Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, June 27, 2014

Zikir Cinta 8

“AKU dengar kamu pacaran sama Cinta!”

            Kata-kata Jessica mengejutkan Daniel. Bagaimana Jessica boleh tahu? Setahunya yang mengetahui tentang status hubungan istimewanya dengan Cinta yang baru terjalin seminggu itu hanya Adrian dan Jason Lee.

            “Macam mana awak tahu?”

            “Adrian kasi tahu sama aku.”

            “Oh…” sambut Daniel pendek.

            Jessica mengerutkan dahi.

“Daniel, kamu udah fikir sejernih-jernihnya sebelum membuat keputusan ini?”

            Ketukan jari Daniel di laptopnya terhenti. Dia sudah agak. Reaksi Jessica sama seperti reaksi Adrian dan Jason Lee ketika dia memaklumkan kepada mereka tentang hal ini.

            Daniel hanya mengangguk.

            Jessica melepaskan keluhan.

            “Kamu tahukan gimana sikapnya?”

            Daniel diam.

            “Dia itu punya ramai cowok! Aku nggak mau kamu jadi mangsa dia yang entah ke berapa!” Jessica melepaskan ketidak puasan hatinya. Sejak dulu lagi dia tahu benar perangai playgirl Cinta itu. Sudah banyak kali dia terserempak dengan Cinta berjalan dan keluar dengan lelaki yang berlainan.

            “Saya tahu tapi saya yakin yang dia dah berubah. Kalau tak kenapa dia confess pada saya? Sedangkan kita semua tahu yang dia tak suka orang miskin!” Daniel mempertahankan Cinta.

            “Sejauh mana kamu yakin, Danny? Apa kamu bisa menjawab bagi pihaknya kalau dia memang suka sama kamu seperti kamu suka sama dia?” Jessica cuba mengawal intonasi suaranya agar tidak mengganggu pelajar-pelajar lain yang turut menelaah pelajaran di Chifley Library itu.

            Kata-kata Jessica membuat Daniel terdiam seketika. Benar, dia memang tidak tahu sejauh mana perasaan Cinta terhadapnya tapi apa yang dia tahu, dia mencintai Cinta dan tidak pernah memandang harta kekayaan keluarga gadis itu. Dan dia tahu, dia juga tidak boleh marah pada Jessica. Selama ini hanya Jessicalah yang sudi mendengar luahan perasaannya.

            “Aku minta kamu fikir baik-baik. Aku sayang sama kamu, Danny. Aku sayang teman-teman aku. Aku cuma nggak mau kamu kecewa,” ujar Jessica dengan suara yang rendah. Jelas kedengaran nada kecewanya.

            Daniel diam tidak membalas. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membiarkan nasihat Jessica berlalu begitu saja dan terus pura-pura membaca di skrin laptop.

            Sementara Jessica pula memang sudah tidak ada mood untuk meneruskan pembacaannya dan terus mengeluarkan telefon bimbit bermain game.

            Seperti Jessica, begitu jugalah reaksi Adrian dan Jason Lee apabila dia memberitahu mereka tentang kejadian yang berlaku di Ainslie Mountain tempoh hari. Rakan-rakannya tidak suka dia menerima Cinta sebagai kekasih. Bagi mereka, Daniel sudah dibutakan dengan permainan Cinta sedangkan Daniel sendiri tahu bagaimana perangai Cinta sebelum ini.

            “Are you kidding me?!” Wajah Adrian berubah tegang sebaik sahaja Daniel memberitahu bahawa dia dan Cinta kini rasmi menjadi pasangan kekasih tempoh hari.

            Mungkin bunyinya agak kebudak-budakan, tapi siswa-siswi kampus bercinta bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan dia memang benar-benar ikhlas menyayangi Cinta. Azamnya, selepas tamat belajar nanti dia mahu bekerja bersungguh-sungguh untuk membahagiakan Cinta. Dia tidak akan menggunakan satu sen pun wang keluarga Cinta. Dia ingin mengahwini Cinta selepas tamat belajar nanti.

            Tujuan dia memberitahu rakan-rakannya adalah hanya untuk berkongsi kegembiraan, tapi tak sangka mereka mengamuk pula.

            “Danny, kau tak layak untuk dia. Eh bukan, dia yang tak layak untuk kau!” kata Jason Lee pula.

            “Kau ingat lagi tak apa yang dia dah buat kat kau semester lepas? Or should I remind you about that?” marah Adrian.

            “Aku tahu… tapi berilah peluang untuk dia berubah,” tutur Daniel perlahan.

            Adrian mendengus dan mengurut-urut kepala.

            “Danny, aku tak suka Cinta bukan sebab aku bermusuh dengan dia tapi aku tak suka dia sebab aku masih ingat apa yang dia pernah buat kat kau. Kau ingat lagi tak, kau tak tidur tiga malam semata-mata nak siapkan final project tu last minute? Dia biarkan kau terkial-kial buat sorang-sorang. Kau dah lupa ke?”

            Daniel tidak mampu membalas kata-kata Adrian. Memang dia tidak akan lupa apa yang telah Cinta lakukan terhadapnya, tapi perkara itu sudah lama berlalu. Sekarang dia sedang memberi peluang kepada Cinta untuk berubah menjadi lebih baik.

            “Daniel, your mind is flooded with Cinta Aulia. I know you can’t think properly. Please listen to us. Kitorang takut kau kecewa nanti. I know Cinta very well, since high school lagi. Tahukan, kitorang dulu satu sekolah. She loves playing with other people’s feelings. Dia rasa dia secantik Miss Universe, so dia fikir dia mampu dapat mana-mana lelaki pun yang dia nak,” nasihat Jason Lee.

            “Korang memang langsung dah tak boleh beri peluang kat Cinta? Jahat sangat ke Cinta tu di mata korang? Memang dia dah tak boleh berubah langsung?” Daniel menyoal bertalu-talu membuatkan Adrian dan Jason Lee pula yang terdiam.

            “Korang tahu? Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah mereka yang dapat menahan marah dan cepat menghilangkan kemarahan serta mudah memaafkan orang lain,” kata Daniel lagi.

            “Aku tak adalah kata iman aku kuat sangat. Aku mengaku, iman aku pun taklah kuat mana. Tapi at least I try my best to be the best person I can be. Kalau memaafkan kesalahan orang pun aku tak mampu buat, macam mana kalau ada ujian lebih besar yang datang lepas ni?” sambungnya lagi.

            Dia mengangkat kening, menunggu respons dari rakan-rakannya itu. Namun Adrian dan Jason Lee masih diam. Kemudian Daniel tersenyum tepi dan berlalu masuk ke biliknya.

            Jason Lee mengeluh. Buntu kepalanya apabila Daniel mengeluarkan hujah yang berkaitan dengan agama Islam. Dia sendiri pun tak berapa ambil tahu tentang agamanya, tak tahu bila kali terakhir dia ke gereja. Inikan pula nak berdebat tentang agama orang lain.

            Tapi kalau difikir mengikut akal logik, memaafkan orang memang satu perbuatan yang baik, tapi kali ya pun nak buat baik, biarlah kena pada tempatnya. Kerana sifat selalu memaafkan itulah Daniel senang dibuli dan diperkotak-katikkan.

            “She never stop bitching!” seranah Adrian tiba-tiba, mematikan segala teori dalam benak Jason Lee.

            Jason Lee hanya terkelip-kelip sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
*******************

CINTA tersenyum senang sebaik menerima tiga keping sampul berisi kira-kira $990 setiap satu. Sebaik sahaja Daniel rasmi menjadi teman lelakinya, itu bererti kemenangan sudah menjadi miliknya.

            “Cinta, tak boleh ke aku hutang dulu? Itu duit belanja aku untuk minggu ni. Kalau tak, kebulurlah aku nanti.” Fatin tayang muka kesian.

            “Ala…la…la…kesiannya…” Cinta mengeluarkan sekeping not $100 dan menunjuk-nunjuk kepada Fatin. Fatin ingin mengambilnya tapi cepat-cepat wang itu dimasukkan semula ke dalam sampul.

            “Sedap je nak hutang. Nak hutang pegi buat loan bank lah!” ejek Cinta tanpa langsung ada rasa belas kasihan.

            Alah, nak kasihan kenapa? Fatin pun anak orang kaya. Cuma bezanya, minggu ini Fatin tak bolehlah keluar shopping dan lepak-lepak di kelab sebab wangnya habis diberikan kepada Cinta yang menang pertaruhan.

            Fatin mencebik. Terasa dirinya dipermainkan.

            “Aku no hal. Setakat RM3000 tu, bila-bila masa aku boleh mintak dengan bapak aku!” kata Erma angkuh.

            Hana pula hanya tersenyum.

            “So kat tangan aku sekarang dah ada RM9000, joli sakanlah lepas ni!” Cinta menunjuk-nunjuk duit yang ada di tangannya.

            “Aku memang tabik spring lah kat kau, Cinta. Tak sangka dalam masa tiga minggu je kau boleh dapat budak kampung tu!” ujar Erma sambil membuat gaya tabik seorang polis.

            Cinta tersenyum puas. Sekarang baru mereka tahu siapa dia. Tiada lelaki yang akan menolaknya. Dia Cinta Aulia Dato’ Razak, gadis jelita dan manja yang mampu menundukkan mana-mana lelaki pun yang dimahukannya.

            “Sekarang kau dah menang, buat apa kau nak simpan lagi budak kampung tu? Clash je lah!” Erma mengusulkan gagasan.

            “Tak semudah tu. Aku masih belum puas bermain dengan dia. Dia budak pandai, tentu aku boleh manfaatkan sesuatu darinya,” tutur Cinta pula.

            Dia tersenyum sendiri. Memang Daniel bijak. Lelaki bijak yang lurus bendul! Mindanya mula merencana sesuatu yang lain pula.
*******************

“KENAPA Cinta tak datang kelas?” tanya Daniel kepada rakan-rakan Cinta sebaik sahaja kuliah tamat.

            Rakan-rakan Cinta saling berbalas pandangan.

            “Err… dia mal…”

            “Dia tak sihat!” Segera Erma memotong ayat Fatin.

            “Tak sihat?” Daniel kaget.

            “Aah, dia demam sikit. Sebab tu dia tak datang kelas,” jelas Fatin. Yang lain-lain hanya mengiakan.

            “Katanya, dia nak jumpa you lepas kelas habis. Kebetulan dah habis ni, you ikutlah kitorang balik sekali,” sampuk Hana pula.

            Daniel mengangguk-angguk.

            “Okeylah macam tu…” Dia bersetuju.

       Daniel menumpang kenderaan milik Fatin. Sebaik tiba di apartment kediaman mereka, Daniel menunggu di tingkat bawah. Walaupun menyedari dia berada di luar negara dan jiran-jiran memang tidak akan ambil kesah pun kalau dia masuk kedalam rumah gadis-gadis itu, tetapi dia masih mahu menjaga batas-batas dan tata susilanya. Sememangnya nilai ketimuran sukar dikikis dalam dirinya walaupun sudah tiga tahun menetap di Australia.

            Tidak lama selepas itu, Cinta yang berwajah sedikit pucat muncul.

            “Danny.” Suara Cinta bernada lesu.

            “Cinta, awak tak apa-apa?” Daniel bertanya. Bimbang melihat kekasih hatinya pucat seperti itu.

            Cinta hanya menggeleng.

            “Saya tak apa-apa. Demam sikit je. Kalau awak tak percaya, rasalah dahi saya ni.”

            Daniel terkejut saat tangan Cinta tiba-tiba memegang lengannya. Cepat-cepat dia mengelak.

            “Err… eh, tak apalah. Saya percaya.”

            Wajahnya terasa panas. Bukannya apa, dia tidak biasa menyentuh perempuan. Satu-satunya wanita yang disentuhnya selama ini pun cuma ibunya yang tercinta.

            “Mmm… Danny, saya rasa peninglah. Langsung tak boleh nak buat individual assignment sedangkan Professor Wilson nak hari Rabu ni,” ujar Cinta cuba meraih simpati Daniel.

            Daniel diam sahaja.

            “Daniel, can you do me a favour? Tolong buatkan assignment saya boleh? I’m feeling a little bit under the weather ni…” tutur Cinta lemah sambil menekan-nekan kepala dengan hujung jarinya.

            Kasihan pula Daniel melihat buah hatinya yang pucat dan lesu itu. Kalau bukan dia, siapa lagi yang mahu membantu Cinta? Pada hematnya, dia harus menjadi teman lelaki yang bertanggungjawab.

            “Okey, jangan risau. Saya buatkan.”

            Jawapan Daniel begitu menggembirakan Cinta. Hampir sahaja dia terlompat-lompat kesukaan.

            “I’ll send it to your e-mail, okay? Banyak lagi tak siap. Awak tolong siapkan ya? Ya? Ya?”

            Daniel hanya mengangguk. Alah, apalah sangat setakat assignment. Aku punya pun dah siap. Alang-alang ada masa sikit, tolong jelah buat, desis hati Daniel.

            “Okey, saya balik dulu. Awak jaga diri. Makan ubat, lepas tu rehat. Saya siapkan assignment awak sebelum hari Rabu.”

            Cinta tersenyum mendengar janji yang diperoleh. Selepas Daniel dihantar pulang oleh Fatin, Cinta mendongak memandang ke balkoni. Dia nampak rakan-rakannya sedang mengintai disitu.

            Hana dan Erma membuat thumbs up kepada Cinta, tanda pujian. Begitu mudah Cinta memperalat Daniel. Buat muka pucat sikit saja, Daniel sudah percaya. Padahal tempek dengan mekap!

            Ketika Cinta melangkah masuk semula ke dalam apartment, Hana tersengih-sengih dihadapannya.

            “Untung jugak kau couple dengan budak kampung tu. Lepas ni bolehlah kitorang copy assignment kau pulak.”

            “Hek elek, macam mana kau nak copy? Dia mesti bagi masa hari kena submit. Tak sempat punya nak copy assignment setebal kamus dewan bahasa tu. Kau buat jelah sendiri!” Cinta menjelir. Huh, kedekut!

            Cinta menyanyi-nyanyi riang melangkah ke biliknya. Daniel, senang sangat untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Tidak dinafikan, dia sebenarnya tidak tegar memperalat Daniel seperti itu, tetapi dia perlu membuktikan kepada rakan-rakannya yang dia boleh menundukkan mana-mana lelaki yang dia mahu.

            Dan selepas ini, dia akan merubah hidup Daniel sedikit demi sedikit.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Tuesday, June 24, 2014

Zikir Cinta 7

DANIEL baru selesai menghadiri perjumpaan ANU Malaysian Student Organisation (MSO) bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Sebagai setiausaha kelab tersebut, dia bertanggungjawab merekod dan mengurus segala hal ehwal, menulis aktiviti kelab dan mengupdate aktiviti kelab di Facebook.

            Daniel melangkah menyusuri deretan kedai di tingkat bawah Union Building (Bangunan yang terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pelajar-pelajar ANU seperti kedai runcit, restoran, majalah, akhbar, mesin ATM dan pelbagai lagi).

            Dia sendiri tidak tahu kenapa dia ke sini. Terasa seperti ada sesuatu yang dia tertinggal atau terlupa. Dengan langkah yang teratur, dia terus ke kedai take-away Rosie’s Chicken untuk membeli kentang goreng dan minuman berkarbonat. Setelah itu dia duduk seorang diri diatas padang rumput Union Court yang berhadapan dengan Union Building sambil menikmati makanannya.

            Sejuk mata melihat pemandangan di sekitar kampus yang kelihatan ceria dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni dan rumput yang menghijau tanpa pencemaran. Persekitarannya juga tenang dan sangat bersih. Satu perkara yang unik mengenai kampus ini yang tidak ada ditempat lain, kanggaru liar bebas berkeliaran didalam kampus. Kadang-kadang ada di School of Law dan School of Arts. Dan yang paling banyak disekitar High Commissioner, Yarralumla dan Parliament House.

            Boleh dikatakan hampir keseluruhan suburb Acton adalah kawasan yang dimiliki oleh Australian National University. Umumnya, Canberra bertanah pamah yang dikelilingi banjaran gunung. Merupakan bandar yang cukup terancang, malah tersenarai antara bandar paling sistematik di dunia. Siratan jalannya sangat baik, tiada kesesakan dan selamat.

            Paling yang patut dipuji, susah hendak melihat walau setompok sampah dimana-mana. Mungkin kerana itulah Canberra dicemburui bandar-bandar lain di Australia.

            Dia asyik sahaja menikmati pemandangan sambil mengunyah kentang sehinggalah dia nampak Jessica melambainya dari jauh.

            Daniel tersenyum dan turut melambai.

            “Assalamualaikum, Danny,” sapa Jessica apabila gadis itu sudah menghampirinya.

            “Waalaikumussalam. Duduklah.”

            Jessica tersenyum dan terus duduk disebelah Daniel.

            “Nak sikit?” Jessica menggeleng apabila Daniel mempelawa kentang gorengnya.

            “Untung ketemu kamu disini. Aku capek banget nyariin kamu dari tadi. Kita juga udah telat nih,” ujar Jessica.

            Berkerut-kerut dahi Daniel. Pergi mana pulak?

            “Err… kita ada janji nak pergi mana-mana ke?”

            Jessica buat muka pelik.

            “Aduh, Danny. Masa kamu lupa sih? Kita kan ada appointment sama Professor Ronald untuk final project ini!”

            Daniel terpaku. Astaghfirullah… patutlah dari tadi dia terasa seperti terlupa sesuatu. Dia benar-benar terlupa tentang janjinya mahu ke pejabat Professor Ronald bersama Jessica bagi membincangkan tentang tajuk akhir semester mereka.

            Daniel mengerling jam tangan. Tapi masalahnya sekarang, dia sudah berjanji mahu keluar bersama Cinta sejam lagi. Dia sedar sejak akhir-akhir ini dia mudah benar tentang terlupa janjinya kerana sering bersama Cinta.

            “Maaf ya, Jess. Kita pergi lain kalilah.”
            “Loh, kenapa?” Jessica membulatkan mata.

            “Saya… saya sibuk. Nak buat assignment!” Daniel berdalih. Oh, sekarang dia sudah pandai menipu pula!

            Jessica kelihatan hampa.

            “Danny, this is the only opportunity we have as Professor Ronald is a very busy person. You know that, right? Ini kali ketiga aku mengatur temu janji.”

            “Saya tahu, Jess. Tapi saya tak boleh nak elak. Macam nilah, apa kata awak atur semula appointment kita lain kali?”

            “It’s not that easy, Danny. Aku udah susah payah ngatur appointment ini. Apa salahnya sih, kalau kamu ngerjain tugasan kamu itu di lain hari?”

            Daniel melepaskan keluhan. Sebenarnya memang dia pun yang salah. Dia berjanji dengan Jessica, kemudian berjanji dengan Cinta pula.

            “Okey, awak marahlah saya. Marah saya puas-puas. Tapi hari ni memang tak boleh,” ujar Daniel dengan wajah meminta simpati. Tanpa dia sedari, dia kini lebih mementingkan Cinta daripada rakan-rakannya sendiri.

            Jessica memandang Daniel. Lama. Daniel pula sudah tidak senang ditenung sebegitu.

            “Baiklah, terserah kamu deh. Appointment seterusnya kamu atur sendiri sama Professor Ronald.”

            Kata-kata Jessica menerbitkan senyuman di wajah lelaki bernama Daniel itu.

            “Jangan senang dulu. Besok kamu harus belanja aku makan siang, ganti kamu nggak mau pergi hari ini!”

            Daniel masih mengulum senyuman.

            “Okey, insya-Allah!”

            Jessica terus pamit meminta diri. Daniel hanya mengekori langkah Jessica lewat ekor matanya.

            Keluhan dilepaskan lagi. Rasa bersalah menyentak-nyentak tangkai hatinya.
*******************


CINTA berbaring sambil menatap siling bilik. Matanya memandang kosong siling putih itu sejak sepuluh minit yang lalu. Tidak tahu kenapa, dari tadi bayangan wajah Daniel menerjah-nerjah fikirannya. Sudah lebih tiga minggu persahabatannya dengan lelaki itu terjalin, dan sepanjang itulah dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Daniel berbanding rakan-rakannya atau teman-teman lelakinya yang lain.

            Jika ditanya kepada diri sendiri, dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya sekarang. Dia akui, dia mendekati Daniel kerana pertaruhan yang berlangsung antara dia dan rakan-rakannya. Tapi sekarang entah kenapa hatinya tiba-tiba berbelah bahagi.

            Dia tidak lagi merasa teruja dengan pertaruhan itu. Melihat wajah Daniel yang polos dan sentiasa tenang, dia jadi tidak tegar.

            Siapa yang tidak akan jatuh hati pada Daniel? Lelaki itu bukan sahaja lemah-lembut dalam pertuturan, tetapi juga bijak dan menghormati semua orang sehinggakan ramai pelajar-pelajar wanita di kampus salah anggap dan menyangkakan Daniel menyukai mereka.

            Dan Cinta sendiri? Dia tidak tahu apa yang dia rasakan terhadap Daniel. Ketika pertama kali bertemu dengannya tiga tahun yang lalu, hatinya meronta-ronta ingin mengenali jejaka pendiam itu dengan lebih dekat. Namun sebaik sahaja mendapat tahu lelaki itu hanyalah anak seorang penjual kuih, dia terus tawar hati.

            Atau mungkin juga dia malu kerana rakan-rakannya sering memandang rendah dengan orang-orang yang tidak setaraf dengan mereka. Apa rakan-rakannya akan cakap kalau dia bercinta dengan anak penjual kuih? Pasti dia akan ditertawakan dan dipulaukan.

            Tapi dia tahu satu sifat yang tiada dalam dirinya. Tiada dalam diri Cinta Aulia. Dia sebenarnya bukanlah jenis yang suka memperkecilkan orang lain. Mungkin ini kerana pengaruh rakan-rakan sejak dibangku sekolah. Tambahan pula, dulu dia bersekolah di sekolah antarabangsa dan tidak bergaul dengan anak-anak orang miskin.

            “Kenapalah kau dilahirkan sebagai anak orang miskin?” Cinta mengeluh sendiri.

            Alangkah bagusnya kalau Daniel anak Dato’ atau Tan Sri. Atau paling koman pun, ayahnya seorang businessman berjaya ke. Tapi itu bukan kenyataannya. Daniel hanyalah anak penjual kuih berasal dari Mersing!

            “Cinta! Cinta!” Jeritan itu memancung angannya.

            Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Erma dan Hana terus menyerbu masuk.

            “Cinta, Razif cari kau!” beritahu Erma dengan senyuman yang luas.

            Cinta bangkit malas-malas dari katil empuknya. Sudah lebih dua minggu dia tidak menghubungi lelaki itu. Ada apa hal agaknya.

            “Korang ni tak reti kelentong ke? Cakaplah aku takde!” Kening Cinta bertaut.

            “Larh… aku ingat kau pun nak jumpa dia. Bukan ke dia tu Razif, anak orang kaya yang naik Porsche tu!” balas Hana mencebirkan bibir.

            Cinta mendengus. Dia terus turun ke tingkat bawah dengan hanya memakai T-shirt sendat tanpa lengan dan lengging.

            Razif yang setia menunggunya ditepi jalan sambil bersandar di Porschenya tersenyum sambil memegang sekuntum ros merah.

            “Hai, sayang,” sapa Razif ceria. Berkocak dadanya melihat susuk tubuh Cinta yang sungguh menggiurkan itu.

            Cinta sekadar tersenyum seadanya.

            “This is for you my pretty girl!”

            Cinta mengambil bunga ros yang dihulur Razif kepadanya. Terpaksalah ambil, kalau tak nanti kecil hati pula. Baginya, Razif hanyalah salah seorang daripada teman lelaki yang sebenarnya tidak diperlukan. Tapi nasib baik kaya.

            “Jom kita keluar. Main bowling. My treat!” ajak Razif.

            Cinta tersenyum.

            “Sorry Zif, hari ni I rasa nak study. Exam is just around the corner,” dalihnya.

            “Sejak bila tiba-tiba rajin study ni?” Nada Razif seperti menyindir.

            “Ini kan final examination so I have to hit the books lah,” jelas Cinta. Sebenarnya petang ini dia sudah berjanji mahu keluar dengan Daniel. Rugilah kalau peluang ini terlepas kerana pertaruhan dia dengan rakan-rakannya masih berjalan dan dia tidak mahu gagal.

            “Okay… but how about tomorrow?” cadang Razif lagi.

            “I tak janji. I will call you back bila I dah free,” putus Cinta kemudiannya.

            Alah, esok dia ada temu janji dengan Kamal, anak Tan Sri Rahim, salah seorang pemilik syarikat hartanah bumiputera di ibu kota. Mana boleh dia keluar dengan dua orang lelaki dalam satu masa!

            Razif kelihatan hampa, namun dia masih tersenyum.

            “Okeylah, tak apa. Demi you, seribu tahun pun I sanggup menunggu!”

            Tidak lama kemudian, Razif terus pamit meminta diri. Cinta tersenyum kelat. Aduh, lelaki!

            Selepas Razif berlalu, Cinta mendengus dan naik ke apartmentnya semula.

            “Amboi, romantiknya si Razif tu, ya?” Suara Hana yang sedang khusyuk dihadapan laptop dimeja mamar menerjah ke lubang telinga Cinta saat dia melihat jambak bunga ros ditangan rakannya yang cantik itu.

            Cinta mencebik.

            “Romantik kau kata? Muka macam jambatan tak siap!”

            “Macam tu punya handsome pun kau tak nak lagi? Apa bendalah kau ni!” bidas Erma yang datang entah dari mana.

            “Bagi korang siapa lagi handsome, Razif ke Daniel?” Soalan Cinta membuatkan Erma dan Hana saling berpandangan.

            “Don’t say that you…”

            “Come on, Erma. Janganlah berfikiran sempit sangat. Aku cuma tanya, bukannya suka kat si Daniel tu!” Cinta menafikan sambil ketawa berjela-jela.

            Erma dan Hana tersenyum sinis.

            “So macam mana?” Hana bertanya.

            “Macam mana apa?”

            “Perkembangan kau dengan Daniel sekarang?”

            “Alah… biasalah. Lelaki, memang macam tu. Mula-mula je konon malu-malu kucing. Tak adalah hard to get sangat!” ujar Cinta tertawa.

            “So bila kau nak luah kau syok kat dia?” tanya Erma pula.

            Cinta tersenyum tepi.

            “Aku tahulah bila masanya. Korang siapkan je duit tu sebab lepas ni, aku nak pergi shopping puas-puas!”

            Usai itu, dia masuk ke bilik meninggalkan teman-temannya dengan senang hati. Erma dan Hana tersenyum kagum. Cinta sememangnya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang dia mahu. Sesuai dengan namanya. Cinta! Mampu membuat mana-mana lelaki pun mencintainya.

*******************


“TENGOK sana, Danny! Kat situ kampus kita!” tunjuk Cinta kepada bangunan Australian National University (ANU) yang berdiri megah di kejauhan.

            Daniel hanya tersenyum. Dia kagum melihat pemandangan keseluruhan Canberra dari Ainslie Mountain. Dari tempat setinggi kira-kira 843m ini, Canberra dilihat begitu harmoni dengan alam. Keseluruhannya kelihatan berwarna hijau, warna daun. Pemandangannya menghadap lurus ke bangunan Parliament House.

            Canberra memang sebuah ibu kota taman yang damai. Dibangunkan sekitar tasik buatan manusia yang luas. Dari menara itu juga, Daniel nampak Canberra dibahagi dua tasik – sebelah kawasan pentadbiran manakala sebelah lagi kawasan membeli-belah dan penempatan penduduk.

            Sebenarnya sudah banyak kali dia ke sini bersama Adrian dan Jason Lee Namun kali ini perasaannya berbeza sekali, kerana dia pergi bersama seorang gadis yang dicintainya dalam diam sejak tiga tahun yang lalu.

            Cinta Aulia, tidak mengapalah kalau dia tidak boleh memiliki hati gadis itu. Asalkan dia masih diberi peluang menjadi sahabatnya, itu sudah lebih dari mencukupi. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya sebelum ini.

            “Awak suka datang sini?” Cinta bertanya.

            “Suka. Dah banyak kali saya datang dengan Adrian dan Jason Lee. Tapi biasanya saya suka datang sorang-sorang,” jawab Daniel sambil matanya terus melihat panorama alam yang luas terbentang.

            “Datang sorang-sorang? Kan best kalau datang dengan kawan-kawan.” Cinta bertanya lagi.

            “Kadang-kadang lagi best kalau datang sorang-sorang sebab masa tu lah saya boleh dapat ketenangan. Masa tu lah saya boleh terkenangkan ibu saya kat kampung. Kalau saya bersedih pun saya suka duduk kat sini. Bila bersedih, saya sentiasa ke atas dan sentiasa mengingati yang paling atas! Selain duduk di atas tikar sejadah mengadu pada Allah, di sini buat saya bersyukur dengan kekuasaan dan kebesaran-Nya,” tutur Daniel panjang lebar.

            Cinta sekadar tersenyum. Huh, lantaklah! Aku bukannya berminat nak tahu pun.

            “Daniel.”

            “Hmm…” Mata Daniel masih tidak lekang dari melihat pemandangan indah dihadapannya.

            “Dah berapa lama kita kenal?”

            “Lebih kurang tiga tahun.”

            “Tak, maksud saya, dah berapa lama kita berkawan?”

            “Lebih kurang tiga minggu. Kenapa?”

            “Danny, ermm… awak nak tahu sesuatu?” Dia mula memanggil Daniel dengan nama ringkas.

            “Apa dia?”

            “Walaupun baru tiga minggu kita berkawan, saya sebenarnya sukakan awak.”

            Daniel terkedu. Dia menoleh memandang Cinta. Benarkah apa yang diungkap gadis itu? Benarkah selama ini gadis itu menyukainya?

            Cinta menatap ke dalam anak mata Daniel untuk meyakinkan lelaki itu. Yes, tak lama lagi umpan mengena! jerit hati Cinta gembira.

            “Selama ni saya nafikan perasaan saya sendiri. Padahalnya sepanjang tiga tahun dekat sini, saya selalu perhatikan awak dari jauh. Saya berkasar dengan awak selama ni pun sebab nak tutup perasaan saya. Tapi sekarang saya tak mampu nak tipu diri sendiri lagi. Saya… saya memang suka awak!”

            Tidak berkelip mata Daniel menentang mata bundar Cinta saat gadis itu melafazkan kata-kata keramat yang selama ini dinanti-nantikannya. Tubuhnya melayang ke satu tempat yang indah bagaikan syurga. Hatinya sejuk serta-merta.

            “Jadi… sebab tu ke awak ajak saya datang sini?” Daniel mula bersuara.

            Cinta menunduk dan mengangguk, buat-buat malu.

            Daniel tidak dapat berkata apa-apa. Membahang wajahnya menahan malu. Kulitnya yang putih itu kelihatan benar-benar merah.

            Selama ini, kata-kata itu jugalah yang ingin dia luahkan kepada Cinta. Namun kerana sedar status dan kedudukannya, dia diam sahaja. Masakan si gadis kaya dan cantik jelita itu mahu menjadi pasangannya.

            Tapi tiba-tiba sekarang tanggapannya terhadap Cinta sudah berubah. Cinta sebenarnya bukanlah seorang gadis yang memandang harta kekayaan dan darjat.

            “Tapi, saya tak setaraf…”

            “Itu tak penting, Danny. Apa yang penting adalah perasaan saya sekarang. Saya nak tahu, adakah awak merasakan perkara yang sama macam saya,” potong Cinta dengan suara yang cukup lembut.

            Cair hati Daniel mendengarnya.

            Daniel tahu Cinta tidak berbohong saat menyatakannya. Dia nampak ketulusan di mata gadis itu.
            Terima kasih Cinta. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini…


You you, when you say
“I love you, I love you, I love you”
When you say it, you make me believe it
You you, when you look
Silently, silently at my eyes
When you look at them and smile,
You make me smile too

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Saturday, June 21, 2014

Cabaran sebagai penulis...

Assalamualaikum dan hai... hari ni rasa tak nak update novel. Cuma nak tulis luahan hati. Huhu... tak kesahlah siapa nak baca siapa tak nak baca. Tak paksa. Hew... hew... hew...

Petikan daripada Sinar Harian tahun 2010.
Masa ni umur 17 tahun. Nak acah-acah cute. Okey, korang boleh muntah sekarang

Apa perasaan aku sepanjang aku jadi novelis ni, aku jarang kongsi dengan orang. Yelah, siapa peduli apa aku rasa. Kuang... kuang... kuang... k, ni bukan ayat merajuk. Ni luahan hati yang entah apa-apa :P

Secara jujur daripada hati yang suci lagi murni (wekkk!!) aku sebenarnya merasa bangga dengan pencapaian diri sendiri kerana mula bergelar novelis pada usia 17 tahun. Bukan meninggi diri, cuma teringin nak jadi role model untuk adik-adik aku yang kecik2 lagi nih :P

Dan secara jujurnya jugak, aku tak pernah pergi bengkel penulisan. Sebab tu aku tak mampu bersastera macam penulis-penulis lain dan ayat aku agak straight forward. Kalau korang dah baca novel aku dari dulu, korang akan tahu corak penulisan aku macam mana. 

Cuma satu pintaku, janganlah membandingkan diriku dengan penulis-penulis lain. Aku ada corak aku sendiri, dan mereka ada cara mereka sendiri. Jadi diri sendiri, itu lebih baik. Kalau tak suka dengan corak penulisan aku, tak ada apa-apa yang mampu aku lakukan. Kuasa di tangan korang nak memilih nak baca karya siapa :)

Sebelum bergelar penulis, aku dah pun sedia ada dikutuk dan direndah-rendahkan hanya kerana aku menyimpan angan untuk bergelar penulis pada usia muda. Siapa dia? Tak perlu aku mention. Cuma katanya "Penulis mestilah seseorang yang ada degree, PHD luar negara, bukannya taraf SPM!"

Itu satu perang psikologi yang sangat melemahkan aku dan aku hampir-hampir putus asa. Mujur bila novel pertama aku terbit pada usia 17 tahun, kutukan yang keluar dari mulut dia selama ini hilang begitu sahaja :) 

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana ia adalah karya pertama aku, yang aku tulis dengan effort yang tak berbelah bahagi sejak Tingkatan Satu, dan Buku Prima setuju untuk menerbitkannya :')

Novel pertama aku (Kutemui Cinta) ditulis dalam keadaan cacar marba yang aku sendiri tak sanggup nak baca sekarang. Haha... malu pun ada. Kalau diberi peluang, aku teringin nak sunting balik bagi lagi cantik. Tapi apa boleh buat? Benda dah lepas. Hew... hew... hew...

Bila masuk novel ke-2 (Abang Khai Tomboi) corak penulisan still tak berubah. Still cacar-marba. Hahaha... cuma start dari sinilah aku dah dapat corak aku sendiri. Maaf, aku tak pandai berbahasa baku dan sastera. Aku mohon bacalah karya orang lain kalau anda sukakan karya sastera.

Mula-mula nak bertapak memang sangat mencabar okey. Aku tak payah ceritalah siapa, cuma cukup aku katakan mulut orang ni memang tak boleh nak tutup. Kerana usia aku yang terlalu muda pada hemat mereka (17-18 tahun masa tu), novel aku langsung diorang tak buka dan baca. Tengok kulit je, pastu terus cakap, "Tak best!" "Bosan" "Cerita budak-budak!"

Seriously guys? Anda judge karya saya berdasarkan umur saya? Saya tak tahu nak labelkan anda sebagai apa. Kalau korang dah buka, baca sampai habis dan masih tak sukakannya, itu hak koranglah sebab itu masing-masing punya taste. Aku tak mampu buat apa-apa. Tapi ni just tengok kulit, baca sinopsis sikit, dalam langsung tak dibeleknya, pastu nak kutuk macam-macam. What serong gurl????

Memang perang psikologi sangat menular dalam kepala hotak aku masa tu. Rasa macam nak stop menulis pun ada. Tapi sedikit sebanyak review dekat Internet meredakan hati aku yang gundah gulana. Cewah, tu sastera sikit je 

Dah masuk novel ke-3 (Amar Farish), terbit akhir tahun 2012, masa tu umur aku 19 tahun. Si dia yang selalu mengutuk dulu tu nak tengok novel aku. Tapi jawapan aku senang je "Pergi cari kat Kedai Buku Banggol!" Dulu aku pernah beri baca free, tapi tak baca. Mengutuk je kerja, sekarang aku takkan bagi tengok pun. Rasa nak tengok make some effort, okey bubbly boo?

Aku bukannya tak tahan kena kutuk. Seriously, dikutuk tu benda biasa yang aku lalui selama ni sejak bergelar penulis. Tapi pengkritik yang berilmu mesti tahu membezakan kritikan dan kutukan. Kalau kita mengatakan setiap benda ada seninya, mengkritik juga kenalah belajar seninya ^_^V

Jujur aku katakan, aku tak pandai menulis. Kalau nak tunggu pandai, sampai bila-bilalah aku takkan menulis novel aku sendiri. Aku menulis sambil belajar. Cuba improve dari semasa ke semasa. Jangan mengharapkan sesuatu yang kebaboom daripada penulis picisan macam aku. Ngee...

Tapi alhamdulillah, si dia yang aku ceritakan tadi dah pandai tutup mulut. Haha. Dah tak mengutuk sangat macam dulu. Aku pun tak nak amik kisah sangat pasal dia. Sebab aku tahu dekat blog aku ni, aku ada lagi ramai pembaca dan penyokong yang sentiasa menyokong aku tanpa mengambil kira berapa umur aku.

Akhir kata, aku doakan seorang rakan cerpenis serta novelis yang aku kenal dekat Facebook (Zarul) agar suatu hari nanti berjaya menerbitkan novelnya sendiri. Teringin nak baca dalam bentuk buku pulak. Haha... saya selalu doakan ok? Entry ni dedikasikan untuk anda sebenarnya. Jangan putus asa. Kebalkan telinga, tabahkan hati. Insya-Allah berjaya. Huhu...

p/s: Sedang menunggu giliran untuk menerbitkan novel ke-4. Janganlah marah saya sekiranya lambat, saya bukan publisher.