Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, March 26, 2015

Kau Bidadariku... 5

“YA, ya, aku dah sampai. Baru dapat tempat parking. Suruh Dato’ tunggu kejap,” ujar Adam ketika dia berbicara dengan Yusof sambil tangannya memulas stereng masuk ke dalam petak letak kereta.

            “Okey, jangan lama sangat,” pesan Yusof di corong telefon.

            Adam terus menekan butang merah dan menanggalkan earbud yang disumbat ke dalam telinga.

            Setelah mematikan enjin, kakinya melangkah pantas masuk ke dalam bangunan hotel. Hari ini dia ada temujanji dengan salah seorang pemilik syarikat yang berminat mengadakan kerjasama dengan HS Holdings.

            Setiausahanya, Huda terbata-bata mengekori langkah majikannya yang panjang itu dengan tangan yang membawa helaian fail yang bertimbun.

            “Dokumen semua dah ada?”
            “Dah, company resolution pun dah ada sekali,” jelas Huda.
            “Tan Sri Syafik dah cek?”
            “Dah, bos.”

            Adam mengangguk sahaja. Butang lif ditekan. Tidak lama selepas itu pintu lif terbuka. Adam meminggir ketepi, memberi laluan kepada penumpang yang lain keluar.

            “Adam? Adam Dato’ Husin? Wow, what a coincidence!” Tiba-tiba Adam terdengar suara yang agak dikenalinya dari dalam lif. Suara yang sudah bertahun-tahun tidak didengarinya, namun masih mampu dikenalinya hingga kini.

                        Seorang wanita jelita dengan rambut berwarna perang kemerahan dan bersanggul kemas melangkah keluar sambil tersenyum.

            “Err…” Berkerut-kerut dahi Adam cuba mengingati siapakah gerangan wanita dihadapannya itu.

            “Eh, kenapa you pandang I macam tu? You dah lupa ke? Ni I lah, Yasmin!”

            Dan saat itu barulah Adam teringatkan sesuatu. Yasmin, bekas teman wanitanya 11 tahun yang lalu! Ketika mereka masih sama-sama menuntut di Universiti Malaya.

            “You buat apa kat sini?” soal Yasmin dengan wajah yang ceria.
            “Ada meeting. You?” Adam mengembalikan pertanyaan.

            “Samalah, I sekarang dah uruskan company ayah I. Tak sangka pulak boleh jumpa you kat sini,” ujar Yasmin dengan mata yang melirik. Dia sendiri tidak menyangka akan bertemu bekas teman lelakinya hari ini.

            Adam tersenyum seadanya. Kemudian menoleh pada jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 10.25 pagi.

            “Okeylah, sorry I tak boleh lama. I kena gerak dulu. Dah lewat.”

            “Okey, err… tapi kejap lagi you ada masa tak? I nak ajak you lunch dengan I. Bukannya apa, borak-borak je sebab dah lama tak jumpa. Harap you sudi.”

            Adam sedikit terpana mendengar pelawaan spontan itu. Dia menoleh ke arah setiausahanya.

            “Tengah hari ni saya ada apa-apa urusan tak?”

            Huda terus membelek buku catatan yang dibawanya setiap masa. Buku catatan itu mengandungi jadual kerja Adam setiap hari.

            “Tak, lepas meeting nanti bos cuma ada kat ofis sampai pukul 3.”

            “Okey. Kalau macam tu, tolong catatkan. Saya makan dengan Cik Yasmin tengah hari ni.”

            Yasmin sudah tersenyum luas mendengar kata-kata Adam.

            “I kena pergi dulu. You contact I kat nombor ni. Nanti you SMS nak makan kat mana,” ujar Adam sambil menghulurkan kad bisnesnya.

            Yasmin mengangguk dan menyambut kad yang dihulurkan. Adam terus pamit dan melangkah masuk ke dalam lif bersama setiausahanya.

            Ketika dia tiba di tingkat 1, Yusof sudah menantinya bersama beberapa orang wakil dari syarikat Tan Group di bilik mesyuarat khas hotel itu.

            “Maaf, saya terlewat. Jalan jam sikit tadi,” ujar Adam.

            “No big deal, Encik Adam. Kalau tak jam, bukan KL namanya,” sambut CEO Tan Group, Dato’ Tan Leong.
            Adam terus mengambil tempat duduk di sebelah Yusof dan membuka briefcase. Setiausahanya pula sibuk menyusun fail di atas meja dan merekod minit mesyuarat.

            Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam setengah itu berjalan dengan lancar dan berakhir setelah kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat. Surat MOU ditandatangani tanda termeterainya perjanjian antara HS Holdings dan Tan Group.

            “Yusof, jom lunch sekali,” ajak Adam ketika dia dan abangnya melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

            “Okey, kat mana?”
            “Jap.” Adam berpaling pada Huda.
            “Cik Yasmin ada SMS?”

            “Ada, bos. Ini dia.” Huda menghulurkan kembali telefon bimbit Adam yang dipegangnya sepanjang tempoh mesyuarat tadi.

           - Alang-alang dah nak masuk waktu tengah hari ni, kita lunch kat hotel ni je. I tunggu kat coffee house ground floor. (Yasmin)

            “Oh, kat sini je? Dia tunggu dari tadi?”

            Adam seperti tidak percaya membaca SMS yang dikirimkan oleh Yasmin itu. Tidak menjangka Yasmin sanggup menunggunya sehingga mesyuarat tamat.

            “Kita makan kat sini je. Yasmin tunggu kat restoran bawah,” ujar Adam seraya menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.

            Yusof menjingkitkan kening dengan perasaan pelik. “Yasmin? Yasmin mana ni?”

            “Jap lagi aku cerita. Huda, awak balik dulu. Bawa kereta saya, nanti saya balik ofis dengan Encik Yusof.”

            Huda mengangguk sahaja. Tanpa banyak soal dia terus menyambut kunci kereta yang dihulur oleh bosnya dan beredar dari situ. Adam dan Yusof pula melangkah ke restoran ekslusif yang terletak di ground floor hotel tersebut.

            “Kau ingat lagi tak Yasmin? One of my ex-girlfriend dulu tu?” Adam menyoal.

            Yusof menggeleng perlahan.

            “Aku tak ingatlah. Dulu bukan main bersusun kau punya awek,” selanya selamba.

            Adam tergelak. “Alah, Yasmin yang sempat study kejap dekat UM dengan kita dulu. Pastu dia berhenti belajar and pergi overseas sebab buat hal dengan Nadya. Ingat?”

            Berkerut-kerut muka Yusof mendengarnya. Fikirannya ligat berkerja, cuba memutarkan kembali apa yang pernah terjadi di Universiti Malaya suatu ketika dahulu.

            Yasmin. Hmm… teman wanita Adam yang cemburu buta sehingga sanggup menyerang Nadya yang disangkanya cuba merampas Adam ketika itu. Dan Yasmin bahkan sanggup mengupah beberapa orang lelaki untuk mengugut Nadya, semata-mata kerana ingin Nadya menjauhkan diri daripada Adam.

           “Wait, takkanlah dia?” Yusof sudah tercengang. Kakinya yang melangkah beriringan dengan Adam terus dipasung pada lantai. Lengan baju Adam ditariknya.

            “Kau ada janji nak jumpa dia kat sini? Macam mana boleh jumpa dia tiba-tiba?” soal Yusof, merenung Adam dengan mata yang besar.

            “Baru tadi, terserempak dekat lif. Dia pun sekarang dah uruskan bisnes family dia. Alang-alang free ni, apa salahnya lunch sekali. Tapi aku tak naklah makan berdua, tak manis pulak nanti. Tu pasal aku ajak kau sekali,” jelas Adam tersenyum herot.

            Dia tidak ingin menolak pelawaan Yasmin kerana pada pemerhatiannya, Yasmin juga orang bisnes sama seperti dia. Manalah tahu satu hari nanti ada peluang bisnes dengan syarikat keluarga Yasmin. Yang lepas tu, lepaslah. Sudah lebih sedekad berlalu. Dia sudah berkahwin dan Yasmin juga pasti sudah ada buah hatinya sendiri.

            “Kau biar betul, Adam? Takkanlah kau nak berbalik ke perangai player kau yang dulu?” soal Yusof sedikit gusar.

            Dia bukannya tak kenal siapa Adam. Adiknya dulu seorang kasanova tulen yang hanya bermodalkan wajah tampan dan mulut manis. Cuma sikap Adam sudah berubah 360 darjah selepas bertemu dengan Nadya.

            “Kau janganlah fikir negatif. Aku anggap ini macam business lunch aja. Kalau buat baik dengan orang, insya-Allah ada rezeki untuk kita nanti,” tutur Adam ikhlas.

            Yusof mengeluh. Masih sedikit skeptikal walaupun Adam menyatakan apa yang sebenarnya. Bukan tak percayakan Adam. Dia tahu adiknya itu sayang separuh mati pada isterinya, cuma sedikit was-was dengan Yasmin.

            Yasmin kelihatan terkejut melihat Adam muncul bersama Yusof. Sangkanya dia hanya makan berdua dengan Adam tengah hari ini.

            “Lama tunggu?” sapa Adam.

            “Sejak you meeting tadilah. I memang tak ada apa-apa urusan hari ni. So sebab tu I tunggu aja.”

            Yasmin meletakkan jus oren yang diminumnya lalu bangkit dan menghulurkan tangan pada Adam ingin bersalaman.. Adam menolaknya dengan baik, tanda dia tidak mahu bersentuhan dengan yang bukan mahramnya. Namun penolakannya membuatkan Yasmin tersipu malu. Cukup lama tidak bertemu dengan lelaki berwajah pan Asian itu, rupa-rupanya Adam sudah jauh berubah.

            “Jemput duduk,” pelawanya sambil mengukir senyuman terpaksa. Kali ini dia tidak menghulurkan tangan kepada Yusof, bimbang ditolak untuk kali yang kedua.

            Retinanya terpaku pada susuk tubuh bekas teman lelakinya itu. Penampilan Adam sudah jauh berbeza. Semakin tampan dengan rambut perang aslinya yang disisir rapi.

            “You dah ambil makanan?” soal Adam saat sudah melabuhkan punggung bertentangan dengan Yasmin.

            “Err… belum, I tunggu you. Nak ambil sekali,” ujar Yasmin, namun cuba melarikan anak matanya tatkala pandangannya bertembung dengan anak mata berwarna hazel milik lelaki itu.

            Damn it! dengus Yasmin dalam hati. Kenapa walaupun sudah lebih 10 tahun tidak bertemu, wajah, gerak tubuh dan lirikan mata Adam Dato’ Husin masih mampu membuatkan hatinya tidak keruan?

            Yasmin meneguk liur. Sedaya upaya cuba dikalihkan perhatiannya ke arah lain. Jantung yang mulai berdetak sakan cuba ditahankan.

            “Yusof, kau jagakan meja. Aku pergi ambil makanan. Kau nak apa?”

            “Apa-apa jelah. Kau tahu apa aku suka,” balas Yusof.

            Adam mengangguk sahaja. Kemudian dia bangun dan berlalu ke meja buffet bersama Yasmin untuk mengambil makanan tengah hari yang terhidang di restoran ekslusif hotel itu.

            Dan sepanjang berada di restoran tersebut, Adam dan Yasmin saling bertukar-tukar cerita tentang peristiwa yang berlaku sepanjang mereka tidak bertemu. Yusof pula banyak diam dan lebih suka menjadi pemerhati.

            “Yusof dah ada empat orang anak? What a surprise!” Kata-kata Yasmin membuatkan Yusof tersentak.

            Yusof tersengih sahaja melihat senyuman lebar pada wajah Yasmin.

            Yasmin benar-benar terkejut. Patutlah walaupun Adam dan Yusof sebaya, namun penampilan Yusof tampak jauh lebih matang. Kalau orang lain yang tak tahu, pasti akan menyangka Yusof tua 5, 6 tahun daripada kembarnya itu.

            Dan jauh di sudut hati, ada secebis rasa kecewa saat mengetahui Adam sudahpun berkahwin dengan gadis yang pernah dimusuhinya di kampus dulu.

            “Hmm… I dah agak you memang sukakan Nadya. Tak sangka jodoh korang kuat. Dah 7 tahun kahwin rupanya.”

            Adam tertawa. “You macam mana? Dah kahwin?” soalnya pura-pura berminat.

            “I pernah bertunang dua kali. Tapi tak ada jodoh. Yang sorang tu mat saleh, but he always refused when I asked him to convert. Yelah, macam mana nak kahwin kalau dia tak mahu peluk Islam, kan? Dan yang satu lagi putus sebab I dapat tahu dia ada perempuan lain,” cerita Yasmin dengan riak wajah yang bersahaja.

            Terpaku seketika Adam mendengarnya. “Err… sorry, I tak tahu…”

            Yasmin tersenyum simpul. “Takpe, I tak kesah pun. I anggap kitorang tak ada jodoh je. So kalau Yusof dah ada 4 orang anak, you pulak macam mana? Mesti anak you comel-comel kan? Yelah, you handsome, Nadya pun cute.”

            Adam terkedu. Dia sempat menoleh seketika kepada abangnya yang pura-pura tekun mengunyah makanan. Tidak lama selepas itu dia melayangkan senyuman yang tak berapa ikhlas.

            “Tak, kitorang belum dapat anak. Belum ada rezeki.”

            “Oh…” Wajah Yasmin terlukis riak serba salah kerana bertanyakan soalan itu. Sudah 7 tahun berkahwin dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata? Pastinya itu satu soalan yang sensitif untuk pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga.

            “Sorry, I ingatkan…”

            “Sokeylah, I takde hal. In fact walaupun dah 7 tahun kahwin, mood honeymoon I dengan Nadya belum habis lagi,” tepis Adam seraya ketawa dihujung suaranya. Ketawa yang dibuat-buat demi menutup perasaan yang sebenar. Yalah, pasangan berkahwin mana tidak mahukan anak?

            Yasmin sekadar menyorot senyum sambil sesekali curi-curi pandang ke arah bekas teman lelakinya itu. Adam Dato’ Husin! Wajah lelaki pan-Asian itu sungguh kacak. Dan wajah inilah yang pernah menjadi kegilaannya suatu ketika dahulu.

            “Adam, I nak ucap terima kasih,” ujar Yasmin.
            “Kenapa?”

            “Sebab sudi terima pelawaan makan tengah hari I. I ingat you masih marah dengan apa yang pernah jadi dulu…” tutur Yasmin perlahan. Sedikit merasa bersalah apabila terimbau kembali kenangan lalu.

            “Alah, dulu umur kita berapa? Sekarang umur kita berapa? Dah 10 tahun berlalu. Zaman budak-budak, buat apa nak dikenang? Kalau I masih berdendam pasal benda yang dah lepas tu, mesti I dah tolak bila you ajak lunch hari ni.”

            Jawapan Adam membuatkan hati Yasmin berbunga-bunga riang. Tidak lekang bibirnya dengan senyuman.

            Berbeza pula dengan Yusof yang sedari tadi hanya menjadi tunggul disitu. Adam dan Yasmin berborak seolah-olah dia tidak wujud. Bukannya dia merasa terpinggir, cuma dia memang tidak berminat untuk turut serta dalam perbualan mereka.

            Dari satu topik ke satu topik mereka bertukar-tukar cerita. Yusof mengeluh sendiri dan berharap agar waktu makan itu segera berakhir!
***********************************

YUSOF tekun memandu Hyundai Cooper miliknya menghala ke HS Holdings selepas tamat waktu makan tengah hari. Adam di sebelah yang sibuk berbalas SMS dengan isterinya sesekali dikerling.

            Hmm… angau! desis Yusof apabila melihat adiknya itu tersenyum seorang diri sambil membaca SMS yang dikirim. Tapi tak apalah, angau dengan isteri sendiri tak salah pun. Jangan dengan Yasmin sudah.

            Yusof tahu meskipun Adam jarang keluar makan tengah hari bersama Nadya kerana kesibukan Nadya menguruskan butik, namun Adam tidak pernah lupa mengirimkan SMS bertanyakan tentang perkembangan isteri kesayangannya itu di butik. Sudah begitu rutin mereka sejak dulu lagi.

            “Yasmin tu makin bergaya sekarang,” ujar Yusof tiba-tiba, membuatkan Adam yang terkhayal berSMS dengan isterinya mengalahkan orang-orang tengah bercinta merasa terganggu seketika.

            Dia menoleh sekilas pada Yusof dan menjawab pendek, “Aah…” Kemudian kembali menatap skrin telefon.

            Yusof jongket kening. Saja nak uji, rupa-rupanya Adam memang tak layan. Maklumlah, dah belajar jadi pencinta setia. Kata Adam, orang yang nak jadi playboy ni adalah kanak-kanak yang tak matang dan tak dapat perhatian saja.

            Dan pada penglihatan Yusof, Yasmin juga sudah agak jauh berubah dari yang dulu. Mungkin kerana belajar di luar negara. Penampilannya tampak lebih daring dan elegan dengan skirt mencecah ke paras peha, stoking hitam serta kasut tumit tinggi. Tapi perangai tak tahulah dah berubah atau masih di takuk lama. Harap-harap dah jadi baik.

            “Kau cakap kau setuju lunch dengan dia tadi sebab nak risik-risik kalau ada projek untuk company, kan?” Yusof bertanya lagi sebaik berhenti di lampu isyarat. Tadi sebelum berpisah ke pejabat masing-masing, Yasmin juga sempat memberikan kad bisnesnya kepada Adam. Wanita itu menunjukkan tanda-tanda seperti berminat untuk saling berhubung lagi selepas ini.

            “Yup, kenapa?”

            “Adam, banyak lagi projek lain yang kita boleh buat dan tak perlu ada kena-mengena dengan Yasmin dan company dia,” ujar Yusof senada, lembut dalam tegas.

            Adam menaikkan kening.

            “Bisnes, bro. Take opportunity as much as we could. Kau ni dah berapa lama dalam HS Holdings, tapi sampai sekarang tak berfikir macam orang bisnes,” sindir Adam seraya mencemikkan muka.

            “Peoples cannot be predicted, my lil’ brother. Jangan lupa yang si Yasmin tu pernah ada reputasi buruk cuba mencederakan Nadya masa zaman belajar kita dulu tau.” Yusof mengingatkan, namun kata-katanya hanya membuatkan Adam ketawa.

            “Don’t be prejudice, Yusof. Janganlah ungkit zaman tuk kaduk tu. Yasmin dah berubah, nampak dia macam mana sekarang kan? Dulu tu zaman tak matured, sekarang dia dah jadi director. Dia nak ke ulang balik semua benda tu lagi?” Hujah Adam pula membuatkan Yusof terus kehilangan kata-kata.

            Yusof merengus perlahan. Pedal minyak terus ditekan sebaik lampu isyarat bertukar hijau. Hmm… suka hatilah. Berdebat dengan Adam sampai raya tahun depan pun takkan habis. Adiknya itu kalau sudah bulat keputusannya, kalau A kata dia, maka A lah jawapannya.

            Tapi berlainan pula pandangannya dengan Adam. Dia sememangnya tahu bagaimana sikap Yasmin dulu, tetapi itu tidak seharusnya menjadi penyebab dia perlu berburuk sangka. Hati manusia Allah yang pegang, dan Dia mampu mengubah hati sesiapa pun yang diinginkan-Nya. Bagi Adam, kalau dia boleh berubah, kenapa tidak Yasmin? Didik hati agar sentiasa husnuzon sesama manusia itu jauh lebih baik.
********************

11 tahun yang lalu…

“APA yang you dah buat,Yasmin?”

            “Buat apa?” Yasmin menggigit bibirnya.

            “Apa yang you nak sebenarnya?” soal Adam keras. Kalau dia hilang pertimbangan, memang Yasmin sudah dicekiknya dari tadi.

            Dia benar-benar tidak menyangka Yasmin tergamak mengupah dua orang lelaki untuk mengugut Nadya agar menjauhinya. Hanya kerana cemburu Nadya berkawan rapat dengan Adam, teman lelakinya. Dan lelaki-lelaki upahan itu pula punya niat mahu mencederakan Nadya. Memang tidak terjangkau langsung dek akalnya Yasmin akan bertindak sejauh itu.

            “You memang tak faham perasaan I, Adam.” Sinar mata Yasmin mulai berkaca-kaca.

            “Oh, jadi sebab I tak faham perasaan you, you sanggup hantar orang supaya cederakan Nadya? You gila ke?” Intonansi suara Adam yang meninggi membuatkan beberapa pasang mata yang melewati ruang rehat lobi itu memandang mereka berdua.

            “Apa buktinya I upah orang, hah?” Yasmin masih cuba berdalih.

            “Okey, kalau you tak nak mengaku, I akan buat police report!” Adam mula menggertak. “Nadya boleh buat pengecaman dan kalau orang-orang upahan tu berjaya ditangkap, mesti diorang akan dedahkan siapa yang upah diorang, am I right?”

            Yasmin terkedu dengan helaan nafas yang semakin tersekat. Riak gelisah masih cuba disembunyikan.

            “Kalau sampai terjadi apa-apa pada Nadya, orang yang akan I persalahkan adalah you!” ujar Adam lagi.

            “Adam…” Yasmin cuba memancing simpati dengan mata yang berkaca-kaca.

            Adam gigit bibir. Aduh, dia pakai air mata pulak!

            “I tak nak terima alasan. Sekarang I nak tanya,you nak mengaku atau tak?”

            “Adam… I…”

            “Jawab, Yasmin!”

            “Adam, I buat semua tu sebab I cintakan you!” Yasmin sedikit terjerit. Dia kini benar-benar terdesak.

            “Jadi you dah mengaku sekarang?” Adam tidak sedikit pun terkejut dengan pengakuan itu. Malah kini dia merasakan sudah mendapat kunci kebebasan yang diidam-idamkannya selama ini.

            “I tak nak tengok muka you lagi!”

            Yasmin mulai teresak-esak. Kata-kata itu benar-benar merobek perasaannya. Dia tidak mahu kehilangan Adam. Tubuh Adam cuba didakapnya, namun Adam lebih pantas menjauhkan diri dan menepis tangannya.

            “Jangan pegang I dengan tangan kotor you tu. Kalau you tak nak disumbat dalam penjara, jangan jumpa I atau Nadya lagi, faham?”

            “Adam, please don’t leave me…” Yasmin merayu-rayu. Dia tidak peduli walau orang ramai menjadikan dirinya sebagai bahan tontonan.

            Yasmin menggenggam penumbuknya. Kakinya terus melangkah pergi bersama deraian air mata yang tidak disekat-sekat lagi.

            Adam mengeluh, hanya mampu melihat bekas teman wanitanya itu hilang dicelahan ratusan siswa-siswi di ruang lobi.

            Dan sehingga ke hari ini, dia sedikit pun tidak menyesal. Memutuskan hubungan dengan Yasmin telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia kini memiliki Nadya, gadis yang sudah sekian lama terpahat di hati dan fikirannya untuk dijadikan ketua bidadarinya di syurga suatu hari nanti.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

zulhelmi said...

alamak yasmin pulak....harap2 x jd pape

syah said...

minx2la adam x tergoda dgn yasmin.klu dia minx nak kahwin dua mmg aku lempang. hahahahah

ain said...

yasmin :( baca kutemui cinta pun dh x ske dia.hope dia dh baik.klu dia goda adam n adam jahat nadya,baik nadya kahwin je dgn adrian

Eddayu said...

nie mesti si Yasmin akn jd jahat dlm cter nie.. mesti x berubah lg perangainye.. eeeiiii

E-la Adiey said...

zulhemi, syah, ain & kak Eddayu - yup... yasmin muncul balik dan dia adalah antagonis psiko..ngeee