nak kelentong. Tapi dengan pak su… orang tua tu betul-betul nak ragging aku! pekik hatinya.
Tapi kalau difikir-fikirkan, memang salahnya juga kerana tidak menurut arahan pak sunya itu. Dia terpaksa keluar senyap-senyap pagi tadi sebab sudah berjanji dengan Ray, teman lelakinya. Ray sudah memberikan kata putus kepadanya, sama ada hubungan mereka diteruskan atau diputuskan... Along tidak mahu kehilangan Ray. Dia sangat menyayangi Ray.
Dulu selepas mama dan papa meninggal dunia, along sering ke kelab-kelab malam. Kata teman-temannya, tempat itu sesuai untuk menenangkan fikiran dan tekanan. Entah, sebenarnya sampai sekarang dia belum dapat merasai ketenangan apa yang dimaksudkan teman-temannya di tempat bingit seperti itu. Tapi, apa yang pasti, hanya teman-temannya tempat dia meluahkan perasaan selepas kematian mama dan papa. Angah? Adik? Apa yang dia orang tahu?
Tangan along melepaskan pisau. Matanya ditenyeh-tenyeh kerana kepedihan. Jam yang tergantung pada dinding dapur itu sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Pak su memang tak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap tidur, kita kena buat kerja.
“Hoi, dah siap ke belum?”
Suara dari belakang betul-betul mengejutkan along.
Rizal memandang ke bakul besar berisi bawang yang belum dikupas. Hmm… kesian pulak dia tengok budak ni. Tapi nanti, budak ni tak boleh dimanjakan sangat. Masa dia di akademik dulu, lagi teruk dia kena ragging.
Along tunduk terkulat-kulat. Tidak berani menentang mata Rizal.
Tahu takut. Jadi inilah yang perlu kau buat setiap kali kau langgar perintah aku!
“Pak su, boleh tak saya sambung esok aje? Saya dah mengantuk, tangan saya pun dah bengkak,” rayu along sambil mengurut-urut jari lembutnya.
Alahai, ni yang aku lemah ni. Aku memang tak boleh dengar orang merayu-rayu macam ni. Segarang-garang aku pun, aku memang selalu kalah dengan rayuan. Sebab tulah pegawai-pegawai bawahan senang nak buli aku.
“Kau dengar sini, ini last warning daripada aku. Aku memang pantang kalau ada orang langgar perintah aku. Nak-nak budak mentah mcam kau ni... Memandangkan ini kesalahan pertama, jadi aku ringankan sikit hukuman kau. Kau boleh berhenti sekarang.”
Ya, aku juga mempunyai hati yang lembut. Being good boy sometime could be advantages. Rizal senyum senget.
“Terima kasih, pak su!” Aiseh, baiklah pulak orang tua ni!
“Jangan ingat kau boleh lepas dengan begitu mudah! Petang esok, lepas balik kolej, aku nak kau, angah dengan adik berkumpul kat halaman rumah dengan pakaian yang tertutup. Kalau boleh pakai T-shirt dan seluar sukan. Sakit mata aku tengok kau pakai baju macam beruang panda ni!”
Along tarik muncung. Ada ke dia samakan aku dengan beruang panda? “Kita nak buat apa, pak su?”
“Sebelum ni ada ke aku tanya kenapa kau pakai baju yang dibeli kat butik Baby Kiko?”
Along tarik muncung. Bencinya!!!

***********************************
“ASSALAMUALAIKUM, dah lama tunggu?”

“Taklah, Uncle Am. Baru aje.” Rizal menjawab sopan.
Dato’ Amri duduk bertentangan dengan Rizal.
Pada penglihatan Rizal, lelaki di depannya itu tidak jauh berubah. Sejak dulu dia tetap segak dan kemas dengan sutnya walaupun sudah sedikit boroi.
Uncle nak minum apa? Coffee… tea…
No, thanks, uncle tak nak minum. Uncle datang cuma nak jumpa kamu saja. Dah lebih dua tahun uncle tak jumpa kamu. Kamu semakin mirip dengan papa kamu.”
Kata-kata Dato’ Amri membuatkan Rizal tersenyum. Papa, sungguh aku merinduinya.
“Dah lama uncle tak nampak kamu. Sekarang dah jadi polis, handsome pulak tu,” puji Dato’ Amri membuatkan hati Rizal kembang setaman. “Jadi, bila kamu nak ambil alih syarikat?”
Rizal mengeluh. Sangkanya selepas dua tahun dia berhijrah, Uncle Am akan melupakan hasrat untuk menyuruhnya mengambil alih syarikat dan faham cita-citanya. Dia suka jadi polis. Dia tak suka pekerjaan yang memerlukannya duduk di dalam bilik penghawa dingin berjam-jam lamanya dengan seluar slacks dan kot tebal.
Dulu, waktu arwah papa masih hidup, berkali-kali papa menegaskan kepadanya yang dia tidak boleh menjadi polis dan dia harus menggantikan tempat papanya sebagai Pengarah Urusan syarikat. Tapi, dia tetap tidak mahu. Dulu sebelum papa menyuruhnya mengambil alih syarikat, papa juga memaksa arwah abang. Tapi, abang tetap dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang guru. Sepertimana abangnya, dia juga mahu mengejar cita-citanya.
Semasa dia di akademik, papa langsung tidak mahu mengambil tahu perihal dirinya. Mungkin papa masih terasa hati dengan keputusan yang diambilnya. Selepas setahun di akademik, baru papa mahu bercakap dengannya. Mungkin papa sudah faham dengan cita-citanya.
“Rizal, kamu ni sama macam abang kamu. Kamu berdua langsung tak mewarisi darah seorang ahli perniagaan. Cubalah kamu fikirkan, kalau uncle dah tak ada, siapa yang akan uruskan syarikat tu? Syarikat tu dibangunkan atas hasil titik peluh papa kamu sendiri, tau tak?” Dato’ Amri berbicara panjang lebar.
“Saya tahu uncle, tapi saya harap uncle faham dengan cita-cita saya. Memang sejak dulu saya nak jadi polis. Tak pernah ada langsung keinginan saya nak jadi ahli perniagaan. Saya harap uncle dapat bersabar untuk dua, tiga tahun lagi.”
“Kenapa? Kamu dah bersedia nak ambik alih syarikat?” Muka Dato’ Amri bersinar-sinar macam ubat gigi Fresh & White.
“Tak, bukan saya, tapi anak arwah abang. Anak sulung dia, along sekarang dah masuk kolej. Ambik course perniagaan. Saya rasa dia memang berminat dalam bidang ni. Insya-Allah lepas dia habis belajar, dia akan ambik alih syarikat. Anak-anak arwah yang lain pun ada share masing-masing. Cuma perlu tunggu dia orang besar dulu...”
Dato’ Amri terdiam.
Tolonglah uncle, tolonglah angguk. Jangan paksa saya lagi...
“Baiklah, kalau dah macam tu kata kamu.” Dato’ Amri mengangguk. “Tapi, malam Rabu minggu depan kamu kena ikut uncle.”
“Kenapa?”
“Ada majlis makan malam untuk sambut hari ulang tahun syarikat.”
“Kenapa mesti saya uncle? Saya tak ada kena-mengena…”
“Ada, kamu adalah anak kepada pemilik asal syarikat tu, bukan uncle. Lagipun, kamu bertugas pada waktu siang, malam kamu free, kan? Kamu pergilah... Kamu cakap, kamu anggap uncle macam ayah kamu sendiri, takkanlah kamu tak boleh penuhi permintaan uncle yang satu ni?”

Hisy, ni yang aku lemah bila diugut pasal kasih sayang ni. Memang Rizal sudah anggap Dato’ Amri seperti ayahnya sendiri, tapi dia memang betul-betul tidak berbakat dalam bidang ini. Tapi tak apalah, setakat pergi majlis makan malam, apalah sangat. Lepas makan aku baliklah. Habis cerita!

***************************************
KETIKA Khai memakirkan keretanya di hadapan rumah itu, dia lihat along, angah dan adik sedang bergotong-royong membersihkan halaman rumah. Terlopong mulutnya. Biar betul. Sebelum ni tak pernah pulak dia lihat angah dan adik bersihkan halaman rumah yang dah serupa dilanda taufan Katrina ni. Along, jauhlah sekali. Rizal? Mana pulak Inspektor Gadget ni pergi?
“Assalamualaikum!” sapa Khai ketika baru keluar dari kereta.
Serentak itu along, angah dan adik berpaling memandang Khai. Melihatkan Khai memasuki halaman rumah, adik terus berlari-lari anak mendapatkan Khai.
“Hai, adik, adik buat apa ni?” soal Khai sambil mendukung adik.
“Adik basuh pasu bunga tu. Tadi adik nampak ada benda-benda panjang berenang dalam bekas pasu tu. Benda panjang yang gedik-gedik tu...”
Khai angkat kening. Benda panjang gedik-gedik? Jentik-jentik atau anak nyamuk ke?
“Awal abang datang. Tak ada shooting ke hari ni?” soal angah yang sedang mengumpulkan daun-daun kering dan dimasukkan ke dalam plastik sampah.
“Jap lagi pegilah. Aku singgah sini kejap aje,” beritahu Khai. Dia mengembang-ngempiskan hidungnya beberapa kali. “Hisy, busuklah adik ni. Tak mandi!” ujarnya pura-pura menekup hidung dan melepaskan adik daripada dukungan.
Adik tarik muncung dan memukul kaki Khai. “Abang Khai jahat. Adik tak nak kawan!”
“Ala la, gurau sikit pun tak boleh. Tak sportinglah adik ni!” Khai duduk berlutut di hadapan adik.
“Adik mandilah. Abah yang mandikan adik tadi!”
Khai terdiam. Abah? Sampai sekarang adik masih sangka yang Rizal tu adalah abahnya? Rizal tak cuba ke untuk terangkan perkara sebenar? Teringatkan Rizal, dia teringatkan semula tentang pertemuan pertamanya dengan lelaki itu. Rizal, memang tak dinafikan dia memang handsome. Dia senang melihat cara Rizal melayan anak-anak saudaranya. Rizal sekarang dah tak segarang sebelum ini. Ketegasannya masih sama, tapi dah ada sifat toleransi dan tak sangka yang sekarang dia dah nak mandikan adik.
“Yalah, yalah... Adik wangi. Abang Khai salah.” Khai memeluk tubuh kecil adik. Tidak dinafikan, memang kadang-kadang dia agak kasar, tapi bila dengan budak kecil, dia akan bertukar menjadi seorang yang penyayang. Mungkin itu sifat semula jadi yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap wanita. Tidak kira betapa kasarnya seorang perempuan itu, betapa pun fizikalnya seperti lelaki. Hakikatnya, dia tetap seorang perempuan.
“Rajin kau orang bersihkan halaman rumah. Sebelum ni tak pernah-pernah aku nampak kau orang buat. Selagi rumah ni tak macam pusat pelupusan sampah, selagi tu kau orang asyik buat tak nampak aje. Selama ni aku malas nak tegur, takut kau orang kecik hati aje,” sindir Khai.
“Ini semua pak su punya pasal, tau tak? Ingat kan kenapa dia suruh kita orang pakai T-shirt dengan seluar sukan hari ni. Rupa-rupanya suruh kita orang kemas halaman rumah. Dia tu sedap-sedap aje keluar jumpa Uncle Am,” sampuk along sambil membersihkan longkang yang dah berlumut hijau.
“Habis tu memang patut pun pak su kau buat macam tu. Kalaulah dia tak ada, aku rasa sampai tahun depan pun belum tentu kau orang kemas. Dah memang kau orang tu pengotor,” kecam Khai.
“Hmm… yalah tu. Abang pun sama jugak. Korek hidung tak basuh tangan!” bidas angah selamba.
“Apa? Kau cakap aku korek hidung…”
Angah terus melarikan diri apabila melihat Khai seperti ingin menerkamnya. Apa lagi, berlakulah adegan Khai yang memegang watak Tom dan angah sebagai Jerry. Sekeliling halaman rumah dia orang tawaf. Dengan penuh bersemangat angah melarikan diri daripada terkaman Khai. Kalaulah Khai berjaya dapat dia… bahaya.
“Woi, apa hal kau orang berlari berkejaran seindah bunga di taman ni?” Satu suara tempikan bergema dari arah pintu pagar.
Serentak itu larian Khai dan Angah terhenti.
“Pak su...”
Rizal sedang bercekak pinggang sambil bersandar di pintu pagar. Along pura-pura meneruskan kerjanya.
“Wei, aku suruh kau orang buat kerja ke main kejar-kejar? Baru dua jam aku pergi, dah macam-macam jadi. Kau ni Khai, apasal kau datang sini? Dah tak ada kerja lain?”
“Eh, suka hati akulah kenapa dan bila aku nak datang. Inikan rumah anak-anak saudara aku jugak!”
Rizal tersenyum sinis. Kemudian mengangguk-angguk. “Okey. Angah, pumping 20 kali!”
Mulut masing-masing tercengang mendengar arahan Rizal.
No, Rizal. You can’t…
“30!” Rizal tidak peduli apa yang Khai mahu katakan.
Angah tidak punya pilihan, dia terus melakukan seperti yang diminta oleh pak sunya.
Khai mengetap bibir geram dan terus menuju ke bangku halaman rumah. Duduk di situ sambil berpeluk tubuh. Rizal memang melampau. Dia sendiri tidak pernah memperlakukan anak-anak saudaranya seperti itu sebelum ini. Ini betul-betul latihan cara tentera.          
“Dah, dah... pergi sambung balik kerja kau,” arah Rizal walaupun angah baru pumping lima kali.
Toleransi jugak pak su ni. 30 konon. Baru buat lima dah kesian. Angah senyum sumbing.
Tidak lama selepas itu aktiviti mereka berjalan seperti biasa. Along menyental longkang, angah menyumbat rumput kering ke dalam plastik sampah dan adik membasuh pasu bunga.
Sedang memerhatikan anak-anak saudaranya membuat kerja, Rizal sempat menoleh sekilas kepada Khai. Dia lihat dari tadi Khai mencebik. Mungkin tidak puas hati dengan cara layanannya kepada anak-anak saudaranya. Wajah Khai yang memang putih kemerah-merahan menjadi semakin merah apabila dia marah. Comel.
Hisy, apa yang kau fikir ni Rizal? Khai tu lelakilah! Aku tak mau jadi gay! Entah kenapa ni tiba-tiba pulak boleh terjangkit sawan pengantin hari ni. Eh, silap, itu untuk orang nak menikah aje...
“Wei, Khai!” Rizal mendekati Khai.
“Hmm…” Khai mendengus kasar.
“Kau marah kat aku, ek?”
“Baguslah tu. Sekurang-kurangnya selain jadi polis, kau pandai tilik orang lain,” sindir Khai.
Rizal tersenyum.
Alahai… manis macam madu. Ada lesung pipit pulak tu. Hisy, Khai, kau jangan buat gila. Dia tak tau kau perempuan!
“Wei, kalau kau nak tahu, aku ni adalah polis paling baik dalam dunia, tau tak? Mana pernah ada orang denda main kesian-kesian. Tadi tu aku gertak aje sebut 30!”
“Yalah, tapi dia tu perempuan!”
“Ada ke dia pernah mengaku dia tu perempuan? Aku sendiri pernah dengar kawan-kawan dia panggil dia Fiq. Apa nama betul dia?”
“Syafiqa!”
Rizal cuma mengangguk dan sekali lagi tersenyum.
Ya Allah, kenapalah dia ni handsome sangat?
“Khai, betul ke sampai sekarang papa kau belum dapat terima cucu-cucu dia?” soal Rizal.
Khai terdiam. Begitu berat baginya untuk melafazkan kenyataan itu. Papa memang seorang yang keras hati. Walau dipujuk macam mana dan bagaimana pun, hati orang tua itu tidak akan berubah. “Kalau aku tak cakap pun kau tau, kan?” ujar Khai bersahaja.
Rizal tersenyum nipis dan mengangguk-angguk. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Khai.
Sedaya upaya Khai cuba menahan getaran yang semakin hebat di hatinya. Jantungnya berdegup kian kencang apabila Rizal duduk di sebelahnya.
“Adakah cuma sebab abang aku cikgu dia tak suka kat abang aku?” soal Rizal.
Khai mengangguk perlahan. “Ya, menurut cerita arwah mama aku, sebaik aje Kak Khairiah cakap yang kekasih dia seorang guru, papa aku terus bantah. Dia tak setuju Kak Khairiah kahwin dengan seorang guru yang dianggapnya bergaji rendah. Papa aku tak pernah pun jumpa abang kau. Sebab tu dia tak dapat menilai dengan baik.”
“Hmm… aku faham. Takkanlah Dato’ Rashid nak benarkan anak dia kahwin dengan seorang guru bergaji rendah. Status keluarga kita ibarat langit dengan bumi,” sambut Rizal dan memandang reaksi Khai dengan ekor matanya. Status yang berbeza? Dia juga anak orang kaya, tapi tak ramai yang tahu.
“Aku tak pernah anggap kau dan Abang Razlan macam tu. Lagipun, sekarang ni kan sempena Satu Malaysia, aku kena amalkan konsep persamaan taraf.”
Rizal ketawa mendengar jawapan Khai. Tapi, dalam masa yang sama dia rasa pelik. Tujuannya berkata status mereka berbeza hanya semata-mata untuk menguji apakah Khai tahu tentang status dirinya, tapi rupa-rupanya Khai juga tidak mengetahuinya. Memang anak-anak saudaranya tidak pernah menceritakan tentang syarikat import eksport kain batik dan sutera milik keluarga mereka kepada Khai atau mungkin anak-anak saudaranya sendiri tidak pernah tahu bahawa keluarga mereka sebenarnya mempunyai perniagaan sendiri...

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Tuesday, March 2, 2010

Abang Khai Tomboy? 5

TERBELIAK biji mata angah apabila pandangannya bersatu dengan meja makan yang penuh dengan makanan pagi tu.
Rizal tersenyum saja melihat reaksi angah. Dia tahu angah takkan menyesal punyai bapak saudara macam dia. Dahlah handsome, maco, pandai memasak pulak tu. Mesti anak-anak dara kat luar tu berebut-rebut nak jadi bini atau awek aku. Mak cik-mak cik pulak… mesti nak bermenantukan aku. Huhuhu…sudah-sudahlah berangan Rizal oii...
“Adik mana?” tanya Rizal sambil menyusun pinggan di atas meja.
“Tidur!”
“Amboi, tak padan kecik, kuat tidur!”
Angah angkat bahu. Dia bersedia untuk duduk dan menikmati sarapannya.
“Nanti! Nanti!”
Angah tak jadi duduk bila Rizal depang tangan. “Apa, pak su?”
“Pergi kejut adik dulu.”
“Tapi pak su, adik tu kecik lagi. Arwah abah pun tak pernah kejutkan adik bangun pagi.”
“Itu abah kau. Jangan nak buat perbandingan antara aku dan abah kau. Sekarang pergi kejutkan adik dan mandikan dia. Lepas tu baru makan.”
Angah mencebik. Dalam keadaan terpaksa dia pergi juga kejutkan adik.
Rizal sempat lagi tersenyum. Apron ditanggalkannya. Peluh di dahi diseka. Tak sedar pula bila masa ada peluh di dahinya. Along mana pulak? Apasal dia tak turun-turun lagi? Tidur lagi ke? Hisy, dia ni perangai mengalahkan adik. Sesungguhnya dia memang anak dara paling pemalas dalam planet ni!
“Pak su!”
“Oit, kau ni angah... Apasal kau tak pergi lagi? Kan aku suruh kau kejutkan adik.” Rizal berpaling menghadap angah yang berdiri di belakangnya.
“Pak su, angah sebenarnya nak minta maaf,” ujar angah perlahan.
“Apasal nak minta maaf pulak?” Kening Rizal saling bertaut.
“Semalam angah dah kurang ajar dengan pak su. Angah halau pak su balik Terengganu semula. Walaupun angah dah kurang ajar, pak su langsung tak ambik hati. Pagi ni, susah-susah siapkan sarapan. Banyak pulak tu pak su masak.”
Rizal terdiam. Terharunya, tapi takkan nak tunjuk depan budak pengkid ni pulak. Rizal gosok kasar bahagian depan rambut angah hinggakan rambut pendek angah yang sudah bersikat rapi kembali kusut.
“Apa ni pak su? Habislah rambut saya yang cantik ni!” Angah menepis tangan Rizal dan membetul-betulkan semula rambutnya.
“Kau ni nama aje pengkid, tapi penuh dengan nilai sentimental. Dahlah, pergi kejutkan adik. Pak su pun nak minta maaf pada kau orang adik-beradik. Memang buat masa sekarang pak su masih belum dapat biasakan diri dengan situasi ni dan pak su harap angah dapat bekerjasama untuk pastikan yang kita semua selesa tinggal di bawah satu bumbung,” ujar Rizal tersengih nakal. Sekarang sama-sama dah minta maaf, jadi markahnya sekarang seri. Satu sama. 


“Oit, nanti kejap! Apasal along tak turun-turun lagi?” Rizal tarik semula tangan angah.
“Mmm… dia cakap dia tak sihat. Dia kata jangan kejutkan dia sebab dia nak tidur sepanjang hari ni.” Angah tersenyum penuh bersemangat dan terus berjalan meninggalkan ruang dapur itu.
Rizal pandang jam di pergelangan tangan. Pukul 8.48 pagi. Pukul 10.00 nanti dia harus pergi ke Balai Polis Bukit Aman untuk lapor diri. Memang tempat dia bertugas itu agak jauh dari sini dan dia bercadang untuk membawa anak-anak saudaranya tinggal di rumah arwah mama dan papanya sebab lebih dekat dengan tempat kerjanya. Tapi tak adalah pindah secara mendadak. Dia perlukan masa lebih kurang seminggu, dua untuk dapatkan lori sewa. Lagipun, sebagai polis, dia bertugas tak tentu masa dan dia tak cukup masa untuk fikir semua benda dalam satu masa. Agaknya macam manalah keadaan rumah tu lepas bertahun-tahun ditinggalkan. Tapi yang pastinya, keadaan rumah tu tak bersepah macam rumah ni.
Tiba-tiba Rizal terfikir pasal along. Dia tak sihat? Malam tadi okey aje aku tengok. Ke sakit sebab masuk angin pakai baju tak cukup kain? Lambat-lambat Rizal mendaki anak tangga ke tingkat atas untuk ke bilik along. Pintu bilik along diketuk berkali-kali. Akhirnya tombol pintu dipulas Rizal, tapi berkunci pulak. “Wei, along, sampai bila kau nak buat kilang tahi mata, hah? Bangun, dah pukul berapa dah ni...”
Tak ada respons. Dia ni betul-betul nak uji kesabaran aku. Tak kiralah, sakit ke tak sakit ke, kena bangun jugak. Lepas makan boleh telan ubat. Tanpa berlengah, Rizal terus ke dapur untuk mengambil kunci pendua. Lepas dapat apa yang dia nak, terus saja Rizal kembali ke bilik along.
“Aisy, banyaklah pulak kunci ni. Mana satu ek?” bebel Rizal seorang diri sambil membelek-belek gugusan kunci itu.
Satu per satu dicubanya. 15 minit kemudian baru Rizal dapat membuka pintu bilik itu. Ya, kunci berwarna emas dan paling kecil ni adalah kunci pendua bilik along. Ya, harus ingat!
“Along, ba…” Rizal tidak jadi meneruskan kata-kata. Dahinya berkerut. Tak ada orang pun dalam bilik ni. Dia ke bilik air yang sudah tersedia dalam bilik itu. Tak ada jugak. Mana pulak minah ni pergi?

Tingkap bilik yang terbuka menarik perhatian Rizal. Takkanlah dia… “What the…” Rizal lihat ada tali yang diikat pada dahan pokok bersebelahan bilik along. Tali panjang tu membolehkan orang turun naik ke bilik itu sesuka hati pada bila-bila masa. Bagus betul. Licik jugak anak saudara aku ni! Pandai kau nak lari, ek? Sakit, ya? Taulah nasib kau nanti!

*******************************************
“ASSALAMUALAIKUM!”
Laungan di luar pagar membantutkan niat Khai untuk terus menjamah mi goreng basah yang dimasak oleh Rizal sebelum pergi balai pagi tadi. Hisy, spoil mood betullah. Dahlah Inspektor Gadget masak sedap pagi ni. Ada orang datang pulak! “Angah, kau pergi tengok siapa yang datang. Aku nak makan ni!” Khai beri arahan sambil menyepak kaki angah di bawah meja.
“Alah, Abang Khailah yang pergi tengok. Angah nak makan ni,” ujar angah dan terus menyuapkan mi goreng ke dalam mulutnya.
Eii… geramnya aku. Ada anak saudara pun perangai macam cipan! Khai terus lap mulut dengan belakang tapak tangan dan terus ke muka pintu untuk melihat siapa yang telah mengganggu ketenteramannya di pagi yang indah ini.
“Oh, Kak Leha, marilah masuk,” laung Khai dengan senyuman yang tak berapa ikhlas.
Kak Leha terus membuka pintu pagar yang tak berkunci dan masuk ke halaman rumah. Dia adalah jiran sebelah rumah. Walaupun usia dah lewat 30-an, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Lepas Kak Khairiah dan Abang Razlan meninggal, dia yang selalu datang tengok-tengokkan along, angah dan adik. Itu pun kalau Khai tak ada. Tapi, sekarang ni aku ada, buat apa dia datang? Nanti terpaksa pulak aku pelawa dia makan. Dahlah mi goreng buatan Inspektor Gadget bertaraf antarabangsa. Khai mendengus dalam hati.
“Marilah masuk,” pelawa Khai sambil bersalam dengan Kak Leha.
“Ini hah, akak ada bawak kuih donat sikit. Akak tahu angah dan adik memang suka kuih donat. Saja akak beli lebih kat pasar, nak bagi kat dia orang,” ujar Kak Leha.
Kak Leha, nak kasi pada angah dengan adik saja ke? Aku? Hisy, tak ada siapa ke ingatkan aku? Sedihnya...
“Kak Leha ada bawak kek coklat untuk Khai. Subuh tadi akak bakar, sengaja nak buat untuk Khai.”
Terharunya. Rupa-rupanya Kak Leha pun ingatkan aku. Isy, isy, isy.... tak baik buruk sangka pada orang. Macam tu jugak dengan Inspektor Gadget. Aku ingat dia ni tak pandai masak. Pagi tadi sebelum datang rumah ni, aku pasti mesti Inspektor Gadget beli nasi lemak kat warung. Rupa-rupanya, dia masak mi goreng daa… Aku sendiri pun dah menambah dua pinggan.
“Eh, Kak Leha, awal datang. Marilah makan sekali!”
Bangangnya kepala otak kau, angah. Buat apa pulak kau ajak orang tua ni makan? Aku baru ingat nak menambah untuk kali yang ketiga. Kak Leha, please say no! Say no, Kak Leha!!!
“Errmm…boleh jugak!”
Tidak!!! Dengan tak ikhlasnya, Khai pergi ke dapur, mengambil pinggan untuk Kak Leha. Tak guna kau, angah. Kau sudah memusnahkan impianku.
“Kak Leha makan banyak. Abah kata kalau makan banyak nanti cepat besar,” sampuk adik yang tengah minum susu di meja makan. Dia manalah boleh makan mi goreng yang pedas lagi berapi tu. Sekali iklan Mameelah pulak.
“Siapa yang masak ni?” tanya Kak Leha bila Khai menyuakan pinggan yang sudah berisi mi goreng kepadanya.
“Pak su!” Pantas Angah menjawab.
“Abahlah!” sampuk Adik tak puas hati.
Khai, Kak Leha dan angah saling berbalas pandang. Namun, cepat-cepat Khai berdehem.
“Pak su tu adik arwah Abang Razlan. Dia baru sampai dari Terengganu semalam,” beritahu Khai.
“Abahlah!” Adik menjerit kuat.
Khai teguk liur. Sayu hatinya melihat si kecil itu. Entah macam manalah agaknya kalau adik tahu yang abahnya sudah meninggal sebenarnya.Dan, orang yang dia panggil abah tu sebenarnya bukan abahnya. Walaupun dah dikasari malam tadi, adik masih tetap menganggap si Rizal itu abahnya sedangkan setahu Khai, arwah Abang Razlan tak pernah berkasar seperti itu pada anak-anaknya sebelum ini.
“Maaf, Kak Leha, adik arwah Abang Razlan tu rupanya sebijik macam Abang Razlan, sebab tu adik ingat yang pak su dia tu abah dia.” Khai berbisik di telinga Kak Leha yang duduk di sebelahnya.
Kak Leha mengangguk-angguk.
Khai tenung sekilas pinggan Kak Leha yang sudah kosong. Baru dua minit tadi pinggan itu masih penuh dengan mi goreng, tapi sekarang dah licin. Dahsyat betul Kak Leha! Dia ni makan ke melantak?
“Habis tu mana pak su?” Kak Leha bertanya lagi.
“Dia tu polis. Baru nak pergi lapor diri hari ni,” jawab angah.
“Baru keluar akademik ke?”
“Taklah. Sebelum ni dia bertugas di Terengganu. Baru bertukar ke sini!”
“Oh, mesti garang orangnya. Betul tak? Tak sabar-sabar pulak Kak Leha nak jumpa dia!”

Garang? Mat bendul macam tu garang? Tapi, mengingatkan peristiwa semasa dia memarahi adik sampai adik menangis, buatkan Khai rasa ada betulnya jugak cakap Kak Leha ni. Apalah gatal sangat orang tua ni? Tak sabar-sabar nak jumpa pak su konon... Dia tu tak sedar ke yang dia tu dah pangkat andartu? Si Rizal tu pulak baru 26 tahun. Hisy, cuba bayangkan kalau Kak Leha kahwin dengan Rizal? Eii… geli siot! Eh, kejap. Aku ni kenapa pulak? Dengan Kak Leha pun aku nak cemburu ke? Hisy, kes parah ni. Khai cepat-cepat mengangkat pinggannya ke sinki.

*************************************
WALAUPUN jam baru pukul 11.30 malam, Rizal sudah menutup semua lampu dan menyuruh angah dan adik tidur awal. Mereka sebenarnya nak tengok cerita Mr. Bean The Movie yang disiarkan di Astro, tapi Rizal telah menggunakan kuasa veto yang dia ada dengan mengunci mereka di bilik masing-masing. Tak apa, tak apa, nanti aku beli DVD Mr. Bean, dia orang bolehlah tengok cerita tu puas-puas. Tapi malam ni, tak boleh sebab aku perlu melakukan satu tugasan penting melibatkan antara hidup dan mati atau pengsan. Rizal masih sempat tersengih.
Rizal sabar menunggu di bilik along. Tahulah nasib dia hari ni. Sakit, ya? Tak apa, aku ada ubat untuk sakit dia, gumam Rizal tidak puas hati.
“Isy, susahlah pulak!”
Ada suara di luar tingkap. Rizal tersenyum tepi. Dia sudah dapat mengagak siapa yang berada di luar sana. 11.30… Awal pulak dia balik hari ni. Hmm… bagus jugak. Aku pun ada menyediakan hadiah yang cukup istimewa untuk dia. Hadiah yang akan buat dia mengingati aku untuk selama-lamanya. Rizal angkat kening dengan senyuman sinis.
“Eh, apasal pulak tiba-tiba ada grill kat sini?”
Dalam samar-samar, Rizal lihat sesusuk tubuh di luar tingkap yang sedang berusaha membuka jeriji besi yang aku pasang di tingkapi tu. Petang tadi, lepas balik dari balai, terus saja dia ke kedai welding untuk beli jeriji besi demi menutup tingkap bilik along. Dengan ini, tak akan ada makhluk yang boleh dilihat oleh mata kasarnya dapat masuk atau keluar sesuka hati lagi.
Tidak lama selepas itu, sesusuk tubuh tadi turun semula. Rizal pasti, lepas ni mesti gerangan orang di luar itu akan masuk secara manual. Melalui pintu dengan kunci pendualah maksudnya.
Krek! Perlahan-lahan pintu bilik dibuka dari luar. Aku yang sedang duduk di meja belajar along tidak berkelip memandang pintu.
Along petik suis bilik. Automatik bilik terang-benderang. “Aduh, letihnya... Nasiblah pak su, kena kencing dengan aku hidup-hidup...” ujar along dengan mata tertutup sambil mengurut-urut leher. Mungkin terlalu mengantuk dan letih. Along terus merebahkan tubuhnya ke katil empuk miliknya.
Masya-Allah… dahlah baju tak cukup kain, dia terkangkang-kangkang pulak kat sini. Hisy, nasib baiklah dia ni anak saudara aku... bebel Rizal berbulu melihat perlakuan along. “Anak dara zaman sekarang memang tak sopan, betul tak? Ada ke kencing bersepah-sepah?”
Seperti terkena renjatan elektrik, automatik tubuh along bangkit dari katil dan berpaling memandang Rizal. Matanya yang tadi layu membulat ala-ala Rika Sumanto.
“Pak su!”
“Kau nak kencing aku? Kau tak terfikir pulak siapa yang pasang grill tu, kan?” perli Rizal geram.
Gulp! Along telan air liur. Habislah aku malam ni!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Abang Khai Tomboy? 4

“ANGAH, janganlah ambik. Itu adik punyalah!” jerit adik sambil menepis tangan angah yang mahu mencapai kuah sup di atas meja.
Aduh, malunya aku. Restoran ni jadi riuh dan bising malam ni cuma dengan suara angah dan adik. Geramnya aku! Si Khai ni pun satu. Patutnya dia jadi contoh yang baik pada adik dan angah, ini dia pun sama naik.Rizal menggeleng-geleng kepala.
“Adik, duduk diam-diam. Tengok baju dah kotor!” ujar Rizal sambil mengesat-ngesat blaus adik yang sudah basah ditumpahi kuah sup. Ikutkan hati, tak ada maknanya dia nak bagi adik duduk atas riba. Tapi, bila adik dah berkeras sangat, terpaksalah dia mengalah. Nak duduk atas riba abah kononnya.
Walaupun malam ini Rizal yang belanja makan, tapi sampai sekarang dia belum sempat untuk menjamah apa-apa makanan. Macam mana nak makan, nak cover malu lagi, nak tebalkan muka mendengar orang-orang kat meja sebelah asyik mengata sebab dari tadi meja Rizal yang bising sekali.
Malunya dapat anak-anak saudara buas macam ni. Agaknya macam manalah abang aku dulu boleh tahan dengan keluarga ni, getus Rizal menahan hati yang membengkak.
Sambil makan, angah dan Khai rancak bersembang dengan mulut penuh dengan nasi. Sesekali mereka ketawa terbahak-bahak sampai tersembur-sembur nasi keluar dari mulut. Gaya duduk masing-masing pulak, Subhanallah... Khai duduk dengan sebelah kaki atas kerusi. Angah pulak duduk bersila. Rizal yakin angah sebenarnya terpengaruh dengan Khai. Tapi, kenapa pula nak tiru gaya Khai? Dah memang Khai lelaki. Perempuan buatlah cara perempuan!
“Wei, kau tau tak, awek kat bus stop hari tu ajak aku datelah, angah!”cerita Khai dengan mulut penuh nasi.
Ya Allah, pengotornya budak ni! Rizal meneguk liur.
“Awek kat bus stop? Yang korek hidung lepas tu tak basuh tangan tu?” respons angah.
“Hisy, bukan awek tulah. Itu aku pun tak nak. Pengotor!”
Hek eleh, sedap aje kata orang lain pengotor. Dia tu apa? bebel Rizal sendiri.
“Itulah, awek yang ada misai tu!”
“Ooo… yang tu! Tapi kan, angah rasa sebelum abang keluar dengan dia, baik abang suruh dia cukur dulu misai dia tu. Buat malu aje!” cadang angah.
“Ha’ahlah. Best jugak idea kau ni. Aku pun ingat nak cukur jugak bulu ketiak aku ni. Dah sebulan aku tak cukur. Bau pun dah lain macam.”
Sekali lagi restoran itu bergema dengan hilai tawa Khai dan angah. Seram pulak Rizal mendengarnya. Dah serupa puntianak harum sondol malam dah. Rizal perhatikan Khai. Daripada gayanya, cara si Khai ni ketawa macam gaya perempuan. Bapuk ke apa budak ni? Tapi, daripada penampilannya macam lelaki normal. Tak apa, tak apa, sabar Rizal. Sabar… sabar itu separuh daripada iman. Lantaklah dia orang nak ketawa macam puntianak ke, pelesit ke, janji dia orang tak kacau kau sudah...
“Bang, ada orang minat kat angah tau. Siang tadi angah dapat surat, wangi pulak tu baunya.”
“Ada jugak ke mamat yang minat kat perempuan macam kau ni?” Suara Khai bernada sarkastik.
“Alah, ingat pengkid macam angah ni tak ada peminat ke? Tengok oranglah. Angah ni kan pengkid tercomel kat planet ni,” ujar Angah sambil kembang kuncup hidungnya dengan nada bangga. “Tapi, bukan lelaki yang bagi surat tu. Perempuan!”
Suasana hening seketika. Tak lama lepas tu…
“Muahaha... Perempuan bagi surat tu? Hahaha...” soal Khai dengan tawa yang masih bersisa.
Angah hanya mengangguk mengiakan kata-kata Khai. Dia juga sudah ketawa sakan.
Tawa mereka berdua beradu tenaga. Makin kuat dari tadi. Sampai berair mata mereka berdua ketawa. Khai siap ketuk-ketuk meja dengan kuat sampai tumpah makanan yang ada di atas meja. Orang-orang di meja sebelah sudah tidak dipedulikan. Rizal rasa tahap kesabarannya sudah makin menipis. Hatinya sudah panas membara. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi.
Dump!!! Rizal ketuk meja makan sekuat hati. Serta-merta gelak ketawa Khai dan angah mati. Restoran itu jadi senyap sunyi tiba-tiba. Orang di meja sebelah, sudah berbisik-bisik antara satu sama lain.
“Jom balik!” Rizal keluarkan arahan. Kemudian dia memanggil seorang pelayan yang sedang seronok mendengar walkman di satu sudut.
Terkocoh-kocoh pelayan itu mendapatkan Rizal.
“Ambil semua!” Rizal meletakkan not RM50 di atas tapak tangan pelayan tu.
Tercengang-cengang si pelayan apabila Rizal membayar RM50 untuk makanan yang dipesan tak sampai RM20.
Rizal sudah tidak sanggup lagi nak berlama-lama di restoran tu. Boleh gila dia jadinya! Dia terus menarik tangan adik dan beredar dari restoran. Khai dan angah mengekori langkah Rizal dari belakang.
Waktu pergi tadi mereka naik teksi kerana kereta Abang Razlan tidak boleh dihidupkan kerana sudah lama tersadai di garaj, tapi untuk pulang sengaja Rizal mahu berjalan kaki. Kasi exercise sikit. Dia tidak mahu manjakan sangat anak-anak saudaranya. Kalau dengan abangnya dulu, bolehlah mereka nak bodek-bodek. Tapi dengan dia, sorry naik lorilah!
“Abah, dukunglah adik. Adik penatlah,” rengek adik tak sampai satu kilometer berjalan.
“Tak boleh! Kau jangan nak mengada-ada kat sini! Kau tu dah gemuk, tau tak? Exercise sikit! Macam mana nak kuat daya tahan kardiovaskular kalau malas bersenam!” balas Rizal sambil terus memimpin tangan comel adik dan menariknya supaya adik berjalan lebih laju.
“Sakit, abah!” Adik menangis bila tangannya tertarik kuat oleh Rizal.
Rizal, what are you doing? Stop it! She just a kid!” ujar Khai dan terus tarik adik daripada pegangan Rizal.
Adik terus memanjat ke dalam dukungan Khai dan menangis semahu-mahunya sambil peluk leher Khai.
“Apa jenis bapak saudara kau ni, hah? Dengan budak umur lima tahun pun kau nak strict macam tentera. Dia kecik lagi, perempuan pulak tu. Kalau kau dah rasa tak boleh nak jaga dia orang, kau blahlah balik Terengganu semula. Aku boleh jaga dia oranglah!” kata Khai serius.
“Hei, Mamat Yakuza, kau ingat aku suka sangat ke jaga dia orang? Kalau tak sebab wasiat tu, sampai sekarang aku takkan jejak kaki kat sini, tau tak?” Rizal membalas.
“Engkau ni memang…”
“Tak, tak apa, bang.” Angah potong ayat Khai. “Pak su, kalau pak su tak ikhlas jaga kita orang, rasanya lebih baik pak su balik ke Terengganu semula. Tak perlu lagi nak bersusah payah fikir pasal kita orang adik-beradik sebab kita orang dah ada Abang Khai untuk jaga kita orang,” ujar angah dan terus berlalu meninggalkan Rizal bersama Khai dan adik.
Rizal mengeluh sendiri. Betul ke aku yang terlalu tegas? Adakah aku memang tak ikhlas jaga dia orang?

****************************************
JARUM JAM sudah menginjak ke pukul 1.30 pagi. Rizal tenang duduk di ruang tamu dalam suasana gelap-gelita. Angah dan adik sudah masuk ke bilik, langsung tidak keluar-keluar lepas balik dari restoran. Khai pula terus pulang selepas menghantar mereka.

Bertentangan dengan sofa tempat Rizal duduk, tergantung sebuah gambar keluarga bersaiz lebih kurang sehelai kertas A4. Dalam gambar itu, dia dapat melihat Abang Razlan sedang tersenyum. Seolah-olah abangnya itu sedang tersenyum kepadanya.
Abang, kenapa abang bagi Riz tugas seberat ni? Riz tak tahu sama ada Riz mampu atau tidak untuk menggalas tanggungjawab ini. Dalam masa sehari aje, macam-macam benda sudah berlaku. Riz rasa yang kehidupan Riz sebenarnya bukan di sini. Bukan takdir Riz untuk jaga anak-anak abang. Riz tak serasi dengan dia orang. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi cubaan ini. Aku tahu Kau takkan memberi dugaan yang tak dapat dipikul oleh hamba-Mu. Berikanlah aku kekuatan.
Rizal mengaku, memang dia agak tegas terhadap anak-anak saudaranya tadi. Sebenarnya, dia sendiri tidak pernah merasai kasih sayang kedua orang tuanya. Arwah papanya terlalu sibuk dengan business dan tidak pernah ada masa untuk keluarga. Mamanya pulak sangat tegas dan dia tidak pernah memanjakan mereka adik-beradik. Ada saja yang tidak kena di mata mama. Badannya sudah lali merima setiap libasan rotan mama. Mungkin sebab tu dia lebih senang berada di luar berbanding duduk di rumah. Sejak kecil, dia bersekolah luar dari Kuala Lumpur dan jarang dapat jumpa dengan papa dan mamanya.
Di akademi, Rizal dilatih dengan sifat disiplin yang sangat tinggi. Tak ada tempat di akademi itu untuk manusia lemah dan cengeng. Tak ada tempat untuk meluahkan perasaan. Tapi sifat garang mama tak menurun pada Abang Razlan. Walaupun Rizal tidak rapat dengan abangnya itu, tapi dia tahu yang abangnya itu seorang yang lemah lembut dan selalu memanjakan anak-anaknya.
Walaupun muka Rizal dan abangnya hampir sama, tapi tetap ada perbezaannya. Abang Razlan seorang yang penyabar, sifat yang tiada pada arwah mama. Tapi, dirinya pula mewarisi sifat tegas dan garang mama. Apa yang bezanya, dia takkan angkat tangan pada anak-anak saudaranya kerana mereka adalah anak yatim piatu dan dia tak sampai hati untuk memperlakukan mereka seperti mana mama memperlakukan dirinya dulu. Itu janjinya.
Pon! Pon!
Ada bunyi hon di luar pagar. Yes! Akhirnya tiba jua apa yang aku tunggu-tunggu dari tadi. Aku dah janji dalam hati, selagi budak ni tak balik, selagi tu aku akan duduk dekat sini, omel Rizal sendiri.
Krek! Terdengar pintu rumah di buka dari luar. Tak apa, tak apa, kita tunggu dia masuk dulu.
Bye, sayang. Jumpa esok tau. Mmuah...”
Eii…. gelinya! Betul ke anak saudara aku tu?
Rizal menanti orang di luar rumah itu masuk ke dalam. Beberapa ketika, dia nampak seseorang berjalan melintasinya. “Along!”
“Siapa tu?”
Rizal dapat merasakan suara itu sudah menggeletar ketakutan. Hihihi… Hantu makan budak!!! Dia terus berjalan ke suis utama dan suis lampu utama dipetiknya. Serta-merta ruang tamu jadi terang-benderang. Waktu itulah baru dia dapat melihat dengan jelas rupa anak saudaranya yang dipanggil along oleh adik-adiknya. Bulat mata Rizal memandang perempuan di depannya. Biar betul budak ni! Cuma pakai singlet tali halus dengan mini skirt! Betul ke anak abang aku ni?
“Abah!” Along terjerit tengok aku. “Abah, abah buat apa datang sini? Abah kan dah mati. Mana boleh orang mati balik semula.” Tiba-tiba pula dia terjerit-jerit sambil tekup muka dan menangis.
Aik, dia pun ingat aku ni abah dia ke? Macam tak tahu agama aje. Dia jugak tadi cakap mana boleh orang mati balik semula. Isy, entah apa-apa entah...
“Jangan, jangan dekat dengan aku! Pergi! Kau hantu!” Along terpekik-pekik macam perempuan gila meroyan bila Rizal berjalan menghampirinya.
“Woi, dengar sini. Aku bukan abah kaulah!” Rizal tarik kedua-dua belah pergelangan tangan along dan memaksa along untuk memandang wajahnya.
Ada air mata di tubir mata along. Tak sampai hati pula Rizal nak usik lebih-lebih.
“Kau, along, kan?”
Cepat aje along angguk.
Rizal tersenyum. Bagus, sifat macam nilah aku suka. Cepat menangkap dengan soalan dan arahan. “Nak tau aku siapa?”
Along angguk lagi.
Rizal lepas tangan along dan berdiri menghadap along. “Aku adalah adik ipar Kak Khairiah iaitu isteri Abang Razlan yang merupakan anak Tan Sri Haji Ibrahim!”
“Hah?”
“Eii… lambat pick-up betullah kau ni. Aku adik Abang Razlan, bapak saudara kau, faham?”
Along angguk takut-takut.
Rizal letak kedua-dua belah tangannya di belakang dan berjalan mengelilingi along. “Dengar sini baik-baik. Aku ditugaskan untuk jaga kau orang adik-beradik di sini dan nak tak nak aku mesti jalankan tugasan yang tak tercapai dek akalmu ini, faham?”
Along mengangguk tanda faham.
Eiii… dia ni asyik angguk aje. Cakaplah sepatah. Ketuk kepala dengan sepana nanti baru tau! “Tugasan pertama kau, mulai malam ni kau mesti panggil aku pak su, faham?”
“Err… ya, pak su.”
Rizal mengangguk. “Good. Your second task is you have to be a good role model for your sisters. Do you copy?
“Ya, pak su!”
“Hei, kau ni asyik ya, angguk, ya, angguk. Kau ni faham ke tak sebenarnya?” Rizal dah mula angin.
“Ya, saya faham pak su,” jawab along dengan kuatnya.
“Hisy, kau ni... Kalau ya pun, tak payahlah ekstrem sangat. Sekarang, dengar pulak tugasan ketiga. Pagi esok atau yang lebih tepatnya, sepanjang hari esok, jangan keluar ke mana-mana, faham?”
“Err… tapi pak su, esok saya…”
“Jangan membantah!”
Along tunduk terkulat-kulat.
Rizal tahu esok along nak keluar dengan balak dia. Bukan dia tak dengar along cakap tadi. Rizal berdehem bila menyedari ketelanjurannya. Dia harus ingat, tak baik sakitkan hati anak yatim. Tak baik. “Kalau aku dapati kau membantah dan tak buat apa yang aku suruh, dendanya kupas bawang merah dan bawang putih satu bakul dan bersihkan halaman rumah yang macam kapal nak belayar ni!”
Dari ekor mata. Rizal dapat melihat along mencebik. Rizal tahu along tak suka dengan caranya. Yalah, baru malam ni pertama kali jumpa, kena pulak buat macam-macam kerja. Tapi tak apa, sekarang dia tak suka, tapi suatu hari nanti pasti dia akan berterima kasih pada aku.
Do you copy?!” Rizal menjerit di telinga along membuatkan tubuh along terenjut kerana terkejut.
“Err… ya… pak su!” Tergagap-gagap along menjawab.
“Bagus. Dan tugasan kau sekarang ialah… pergi masuk tidur sekarang jugak!”
Serentak itu along terus berlari mendaki anak tangga ke biliknya. Aku
Rizal tersenyum sendiri dan berjalan ke bilik tetamu untuk tidur.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)