Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Saturday, August 2, 2014

Zikir Cinta 19

JASON LEE pandang Syafiq. Kecik besar kecik besar je tengok mamat ni. Rasa macam nak tinju muka beliau.

            Syafiq dihadapannya saat ini tayang muka serba-salah. Mana tidaknya, dia sudah kantoi dengan Daniel dan Jason Lee tentang niat jahatnya terhadap Cinta.

            Dua hari selepas kejadian, Daniel dan Jason Lee membuat keputusan untuk bersemuka dengan Syafiq. Nasib mereka baik kerana mendapat kerjasama Eddie yang akan memastikan Syafiq tidak akan dapat lari kemana-mana. Dan hari ini, Daniel dan Jason Lee datang menemui Syafiq di rumah pemuda itu sendiri. Adrian pula? Hmm… dia tidak berminat untuk masuk campur hal yang berkait dengan Cinta.

            Syafiq jadi serba tak kena. Ikutkan hati ingin sahaja dia tumbuk muka Eddie yang mengaku memberitahu Jason Lee tentang rancangannya, tapi gerun pula dia sebab Eddie jenis budak-budak lepak kat gim badan ketul-ketul. Silap hari bulan dia yang kena tumbuk, masuk ICU.

            “Aku minta maaf. Korang bagitahu je apa korang nak. Nak duit? Cakap berapa korang nak? Tapi please, don’t tell anybody about this!” rayu Syafiq.

            Jason Lee tersenyum sinis.

            “Duit? Apahal pulak aku nak mintak duit kau? Eh, silap. Bukan duit kau, duit bapak kau. Tak malu ke? Dah buat salah, takut kantoi guna duit parents untuk cover diri. Tak rasa muka kau setebal konkrit yang tampung gajah nak lalu ke?”

            Buk! Terasa macam sebiji tumbukan kena ke muka Syafiq.

            “Benda boleh settle, Fiq. Kau buat salah kat Cinta, so apologize to her. Tak payah bayar pun,” sampuk Daniel pula.

            “Kenapa aku nak kena minta maaf kat dia? Dia yang buat jahat kat aku dulu!” bentak Syafiq tiba-tiba.

            “Habis dia buat jahat kat semua lelaki, maknanya semua lelaki kena balas baliklah, macam tu? Kau tu makhluk sembilan akal, fikirlah sikit!” Jason Lee membidas.

            Daniel memegang bahu Jason Lee, menenangkan sahabatnya kelihatan sedikit marah kerana Syafiq.

            Jason Lee memang begitu. Kalau Daniel tak tahu nak marah, maka dia atau Adrian akan jadi wakil dirinya. Walaupun pada hakikatnya memang tak ada sebab pun untuk Jason Lee marah. Yalah, dia bukan kenal rapat pun dengan Cinta. Sepatutnya Daniel yang marah kerana Cinta bekas teman wanitanya.

            Atau adakah Daniel juga tidak perlu marah kerana Cinta hanyalah ‘bekas teman wanitanya’? Tiada sesiapa yang perlu marah? Arghh… konfius!

            “Syafiq, aku dan Jason minta dengan cara baik. Aku nak kau pergi minta maaf pada Cinta. Aku tahu kau marah atas apa yang dia lakukan, tapi apa yang kau nak buat pada dia tempoh hari adalah tak wajar sama sekali. Dia perempuan. Kau mesti ada saudara mara atau adik-beradik perempuan, kan? Adakah kau suka kalau adik-adik perempuan kau diperlakukan sama macam apa yang kau nak lakukan pada Cinta?”

            Kali ini masing-masing terdiam mendengar hujah Daniel. Jason Lee mengangguk-angguk tanda sokong. Syafiq menundukkan wajahnya.

            “Biarlah Allah saja yang balas perbuatan dia. Kalau orang lain jadi tahi, takkan kau pun nak jadi tahi, betul tak?” ujar Daniel lagi dengan penuh tenang. Sedikit pun tidak marah-marah dan meninggikan suara.

            Ini satu contoh perilaku Daniel yang sentiasa dikagumi Adrian dan Jason Lee. Malah rakan-rakan sekampus yang mengenali Daniel juga mengagumi peribadi pemuda itu. Wajahnya sentiasa tenang dalam apa jua situasi, menghormati orang lain dan tidak pernah melenting.

Tipulah kalau tak pernah rasa marah, tapi Daniel bukanlah jenis yang suka menzahirkan kemarahan. Biasanya marah walau macam mana sekalipun, dia hanya duduk diam dan bersendirian.

“Kau masih bercinta dengan dia?” Soalan itu keluar dari bibir Syafiq setelah agak lama dia menyepi.

Daniel terkedu. Beralih memandang Jason Lee yang sudah menggaru-garu belakang leher yang tidak gatal.

“Baru last week aku nampak dia keluar dengan budak course lain!” Syafiq seakan-akan ingin jadi batu api.

Daniel tersenyum. Dia menggeleng.

“Tak, dia bukan lagi girlfriend aku,” ujarnya perlahan.

“Aku dah agak. Betina tu…” Syafiq tidak jadi meneruskan ayatnya apabila Daniel menunjukkan reaksi kurang senang.

“Perempuan tu memang playgirl. Nasiblah, kau pun dah jadi mangsa dia!” sambungnya, tapi menggantikan perkataan betina dengan perkataan yang elok sedikit.

“Tak kesahlah, aku dah pun maafkan dia. Kalau aku boleh lakukan, kenapa kau tak boleh?”

Kali ini Syafiq pula terkedu dengan kata-kata Daniel. Dia menggigit bibir.

Daniel menghela nafasnya. Dia bangkit dari sofa. Jason Lee juga meniru perlakuannya.

“Aku tak nak tahu yang lain. Yang aku nak tahu, kau minta maaf dengan Cinta secepat yang mungkin,” ujar Daniel.

Syafiq tersenyum tepi. “Kalau tak?”

“Kalau tak… kau faham-fahamlah sendiri bila aku suruh Eddie campur tangan,” sampuk Jason Lee pula.

Hilang senyuman Syafiq. Tahu-tahu je memang dia takut dengan Eddie.

Daniel memandang Syafiq dengan pandangan yang cukup tenang. Dia tersenyum lalu mengangguk tanda pamit.
****************

“APABILA kita dipanggil menghadap Allah nanti, setiap tindakan dan perbuatan kita semasa hidup akan disoal dan dibentangkan. Kita juga akan ditanya sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab sebagai anak, isteri atau suami, ibu bapa, masyarakat dan seterusnya mengikut ketetapan Allah. Dan saksi kita hanyalah segala anggota tubuh badan kita. Kita tidak akan diberi kesempatan untuk meluahkan perasaan atau ketidapuasan hati dihadapan Allah nanti. Kerana Allah lebih memahami segala-galanya. Dia Maha Mengetahui. Kalau betul arah tujuan kita didunia ni, Alhamdulillah selamatlah kita di sana nanti. Kalau tidak, nauzubillah… tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan kita bila sedang disoal nanti,” ujar Daniel melepaskan keluhan dihujung suaranya.

            Cinta sekadar mendiamkan diri. Dalam diam menggigit bibir. Terasa seolah-olah lelaki itu memerlinya, namun dia tidak dapat menafikan hakikat kebenaran kata-kata tersebut. Dia tahu Daniel bukan berniat mahu menyindir atau menyinggung perasaannya kerana dia sememangnya tahu dari dulu lagi lelaki itu suka menyampaikan dakwah dan nasihat.

            Cinta melangkah beriringan bersama Daniel dibawah rimbunan pepohon yang redup. Sesekali memandang ke arah menara National Carillon, hadiah dari kerajaan British sempena 50 tahun penubuhan ibu kota Australia yang terletak di pulau kecil Aspen.

            Cuaca mulai membahang, menandakan musim panas baru sahaja bermula. Sekarang semua orang mula memakai pakaian yang lebih nipis. Kadang-kala cuaca terlalu membahang sehinggakan orang ramai terpaksa memerap sahaja dirumah.

            Bila dihitung-hitung, sudah lima hari Cinta berkawan semula dengan Daniel. Daniel menghulurkan salam persahabatan dan Cinta menyambutnya tanpa berfikir panjang. Bahkan dia sendiri merasa sangat gembira saat mengetahui Daniel masih sudi menjadi kawannya setelah apa yang terjadi.

Daniel memintanya berjanji agar tidak mengungkit lagi kesalahan lalu atau apa jua yang telah berlaku antara mereka sepanjang tiga tahun di sini, dan Cinta menyetujuinya.

Bagi Cinta, permintaan itu terlalu mudah. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang bermain difikiran Daniel sedangkan ruang lelaki itu untuk memperalat dan menyakitkan hatinya terbuka luas sekali.

Namun dalam masa yang sama hatinya gembira kerana itu tandanya Daniel tidak berdendam. Jason Lee dan Jessica juga sudah sudi menerimanya walaupun Adrian masih lagi dingin.

            Selama lima hari dia berkawan dengan Daniel juga, perkara yang paling mengejutkan apabila dia didatangi oleh Syafiq yang tiba-tiba muncul dan meminta maaf kerana pernah berniat jahat terhadapnya. Cinta malas ingin memanjangkan cerita dan memaafkan Syafiq begitu sahaja.

            Rakan-rakan serumahnya tidak tahu kini dia sudah berbaik semula dengan Daniel. Rahsia itu disimpan kemas. Kalau rakan-rakannya tahu, pasti dia akan disingkirkan dari kumpulan mereka. Dia kenal sangat rakan-rakannya itu. Bagi mereka, orang miskin diibaratkan seperti parasit masyarakat yang menghalang kepada kemajuan ekonomi negara.

            “Awak ni suka berdakwah. Tentu awak seorang yang alim, kan?” tanya Cinta setelah agak lama tenggelam dalam lamunan.

            Daniel tersenyum seraya menggeleng.

            “Tak, saya tak alim. Setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ni. Dakwah itu sasarannya manusia. Halangannya adalah syaitan dan nafsu. Dakwah itu suatu tugas. Upahnya adalah ujian yang mendatang. Ia bukan jalan yang senang. Setiap yang mendakwah pasti diuji. Bukan semua orang senang bila didakwah. Saya cuma suka mengajak orang pada kebaikan. Saya tak alim. Hanya menjalankan tugas sebagai khalifah dan umat Islam.”

            Cinta tersenyum. Istimewanya pemuda ini. Dia tidak sama seperti lelaki-lelaki lain. Tidak ada yang manisnya pada lelaki-lelaki zaman sekarang. Sesetengah lelaki sekarang suka mendominasi dan mengambil kesempatan atas kelemahan wanita.

Sejak dulu hatinya bergetar setiap kali menyebut nama Daniel, tapi kini getarannya semakin kuat dan hebat. Hari demi hari. Hatinya semakin terusik.

“Esok saya jumpa awak lagi boleh?” Cinta bertanya.

Daniel menjungkitkan sebelah kening. Wajah Cinta yang sedikit serba-salah itu dipandangnya.

“Err… saya nak borak dengan awak lagi.” Rasa tebal pula muka Cinta saat menyatakan hasratnya.

Aduh, adakah dia masih lagi Cinta Aulia Dato’ Razak yang dulu? Yang lebih suka menjadi buruan lelaki dan bukan dia yang terhegeh-hegeh. Sekarang dah terbalik ke?

Ah, biarkan! Cinta tidak peduli lagi apa tanggapan Daniel terhadap dirinya. Dia yakin lelaki yang sedang bersamanya itu telah menembusi pintu hatinya. Tidak salah andai dia dahulu yang memulakan langkah demi memikat hati lelaki yang disayanginya.

Hmm… sayang?

“Saya ada hal esok. A few days jugaklah,” ujar Daniel.

“Awak nak pergi mana?” Cinta kelihatan sedikit kecewa.

“Saya dan kawan-kawan saya rancang nak ke Gold Coast untuk cuti musim panas.”

Cinta hampa. Itu bererti dia tidak akan bertemu dengan Daniel untuk seketika.

“Pergi bertiga aja?”

“Jessica ikut sekali.”

“Takkanlah dia seorang saja perempuan.”

Daniel angkat bahu. “Dia cakap dia nak bawa sorang lagi kawan sebagai teman tapi setakat ni masih belum ada kawan-kawan dia yang setuju sebab memikirkan kos perbelanjaan.”

Kali ini Cinta tersenyum pula. Semakin lama semakin lebar.

“Awak kenapa?”

Cinta menggeleng-geleng. “Tak ada apa-apa.”

Daniel hanya mengangguk perlahan tanpa mengesyaki apa-apa yang pelik.

Tidak tahu berapa lama mereka berjalan disepanjang tasik, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja kerana cuaca yang semakin membahang. Selepas menghantar Daniel, Cinta tidak terus pulang ke apartmentnya, sebaliknya singgah di kediaman Jessica yang selang beberapa buah rumah dengan rumah Daniel.

Dia memberi salam beberapa kali. Tapi tiada sesiapa yang keluar. Di garaj pula tiada kereta. Mungkin Jessica dan rakan-rakannya sedang keluar ke mana-mana.

Cinta mengeluh. Hampir sahaja dia ingin berlalu dari situ, ada seseorang keluar dari rumah memakai tuala diatas kepala dengan mata bengkak macam baru bangun tidur.

“Maaf Cinta… aku lagi tidur tadi. Ngantuk banget. Teman-teman aku lagi keluar. Ada apa Cinta?”

            Cinta tersenyum sahaja melihat muka basi Jessica.

            “Aku ada benda sikit nak cakap. Pasal trip korang nak bercuti tu.”

            Jessica menggosok-gosok mata. Dia mengangguk dan mempersilakan Cinta masuk ke dalam rumahnya.

            “Maaf kalau nggak cantik atau besar kayak rumah kamu. Rumah aku biasa-biasa aja,” ujar Jessica saat Cinta sudah melabuhkan punggungnya ke kerusi plastik di ruang tamu.

            Cinta tidak berkata apa-apa. Matanya melilau melihat ke segenap pelusuk rumah Jessica. Nampak kemas dan teratur, tapi gaya rumah bujanglah. Tak seperti rumahnya yang lengkap serba-serbi dengan sofa, karpet, perabot, televisyen dan macam-macam lagi. Rumah Jessica tidak ada semua itu. Hanya ada meja dan kerusi plastik di ruang tamu.

            Jessica berlalu ke dapur sebentar. Tidak lama kemudian dia kembali semula dengan memegang mug berisi milo panas. Mug itu dihulurnya kepada Cinta.

            Cinta mengucapkan terima kasih dan menghirup milo itu perlahan-lahan.

            Dalam hati Cinta tersenyum. Gadis Indonesia itu memang baik, malah sedikit pun tidak membalas walaupun pernah diherdik. Terdetik juga dihatinya kenapa dulu dia tidak menyukai gadis yang tidak pernah melakukan kesalahan kepadanya itu.

            Oh lupa pula dia. Dia adalah Cinta Aulia Dato’ Razak, anak usahawan kaya di Malaysia. Dia berkawan dengan orang-orang berada sahaja. Mana mungkin dia berpeluang untuk berkenalan dengan orang-orang berstatus sederhana dan miskin yang dianggapnya sebagai sampah dulu.

            “Ada apa, Cinta? Kamu mau tanya soal apa?”

            Cinta mengetap bibir. Dia meletakkan mug di atas meja dan memandang Jessica yang menanti jawapan darinya.

            “Err… aku… aku nak minta maaf.”
            Jessica merenungnya pelik.
            “Minta maaf? Kenapa?”

            “Aku tengking kau hari tu. Tapi masa tu aku malu nak minta maaf,” ujar Cinta dengan wajah yang merah.

Oh, sumpah ini bukan Cinta yang dulu. Dia gadis ego yang bukan senang-senang hendak menuturkan kata maaf. Dan hari ini, dia telah merendahkan dirinya memohon maaf kepada seseorang yang selama ini dianggap tidak setaraf dengannya.

            Jessica kelihatan terkedu mendengar permohonan maaf Cinta. Betulkah ini memang Cinta? Rasa macam nak hempuk kepala ke dinding. Warghh… susahnya nak percaya!

            “Err… ya, nggak apa-apalah. Aku nggak pernah menyimpannya di dalam hati. Tapi aku cuma mau tau… kenapa selama ini kamu nggak suka sama aku?”

            Cinta terkesima. Agenda sebenarnya ke sini bukan untuk meminta maaf tapi sekarang lain pula jadinya.

            “Oh, jadi sekarang segmen hati ke hati untuk orang yang selalu sakitkan hati kaulah, ya?” Cinta memerli.

            “Aku cuma pingin tahu. Dari dulu aku lihat kamu gak pernah suka sama aku. Aku rasa sih, aku gak pernah berbuat kesalahan ke kamu. Tapi sekiranya aku ada berbuat salah tanpa sengaja, aku mau kamu kasi tahu aku. Moga-moga aku bisa baiki diri.” Jessica masih lagi merendah diri dalam pertuturannya.

            Cinta tersenyum kelat.

            “Kau nak tahu sebabnya? Aku cemburukan kau!”

            Hampir ternganga Jessica mendengarnya. Gadis cantik jelita yang selalu dikelilingi dan menjadi rebutan ramai lelaki mencemburuinya? Aduh, betul-betul ke ni? Rasa macam betul-betul nak hempuk kepala ke dinding sekarang untuk menguji yang dia sememangnya tidak bermimpi.

            “Err… kenapa kamu cemburu? Aku tidak sekaya kamu. Aku juga tidak secantik kamu. Malahan aku gak punya apa-apa kelebihan kalau mau dibandingkan dengan kamu,” ujar Jessica jujur.

            “Kau ada kelebihan. Kelebihan kau ialah kau kawan baik Daniel!”

            Jessica angkat kening.

            “Jadi, kamu cemburu sama aku karena aku teman baik Daniel?”

            Cinta mengangguk lambat-lambat.

            “Err… emangnya kenapa kalau aku teman baik Daniel? Dulu waktu kamu pacaran sama dia, aku gak pernah punya niat untuk merebut perhatian dia dari kamu. Cuma sekarang…”

            “Sekarang apa?” Cinta jadi tak sabar-sabar.

            Jessica mengeluh.

            “Ya, walaupun kamu bukan lagi pacar dia, tapi satu hal yang membuat aku kagum sama Daniel ialah perasaan dia ke kamu gak pernah berubah.”

            Cinta merenung Jessica seperti tidak percaya dengan apa yang keluar dari bibir gadis Indonesia itu.

            “Ya, emang kamu lihat aku sama Daniel itu dekat banget. Kita selalu sama-sama. Kalau lagi mau curhat, Daniel suka curhat sama aku. Sekarang aku mau kasi tahu kamu satu rahsia. Sebenarnya Daniel mencintai kamu sejak tiga tahun yang lalu!”

Kata-kata Jessica begitu sukar untuk dipercayainya. Cinta tergamam seketika. Terasa tubuhnya bagai terapung-apung di udara mendengar apa yang diberitahu oleh gadis itu.

            “Sejujurnya, aku juga pernah gak suka sama kamu karena layanan kamu pada Daniel. Kamu melayan semua orang yang tidak kaya seperti gembel jalanan. Daniel tahu diri. Dia tahu dia gak pantas buat kamu. Dan karena itu dia juga tidak pernah menyimpan hasrat untuk bersama kamu. Sehinggalah beberapa bulan yang lalu, Daniel kelihatan begitu gembira saat dia bilang kalau kamu suka sama dia. Dia bahagia sekali. Cuma akhirnya aku gak nyangka…”

            Jessica tidak menyudahkan ayatnya. Hatinya juga sakit dan sedih melihat Daniel diperlakukan begitu. Dia lihat dengan matanya sendiri Daniel begitu ikhlas menyayangi Cinta Aulia. Dan sebagai balasan, pemuda itu hanya dijadikan barang pertaruhan semata. Cinta mendekati Daniel hanya demi longgokan wang yang dijanjikan rakan-rakannya.

        Cinta menundukkan kepala. Terasa kelopak matanya bertakung dengan air mata. Dia tidak menyangka Daniel yang pendiam dan lurus itu menyimpan perasaan terhadapnya sejak sekian lama. Dulu dia fikir Daniel sama seperti lelaki lain yang tertarik kepadanya hanya kerana rupa paras dan kekayaan keluarganya.

            “Janji sama aku ya, jangan bilang sama Daniel kalau aku kasi tahu kamu soal ini. Daniel sebenarnya nggak mau kamu tahu dan dia juga nggak butuh simpati. Aku cuma mau mengingatkan kamu agar tidak mensia-siakan dia. Kalau kamu nggak cinta sama dia, aku mohon jangan sakiti hati dia karena dia laki-laki yang polos dan kayak anak kecil yang nggak tahu apa-apa.”

            Cinta meneguk air liur. Bibirnya semakin diketap erat dengan beban rasa bersalah yang semakin bertimpa-timpa. Tidak tahu bagaimana untuk digambarkan penyesalan dihatinya saat ini.

            “Jess, boleh tolong aku?” Cinta bersuara setelah kembali mengumpul semangatnya.

            “Tolong apa?”

            “Aku dengar kau, Daniel dan yang lain-lain nak bercuti. Daniel kata nak bertolak ke Gold Coast esok. Boleh aku ikut? Tolong beri aku peluang untuk ambil semula hati dia dan beri aku peluang untuk berubah.”

            Jessica terkedu mendengarnya. Agak lama masa yang diambilnya untuk menghadamkan kata-kata Cinta.

       Jessica mengalihkan pandangan ke luar jendela. Terlepas daripada pandangan Cinta, dia menguntumkan senyuman.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

11 comments:

intan razak said...

Cinta dah nak jd baik ke?entah kenapa,aku lagi suka dia jd jhat sebenarnya.haha

Anonymous said...

walaupun cinta ni protagonis + antagonis, tp saya suka watak dia

~Ain

budak blur said...

senyuman jessica kat gambar last tu menakutkan.haha

E-la Adiey said...

intan razak - kenapa suka dia jahat lak? dia heroin.lol

Ain - terima kasih ^^

budak blur - hahaha...senyum jahat.jeng3

Syuhada Mat Isa said...

sye belajar ckp bahasa indon bila baca novel ni.hehe...

zulhelmi said...

cerita ni dah nak habis ke?mcm dah nak klimaks je

Anonymous said...

best3X

Anonymous said...

Noor: best.saya suka novel yg mendidik macam ni.sambung lagi :)

Liyana Azman said...

best.suka novel ni.

Nadya Roslan said...

it take courage and knowledge for a guy to handle a girl like Cinta Aulia.Keep it up. I really love this story!

Eddayu said...

As usual x menghampakan.. I'm loving it ;)