Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Saturday, March 14, 2015

Kutemui Cinta 9

“BERHENTILAH! Aku dah penat ni!” Adam memanggil Yusof dan Azriel yang semakin jauh meninggalkannya. Dia sedikit termengah-mengah. Mungkin kerana sudah lama tidak bersenam. Pagi itu dia mengikut Yusof dan Azriel berjoging di Taman Tasik Titiwangsa.

            “Ala… tak sampai tiga pusingan pun lagi. Takkan dah letih?” soal Azriel yang masih ingin meneruskan larian. Dia kelihatan begitu bersemangat.

            “Woi, kau nak bunuh aku ke?” Adam terus terduduk di atas permaidani hijau. Dia sangat letih. Nafasnya sudah turun naik dengan kencang.

            Yusof dan Azriel berlari mendapatkan Adam lalu duduk disebelahnya.

            “Woi, jomlah lari lagi!” desak Azriel.

            “Kau larilah sorang-sorang. Aku dah tak larat.” Adam memberi alasan.

            Yusof menyeka peluh dengan tuala kecilnya dan bersuara, “Sudahlah, kita rehat dulu kat sini. Aku pun dah naik semput ni.”

            Akhirnya Azriel mengalah. Dia turut mengesat peluh yang membasahi wajah dan tubuhnya. Walaupun dia sering berjoging dan bersukan, dia tidak pernah diserang asma kecuali kalau dia sedang demam atau Adam merokok hampir dengannya. Mungkin walaupun dia penghidap asma, namun dia jarang diserang penyakit itu kerana sejak dulu dia aktif dalam sukan.

            “Betullah, Aril. Aku dah boleh bernafas dengan betul sekarang ni,” ujar Adam. Tersungging senyuman di wajahnya.

            Azriel tergelak.

            “Itu ertinya sistem peredaran darah kau mulai bersih daripada bahan nikotin. Mungkin dalam tempoh dua hari lagi, kesan sampingan bahan nikotin tu akan terus lenyap daripada badan.” Azriel memberitahu sedikit sebanyak yang dia tahu.

            “Pandai juga kau dalam bab-bab cam gini, ya?” Yusof memuji.

            “Mestilah, aku baca buku panduan berhenti merokok.”

            “Malam ni aku nak belajar mengaji.Ada sesiapa volunteer nak jadi tok guru aku? Ops, maaf! Bukan tok guru, guru aja,” gurau Adam tersenyum riang.

            “Kalau aku, sorry! Aku ni tak berapa pandai sangat. Aku sendiri pun perlu diajar.” Awal-awal lagi Yusof menarik diri. Memang dia tidak berapa mahir mengaji Al-Quran. Dulu ketika masih kecil dia hanya mengaji sampai Iqra’ dan selepas itu terus berhenti. Mungkin kerana kurang didikan agama dan tiada bimbingan.Macam Adam.

            “Aku no hal. Aku boleh tolong ajarkan. Masa kecil aku dah khatam 3 kali tau!” kata Azriel tersenyum bangga.

            “Ya ke? Pandainya kau!” Adam melahirkan rasa kagumnya.

            Azriel mengenyit mata. Kembang kempis hidungnya bila dipuji.
            “Tahu tak apa!”
*****************************

“I ada good news tau!” Yasmin tersenyum girang ketika dia keluar minum bersama Zila, Adila dan Adam. Adam terpaksa menemani Yasmin malam ini kerana kata Yasmin, ini sebagai penebus kesalahan kerana kurang meluangkan masa untuknya selama ini. Adam tidak punya pilihan. Selesai sahaja solat Maghrib di bilik asramanya, dia terpaksa pula bersiap-siap untuk keluar bersama Yasmin dan teman-temannya.

            “Apa yang good newsnya?” Adila bertanya tidak sabar.

            Yasmin tersenyum lebar dan menyelongkar beg tangannya. 

            “Ini dia, empat keping tiket untuk ke konsert Gwen Stefani!”

            Zila dan Adila kelihatan teruja. Mereka berdua mengambil tiket yang dihulur Yasmin kepada mereka. Namun Adam hanya diam membisu. Tidak menunjukkan sebarang minat untuk mengambil tiket yang dihulur kepadanya itu.

“Honey, what’s wrong?”
Adam tersenyum lesu.
“Okey je, cuma penat sikit.”
Yasmin mencebik.

“Betul ke ni? Entah-entah you tengah fikir pasal minah yang pakai tudung tu. Yela… you kan dah melepas sebab dia dah ada boyfriend. Boyfriend dia tu pulak bukannya sebarangan, hot guy kampus lagi!” Selamba Yasmin menyindir Adam.

Adam menjeling tidak senang.

“Please, Yasmin. I tak nak bergaduh and this is not because of her.” Dia cuba menafikan meskipun dari tadi memang dia terfikir tentang Nadya. Dia asyik tertanya-tanya benarkah Nadya memang sudah ada teman lelaki dan teman lelakinya itu adalah teman sebilik yang sangat dibencinya.

“Okey, just forget it. Ini tiket you. Konsert tu minggu depan pukul…”

“I tak nak pergi.” Jawapan yang keluar dari mulut Adam benar-benar sukar dipercayai.

“Come on, Adam. Don’t be silly. Konsert macam ni bukan senang nak pergi tau. Sebelum ni belum pernah Gwen Stefani buat konsert kat Malaysia. Kalau you tak pergi, lepas ni belum tentu ada lagi!” celah Zila pula.

“Ha’ah. Sejak bila pulak you jadi malaikat ni? Selalunya you yang beria-ia nak pergi konsert. Siap tempah tiket kat internet lagi! Pelik bila you tak nak pergi konsert Gwen tu.” Giliran Adila pula menyampuk. Dia memang benar-benar tidak percaya bila Adam tidak ingin ke konsert bertaraf antarabangsa itu padahalnya sebelum ini dia yang selalu mengajak mereka ke konsert. Mereka jadi ketagih dengan konsert pun kerana Adam.

“I cuma rasa tak nak pergi. Janganlah paksa.” Adam bersuara tegas. Dia sudah bertekad tidak akan ke mana-mana konsert yang melalaikan atau disko dan kelab lagi. Dia mahu berubah. Tak boleh jadi ustaz pun, berubah yang asas-asas cukuplah.

“Okey, tak apalah kalau you tak nak pergi. I boleh bagi tiket ni kat orang lain. Tapi you jangan menyesal, tau?” kata Yasmin dan menyimpan semula tiket Adam ke dalam beg tangannya.

“Eh, kenapa dari tadi I tak nampak pun you hisap rokok? Rokok you dah habis ke?”

Adam terdiam mendengar pertanyaan Yasmin. Dia baru tersedar yang memang sejak pagi tadi dia langsung tidak menyentuh rokok. Kalau Yasmin tidak bertanya mungkin sampai sekarang pun dia tidak perasan. Dia memang betul-betul lupa hendak merokok hari ini. Tapi dalam pada masa yang sama, dia merasa ada baiknya juga kalau dia tidak merokok. Wangnya pun tidak akan habis dan kini dia merasa paru-parunya mula segar. Nafasnya sudah kurang berbau asap rokok.

“I dah berhenti merokok,” beritahu Adam berterus-terang.

Masing-masing tercengang mendengar jawapan Adam. Berhenti merokok? Baru minggu lepas mereka nampak Adam menyedut asap rokok dengan penuh nikmat dan sekarang sudah berhenti? Betulkah?

“Kenapa you berhenti?” tanya Yasmin resah.

“I tak nak buat masalah dengan daddy I,” jawab Adam cuba menyembunyikan alasan yang sebenar. Kenapa dia berhenti merokok? Bukan kerana takut pada papa, tapi kerana Nadya. Cuma Nadya!

Yasmin mencemik, agak ragu-ragu dengan alasan teman lelakinya itu.

Tidak lama selepas itu, telinga Adam menangkap laungan azan dari masjid berdekatan menandakan sudah masuk waktu Isyak. Alunan azan itu sungguh merdu serta menusuk perasaan. Dia seolah-olah dapat merasakan betapa suara azan itu mengapung ke udara membelah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur yang masih rancak itu. Adam terfikir kenapa dia tidak menyedarinya sebelum ini.

“Sekarang dah masuk waktu Isyak. I have to go now. Yasmin, I nak pergi surau, sembahyang.”

“Lepas ni you balik sini lagi?,”tanya Yasmin. Dia sebenarnya agak terperanjat apabila Adam berkata ingin sembahyang tetap dia tidak berhasrat untuk bertanya lebih lanjut kepada Adam.

Adam menggeleng. Dia memberitahu dia ingin sembahyang di masjid berdekatan dan terus pulang ke asrama untuk membuat ulangkaji.

“Yasmin, what is wrong with your boyfriend? Dia dah banyak berubahlah!” Adila bertanya selepas Adam pergi dari situ.

“Can you imagine that? Adam sembahyang?” Zila melahirkan rasa tidak percayanya.

Yasmin berdiam diri sambil menggigit kukunya yang panjang seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Min, kenapa diam aja?”

“I don’t know.” Yasmin mula bersuara. “Dia tiba-tiba nak sembahyang sedangkan sepanjang I kenal dia, I tak pernah nampak dia sembahyang. Baca surah Al-Fatihah pun tunggang- langgang. Dia berhenti merokok sedangkan I tahu dia tu perokok tegar!”

“You have to be careful, Yasmin. Selama ni you selalu ajak dia sembahyang tapi dia tak nak. Mesti ada sesuatu yang buat dia tergerak hati nak sembahyang,” nasihat Adila seperti sengaja hendak membakar perasaan Yasmin.

“Dan you jugak dah tak ada alasan lagi nak buat dia terus melekat pada you. You dah tak boleh ugut dia nak beritahu papa dia yang dia merokok sebab dia sekarang dah tak merokok,” tambah Zila pula.

Yasmin menggigit bibir. Dia meramas-ramas tangannya. Aku mesti lakukan sesuatu! tekadnya dalam hati. Entah kenapa wajah Nadya menerpa ruang fikiran.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: