Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Wednesday, July 7, 2010

Abang Khai Tomboy? 19

“MARI minum!” Rizal menjerit sambil menatang dulang berisi sejag jus oren dan empat biji gelas ke halaman rumah. Dulang tersebut diletak di atas meja batu.
Serentak itu, along, angah dan adik meninggalkan tugas masing-masing dan berlari mendapatkan Rizal. Belum sempat Rizal memberi gelas-gelas yang berisi jus oren itu kepada anak-anak saudaranya, mereka lebih pantas menyambar gelas-gelas itu.
Sekarang, setiap hujung minggu, Rizal akan mengarahkan anak-anak saudaranya untuk membersihkan halaman rumah. Kalau dulu, dia perlu memaksa mereka, tapi sekarang, mereka dengan rela hati akan melakukannya. Tambahan pula sekarang ini along sudah berbaik dengannya.
Along sebenarnya tidak jahat. Dia cuma perlukan perhatian. Dia memberontak dengan harapan orang lain akan lebih bertanya tentang dirinya. Dia sudah tidak bergaul dengan budak-budak kutu rayau lagi. Nama Jantan bin Awang pun sudah tidak kedengaran lagi. Imej along balik ke asal, berbaju kurung.
“Abah, tiap-tiap hujung minggu asyik bersihkan kawasan rumah aje. Boringlah!” rungut angah sambil menyeka peluh di dahinya.
“Habis tu nak buat apa?”
“Apa-apalah yang boleh membuktikan keganasan angah.”
Rizal geleng kepala “Angah, tak payahlah nak buktikan keganasan. Angah tu kan perempuan...”
“Itulah silap orang lelaki, suka pandang perempuan sebelah mata. Dalam kepala otak dia orang tu dah set yang perempuan ni tak boleh buat kerja lain selain memasak, mengemas, menjahit, beranak, layan suami, didik anak,” bebel angah dengan bersungguh-sungguh.
“Jauhnya angah berfikir. Ke situ pulak dia. Maksud abah, perempuan ni kena lemah lembut, barulah lelaki suka. Kalau dah kahwin esok-esok, senang nak jadi ibu. Ini tidak, kalau ganas nanti, hari-hari laki kena karate. Kesian kat dia.”
“Abah, angah ni sebenarnya memang suka lelaki lembut pun sebab katanya senang nak buli. Tak adalah jadi kes dera dalam rumah tangga,” sampuk along.
“Yalah tu, tak jadi kes dera apa? Angah yang dera laki angah nanti!” balas Rizal sambil ketawa.
Muka angah sikit punya merah. Dia tumbuk perlahan bahu Rizal. Bila tiada sebarang tindak balas, dia cuba membuat aksi lebih ganas pada Rizal. Kaki Rizal cuba disepaknya tapi, dengan sepantas kilat Rizal melarikan diri. Apa lagi, bekejar-kejaranlah mereka. Sakan!
“Assalamualaikum...”
Serentak itu larian Rizal dan angah kaku. Masing-masing berpaling ke pintu pagar.
Khai berjalan memasuki halaman rumah dengan tergesa-gesa.
Apasal kalut semacam aje mamat ni? Macam nak sampaikan sesuatu aje. Ada konsert Linkin Park ke?
“Kita ada masalah, Riz...”
“Masalah apa?”
“Papa aku. Dia cakap dia nak rebut hak penjagaan ke atas along, angah dan adik daripada kau.”
What?

****************************


“APA cadangan Encik Hazri untuk menang kes ni?” Rizal tenang duduk di hadapan Encik Hazri, peguam yang dilantiknya untuk melawan Dato’ Rashid. Dia betul-betul tidak menyangka Dato’ Rashid yang sebelum ini tidak pernah nak ambil tahu tentang kewujudan along,angah dan adik, tiba-tiba ingin merebut hak penjagaan daripadanya.
            Banyak cantik dia punya kepala botak licin. Aku yang dah susah payah jaga dia orang selama ni, jadi aku yang lebih berhak, gumam Rizal.
“Pada pendapat plantif, awak tak layak jaga cucu-cucunya sebab awak masih muda dan belum berkahwin. Dia cuba cari kelemahan awak. Jadi, tugas kita adalah untuk menangkis setiap tuduhan tersebut. Dalam kes ni kita kena banyak bawa bertenang. Kalau awak cepat melatah dan naik marah, dia akan mengecop awak sebagai seorang yang panas baran dan cucu-cucunya tidak patut berada di bawah penjagaan awak. Pada pendapat saya, kita patut jumpa Dato’ Rashid dan berbincang baik-baik. Kalau boleh, cuba pujuk dia untuk selesaikan kes ni di luar mahkamah. Tegaskan pada dia yang awak memang layak,” tekan Encik Hazri lagi.
“Tapi yang saya tak faham, kenapa baru sekarang dia nak ambil tahu hal budak-budak tu? Kenapa tak dari dulu? Saya pasti ada sesuatu yang tak kena.” Rizal membalas.
“Mungkin fakta tu pun boleh digunakan dalam mahkamah untuk melawan Dato’ Rashid. Tapi, saya rasa lebih baik awak cuba selesaikan hal ni di luar mahkamah. Saya takut fikiran budak-budak tu terganggu. Dia orang akan keliru kalau diasak dengan pelbagai soalan oleh pihak mahkamah,” tokok Encik Hazri.


Rizal mengangguk lemah. “Baiklah. Buatlah apa yang Encik Hazri rasa patut. Cuma saya sangat berharap yang anak-anak saudara saya tak jatuh ke tangan dia. Terutamanya, adik. Dia tak biasa dengan orang luar. Dan saya sendiri tak sanggup kehilangan dia orang. Saya sayang dia orang macam anak saya sendiri.”
*********************
“OKEY, bang. Balik dulu!” Khai mengangkat tangan kepada Salim sebelum meninggalkan lokasi pengambaran itu. Pengambaran drama sudah tamat untuk hari ini.
“Khai! Khai!”
Khai menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dari jauh Zakwan berlari mendapatkannya. Khai mendengus kasar. Zakwan, pelakon sambilan. Dalam drama ni dia membawa watak polis. Khai sebenarnya tidak berapa suka dengan Zakwan. Sejak mula-mula Zakwan muncul, Zakwan sering benar mengacaunya. Tak tahulah kenapa. Orang buat tak layan pun, dia buat-buat tak tahu. Setiap kali jumpa, ajak makan malam atau shopping walaupun tahu Khai tetap akan memberi jawapan yang mengecewakan.
“Hah, ada apa?” Khai acuh tak acuh memandang Zakwan yang tersengih-sengih.
“Mmm… Hari ni shooting habis awal. Kau free tak?”
Dah agak dah, mesti dia akan tanya soalan tu. “Tak, aku nak balik makan nasi. Apa hal?”
“Err… tak payahlah makan kat rumah. Jom makan dengan aku. My treat!
Sorrylah, aku tak suka makan kat luar. Kang mengamuk bibik aku kalau aku tak makan masakan dia.”
Jawapan Khai menghampakan Zakwan. Namun, dia masih belum berputus asa. “Macam mana esok?”
“Tengoklah kalau aku rajin…” Khai ingin masuk ke keretanya, tapi Zakwan menghalang pintu.
Khai membulatkan mata bundarnya memandang Zakwan.
“Okey, okey... Kita bertaruh. Kalau lepas ni ada kereta Wira lalu, kau keluar dengan aku esok. Kalau tak ada, aku tak paksa. Okey?”
Khai meneguk liur. Habislah kalau ada kereta Wira lalu kat sini. Zakwan, kau memang tak faham bahasa. Aku tak nak kaulah!
Sorry, aku tak ada masa nak tunggu kereta Wira lalu. Ada nanti kau misscall rumah jiran aku. Chiow!” Khai terus memboloskan diri ke dalam kereta. Zakwan mengetuk-ngetuk tingkap kereta, tapi Khai buat-buat tak dengar. Gear dimasukkan dan pedal minyak ditekan. Selamat tinggal Zakwan.
Zakwan hanya merenung kereta Khai yang semakin menghilang dengan perasaan yang kecewa. Tak apa, Khai, kau nak lari sekarang larilah. Aku takkan putus asa. Kau memang tak faham perasaan aku.

*********************************


AKU tak boleh benarkan papa ambik budak-budak tu daripada Rizal. Aku yakin papa tengah rancang sesuatu. Kalau dengan papa, janganlah harapkan sesuatu yang bermutu daripada dia, detik hati Khai sambil kakinya melangkah laju ke bilik bacaan papanya.
Khai bukannya tidak suka papanya mahu mengambil berat soal along, angah dan adik. Tapi, dia hairan kerana papanya mengambil keputusan ini secara mendadak. Dia takut andai papanya merancang sesuatu yang tidak baik.
“Ya, ya, aku tahulah!”
Belum sempat Khai memulas tombol pintu, dia terdengar suara papanya bercakap dengan seseorang di corong telefon. Cakap dengan siapa? Syok jugak kalau curi dengar ni. Khai menekupkan telinganya ke muka pintu.
“Aku nak kau siapkan baik-baik. Kali ni tak boleh ada sebarang kesilapan. Pastikan stok baru tu dah siap. Dua bulan lagi, Geng Fox nak adakan urusniaga. Aku tak nak benda yang sama terjadi masa kita berurusan dengan Geng 13 dulu.”
Kedengaran ganggang telefon diletak kasar. Kening Khai berkerut. Geng Fox? Stok? Ada apa sebenarnya? Tengah-tengah Khai duk berfikir, kedengaran pula derap kaki papanya melangkah ke pintu. Pantas Khai membuka langkah dalam usaha menyelamatkan diri. Dia tidak mahu papanya tahu yang dia sudah mendengar perbualan papanya tadi. Stok? Geng Fox? Geng 13? Siapa sebenarnya papa?

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

3 comments:

Bluefanatics said...

pndknye hee nak agi nak agi ;D

sherita said...

huhu
someone admired khai
apakah reaksi rizal??
huhu

ellis said...

curiousnya
huhu
khai ada peminat lak
cinta 4 segi tulla
huhu