Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Saturday, July 6, 2013

KhaiRizal : A Love Story 18

.
            Hujung minggu yang tenang. Selaku orang bujang yang tinggal menyewa sendiri, Azman memasak sarapannya sendiri; roti dengan telur. Cukuplah untuk makan seorang.

            Habis makan, dia mengambil baju-bajunya di dalam mesin basuh pula untuk dijemur. Biasanya dia akan mengumpul baju-baju yang dipakai selama seminggu dan hanya akan membasuhnya pada hujung minggu. Begitulah hidup orang bujang.

            Baru dia membuka pintu, dia lihat Khai dan Khairul berdiri di luar pintu pagar rumahnya. Dia sedikit terkejut melihat Khai yang kembali kepada imejnya dahulu; berambut pendek macam lelaki!

            “Assalamualaikum, Azman!” Khai memberi salam, namun wajahnya tiada senyuman.

            Azman cepat-cepat mengawal diri, menyedari dia memandang Khai tanpa berkelip dari tadi. Dia menjawab salam dan terus membuka pintu pagar.

            “Khai, Khairul, bila balik Malaysia?” soalnya. Lebih 6 bulan Khai pergi membawa hati, tiba-tiba hari ini Khai sudah berada di luar rumahnya.

            “Kitorang baru sampai awal pagi tadi,” jawab Khairul pendek.

            Azman mengangguk-angguk. “Masuklah dulu!”

            “Tak apalah, aku sebenarnya nak ajak bincang. Kalau kau tak keberatan, boleh kita ke restoran atau tempat lain?” tutur Khai.

            Azman terdiam sahaja mendengar suara Khai yang mendatar. Mana perginya Khai yang ceria dan periang dahulu? Dia tercari-cari senyuman disebalik wajah Khai.

            “Bincang tentang apa?”

            “Rizal!” Khai menjawab pendek.

            Azman mengerutkan kening. Dia memandang Khairul. Khairul pula hanya mengangguk.

            Azman tidak banyak soal. Dia membatalkan niatnya untuk menjemur baju. Mereka bertiga terus menaiki kereta Khai menuju ke sebuah restoran berdekatan dengan stesen LRT di Masjid Jamek.

            Dikedai makan tersebut, masing-masing membisu. Khairul mengacau teh panasnya dengan wajah yang kosong. Khai pula tidak memesan apa-apa minuman, dia tunduk sahaja dengan wajah yang serius. Naik juling Azman dengan situasi itu.

            Azman faham, pemergian Rizal yang tidak disangka itu pasti memberi impak yang besar kepada Khai dan keluarganya. Sedangkan dia sebagai rakan setugas pun hampir setiap hari teringatkan Rizal, inikan pula seseorang yang bergelar isteri. Suasana dibalai juga sudah tidak sama seperti dulu. Semua orang merasai pemergian Rizal. Kalau dulu Rizallah badut bergerak, ketawa dan membuat lawak samdol setiap masa. Sekarang? Hmmm…

            “Khai, Khairul, korang nak bagitahu apa sebenarnya ni?”

            Khairul membisu, tidak menunjukkan sebarang minat untuk menjawab.

            “Rizal. Aku nak bercakap tentang Rizal,” ujar Khai setelah lama mereka saling merenung antara satu sama lain.

            Azman mengangkat sebelah kening. Dia masih diam, memberi peluang kepada Khai untuk meneruskan kata-katanya.

            “Aku nak cari pembunuh Rizal!”

            Kali ini Azman baru menunjukkan reaksi terkejut. Dia memandang Khairul, tapi Khairul hanya mampu menggaru-garu kepala dan mengangkat bahu.

            “Dan aku perlukan bantuan kau,” sambung Khai dengan tegas.

            “Err… tapi Khai, mana nak cari? Malaysia ni luas, dan lagipun pihak polis masih lakukan siasatan tentang kes tu. Insya-Allah satu hari nanti pihak polis akan jumpa pembunuhnya.”

            “Aku dah tak mampu nak bersabar lagi,” potong Khai. “Enam bulan aku menunggu, itu dah lebih dari cukup. Lebih enam bulan aku berendam air mata. Aku nak cari siapa pembunuhnya. Aku nak pembunuhnya menerima balasan yang setimpal!”

            Azman menelan air liur. Khai… Khai… cakap macam senang je. Ingat nak cari pembunuh tu senang ke? Ini bukannya main sembunyi-sembunyi.

            “Tapi Khai…”

            Belum sempat Azman bersuara, Khairul dibawah meja sudah mencuit kaki Azman. Azman terkelip-kelip bingung memandang Khairul. Khairul memberi isyarat supaya mengangguk sahaja.

            Azman mengulum bibir. Tidak tahu hendak menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’. Tapi rasanya jawablah mana-mana pun, Khai pasti akan memaksanya untuk berkata ‘ya’.

            Suasana sepi untuk seketika. Masing-masing hanyut dalam angan masing-masing. Tiba-tiba telefon Khai berdering. Khai menyeluk poket, nombor Angah tertera di skrin.

            “Excuse me.” Khai meminggir untuk menjawab panggilan tersebut.

            Khairul dan Azman mengangguk. Mereka ditinggalkan berdua untuk seketika, namun Azman masih lagi membisu. Rasa canggung pun ada.

            “Azman.” Khairul bersuara.

            “Huh?”

            “Sebagai kawan baik kepada arwah Rizal, aku dan Khai berharap sangat yang kau dapat tolong kami.”

            “Err… tapi… aku tak tahu nak cakaplah. Rizal dah lama tak ada tapi pihak polis masih teruskan siasatan sampai sekarang. Lagipun Khai tu… ini bukan bidang tugas dia. Nak cari pembunuh tu dimana? Ini bukan kerja yang senang,” tutur Azman dengan rasa serba salah.

            “Sebab tulah kami perlukan bantuan kau, Man. Kau seorang anggota polis, cuma kau satu-satunya harapan kami. Lagipun, aku tak sampai hati tengok Khai macam tu. Lebih 6 bulan dia tinggal bersama aku di Australia, aku sendiri nampak betapa menderita dan terseksanya dia. Dan bila dia tiba-tiba cakap nak balik ke Malaysia, aku rasa ini satu perkembangan yang bagus. Sekurang-kurangnya tak adalah dia hanya duduk berkurung dalam bilik dan menangis.

            Dan aku rasa kau sendiri tahu betapa sayangnya Khai pada suaminya. Korang pun dah kenal lama, kan? Khai tu kuat, dia tegas dan akan mempertahankan apa-apa atau sesiapa pun yang dia sayang. Dia cuma mahukan keadilan, itu saja.”

            Azman meraup wajah mendengar kata-kata Khairul yang panjang melebar. Hatinya tersentuh. Dia memandang Khai yang berdiri dihujung restoran, masih bercakap dengan telefonnya.

            Jauh di sudut hati, dia menghormati pendirian Khai. Lebih 6 bulan Khai pergi membawa hati, dia pulang sebagai manusia lain. Dihadapannya kini bukan lagi Khairina, seorang isteri dan ibu yang kelihatan lemah lembut dan penyayang. Tetapi dihadapannya sekarang adalah Khai, gadis tomboy yang kasar dan kuat yang pernah dikenalinya sewaktu gadis itu belum berkahwin dengan Rizal.

            Azman tahu, Khai sedang cuba untuk menjadi kuat. Tidak guna menangis mengenangkan apa yang sudah berlaku. Azman tahu, bukan senang nak jadi kuat. Pakai sabun jenama Harimau Kuat pun belum tentu jadi kuat. Makan biskut Tiger Biskuat pun takkan menjadikan seseorang itu kuat.

            Azman kagum. Bukan semua orang mampu menjadi sekuat dan setabah itu. Kuat itu datangnya dari ketabahan. Kuat muncul dari kesabaran.

            “Siapa call tadi?” soal Khairul apabila Khai kembali duduk di kerusinya.

            Khai tersenyum tipis. “Tak ada apa, Angah call tadi. Anak aku rindu nak dengar suara aku, itu yang lama aku berbual dengan dia.”

            Azman yang mendengarnya tidak memberi sebarang respons. Khai… Khai… jauh disudut hati, dia sedih melihat apa yang menimpa keluarga Khai. Pemergian Rizal telah mengubah segala-galanya. Namun Khai masih cuba berdiri dan kuat demi anaknya. Itu yang membuatkan Azman kagum. Dan kerana sifat itulah dia boleh terpikat dengan Khai.

            “Aku setuju!” Meletus kata-kata itu dari bibirnya.

            Khai memandang Azman tanpa sebarang reaksi. Azman membalas pandangan Khai sambil tersenyum.

            “Aku akan tolong kau,” ulang Azman, kali ini lebih yakin dan tegas.

            Khairul sudah tersenyum lebar mendengarnya. Khai juga gembira, namun dia terasa bibirnya tidak mampu untuk tersenyum. Akhirnya dia cuma mengangguk tanda ucapan terima kasih.

*************

            “Along rindu Abang Khai!” Itu ayat pertama yang meletus keluar dari bibir Along. Kedatangan Khai dan Khairul ke IBSYA Holdings petang itu begitu mengejutkannya.

            “Kenapa Abang Khai tak bagitahu yang Abang Khai dah balik? Kalau tak Along boleh pergi ambil kat airport,” ujar Along lagi dengan senyuman yang begitu lebar. Dia begitu merindui Khai yang tidak ditemuinya lebih setengah tahun.

            Namun kata-kata Along hanya disambut dengan senyuman. Baik Khai mahupun Khairul, kedua-duanya tidak bersuara. Along mempersilakan kedua-duanya duduk di sofa.

            “Angah dengan Adik macam mana?” soal Khairul setelah agak lama membisu.

            “Oh, diorang sihat je. Angah tak ada kat ofis sekarang. Dia keluar kejap. Pergi ambil Keri dan Adik kat sekolah,” jawab Along dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.

            “Along masih tinggal dekat rumah Angah?” soal Khairul lagi.

            Along mengangguk. “Ha ‘ah, Along tak berani nak tinggal sorang-sorang kat banglo tu. Takut tiba-tiba Ray datang mengacau. Lagipun Along ingat pesan Uncle Arul beberapa bulan lepas, jangan tinggal sorang-sorang. Oh ya, lupa nak tanya. Abang Khai dengan Uncle Arul bila sampai?”

            “Baru pagi tadi. Kitorang datang ofis ni pun sebab nak jenguk Along dengan Angah. Rumah tu pun sunyi tak berpenghuni. Baguslah kalau Along ingat pesan uncle.” Khairul membalas dengan senyuman manis.

            Along tersenyum. Namun dia agak tidak senang hati melihat ibu saudaranya yang seorang itu. Dari tadi diam membisu. Tunduk sahaja memandang lantai dengan muka serius. Apa benda agaknya yang menarik tentang lantai tu. Coraknya kut.

            “Cantik rambut baru Abang Khai. Macam artis Korea la!” Along menjolok, semata-mata ingin menghiburkan hati Khai, namun Khai hanya buat muka stone.

            Along termalu sendiri. Dah rasa macam bercakap dengan Kamus Dewan Bahasa edisi ke sepuluh.

            “Along, ada apa-apa masalah tak sepanjang kitorang tak ada ni?” Khairul mengalih topik apabila melihat wajah Along yang merah menahan malu kerana usikannya tidak dilayan.

            Along terus menggeleng.

            “Tak ada, uncle. Ray pun dah senyap macam tu. Angah dengan suami dia tak ada pun mengeluh sebab Along, Adik dan Keri tinggal kat rumah diorang. Diorang sendiri pun tak nak Along pindah semula ke banglo tu buat masa terdekat ni.”

            Khairul mengangguk lambat-lambat.

            “Tapi memandangkan Abang Khai dengan Uncle Arul dah balik ke sini, lebih baik Along bawa Adik dan Keri balik semula ke banglo. Along rindu nak tinggal sama-sama dengan Abang Khai macam dulu!” sambung Along ceria.

            Kata-kata yang keluar dari bibir Along itu membuatkan Khai dan Khairul berpandangan sesama sendiri. Khairul memandang Along dengan sedikit serba-salah.

            “Err… Along…” Belum sempat Khairul menghabiskan kata-katanya, Khai terus memotong, “Along, Adik dan Keri tak boleh tinggal dengan kami buat masa sekarang!”

            Along menaikkan sebelah keningnya dengan pandangan yang bingung. Matanya sudah berkalih memandang Khairul yang tampak sedikit terkejut kerana Khai terlalu berterus-terang.

            “Ta… tapi kenapa, Abang Khai?” Along bertanya.

            “Ada sebab tertentu. Lagipun Abang Khai kamu perlukan masa untuk bersendirian. Berilah dia masa untuk mencari ketenangan dulu,” jelas Khairul.

            Along diam. Biarpun dia merasa alasan itu tidak relevan, tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Entahlah, dengan keadaan ibu saudaranya sekarang dia terpaksa menurut sahaja.

            “Abang Khai tak nak jumpa Keri dengan Adik ke?” Along bertanya lagi.

            Khai memandang Khairul. Suasana kaku untuk seketika. Kemudian barulah Khai menjawab, “Tidak buat masa sekarang. Insya-Allah satu hari nanti Abang Khai akan pergi jenguk diorang.”

            Along hanya tersenyum dan mengangguk. Melihat dari penampilan Khai sekarang, ibu saudaranya itu tampak lebih bermaya namun dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan. Biarlah, dia tidak berani ingin bertanya.

            Selepas menemui Along, Khai dan Khairul pulang ke banglo kediaman Khai sekeluarga dahulu. Banglo yang terletak di Taman Bayu Perdana itu kelihatan suram tidak berpenghuni. Pagi tadi sebelum ke rumah Azman, dia sudah ke sini untuk mengambil keretanya yang sudah lama tersadai. Tetapi kali kedua dia ke sini, barulah dia dapat mengamati setiap inci banglo itu sambil mengingati memori-memori dahulu.

            Dia ingat lagi, dulu mereka sekeluarga sering minum petang dihalaman rumah. Bila membersihkan halaman bersama Rizal, Rizal sering mengusiknya dan akhirnya berlakulah adegan kejar-mengejar keliling rumah.

            Ya Allah, tabahkanlah hatiku, berkali-kali Khai cuba menahan sebak yang bertandang.

            “Khai, jom masuk. Kau kena rehat.” Suara Khairul mematikan angannya.

            Tanpa berkata apa-apa, Khai akur. Dia mengekori langkah Khairul. Sebaik masuk ke dalam banglo itu, ingatan terhadap Rizal semakin kuat. Dia bagaikan terbayang kebahagiaannya satu ketika dulu sebaik memandang ke setiap penjuru banglo.

            “Khai, kau pergilah rehat kat bilik. Aku tidur kat bilik tamu,” ujar Khairul.

            Khai hanya mengangguk. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga, menuju ke bilik yang pernah menjadi tempat peraduan dia dan suaminya.

            Khai cuba menahan air mata yang ingin jatuh. Gambar keluarga besar yang tergantung didalam bilik itu membuatnya sedih. Tapi dia tahu dia tidak boleh menangis. Dia harus lebih kuat selepas ini.

            Dia memandang ke setiap sudut bilik. Sudah kelihatan agak kusam dan bersawang kerana ditinggalkan berbulan-bulan. Tengoklah, kalau ada masa dia akan mengemas tapi sekarang dia perlu berehat kerana penat menaiki penerbangan dari Canberra ke Malaysia selama berjam-jam.

            Khai melabuhkan punggung di atas katil. Laci yang terletak ditepi katil dibuka. Alat keluinya masih tersimpan elok di situ tanpa diusik.

            Melihat alat keluinya, dia teringat akan mesej terakhir yang dihantar oleh suaminya – 2003.


            “2003… apa maksudnya?” Khai berkata-kata sendiri.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)