Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Sunday, August 10, 2014

Zikir Cinta 22

JESSICA memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah menginjak ke pukul sebelas pagi. Rancangan mereka selepas ini mereka akan pulang ke Canberra. Sudah tiga hari mereka di Gold Coast dan sudah menjelajah ke pelbagai tempat.

            Untuk dua hari seterusnya selepas kejadian di Vanity Nightclub, Cinta mengikut mereka berempat berjalan-jalan. Dia pernah beberapa kali mencuba untuk mendekati dan berbual dengan Adrian, namun Adrian masih dingin. Langsung tidak mahu memandang Cinta dan sentiasa berjalan dihadapan sekali meninggalkan rakan-rakannya dibelakang. Cinta akur dan terus bersabar.

            Mulanya mereka ingin bercuti sepuas-puas hati hingga hari konvokesyen yang akan berlangsung dalam masa sebulan lagi, tapi Adrian ingin pulang ke New Zealand kerana ibunya tiba-tiba jatuh sakit. Oleh itu mereka terpaksa memendekkan tempoh percutian.

            Jason Lee berkira-kira ingin pulang ke Malaysia selepas ini sementara Daniel dan Jessica pula merancang untuk bekerja sambilan di sekitar Canberra untuk mengumpul duit dahulu sehingga hari konvokesyen. Boleh juga mereka menghantar wang kepada orang tua di negara masing-masing.

            “Kita gerak lepas ni lepas solat Zohor. Berkumpul kat tingkat bawah,” arah Adrian kepada Jessica ketika menemui gadis itu di lobi.

            “Okey, aku juga masih ada barang-barang yang belum diberesin,” ujar Jessica pula.

            Adrian mengangguk dan tersenyum. Belum sempat Jessica berlalu, dia terdengar namanya dipanggil.

            “Yup?” Jessica menoleh.

            Adrian menarik nafasnya dalam-dalam dan bersuara, “Daniel ada cakap apa-apa kat awak tentang saya?”

            Berkerut dahi Jessica mendengar pertanyaan Adrian. Dia kembali menghampiri lelaki itu. Setelah agak lama berfikir, dia tersenyum.

            “Oh ya, Daniel ada bilang sesuatu!”

            Senyuman Adrian semakin melebar. Tidak sabar-sabar dia mahu mendengar kata-kata Jessica yang seterusnya.

            “Dia bilang minggu depan kamu mau pulang ke New Zealand kan?”

            Senyuman di bibir Adrian mati mendadak.

            “Aku rasa sih, aku akan kerja aja di sini. Mau kumpul wang. Apa pun, aku doakan perjalanan kamu selamat. Titip salam aku buat orang tua kamu, ya?”

            Belum sempat Adrian membalas, Jessica terus berlalu. Adrian mendengus sendiri. Tiga hari yang lalu Daniel sendiri yang menawarkan bantuannya tapi sampai sekarang Jessica belum tahu tentang isi hatinya. Arghh… ni mesti sebab si Daniel ni tak habis-habis nak jaga Cinta kesayangan tu!

            Jessica tiba di biliknya di tingkat dua. Ketika dia memulas daun pintu, dia terus tergamam di situ. Matanya besar seperti melihat lembaga yang menakutkan. Benarkah apa yang disaksikannya ini? Atau adakah ini hanya sekadar halusinasinya sahaja?

            Cinta sedang duduk di atas tikar sejadah, lengkap bertelekung dengan bibir yang terkumat-kamit seperti sedang berzikir. Kain telekung yang digunakan oleh Cinta adalah kain telekungnya. Sepanjang tiga hari duduk sebilik dengan gadis Malaysia itu, tidak pernah pula dia nampak gadis tersebut menunaikan solat hatta didalam beg pakaiannya pun tiada telekung solat. Itu yang membuatnya tergamam dan tertanya-tanya.

            Tapi tidak lama kemudian, dia tersenyum pula.

            Alhamdulillah, Cinta sudah tahu kemana tempat yang paling tepat untuk dia berpaling setiap kali ada masalah. Tiada tempat yang lebih menenangkan selain bersujud dan berzikir pada Allah.

Karena sesungguhnya zikir itu bukti cinta hambanya buat sang Pencipta, bisik kalbunya sambil merenung Cinta yang masih lagi berzikir tanpa menyedari kehadirannya.

“Eh, dah lama kau berdiri kat situ?” Jessica hanya tersedar apabila Cinta menegurnya.

Cinta tersenyum dan terus bangun dari tikar sejadah.

“Sorry sebab guna telekung kau tanpa kebenaran.”

“Eh, gak apa-apalah. Pakai aja. Aku suka kok.” Jessica tersenyum melebar dan melangkah ke katilnya.

Cinta terus menanggalkan telekung lalu melipatnya dengan cermat.

“Kamu solat apa, Cinta? Waktu Zohor belum masuk.” Jessica bertanya.

“Solat sunat taubat.”

Jessica mengangguk-angguk.

“Alhamdulillah… memang sih, sebagai umat Islam, kita memang digalakkan solat sunat taubat. Sentiasa memohon keampunan dari-Nya karena kadang-kala kita sendiri ada berbuat dosa tanpa kita sedari.”

Cinta turut mengangguk. Dia melabuhkan punggung disebelah Jessica.

“Aku patut berterima kasih pada korang yang banyak beri nasihat pada aku selama ni. Sebelum ni aku hanya mendengar, tapi belum tergerak hati untuk melaksanakannya. Tapi hari ni, aku rasa aku dah bersedia untuk berubah kepada Cinta yang baru. Aku memohon supaya Allah ampunkan dosa-dosa aku yang lalu dan supaya Allah beri aku petunjuk ke jalan yang lurus.”

Jessica tersenyum bangga dan memeluk bahu Cinta.

“Alhamdulillah, aku bangga sama kamu Cinta. Aku tahu satu hari nanti kamu pasti akan berubah. Insya-Allah, doa yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Allah yang Maha Mendengar.”

Cinta tersenyum sahaja mendengarnya. Baru kini dirinya merasa terhenyak dengan segala perkara yang pernah dilakukan. 24 tahun menghirup udara di muka bumi milik Allah SWT tanpa melaksanakan tanggungjawab selaku seorang hamba-Nya.

Mungkin juga dia berubah kerana Daniel, tapi dia tidak peduli. Baginya walau apa pun niat seseorang itu pada awal penghijaran tidak terlalu penting, yang penting bagaimana seseorang itu mengekalkan perubahannya.

Mungkin niat mula-mula berubah kerana manusia boleh bertukar suatu hari nanti, telahnya didalam hati.
************

SELEPAS masing-masing menunaikan solat Zohor, mereka terus bertolak menuju ke destinasi seterusnya, Canberra. Memandangkan mereka tidak boleh membuat perjalanan ekspres kerana jarak yang terlalu jauh, mereka perlu berhenti rehat dibeberapa buah pekan, sama seperti yang dilakukan sewaktu perjalanan pergi tiga hari yang lalu.

            Perjalanan dari Gold Coast ke Sydney sahaja sudah memakan masa sepuluh hingga sebelas jam melalui Pacific Highway. Mereka sempat berehat seketika di Coffs Harbour, Port Macquire dan beberapa pekan lain sebelum sampai ke Sydney.

            “Pekan apa ni?” Daniel terjaga dari lena apabila Adrian memberhentikan keretanya dihadapan sebuah hotel. Ketika itu hari sudah lewat petang keesokan harinya. Kalau tidak banyak berhenti, pasti mereka boleh sampai lebih awal.

            “Pekan apanya? Dah sampai Sydneylah!”

            Daniel mengerutkan dahinya. Matanya ditenyeh beberapa kali.

            “Lambatnya sampai…” ujarnya dalam keadaan yang masih mamai.

            “Kita check in hotel ni. Aku dah book dua hari lepas, sebab mengikut jangkaannya memang kita akan sampai sini dulu. Korang masuk dulu, tunggu kat dalam. Aku pergi park kereta jap,” ujar Adrian sambil menunjuk ke arah hotel Sheraton On The Park.

            “Mak aih, besarnya hotel. Berapa ni woi? Aku takde duit nak bayar kalau mahal-mahal.”

            Daniel yang tadinya mengantuk tiba-tiba jadi segar memandang hotel mewah yang tersergam indah dihadapan matanya.

            “Tak mahal punlah. Aku book suites dua. Baru AUD649. Ada suites yang lagi mahal. Ni kira murahlah ni.”

            “649 dollar kau kata tak mahal? Kau anak Bill Gates ke apa? Aku pun tak sanggup nak tempah bilik mahal camtu. Esok nak check out jugak,” sampuk Jason Lee yang baru mengeluarkan beg pakaiannya dari bonet kereta.

            “Tak payah risaulah. Aku belanja!” sahut Adrian tersenyum-senyum.

            “Tapi ni mahal sangat ni. Aku tak bolehlah, Adrian…” Daniel jadi rendah diri. Dia bersahabat baik dengan Adrian selama ini bukan kerana Adrian anak orang kaya. Dia tidak mahu menjadi rakan yang mengikis duit rakannya sendiri dalam diam.

            “So kau ada cadangan yang lebih baik ke? Hotel bajet? Sorry, aku tak pernah cek pasal hotel bajet kat sini sebab aku memang sengaja cari hotel mahal. In fact, aku bukannya seorang yang down to earth. Cukuplah tidur hostel murah kat Gold Coast tu. Tak selesalah tidur katil murah, sakit belakang.” Penuh keselambaan Adrian menuturkan ayatnya, membuatkan Daniel dan Jason Lee saling berpandangan sesama sendiri. Entah masih rasa terkejut atau rasa menyampah dengan kepoyoan Adrian.

            Adrian tergelak dalam hati melihat reaksi rakan-rakannya. Alah, dia sebenarnya bukan jenis yang suka berlagak. Dia hanya mahu menginap ditempat yang selesa dengan rakan-rakannya. Sekali-sekala belanja kawan, apa salahnya. Dia bukan jenis kedekut.

            Reaksi yang sama diterimanya oleh Jessica, dan dia tetap memberi jawapan poyo yang sama kepada gadis itu. Jessica hanya buat muka beruang berhibernasi dan terus masuk ke dalam hotel sementara menunggu Cinta memakirkan kereta.

            Sebaik mendapat bilik, Jason Lee terus merebahkan tubuhnya di katil bersaiz king yang ada didalam bilik itu tanpa berfikir apa-apa lagi. Dia sudah terlalu keletihan dan mengantuk kerana perjalanan yang lama sepanjang hari.

            Daniel dan Adrian pula mengemas-ngemas barang mereka.

            “Danny.” Adrian bersuara ketika sedang membuka beg pakaiannya.

            “Bila kau nak beritahu Jessica?”

            Daniel menyepi. Dia sudah faham benar soalan Adrian itu. Sudah beberapa kali Adrian bertanya tentang bagaimana reaksi Jessica. Tapi sebenarnya sampai sekarang dia belum memberitahu kepada Jessica tentang hal itu.

            “Sorry, Adrian, Aku susahlah nak cakap setiap kali dia ada kat depan aku. Lagipun bila aku bukak cerita pasal cinta-cinta, dia mesti alih topik. Bosan!”

            Adrian menggigit bibir.

            “Atau nak senang, kau beritahu je sendiri kat dia.” Saranan Daniel hanya membuatkan Adrian tergeleng-geleng.

            Tidak! Tak mungkin dia akan melafazkan kata-kata ‘I love you’. Dia bukannya jenis lelaki romantik yang suka berjiwang karat. Jessica tu yang lembab sebab tak pernah sedar perhatian yang ditumpahkan oleh Adrian kepadanya selama ini.

            “Aku tahu kau bukan jenis lelaki macam tu, tapi apa salahnya untuk kali ni aja kau tak jadi diri kau sendiri? Kau boleh bersiul kat perempuan lalu-lalang, tapi kenapa dengan Jessica tiba-tiba kau nak jadi blur?”

            Adrian tersenyum mengejek.

            “Hek elek, cakap aku. Sekarang aku nak tanya kau pulak. Kau blur tak bila berdepan dengan Cinta?” Adrian menyoal balik. Dia masih tidak menyukai Cinta, tetapi dia suka menyakat Daniel kerana dia tahu wajah Daniel akan berubah kemerah-merahan setiap kali nama Cinta disebut.

            Daniel tersenyum sinis. Segera melarikan anak matanya daripada pandangan menikam Adrian.

            “Kau dah lari topik, Adrian. Aku tanya kau dulu.”

            “Eh, tak lari lagi. Dua-dua pun hal berkenaan hati dan perasaan.”

            “Dahlah, aku nak tidur. Nanti tolong kejutkan, takut terlepas waktu solat.”

            Daniel terus merebahkan tubuhnya di sebelah Jason Lee dan menyelimut seluruh tubuhnya dengan selimut tebal yang disediakan. Malu juga kalau dilihat Adrian wajahnya sudah memerah.

            Adrian tergelak halus. Daniel… Daniel… cuba menjadi penyelamat kepada kehidupan orang lain, tetapi masih buta dengan kehidupan sendiri!


p/s: Pasni insya-Allah akan ada sekuel untuk novel Kutemui Cinta dan Zikir Cinta, tapi akan digabungkan jadi satu. Jadi sesiapa yang belum baca Kutemui Cinta, silalah baca dulu. Haha :P

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

22 comments:

siti nadzirah said...

dah jadi baik....

Liyana Azman said...

as usual,Adrian comel tapi gambar Daniel dgn Cinta atas sekali tu cantik. I like!

syah said...

pendeknya.nak lagi..nak lagi

Ct Roxalynna said...

mohon sambungannya... wink2~ hahaha~

Mia Adriana said...

best3..tp pendek sgt.nak lagi

E-la Adiey said...

terima kasih semua... haha... pendek tu x dpt nak tolonglah. dah mmg setakat tu je. stay tuned! ;)

budak blur said...

aiyooo...pendek sgtlah ela...panjangkanlah sikit.huhu..tp apa2 pun,aku masih minat Daniel berbanding Adrian. haha

Ct Roxalynna said...

setuju dgn budak blur... minat Daniel sgt2.. huahaha...
Hurmmm, bab 23 la cmtu, please..^^
Wink2..hehe~

E-la Adiey said...

budak blur & Ct Roxalynna - lol..korg ni mmg dh berpakat ke apa :P haha.. yela2..ela smbung nnti.jgn risau meh ;)

Ct Roxalynna said...

kami berdua peminat setia Daniel.. cehhht. hahaha..
habis Adrian nya dingin banget ama Cinta..
saat aku baca dia namperin Cinta, serem banget atuh..
Huhuhu...:P
~Bab 23, please..^^
wink2, haha

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - haha... ape daa.. ni berjangkit dgn Jessica lak ke speaking Indonesia bagai. hahah.. orite. esok la ela upload. haha

Ct Roxalynna said...

yessza!
hahaha..
Aku bicara gini karena watak Jessica turut beri kesan ke aku...
Kasian dia... Huhu..

Haha, maap deh, terlebih gula hari ni baca karya2 ela . wink2 , haha~

E-la Adiey said...

lol. apahal kesian dkat Jessica? dia baik2 aja kok, mbak siti :P

tula... terperasan hari ni siti rajin mengkomeng2 dan mengkodek2 novel lama. haha.. baca jela.. free for everybody :P

Ct Roxalynna said...

kasian ama penyakitnya mbak Jessica itu, hehe.. :p

:) ***senyum panjang. Rahang dah cramped. Dah tak larat nk gelak mlm ni. hahaha~

Nice baca semua novel lama ela~ :)

E-la Adiey said...

tgh2 mood raya + cuti ni jela ada kesempatan baca novel ek. pasni masuk sem jangan harap. haha.. ela paham perasaan tersebut. terima kasih manyak2 siti kerana menjadi pengkomeng terbanyak malam ni. rasa macam nak bg award je. haha :PPP

Ct Roxalynna said...

yuppp, hahaha... cuti itu amat berharga utk membaca...
waktu2 mcm ni baru free..HUhuhu. Terima kasih krn memahami...

Hahaha, kalau boleh menang award, nak trofi!!! :P
hahaha~
Wink2~ ^^

E-la Adiey said...

hahah.. amboih dia.. ela xde troli kat rumah. medal skolah rendah dulu ada la.. tp tu pun ada logo skolah so x boleh bg kat siti. haha :P

ela bleh kasi award lain. jeng3... rahsia, xleh cerita kat sini. klu jumpa baru ela kasi :P

Ct Roxalynna said...

lolll~ takpe, troli byk kt mydin n giant tu ela... hahaha~ ct gurau2 jek...
kalau trofi logo skola ela tu, xpela, kami punya pun byk gak..haha :p

orraaiiitttt, kutuntut jandamu...
ehh, kutuntut janjimu.. ^^

E-la Adiey said...

hahaha.. adoi.. malam2 macam ni. penat gelak baca komen siti xD

insya-allah.. trofi dh ada. siap autograf lg :P

Ct Roxalynna said...

hahaha, Alhamdulillah... suka dgr ada kawan terhibur dgn kita...
Wpun kita byk mengarut malam ni kan..
hahaha..

Syukran jazilan for the trophy ...
*** Though , Idk what it is...
haha ~ ^^

E-la Adiey said...

hahaha.. trofi tu nnti tahu klu kita jmpe je.. klu x jmpe, xdela trofi. :P

Eddayu said...

Melting.. Cair di buatnye