Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, May 11, 2015

Kau Bidadariku... 20

“HARI ni Adrian tak perlu kirimkan makanan untuk Nadya.”

            Adrian yang leka mengunyah roti bakar memusatkan pandangan ke arah Puan Sri Azila. Keningnya sedikit menjungkit.

            “Oh, kenapa bu? Ada apa-apa plan lain ke hari ni?”

            “Ibu ada call Nadya malam tadi. Katanya nak makan dengan ibu hari ni. So dia datang sini petang nanti. Jadi takdelah Adrian susah-susah nak drive balik semata-mata nak teman ibu makan,” ujar Puan Sri Azila meleretkan senyum.

            Adrian membalas senyuman Puan Sri Azila. Dia cukup senang hati melihat ibunya itu gembira. Kerana itu setakat ini seboleh-bolehnya dia akan menurut apa jua cakap dan suruhan ibunya.

            “Jadi ibu tak nak Adrian makan dengan ibu petang ni?”

            “Bukannya tak nak. Nadya kan dah ada. Lagipun makan nanti pukul empat. Macam serba-salah je nak suruh Adrian balik awal,” terang Puan Sri Azila pula.

            Adrian mengangguk-angguk dengan mulut yang masih mengunyah roti. Terpulanglah, dia tak kesah sebenarnya.

            “Ibu Adrian ni memanglah… bila Adrian tak ada, dia cari Nadya. Bila Nadya tak ada, dia cari Adrian. Ayah ni entah bila ibu nak cari." Tan Sri Jamaluddin mengusik.

            Puan Sri Azila menjuihkan bibir seraya menghirup teh panasnya.

            “Alah, bila Zila nak manja, abang kata Zila buang tebiat."

            Adrian tergelak halus mendengar tempelakan ibunya.

            “Abang bukannya nak bercinta macam budak-budak remaja. At least abang balik kerja penat-penat, tolonglah urut belakang badan ke, buatkan abang air ke, mandi dengan abang ke…” bidas Tan Sri Jamaluddin senada dengan wajah selamba.

            Hampir hendak tersembur roti yang dikunyah oleh Adrian mendengar ayat terakhir ayahnya. Amboi, tak beragak-agak. Ayat kategori 18SX.

            “Ish, abang ni. Janganlah cakap macam tu depan anak. Malulah dia. Adrian kan belum kahwin lagi,” tukas Puan Sri Azila dengan muka yang dikerutkan.

            Tan Sri Jamaluddin menjulingkan mata ke atas, mengajuk percakapan isterinya.

            “Cara awak cakap macam anak awak tu baru budak lepas habis SPM. Dah 32 tahun umurnya, dah patut kahwin pun!”

            Ah, sudah… bila sebut pasal kahwin, Adrian terus jadi malas. Sebenarnya sudah acap kali juga ibu dan ayahnya itu mendesaknya untuk memberitahu sekiranya dia punya teman istimewa. Tapi sehingga kini soalan itu dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

            Entahlah, dia tidak punya jawapan untuk soalan itu. Dia selesa hidup menyendiri. Dan dia merasakan hidupnya tetap bahagia walaupun tidak berumah tangga.

            “Okeylah ibu, ayah, Adrian gerak dulu.” Dia cepat-cepat mengangkat punggung dan mencapai briefcase bersama sebuah fail yang diletakkan dikerusi sebelah.

            “Kejap, kejap.”

            Puan Sri Azila turut bangun dan mendapatkan Adrian. Jari-jemarinya mengemaskan sut dan tali leher yang dipakai oleh anaknya itu. Hampir setiap hari kalau ada masa lebih, dia akan mengemas dan membetulkan pakaian Adrian seperti Adrian anak kecilnya yang hendak ke sekolah.

            “Handsomenya anak ibu. Mesti ramai perempuan suka ni…” Puan Sri Azila sempat pula berceloteh perlahan.

            Bukan dia nak masuk bakul angkat sendiri, tapi anaknya itu memang kacak orangnya. Kurus, bidang dan tinggi lampai. Ditambah pula dengan wajah kacukan Melayu-Cina yang diwarisi daripada Tan Sri Jamaluddin.

            “Hari ni ibu nak keluar shopping kan? Nak Adrian hantar?” Seperti biasa, Adrian akan menawarkan khidmat teksi tak berbayarnya.

            “Tak perlulah. Datin Juliana datang sini ambil ibu. Hari ni tak perlu risau, ibu tak kacau waktu kerja Adrian.”

            Adrian mengukir senyuman manis. Sebelum berangkat, dia mencium tangan Puan Sri Azila dan Tan Sri Jamaluddin, memohon restu daripada kedua ibu bapanya sebelum melangkah keluar dari rumah.

            “Zila perasan sesuatu tak?” Tan Sri Jamaluddin bertanya setelah kedengaran bunyi enjin kereta Adrian meninggalkan perkarangan banglo mewah mereka.

            “Apa benda?” Puan Sri Azila kembali melabuhkan kerusi lalu menuang minuman kedalam cawannya yang sudah kosong.

         “Zila layan Adrian tu macam budak sekolah. Nak kemaskan baju dia, rambut dia. Dulu masa arwah Hafiz, sejak dia tingkatan 1 lagi dia dah uruskan diri sendiri.”

          Mekar senyuman Puan Sri Azila.

            “Apalah salahnya kalau Zila manjakan Adrian selagi dia belum berkahwin. Nanti dia dah beristeri, tak ada maknanya Zila nak buat semua benda tu lagi. Lagi satu, Zila tak membesarkan Adrian, bang. Zila tak pernah belai dia, urus makan minum dan pakaian dia. Alih-alih bila berjumpa, umurnya dah cecah 30 tahun. Tak salahkan kalau Zila nak bermanja dengan anak sendiri, sementara dia masih jadi anak bujang ni?”

            Tan Sri Jamaluddin terkesima seketika apabila suara isterinya tiba-tiba berubah sentimental. Dilihatnya wanita sofistikated kesayangannya itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Seperti sedang mengimbau kenangan lalu. Mungkin merindui arwah Hafiz.

            “Oh ya, abang tak tahu kenapa. Tapi sepanjang Adrian tinggal dengan kita, abang rasa Adrian ni lain macam sikit…” Giliran Tan Sri Jamaluddin meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

            “Lain macam?”
            “Yup, abang rasa macam ada sesuatu yang tak kena pada dia.”
            “Tak kena macam mana tu?”

            “Entah, dia suka menyendiri. Kadang-kadang bila dia tertidur dekat sofa ruang tamu, abang pernah terdengar dia menyebut nama seseorang dalam mimpi. Tapi abang tak pasti nama siapa. Dan bila kita bertanya tentang girlfriend, dia pun tak pernah jawab.”

            Puan Sri Azila terangguk-angguk. Ya, dia juga menyedari perkara yang sama. Selain itu, Adrian juga tidak pernah menunjukkan minat dan bercerita tentang mana-mana perempuan. Apa sebabnya?

            “Abang tak suka nak cakap macam ni. Tapi yalah… kalau betul tekaan abang…”

            Puan Sri Azila memandang suaminya yang sudah buat muka suspen.

            “Apa yang abang teka tentang anak kita?”

            “Well… dia pernah study overseas. Pergaulannya mesti bebas, bercampur gaul dengan mat saleh…”

            “Apa abang nak cakap sebenarnya ni?” Puan Sri Azila semakin tidak sabar-sabar.

            “I was just wondering if he is homosexual…"

            Errk…? Puan Sri Azila rasa macam nak tekup muka dengan pinggan. Teruk sungguh andaian suaminya. Macam tak ada benda lain nak fikir.

            “Boleh tak abang serius sikit? Zila macam nak tercabut usus bila abang buat muka suspen. Alih-alih abang kata anak kita gay?!”

            “Aik, janganlah marah. Abang teka je sebab Adrian tu pelik.” Tan Sri Jamaluddin mempamerkan muka tak bersalah.

            Puan Sri Azila merengus geram. Cepat-cepat dia menghabiskan minuman dan terus keluar dari ruang dapur meninggalkan suaminya berseorangan.

            “Zila, layanlah abang. Abang belum habis breakfast ni!”

            Senyap. Tiada sebarang respons daripada isterinya yang sudah menghilang entah ke mana. Tan Sri Jamaluddin terkebil-kebil sendiri.
******************

“AKU dah agak, Sof. Si Yasmin tu memang tak habis-habis menyusahkan. Dulu masa kat UM, diupahnya orang untuk ugut Nadya. Ni masing-masing dah tua bangka perangai tak berubah-ubah lagi!”

            Azriel menggerutu kesal mendengar cerita Yusof dengan tangan yang tekun membancuh minuman di pantry.

            “Tapi kau berani tahap gabanlah, sebab kau sound setepek kat muka minah tu. Harap-harap dia faham bahasalah, ek?” sambungnya lagi sambil ketawa mengekek.

            Yusof yang menyandarkan tubuh pada kabinet pinggan-mangkuk tergelak halus. Mug berisi kopi panas ditangannya dihirup perlahan-lahan.

            Baru hari ini dia berpeluang untuk bercerita kepada Azriel apa yang telah berlaku antara dia dan Yasmin lebih kurang 2 minggu yang lalu. Nak buat macam mana, Azriel sibuk memanjang dan jarang ada di pejabat kerana asyik dengan tugasnya di tapak pembinaan.

            “Kau rasa Yasmin buat apa-apa lagi ke lepas ni?” soal Azriel gusar. Kalau setakat membatalkan kerjasama antara syarikat, rasanya Adam tak kesah pun. Tapi apa yang menimbulkan kerisauan, kalau Yasmin bertindak menyerang Nadya sama seperti dulu.

            Dia menyayangi Adam seperti saudara kandung sendiri dan Nadya juga adalah sahabat yang sudah dikenalinya sejak zaman remaja lagi. Segala kisah suka-duka dikongsi bersama antara mereka semua.

            “Aku tak tahulah, Riel. Tapi aku harap Yasmin tak buat apa-apa lepas aku cakap dengan dia haritu. Aku tak boleh tengok Adam ada masalah, aku jadi serabut. Cukuplah dulu macam-macam drama yang timbul. Ni masing-masing dah dewasa, baik fikir matang sikit. Ingat dosa pahala, kita ni bukan selamanya hidup menongkat ke langit,” tokok Yusof panjang lebar.

            Azriel mengangguk-angguk tanda setuju.

            “Eh, tapikan, aku rasa tak salah kot kalau Adam kahwin lain. Yelah, dia lebih dari mampu. You know that, right?”

            Yusof membulatkan mata. Spontan tangannya menumbuk bahu Azriel.

            “Kalau Adam dengar, mampus dia potong gaji kau bulan ni!”

            “Yang kau nak takut sangat apasal? Dia tak dengar pun kan,” sela Azriel selamba.

            Dia sendiri pun bukannya serius, cuma berniat mahu berjenaka. Dia tahu Adam separuh mati menggilai Nadya. Dari dulu, hanya Nadya ratu hatinya. Tujuh tahun perkahwinan tanpa cahaya mata pun, kedua-duanya kelihatan cukup bahagia.

            “Aku gurau je. Tapi kalau Adam nak kahwin lain pun, aku harap bukanlah dengan si Yasmin tu. Buatnya perangai gedik dia dari zaman sekolah tak habis lagi, takut berbintat pulak mata aku ni,” sambung Azriel lagi, mengimbau kenangan zaman sekolah.

            Dia ingat lagi dulu, Yasmin suka bergesel-gesel manja pada Adam macam kucing setiap kali mereka keluar melepak. Dia dan Yusof selalu melarikan diri kerana sakit mata dengan tingkah bekas teman wanita Adam itu. Mujur Adam tak kahwin dengan dia.

            “Seronok mengumpat aku nampak!” jerkah Adam tiba-tiba.

            Tergamam, Azriel dan Yusof serentak menghalakan pandangan ke arah pintu pantry dengan mulut terlopong. Dah agak, singa jadian itu akan menerpa mereka dari belakang.

            “Tak habis lagi ke hal Yasmin tu?”

            Azriel dan Yusof terdiam. Yusof mendongak sambil menghirup minuman, pura-pura tertarik dengan seekor cicak yang merangkak di siling. Azriel pula kelihatan sedikit kalut membetulkan kedudukannya.

            Adam tersenyum sinis, mentertawakan kedua-duanya menerusi ekor mata. Tahu pun takut!

            “Tak ada cakap apa-apa pun. Aku dengar apa yang Yusof cerita pasal Yasmin je...” Azriel membela diri.

            Yusof membulatkan mata.

            “Aik, aku pulak kena? Kan kau cakap tadi Adam boleh kahwin lebih dari sa...”

            Sepantas itu Azriel menekup mulut Yusof dengan telapak tangannya sambil menggeleng-geleng.

            “Mana ada, aku tak cakap macam tu. Yusof salah dengar tadi.”

            “I see...” balas Adam pendek.

            Azriel menggebam bibir. Terasa ingin diganyang mulutnya sendiri.

            “Err... ada apa kau kat sini? Biasanya kau memerap je dalam bilik.” Azriel sengaja melarikan topik pula.

            Adam melangkah masuk ke pantry dan mengambil sebiji mug.

            “Aik, takkan nak masuk pantry company sendiri tak boleh kot?” Adam menyindir.

            Azriel hanya mampu pura-pura ketawa sambil menggaru kepala.

            Adam terus menuang air panas ke dalam mug dan membancuh Nescafe. Terpaksa dia melakukannya sendiri kerana setiausahanya bercuti hari ini atas alasan ingin menjaga anak yang sedang sakit di rumah.

            “Err... Adam, kau okey ke? Tak lama lagi kita dah kena pergi Dubai untuk proceed urusan belah sana dengan RED Corporations. Kalau benda boleh siap cepat, ingat nak terus discuss pasal pelan bangunan kawasan tu.”

            Adam mendengus perlahan mendengar kata-kata Yusof.

            “Kau dengan Azriel je yang pergi tak boleh ke?” soalnya pula. Dia malas mahu ke Dubai kalau perlu bertemu dengan Yasmin.

            Yusof menjongkit bahu.

            “Kalau boleh kau pun kenalah pergi. Kan masa mesyuarat BOD, kita sign company resolution dan dalam resolution tu ada mention siapa director yang hold position dalam joint venture. Dah terang-terang nama kau kat situ. Janganlah sebab kes Yasmin, kau sengaja nak lari pulak. Takut nanti orang akan kata kau tak professional.”

            Satu keluhan berat dilepaskan. Adam mengetap gigi geraham sambil meneguk minuman. Yusof dan Azriel pula saling berbalas pandangan, bingung apa sebenarnya yang sedang bermain dikepala Adam.

            “Aku tak kesah kalau kau dah tak nak jumpa si Yasmin tu. Tapi bagi aku, kalau hal yang melibatkan syarikat, aku rasa kau kena professional sikit. Ketepikan perasaan kau, buat-buat bodoh je bila nampak dia. Selesai je projek ni, kita tak perlu deal dengan dia lagi,” ungkap Yusof lagi, cuba meyakinkan adiknya itu.

            Azriel pula mengangguk-angguk seakan bersetuju dengan hujah Yusof.

            “Hmm...” Itu saja respons Adam. Mungkin bagi Yusof mahupun Azriel, dia yang terlebih sensitif. Tapi bagi dia, itu bukan hal kecil kerana Yasmin mengutuk isterinya dalam diam. Mengingatkan dahulu Yasmin juga pernah menyerang Nadya membuatkan dia semakin menyesal kerana menyambut salam persahabatan dari wanita itu.

            “Yasmin tak ada minta maaf langsung ke?”

            Pertanyaan Azriel menyedarkan Adam yang sempat mengelamun seketika. Kepalanya perlahan-lahan menggeleng.

            “Tak ada, tapi haritu lepas endorsement dia ada ajak aku teman dia pergi Kedutaan Dubai. Dia berlagak macam tak ada apa-apa. Aku pun apa lagi? Aku berlagaklah macam tak dengar permintaan dia,” cerita Adam selamba.

            Yusof dan Azriel ketawa. Haih... Adam... Adam... macam tu pun boleh.

            “Tapi antara Yasmin dengan Adrian, aku sebenarnya lebih risau tentang Adrian,” ujar Adam perlahan. Nadanya tiba-tiba kedengaran sedikit berlainan.

            “Adrian?” Azriel terkelip-kelip. “Eh, aku dah lama tak dengar cerita kembar Hafiz tu. Dulu kau cakap kau nak kawan dengan dia, Adam. Tapi aku tengok macam tak je.”

            Adam tersenyum tepi. Berkawan? Ya, dulu dia pernah terfikir tentang perkara itu sebelum mengenali Adrian. Tapi sekarang mungkin tidak lagi setelah melihat gambar-gambar Nadya bersama Adrian tempoh hari. Dia cemburu, namun dalam masa yang sama tidak tegar untuk menghalang isterinya daripada bertemu dengan lelaki itu kerana tidak mahu Nadya merasa terkongkong.

            “Aahlah, aku pun dah lupa pasal tu,” celah Yusof pula. “Apa kata lepas ni kalau dah lapang sikit, kita ajak dia lepak mana-mana? Eratkan silaturahim, saling berkenalan. Sebelum ni kita tak sempat nak kenal sebab sibuk, kan?”

            Azriel mengangguk-angguk tanda setuju. Namun Adam cuma berdiam diri. Selesai meneguk sisa-sisa minumannya, dia terus membersihkan mug di sinki. Saat kakinya melangkah ke pintu, dia berhenti dan menoleh memandang Yusof serta Azriel.

            “Korang nak lepak dengan dia, pergilah. Tapi jangan ajak aku sekali,” ujarnya dan terus berlalu begitu sahaja, membiarkan kedua-duanya diselubungi perasaan pelik.

            “Hah?” Azriel ternganga.
            “Weirdo!” desis Yusof dengan muka berkerut.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

8 comments:

Eddayu said...

hohoho bagus nye tan sri ajak pn sri mandi bersama.. bagus2 mkin eratkan hubungan suami isteri tue..
adoiyaiii susah betul nk hapuskan cemburu Adam nie.. and i hope yg Adrian x jatuh hati kat Nadya nnti yerrr.. takut gunung berapi meletoppp..

E-la Adiey said...

kalau gunung berapi x meletop xde konflik la nanti kak Eddayu. flat je cerita. ngeee

nurul nuqman said...

Sweet juga tan sri jamaluddin ni.haha.n adam why adam? Terlalu cemburu.tahu awk syg nadya.tp percyala nadya sygkan awk je.ngee.hope adrian xjth cnta pd nadya la.seksa adam nanti.haha

Ainulrida said...

Tak semestinya x ada konflik cerita akan flat lebih2 lagi konflik 3rd party. Selalu sgt dah konflik mcm ni dlm cerita. Cuba buat a 3rd party yg x memberi kesan kpd pasangan tetapi buat the 3rd person tu yg meroyan sorang2. Ajar readers mcm mana nak menangani masalah 3rd party ni supaya x beri kesan pada hubungan the couple.

E-la Adiey said...

nurul nuqman / kak weeda - haha... seksa kah?? ngeee... tan sri n puan sri mmg la lovey dovey

ainulrida - thanks utk pendpt itu. mgkin boleh digunakan utk next manuscript. utk kisah ni sy dh ada storyline nya.. btw, terima kasih ya ;D

intan razak said...

i prnah baca satu buku yg mcm Ainulrida suggestkan. konflik yg ada 3rd party tp x jejaskan hubungan the pasangan. this book ajak readers how to handle 3rd party tanpa beri kesan pd pasangan. the book title is Tak Semanis Impian karya Sharifah Abu Salem. I dunno if others would think the same way like I did, but the book without any problem between couple is kinda boring. every chapter just baca diorg hug, kiss, manja2 and after that get pregnant. the wife sampai ke sudah x tahu siapa 3rd party tu sbnrnya. Its a lil bit draggy and makes me yawn :( so antara buku tanpa jejaskan hubungan pasangan and buku yg ada konflik kerana 3rd party, I lagi suka yg ada konflik yg boleh jejaskan psgn. at least every xhapter we would read something different instead of cuma baca psl the pasangan manja2,peluk2, act like they are the most bahagia couple in the world.it makes me feel annoying

Anonymous said...

Siapa hero adam ke adrian

E-la Adiey said...

Anon- dua2 pun hero. huhuhu