Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, February 22, 2010

Abang Khai Tomboy? 1

RIZAL membetulkan kedudukan dan menetapkan sasaran. Pistol 1.38 dihalakan ke depan. Sudah tiga kali tembakannya tersasar. Harap-harap kali ni mengena. Kalau tak kena juga, terpaksalah dia menukar pistolnya itu dengan pistol lain.      

Pow! Yes!!!

Rizal mengukir senyuman paling maco. Pandai aje pistol ini membaca fikirannya. Rupa-rupanya takut juga kau dengan ugutan aku. Aku tahu kau cuma nak aku yang jadi tuan kau. Hehehe…

Rizal picit bahunya yang terasa lenguh. Penat rasanya dari tadi asyik menembak sasaran yang tidak mengena. Selalunya tembakan yang dilakukan tidak pernah tersasar, tapi hari ni entah kenapa macam ada yang tidak kena aje. Jantungnya asyik memikirkan (ada ke jantung fikir?) tentang surat wasiat arwah abangnya yang diterima bulan lepas. Kerja gila! Betul-betul kerja gila!

Penghadang mata dibuang ke bawah. Penutup telinga dibiar bergayut di leher. Apa-apa pun wasiat arwah abang, tak boleh dibuat main. Aku dah diberi amanah dan aku wajib tunaikan amanah itu. Tapi, aku baru 26 tahun. Aku belum bersedia jadi pengasuh budak, bebel Rizal pada diri sendiri.

“Wei, Riz, wat mende mu nonong sekor-sekor sini? Ingat ke gewe ke?”

“Banyaklah engkau punya gewe. Kerja macam kita ni manalah sempat nak cari gewe,” ujar Rizal tersenyum sambil memandang Syafiq, budak Terengganu yang satu jabatan dengannya dan kamcengnya sepanjang bertugas kat sini.

“Memanglah kita ni polis, kerja dok tentu masa. Sesibuk-sibuk aku pon, aku dang gok nikoh tahun lepas. Senang-senang, mu suruh aje mokmu cari bini untukmu. Sekarang ni kesian plop aku tengok mu, tak dok orang jaga.”

“Mok? Mu dok ingat ke mok aku meninggal doh?” Rizal sengaja tiru dialek Syafiq.

Syafiq tiba-tiba ketawa dan tepuk dahi. “Sorry, sorry... Aku lupa plop!”

Rizal geleng kepala. Sebut pasal mak, teringat pulak dia pada mama dan papanya yang meninggal dunia lima tahun lepas. Mamanya meninggal dunia kerana sakit barah usus dan tidak sampai tiga bulan selepas itu,papanya pula menyusul. Mungkin kerana rindukan mamanya, kesunyian kerana waktu itu Abang Razlan sudah berkahwin dan Rizal pula di akademi.

“Riz… Rizal!”

Rizal terpinga-pinga. Pandangan dikalih ke muka handsome Syafiq. Tapi, handsome dia lagi. Huhuhu…

Good luck!” ucap Syafiq membuatkan Rizal kebingungan.

“Apa halnya pulak good luck-good luck dengan aku ni?”

“Dok aih, minggu depan kan mu doh nok pindah ke KL. Aku takut dop sempat ucap selamat tinggal. Sedap ar mu bulih tempat kerja baru. Kekgi mesti mu lupa doh ke aku.”

Mak aih, budak Terengganu ni... Nak main drama sebabak dengan akulah pulak, Rizal tersengih lebar. Tapi, memang betul pun yang minggu depan dia akan berpindah ke KL, tempat tinggal asalnya yang ditinggalkan lebih kurang dua tahun kerana ditugaskan di Kuala Terengganu.

Sebaik sahaja Rizal dapat surat wasiat arwah abangnya bulan lepas, terus dia membuat permohonan supaya ditukarkan ke KL. Tak sangka begini cepat dia dapat jawapan positif daripada ketua jabatan. Mungkin sebab mereka pun bersimpati dengan nasibnya yang sekarang ini sudah tinggal sebatang kara.

Abang seorang saja keluarga yang dia ada selepas mama dan papa mereka pergi menghadap Ilahi. Tapi sekarang, abang dan kakak iparnya pun dah ikut jejak mama dan papa. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin…

“Hei, mana ada aku lupa kat kau. Kita ni dah macam adik-beradik, tau tak? Alah, kalau aku rindu kau, aku telefonlah,” jawab Rizal sambil menumbuk perlahan bahu Syafiq.

“Doh tu mu sedia doh ke nok jage anok-anok sedaremu tu?”

Rizal mengeluh berat bapak gajah. “Sedia ke tak, aku tetap kena laksanakan. Itu wasiat arwah abang aku.”

“Doh tu bakpe sebelum ni mu dop penoh citer pon mu ada abang?”

“Aku dengan abang aku bukan rapat sangat. Aku lahir lambat. Masa aku lahir tu, abang aku dah tingkatan empat. Umur aku baru nak masuk tiga tahun, dia dah pergi oversea sambung belajar. Masa tu nak sebut perkataan abang pun aku tak reti. Masa dia kahwin pun aku tak pergi sebab aku sekolah asrama penuh.Bini dia aku tak kenal, malahan aku tak pernah tengok pun. Tapi, apa yang aku tahu, bapa mentua abang aku tu tak suka kat abang aku. Kali terakhir aku jumpa abang aku masa mama dan papa kita orang meninggal lima tahun lepas. Tapi bini dia tak ikut sekali sebab tengah pragnent anak ketiga. Kita orang tak borak pun masa tu. Lepas selesai semua, aku terus balik sini.”

“Apa nak jadilah dengan mu nih. Abang sendiri pun mu boleh wat dop tau gitu. Doh tu anok-anok ye gane plop?”

“Anak-anak dia orang pun aku tak kenal. Mana satu along, mana satu angah, aku pun tak tau!”

Syafiq tepuk dahi, kuat. “Apa jenis bapak sedaralah mu ni! Doh tu kalau beza umurmu dengan abangmu 16 tahun, mesti anok-anok sedaramu semua dah besor, betul tak?”

Rizal angkat bahu. “Entah! Tapi yang aku tahu, lima tahun lepas kakak ipar aku mengandungkan anak ketiga, itu anak bongsu dialah."

“Habislah mu, Riz. Kena jaga budok kecik!”

Budak Terengganu ni nak takut-takutkan akulah pulak. Tapi, memang betul aku dah takut gila babun ni. Kalau dah lima tahun berlalu, mesti anak bongsu abang aku tu dah berumur lima tahun. Lima tahun? Penjaga budak? Arghh!! Penjaga budak? Argh!!!

Syafiq tersengih nakal sambil menenyeh-nenyeh matanya yang layu. “Tak apalah, aku blah dulu. Aku letihlah, nak tidur kejap.”

Rizal tersenyum. Hmm… macam mana agaknya tempat kerja baru aku nanti. Adakah kawan-kawan aku nanti sebaik Syafiq? Tapi, itu aku tak risau sangat. Yang aku risau sekarang adalah wasiat abang aku. Aku ni masih bujang trang tang-tang, muda (maco sikit), tapi tiba-tiba dapat tiga orang anak sekali gus. Gila tak?

Kedatangan surat peguam yang tidak diduga isi kandungannya, betul-betul meletakkan Rizal dalam posisi serba salah. Tapi, tiba-tiba dia rasa sebak pula memikirkan permintaan terakhir abangnya itu. Arwah abangnya meminta dia untuk menjaga tiga orang anak saudaranya kalau sesuatu terjadi kepada abangnya. Entahlah, cara abangnya bercakap macam abangnya sudah tahu sesuatu akan terjadi padanya. Atau mungkin itu satu petanda kalau seseorang itu nak pergi tinggalkan kita.

Buat masa ini anak-anak saudaranya dijaga oleh jiran sebelah rumah abangnya. Bila dia sampai sana, dia pula yang akan ambil alih tugas menjaga budak-budak itu. Nak harapkan siapa lagi? Keluarga belah kakak ipar? Huh, wassalamlah awal-awal. Sejak kakak ipar berkahwin dengan abangnya, dia sudah dibuang daripada salasilah keluarga dan keturunannya.

Yalah… arwah abang cuma guru sekolah menengah, tentulah ayah kakak ipar, Dato’ Rashid, tidak setuju anaknya ingin berkahwin dengan orang macam abang. Tapi, jodoh abang dengan kakak ipar kuat sehingga dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apa kurangnya abang pada pandangan orang tua itu sebenarnya? Nak kata tak ada rupa, jauh sekali sebab muka aku sebiji dengan muka abang. Kira handsomelah. Nak kata abang tak ada harta, rasanya 16 keturunan pun tak habis makan. Mak bapak kami pun orang berada juga, ada syarikat import eksport kain batik dan sutera. Mungkin sebab abang tu jenis yang bersederhana dan suka berdikari, tak ada siapa tahu yang dia anak orang kaya. Dan mungkin, walaupun abang dan kakak ipar dah meninggal pun, Dato’ Rashid tetap akan fikir kami ni keluarga sengkek.

Tapi masalahnya sekarang, aku ni inspektor polis yang belum berkahwin, kena pulak jaga budak-budak kecik yang semuanya perempuan. Kang aku tengking sikit dah nak lari dari rumah. Macam mana tu? Huh, sengal! Rizal buat muka bosan.

********************************************


“APA! Macam mana boleh kantoi?” tempik Dato’ Rashid di corong telefon. Berapi-api hati, jantung, limpa dan ususnya bila mendengar khabar bahawa tempat mereka menyimpan stok dadah diserbu pihak polis.
“Maaf, bos, saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Setahu saya tempat kita tu dah cukup tersembunyi. Entah macam mana polis boleh tahu...” terang suara di hujung sana.
Dato’ Rashid merengus dan menghisap cerutnya dalam-dalam. “Kau orang ni fikir pakai otak ke kepala lutut, ha? Dahlah muka masing-masing hodoh macam mangkuk jamban, otak pun macam keldai!”
Rio, orang suruhan Dato’ Rashid yang paling dipercayai, mencebik sinis. Macamlah muka dia tu handsome sangat. Dahlah perut boroi macam orang mengandung sembilan bulan, kepala pulak dah tak ada rambut. Boleh buat cermin kalau tengah darurat. Huhuhu…
“Ada sesiapa kena tangkap?” soal Dato’ Rashid.
“Tak ada bos. Masa polis serbu tu bebudak semua tak ada. Si Eric dengan Niles yang patut jaga stor pergi mencekik!”
“Disebabkan kepala otak dungu kau orang, aku terpaksa tanggung kerugian dekat sejuta, tahu tak? Aku tak mahu tahu, aku nak kau cari tempat baru untuk simpan stok yang akan sampai petang ni. Kali ni aku nak semuanya berjalan lancar. Geng 13 nak ambil stok tu bulan depan. Kalau ada masalah lagi, habiskan aje bebudak dua ekor penjaga stor tu!”
“Okey, bos!”
Talian diputuskan.
Dato’ Rashid memasukkan semula telefon bimbit ke dalam kotnya. Huh, tak boleh harap! Lain aku suruh, lain yang dia orang buat. Jadi beban saja. Nasib baik polis cuma dapat dadah, kalaulah salah seorang anak buah aku kena tangkap, alamatnya habis business dan kompeni aku!
“Papa cakap dengan siapa tadi?”
Cepat Dato’ Rashid berpaling. Wajah Khai, satu-satu hartanya yang paling berharga di dalam dunia ini ditenung. “Tak ada, papa cakap dengan orang kat kompeni tu.” Ayat cover line. Selama ini mana pernah anaknya itu tahu tentang kegiatan haramnya.
Khai mengangguk-angguk. Dia duduk di ruang tamu bersama papanya dan menyarung kasut baru yang dibelinya.
“Rina siap awal-awal ni nak pergi mana?”
“Pa, berapa kali Khai nak cakap? Please don’t call me Rina, okay? Macam nama minah gedik aje.”
Dato’ Rashid tersengih. Entah apalah nak jadi dengan anaknya yang seorang itu. Dah elok-elok jadi perempuan, nak jadi lelaki pula.
Tengok sajalah gaya Khai berpakaian. Setiap masa dengan baju-T lengan pendek, seluar jean yang dilondehkan, rambut pendek gaya remaja lelaki Korea dan sentiasa memakai kasut sukan. Langsung tak ada ciri-ciri perempuan sejati.
Tapi, dalam pada itu, dia tetap ada minatnya yang tersendiri. Sekarang dia adalah salah seorang pelakon remaja yang menjadi rebutan produser-produser filem dan drama. Tapi setakat ni tak ada lagi dia bawa watak perempuan, semuanya watak pengkid. Kalau dia diminta pegang watak perempuan, pakai mekap dan kasut tumit tinggi, minta nyawalah jawabnya.
“Khai balik lewat sikit hari ni. Ada shooting,” beritahu Khai sambil menyalami Dato’ Rashid.
“Ada duit belanja?”

“Alah, tak apa. I can handle it. Bye, dad!

***********************************************

YEAH! Akhirnya sampai jugak aku dekat Kuala Lumpur aka tempat lahir aku di era kegemilangan Tan Sri Jins Samsudin.

Rizal tarik nafas dalam-dalam. Aduh, sakit pulak pinggang aku duduk dalam bas tu lebih kurang tujuh jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Kertas yang bertulis alamat di Taman Melawati ditatap sekali lagi.
Eh, Taman Melawati bukan dekat Selangor ke? Jauh ke tak dari sini? Mana aku nak cari alamat ni? Aku sebenarnya dah tak berapa ingat dah nama-nama jalan dan selok-belok KL ni.
Dari Rizal tingkatan satu, dia sudah bersekolah luar dari KL, duduk asrama pula  tu. Balik pun jarang-jarang. Kemudian, dia buat permohonan untuk masuk Akademi Polis, tapi tak berjaya dan akhirnya dia diserap ke Akademi Interpol Antarabangsa semasa di tingkatan empat. Terperaplah dia di akademi itu sampailah dia dihantar bertugas ke Kuala Terengganu. Mahu tak tercangak-cangak dibuatnya.
Perut aku ni pun dah berirama elektronika. Huh, kat mana aku nak cari makanan, hah? Aku toleh-toleh sekeliling, nampak sebuah kedai runcit tengah tersengih-sengih menanti kedatangan aku. Makan roti buku dengan air mineral pun jadilah daripada mati kering kat sini, bebel Rizal tersenyum-senyum.
Tengah Rizal asyik meraba-raba poket untuk keluarkan dompet, tiba-tiba dia rasa tubuhnya ditolak kuat dari arah depan hinggakan dia hampir jatuh terduduk. Hoi, buta ke? Mata letak mana?
“Peragut! Peragut! Kejar dia!!!”
Rizal yang mendengar suara tempikan orang ramai, terkedu dan kaku di tempat dia berdiri. Uiks, apa hal pulak ni?
Rizal pandang kiri kanan. Lelaki yang melanggarnya tadi sedang melarikan diri daripada orang ramai. Huh, tak boleh jadi ni. Silap besarlah berani buat jenayah depan mata Inspektor Rizal bin Tan Sri Haji Ibrahim.
Tanpa fikir apa-apa lagi, Rizal terus tinggalkan segala beg-beg bajunya dan turut sama mengejar peragut itu. Disebabkan dia polis yang mempunyai tahap stamina yang luar biasa, kejap saja dia boleh menyaingi larian peragut tahi itik tu.
Orang ramai yang kejar peragut itu tadi sudah berhenti dan saling berpandangan sesama sendiri.
Apa hal dia orang ni? Huh, cepat patah semangat. Lari tak sampai seratus meter pun dah semput. Macam mana nak sertai acara larian marathon lain kali? Tengok macam aku ni, steady aje...
Apabila semakin menghampiri Rizal cuba mencapai baju peragut itu, tapi semakin cepat pula peragut itu lari sehinggakan pegangan Rizal yang hampir mencapai baju peragut itu terlepas. Tak boleh jadi ni. Tak ada orang boleh lari daripada Inspektor Rizal. Dengan gaya ala-ala kuak lentang, Rizal terus terkam peragut tu. Apa lagi, peragut itu pun terbaring atas tanah. Rizal pegang kemas kedua-dua belah tangan peragut itu.
“Woi, apa ni? Sakitlah!”
Amboi, pandai pulak dia jerit lepas ragut orang. “Hei, apa nak jadi dengan kau ni, hah? Kerja tak nak, meragut juga yang kau nak buat. Masa dalam perut mak kau dulu, tak nak pulak kau mampus. Besar-besar menyusahkan orang! Perangai macam tapir!” Ambik kau, Rizal dah mula jadi penceramah bebas pulak.
“Aku bukan peragutlah!”
Hek eleh, dia buat-buat tak mengaku pulak. Aku korek lubang hidung baru tau. Harap aku tak ada pistol dengan gari aje, kalau tak dah lama aku heret budak ni pergi balai. Boleh jugak terus lapor diri kat Balai Polis Bukit Aman, tempat bertugas aku yang baru.
“Sini, kau. Bangun! Lepas ni kau tidurlah dalam lokap puas-puas. Tak payah susah-susah meragut lagi. Makan pun percuma!” Rizal tarik tangan peragut tu, paksa dia berdiri. Si peragut meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri, tapi maaflah… Badan si peragut yang kurus kering tu tak cukup kuat untuk lawan badan Rizal yang selalu pergi ke gim itu. Rizal cuba melihat wajah si peragut. Aduhai, handsomenya... Muka sikit punya handsome, tapi pilih jadi peragut. Apalah sengal punya orang...
“Cut!!!”
Rizal tertoleh-toleh, mencari dari mana datangnya suara sumbang mahram tu. Orang ramai yang pakai baju dengan logo yang sama menghampiri Rizal. Alamak, siapa pulak ni? Peragut tahi itik ni bawak geng ke?
“Woi, kau siapa, ha? Pelakon ekstra ke?”
Rizal tak faham langsung soalan yang diajukan oleh lelaki bertopi yang pegang kertas apa benda entah dekat tangan dia.
“Dalam scene ni mana boleh Khai kena tangkap. Kau tak baca skrip dulu ke?” soal lelaki bertopi itu lagi.
Kekeliruan Rizal dah tembus sehingga langit ke tujuh. Scene apa pulak ni? Bila masa aku jadi pelakon ekstra? “Encik, scene apa pulak ni? Mamat ni peragut, saya nak bawa dia pergi balai,” kata Rizal masih memegang kedua-dua belah tangan peragut handsome tu.
Orang ramai yang berkerumun, sudah saling berpandangan sesama sendiri. Ada juga yang tersenyum-senyum. Muka lelaki pakai topi tadi sikit punya merah.
“Dia bukan peragut. Dia pelakon yang melakonkan watak peragut. Ada faham?”
Rizal ternganga. Terkejut cimpanzi plus kuda belang. Dia tengok muka peragut tu dah merah. Dump! Oh tidak!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: