Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, March 22, 2013

KhaiRizal : A Love Story 7

“Inspektor Gadget, kita selamba lepak depan rumah orang ni tak rasa macam kuda belang ke?” Khai meneguk air Cokenya untuk kali yang ke-13. Burrpp... kembung perut.

            “Apahal pulak? Bukannya kita mintak selipar jepun diorang. Relax sudah.” Rizal bersiul-siul kecil sambil memandang orang yang lalu-lalang.

            Hari ini Rizal tidak bekerja kerana hari minggu dan kebetulan hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7. Khairizal ditinggal di rumah bersama Along dan Adik. Takkanlah nak keluar dating pun bawa anak, betul tak?

            Selepas makan di sebuah restoran di Mid Valley, mereka berdua hanya bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur tanpa arah tujuan. Tidak banyak persiapan yang mereka lakukan. Keluar berdua pun pakai jeans dan T-shirt sahaja. Lepas penat round KL, lepak pulak depan rumah orang sambil minum air tin. Otai habis diorang ni. Jenis tak suka tunjuk romantik di tempat awam. Nak romantik-romantik dalam bilik bolehlah.

            “Bukannya macam tu, tapi perasaan di hati ini terasa seperti seekor kuda belang,” balas Khai menghabiskan sisa-sisa minumannya.

            “Rina jangan hina aktiviti sihat ni. Abang cium Rina secara teknikal sistem, sawan buih nanti kang,” ugut Rizal yang duduk mencangkung di atas batu.

            “Yelah, yelah, tak cakap dah. Lupa nak bagi, ni hadiah untuk abang.” Sebuah kotak kecil dihulurkan kepada Rizal.

            Tanpa berlengah lagi terus Rizal menyambar dan membuka balutannya dengan rakus. Macam serigala pulak.

            “Keychain handphone?” Rizal membelek keychain perak yang bertulis KR di tangannya.

            “Rina dah tak tahu nak bagi apa. Kebetulan nampak keychain tu. KR, stands for Khairina and Rizal, hope you like it.”

            Rizal tersenyum. “Murah atau mahal tak penting, yang penting Rina ikhlas. Eh, abang lupa nak bagi hadiah Rina.” Poket seluarnya dibelek-belek. Lalu dia mengeluar kotak cincin dari dalam poketnya.

            “Ambillah, abang pun tak tahu nak bagi apa. Dah 5 bulan abang kumpul duit nak beli ni tau. Walaupun abang tahu Rina tak suka barang kemas tapi simpan jelah. Mana tahu satu hari nanti bila tak ada duit boleh pajak benda ni. Harga barang kemas makin meningkat setiap tahun, tau? Bijak wang idea abang ni, kan? Kan? Kan?”

            “Hek eleh, sedap je. Abang dah bagi kat Rina jadi ini maknanya Rina punya, okey? Jangan harap Rina nak gadaikan.” Khai menjelirkan lidah. Sebentuk cincin berlian di dalam kotak pemberian Rizal itu ditatap dengan mata bersinar. Mesti mahal.

            “Abang dah bagi hadiah mahal tu, Rina bila lagi nak bagi hadiah mahal kat abang?”

            Khai tersentap seketika. “Erk? Orang mana ada duit, suri rumah sepenuh masa je. Kalau nak hadiah mahal kasilah Rina kerja.”

            “No, no, no, my lady. Bukan hadiah tulah. Maksud abang, bila nak kasi anak lagi?”

            Khai membeliakkan biji mata sementara Rizal sudah ketawa terbahak-bahak. Terus bahu Rizal ditampar dengan kadar kelajuan cahaya.

            “Gatalnya, abang mengandunglah sendiri!”

            “Alamak, kalau abang mengandung macam mana nak kejar orang jahat? Habislah terberanak abang kat situ. Wahahaha!!”

            “Eii... malas cakap lagi. Nak baliklah.” Khai mula angkat punggung untuk memblahkan diri tapi segera tangannya ditarik.

            “Sabarlah, baru pukul 5.30 petang. Lepaklah dulu, tak remajalah macam ni,”pujuk Rizal sambil tersengih.

            “Remaja apakebendanya? Tak sedar diri dah jadi bapak orang!”bidas Khai.

            “Sabarlah, tak malu ke orang dok tengok kita dari tadi?”

            Khai meneguk liur. Dia memandang ke sekeliling. Terlupa pula dia sekarang dia berada di tempat awam. Ada yang berbisik-bisik sambil menahan ketawa melihat gelagat pasangan suami isteri otai itu.

            Khai kembali duduk di sebelah Rizal. Rizal cuba menahan diri dari menghamburkan tawanya. Takut Khai kecik hati. Khai ketap bibir.

            “Balik rumah siaplah abang, Rina denda abang basuh pinggan hari ni!” Kata-kata Khai mematikan terus senyuman di bibir Rizal.
************
Fida mengadap muka tunangnya sambil buat muka bosan. Tension betul. Ini semua gara-gara ibu bapanya yang mahu dia keluar dengan tunangnya untuk saling mengenali antara satu sama lain. Lagipun sepanjang bertunang lebih 8 bulan, mereka jarang keluar bersama. Mungkin masih terasa canggung kerana bertunang atas desakan ibu bapa.

            “Banyak kes yang nak diselesaikan dekat balai?” tanya Amir sambil menundukkan kepalanya.

            Fida mencemik. Tak gentleman langsung. Bercakap dengan perempuan pun tunduk-tunduk kepala, macam dia pulak anak dara!

            “Hmm...banyaklah jugak,”jawab Fida perlahan sambil mengacau jus epalnya dengan straw. Nasib baik restoran tempat mereka minum tidak ramai orang, kalau tidak sudah lama Fida menyembunyikan diri di bawah meja. Nerd habislah pensyarah UiTM ni. Agaknya macam mana dia mengajar student dia, ek?

            “Err...awak macam tak suka je keluar dengan saya.” Amir meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Melihat cara layanan Fida, dia yakin Fida tidak menyukainya.

            Baguslah kalau kau dah tahu. Habis kenapa kau setuju jugak waktu parents kau nak tunangkan kau dengan aku? gerutu hati Fida. Dia benar-benar rimas. Dia pernah cuba untuk menerima Amir namun sejak dia menemui Rizal, semakin dicuba semakin susah. Dia tidak dapat menafikan yang kini dia telah jatuh cinta pada Rizal. Ya, dia telah jatuh cinta!

            “Tak adalah, kita kan belum kenal. Mestilah saya tak selesa dengan awak, dan saya rasa awak pun tak selesa dengan saya, kan?” ucap Fida.

            Amir meneguk liur. Tidak dapat dinafikan dia malu apabila keluar dengan Fida. Yalah, Fida gadis jelita sementara dia biasa-biasa sahaja. Tapi dia bukan jenis melawan kata orang tanya. Apa sahaja yang disuruh ibu bapanya, dia turutkan.

            “Tak apalah, kita cuba perlahan-lahan. Kita boleh jadi kawan dulu. Tak kenal maka tak cinta, kan?”

            Fida gigit bibir. Mamat sorang ni nasihatkan aku macam bapak aku pulak. Mula-mula dia ingatkan mamat dihadapannya itu adalah bapaknya tapi bila difikir-fikirkan balik, bapaknya takkan tergamak nak buat pembedahan plastik menukar wajah. Maknanya mamat nerd itu sedang menyamar sebagai bapak dia aja.

            “Hmm...yalah, saya pergi dulu. Nak baliklah, saya letih,” ujar Fida hambar dan terus melangkah keluar dari restoran meninggalkan Amir terpinga-pinga sendiri.

            Amir meneguk liur. Mungkin inilah risikonya apabila bertunang dengan gadis cantik tapi dia tetap akan cuba mengambil hati Fida kerana dia sudah mula menerima Fida dalam hidupnya.

            Ketika Fida baru melangkah mendekati keretanya, dia ternampak seorang lelaki sedang melepak di bahu jalan dengan pasangannya sambil bergelak ketawa. Tapi dia rasa dia amat mengenali lelaki itu. Rizal!

            Fida tertanya-tanya sendiri. Siapa gadis itu? Isteri Rizalkah? Takkan berperangai macam tu. Gadis itu nampak seperti tomboy dari gaya berpakaiannya tapi berambut panjang tocang ekor kuda hingga ke paras bahu. Kalau berambut pendek dah sah-sah Fida ingatkan lelaki tadi.

            Dalam hati Fida diterpa rasa cemburu yang amat sangat. Rizal nampak seronok dan selesa di samping gadis itu tapi bila dengan dia, wajah Rizal masam mencuka. Adakah dia tidak layak untuk mendapat senyuman Rizal?

            Apabila dia diberitahu Rizal sudah berkahwin, Fida hanya mencemik. Dia rasa tiada gadis yang dapat menandingi wajah pan Asianya namun apabila melihat sendiri wajah isteri Rizal, dia rasa tercabar. Gadis di sebelah Rizal itu jauh lebih cantik daripadanya walaupun hanya memakai jeans, T-shirt dan langsung tidak bermekap. Patutlah Rizal sayang sangat isteri dia.

            Dengan hati yang berbuku, Fida terus masuk ke dalam keretanya dan menyandarkan kepala di stereng kereta. Argh! Moodnya benar-benar teruk hari ini. Sudahlah dipaksa berdating dengan Amir, tiba-tiba dia melihat lelaki yang dicintainya sedang bahagia keluar berdua-duaan dengan isteri tersayang.

            Ya Allah, kenapa aku mesti berperasaan macam ni? Rizal tu suami orang. Aku tak boleh menyakiti perasaan kaum sejenis aku sendiri, desis Fida. Tanpa disedari ada air jernih ditubir matanya.
*******************
Khai memandang Rizal yang tekun memandu di sebelahnya. Wajah Rizal serius sekali. Khai tersenyum. Tidak semena-mena dia menghadiahkan satu ciuman di pipi suaminya.

            Muka Rizal yang tadinya serius tiba-tiba bertukar merah padam. Tangannya menggenggam erat tangan isterinya, seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

            “Bila kita saling berpegangan, kita akan saling melindungi. Abang sayang Rina sampai bila-bila,” ucap Rizal lembut.

            Tersentuh hati Khai. Hampir menitis air matanya tapi segera ditahan. Kerana asyik merenung mata bundar Khai, Rizal terlalai seketika hingga tidak menyedari lori dihadapannya brek secara mengejut.

            “Abang, lori!”

            Rizal tersentak. Kakinya automatik menekan brek namun terlambat. Keretanya berlanggar dengan belakang lori sehingga bahagian depan keretanya kemik. Kepala Rizal terhantuk di stereng kereta dan berlumuran darah. Tangannya yang menggenggam erat tangan Khai terlerai.

            “Abang!!!”

            Rizal bingkas bangun, terkejut mendengar jeritan isterinya.

            “Astaghfirullahalazim... Rina mimpi rupanya.” Khai meraup wajah. Peluh sudah membasahi wajahnya. Jam yang tergantung di dinding bilik menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi.

            “Ya Allah, Rina mimpi apa sampai terjerit-jerit ni?” soal Rizal yang masih mamai.

            Cepat Khai menggeleng. “Tak ada apa-apa. Mimpi kena kejar hantu je,” bohong Khai.

            Rizal ketawa.

            “Itulah, sebelum tidur tak basuh kaki. Meh tidur dengan abang, lepas ni tak kena kejar hantu dah. Kalau kena kejar lagi biar abang karate hantu tu,”gurau Rizal dengan mata terpejam.

            Khai meneguk liur. Kata-kata Rizal langsung tidak mencuit hatinya. Dia kembali berbaring. Rizal melingkarkan tangan sasanya di pinggang Khai dan terus menarik isterinya itu ke dalam pelukannya.

            Tidak lama selepas itu Rizal terus lena. Namun Khai tidak dapat melelapkan mata. Dia masih memikirkan mimpi tadi. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Dia benar-benar berharap agar ia tidak menjadi kenyataan.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: