Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, November 3, 2015

PROMO ---> KhaiRizal : A Love Story


Assalamualaikum semua... okey, setelah sekian lama blog ini krik krik krik, kali ni saya update untuk announce yg baby ke-5 saya berjudul KhaiRizal : A Love Story (Abang Khai Tomboi II) sudah berada di pasaran.

Pada yang pernah baca kisah Khai dan Rizal sebelum ni, mesti tahu yang novel kali ni adalah sambungan untuk novel tersebut. Harga novel RM22, postage RM7. Kalau berminat, boleh PM saya di Facebook atau terus direct kepada pihak publisher October. Kalau nak e-mail saya pun boleh. nuraqilahsyuhaidah@gmail.com 

Berjuta-juta lemon liun saya ucapkan pada October especially Kak Aida yang sudi menerbitkan manuskrip ini walaupun rasanya dah hampir lima tahun jaraknya dgn tahun penerbitan Abang Khai Tomboi.

Yang pernah saya janjikan free gift sebelum ni tak perlu order ya, novel ni akan berada di tangan anda sebaik sahaja saya selamat menerima copy nya. Ngehngehngeh... kbai.

p/s: Terima kasih kepada pembaca terkini yang masih bertanyakan perkembangan terkini manuskrip Kau Bidadariku.... insya-Allah akan siap dalam tahun depan. Bila terbit, saya tak dapat nak janji. Doakan idea datang mencurah-curah dalam kepala hotak saya ye. Kueng... kueng... kueng...

Saturday, August 8, 2015

Berhubung manuskrip KhaiRizal Love Story


Assalamualaikum and hai... ok entry kali ni aku update utk pembaca2 yang setia mengikuti kisah cinta Khai dan Rizal. Macam yang korang tahu, manuskrip Abang Khai Tomboi II @ KhaiRizal Love Story aku dah hantar pada publisher. Aku namakan mereka sebagai PUBLISHER A. Dan diorang ambil masa 5 bulan untuk nilai manuskrip ni.

Aku hantar dari bulan Disember 2013 ok, awok2 semua? Pada bulan April 2014, sungguh aku gembira tak terkata bila PUBLISHER A inform yang diorang setuju untuk terbitkan KhaiRizal Love Story. 

Tunggu punya tunggu, sampai Julai 2014 takde khabar berita. Apa cer?? Aku bukannya tak sabar menunggu giliran, sebab manuskrip ni pun dah lulus untuk diterbitkan. Apa yang ada dalam fikiran aku, kesian pembaca2 yang dah lama giler tunggu novel ni.

Aku tak mau buat pembaca tertunggu-tunggu benda yang tak pasti, sebab PUBLISHER A sendiri tak beri kepastian pada aku bila mereka akan terbit manuskrip ni. Manuskrip aku terperap kerana menunggu giliran. Sedih, kan? Okey, sambung lagi.

So bila aku berfikir-fikir secara dewasa, aku beranikan diri menghantar manuskrip KhaiRizal Love Story pada publisher baru. Aku dah tak mau fikir syarikat sape, yang penting aku nak KhaiRizal Love Story dijadikan buku untuk tatapan pembaca-pembaca yang dah lama mengikuti kisah Khai dan Rizal. Yang ni aku namakan sebagai PUBLISHER B.

Hantar pada PUBLISHER B yang satu ni pun ada masalah. Mula-mula aku macam tak jadi nak hantar. Yalah, sebab aku pun belum tarik manuskrip secara rasmi dengan PUBLISHER A. Berani-berani takut jugaklah sebenarnya.

Dalam nak tak nak hantar, aku terklik button send. Errk... so aku bagitahu publisher tersebut yang aku tersilap hantar dan nak hantar manuskrip lain. Kebetulan aku ada tulis manuskrip lain masa tu. Tapi tiba-tiba aku rasa tak dapat nak siapkan dalam masa yang singkat, so aku cakap aku nak proceed je dengan manuskrip KhaiRizal Love Story tu.

Aku tersend manuskrip PUBLISHER B walaupun aku belum tarik balik manuskrip aku
dengan PUBLISHER A
Pastu bila aku pikir-pikir balik, aku nak teruskan je. At least kalau lulus dengan
PUBLISHER B, aku nak tarik balik dekat PUBLISHER A

Beberapa hari lepas tu, aku dapat e-mail dari PUBLISHER B. Dia cakap dia tak nak aku asingkan manuskrip ikut bab. Dia suruh attach dalam satu Microsoft Word je. Aku pulak hantar dalam bentuk Winrar. Aku takde soal banyak, terus aku attach semua bab sekaligus dan hantar semula pada PUBLISHER B.

PUBLISHER B minta aku attach semua bab ke dalam satu dokumen
sebab katanya susah nak baca.
Okey, fine. Aku ikut apa yang diorang nak, Manuskrip tu aku hantar balik
pada PUBLISHER B dalam bentuk Microsoft Word. Nampak dekat
anak panah tu? I dah attach tau. Haha...

Lepas tu aku dah tak dapat apa-apa reply dah dari PUBLISHER B. Aku sabar je tunggu, maybe diorang tengah buat penilaian kot. Aku tunggu jela, dengan harapan akan dapat feedback positif.

4 bulan aku tunggu, okey? EMPAT BULAN. Dari bulan Julai 2014 sampai bulan November 2014. Disebabkan dah tak tahan tunggu, aku e-mail balik pada publisher tu. Dia nak terima manuskrip aku atau tak. Kalau tak nak, aku tak kesah. Aku boleh hantar kat lain.

Ni aku tanya ye. Nampak tak? Bulan November baru aku tanya
sebab lama sangat.

Tapi nak tahu tak jawapan apa yang aku terima?



Aku baca e-mail tu sambil ternganga. WTF????!!! Aku belum hantar? So maknanya 4 bulan aku tunggu tu sia-sia jelah?! Sumpah aku rasa macam nak pitam. Aku hantar manuskrip tu beberapa jam lepas dia suruh aku attach kan, takkan dia tak dapat? Arghhh!! Sekali lagi aku tension.

Aku macam nak give up. Mungkin aku terpaksa tunggu jawapan dari PUBLISHER A. Pastu aku dah malas nak sentuh manuskrip KhaiRizal Love Story ni. Malas malas malas =,="

Bulan Disember 2014 baru aku fikir balik. Maybe ada something wrong somewhere yang membuatkan manuskrip ni pending sampai sekarang.

So berbekalkan keazaman dan semangat juang yang agak tinggi, aku buka dan tilik semula manuskrip ni. Hmm... mungkin ada benda yang perlu diubah. Mungkin masa aku hantar kat PUBLISHER A tu, aku terlampau rushing sampai jalan ceritanya terlalu simple. Terlalu excited nak manuskrip ni lulus cepat-cepat. Hmm...

Bila aku dah start baca, aku mula buat pengubahsuaian dari segi plot cerita. Jangan risau, yang ada dekat blog ni jalan ceritanya masih sama. Aku cuma ubah bahagian klimaks dan pengakhirannya sahaja. Buat plot twist sikit, supaya tak nampak mendatar sangat.

Bulan Januari 2015 aku habis edit. Aku dah tak nak hantar manuskrip ni kat PUBLISHER B macam sebelum ni. Serik... T.T Aku dah hantar, tapi dikatanya aku tak hantar lagi. Aku tak kata diorang menipu, cuma mungkin diorang terlepas pandang e-mail aku. Masuk bahagian spam ke. Tapi aku dah serik buat masa sekarang. Jadi aku hantar dekat company novel baru jugak, tapi yang lain. Yang ni aku namakan dia sebagai PUBLISHER C.

PUBLISHER C ni cakap, dia akan nilai dalam masa sebulan. So aku hantar Januari, maybe February atau March dah boleh dapat jawapan. Aku tunggu lagi. Tunggu punya tunggu, sampai habis PBKL 2015 tak dapat apa-apa jawapan. Oh, sekali lagi frustrated. Tak nak publish, baik cakap awal-awal. Jangan buat orang berharap, kan? Yang diorang janji, tempoh penilaian sebulan. Ni aku tunggu sampai 4 bulan. Kau nak aku tunggu sampai raya tahun depan?

So habis je PBKL, aku tarik balik manuskrip ni. Aku dah pening + bingung + blur + frust. Manuskrip ditendang sana sini macam bola. Setakat ni aku belum pernah dapat jawapan reject untuk manuskrip ni, tergantung je yang banyak. Aku dah makin rasa bersalah bila ada dua tiga orang pembaca yang menunggu sejak tahun 2013 bertanya tentang perkembangan manuskrip KhaiRizal Love Story.

Aku tak fikir panjang, aku cuba lagi. Aku hantar manuskrip pada PUBLISHER D. Haha... nampak? Punya  tak nak putus asa.


Dan dalam entry ni, aku nak minta maaf banyak2 kepada pembaca2 Abang Khai Tomboi I & II. Maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu. Lama giler kan? Aku sendiri penat menunggu sampai naik kematu punggung. Hahaha... 

Aku tak salahkan PUBLISHER A. Yalah, diorang pun tengah popular. Mesti ramai gila novelis yang hantar manuskrip kat diorang. Aku faham semua itu, tapi aku rasa aku tak boleh terus menunggu. Aku harus melakukannya demi pembaca2 blog aku. Cewah :P

Aku husnuzon aje. Mungkin bukan rezeki aku dengan publisher tersebut. Mungkin rezeki aku ada di tempat lain. Haha.

Berbulan-bulan lamanya aku masih lagi menunggu, menunggu & menunggu. Sampailah semalam aku dapat PM dekat Facebook dari pihak publisher October Love yang berminat untuk terbitkan karya ni. Syukur sgt2. Selepas manuskrip ni kesana-kemari, akhirnya ada juga publisher yang memberi jawapan positif. Insya-Allah diorang nak terbitkan kisah Khai & Rizal ni tak lama lagi ^_^

So begitulah ceritanya. Sekarang dah dalam proses, aku masih menantikan proses seterusnya.  Nanti aku post kat blog ni, okeng? Dan kepada pembaca2 yang pernah aku janjikan gift sebelum ni, (Kak Eddayu, Nadya Roslan, Ma Gee, Kiki Wafa dan lollipop kunyah), diharap anda semua pun sabar menunggu. Sampai je novel tu ke tangan aku, aku terus pos pada korang. Terima kasih kerana masih support dan rajin mengkomen sehingga ke hari ni. Tanpa anda semua, siapalah aku. Tenenene~~~

hahaha... tata...

p/s: kepada awok2 semua yang rasa nak booking dulu novel ni, boleh e-mail saya kat nuraqilahsyuhaidah@gmail.com atau PM saya kat FACEBOOK. Nanti dah dapat harganya, saya beritahu cara pembelian ;D

Wednesday, June 24, 2015

Kau Bidadariku... 30

NADYA melangkah lesu keluar dari hotel mewah itu. Air mata masih tidak henti-henti menjamah pipinya. Kakinya terasa lemah. Dia bagaikan sudah tiada daya untuk menghadapi dugaan ini. Dalam sekelip mata, kebahagiaan yang dikecapinya bersama Adam hancur begitu sahaja.

            Segala penghinaan dan herdikan Adam sebentar tadi bagai terdengar-dengar di kokleanya. Bayangan wajah Adam yang membengis dan merenungnya dengan penuh kebencian terpapar di bening pandangan hati.

            “Ya Allah, apa salah aku? Ujian apa yang sedang melanda rumah tanggaku ini?”

            Tubuhnya menggigil menahan rasa sebak yang menggigit hati. Perlahan-lahan dia melorot ke tanah dengan tangan yang sudah diletakkan ke dada kirinya. Hati terasa bergetar menahan rasa. Sedaya upaya cuba ditahan hatinya agar tidak pecah berderai.

            “Aku akui, tujuh tahun kau kahwin dengan aku, kau memang isteri yang baik. Kau memang setia, sampailah jantan tak guna tu muncul dalam hidup kita. Sebab apa? Sebab muka dia! Aku rasa kalau awal-awal dulu aku cari si Adrian tu, agaknya dah lama kau pergi pada dia. Aku pun tak perlu bazirkan tujuh tahun usia aku untuk hidup dengan betina mandul macam kau!”

            Tangannya menekup telinga. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Serasa hendak pecah pembuluh darahnya saat kata-kata itu bergema memenuhi benaknya.

            Benarkah itu lelaki yang pernah melafazkan cinta pada aku? Benarkah itu lelaki yang berjanji akan menjaga dan mencintai aku sehingga ke hembusan nafas terakhir? Diakah lelaki yang selalu mengatakan aku bidadari syurganya? Adakah dia masih lelaki yang sama? Adakah? kalbunya mendesis hiba.

            Tujahan kata-kata Adam terlalu kasar. Bagaikan bukan suaminya yang sedang berbicara saat itu. Adam tidak pernah sekasar itu selama ini.

            “Nadya.”

            Ada suara memanggilnya dari belakang. Dia berpusing melihat Adrian yang melangkah longlai mendekatinya dengan darah kering yang di wajah dan bajunya.

            Pandangan Nadya sempat singgah sebentar pada kaca jernih hotel. Dari tempat duduknya, dia dapat melihat staf-staf hotel dan beberapa orang pelanggan tercengang melihatkan keadaan Adrian yang keluar dalam keadaan berdarah-darah. Pelbagai spekulasi dan rumusan melegari kotak minda masing-masing. Entah menyangkakan ini kes main kayu tiga atau kes cemburu buta, masing-masing hanya mampu menelah dalam hati. Dan Nadya tidak berminat untuk ambil tahu apa tanggapan orang lain buat masa ini.

            Matanya kembali menghala ke arah Adrian. Keadaan lelaki itu tampak kusut dan comot. Nadya jatuh kasihan. Adrian tidak seharusnya melalui semua ini. Pemuda itu langsung tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa sama sekali!

            “Please tell me what’s going on?” soal Adrian sambil memegang kepala. Tidak cukup dengan kepalanya yang masih pening bahana kloroform, tidak semena-mena dia dibelasah oleh Adam tanpa diberi peluang langsung untuk membela diri.

            Dia hanya berbaring beberapa ketika di lantai sebelum menguatkan tubuhnya untuk bangun meninggalkan bilik hotel itu meskipun dengan kepala yang sakit dan penglihatan yang sedikit kabur. Sehingga ke saat ini dia tidak mengerti apa sebenarnya yang sedang berlaku. Segala-galanya terlalu pantas dan tiba-tiba.

            Nadya bingkas bangun menghadap Adrian. Rasa bersalah begitu menyentak-nyentak tangkai hatinya melihatkan wajah Adrian yang bengkak dan berdarah.

            “Adrian, saya minta maaf… saya kena culik siang tadi. Apa yang saya ingat, saya ditarik ke sebuah kenderaan lain oleh beberapa orang lelaki dan saya pengsan lepas diorang beri ubat pelali. Bila saya sedar, saya dah ada dekat hotel ni dengan awak.”

            Adrian terkejut. Dia juga cuba menelusuri apa yang berlaku sebelum ini. Yang dia tahu, semasa perjalanan pulang ke rumah pada waktu Maghrib tadi, dia ditahan beberapa orang lelaki. Dia tidak ingat bagaimana dia boleh pengsan dan sampai ke sini.

            Poket seluarnya yang terasa sedikit berat ditepuk beberapa kali. Kunci keretanya masih tersimpan disitu. Dan dompet miliknya ada didalam bilik hotel tadi. Matanya melilau pula melihat keadaan sekeliling. Dia nampak BMW 3 seriesnya tersadai ditempat letak kereta berhadapan dengan hotel. Betul-betul bersebelahan dengan Kia Optima milik Nadya. Hairan, kes rompakankah ini? Kenapa barang-barang berharga tidak diambil?

            “Saya rasa ini kerja orang yang sama yang perangkap kita dulu. Masa kita tak sengaja jumpa dekat tasik dulu,” tokok Nadya lagi sambil mengesat pelupuk matanya.

            Adrian tergeleng-geleng. Bicara Nadya semakin menyerabutkan kepalanya yang sakit dikala ini. Mengingatkan dia dikasari sebegini oleh suami wanita itu membuatkan hatinya panas tiba-tiba.

            “Dahlah, saya nak balik. Awak tahu tak? Sejak saya kenal awak dengan Adam, macam-macam bala yang menimpa diri saya. Kalau korang ada masalah, tolong selesaikan sendiri. Jangan libatkan orang lain!”

            Nadya tersentap. Hamburan kata-kata Adrian yang tidak disangka-sangka itu sekali lagi mengguris perasaannya. Untuk kesekian kalinya, air matanya menitis lagi.

            “Ya Allah… saya pun tak tahu apa-apa, Adrian. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak tahu siapa yang buat semua ni,” ucapnya lirih. Nafasnya kembali tercungap menahan sendu yang memberat dihati.

            Adrian meramas rambut. Terdengar dia merengus.

            “Dahlah, saya tak nak jumpa awak atau Adam lagi. Korang berdua ni mendatangkan masalah. Tujuh tahun saya hidup sorang-sorang, tak pernah sekalipun berlaku perkara macam ni. Jangan muncul depan saya lagi dan jangan contact ibu saya!”

            Usai kata-katanya, Adrian terus melangkah pergi meninggalkan Nadya sendirian. Digagahkan jua dirinya untuk memandu pulang meski dalam keadaan terhuyung-hayang.

            Nadya menekup mulut, cuba mengurangkan bunyi tangisannya agar tidak didengari sesiapa. Hanya panahan matanya yang sayu mengekori langkah Adrian. Kini bukan sahaja Adam, tetapi Adrian juga menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku.

            Kepalanya mendongak ke langit. Merenung langit hitam pekat yang langsung tidak dihiasi bintang. Malam yang sungguh suram. Sesuram hatinya dikala ini.

            Allahuakbar… hanya kepada-Mu aku menyembah, dan hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan. Bantulah aku, Ya Allah… sesungguhnya Engkau tahu apa sebenarnya yang terjadi, doanya tidak putus-putus didalam hati.
**************************

BEBERAPA jam memandu tanpa arah tuju, akhirnya Adam melabuhkan keretanya dikawasan berbukit di Shah Alam, tempat persinggahan sinonimnya dengan Nadya setiap kali ingin menghabiskan masa romantis berdua di luar rumah tanpa gangguan sesiapa.

            Namun malam ini, pertama kali dalam hidupnya, dia ke sini sendirian. Tiada Nadya menemaninya. Dan Nadya tidak akan menjadi pendampingnya lagi selepas ini.

            Entahlah, dia cuma mahu bersendirian saat ini. Dia tidak mahu pulang ke rumah sekiranya terpaksa memandang wajah Nadya lagi. Dia sudah tidak mampu untuk merenung isterinya sama seperti dulu lagi. Tidak selepas wanita itu dengan mudahnya menyerahkan kesucian tubuhnya kepada lelaki lain. Hanya kerana lelaki itu persis Hafiz!

            “Aku benci kau!” seranah Adam tiba-tiba. Dia memekik sekuat-kuat hati. Memecah kesunyian dan kesejukan malam yang kian mencengkam.

            Air matanya gugur lagi. Hati terasa sakit. Pijar. Dadanya ditekan kuat. Dia teresak-esak sendirian menghadap pemandangan dari atas bukit itu. Akhirnya dia terduduk. Lututnya terkulai menyembah ke lantai bumi.

            “Apa kurangnya aku, Nadya? Aku banyak berkorban untuk kau selama ni. Aku dah banyak bersabar. Masa kau bercinta dengan Hafiz, aku sabar. Aku langsung tak cakap apa-apa. Mula-mula kahwin, kau tak sayang aku. Tapi aku tak pernah merungut. Aku tunggu sampai kau bersedia untuk bukakan pintu hati kau untuk aku. Tak cukup baik ke aku, Nadya? Baru dua bulan kenal Adrian, perasaan cinta kau pada aku mati macam tu aja? Semudah tu, Nadya?” luahnya sebak dengan air mata yang laju menuruni pipi.

            Kelopak matanya dipejamkan untuk seketika. Segala peristiwa yang pernah terjadi beberapa tahun lalu terlayar di ruang mata.

            Dulu selepas kematian Hafiz, Nadya memutuskan untuk mengahwini Rafi setelah sekian lama hatinya tertutup untuk mencintai mana-mana lelaki. Dan Adam ketika itu hanya mampu tersenyum dan mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya.

            Dan sebulan selepas itu, sesuatu yang tidak terduga terjadi. Perkahwinan Nadya dan Rafi dibatalkan kerana Rafi ditangkap khalwat dengan Hani, bekas kekasihnya. Rafi terpaksa mengahwini Hani demi menjaga aib keluarga. Nadya pula menerima lamaran Adam atas desakan abahnya dan atas permintaan papa Adam sendiri, arwah Dato’ Husin.

            Diawal perkahwinan mereka, jiwa Adam cukup terseksa. Hidupnya bersulam duka mengenangkan sang isteri yang tidak pernah mencintai dirinya. Nadya menjauhi dirinya dan mereka tidak tidur sekamar. Adam pula terus bersabar, sedikitpun tidak mengeluh. Bahkan tidak pernah culas menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

            Beberapa bulan kemudian, Nadya jatuh sakit dan disahkan menghadapi masalah buah pinggang kronik. Kasihnya seorang suami, Adam mendermakan sebelah buah pinggangnya buat Nadya agar bidadari kesayangannya itu hidup sihat seperti sedia kala.

            Dan Adam merahsiakan bahawa dialah sebenarnya penderma buah pinggang ketika itu kerana tidak mahu Nadya mengasihinya kerana pengorbanan tersebut. Dia mahu Nadya mencintai dia dengan seadanya, bukan kerana terhutang budi semata-mata. Dia yang menjaga Nadya siang malam sehingga isterinya itu sihat kembali.

            Setelah beberapa lama, akhirnya terbongkar rahsia sebenar tentang kes khalwat Rafi dan Hani. Rupa-rupanya Hani yang memerangkap Rafi sehingga memaksa lelaki itu mengahwininya. Apabila Rafi sudah meninggalkan Hani dan ingin kembali kepada Nadya, Adam pasrah andai Nadya juga ingin bersatu kembali dengan lelaki itu. Adam rela mengundurkan diri andai itu mampu membuatkan wanita kesayangannya bahagia. Dia tidak mahu terus mengikat Nadya dalam alam perkahwinan yang tidak diredhainya.

            Semasa dalam proses penceraian, baru Nadya menyedari hakikat sebenar. Barulah Nadya membalas cintanya. Ketika itulah Nadya mengakui tidak mampu berjauhan darinya dan tidak mahu meneruskan penceraian mereka. Di saat-saat akhir itulah baru Nadya mengetahui siapakah insan yang sanggup mendermakan buah pinggang untuknya.

            Selepas dia berbahagia bersama Nadya, Rafi tetap meneruskan penceraiannya dengan Hani. Dan Rafi sudah tidak muncul lagi dalam hidup mereka selepas itu. Rafi hilang begitu sahaja dan kini sudah berkahwin pula dengan wanita lain.

            Sangka Adam, dia akan hidup bahagia selama-lamanya bersama Nadya. Seperti kisah dongeng Cinderella dengan prince charming, Beauty and the Beast dan seperti Princess Aurora dengan Prince Phillip.

            Dia tidak peduli andai tidak dikurniakan zuriat seumur hidupnya, asalkan dia memiliki Nadya hingga ke akhir hayatnya. Namun malam ini dia sedar, semua dongengan itu tidak akan pernah berlaku didunia nyata. Kisah cinta seperti Cinderella bersama prince charming, Beauty and the Beast, Princess Aurora dan Prince Phillip tidak wujud sama sekali. Tiada kisah cinta sebegitu didunia ini!

            “Kenapa kau buat aku macam ni, Nadya? Apa lagi yang tak cukup pada aku ni?” rintihnya perlahan. Dia kembali membuka kelopak mata dengan bibir yang terketar-ketar menahan rasa.

            Dia tidak percaya semua ini terjadi. Adrian tampak baik. Malah dalam gambar-gambar yang diterimanya sebelum ini, Nadya dan Adrian langsung tidak kelihatan rapat. Kerana itu dia tidak menyangka kedua-duanya berkelakuan sebegini dibelakangnya.

            Dia sama sekali tidak menyangka perkenalan singkatnya dengan Adrian telah merenggut segala kebahagiaannya kini. Pandai sungguh mereka berlakon dihadapannya.

            “Mama… papa… tolong Adam. Adam sedih… kenapa isteri Adam buat Adam macam ni…” Suaranya tenggelam timbul dalam tangis. Dikala perasaannya dihunjam perit, dia begitu merindui kedua-dua arwah orang tuanya.

            Akhirnya dia tersandar di pintu kereta. Air matanya dibiarkan mengalir sepi. 

****************************

JAM tiga pagi, Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila terdengar bunyi pintu pagar automatik dibuka. Mereka terus berlari keluar sebaik sorotan lampu kereta Adrian memancar masuk ke perkarangan banglo putih itu.

            Masing-masing bercekak pinggang dihadapan kereta Adrian, isyarat tidak puas hati dengan apa yang berlaku pada malam ini. Ketat wajah mereka berbalut rasa geram yang tertahan sejak Maghrib tadi kerana Adrian langsung tidak menjawab panggilan.

            Tidak senang duduk Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila sepanjang malam sehingga tidak mampu untuk melelapkan mata. Risau sungguh mereka andai berlaku perkara yang tidak diingini kepada anak kesayangan mereka itu.

            “Adrian, cepat keluar. Ibu nak rotan ni. Kenapa balik lambat?” Puan Sri Azila sempat bergurau setelah Adrian menutup enjin BMW 3 seriesnya.

            Adrian tidak bersuara. Dia melangkah lambat-lambat keluar dari kereta lalu menghampiri ibu dan ayahnya.

            Saat itu juga, wajah Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila berubah mendadak. Kaget masing-masing melihatkan keadaan muka Adrian yang bukan sahaja kusut-masai, tapi tampak sungguh lesu dengan muka yang sudah bengkak sana-sini.

            “Astaghfirullahalzim! Adrian, kenapa ni sayang?” Puan Sri Azila terus berlari mendapatkan anaknya. Wajah Adrian dibelek-beleknya dengan penuh rasa terkejut.

            “Adrian, kenapa ni? Kena rompak ke?” Bulat mata Tan Sri Jamaluddin memandang anaknya.

            Tangannya ingin mengesat darah kering dihidung Adrian, namun Adrian segera menggeleng. Menafikan pertanyaan ayahnya tadi. Ini bukan kes rompak kerana keretanya tidak dicuri. Dompet, jam tangan dan lain-lain barang berharga langsung tidak berusik. Cuma apa motif si pelaku, semuanya masih kelihatan kabur di pandangan Adrian kala ini.

            Tangannya kembali menyentuh kepala. Serasa bau klorom itu bukan sahaja memeningkan kepalanya, tetapi juga merosakkan sel neuron dalam tubuhnya. Membuatkan dia terasa lemah dan hendak pitam. Tadi pun semasa memandu, beberapa kali dia hampir terlelap sehingga nyaris terbabas. Mujur tidak berlaku kemalangan.

            “Ayah… ibu…” Matanya merenung Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila.

            Bibirnya bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu, namun tiada sebarang suara keluar dari bibirnya. Matanya berpinar-pinar. Akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.

            “Astaghfirullah… Adrian!”

************************

NADYA menggagahkan dirinya memijak lantai. Tubuhnya menggigil. Pemandangannya berbayang sejurus melangkah masuk ke kondominium itu. Suis lampu ruang tamu sedia menyala, menandakan Adam ada pulang sebentar tadi. Beg pakaian Adam juga masih bergelimpangan ditepi pintu. Sejambak ros putih diatas meja menarik perhatiannya.

            Tangannya terus mencapai kad kecil yang terselit dicelahan bunga itu. Matanya kembali berkaca membaca setiap bait ucapan cinta yang ditulis oleh Adam.

            Memang sepanjang perkahwinan mereka, Adam tidak pernah lupa untuk membelikannya sesuatu untuknya setiap kali pulang dari outstation. Dan dalam banyak-banyak pemberian Adam, dia paling sukakan bunga ros putih. Kerana baginya, ros putih adalah lambang kesucian, keluhuran dan cinta sejati.

            “I love you too, abang. I love you so much,” cetusnya sendiri, seolah-olah membalas semula ayat yang ditulis oleh suaminya itu.

            Mengenangkan Adam, dia sematkan hakikat dalam hatinya. Kad ini ditulis sebelum kejadian mengaibkan di hotel itu. Adakah sekarang Adam masih mencintainya?

            “Kau jangan muncul depan aku lagi. Aku benci kau!” Ucapan Adam tadi masih terngiang-ngiang didalam kepala.

            Nadya menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah tiada daya untuk menangis lagi. Ros putih dan kad ucapan itu didakapnya penuh kasih. Lebih seminggu tidak bertemu Adam, hanya Tuhan yang tahu betapa dia rindu untuk mendakap tubuh suaminya saat ini. Sungguh dia tidak menyangka pertemuan kali pertamanya dengan Adam kali ini bertukar sebegini rupa. Malam ini telah meninggalkan satu kenangan terburuk dalam hidupnya.

            “Jangan tinggalkan Nadya, abang. Nadya tak kuat tanpa abang…” Dia bermonolog lagi. Rasa sebak yang menjalar dihati cuba ditahankan.

            Ya, dia akan bertahan. Dia pasti akan bertahan demi ikatan suci ini.


P/S: Kisah Kau Bidadariku... ditamatkan sampai disini sahaja di blog kerana akan diterbitkan. Bila? Saya tak boleh nak janji sebab manuskrip ni belum siap sepenuhnya. Doakan saya utk siapkan kisah Adam, Nadya & Adrian secepat yang mungkin ya. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang sudi baca dan mengikuti kisah ini dari awal. Adios amigos!

Wednesday, June 10, 2015

Kau Bidadariku... 29

ADAM semakin tidak senang duduk. Dia mundar-mandir sendirian di ruang tamu menanti kepulangan isterinya sejak sejam yang lalu. Telefon bimbitnya ditenung dengan keresahan yang semakin membusuk dalam relung dada. Sudah berpuluh-puluh kali dia membuat panggilan, sudah panjang berjela SMS dihantar, namun satu pun tidak mendapat balasan daripada Nadya.

            Hairan. Nadya tidak pernah berkelakuan seperti ini. Paling lewat Nadya pulang dari butik pun ketika Maghrib. Kalau ada sebarang roadshow, pembukaan booth untuk majlis-majlis tertentu ataupun pertunjukan fesyen, Nadya akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Memang itu sudah dipraktikkan sejak awal berkahwin lagi.

            Tadi sewaktu dia memeriksa telefon, dia mendapat sembilan panggilan dan tiga SMS daripada Nadya yang bertanyakan tentang keberadaannya beberapa jam yang lalu. Dan dia tidak menjawab ketika itu kerana tidur sepanjang dalam penerbangan. Jiwanya galau tiba-tiba memikirkan kemungkinan sesuatu yang buruk telah terjadi kepada isterinya sepanjang dia tidak menjawab panggilan dan SMS tersebut.

            Ke mana agaknya Nadya pergi? Dia pergi ke rumah Puan Sri Azila kah? Tapi sekarang sudah pukul 12 tengah malam, takkan Nadya tak ingat nak balik?

            Lambat-lambat dia mencari nombor telefon Puan Sri Azila di bahagian Contact Number. Hatinya sedikit berbelah bahagi untuk menghubungi ibu angkat isterinya itu. Takut tersalah sangka dan Puan Sri Azila mengesyaki perkara yang bukan-bukan.

            Beberapa minit merenung nombor telefon Puan Sri Azila, jarinya masih teragak-agak untuk menekan nombor itu. Sehinggalah tiba-tiba telefonnya yang berdering. Dia tersentak seketika melihatkan nombor Puan Sri Azila timbul di skrin. Kebetulan pula.

            “Hello, assalamualaikum mak cik…”

            “Waalaikumussalam, Adam. Thank god, nasib baik ada coverage. Adam ada kat Dubai lagi, kan? Maaf kalau mak cik menganggu. Adam ada berhubung dengan Nadya tak hari ni?”

            “Tak ada, mak cik. Saya baru sampai, dah ada kat Malaysia sekarang. Tak cek phone pun dari tadi sebab ada dalam flight,” jawab Adam yang duduk mengisar punggung.

            Puan Sri Azila mengeluh.

            “Oh ye ke? Nadya tak ada pulak bagitahu mak cik Adam balik hari ni. Hmm… tak ada contact Nadya, ya? Mak cik cuba call dia dari tadi tapi tak diangkat. Bukan dia je, Adrian pun sama. Mak cik risau, Adrian belum balik dari ofis sejak petang tadi. Mak cik dah call Daniel, kawan Adrian. Tapi Daniel pun tak tahu ke mana dia pergi. Mak cik tak pastilah dia ada kawan-kawan lain atau tak. Macam peliklah pulak, diorang berdua ni tiba-tiba hilang,” ujar Puan Sri Azila tidak sedap hati.

            Dia dan suaminya sendiri belum dapat melelapkan mata kerana gusar memikirkan anak mereka. Kehilangan Nadya dan Adrian hari ini benar-benar pelik. Sudah lumrah naluri seorang ibu, dia cepat tersedar jika ada sedikit kelainan daripada hari-hari sebelumnya.

            “Adrian belum balik? Saya pun tengah tunggu Nadya mak cik. Rasanya dia memang tak balik sejak siang tadi. Saya risau kalau terjadi apa-apa sebab tadi dia banyak kali missed calls saya!”

            Adam meraup wajah. Jantungnya sudah berdegup kencang. Dia benar-benar risau tentang keadaan isterinya saat ini. Sungguh dia menyesal kerana tidak memeriksa telefon sejak tadi.

            “Tak apalah, mak cik. Saya cuba cari Nadya. Tentang Adrian, mak cik cuba call dia banyak kali. Kalau lepas 24 jam diorang hilang, kita buat police report,” saran Adam.

            “Okey, apa-apa hal nanti mak cik beritahu ya. Assalamualaikum…”

            “Waalaikumussalam.” Usai memutuskan talian, Adam mendail nombor isterinya sekali lagi. Riak wajahnya gelisah bagaikan cacing kepanasan. Dia tahu dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri andai sesuatu yang buruk berlaku pada wanita kesayangannya.

            Sayang, mana sayang pergi? Please, answer my call Nadya. I’m begging you… Adam merayu didalam hati.

            “Shit!” Dia menyumpah apabila suara operator automatik menjawab panggilannya, menandakan telefon isterinya itu mati atau sengaja dibiarkan berdering tanpa diangkat.

            Fikirannya sudah semakin buntu. Kepalanya diramas-ramas sehinggalah telefonnya kembali bergegar menandakan ada mesej masuk. Cepat-cepat dia membuka kotak aplikasi Whatsapp. Nombor telefon Adrian.

            -Nadya, awak lambat lagi ke? I really miss you baby. Cepatlah datang. Can’t wait to hug and kiss you, my dear. Jangan lupa tau, kali ni The R Concord Hotel & Lounge. Boringlah asyik pergi hotel haritu je. Bilik nombor 406. I’ll wait for you-

            Mata Adam membulat tiba-tiba. Tercengang seketika dia membaca apa yang ditulis oleh Adrian. Ibu jarinya terus menekan punat hijau mendail nombor Adrian. Kedengaran talian sempat berdering beberapa saat sebelum dimatikan dengan sengaja.

            -Sorry, wrong number. Jangan salah faham. I want to send this to my girlfriend. Her name is Nadya too.- Itu mesej kedua daripada Adrian selepas tidak menjawab panggilannya.

            What the…? Kau ada hati nak tipu aku, Adrian? Sepanjang aku kenal kau, tak ada pun kau atau ibu kau sendiri bagitahu kau ada girlfriend! detiknya dengan darah yang sudah berderau naik ke muka. Perasaannya sudah lain macam.

            Tangannya bingkas mencapai kunci kereta dan terus melangkah ke muka pintu.

            Sebaik menuruni lif, dia bergegas berlari ke keretanya pula. Tanpa memanaskan enjin terlebih dahulu, Audi A4 nya dipecut laju meninggalkan KEN Bangsar terus ke hotel yang dimaksudkan.
***************************

NADYA memisat-misat matanya beberapa kali. Tubuhnya terasa berat, seperti ada bertan-tan batu menghempap kepalanya. Matanya bagaikan tidak mahu terbuka kerana kepalanya yang terlalu pening. Namun saat menyedari dirinya berada disatu tempat yang begitu asing, sedaya upaya dia cuba membuka mata seluas-luasnya.

            Tempat ini… tempat yang tidak pernah dikunjunginya. Suasana didalam bilik mewah bagaikan berada di hotel lima bintang. Tangannya meraba-raba kiri dan kanannya, dan dia terpegang sesusuk tubuh yang berbaring disebelahnya.

            Sejurus dia berkalih, terbuntang luas kedua-dua biji matanya melihatkan Adrian yang lena disisinya. Lelaki itu memakai kemeja yang sudah kelihatan sedikit kusut-masai. Beberapa butang atas kemejanya ditanggalkan, menampakkan dadanya yang bidang.

            “Astaghfirullahalazim!” Nadya menjerit. Cepat-cepat dia melompat bangun dari katil dan terus meraba tubuh serta kepalanya. Syukur dia masih berpakaian lengkap dan bertudung.

            Wajahnya sudah pucat dengan tangan yang mulai menggeletar. Allahuakbar… apa yang sudah terjadi? Apa yang aku dan Adrian sudah lakukan?

            “Adrian! Adrian! Bangun!” Dia menggoyang-goyang tubuh Adrian, cuba mengejutkan lelaki itu.

            Namun Adrian tidak bergerak. Benar-benar kelihatan seperti sedang tidur mati. Nadya cepat-cepat berlari ke bilik air. Dia menadah air paip dengan gelas kaca yang tersedia di bilik air tersebut. Setelah itu dia berlari semula mendapatkan Adrian dan menjirus air ke wajah lelaki itu.

            Adrian mengerutkan muka. Dia menggosok wajah yang sudah kebasahan dan mula membuka kelopak mata. Kepalanya masih terasa pening kesan daripada kloroform yang ditekup ke hidungnya.

            “Bangun, Adrian!!!”

            Adrian terkelip-kelip kebingungan. Terkedu dia melihat figura Nadya yang agak samar-samar dihadapannya. Betulkah? Dia tidak bermimpi?

            Pada awalnya Adrian merasakan ini semua sekadar halusinasi. Mungkin dia cuma keliru kerana wajah Nadya kerap menjengah ruang fikirannya sejak akhir-akhir ini, namun saat penglihatannya kian jelas, dia terus mengengsot menjauhi wanita itu.

            “Adrian, apa sebenarnya dah jadi? Kenapa kita ada dekat sini?” soal Nadya cemas. Tersekat-sekat nafasnya menahan tangisan yang ingin pecah.

            Sumpah, dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Apa yang dia ingat, dia berada di parking lot untuk pulang ke rumah. Setelah itu ada seorang lelaki menegurnya, dia keluar sebentar dari kereta untuk mengutip duit yang bertaburan ditepi keretanya, kepalanya tiba-tiba diserkup dan dia dihumban masuk ke dalam kenderaan lain sebelum diberikan ubat pelali. Itu sahaja yang dia ingat!

            Adrian terpinga-pinga. Dia bingung melihatkan dirinya yang sedang berbaring diatas katil saat ini.

            “Saya tak tahu…” jawabnya perlahan. Dia cuba menggagahkan diri untuk bangun meskipun kepalanya masih terasa berat. Tangannya memaut dinding tatkala merasakan kakinya sedikit lembik untuk berdiri.

            “Ya Allah… ya Allah… apa dah jadi ni? Ampuni aku, ya Allah…” Nadya mulai teresak-esak sambil menekup mulut. Sungguh dia merasa terhina. Kali ini dia merasakan tarafnya sebagai isteri sudah tercalar kerana duduk berdua-duaan didalam bilik hotel bersama lelaki lain.

            Adrian memegang kepala. Dia cuba mengingati apa sebenarnya yang telah berlaku, namun otaknya tidak mampu berfikir secara normal.

            “Saya nak balik. Saya rasa kita kena perangkap!” ujar Nadya. Air mata yang merembes dipipinya pantas diseka. Tiada guna dia menangis mengenangkan apa yang sudah terjadi. Yang penting dia harus keluar secepat mungkin.

            Saat tangannya mengutip tas tangan yang dibiarkan bersepah di atas lantai, bunyi ketukan pintu yang agak kuat menembusi cuping telinga. Hampir serentak kedua-duanya menghalakan pandangan ke muka pintu.

            Nadya dan Adrian saling bertatapan untuk beberapa ketika. Masing-masing bagaikan sedang menelah sesuatu yang buruk bakal terjadi.

            Nadya meneguk liur. Kesat. Oksigen cuba disedut dalam-dalam sebelum kakinya melangkah ke muka pintu. Selak pintu bilik dibuka. Tangannya lambat-lambat menguak tombol, dan saat itu juga pintu tersebut ditujah kasar dari luar.

            “Nadya?!”
            Nadya tergamam melihat suaminya tercegat dihadapannya saat ini.

            “A… abang? Abang kat sini? Bila abang balik dari Dubai?” Terketar-ketar bibirnya dengan wajah yang semakin pucat.

            Adam terkaku. Lelah. Terasa jantungnya lemah tiba-tiba. Terbeliak luas biji matanya melihat dua figura yang berada didalam bilik hotel itu.

            “Apa kau buat tengah-tengah malam buta dekat hotel dengan jantan lain?!” Adam melotot ke arah Nadya dan Adrian. Sungguh dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang disaksikannya saat ini.

            Nadya menggigit bibir. Bergegar tubuhnya mendengar jerkahan Adam. Pertama kali suaminya meninggikan suara kepadanya. Hatinya robek mendengarkan corak panggilan Adam sudah berubah lain.

            Mata coklat hazel milik Adam bersinar terang bagaikan api yang sedang marak. Dia sama sekali tidak menduga dirinya sedang dipertontonkan dengan perbuatan jijik isterinya sendiri. Hari pertama dia pulang dari outstation, dia menangkap Nadya duduk di bilik hotel bersama lelaki lain!

            “Abang, ini bukan macam yang abang fikir…” Nadya cuba menjelaskan, namun Adam lebih pantas meluru mendapatkan Adrian yang masih mamai disisi katil.

            Tangannya merentap kolar baju Adrian dan menghenyakkan tubuh lelaki itu ke dinding. Kaki Adrian terlanggar dengan meja kecil sisi katil, membuatkan dompetnya yang diletakkan di atas meja itu jatuh ke lantai.

            “Kau ni jantan tak guna! Dasar bohjan! Kenapa kau rampas isteri aku?! Iblis! Dasar tak kenang budi. Aku cari kau sebab kesiankan mak bapak kau. Ini balasan kau, setan!!!” Dia memekik lantang lalu melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah Adrian.

            Adrian tidak mampu untuk melawan kerana keadaan dirinya yang masih lemah dan tidak begitu stabil. Habisnya dia hanya mampu menadah wajah dan tubuhnya diperlakukan sesuka hati oleh Adam tanpa mampu berbuat apa-apa.

            Beberapa minit dibelasah, wajah Adrian sudah dibasahi cecair merah. Mengalir darah pekat dari hidung dan mulutnya. Adrian terbaring lemah di atas lantai. Namun kemarahan Adam masih belum reda. Tidak cukup dengan itu, dia melepaskan satu sepakan ke perut Adrian, membuatkan Adrian senak menahan kesakitan. Mulutnya langsung tidak mampu mengucapkan walau sepatah kata. Membuak-buak darah keluar dari mulut dan hidungnya hingga mengalir ke lantai bilik itu.

            Saat itu juga Adam terpandang dompet milik Adrian yang terbuka di atas lantai. Dia nampak ada sekeping gambar tertera didalam dompet tersebut. Kemarahannya kian meledak bila menyedari gambar itu adalah gambar pertunangan Nadya dengan arwah Hafiz suatu ketika dahulu.

            “Kau ingat kau simpan gambar kembar kau dengan bini aku, kau boleh jadi Hafiz dan ambil alih tempat aku? Jantan tak guna!” tengking Adam. Bingkas saja dia menendang tubuh Adrian hingga tercampak ke tepi.

            Adrian memegang dada. Menahan kesakitan yang menyerang.

            “Abang, tolong bang. Jangan buat Adrian macam tu, dia tak salah.” Nadya memegang lengan suaminya, namun sepantas itu juga Adam menyentap lengannya dari pegangan Nadya.

            “Jangan pegang akulah. Aku jijik, tahu tak?! Kau dah main dengan jantan lain, lepas tu kau nak pegang aku lagi?!”

            “Astaghfirullahalazim… jangan cakap Nadya macam ni, abang…” Nadya tidak mampu membendung tangisannya lagi. Menggigil tubuhnya mendengar hamburan kata-kata yang keluar dari bibir suaminya sendiri.

            Adam menarik nafas panjang, cuba menahan amarah yang menggunung. Penumbuknya digenggam sekuat-kuat hati saat merasakan matanya mulai berbahang. Sedaya upaya air matanya ditahankan agar tidak jatuh ke pipi. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan wanita yang sudah mengkhianatinya itu.

            “Kau jangan muncul depan aku lagi. Aku benci kau!” tegasnya dan terus meninggalkan bilik hotel itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

            Nadya panar. Dia serba-salah melihatkan Adrian yang terbaring lemah di lantai dan Adam yang sedang berlalu pergi dari situ.

            “Saya minta maaf, Adrian. Saya perlu kejar suami saya,” ucapnya sebelum berlari keluar meninggalkan Adrian. Mungkin dia bersikap mementingkan diri, tapi demi Allah, dia tidak sanggup kehilangan suaminya. Dia tidak mahu kehilangan Adam.

            “Abang, tolonglah dengar dulu. Jangan buat Nadya macam ni, bang!”

            Nadya berlari sekuat hati menghalang suaminya yang melangkah rakus meninggalkannya.

            Butang lif ditekan kuat beberapa kali. Adam sudah tidak sanggup untuk berlama-lama disini. Hotel ini telah meninggalkan satu titik hitam dalam hidupnya. Dan hotel ini telah menjadi saksi kecurangan isterinya.

            “Abang, tolonglah dengar dulu.” Nadya yang sudah berdiri dibelakang Adam terus menarik lengan suaminya itu. Wajah Adam beku meskipun ada air mata yang berladung di kelopak matanya. Tanpa memandang wajah Nadya, dia menarik lengannya dari pegangan wanita itu.

            “Abang, Nadya dan Adrian diperangkap. Petang tadi Nadya…”

            “Sudahlah, Nadya. Cukuplah kau bodohkan aku selama ni.” Adam memintas, langsung tidak mahu mendengar penjelasan isterinya. Baginya, apa pun yang keluar dari mulut Nadya ketika ini dusta semata-mata. Dia bersyukur kerana tergerak hati untuk pulang ke Malaysia tanpa memaklumkan kepada Nadya terlebih dahulu. Kalau tidak, pasti sampai sekarang Nadya seronok bermain kayu tiga dibelakangnya.

             “Aku tahu aku yang bodoh sebab percayakan kau selama ni. Tak suka Adrian konon. Tak suka tapi duduk dalam bilik hotel sama-sama. Kau dah bosan hidup dengan aku, kan? Kau pergilah pada jantan tu, jangan cari aku lagi. Aku tak layak jadi pengganti Hafiz. Adrian lebih layak, sebab dia mengingatkan kau pada Hafiz, kan? Baru hari ni aku sedar yang kau tak ikhlas hidup dengan aku selama ni. Kau cintakan Hafiz, bukan aku!”

            Nadya memejamkan mata untuk seketika. Dia teresak-esak dengan tubuh yang kian menggigil menahan kesedihan.

            Pintu lif dihadapan mereka terbuka. Adam terus menapak masuk kedalam. Nadya mengekori. Tangan suaminya sekali lagi cuba dicapai, namun Adam terus menjauhkan tubuhnya dan berdiri membelakangi isterinya itu.

            “Abang, pandanglah Nadya bang… Nadya tak salah. Petang tadi Nadya kena culik. Ada orang cuba perangkap Nadya dengan Adrian, bang. Sedar-sedar je Nadya dah ada dalam bilik hotel dengan dia.”

            Kata-kata isterinya membuatkan Adam tersenyum sinis.

            “Wow, kena culik pulak ya? Pandai kau reka cerita, kan? Dulu kau jumpa jantan tu senyap-senyap kat butik. Lepas tu aku jumpa kau dengan jantan tu kat taman, kau cakap staf aku yang call kau. Sekarang kena culik pulak. Bravo! Kau ni kalau tulis skrip drama TV mesti laku!” perli Adam sambil menepuk-nepuk tangannya.

            Nadya menggeleng rakus. Ya Allah, bantulah aku… aku cuba menyelamatkan maruahku…

            Tiba di ground floor, Adam melangkah laju meninggalkan isterinya dibelakang. Nadya tidak berputus asa. Dia tetap cuba mengejar suaminya. Tujuh tahun melayari bahtera bahagia bersama Adam, dia tidak mahu segala-galanya ranap begitu sahaja.

            “Abang, demi Allah. Nadya tak pernah curang. Nadya cintakan abang sepenuh hati Nadya. Tolonglah percaya, abang!”

            Adam berpaling, mencerlungkan mata ke arah wanita yang pernah menjadi permaisuri dihatinya itu.

            “Tak pernah curang? Don’t use God’s name when you’re in the wrong. And don’t tell me some cock-and-bull story about getting kidnapped!”

            Staf-staf dan beberapa orang pelanggan hotel yang duduk melepak di lobi terkejut mendengar tempikan suara Adam. Mata mereka melekat ke arah Adam dan Nadya sambil berbisik antara satu sama lain.

            “Aku akui, tujuh tahun kau kahwin dengan aku, kau memang isteri yang baik. Kau memang setia, sampailah jantan tak guna tu muncul. Sebab apa? Sebab muka dia! Aku rasa kalau awal-awal dulu aku cari si Adrian tu, agaknya dah lama kau pergi pada dia. Aku pun tak perlu bazirkan tujuh tahun usia aku untuk hidup dengan betina mandul macam kau!” Adam menambah sindiran dan herdikannya. Kali ini lebih keras.

            “Abang!” jerit Nadya terperanjat. Sayu matanya merenung ke wajah suaminya. Tiada lagi lirikan mata penuh rasa cinta dan kasih sayang dimata lelaki itu. Yang terserlah kini hanyalah api kebencian yang sarat dengan rasa kecewa.

            Luluh kalbunya mendengar hunjaman kata-kata itu. Hanya kerana apa yang telah berlaku pada malam ini, Adam tergamak mengatakan dia mandul. Sedarkah lelaki itu bahawa dia juga seperti wanita lain, ingin merasai bagaimana sakitnya melahirkan anak.

            “Sampai hati abang cakap pada Nadya macam ni. Tak ada sedikit pun rasa belas ihsan abang pada Nadya?” Bergetar suaranya menahan rasa sebak yang kian menjalar didada. Dia terus menangis tanpa rasa segan-silu kepada mata-mata yang memerhati.

            Adam membuang pandang ke arah dua orang receptionist hotel yang berada tidak jauh dari situ. Kedua-duanya kelihatan serba-salah dan pura-pura sibuk dengan kerja masing-masing.

            Adam mengeluh. Dia menggeleng-geleng perlahan..

            “Aku malu, Nadya. Suami jenis apa aku ni? Mana aku nak letak muka aku? Nasib baik Adrian tersalah hantar Whatsapp. Dia nak hantar kat kau, tapi dia terhantar pada aku. Akhirnya Tuhan tunjukkan kebenaran pada aku. Kalau tidak, memang sampai bila-bila aku jadi orang bodoh. Jadi lembu dicucuk hidung sebab diperdaya dengan imej baik kau. Muka suci tapi perangai macam sundal!”

            Nadya menggeleng perlahan dengan bibir yang diketap erat. Air mata tidak jemu-jemu membasahi pipinya.

            “Dahlah, jangan ganggu aku lagi. Aku dah tak nak tengok muka kau!”

            Adam ingin beredar namun pantas Nadya menangkap tangannya. Adam menepis tetapi pegangan Nadya kian kukuh.

            “Abang, tolong abang…” Nadya merayu lagi dengan suara yang cukup sayu.

            “Lepaskan! Jangan pegang aku!”

            “Nadya isteri abang. Tujuh tahun kita kahwin, bang. Abang dah cukup lama kenal Nadya. Abang tahu macam mana Nadya tunduk dan hormat pada abang selama ni. Nadya tak pernah tipu abang. Nadya sayang abang sangat-sangat. Nadya beritahu perkara yang sebenarnya. Memang Nadya diculik. Nadya dihumban masuk ke dalam kenderaan lain dan Nadya terus pengsan. Sedar-sedar je Nadya dah ada dekat hotel ni. Adrian pun nampak bingung, macam tak tahu apa-apa. Dia pun pengsan. Ada orang cuba perangkap kami, bang. Ada orang cuba musnahkan rumah tangga kita.” Nadya masih cuba menjelaskan dengan suara yang kian serak kerana terlalu banyak menangis.

            Darah Adam semakin mendidih. Dia naik baran dengan keengganan Nadya.

            “Kau nak lepaskan tangan aku atau kau nak ni?!” Dia mengangkat tangan seperti ingin menampar Nadya, namun hayunannya terhenti melihatkan Nadya sedikipun tidak mengelak. Hanya matanya yang jernih merenung wajah suaminya penuh mengharap.

            “Pukullah, abang… pukullah Nadya kalau penampar tu mampu buat abang percayakan Nadya,” tutur Nadya perlahan dengan bibir yang terketar-ketar. Dia pasrah menanti wajahnya menerima habuan dari Adam asalkan dia tidak kehilangan lelaki itu.

            Yasmin yang menghendap tanpa disedari oleh Adam dan Nadya mula mengerutkan dahi dari kejauhan. Dia sedikit hampa melihatkan tangan Adam tidak jadi menyinggahi pipi Nadya. Adam sepatutnya tampar Nadya sekuat hati. Biar Nadya sakit, sebagaimana sakitnya hati dia sebelum ini ketika Adam meninggalkannya dulu.

            Adam terpempan. Segera dia melarikan wajah, tidak mahu hatinya tersentuh dengan Nadya. Dia tidak mahu hatinya berbolak-balik dan tidak mahu menjadi orang bodoh dengan menutup mata walaupun tahu tentang kecurangan isterinya. Kini dia harus belajar menerima hakikat bahawa hati Nadya bukan miliknya lagi.

            “Aku cintakan kau, Nadya. Tapi aku tak bodoh!” ujar Adam kemudiannya. Tangannya direntap kasar dari pegangan isterinya dan dia terus melangkah pergi dengan hati yang cukup terluka.

            Adam berlari ke keretanya dan terus memandu pergi tanpa arah tuju sambil menghamburkan segala tangisan yang disekat sedari tadi.

            Yasmin yang sedari tadi mengintai dari luar bangunan hotel mengelip-ngelipkan mata. Dari cermin jernih yang meliputi hotel itu, dia dapat melihat Nadya yang sudah terduduk dilantai sambil menangis. Kelihatan ada beberapa orang staf hotel ingin membantu Nadya, namun Nadya menggeleng-geleng tanda tidak mahu diganggu.

            Dia tersenyum mengejek. Pertelagahan Adam dan Nadya ibarat satu pemandangan indah dimatanya. Dan melihat penderitaan Nadya adalah satu kemenangan buat dirinya. Selepas sebelas tahun, akhirnya terbalas jua segala dendam dan rasa sakit hatinya selama ini.            

            Hubungan Adam dan Nadya akhirnya benar-benar sudah berantakan seperti yang dia mahukan!

            Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia mendail nombor telefon Jay.

            “Hello, good job. Pandai you buat kerja kali ni. Nampak sangat smooth,” pujinya dengan hati yang sudah berteriak gembira.

            Jay tersengih. Bangga sekali dengan pujian itu.

            “Mestilah, Cik Yasmin. Saya pernah cakap kan, kerja apa pun saya sanggup buat. Client is my priority selagi payment dapat tepat pada masanya.”

            “Pasal duit tak ada hallah, janji kerja beres. You nak berapa kali ni?”
            “RM50 ribu.”

            Yasmin menjegilkan mata. “What? RM50 ribu? Apasal banyak sangat? Haritu I baru bagi you RM20 ribu. Buat kerja pun ciput je!”

            “Aik, kata tak kesah pasal duit.” Sempat pula Jay memerli di hujung talian.

            “I memanglah tak kesah, tapi nak minta banyak tu pun agak-agaklah.”

            “Bukan untuk saya sorang, Cik Yasmin. Saya perlu RM30 ribu untuk rawatan anak saya. Ubat dia bukannya murah. Lagi RM20 ribu untuk kuncu-kuncu lain yang terlibat untuk culik Nadya dan Adrian. Oh ya, tambahan RM3 ribu sebagai ganti rugi sebab Adrian tu tumbuk saya sampai pecah bibir. So total cost RM53 ribu.”

            Yasmin mendengus kuat mendengar alasan itu.

            “Hmm… yalah! Yalah! Nanti I bank in duit tu. Dan oh ya, lepas ni dah tak ada lagi tugas untuk you. Misi dah selesai. Kalau you jumpa I tepi jalan, berlagak macam tak kenal. Tak payah tegur. I tak perlukan khidmat you lagi. Lepas ni kalau nak duit untuk biaya anak you yang sakit tu, cari job lain. I ni bukannya jabatan kebajikan nak tanggung kos perubatan dia.”

            Jay menggumam bibir. Dia teragak-agak ingin mengungkapkan sesuatu, namun tiada apa yang keluar dari mulutnya. Akhirnya dia terpaksa akur dengan arahan itu.

            “Baik, Cik Yasmin…”

            Punat merah terus ditekan. Kakinya dihayun ke keretanya pula dengan hati yang puas. Malam ini dia pasti akan tidur lena. Ah, bahagianya!