Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Wednesday, April 1, 2015

Kau Bidadariku... 7

ADAM meneliti fail ditangannya. RED Corporations Berhad, syarikat milik keluarga Yasmin yang sudah kukuh dan mempunyai pelbagai cawangan di luar negara memilih syarikatnya untuk bekerjasama. Tidak sia-sia dia menyambut pelawaan makan tengah hari Yasmin tempoh hari.

            “What do you think, Encik Adam? Company diorang ni dah cukup establish dan terkenal. Bekas Managing Directornya, Dato’ Azman is a great man. Tak silap saya, dulu dia kawan baik Dato’ Husin, kan? And I think, this is a great opportunity for our company, since kita pun tak pernah ada projek dekat Dubai, kan?” cadang Tan Sri Syafik, Chief Finance Director yang duduk bertentangan dengan Adam.

            Yusof pula mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata Tan Sri Syafik. Dalam hati ada rasa bangga kerana syarikat besar dan megah itu ingin mengadakan kerjasama dengan HS Holdings untuk satu projek pembinaan hotel di Dubai.

            Setakat ini, HS Holdings sudah memiliki pelbagai cawangan syarikat seperti di China, Jepun, India, Doha, Kazakhstan, Singapura dan Thailand. Dan urusniaga ini adalah urusniaga pertama mereka untuk negara Dubai. Semestinya Adam tidak mahu melepaskan peluang yang sudah terbentang dihadapan mata.

            Kali terakhir RED Corporations mengadakan usahasama dengan HS Holdings pun kira-kira 14 atau 15 tahun yang lalu ketika bekas Pengarah Urusannya, Dato’ Azman masih menerajui syarikat tersebut.

            “Ini peluang yang bagus untuk company kita, Tan Sri. Saya setuju kita adakan joint venture dengan diorang,” sahut Adam dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

            Tan Sri Syafik turut tersenyum menampakkan barisan giginya yang teratur.

            “Okeylah kalau macam tu. Nanti kita bawakan usul ni kepada board of directors. Lepas dah sign company resolution baru boleh proceed dengan MOU pula.”

            Adam mengangguk. Fail ditangannya diserahkan kembali kepada Tan Sri Syafik.

            “Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.” Tan Sri Syafik mengangkat punggung dan terus beredar dari bilik Adam.

            “See? I’ve told you. Buat baik mesti dapat balasan baik!” bicara Adam pada abangnya. Tersungging senyuman diwajahnya membayangkan bagaimana HS Holdings yang diterajuinya bakal berkembang dan dikenali dikalangan ahli perniagaan kota terbesar Emiriah Arab Bersatu itu dengan kerjasama RED Corporations.

            Yusof melakar senyuman. Ya, dia tahu bagaimana marketing skill Adam. Adiknya itu punya cara dan strategi tersendiri dalam perniagaan. Cuma sebelum ini dia agak kurang yakin dengan Yasmin. Entahlah, setiap kali melihat wanita itu, dia teringat apa yang pernah terjadi 11 tahun yang lalu.

            “Weh, off topic jap. Aku ada benda nak story kat kau.” Adam melarikan topik. Dia membetulkan duduk mengadap abangnya sebelum membuka bicara.

            “Semalam masa aku beli barang-barang dapur dengan Nadya kat Shah Alam, Nadya terserempak dengan Hafiz Adrian!”

            Yusof sedikit kaget. Dia memandang adiknya tanpa berkelip.

            “Tapi dia cakap tak sempat nak kejar, mamat tu hilang entah ke mana,” sambung Adam sambil tergelak halus.

            Yusof menyepi. Lama dia diam seperti sedang memikirkan sesuatu. Namun selepas itu dia bersuara.

            “Kau apahal shopping sampai Shah Alam?”

            “Aku nak shopping dekat-dekat je sebenarnya, tapi kereta penuhlah. Semalamkan orang baru dapat gaji. Pastu aku drive la pusing-pusing KL, terlajak sampai Shah Alam. Terjumpa supermarket, aku dengan Nadya terus singgah situ sebab tak ramai orang,” jelas Adam panjang lebar. Punyalah teruja dia hendak bercerita tentang kembar Hafiz, alih-alih soalan itu yang ditanya oleh Yusof.

            “Pastu apa jadi?” Adam angkat bahu.

            “Macam tu jelah, tak dapat kejar. Tapi disebabkan Nadya ternampak dia semalam, aku rasa memang confirmlah dia ada kat sini. Aku ingat nak pergi ofis dia sebab takde apa-apa urusan petang nanti!”

            “Oh…”

            Perbualan mereka tergendala seketika tatkala telefon bimbit Adam yang dibiarkan di atas meja ofis berdering nyaring. Adam terus melangkah mendapatkan telefonnya. Punat hijau ditekan sebaik melihat nama Yasmin tertera di skrin.

            “Hello, assalamualaikum.”
            “Umm… waalaikumussalam. I ni… Yasmin.”
            Adam menyimpul senyum. “I tahulah. Ada apa?”
            “I mengganggu ke?”

            “Tak adalah, I tanya sebab takkanlah you call kalau takde apa-apa tujuan, kan?” Adam ingin terus ke pokok perbincangan. Dia sememangnya bukan jenis yang suka berborak kosong tidak kira dengan sesiapa pun ketika waktu pejabat.

            “Oh takde, I nak tanya pasal surat yang I e-mailkan dekat company you. Dah dapat ke?”

            “Pasal joint venture tu? Dah, dah, I baru je tengok tadi. I baru ingat nak contact you. I terkejut bila dapat tahu dari Tan Sri Syafik tentang…”

            Yusof yang masih duduk bersandar di sofa hanya memerhati gerak laku adiknya. Adam kelihatan leka bercakap dengan Yasmin di hujung talian. 

            Tidak ada apa-apa yang pelik. Cara Adam menjawab panggilan Yasmin sama sahaja seperti dia menjawab panggilan daripada mana-mana wakil syarikat mahupun pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan HS Holdings.

              Hmm… husnuzon jelah. Tak baik buruk sangka, Yusof mengingatkan diri sendiri.
********************

“YANA, jangan main kat situ, sayang. Rosak baju tu nanti.” Suraya melambai-lambaikan tangan, menggamit anak perempuannya yang berusia empat tahun itu menghampirinya.

            “Biarla, Su. Budak-budak,” ujar Nadya tersenyum lembut. Dia suka melihat gelagat anak kecil itu. Terubat sedikit kerinduannya untuk memiliki anak sendiri.

            Yana yang dari tadi kelihatan begitu asyik membelek pakaian-pakaian yang tergantung didalam Butik NADYA’S itu terus berlari mendapatkan ibunya.

            “Ma… ma… Yana suka baju tu. Yana nak,” ujar anak kecil itu sedikit pelat sambil menghalakan jari telunjuknya kepada dress labuh yang dipakaikan pada patung.

            “Ish, baju tu besar Yana. Nanti Yana dah masuk sekolah menengah mama belikan,” balas Suraya lalu meletakkan Yana diribanya.

            Yana tarik muka tanda protes dengan jawapan mamanya.

            Nadya tertawa melihatnya. Pipi comel Yana dicubit geram. Meskipun baru berusia empat tahun, anak tunggal Suraya itu suka bergaya dan tertarik dengan benda-benda cantik. Suka melihat baju, fesyen dan mekap walaupun Suraya sering menegahnya. Kata Suraya, budak kecil mainlah barang mainan. 

            “Birthday Yana tak lama lagi, kan? Sabar ea… nanti aunty hadiahkan gaun untuk Yana,” sampuk Nadya memujuk melihat wajah Yana yang sudah cemberut.

            Ulas bibir Yana tersenyum girang mendengar tawaran ibu angkatnya itu.

            “Ish, Yana ni. Buat malu mama je!” Suraya jadi segan melihat reaksi anaknya.

            “Tak apalah, Su. Bagilah dia buat apa yang dia nak. Yana pun sama macam orang lain, nak bergaya… nak cantik,” ujar Nadya dengan senyuman yang luas.

            Jauh di lubuk hati, dia sebenarnya sedikit cemburu dengan kehidupan sahabat baiknya itu. Dia kahwin dulu, tapi Suraya yang dapat anak dulu. Suraya berkahwin dengan seorang eksekutif yang bekerja di HS Holdings sejak lima tahun yang lalu dan kini sudah berhenti kerja kerana menjadi suri rumah sepenuh masa. Baru beberapa bulan berkahwin, Suraya terus disahkan berbadan dua.

            Rakan-rakannya yang lain juga begitu. Zulaikha yang berkahwin dengan Yusof sudah mempunyai empat orang anak dan Maya yang berkahwin dengan Azriel juga kini sudah punya sepasang anak. Cuma dia dan Adam yang sehingga kini hanya hidup berdua.

            Dia seringkali terasa apabila ada mulut-mulut lancang mengatakan dia mandul dan Adam patut mencari isteri baru. Dia tidak kisah jika Adam mahu mengahwini wanita lain demi mendapatkan zuriat. Dia rela bermadu. Lagipun, Adam lebih dari mampu.

            Tapi Adam tetap berdiri teguh dan setia disisinya. Setiap kali hatinya menangis dengan tohmahan-tohmahan yang menyakitkan hati itu, setiap kali itu Adam meniupkan kata-kata perangsang dan semangat kepadanya.

            Meski acap kali mendengar suara-suara sumbang sebegitu, namun rakan-rakan terdekatnya seperti Suraya, Zulaikha dan Maya tidak pernah mengajukan soalan tentang anak. Jarang membuatkan hatinya tersentuh dengan soalan-soalan sensitif begitu kerana mereka turut memahami. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahukan cahaya mata sendiri. Tapi antara cepat dan lambat, itu semua adalah ketentuan-Nya.

            “Nadya, jauhnya berangan. Saya ada kat sini lagi tau!”

            Suara Suraya mematikan angannya. Nadya tersengih sendiri demi menutup aib dirinya yang ketahuan sempat mengelamun jauh tadi.

            “Ikmal outstation lagi? Berapa hari kali ni?” soalnya tentang suami Suraya. Kebiasaannya kalau Suraya muncul di butiknya, pasti kerana sahabatnya itu kebosanan suaminya tiada di rumah.

            “Empat hari rasanya, baru pergi semalam. Nasib baiklah ada Yana ni hah, kalau tidak naik kematu duduk rumah tu sorang-sorang.”

            Nadya tergelak halus. Tangannya mengusap kepala Yana yang manja diriba Suraya. Bahagianya kalau ada anak sendiri, desis hatinya sedih.

            “Awak rasa kenapa saya belum ada anak, Su? Sebab saya cuma ada satu buah pinggang ke?”

            Suraya menggaru-garu kepala yang tidak gatal dengan riak serba-salah. Dia sebenarnya kurang gemar jika Nadya bercakap mengenai hal tersebut. Rakannya yang seorang itu lembut dan mudah tersentuh. Kalau dia tersalah cakap, takut Nadya terasa.

            “Nonsense lah, apa kena-mengena dengan buah pinggang pulak?”soalnya sambil pura-pura ketawa.

            Pada Suraya, telahan Nadya sememangnya mengarut. Ramai bekas pesakit buah pinggang di luar sana yang mampu hidup normal dengan hanya satu buah pinggang. Malahan selepas pembedahan 7 tahun yang lalu itu, Nadya tampak lebih sihat dan hidup normal sehingga kini. Adam juga begitu. Diawal-awal pembedahan sahaja mereka mudah keletihan dan tidak mampu bertahan dengan aktiviti lasak.

            “Manalah tahu kan… sebab saya pernah sakit, jadi susah nak lekat..."

           “Hish, belum ada rezekilah tu namanya. Allah ada perancangan. Mana tahu kot-kot kalau ada rezeki suatu hari nanti, awak beranak kembar lima sekaligus!”

            Nadya tergelak besar. Meskipun tahu Suraya hanya bergurau, namun kata-kata perangsang dari sahabatnya itu mententeramkan sedikit rasa gundah dihatinya.

            “Adam pun takde cakap apa-apa, kan? So sabar ajelah. Awak beruntung tau dapat suami macam dia. Dia pandang dan sayang awak sorang aja,” tokok Suraya lagi.

            Nadya tergangguk-angguk dan hanya mampu menzahirkan senyuman. Betullah apa yang Suraya cakap. Tidak ada yang bercanggah dengan pendapatnya sendiri. Dia sememangnya bertuah memiliki suami seperti Adam.

            Dato’ Husin sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu kerana sakit tua. Meskipun bapa mentuanya itu sudah cukup gembira kerana memiliki cucu hasil perkahwinan Yusof dengan Zulaikha, namun hatinya tetap berhajat mahu menimang cucu hasil perkahwinan Adam dengan Nadya. Namun sayang mereka berdua tidak mampu untuk menunaikan hasrat terakhir bekas tokoh korporat itu.

            “Saya ada dengar cerita dari Zul haritu. Dia cakap Hafizuddin dah tukar nama!” Suraya memancung topik pula, enggan lagi mengupas isu tentang anak.

            “Saya tahu… Hafiz Adrian. Adam baru cerita,” sahut Nadya perlahan.

            “Oh, habis tu macam mana? Dah dapat detect lokasi dia?” Suraya penasaran.

            Yana yang dari tadi duduk diam diriba ibunya mula berasa rimas kerana tidak memhami isu perbincangan kedua-duanya. Dia meronta-ronta kecil minta dilepaskan.

            “Jangan pergi jauh-jauh. Main kat sini je!” Suraya terjerit kecil melihat anaknya yang sudah berlari keluar dari ruang pejabat menuju ke arah baju-baju yang tergantung.

            “Hah, berhenti kat mana tadi?” Suraya kembali menumpukan perhatian pada Nadya sambil sesekali mengawasi anaknya melalui cermin lut sinar pejabat tersebut.

            “Saya tak pasti tapi saya rasa saya terjumpa dia semalam dekat supermarket.” Nadya membuka cerita tentang apa yang berlaku di pasar raya.

            Suraya menjungkitkan kening. “Sure? Tak salah orang?”

            “Rasanya tak salah sebab dia nampak betul-betul macam arwah Hafiz. Saya tak sempat nak kejar sebab terlalu terkejut bila tengok muka dia. Badan saya macam tak nak bergerak. Lama saya berdiri dekat situ sampai dia hilang macam tu aja!”

            Suraya mengangguk-angguk. Mendengar cerita Nadya, sedikit-sebanyak membuatkan rasa ingin tahunya semakin menebal. Meskipun tidak begitu rapat dengan arwah Hafiz, namun dia mengenali bekas tunang Nadya itu sejak mereka di UM lagi.

            “Zul cakap si Hafiz Adrian tu ada company kat Shah Alam. Terkejut jugak sebab dah lama dia ada kat sini, kita je yang baru tahu. Tapi dia pun satu, kenapa dia tak cari ibu bapa kandung dia? Memang pelik tahap gaban. Awak tak rasa pelik ke?”

            Nadya melepaskan keluhan seraya menjungkit bahu.

            “Entahlah, Adam ada cakap petang ni dia nak cuba pergi ofis Hafiz Adrian tu. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Saya tak sabar nak tengok Tan Sri dengan Puan Sri tersenyum lagi,” ujarnya dengan nada yang ceria. Hatinya bagai sudah meronta-ronta tidak sabar mahu mempertemukan kembali ibu bapa angkatnya itu dengan anak mereka.

            “Apa nama company dia?”

            Nadya menyepi. Matanya yang bundar bersinar menyeluruhi wajah Suraya sebelum kembali bersuara.

            “Brilliant… Brilliant Sdn. Bhd.!”
*******************

ADRIAN melarikan jari-jarinya pantas pada papan kekunci komputer dihadapannya ketika setiausahanya, Widad masuk dan menyatakan ada tetamu. Adrian mengangkat kening kurang senang.

            Namun setiausahanya itu hanya menjungkitkan bahu mengisyaratkan tidak tahu.

            “Kenapa dia tak fix appointment?” soal Adrian agak jengkel. Dia sebenarnya tidak suka melayan client yang tidak membuat temu janji terlebih dahulu.

            “Ni mesti client tak reti bahasa. Suruhlah dia masuk!” gerutu Adrian.

            Widad mengangguk sahaja. Tidak lama selepas itu dia kembali bersama seorang lelaki tinggi lampai persis orang putih.

            “You can leave us now. Thank you, Widad.”

            Widad tersenyum dan terus menutup pintu bilik majikannya itu.

            “Err… have a seat.” Adrian mempelawa sopan meskipun tidak mengenali siapakah gerangan lelaki berwajah pan Asian yang tercegat dihadapannya saat ini.

            Client ke? Dari company mana? Kenapa tak pernah nampak sebelum ni? soal hatinya bertalu-talu.

            “We finally meet, Encik Muhammad Hafiz Adrian!” ujar lelaki tersebut ceria.

            Dan kali ini Adrian tambah terkejut. Amboi, siap sebut nama penuh. Siapa dia?

            Lelaki pan-Asian itu tersenyum, dalam hati terasa begitu takjub kerana dapat melihat kembali wajah yang dirinduinya selama ini. Kakinya melangkah menghampiri meja Adrian dan mengeluarkan rantai yang tersimpan kemas didalam kocek seluarnya.

            “Saya Mohd Adam bin Husin dari HS Holdings. Encik kenal rantai ni?” Tangannya menunjukkan rantai berloket separuh hati milik arwah Hafiz yang diperolehinya daripada Puan Sri Azila.

            Mata Adrian mulai terbeliak akibat sentakan rasa terkejut. Bungkam seketika dia melihat rantai tersebut.

            “Encik siapa?” soal Adrian. Perlahan-lahan dia mengangkat punggung, berdiri menghadap lelaki tersebut dengan tangan yang mulai seram sejuk.

            Adam yang masih tersenyum menyambut, “Saya Adam dari HS Holdings!”

            Muka Adrian sudah berkerut dek kerana konfius tahap petala ke lapan. Adam? Dia ke kembar aku? Kenapa muka lain?

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

Abby Sha said...

ADAM BEHAVE OKEY

E-la Adiey said...

amboi kak Abby Sha..hahaha...takut sy

hannah said...

alaa dah jmpe tp berhentii kat sini..nak lg pleaseeee

syah said...

makin suspen.dgn kemunculan yasmin,adrian lagi

Eddayu said...

finally jumpa jugak dorg nie.. mkin suspen..