Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, December 7, 2012

KhaiRizal : A Love Story 2

Along yang sibuk menaip di komputer ribanya tersentak apabila telefon pejabat berdering nyaring. Idea yang baru terbit di benaknya tadi hilang tanpa meninggalkan pesan. Terus ganggang telefon diangkat dengan perasaan seperti dihempap motobot.

            “Ada apa, Yanie?”

            “Ada panggilan dari AR Holdings. Nak saya sambungkan, cik?” Jantung Along berhenti sekejap mendengar kata-kata setiausahanya.

            “Err…katakan saya sibuk. Saya ada meeting.” Belum sempat Yanie menyoal lanjut Along terus meletakkan ganggang.

            Dia meraup wajah. Dia tahu siapa pemanggil itu. Dia tahu siapa pemilik AR Holdings. Dia tidak mahu menjawab panggilan itu kerana dia tahu itu bukan satu panggilan atas dasar bisnes. Lagipun IBSYA Holdings menjalankan perniagaan menjual kain batik dan sutera. Mana ada kaitan dengan AR Holdings yang membekalkan bahan-bahan untuk binaan bangunan. Tak relevan langsung.

            Ya Allah, kenapa kau tak berhenti kacau aku lagi? Dah bertahun-tahun berlalu, aku ingat dah tak ada apa-apa antara kita. Kenapa kau hubungi aku lagi? Along merintih dalam hati.

            Along tersentak sekali lagi apabila pintu ofisnya diketuk. Mudah sangat dia terkejut sejak akhir-akhir ini. Kalau hari-hari macam ni boleh pendek umur.

            “Masuk.”

            Pintu ofis dikuak. Angah tersenyum. Dengan langkah yang teratur dia melangkah mendekati meja kakaknya. Nasib baik tak berjalan macam jantan. Sifat maskulinnya sedikit demi sedikit diganti dengan sifat feminin.

            “Ini laporan kewangan yang Along mintak.”
            “Oh, thanks.”
            “Along sakit ke?”
            “Kenapa tanya macam tu?”
            “Muka Along tu pucat je.”

            Along memandang Angah dengan wajah risau. “Angah, Ray telefon Along lagi.”

            “Oh, Jantan bin Awang tu?” Tanpa disuruh Angah duduk di hadapan Along. “Kenapa dia tak habis-habis nak kacau Along, ek? Kalau keadaan berterusan Along kena bagitahu abah. Bukannya Along tak tahu si Jantan tu takut dengan abah kita.”

            “Tak bolehlah, Angah. Along tak nak susahkan abah lagi. Sebelum ni kan abah dah ada banyak masalah sebab kita. Tak apalah, setakat ni Ray belum membahayakan. Biarlah dia,” putus Along akhirnya.

            Angah diam. Nak cakap apa lagi. Dia bukan kenal sangat dengan Jantan bin Awang tu.
***************
Hari ini Rizal pergi ke balai dengan penuh ketiadaan produktiviti. Mata bengkak macam kena tumbuk. Sekali tengok mukanya macam raksasa di pinggir kali. Ini tak lain tak bukan, kes tidur lewat melayan VCD Police Story. Orang lain tengok naik jemu sampai nak termuntah pun dia masih lagi tak rasa nak muntah tengok cerita yang sama tiap-tiap minggu.

            “Man.” Rizal memanggil sahabat baiknya yang sudah bertahun-tahun sewel bersamanya, Azman.

            “Kau ada bawak bekal tak? Meh kasi aku sikit,”pinta Rizal dengan muka langsung tak tahu malu. Ada ke patut minta bekal makanan orang?

            Azman tergeleng-geleng. “Ni mesti kes bangun lewat sampai tak sempat breakfast kat rumah kan?”

            “Kau ni cakap banyak ar, bagi jelah.” Dahlah mintak makanan orang, buat nada samseng pulak. Jahanam betul perangai aku kan?

            Azman tidak menyoal lagi. Terus dia hulur bekas makanan warna pink kepada Rizal. Ternganga kejap. Ada gambar Shin Chan lagi tu. Rembat bekal makanan anak ke? Tapi Azman belum kahwin, macam mana dia boleh ada anak pulak? Ah, lantak! Aku nak makan isinya aja, peduli apa bekas pink ke, hitam kelabu asap ke.

            “Eh, siapa tu?” Fida yang memerhati Rizal sedang menjamah makanan dari jauh bertanya kepada rakan setugasnya. Hari ini hari pertama dia ditukarkan ke Balai Polis Bukit Aman jadi sudah tentu dia belum mengenali rakan setugasnya yang lain.

            “Yang tengah melantak tu? Alah, itu Inspektor Rizal, rakan setugas kita dalam Jabatan Narkotik. Boleh dikatakan dia polis yang berkaliber tapi agak mental kadang-kadang,” ujar Erin tersengih.

            “Huh? Mental?”

            Erin tersenyum. Dia pasti Fida tak faham apa yang dimaksudkannya. Dia memandang Rizal. Fida meniru perlakuannya. Rizal yang tidak sedar dirinya diperhati dua pegawai polis wanita terus makan. Mulut yang comot dikesat dengan belakang tapak tangan.

            Rizal bangun dari tempatnya dan berjalan dengan mata pejam untuk membasuh muka. Kerana mata terpejam, Rizal beberapa kali terlanggar dinding dan meja sebelum berjaya sampai ke singki. Fida hampir menghamburkan tawanya. Sejak dia keluar akademik hingga sekarang, baru ini kali pertama dia bertemu dengan pegawai polis seperti Rizal.

            “Sebab tulah aku kata dia tu mental sikit. Nampak aja macam tu, tapi bila bertugas dia serius gila dan masa tulah kita boleh nampak, dia adalah pegawai polis paling handsome pernah kita tengok.” Erin galak bercerita. Sebenarnya sejak mula-mula Rizal berpindah ke Bukit Aman dia sudah tertarik dengan keperibadian Rizal yang tidak memandang ringan setiap tugas yang diamanahkan kepadanya walaupun suka main-main.

            Fida tersenyum. Hanya dengan mendengar cerita dari Erin, dia sudah mula tertarik dengan peribadi Rizal. Serius, ini kali pertama dia lihat dengan mata kepala sendiri seorang lelaki kacak tak tahu control macho. Makan bersepah, jalan terhuyung-hayang.

            Bila cinta, semuanya indah. Pokok-pokok di hutan Amazon turut menari mengikut rentak dan irama lagu Stacy. Dan bila cinta, terasa hati gembira dan sentiasa riang ria di hari raya. Entah kenapa kata-kata itu terlintas difikiran Fida. Biasalah bila pegawai polis mula nak berjiwang, timbullah puisi meraban. Fida, apa yang kau tengah fikir sebenarnya ni? Kau dah bertunang!
**************

Tepat jam 3.00 petang, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mengadakan mesyuarat untuk memaklumkan tentang sebuah kumpulan gangster dan sindiket pengedaran dadah yang baru digelar Sharks telah muncul di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

            Namun kebanyakan polis bujang yang duduk menyertai mesyuarat itu bukannya berminat untuk mendengar penerangan Tuan Rashdan, sebaliknya asyik mencuri pandang ke arah Fida, pegawai polis wanita yang baru ditukarkan hari ini itu.

            Siapa yang tidak terpukau dengan kejelitaan Fida. Belum pernah ada polis secantik itu bertugas di situ sebelum ini. Kalau tanya orang lain pun, pasti orang susah hendak percaya bahawa Fida seorang pegawai polis dan bukannya model catwalk.

            Fida hanya ada sedikit rupa melayu. Tubuhnya tinggi langsing macam body gitar, kulitnya putih gebu, mata coklat macam anak mat saleh. Ketika ada pegawai polis yang curi-curi pandang ke arah gadis jelita itu, gadis itu pula dari tadi sibuk memandang Rizal yang duduk di sebelahnya sambil tekun mendengar kata-kata Tuan Rashdan dan mencatatkan sesuatu sebagai nota.

            Fida terpegun seketika. Rupa Rizal yang mamai pagi tadi berbeza sekali dengan rupanya ketika sedang bertugas dan mengikuti mesyuarat. Rupanya sungguh serius dan tekun mendengar setiap butir bicara tanpa mahu tertinggal sedikit pun. Rizal kelihatan lebih kacak bila tidak tersenyum atau tidak buat-buat blur macam pagi tadi. Karisma yang jelas ada pada diri Rizal membuatkan hati perempuannya berdebar.

            Dia tidak pernah rasa seperti itu sebelum ini. Dengan bakal suaminya pun tidak pernah. Melihat wajah kacak Rizal, dia jadi lupa segala-galanya. Lupa yang dia sebenarnya berpangkat tunangan orang.

            Tanpa berfikir panjang, Fida mengoyak sedikit buku notanya dan menulis sesuatu lalu diserahkan kepada Rizal. Rizal tersentak seketika kerana konsentrasinya diganggu namun dia tetap membaca kertas yang dihulurkan Fida.

            ‘Awak mesti dah tahu saya pegawai baru di sini, kan? Kita tak sempat berkenalan pagi tadi sebab saya nampak awak sibuk aja. Saya harap kita boleh berkenalan dengan lebih rapat lepas ni.’

            Berkerut dahi Rizal. Berkenalan? Dia tahu ada pegawai polis baru yang dipindahkan ke sini tapi tak sangka pula pegawai baru itu menghulurkan salam perkenalan ketika mesyuarat sedang berlangsung.

            Baru keluar akademik agaknya, tak berperangai macam polis langsung, detik hati Rizal dan terus menulis sesuatu pada kertas itu dan dihulurkan kembali kepada Fida.

            Hati Fida berbunga-bunga riang. Sukanya dia bila Rizal memberi respons positif. Ada peluang nampaknya.

            ‘Berkenalan? Oh boleh, taip ON KENAL dan hantar ke pusat kajian gempa bumi Toronto.’

            Ternganga sebentar Fida membaca nota yang Rizal balas untuknya. Sangkanya Rizal sudi berkenalan dengannya tapi...argh! Adakah Rizal langsung tidak terpikat dengan wajah pan Asia yang dimilikinya?

            Dia tersedar apabila Erin menyinggung lengannya. Muka Erin sedang merah menahan ketawa.

            “Wei, kau ajak Rizal berkenalan ke? Lupakanlah Fida, dia dah kahwin pun!”

            Panjang lopong Fida. Semacam petir kata-kata itu menerjah telinganya. Dramatik jugak dia ni kadang-kadang. Mungkin sebab banyak kali menonton drama cinta. Itu yang terbawa-bawa sampai ke dunia sebenar.

            Dah kahwin? Habis tu kenapa baru sekarang nak bagitahu aku? Bodohnya aku, patutlah dia tak layan. Argh! Malu semalu-malunya!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)