Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Saturday, May 9, 2015

Kau Bidadariku... 19

ADAM bungkam sendiri. Berpinar seketika pandangan matanya saat melihat isi kandungan sekeping sampul surat yang diletakkan diatas mejanya pada pagi itu. Kata Huda, ada seorang lelaki yang tidak dikenali meninggalkan sampul berisi gambar-gambar tersebut di meja receptionist untuknya.

            Gambar-gambar yang memaparkan aksi Nadya dan Adrian di Butik NADYA’S diselerakkan di atas meja. Ada lebih kurang enam keping gambar kesemuanya. Sampul berwarna coklat itu dibelek-belek untuk seketika. Hanya tertulis perkataan ‘Kepada Adam Dato’ Husin’ tanpa nama pengirim.

            Nadya dengan Adrian ada jumpa berdua tanpa pengetahuan aku? bisiknya sendiri dengan penuh tanda tanya. Bibirnya diketap, menahan gelora didalam dada. Agaknya jika gambar-gambar tersebut tidak sampai ke tangannya hari ini, mungkin sampai bila-bila dia tidak tahu tentang pertemuan Nadya dan Adrian di butik.

            Dia yakin isterinya berjumpa dengan Adrian lebih daripada sekali kerana kedua-duanya memakai baju yang berbeza dalam setiap kepingan gambar. Tapi kenapa Nadya merahsiakan pertemuan itu daripadanya? Bukankah dia seorang suami? Dia berhak tahu apa pun aktiviti isterinya.

            Tapi apa yang lebih membingungkan, siapa yang memberikan gambar-gambar ini kepadanya? Apa motif si pemberi? Siapa yang rajin sangat mahu menyelidik dan mengawasi pergerakan isterinya di tempat kerja?

            Adam menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan punat interkom. Gambar-gambar yang berselerak di atas meja disembunyikan dibawah longgokan fail.

            “Huda, tolong masuk kejap!”
            Tidak sampai sepuluh saat, kepala Huda sudah tercangak dihadapan pintu.
            “Ya, Encik Adam?”
            “Awak ada tengok ke apa isi dalamnya?”

            Huda menggeleng. “Tak, receptionist suruh saya beri pada bos. Jadi saya terus letak atas meja bos je.”

            Kali ini Adam mengangguk. Sedikit lega hatinya mendengar jawapan Huda. Bukannya apa, dia cuma tidak mahu orang luar tahu urusan rumah tangganya. Takut juga kalau Huda tahu, dua tiga hari nanti tersebar pula berita isteri bos main kayu tiga dengan lelaki lain di butik. Setiausahanya itu bukan boleh percaya sangat. Kaki gosip nombor satu.

            “Err… kenapa bos? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Huda musykil.

            “Tak apalah, awak boleh keluar…” Adam mengawal ekspresi muka. Raut wajahnya cuba dimaniskan.

            Huda mengangguk dan terus menutup semula pintu bilik majikannya. Adam mengeluh sendiri. Hatinya benar-benar tidak keruan selagi tidak mendapat kesahihan daripada Nadya sendiri. Dia tidak akan menilai sesuatu perkara berdasarkan gambar dan dia tahu dia perlu menangani hal itu dengan bijak selaku pemimpin dalam rumah tangga.

            Telefon bimbitnya dikeluarkan. Lambat-lambat nombor Nadya ditekan. Tidak lama menunggu, panggilannya bersambung dengan talian dihujung sana.

            “Assalamualaikum, abang. Aik, baru pergi kerja dah call Nadya. Rindu ek?” Lembut suara sang isteri menampan cuping telinga, meredakan sedikit rasa marah dan cemburu yang menerpa serentak dikala ini.

            “Err… waalaikumussalam. Sayang ada dekat mana tu?”
            “Baru sampai butik. Tengah kemas fail. Kenapa, bang?”
            “Abang nak jumpa Nadya kejap, busy tak?”
            “Umm… pagi ni tak busy sangat. Kalau abang nak datanglah butik kejap.”
            “Okey, abang on the way ke sana.”

            Dan talian terus diputuskan. Kaget Nadya dibuatnya. Matanya terkelip-kelip merenung telefon bimbit sendiri dengan penuh kehairanan. Pelik, lenggok suara Adam tidak kedengaran manja seperti selalu.
***************

NADYA bingkas mengangkat punggung tatkala mendengar bunyi loceng berdecing di pintu, menandakan ada seseorang menguak pintu butik. Majalah Hijabista yang dibelek-beleknya di sofa sementara menanti kedatangan Adam diletakkan semula ke atas meja.

            “Assalamualaikum, abang.” Dia menyapa ramah, menghulurkan senyuman manis saat melihat wajah suaminya itu.

            “Waalaikumussalam. Jom kita bincang dalam ofis,” balas Adam mendatar, langsung tidak membalas senyuman isterinya. Dia melangkah bersahaja mendahulu Nadya ke ruang ofis di belakang.

            Nadya terkelip-kelip kebingungan, semakin tidak mengerti apa sebenarnya yang sedang berlaku. Namun dia tetap menuruti rentak kaki suaminya.

            “Duduklah dulu.”
            “Tak apalah, abang nak berdiri.”

            Nadya mengetap bibir. Entah kenapa debaran dihati tiba-tiba bergendang melihat wajah serius Adam. Dia yang pada awalnya ingin melabuhkan punggung ke kerusi terpaksa membatalkan niatnya. Pintu ofis dikunci dari dalam, tidak mahu ada sesiapa mencuri dengar perbualan mereka.

            “Nadya tengok ni.” Adam menghulurkan sampul surat yang dibawanya.

            Nadya terus menyambut dan mengeluarkan isi kandungan sampul itu. Sebaik melihat beberapa keping gambar yang terpampang jelas wajah dia dan Adrian, dia terus terkedu seribu bahasa.

            “Ini gambar Nadya dengan…”
            “Ya, gambar Nadya dengan Adrian,” pintas Adam.

            Nadya telan air liur. Sarafnya dirasakan paralyse untuk seketika. Lidah pula terasa kelu, hilang terus kebolehan untuk berkata-kata melihat gambar-gambar yang tidak diduga itu. Benar-benar tidak menyangka pergerakannya di butik selama ini diperhatikan.

            “Abang upah orang untuk intip Nadya?” Sedikit bergetar nada suaranya saat mengajukan soalan itu. Dia terasa sedikit kecewa kerana menyangkakan Adam tidak mempercayainya sehingga perlu mengupah orang untuk mengawasinya.

            Adam menggelang tenang. “Abang tak upah sesiapa. Ada orang hantar gambar-gambar ni pada abang. Dia tinggalkan sampul surat ni dekat kaunter receptionist.”

            Nadya tergamam. Dia tertunduk tunak dengan pelbagai rasa. Jadi kalau bukan Adam, siapa yang melakukan semua ini? Setahunya dia tiada musuh. Siapa yang begitu tegar memberi gambar-gambar ini kepada suaminya?

            Dia yakin sungguh ada seseorang cuba memburukkan namanya. Kalau tidak, kenapa hanya gambar-gambar dia dan Adrian yang sampai ke tangan Adam? Kenapa tidak gambar pelanggan-pelanggan lelaki lain yang berkunjung ke butik itu?

            “Nadya, pandang abang…” Adam bersuara lembut, masih mengawal intonasi suara agar isterinya itu tidak tersentuh. Dia tidak mahu marah-marah atau meninggikan suara kerana itu adalah satu tindakan emosi. Dan pasangan suami isteri yang bergaduh hanya akan membuat para iblis dan syaitan bersorak kegembiraan kerana berjaya memecah belahkan ikatan suci itu.

            Nadya mengangkat muka, merenung anak mata Adam tanpa berkelip.

            “Abang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Nadya ada jumpa Adrian kat butik tapi kenapa tak beritahu abang? Bukan jumpa sekali dua, tapi berkali-kali.”

            Nadya terdiam seketika. Oksigen dihela perlahan, masuk ke dalam alveolus sebelum dia menjawab.

            “Abang, Nadya minta maaf sebab tak beritahu abang. Nadya cuma rasa benda tu tak penting sebab Adrian cuma datang untuk hantar dan ambil makanan. Abang pun tahu yang selama ni Nadya selalu bertukar-tukar makanan dengan ibu, kan? Driver ibu pergi umrah, sebab tu Adrian yang hantarkan,” terangnya lurus.

            “Tapi takkanlah Nadya tak boleh beritahu abang walau sepatah pun? Waktu malam kita jumpa, pagi sebelum pergi kerja pun kita jumpa. Kenapa tak pernah beritahu?” soal Adam bertubi-tubi. Dia tidak marah, cuma kurang berpuas hati dengan alasan longgar isterinya.

            “Sebab Nadya rasa benda ni tak penting. Setakat hantar dan ambil makanan. Nadya dan dia tak pernah berborak panjang pun. Lainlah kalau dia duduk dan makan kat sini. Adrian tu pun cuma ikut arahan ibu,” ujar Nadya lagi. Nada suaranya ditekan, memberi isyarat bahawa dia sudah memberi memberi penjelasan yang sebenar-benarnya.

            Suasana menghening seketika. Adam mengulum bibir. Otaknya cuba mencerna kata-kata isterinya.

            Entahlah, kalau diikutkan ada benarnya juga kerana dia sememangnya tahu Nadya dan Puan Sri Azila sering bertukar-tukar makanan sejak dulu lagi. Dan dia pula tidak pernah bertanya kerana Nadya selalunya akan memasak selepas dia pergi bekerja. Mungkin juga dia hanya cemburu tentang Adrian. Entahlah… mungkin…        

            “Abang…” Nadya meraih tangan suaminya. Rasa bersalah mencengkam jiwanya melihatkan wajah Adam yang bertukar mendung, seakan kecewa dengannya.

            “Nadya minta maaf sangat-sangat. Nadya tak ada niat tak nak beritahu abang. Nadya tak terfikir akan jadi sampai macam ni. Nadya anggap Adrian tu sama je macam driver ibu yang selalu datang hantarkan makanan, sebab tu Nadya tak beritahu abang. Nadya minta maaf…”

            Nadya tunduk, mengucup hormat tangan suaminya. Dia sedar dia juga sudah melakukan khilaf. Walau apa pun alasannya, dia sememangnya tidak patut berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Adam.

            “Nadya, abang tak marah Nadya…” Suara Adam bagaikan separuh berbisik. Kepala Nadya dielus-elus kasih.

            Dia tahu hubungan Nadya dan Adrian tidak rapat. Dia boleh melihat dengan jelas berdasarkan gambar-gambar yang diterimanya. Nadya dan Adrian tidak kelihatan mesra dan tiada babak-babak ketawa lepas. Kerana itu dia datang hanya untuk bertanya, untuk mendengar penjelasan isterinya. Bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

            “Abang tak marah pun. Abang cuma tanya sebab abang dapat gambar-gambar tu pagi tadi. Abang takut kalau orang luar tahu, orang akan bagi persepsi buruk pada Nadya. Abang mestilah nak jaga maruah isteri abang,” ujar Adam dengan secalit senyuman.

            Dia memagut dagu Nadya, mengangkat wajah isterinya itu. Tangannya naik membelai pipi Nadya, sebelum kening wanita kesayangannya itu dikucup lembut.

            “Abang sayang Nadya. Sayang Nadya sepenuh hati abang. Maaf kalau abang nampak macam mengongkong, tapi abang cuma melindungi hak abang. Tolonglah jaga hati abang, ya sayang. Lepas ni kalau jumpa Adrian atau mana-mana lelaki sekalipun, tolong beritahu abang, ya?”

            Nadya terdiam. Bibirnya diketap erat, menahan rasa berdosa dan bersalah kepada Adam. Teguran lembut suaminya, tingkah suaminya yang begitu tenang semakin menambahkan rasa bersalah yang bersarang di jiwa. Mungkin juga dia patut berterima kasih kepada ‘pengintip’nya itu. Jika ‘pengintip’ itu tidak memberikan gambar-gambar tersebut kepada Adam, mungkin dia juga tidak akan menyedari kesilapannya sehingga kini.

            “Nadya janji, abang. Nadya ingat pesanan abang. Dan Nadya takkan jumpa Adrian lagi kalau abang tak suka.”

            “Tak perlulah sampai macam tu sekali. Jumpa aja macam biasa, tapi kena bagitahu abang. Jaga batas dan jangan terlalu rapat.”

            Nadya mengangguk perlahan. Mata bundarnya membalas renungan anak mata suaminya dengan raut wajah yang kembali ceria.

            “Seksi isteri abang ni. Abang rasa macam tak nak balik ofis pulak.” Adam sengaja mengusik dengan suara menggoda. Wajahnya didekatkan pada Nadya, namun isterinya itu spontan menolak lembut dadanya.

            “Jangan mengada-adalah, abang. Kan kita dekat ofis ni!” Nadya menekup mulut menahan gelak dengan wajah yang sudah tersipu-sipu kemerahan.

            “I love it when you blush.” Adam terus menarik lengan Nadya. Sepantas itu satu ciuman hangat singgah di pipi isterinya.

            “Yeay, dapat kiss!”

            Nadya gigit bibir. Malu. Adam tersenyum melihat reaksi isterinya. Tubuh Nadya dirangkul erat.

            “Nurul Nadya binti Asnawi, bidadari abang… I love you so much,” bisik Adam halus di cuping telinga isterinya. Masalah tadi terus dilupakan begitu sahaja.

            Dia suka memanggil Nadya dengan gelaran bidadari kerana baginya Nadya adalah isteri solehah yang akan menjadi ketua bidadarinya di syurga kelak. Sungguh mulia dan sempurna seorang wanita solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.

            “Err… abang…”

            “Jomlah kita hug kejap. Nanti abang baliklah ofis…” Suara Adam tiba-tiba pula bertukar manja. Pelukan dikemaskan. Ubun-ubun isterinya kembali dikucup penuh kasih.

            Nadya terkebil-kebil, cuba melepaskan diri. Namun saat rangkulan Adam semakin kuat, dia mengalah dan membalas pelukan hangat itu dengan perasaan seperti kuda belang.
*******************

SELESAI menunaikan solat Isyak dan mengaji, Nadya duduk berteleku di sejadah sambil beristighfar dan berselawat ke atas Nabi. Sesudah itu pula, dia mengambil sebotol air mineral bersih dan membaca doa kesuburan lalu ditiup kepada air tersebut.

            Kebiasannya air itu akan digunakan dengan menyapu pada bahagian pusat dan turut ke bawah sebanyak tiga kali sambil membaca doa kesuburan berulang-ulang kali.

            Antara doa kesuburan yang sering menjadi amalannya adalah doa Nabi Zakaria a.s yang bermaksud: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi.” (Surah Al-Anbiyaa’ ayat 89)

            Ia merupakan satu amalan yang kerap dilakukannya sepanjang 7 tahun hidup bersama Adam demi mendapatkan zuriat. Insya-Allah dengan amalan ini, bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada saluran yang tersumbat maka akan terbuka saluran itu.

            Dia tidak pernah berputus asa dalam berikhtiar. Selain mengamalkan doa-doa, dia juga mengamalkan pelbagai petua pemakanan untuk meningkatkan kesuburan seperti memakan buah-buahan segar, kentang panggang, tiram serta sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan merah.

            Usai itu, Nadya menyimpan botol air tersebut dengan cermat di atas meja solek dan melipat kain telekung. Sambil kakinya melangkah menghala ke ruang tamu, dia mengerling ke arah jam bulat yang terpaku di dinding.

            Sudah hampir pukul 9.15 malam, namun Adam masih belum pulang. Ada mesyuarat dan makan malam dengan klien katanya. Seperti biasa, kalau suaminya pulang lewat, dia hanya akan menonton TV sebelum masuk tidur.

            Baru sahaja jarinya menekan punat alat kawalan jauh, telinganya pula menangkap bunyi telefon bimbitnya yang berdering kuat. Terus dia berlari-lari anak berpatah balik ke bilik mendapatkan telefonnya.

            “Assalamualaikum, ibu…” Nadya melebarkan senyuman melihat nama Puan Sri Azila muncul di skrin.

            “Waalaikumussalam. Nadya sihat? Dah makan ke belum?”

            “Siang hari tadi dah, bu. Malam tak makanlah, tengok TV je,” jawab Nadya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.

            “Tak makan? Adam tak balik lagilah tu, ya?” telah Puan Sri Azila.

            Nadya tergelak. Ibu angkatnya itu seperti sudah menghafal rutinnya. Maklum sajalah, dulu selepas pemergian arwah Hafiz, Puan Sri Azila tiada anak lain. Jadi tidak hairan jika dia tahu setiap aktiviti Nadya kerana sebelum ini segala kasih-sayang dan perhatiannya ditumpahkan buat Nadya seorang.

            “Aah, dia balik lambat. Ibu pulak macam mana? Dah makan?”

            “Minum-minum je. Ibu dengan ayah baru lepas habis borak dengan Adrian sambil makan biskut tadi,” cerita Puan Sri Azila.

            Nadya tersenyum sahaja. Dari nada suara Puan Sri Azila, dia pasti ibu angkat kesayangannya itu kini cukup bahagia. Walaupun hanya bercerita tentang makan biskut, tapi lenggok suaranya kedengaran begitu gembira, macam baru lepas main pondok-pondok.

            “Lupa nak SMS Nadya semalam. Ibu nak ucap terima kasih sebab masakkan lauk asam pedas tu. Untung anak ibu ni orang Melaka. Sedap sungguh rasanya, lain dengan asam pedas yang Mak Munah selalu buat.”

            Nadya hanya mampu tersengih mendengar pujian itu.

            “Alhamdulillah kalau ibu suka. Nanti kalau nak lagi beritahu je. Nadya akan masak lagi.”

            “Hehe… bagus, bagus. Ni sayang Nadya lebih ni. Umm… esok ibu rasa nak masak lauk ayam kurma merah. Macam biasalah, nanti ibu suruh Adrian hantarkan.”

            Nadya terdiam. Wajahnya sedikit berubah mendengarkan kata-kata itu. Adrian hantarkan? Segera dia teringat tentang perbincangannya dengan Adam pagi tadi. Meskipun Adam masih membenarkan dia untuk bertemu dengan Adrian seperti biasa, namun dia sudah tidak selesa setelah mengetahui pergerakannya diperhati dari jauh.

            Mungkin juga si pengintip itu cuma orang upahan musuh perniagaan Adam. Tapi kali ini dia harus lebih berhati-hati. Dia tidak mahu nama Adam tercemar dikalangan rakan-rakan bisnes kerana gosip murahan seperti ini.

            “Err… ibu, Pak Wahab cuti lagi ke?” soalnya sedikit teragak-agak.

            “Lah… ibu kan dah cakap, driver ibu tu pergi umrah. Pak Wahab balik hujung minggu ni.”

            “Oh…” Nadya menggumam perlahan dengan riak serba-salah.

            “Kenapa? Nadya tak suka ke ibu selalu suruh Adrian? Nadya tak selesa ya?” soal Puan Sri Azila lurus tanpa berselindung.

            “Eh, tak, tak, bukan macam tu.” Cepat-cepat Nadya menepis telahan Puan Sri Azila walaupun itulah yang sebenarnya yang bergolak dihatinya saat ini. Takut sekiranya ibu angkatnya itu terasa hati.

            “Err… Nadya tiba-tiba rasa macam nak jumpa ibu esok. Nadya pergi rumah ibu jelah, boleh tak? Kita makan sama-sama.” Dia memberi jawapan selamat. Mungkin kaedah ini lebih baik agar Puan Sri Azila tidak mengesyaki apa-apa.

            “Tapi esok ibu ada hal. Dah janji nak teman Datin Juliana shopping. Ada handbag Gucci new arrivals dekat KLCC. Tu yang nak pergi grab mana-mana design yang berkenan dihati. Hehehe…”

            Nadya tekup mulut. Nyaris terburai tawanya dengan telatah Puan Sri Azila. Maklumlah, ibu angkatnya itu banyak sangat waktu lapang. Bershopping, bersantai dan bersosial dengan ahli kelab datin sajalah kerjanya.

            “Kalau Nadya nak jumpa, dalam pukul 4 petanglah. Tengah hari ibu tak ada. Nadya okey ke makan tengah hari lambat?”

            “Boleh je, Nadya pun tak ada aktiviti sangat esok. Makan dengan Adam pun jarang-jarang.”

            “Okeylah kalau macam tu, tak perlulah ibu suruh Adrian balik temankan ibu makan esok, betul tak?”

            “Betul, dia pun mesti busy dengan kerja-kerja ofis,” tokok Nadya pula.

            Puan Sri Azila mengurut-urut dagu seraya tersenyum simpul.

            “Okeylah, ibu letak telefon dulu ya. Nak tengok apa ayah tengah buat. Senyap je sorang-sorang dalam bilik tu. Esok kita jumpa tau.”

            “Yalah, jangan lupa kirim salah pada ayah. Insya-Allah esok petang Nadya datang sana. Babai, ibu. Assalamualaikum…”

            “Waalaikumussalam warahmatullah…” Salam terakhir itu mengakhiri bicara mereka.

            Nadya menghela nafas perlahan sambil merebahkan tubuh ke katil.

            Dia tersenyum dalam hati. Syukur Alhamdulillah, makan bersama Puan Sri Azila bererti tidak perlu bertemu dengan Adrian esok. Takut juga kalau ada pengintip yang mengekorinya ke rumah Puan Sri Azila dan merakam lagi gambar-gambarnya bersama Adrian.

            Di dunia akhir zaman sebegini, sekeping gambar pun boleh menimbulkan salah faham dan dijadikan bahan fitnah. Apa yang telah berlaku pada hari ini benar-benar memberi pengajaran kepadanya dan dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

nurul nuqman said...

How sweet adam.tenang je.nasib baiklah adam bijak dlm mengawal emosi.huhu.kalau xmmg bergaduh la jawabnya.

ain said...

so sweet adam

E-la Adiey said...

nurul nuqman / kak weeda - hehehe... hero kan.. x mau marah2... ;p

ain - :)

intan razak said...

adam is so sweet.i wish i can marry a guy just like him.huhuhu...hye ela,lama i tak komen tau ;)

Eddayu said...

Alhamdulillah Adam x naik angin.. bagus2 siasat dlu br betul.. klo nk cemburu buta je x aman rmh tangga..