Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, March 6, 2015

Kutemui Cinta 8

DEBARAN di hati cuba ditahan sebaik sahaja Nadya duduk di hadapannya. Benar, setiap kali gadis itu dekat dengannya, debaran di hati makin menggila. Kata hatinya kuat mengatakan bahawa dia sebenarnya mencintai Nadya tapi egonya berkata dia melakukan semua ini kerana rancangannya. Yang mana harus didengar? Bicara hatinya atau keegoan yang selama ini dipertahankannya?

            “Err… Adam.” Panggilan itu menyentak lamunannya.
            Adam tersenyum. “Tak ada kuliah hari ni?”
            Nadya menggeleng. “Saja nak cari buku ulang kaji sikit. Tak sangka pulak jumpa awak kat sini.”

            Adam mengangguk. Senyuman Nadya membuai hatinya. Begitu mengasyikkan.

            “Adam, saya nak minta tolong boleh?” Perlahan suara Nadya. Wajahnya sugul. Macam ada masalah.

            “Minta tolong? Tolong apa?” Pantas Adam bertanya.

            Nadya menarik nafas dalam-dalam. Mahu tidak mahu, dia harus menyatakan.

            “Err… awak kenal Hafiz?”

            Tersirap darah Adam mendengarkan nama itu. Hafiz? Apa kaitan musuhnya itu dengan gadis cantik ini? Mereka bercintakah? Tiba-tiba dia dihambat api cemburu.

            “Hafiz? Hafiz yang mana?”Adam cuba menyembunyikan perasaannya.

            “Naim Mohd Hafiz, jurusan Perniagaan,” beritahu Nadya.

            Adam mengetap gigi gerahamnya. Sah, memang musuhnya!

            “Kenapa dengan dia?” soal Adam cuba mengawal suara selembut mungkin walaupun rasanya ingin saja dia menumbuk meja sekuat-kuat hati saat itu.

            “Boleh tak awak beritahu dia supaya jangan kacau saya lagi?” Pertanyaan Nadya lebih mengejutkan. Kacau? 

            “Kenapa? Awak ada masalah dengan dia?” tanya Adam.

            “Err… sebenarnya dia selalu kacau saya. Kemana saja saya pergi mesti saya akan jumpa dia. Saya tak pasti itu satu kebetulan atau dirancang tapi apa yang pasti, dia kacau saya...”

            “Kacau macam mana?”

            “Dia pernah luahkan perasaan pada saya. Dia cakap dia sukakan saya tapi saya tak suka dia. Berkali-kali saya cakap dengan dia jangan kacau saya lagi tapi dia buat tak reti. Macam tak faham bahasa pun ada!”

            Adam mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jarinya. Hmm... lelaki itu juga suka pada Nadya?

            “Macam mana? Awak boleh tolong atau tak?” Nadya menyoal lagi melihatkan Adam tidak memberi sebarang reaksi.

            “Err… kalau tak boleh tak apalah. Saya tak kisah, mungkin awak pun tak nak cari pasal dengan diakan?” sambung Nadya dengan seulas senyuman.

Dia faham kalau Adam tidak mahu menolongnya. Ini masalah peribadinya, tidak sepatutnya Adam masuk campur. Dia melakukan ini hanya kerana tidak mahu Hafiz muncul lagi dalam hidupnya. Semakin Hafiz mendekat, makin dia jatuh hati pada lelaki itu. Dan dia tidak mahu hal ini berlarutan tanpa tahu dimanakah pengakhirannya nanti.

“Saya akan tolong awak,” kata Adam tersenyum.

Nadya memekarkan senyuman manis.

“Kalau awak nak tolong, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.”

“Itulah gunanya kawan,” ucap Adam dengan perasaan bangga kerana telah dipandang sebagai ‘wira’ oleh gadis itu.

Dia gembira Nadya meminta pertolongan darinya. Sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa Nadya menghargai kehadirannya dalam hidup gadis yang disayanginya itu. Atau mungkinkah dicintainya?

**************************

ADAM berlari-lari anak ke kamar Yusof.

            “Suf, nampak Azriel?”

            “Dia kata nak study dengan Hafiz. Apahal kalut ni?”

            “Nothing, thanks.”

            Adam terus berlari ke kamarnya. Dia lihat Azriel sedang belajar bersama Hafiz dan kawan-kawan musuhnya itu.

            “Azriel!” jerit Adam. “Mari sini kejap!”

            Tanpa banyak soal, Azriel terus menutup buku dan melangkah mendapatkan Adam. Terkejut dia Adam tiba-tiba menarik lengannya keluar dari bilik.

            “Apahal ni?” tanya Azriel hairan.

            “Dalam banyak-banyak makhluk kat dorm ni, apasal kau pilih nak study dengan mamat tu? Dia bukannya sama course dengan kau!” Adam memarahi Azriel dengan nada suara perlahan agar tiada siapa yang mendengar selain mereka.

            “Kenapa? Salah ke aku nak study dengan kawan aku?”

            “Kawan-kawan kau? Hei, kau sedar tak yang diorang tu semua musuh-musuh aku!”

“Musuh kau bukan musuh aku. Aku tak campur!”

            Hati Adam sebal. Dia menolak bahu Azriel dan masuk kedalam biliknya.

            “Hoi, budak miskin!”

            “Kau panggil aku ke?” tanya Hafiz.

            “Habis tu ada lagi ke budak miskin dalam bilik ni selain kau?” sindir Adam sinis.

            “Hei, engkau kalau bercakap…” Azhar tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila Hafiz sudah menepuk bahunya.

            “Tak apa, Zhar. Biarlah dia kata apa pun.” Sememangnya Hafiz langsung tidak berkecil hati dengan kata-kata Adam. Dia pun bukannya betul-betul miskin!

            “Aku rasa kau kenal Nadya, kan?”

            Sebaris kerutan bertapak diwajah Hafiz mendengar pertanyaan Adam. Dia memandang Amir dan Azhar yang saling berpandangan. Nadya? Bagaimana Adam boleh tahu tentang Nadya?

            “Hei, tak payah buat muka seposenlah! Aku cuma nak beritahu kau, jauhkan diri daripada dia. Nak tahu kenapa? Sebab dia tak suka kau dan dia suruh aku cakap kat kau supaya jangan ganggu dia lagi!”

            Hafiz dan kawan-kawannya saling berbalas pandangan. Hafiz faham kalau Nadya menyuruhnya pergi dari kehidupannya tapi yang dia tak faham, apa kaitannya dengan Adam?

            “Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?”

            “Kau memang tak sedar diri. Dah tahu diri tu miskin,harta tak ada tapi nakkan anak dara orang!” Adam masih tidak henti-henti menghina Hafiz.

            “Aku punya sukalah!” Dan gaya Hafiz membalas langsung tak matang. Ikut kepala angin Adam punya pasal.

            “Nadya tak suka kau jadi jangan kau kacau dia lagi.”
            “Urusan aku tak ada kaitan dengan kau!”

            “Memang urusan kau tak ada kaitan dengan aku tapi urusan Nadya urusan aku sebab aku kawan dia.”

            Kenyataan Adam sedikit sebanyak melegakan hati Hafiz. Sekurang-kurangnya dia tahu apa hubungan sebenar antara Nadya dan anak orang kaya sombong itu.

            “Well, kita tengoklah nanti siapa menang!” cabar Hafiz berani.
            Adam tersentak.
            “Jadi kau nak cabar aku?”

            “Ya, aku cabar kau. Kita bertaruh, kalau aku berjaya dapat Nadya, kau putuskan persahabatan kau dengan dia dan jangan jumpa dia lagi. Macam mana?”

            Adam terdiam. Adakah dia harus bersetuju dengan pertaruhan ini? Kalau dia tidak mahu, dia pasti akan dianggap pengecut. Keegoan telah mengatasi segala-galanya.

            “Aku setuju. Tapi macam mana pulak kalau kau yang kalah?”

            “Aku akan ikut apa pun yang kau nak!” Cepat Hafiz berkata tanpa berfikir terlebih dahulu.

            “Fiz, aku rasa lebih baik kau fikir dulu masak-masak sebelum…” Sebelum sempat Amir menghabiskan kata-katanya, Hafiz cepat memotong.

            “Kau jangan masuk campur, Amir. Ini urusan aku dengan mamat berlagak ni!”      

            “Kita tengok aja nanti siapa yang akan dapat Nadya!”

            Adam melangkah pergi dari situ sebelum sempat dia menjeling tajam kepada Azriel. Azriel hanya buat tak tahu dan terus mengambil tempatnya semula.

            “Hafiz, kau bertaruh?”Amir menjegilkan matanya.
            Hafiz mengangguk perlahan.

            “Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kau yakin ke boleh dapat si Nadya tu? Macam mana kalau kau kalah?” Pertanyaan Amir yang datang bertubi-tubi itu tidak mampu dibalas. Akhirnya dia memilih untuk senyap.

            “Kau ni buat keputusan tak pakai otaklah, Fiz! Tadi aku dah cakap fikir dulu masak-masak tapi kau tak peduli. Kalau Adam menang, jangan salahkan kitorang sebab tak nasihatkan kau!”

            Hafiz sedikit terkesima. Kali pertama dia melihat Amir marah seperti ini. Azhar pula hanya mampu menggeleng-geleng. Dia tahu pertaruhan ini akan mendatangkan kesan pada masa akan datang tapi cuma ini satu-satunya cara agar Adam tidak menyuruhnya menjauhi Nadya lagi.

            “Hafiz,” panggil Azriel.
            “Hmm…” sahut Hafiz pendek.
            “Dah berapa lama kau kenal Nadya?”
            Hafiz tersenyum mendengar soalan Azriel.
            “Aku tak kenal dia pun!” balasnya selamba.
            “Habis yang kau bertaruh tadi?”

            “Maksud aku, aku tak tahu asal-usul dia. Yang aku tahu nama dia Nadya, dia berasal dari Melaka dan ayahnya pesara askar. Itu aja. First time kitorang jumpa pun,aku terlanggar dia. Atas nama kebetulan.”

            “Habis tu macam mana kau boleh suka dia?”
            “Entah!” Hafiz menjongket bahu.
            Kening Azriel berkerut.
            “Peliklah kau ni!” Azriel ketawa mengekek.

********************************
ADAM menutup buku tebal dihadapannya perlahan-lahan. Dia tidak mahu menganggu pelajar-pelajar yang ada di dalam Perpustakaan Universiti Malaya itu. Masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri, mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan semester yang sudah tidak sampai sebulan lagi. Hmm... sebulan. Bukan satu jangka masa yang panjang.

            Di sebelah kanannya ada sebuah lagi meja belajar. Biasanya disitulah Nadya selalu mengulangkaji kerana tempat itu agak tersorok dan disitu jugalah pertemuan pertamanya dengan Nadya. Ya... disitulah!

            Fikirannya menerawang teringatkan apa yang telah berlaku. Apakah benar tindakannya bertaruh dengan Hafiz semalam? Adakah salah kerana dia menjadikan Nadya barang pertaruhan?

            Ah, tidak! Nadya bukan barang pertaruhan. Tapi kalau dia kalah, dia harus memutuskan persahatannya dengan Nadya. Sebagai seorang lelaki budiman, dia harus menunaikan janjinya. Tapi dia tidak sanggup kehilangan gadis itu. Terasa menyesal pula kerana bersetuju dengan pertaruhan ini, hanya kerana ingin mempertahankan ego seorang lelaki!

            “Hei, melamun nampak!”

            Adam sedikit terkejut apabila bahunya ditepuk perlahan secara tiba-tiba. Dia menoleh melihat Yusof sedang tersengih. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Adam.

            “Apahal?” Adam menyoal. Dia sedikit terkilan kerana kehadiran Yusof mengganggu angannya.

            “Aku dengar kau bet dengan Hafiz semalam.” Yusof memandang Adam seakan meminta penjelasan.

            Adam menunduk.

            “Kenapa kau buat macam tu?” tanya Yusof serius. Tiada lagi senyuman terukir di wajahnya.

            “Aku terpaksa.”

            “Terpaksa? Siapa yang paksa kau? Kenapa kau jadikan Nadya barang pertaruhan?”

            “Aku tak anggap dia barang pertaruhan. Aku cuma tak nak budak miskin tu kacau Nadya lagi.”

            Yusof mengeluh. “Okey, fine. Itu kalau kau menang, kalau kau kalah macam mana?”

            “Hai, honey!” Suara manja itu datang dari belakang Yusof, membuatkan pertanyaannya berlalu begitu sahaja.

            Minah ni lagi, gerutu Adam geram.

            Yasmin tersenyum manja dan duduk di sebelah Adam. Adam pura-pura tersenyum. Dia memang bersyukur kerana dia tidak perlu menjawab pertanyaan Yusof tapi dia memang tidak mengharapkan kedatangan Yasmin.

            “Adam, hujung minggu ni I nak pergi KLCC. You temankan I, ya?” ujar Yasmin dengan nada suara yang sengaja dimanjakan.

            Mual tekak Yusof mendengarnya. Mahu saja dia muntah dihadapan Adam dan perempuan gedik itu. Geli geleman satu badan melihat gelagat perempuan yang menjadi salah seorang kekasih adiknya itu.

            “Adam, aku chow dulu.” Yusof meminta diri. Kalau lama-lama di situ, mungkin dia akan betul-betul muntah!

            “Adam, bolehlah…” Yasmin terus memujuk.

            “I ada hal,” jawab Adam acuh tak acuh. Dia pura-pura membaca buku tebal dihadapannya itu dan berharap agar Yasmin segera pergi.

            “Dah lama kita tak keluar sama-sama.Jomlah…” Yasmin masih belum mengalah.

            “Yasmin, you tak nampak ke I tengah baca buku ni?” Keras suara Adam memarahi Yasmin.

            Yasmin mencebik.

            “You ni tak habis-habis nak pergi shopping. Bacalah buku pulak. Exam dah dekat ni!”

            Yasmin tarik muncung. Dia menjeling tajam kepada Adam yang terus berpura-pura membaca buku. Dia ingin merajuk tanda protes tapi Adam kelihatan langsung tidak berminat untuk memujuknya.

            Ketika itu fikiran Adam menerawang lagi. Dia sendiri sebenarnya tidak faham hubungannya dengan Nadya. Dia bukannya bercinta dengan Nadya tapi kenapa dia harus punya perasaan lain pada gadis berjilbab itu?

            Agaknya benarlah kata orang. Cinta memang boleh merubah segala-galanya. Cinta tidak menjanjikan kebahagiaan. Cinta juga tidak menjanjikan kesedihan. Bila sahaja cinta mula berputik, yang teruk boleh menjadi baik. Mungkin itulah Adam sekarang. Belajar bacaan solat? Dia memang melakukan itu atas kehendaknya sendiri tapi Nadyalah yang memberi kesedaran kepadanya. Hmmm... Nadya.

            “Adam!!!” sergah Yasmin tiba-tiba membuatkan Adam melatah spontan.

            “Opocot I love you Nadya!”
            Wajah Adam bertukar merah. Kepalanya segera ditundukkan.
            “Sejak bila you belajar melatah ni?”
            Adam terdiam mendengar pertanyaan Yasmin.

            “I dah agak. You memang ada special relation dengan dia, betul tak?” Suara Yasmin meninggi. Dia cuba menahan perasaan yang bergelora dalam dirinya saat ini.

            “Yasmin, relax. Bagi I explain.” Adam cuba menenangkan Yasmin yang tiba-tiba naik marah. Beberapa pasang mata memandang kearah mereka.

            “Patutlah you dah tak nak layan I. Rupa-rupanya you main kayu tiga!”
            Adam meneguk air liur.
            “You salah faham,Yasmin!”
            “Salah faham apa? I dengar you cakap you cintakan Nadya!”
            “Tak, I terkejut tadi. Melatah je pun.”

            “I tak peduli. Sekarang jugak biar I pergi ajar betina tu!” Yasmin menolak kerusi dengan kasar. Dia tidak mempedulikan pustakawan yang sudah menjeling tidak senang kepadanya itu. Dia berlari keluar dari perpustakaan dengan meninggalkan Adam yang sedikit terpinga-pinga itu.

            Adam cepat-cepat mengemas bukunya dan mengejar Yasmin. Dia tidak mahu Yasmin menyerang Nadya yang tidak tahu apa-apa itu.

******************************
“YASMIN, sudahlah. I yang salah. Tak ada kaitan dengan Nadya!” Adam cuba memujuk Yasmin.

            Yasmin merentap tangannya dari pegangan Adam. Sekali lagi mereka berdua menjadi tumpuan penuntut-penuntut lain. Tapi kali ini di ruang rehat lobi.

            “I don’t care!” balas Yasmin kasar.
            “Sumpah, Yasmin! Dia cuma kawan I!”
            “I akan percaya lepas I dengar sendiri daripada mulut dia!”

            Nadya yang baru sahaja melangkah untuk ke perpustakaan terserempak dengan Yasmin di lobi. Yasmin menahannya dan tidak membenarkan dia lalu. Yasmin memandangnya dengan wajah garang.

            “Hei, perempuan! You jangan you boleh rampas Adam dari I!”

            Nadya terkebil-kebil memandang Yasmin yang tiba-tiba datang menyerangnya tanpa usul periksa.

            “Adam, kenapa ni?”Nadya memandang Adam yang berdiri disebelah Yasmin dengan wajah pucat lesi.

            “Err… ini semua salah faham!” Adam cuba menjelaskan.

            “I memang dah lama agak .You memang nak rampas Adam daripada I!”

            Nadya memandang Yasmin dan semakin keliru. Sejak bila pula dia mahu merampas Adam daripada Yasmin?

            “Yasmin, dia cuma kawan I. You have to believe me!” Adam cuba memujuk lagi. Naik malu dia hendak berhadapan dengan Nadya dikala ini gara-gara sikap tidak matang teman wanitanya.

            “Betul, Yasmin. Dia cuma kawan saya,” sambut Nadya. “Dan awak janganlah risau, saya sebenarnya dah ada boyfriend.”

            Yasmin dan Adam tergamam seketika. Tapi Adamlah yang paling terkejut. Sebelum ini mana pernah Nadya menyebut apatah lagi bercerita tentang teman lelakinya. Bercerita tentang kawan lelaki pun tidak pernah. Bagaimana pula Nadya sudah ada teman lelaki?

            “Mana boyfriend you?” Yasmin bertanya seakan masih belum berpuas hati.

            Nadya terkedu. Err... siapa yang harus menjadi teman lelaki palsunya? Tatkala hatinya gusar berfikir, dia ternampak kelibat Hafiz yang sedang berjalan agak hampir dengannya. Serta-merta dia merasakan segala masalahnya sudah selesai.

            “Hai, sayang. Mana awak pergi? Jadi ke tak nak keluar petang ni?” Nadya memaut mesra lengan Hafiz dan bersuara manja. Nadya sendiri terasa bagai hendak muntah mendengar suara yang sengaja dibuat-buatnya itu!

            Hafiz terpinga-pinga dan berasa pelik dengan sikap Nadya. Sayang?

            Adam ternganga macam rahangnya hendak jatuh ke tanah. Kalau betullah Hafiz teman lelaki yang dimaksudkan Nadya, itu ertinya dia sudah kalah dalam pertaruhan dan harus kehilangan Nadya untuk selama-lamanya.

            “Sayang, kenapa senyap aja ni?” Nadya mengenyit mata seakan memberi isyarat tetapi tidak difahami Hafiz.

            “Ini boyfriend you?” tanya Yasmin.
            Nadya mengangguk.

            Hafiz tidak mengerti apa yang sedang berlaku sekarang ini. Sketsa apa yang sedang mereka lakonkan? Dan kenapa sampai dia boleh terlibat sama?

            “I kenal dia ni.” Yasmin tersenyum. “Dia kawan I. Kebetulan kitorang jurusan yang sama.”

            Hafiz cuba tersenyum bersuara, “Nadya, ini kawan saya Yasmin.”

            “Saya dah kenal dia. Dia teman wanita Adam.” Nadya tersenyum manis.

            Hafiz merenung Adam yang sudah kelihatan tidak keruan. Huh, dasar kaki betina! Dah ada awek pun masih nak berebut Nadya dengan aku! bisik hatinya penuh sinis.

            “Sorrylah sebab I dah tuduh yang bukan-bukan tadi. I tak sangka yang kawan I sendiri adalah boyfriend you,” ujar Yasmin memandang ‘pasangan’ itu.

            “Adam.” Yasmin berpaling memandang Adam yang kaku seperti patung statue.

            “Jom kita pergi!” ujar Yasmin lagi lalu menarik tangan Adam yang masih terkapa-kapa berlalu dari situ.

            Sebaik sahaja Adam dan Yasmin sudah pergi, Nadya melepaskan lengan Hafiz yang dipautnya tadi. Kepalanya ditundukkan menahan malu. Sekarang timbul pula masalah lain!

            Hafiz tersenyum memandang Nadya.
            “Jadi, awak ada nak jelaskan apa-apa pada saya?”

            Hafiz seakan tahu apa yang bermain difikiran Nadya. Mana mungkin Nadya secara mendadak ingin menerimanya sebagai teman lelaki. Tapi oleh kerana dia sudah membantu gadis itu memainkan watak ‘teman lelaki’ dalam sketsa tadi, rasanya dia berhak tahu apa yang sudah berlaku antara mereka sebenarnya.

            “Err… tadi… semua tu…” Nadya cuba menjelaskan.
            “Cuma lakonan betul tak?” Pantas Hafiz memotong.
            “Hafiz…”

            “Kalau awak tak jelaskan pun memang saya dah tahu. Takkanlah tiba-tiba je awak nak terima saya, betul tak?”

            Dipandangnya wajah Nadya. Cuba mencari kepastian disebalik wajah manis itu.

            “Ya, saya tahu memang tak semudah tu. Saya cuma harap awak boleh percayakan saya. Saya ikhlas tentang perasaan saya pada awak. Dan saya nak awak percaya yang…”

            “Saya tak percayalah!” Nadya memotong. Matanya mula berani menatap Hafiz.

            “Saya tak percaya dan saya tak percayakan semua kata-kata yang keluar dari mulut awak. Cinta konon! Apa yang awak tahu tentang cinta, hah? Nak tahu, cinta tu cuma dongeng semata-mata. Saya tak rasa cinta wujud dalam dunia selama ni. Kalau dalam drama kat TV tu bolehlah! Tapi di dunia realiti, kisah cinta yang berakhir dengan happy ending, sama sekali tak wujud!”

            Nadya terus berlalu dan melangkah dengan pantas. Dari dulu dia memang tak percayakan cinta. Tiada kisah cinta yang berakhir dengan kebahagiaan, prinsip itu yang dipegangnya selama ini. Wajah bengis ummi yang memarahi abah dan kak long yang terlantar di atas katil menunggu saat kematian masih segar dalam ingatannya.

            Tapi kini prinsipnya itu seakan-akan mengejeknya. Dia sering mengelak dari jatuh cinta, tapi kali ini dia sudah kalah. Dalam diam-diam, rasa cinta kepada lelaki itu mula bercambah dalam hatinya. Betapa rapuhnya benteng hati yang dipertahankannya selama ini. Apa dayanya, ternyata dia tidak mampu menahan runtuhan perasaannya sendiri. Bencinya dia pada pendiriannya yang goyah itu!

            Hafiz mengeluh sendiri. Hatinya tertanya-tanya. Cinta yang berakhir dengan kebahagiaan itu cuma mitos? Kenapa?
*****************************

“NASIB aku ni memang malang,” luah Adam.

            “Kenapa?” Berkerut dahi Azriel seketika.

            “Dahlah aku kalah lepas bet dengan budak miskin tu,sekarang aku terpaksa pulak jauhkan diri daripada Nadya. Aduh, sia-sialah usaha aku selama ni.” Adam mengeluh.

            “Apa maksud kau? Kau nak cakap apa sebenarnya ni? Sebenarnya kau nak cakap apa?” Yusof bertanya kerana dari tadi dia tidak faham satu apa pun yang diceritakan Adam.

            “Budak miskin tu sekarang pakwe Nadya, tau tak?” Kata-kata Adam membuatkan Yusof dan Azriel tersedak. Mereka pura-pura terbatuk beberapa kali membuatkan beberapa orang penuntut yang turut berada di kafe itu memandang ke arah mereka.

             “Wei, sudah-sudahlah tu. Janganlah over-acting sangat!” 

Adam menegur apabila dari tadi mereka masih belum henti-henti berpura-pura batuk. Adam mengetap bibirnya melihat mereka yang tiba-tiba ketawa pula. Adam sedikit geram.

            “Dari mana kau tahu ni?” tanya Yusof selepas tawanya reda.

            “Nadya sendiri yang mengaku.”

            Azriel serius memandang Adam dan bertanya, “Jadi, kau dah tak nak belajar bacaan solat?”

            Adam terdiam. Lama dia begitu.

            “Macam mana?” tanya Azriel lagi.

            Adam tersenyum dan bersuara, “Mestilah tak! Kan aku dah cakap, aku buat tu semua atas kemahuan aku sendiri. Dan sekarang bila aku dah mula sembahyang, hati aku rasa lebih tenang. Korang tahu, dulu aku selalu didatangi mimpi. Mimpi yang sama berulang-ulang kali. Mimpi aku tu cukup mengerikan. Api keluar dari rekahan tanah yang aku pijak sampaikan hampir keseluruhan badan aku melecur teruk. Sakitnya terasa sampai ke dunia realiti.

            Dan dalam mimpi tu lagi, aku hantuk kepala aku sendiri pada seketul batu yang besar. Aku tak dapat nak kawal tubuh aku. Kepala dan tengkorak aku dah hancur, tapi aku terus hantuk kepala pada batu tu. Cukup mengerikan, aku sendiri pun tak tahu macam mana nak bayangkan. Tapi selepas aku mula sembahyang, aku dah tak didatangi mimpi tu lagi.”

            Yusof dan Azriel tersenyum mendengar cerita Adam. Alhamdulillah, Adam sekarang memang sudah banyak berubah.

            “Dan aku rasa, masih belum terlambat untuk aku tawan hati dia semula. Nanti lepas dah lancar bacaan solat, aku nak belajar mengaji. Aku teringin nak sedekah kat kubur mama. Dan aku jugak akan cuba berhenti merokok,” kata Adam ceria.

            Yusof dan Azriel kagum. Sampai begitu sekali Adam sukakan Nadya.

            “Bila kau kata nak berhenti merokok tadi?”soal Yusof.
            “Lepas aku pandai mengaji.”
            “Lama tu! Kenapa tak berhenti sekarang aja?”
            Adam tersenyum sinis.

            “Apa? Kau ingat hisap rokok ni macam hisap lollipop ke? Kau ingat semudah tu aku boleh berhenti macam tu aja? Semuanya mesti berperingkat, baru menjadi.”

            “Tapi kan Adam, kau tak kesian ke kat aku? Aku ni dahlah ada penyakit asma. Bila kau merokok, aku tak boleh nak bernafas, tau tak?” celah Azriel sambil membulatkan matanya.

            “Habis aku nak buat macam mana? Siapa suruh kau ada asma?”

            “Bukan aku yang minta!”

            “Cop! Cop! Apa kata mulai sekarang jugak kau berhenti merokok?” cadang Yusof.

            Adam merengus.

“Hei, kau ingat senang ke? Aku ni tak boleh kalau tak merokok sehari, tau tak? Aku akan jadi gelisah semacam je. Kadang-kadang batuk tak henti-henti. Lagipun, aku bukannya hisap dadah, cuma hisap rokok, tak salahkan?”

“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kau mesti berjaya kalau kau berusaha, Adam,” ujar Yusof menepuk bahu adiknya.

“Okey, korang tahu macam mana nak berhenti?”

“Mula-mula pasang azamlah. Itu pun nak kena ajar ke?” selar Azriel ketawa mengekek.

“Yang kedua, tentukan hari dan tarikh untuk berhenti,” tambah Yusof. “Dan cara yang paling berkesan, kalau kau rasa cam nak merokok ke, terus bayangkan wajah Nadya.”

Azriel ketawa kecil dan menumbuk bahu Yusof perlahan.

“Apalah kau ni,Suf. Itu bukan petua berhenti merokoklah!”

“Betullah aku cakap. Bila rasa gian nak hisap rokok ke, kita mesti bayangkan wajah orang-orang yang kita sayang,” balas Yusof ingin mempertahankan kata-katanya.

“Seterusnya, buang semua rokok, bekas abu rokok dan seangkatan dengannya,” tambah Azriel pula. “Selain daripada terbayangkan wajah Nadya macam si Yusof ni cakap, kau boleh kunyah chewing gum. Dan yang terakhir, lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.”

“Hah, kebetulan pulak esok tak ada kuliah.Apa kata awal-awal pagi esok kita pergi jogging, amacam?” cadang Yusof mengangkat keningnya.

Adam mengurut-urut dagunya seperti sedang berfikir-fikir sesuatu.

“Macam mana? Nak tak?” soal Yusof tidak sabar.

“Err… kalau itu dapat buat aku berhenti merokok, aku ikut aja!” Adam membalas sambil menjongket bahunya.

Azriel tersenyum melebar.

“Bagus, macam nilah kawan aku!”

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

3 comments:

hannah said...

boleh pulakkan si adam tu melatah sampai macam tu.hahahaha

sweet hafiz tu walaupun dia mcm gatal sikit.haha

intan razak said...

hafiz gatal tp dia setia.mcm adrian.hahaha..k aku gurau je.aku still prefer adrian daripada hafiz

budak blur said...

adam ni kadang2 aku tgk mcm hensem,kdg2 mcm tak.hahaha