Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, April 29, 2013

KhaiRizal : A Love Story 13

Rizal mengeluh sendiri sambil menurunkan Beretta 92 nya. Dia benar-benar tidak ada mood untuk latihan menembak hari ini. Sudah 3 hari Khai tidak mahu bercakap dengannya dan dia sendiri tidak tahu mahu memujuk bagaimana. Kalau setakat tak bercakap tak apa, ini boikot tak nak masak pulak. Terpaksalah dia bawa Adik dan Khairizal makan kedai mamak.

            Along memang tak terlibat sebab dia makan kat luar, lagipun dia tampak makin ceria sejak akhir-akhir ini kerana katanya, Ray sudah tidak menunjukkan mukanya lagi. Rizal pun malas hendak membebankan Along dengan menceritakan masalah rumah tangganya disebabkan cemburu Khai yang tidak berasas.

            “Rizal.”
            “Yup?”

            “Kenapa awak nampak muram je sejak akhir-akhir ni?” Teguran Fida hanya hanya disambut dengan senyuman yang hambar.

            Rizal membuang penutup telinga. Pistol di tangan dipandang tanpa perasaan walaupun setiap tembakannya di padang sasar mengena. Tak rasa bangga langsung.

            “Awak marah pasal mesej tu ke?” soal Fida lagi.

            Rizal menggeleng. Kemudian duduk di sebuah bangku sambil meneguk air mineral. Yalah takkan nak angguk pulak, Fida bukannya sengaja menghantar mesej itu kepadanya.

            “Kalau bukan awak yang marah, mesti isteri awak yang marah kan?” Fida sudah mula mengambil tempat duduk di tempat Rizal. Dia baru mendapat tahu Rizal tertukar telefon dengan isterinya pada hari dia tersilap menghantar mesej kepada Rizal. Itupun melalui Azman kerana Rizal selalu menceritakan setiap masalah kepada temannya yang sewel itu.

            Rizal memalingkan kepala 90 darjah ke kiri. Memandang wajah Fida. Tapi pandangannya taklah lama sangat sebab dia bukannya duduk sebelah Pamela Anderson.

            “Kalau isteri awak marah sebab tu, jangan risau. Saya boleh pergi jumpa dia untuk terangkan semuanya!”

            Rizal tergelak halus. “Tak, tak payah. Saya rasa ini masalah rumah tangga, orang luar tak perlu tahu.”

            Fida menunduk. Dari air mukanya jelas dia merasa bersalah. Kalaulah dia memeriksa dulu nombor telefon siapa sebelum menekan butang send tentu semuanya tidak akan jadi seperti ini. Raut wajahnya yang redup memandang Rizal. Macam manalah agaknya dia nak jemur kain kalau redup memanjang?

            “Sudahlah, jangan fikir apa-apa sekarang. Apa yang penting misi yang Tuan Rashdan arahkan. Tak lama lagi kita akan adakan serbuan untuk menumpaskan Sharks, jadi kita perlu fokus,” ujar Rizal dengan muka yang dibuat-buat ceria.

            Fida menggigit bibir sebaik Rizal angkat punggung pergi dari situ. Rizal, aku tak dapat nafikan aku ada hati pada kau tapi tak pernah terlintas difikiran aku untuk jadi penyebab kau dan isteri kau bergaduh. Maafkan aku...
*************
“Woi mangkuk tingkat, apahal monyok semacam ni?”

            Rizal yang sedang tenang melayan blues di kedai mamak berdekatan balai polis tersentak seketika. Dia pandang kiri, nampak seorang nenek melintas jalan. Dia pandang kanan, nampak mamak tengah tebar roti canai. Dia pandang belakang, tak nampak apa-apa sebab ada longkang. Dia pandang depan, nampak satu makhluk separa manusia separa gorilla. Kenapa dia fikir macam tu? Sebab gorilla tak pandai bagi salam.

            “Ini mesti kes kau dengan bini kau,kan? Dah berhari-hari tak selesai lagi?” Azman tergelak. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Rizal. Baru dia ingin menyedut milo ais Rizal, Rizal merampas kembali gelasnya.

            “Nak minum beli sendiri. Ingat aku ni jabatan kebajikan?” Rizal yang sememangnya tengah bengang bertambah bengang dengan kehadiran Azman.

            “Ala bro, yang kau berangin sangat ni apahal? Chill lah, rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Seperti kata pantun,cinta di padang pasir sangatlah panas, cinta di dalam peti sejuk juga sangatlah sejuk, tapi cinta di hati ini siapa yang tahu? Tuan Rashdan pun tak tahu.”

            Rizal tergelak kecil. Nak marah terus tak jadi. Memang elok sangatlah dia berkawan dengan Azman. Sama-sama kepala bocor. Mampus Azman kalau Tuan Rashdan tahu mamat ni mempermainkan nama dia.

            “Kau tau, Azman?”

            “Tak tahu…”

            “Wei, samdol! Jangan menyampuk boleh tak?” Kening Rizal sudah berkerut.

            “Yalah, dah kau tanya tadi aku jawab jelah.” Azman tersengih-sengih.

            “Malaslah aku nak cerita!”

            “Yelah, yelah, Inspektor Rizal. Aku gurau jelah, kau ni sikit-sikit nak touching, sikit-sikit nak emo. Datang bulan ke apa?” Azman membidas.

            Rizal terdiam. Ya tak ya, apahal dia sensitif sangat? Time dia pedajal kawan-kawan dengan lawak tak kelakar tak apa pulak. Bila dia sendiri terkena, nak naik angin.

            “Hmm…aku dah tak tahu nak buat apa, Man. Sampai sekarang Khai tak nak cakap dengan aku. Kalau tak biasanya aku balik makan tengah hari, kan? Ini dah hari ke berapa aku makan kat kedai mamak, tahu tak?”

            Azman tersenyum mendengar luahan sahabatnya.

            “Hai… semua orang yang berumah tangga ada masalah. Bagi aku, pergaduhan tu yang akan mengeratkan lagi hubungan korang. Sedangkan orang yang baru bercinta pun boleh bergaduh, inikan pulak suami isteri. Apa pun, perasaan cinta aje yang boleh membuatkan sesuatu hubungan tu bertahan. Nampak, bahasa aku dah macam karangan Bahasa Melayu tingkatan 4. Hahaha…”

            Kening Rizal terangkat sebelah. Sebiji macam Ziana Zain dalam cerita Maria Mariana. Nasib baik tak bawa kertas dan pen nak minta tandatangan.

            “Okey, sorry sebab lawak yang tak menjadi.” Azman berdehem. “Walaupun aku tak ada awek apatah lagi bini, aku rasa yang paling penting dalam sesuatu hubungan tu adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur. Kalau kedua-duanya tak ada, maka hancurlah hubungan itu. Tengok, sekali lagi ayat aku skema macam dalam Google Search.”

            Kali ini Rizal tergeleng-geleng. Patutlah kau ni tak ada awek, Azman…

            “Okey, aku tak tahu secara menyeluruh apa masalah korang suami isteri dan aku pun tak ada hak untuk tahu. Tapi kau jagalah isteri kau tu sebaik mungkin. Jangan biarkan dia menangis di bucu-bucu koridor. Sebab bila dia nangis, itu tandanya dia bersedih, takkan mengantuk pulak ye tak?” ujar Azman sambil menggaru-garu dagunya yang sedikit berjambang.

            Rizal cuma buat muka biri-biri sambil menghabiskan saki-baki milo aisnya. Selalunya kalau dia malas nak dengar, dia selalu pura-pura menonton TV dokumentari biawak aje.

            “Wei, Rizal.”
            “Hmm…”

            “Esok jangan lupa masuk balai awal sikit. Tuan Rashdan nak pasukan kita berkumpul sebelum bertolak,”pesan Azman dengan serius.

“No need to remind me. Aku tahulah.” Rizal cuma menyahut malas.

Azman mencebik. “Okey then, aku blah dululah. Jangan fikir apa-apa buat masa ni. Fokus pada serbuan kita je nanti.”

Dan akhirnya Azman meninggalkan Rizal dengan masalah yang masih tiada penyelesaian.

Rizal mengeluh. Esok dia dan pasukannya dihantar bertugas di luar untuk mengadakan latihan menembak dan memeriksa senjata sebelum mengadakan serbuan untuk menangkap ahli-ahli Sharks. Dari hasil siasatan, Sharks akan berada di Pelabuhan Klang tidak lama lagi untuk satu urus niaga dengan mafia dari China.

            Dia akan pergi mungkin seminggu, dan seminggu jugalah dia tidak akan pulang ke rumah. Bagaimana pula tentang masalahnya dengan Khai? Hmmm…
***************
“Keri, Adik, meh sayang abah sikit.”
            Rizal melutut sambil menyuakan pipinya kepada Khairizal dan Adik. Terus kedua-duanya memeluk Rizal dan mencium pipi abah mereka.

            “Abah balik cepat, okey? Abah belum bagi hadiah Adik,” bisik Adik di telinga Rizal.

            Rizal tersengih. “Ops, abah lupalah. Sorry, okey? Insya-Allah abah akan beli bila abah balik nanti.”

            “Keri tak nak hadiah. Keri nak abah cepat balik je, kita main polis-polis nanti.” Khairizal memeluk erat leher abahnya. Seolah-olah mereka tidak akan bertemu lagi.

            Rizal tersenyum dan mengangguk. Pelukan dileraikan. Dia beralih kepada Along pula. Along tersenyum dan terus mencium tangan Rizal.

            “Jaga diri baik-baik, okey. Kalau boleh jangan jalan sorang-sorang, takut balang biskut tu datang pulak,” gurau Rizal sambil mengusap-usap kepala Along. Dia pasti Along tahu siapa balang biskut yang dimaksudkannya.

            Along tertawa kecil. “Tak apa, sepanjang abah tak ada Along akan pastikan Angah selalu teman Along. Biar laki dia yang jalan sorang-sorang.”

            Rizal tersengih lalu mencium dahi Along. Walaupun Along sudah dewasa tapi entah kenapa Rizal masih melayan anak saudaranya itu seperti budak kecil.

            Kemudian dia memandang isterinya yang berdiri tercegat sambil berpeluk tubuh di muka pintu. Dia tahu mereka belum menyelesaikan konflik antara mereka secara adil, telus dan saksama. Ikutkan hati dia ingin mengajak isterinya duduk berbincang dan bertanya apa yang tidak kena dengan hubungan antaranya dengan Fida. Padahal mereka  bertemu di balai sahaja, bukannya pernah berdating di Sunway Lagoon mahupun Pulau Tioman.

            Tapi masa membataskannya. Belum tiba masanya untuk mereka berbincang kerana Rizal ada misi yang lebih penting untuk diselesaikan. Beberapa hari sebelum serbuan dia dan pasukannya wajib menjalani latihan dan persiapan terakhir. Harus bersiap sedia mental dan fizikal.

            Tangan Khai digenggam kemas walaupun Khai cuma buat muka jenglot.

            “Jangan macam ni, Rina. Tak baik buat abang macam ni. Abang janji bila abang balik je kita bincang sama-sama,”ucap Rizal lembut, menyejukkan sedikit hati Khai yang sememangnya memerlukan pili bomba itu.

            Huluran tangan Rizal disambut dan dicium hormat. Salam dihulur tanda perpisahan. Semoga beliau berbahagia di samping anak tercinta. Biarkan aku pergi membawa diri…okey, aku memang suka merapu, terima kasih. Dalam tengah-tengah serius sempat lagi Rizal mensewelkan diri sendiri. Entahlah kenapa kuat sangat mengarut.

            Rizal menatap lama wajah isterinya. Entah kenapa berat sungguh dia hendak pergi, padahal ini bukan kali pertama dia menyertai misi menyerbu markas penjahat tapi perasaannya kali ini sungguh berbeza. Gerak hatinya melarangnya pergi tapi otaknya menegaskan misi ini penting demi negara.

            Dia sempat melambai untuk kali terakhir dan terus masuk ke dalam kereta.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

1 comment:

saadiah abdul satar said...

Alahai....mesti nt rizal kena tgkp dgn geng ray...minta2 tak la....dah la mood bini tak ok...kata2 semangat tak diberi...sian rizal.......