“Ala,
rumah sewa biasala. Nak harapkan aku beli sendiri tak adanya. Haa… kau kena
tidur dengan akulah nampaknya. Kat rumah ni ada satu bilik je,” balas Jue
sambil menolong Zahra mengangkat beg-beg pakaiannya.
Selesai
semua barang disumbatkan ke dalam bilik, Zahra ke dapur. Nak tolong Jue
memanaskan lauk. Semasa Jue datang mengambilnya di McD petang tadi, terus mereka
singgah warung beli lauk untuk makan malam.
“Ara,
kau interview bila?”tanya Jue sambil menuang lauk dalam mangkuk.
“Khamis
ni, kenapa?”
“Tak
ada apa, makin cepat makin bagus. Dah prepare ke?”
Zahra
tersengih. “Rasanya dah kot. Aku ada search sikit-sikit kat internet soalan apa
yang lazim ditanya masa interview.”
Jue
tersengih sama. Ketika Zahra sedang mencedok nasi daripada periuk, dia
terdengar suara kucing mengiau.
“Eh,
Arshavin dah balik? Mari sini anak mama.” Senyuman di bibir Jue melebar bila
seekor kucing Parsi masuk ke dapur. Zahra angkat kening. Mama? Arshavin?
“Wei
Jue, kau ni tak betul ke apa? Tu kucing bukan manusia,”ujar Zahra. Sarkastik.
“Ala
biarlah…dia nilah satu-satunya peneman aku kat rumah ni sejak housemate aku tuh
takde. Eh kau tolong ambilkan Whiskes dalam kabinet atas tu. Kasi anak aku tu
makan, dah penat agaknya bertenggek dengan kucing jiran sebelah,”arah Jue macam
seorang ibu bebelkan anaknya. Anak tu merujuk pada kucingla.
Zahra
terus buat apa yang disuruh. Okla…takdela bosan sangat rumah ni. Bosan-bosan ke
boleh aku lastik punggung dia, tak pon jadikan dia teman aku tengok bola. Aku
suka gak kucing. Tak kira berkurap mahupun black metal. Semua kucing sama je.
Semua kucing ambik SPM. Semua kucing pernah bercinta dikala sunyi. Haa…indah
tak ayat aku? Hahaha… Zahra tergelak dalam hati dengan lawak tak kelakarnya
“Ara.”
“Hmm…”Zahra
menyahut perlahan sambil tangan cuba mencapai makanan kucing yang diletakkan
dalam kabinet.
“Apasal
baju kau tu kotor semacam je? Kau jatuh dalam lumpur ke?”
Zahra
terdiam. Kemudian mengalihkan pandangan ke bajunya. Masih ada kesan air kopi
yang tertumpah kat McD petang tadi. Mana mungkin dia akan lupa. Kerek nak
mampos mamat tu. Aku dah minta maaf pon bleh lagi dia dok jerkah-jerkah aku.
Apa ingat aku pompuan kampong tak ada harga diri ke? Harga diri aku ni memang
tak boleh dijual beli walaupun ditawarkan diskaun di pasaran gelap, tau tak?
“Ada
eksiden kecil-kecilan sikit petang tadi. Aku minum kopi, tengah aku bawak cawan
kopi tu aku terlanggar sorang mamat ni. So cawan kopi aku jatuhla. Bukan aku
sorang kena, jaket mamat tu pon kena jugak. Cuma aku tak bernasib baik sebab
terlanggar mamat kerek macam tu.”Zahra bercerita non-stop.
“Nape
pulak?”
“Ada
ke patut dia jerkah aku depan orang ramai? Aku dah mintak maaf tapi dia siap
kutuk aku perempuan kampung lagi. Memang bengang giler ar aku. Takkan nak biar
je. Bergaduh la sekejap pastu member mamat tu tarik dia keluar. So settle cam
tu je.”
Zahra
mengeluh. Akhirnya berjaya jugak dia mencapai makanan kucing. Apasal tinggi
sangat Jue letak? Bukannya kucing tu boleh panjat curi-curi makan pon.
“Ara.”
Panggil Jue lagi.
“Yup?”
“Kalau
aku tanya kau jangan kecik hati,ek?”
“Tanya
jela, aku bukannya hati tisu nk merajuk-rajuk.”
“Mmm…kau
tak rasa segan ke keluar pakai macam ni? Maksud aku, pakai seluar track dengan
selipar jepun…bukan ke nampak agak…”
“Kekampungan?”Cepat
Zahra potong ayat Jue. Tangannya yang sedang menuang makanan dalam mangkuk
kucing bernama Arshavin itu terhenti.
Jue
nampak serba salah selepas dia meluahkan isi hatinya..
“Tak
pun, aku rasa kau tahu imej aku memang macam ni dari dulu.” Zahra membalas.
Dia
tak nampak apa yang salah dari segi agama dari cara berpakaiannya sekarang.
Dulu masa study kat Shah Alam, member-member bergaya sakan tapi dia setiap kali
pergi kuliah pakai baju kurung je. Habis selekeh tak nak bersiap pun, pakai
jeans dengan T-shirt. Dia pun sebenarnya ada keinginan nak bergaya sama macam
orang lain tapi dia merasa kebajikan ibu bapanya lebih penting. Mereka lebih
perlukan duit daripadanya. Daripada beli baju-baju baiklah dia kirim duit ke
kampung
“Yelah,
aku fahamlah kalau ini memang imej kau tapi aku rasa kau patut ubah jugak.
Insya-Allah kalau kau diterima untuk jadi wartawan sama macam aku, kau kena
jaga penampilan. Sayanglah Ara, kau cantik tapi tak nak bergaya.”
Zahra
cuma diam dengar kata-kata Jue. Cantik? Entahlah, walaupun ramai orang puji
tapi dia tak ambik port sangat. Semua ciptaan Allah kan memang cantik.
“Macam
nilah, apa kata esok aku temankan kau shopping? Kerja aku pun tak banyak
sangat. Kita beli baju yang sesuai untuk kau. Kau kena jaga penampilan waktu
pertama kali mengadap bos, ok?”
Zahra
tak tahu nak cakap apa lagi. Angguk je la…
********************
“Kenapa
tiba-tiba balik pulak? Kenapa tak duduk je terus kat rumah si Rudy tu?” sindir
Dato’ Sharif.
Farish
tersengih sumbing. Apa boleh buat? Terpaksalah dia tadah telinga malam ini.
“Sorrylah,
pa…”
“Apa
guna mintak maaf kalau lepas tu buat lagi?”
Farish
mengeluh. “Okey, fine. Lepas ni Rich janji Rich tak buat lagi. Rich akan jumpa
Syazreen nanti.”
“Hmm…kesian
budak tu, tau tak? Sepanjang hari dia duduk sini tunggu Rich balik. Kenapa
Farish buat dia macam tu, nak?”soal Datin Aliah lembut.
Farish
meneguk liur. Kenapa pulak mesti kesiankan minah tu? Bukannya aku yang paksa
dia tunggu aku. Yang dia sibuk nak tergedik-gedik kat aku tu apahal? Mama
dengan papa ni pun satulah, takkan tak faham-faham lagi hint yang aku bagi ni.
Aku tak suka Syazreen!
“Kamu
tak boleh terlepas macam tu je, Farish. Kamu mesti dihukum,”putus Dato’ Sharif.
Erkk…!
Farish tak jadi telan nasi di dalam mulutnya. Kena hukum?
“Esok
kamu ikut papa pegi ofis. Esok jugak kamu akan mulakan tugas kamu. Tak perlu
berehat lama-lama. Dengan cara ni kamu boleh lebih berdisiplin dalam hidup
kamu. Jangan tahu nak main je.” Dato’ Sharif mengeluarkan arahan. Kedengaran
jelas di telinga Farish tanpa gangguan road block yang sungguh goblok itu.
“What?
Pa…Farish…” Apa ni? Ini penderaan namanya!
“Jangan
bantah cakap papa kalau kamu tak nak segala kemudahan kamu ditarik balik.”
Seperti biasa itulah ugutan Dato’ Sharif jika Farish menunjukkan tanda-tanda
ingin membangkangnya.
Farish
ketap bibir. Okey fine, bukan semua benda best jadi anak orang kaya ni!
***********************
“Menurut
hasil siasatan yang dijalankan, Kumpulan Eagle yang membekalkan dadah secara
haram dah beroperasi lebih kurang 30 tahun yang lalu di Malaysia,”ujar Tuan
Rahim serius sambil memandang anak-anak buahnya.
“Tapi
sayangnya, sampai sekarang kita belum dapat mengesan siapa ketua mereka dan
ahli-ahlinya. Mereka terlalu bijak dan licik bersembunyi. Mereka boleh berada
di mana-mana sahaja bahkan disekeliling kita. 25 tahun lalu, salah seorang
anggota Kumpulan Eagle, seorang wanita telah mati akibat ditembak pihak polis
tapi tiada dokumen tentang pengenalan dirinya. Ketika mayatnya diperiksa,
ternyata dia hanya membawa kad pengenalan palsu.”
Sebentar
kemudian, Tuan Rahim membuka laptopnya. Screen slide dinyalakan. Beberapa
keping gambar tertera di skrin tersebut.
“Ini
merupakan antara suspek yang disyaki. Tengku Kamal, lelaki kacukan
Melayu-Inggeris, pemilik ZIMAL Medic Sdn. Bhd. Dia sekarang berada di bawah
pengawasan pihak polis tapi kita tak ada bukti untuk menahan dia sebab
syarikatnya ada lesen membekalkan ubat-ubatan secara sah ke luar negara.
Menurut hasil siasatan, dia pernah berkahwin tapi kehilangan isterinya 25 tahun
lalu dan mempunyai seorang anak tapi anaknya tak tinggal bersamanya. Tak tahu
sama ada meninggal dunia atau disembunyikan di mana-mana tempat,”jelas Tuan
Rahim, jelas dan tenang.
“Saya
ada satu soalan, tuan.” Setelah sekian lama, salah seorang anak buah Tuan Rahim
bersuara.
“Ya,
silakan.”Tuan Rahim memberi kebenaran.
Inspektor
Rita terdiam sebentar. Dia cuba menyusun ayat dan kemudian bersuara, “Daripada
apa yang saya dengar tadi, Tengku Kamal pernah berkahwin tapi kehilangan
isterinya. Apa maksudnya? Bercerai atau mati?”
Tuan
Rahim mengangguk. “Terima kasih atas soalan tu, Inspektor Rita. Sebenarnya itu
yang masih menjadi misteri sampai sekarang. Tengku Kamal beritahu dia bercerai
dengan isterinya dan bekas isterinya sekarang berada di luar negara. Tapi yang
peliknya, dia bercerai 25 tahun lalu. Sama dengan ketika salah seorang ahli
wanita Kumpulan Eagle terbunuh. Itu yang masih disiasat hingga sekarang. Kenapa
pada hari dia bercerai dengan isterinya, pada hari itu juga ahli wanita
Kumpulan Eagle terbunuh?”
Inspektor
Rita mengangguk-angguk, tanda sudah berpuas hati dengan jawapan Tuan Rahim.
Perbincangan diteruskan. Ketika itu giliran seorang pegawai inspektor bernama
Fara mengemukakan cadangannya.
“Saya
ada satu idea tapi ini cuma cadangan. Tuan Rahim boleh pertimbangkan. Untuk
mengetahui sama ada Tengku Kamal terlibat atau tak dalam aktiviti penyeludupan
secara haram ni, apa kata kita lakukan perisikan? Kita masuk ke syarikatnya dan
sedikit demi sedikit kita boleh tahu tentang kegiatan dalam syarikat tu.”
Bilik
mesyuarat sunyi seketika. Semua mata tertumpu kepada Fara.
“Maknanya,
kita kerah pegawai perisik untuk mengawasi Tengku Kamal? Tapi macam mana kita
nak masuk ke syarikat dia? Semasa temuduga, mesti dia akan tanya apa kelayakan
kita yang melayakkan kita untuk bekerja di syarikat dia, kan?”soal Tuan Rahim
kemudiannya.
Fara
tersenyum. “Kalau kita tak boleh bekerja di bawah syarikat dia, kita boleh
adakan kerjasama dengan syarikat yang berdekatan dengan ZIMAL Medic. Dengan
cara ni, pegawai kita tetap boleh terus mengawasi Tengku Kamal.”
“Boleh
cadangkan syarikat apa yang paling hampir dengan bangunan ZIMAL Medic?” Giliran
Pegawai Tinggi bahagian perisikan pula bertanya.
Fara
terdiam seketika. Dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian
memandang Tuan Rahim, berharap Tuan Rahim boleh membantunya. Yalah, dia pun
bukannya tahu banyak tentang ZIMAL Medic.
Tuan
Rahim menghulurkan peta lokasi ZIMAL Medic kepada Fara. Fara menelitinya untuk
seketika dan kemudian tersenyum.
“Ada,
sebuah syarikat penerbitan dan pengiklanan yang terletak hanya berhampiran dengan
bangunan ZIMAL Medic, Media Art & Craft Sdn. Bhd!”
*************
Farish
tersenyum lebar apabila Dato’ Sharif memperkenalkan dirinya. Menurut papanya,
mulai hari ini dia akan menguruskan serba sedikit hal ehwal Media Art &
Craft Sdn. Bhd. tetapi masih di bawah pengawasan Dato’ Sharif yang masih
memegang jawatan Pengarah Urusan. Tapi Farish tak kisah. Hukuman ni tak adalah
berat mana pun. Best apa, ramai awek cun kat sini. Farish tersenyum nakal.
Farish
perasan ada pekerja wanita yang berbisik-bisik sesama sendiri, kemudian
memandangnya. Ketika itulah dia mengambil kesempatan mengenyit mata kepada
mereka, membuatkan wajah mereka merona merah. Kalau dah buaya tu buaya jugak…
Ketika
Farish bersendirian di dalam bilik ofisnya, dia bersandar di kerusi empuk yang
disediakan khas untuk jawatan pemangku itu. Kini dia rasa dia benar-benar
berkuasa. Bererti dia boleh mengarahkan sesiapa sahaja melakukan kerja
untuknya.
“Seronok?”
Suara Dato’ Sharif mengganggu angan Farish.
Farish
tersenyum dan mengangguk. “I don’t know what to say, pa. Terima kasih sebab
beri peluang pada Rich untuk pegang jawatan sebesar ni walaupun usia Rich masih
muda.”
Dato’
Sharif turut tersenyum. “Memang dah sepatutnya kamu dapat jawatan ni, Rich. Tak
lama lagi, kamu akan gantikan papa sebagai Pengarah Urusan pulak. Cuma satu
pesan papa, sentiasa ingat pada tanggungjawab kamu. Jatuh bangun syarikat ni,
papa percaya kamu boleh mengawalnya.”
“Farish
janji akan jaga company ni baik-baik. Thank you, pa.”
Farish…Farish…sedar
tak sedar, kamu sekarang rupanya dah membesar sebagai seorang lelaki dewasa.
Walaupun kamu bukan anak kandung papa, tapi papa sayangkan kamu lebih dari
nyawa papa sendiri. Papa tak terkilan serahkan syarikat ni pada kamu suatu hari
nanti. Kamu adalah anak papa dan kenyataan tu selamanya takkan berubah sampai
bila-bila pun, getus Dato’ Sharif walaupun kata-kata itu hanya mampu diluahkan
dalam hatinya.
**********************
Tepat
pukul 8.00 pagi, Zahra sudah tercongak di Media Art & Craft Bhd.
dengan segala resume di tangan. Mintak-mintalah dia dapat jawatan ini. Harap
boleh jadi rakan setugas Jue. Dia tidak mahu balik kampung tanpa membawa apa-apa,
kasihan mak yang sekarang sedang menjaga ayah. Ayahnya kerap sakit-sakit sejak
akhir-akhir ini kerana terlalu sering masuk hutan mencari akar kayu.
Tengah-tengah
isi borang, Zahra sempat juga pandang ke setiap ceruk ofis. Mmm…boleh tahan
besar syarikat pengiklanan dan percetakan ini. Jue pernah beritahu, selain
menerbitkan majalah dan buku, syarikat ini ada juga membuat program untuk TV
kadang-kadang. Kebiasaannya program dokumentari, walaupun tak sehebat National
Geographic.
“Apahal
you ni? I just nak jumpa buah hati I, salah ke?” Zahra terdengar suara tu dari
jauh.
Dia
nampak seorang perempuan berambut perang jagung berpakaian seksi sedang marah-marah
pada receptionist. Dia angkat kening. Larh…Melayu rupanya minah ni. Ku ingatkan
Minah Salleh sesat manalah tadi.
“Tapi
bos tengah busy sekarang ni, cik duduklah dulu,”balas si receptionist.
Perempuan
itu mendengus. Dengan gaya berlagaknya dia melangkah ke sofa dan membelek
majalah. Dia menyilangkan kaki hingga menampakkan pangkal peha. Aiyaa… nasib
baiklah aku ni perempuan. Zahra tergeleng-geleng.
Beberapa
minit berlalu, perempuan itu Zahra tengok dah macam lembu nak terkencing.
Sekejap-sekejap dia ke bilik berpapan tanda Bilik Mesyuarat seperti ingin merempuh
pintu bilik itu. Kemudian berpatah balik ke kerusi. Tak reti duduk setempat
minah ni. Naik juling mata Zahra tengok.
Zahra
rasa mesti perempuan itu girlfriend bakal bosnya. Jue ada bercerita kepadanya
semalam dia dapat bos baru. Baru balik oversea dan memegang jawatan pemangku
Pengarah Urusan. Ala…apa nak hairan? Dah adatlah lelaki kaya dapat minah hot.
Tp hot ke minah ni? Naik bernanah pulak mata aku ni tengok skirt tak cukup kain
dia tu.
Haishh…susah
kalau dah gila bayang ni. Lebih baik jadi cam aku, single but not available.
Kapel-kapel ni buat kita sakit kepala je. Last-last merana. Bercinta dengan mi
hun sup lagi best, tak pun tekel jejaka penjual burger. Hikhik…
“Zahratul
Jannah binti Yusuf.”
Belum
sempat Zahra menghabiskan tawa gediknya, namanya sudah dipanggil. Cepat dia
bangun dan menggosok-gosok sedikit bahagian belakang baju kurung yang mungkin
berkedut semasa dia duduk tadi.
Seorang
perempuan Melayu mengiringinya masuk ke bilik mesyuarat. Harap-haraplah aku
dapat keje ni. Aku kena tunjukkan segala kebolehan aku. Yes, Zahratul Jannah.
You can do it. Ganbatte. Tepuklah sikit.
Ada
3 orang dalam bilik mesyuarat itu, yang bersiap sedia untuk menemuduganya. Ada
seorang lelaki pertengahan umur tapi masih kelihatan segak, Zahra rasa inilah
Dato’ Sharif yang selalu Jue ceritakan dan dua orang lagi lelaki yang baru
dalam lingkungan 20-an. Zahra tak nampak muka salah seorangnya kerana lelaki
itu tunduk memandang kertas di tangannya. Ish, bajet nak tunjuk matanglah tuh.
Yang sorang lagi ni pula, Zahra rasa macam pernah nampak tapi lupa kat mana.
Kata
Jue, ikutkan Dato’ Sharif tak perlu turut serta menemuduga untuk orang yang
hadir untuk jawatan wartawan majalah ini tapi dia hadir cuma untuk menjadi
pemerhati untuk anaknya. Maklumlah, anaknya baru beberapa hari masuk bekerja dan
kali pertama menemuduga orang.
“First
of all, biar saya perkenalkan diri kami dulu. Saya Eirfan Rudy, Ketua Pengarang.
You can call me Encik Rudy. Ini Encik Amar Farish but you can call him Encik
Farish, pemangku Pengarah Urusan dan yang hujung sekali Dato’ Sharif, Pengarah
Urusan Media Art & Craft Sdn. Bhd.,”beritahu lelaki yang macam pernah Zahra
lihat itu. Oh, jadi nama dia Rudy.
“Please
introduce yourself,” arah lelaki yang dari tadi asyik tunduk pandang kertas tu.
Kenapa dia ni? Lawa sangat ke kertas tersebut?
Belum
sempat Zahra memulakan mukadimah, lelaki itu mengangkat muka. Terbeliak mata
Zahra. Katakan tidak!! Tidak!!!!!
“Excuse
me, what are you doing here?” Soal lelaki itu. Dia pun nampak terkejut melihat
Zahra.
“Woi pompuan, kalau aku jumpa kau sekali
lagi siaplah kau!” Kata-kata lelaki itu tempoh hari
masih terngiang-ngiang di telinga Zahra. Waktu itu Zahra harap itulah kali
pertama dan kali terakhir mereka berjumpa tapi sekarang…sekarang…
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)