Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuesday, July 1, 2014

Zikir Cinta 9

DANIEL menguap lagi. Sudah berapa kali dia menguap, dia sendiri tidak tahu. Matanya pula sudah berair. Namun assignment yang sedang dibuat belum siap. Sebenarnya bukan susah sangat buat assignment. Dia cuma perlu menyalin semula daripada assignmentnya. Tapi bukannya boleh salin bulat-bulat, nanti kalau Profesor Wilson tahu, menggelabah nak reka jawapan nanti.

            Dia membetulkan jari-jemarinya yang sudah lenguh. Mana tidaknya, dia menaip sejak empat jam yang lalu tanpa henti. Sakit tangannya menyalin semula assignment yang sudah siap minggu lepas. Tapi demi kekasih hati, dia redha sahaja. Cinta adalah kekasih hatinya, bakal isterinya, tidak mungkin dia akan membiarkan gadis kesayangannya menyiapkan assignment ketika sedang sakit.

            Ketika dia sedang membetulkan urut belikat yang terasa lenguh, tiba-tiba ada ketukan di muka pintu. Dia menenyeh mata beberapa kali sambil menahan kantuk.

            “Masuklah, pintu tak kunci!”

            Tombol pintu dipulas dari luar. Adrian masuk sambil membawa mug.

            “Kau belum tidur lagi?” sapa Daniel.

            “Aku terbangun. Nampak lampu bilik kau masih menyala. Awal kau bangun. Tinggal lagi sejam sebelum azan Subuh,” ujar Adrian sambil menoleh jam di dinding bilik yang menunjukkan pukul 3.30.

            Daniel sekadar tersenyum. Kalaulah Adrian tahu yang dia sebenarnya tidak tidur langsung kerana menyiapkan assignment Cinta, pasti dia akan terpaksa menadah telinga mendengar ceramah sepanjang karangan subjek Sejarah SPM.

            “Ni, aku ada buatkan kopi. Minumlah, aku tak minum lagi,” pelawa Adrian sambil meletakkan mug di tangannya di atas meja belajar Daniel.

            “Eh, tak apalah. Ni kan air kau. Kau minumlah.”

            “Aku memang buat untuk kaulah. Aku agak kau dah bangun sebab nampak lampu bernyala. So aku buatkan kau kopi. Macamlah aku lalu sangat nak minum kopi pagi-pagi buta ni,” sela Adrian pula.

            Daniel sekadar mencemik. Adrian tahu kopi panas memang minuman kegemarannya.

            “Eh, kau buat apa ni?” Adrian alih topik, melihat kertas kerja yang menimbun di atas meja Daniel.

            “Assignment.”

            “Assignment? Which one?”

            “Individual assignment Professor Wilson.”

            Kening Adrian bertaut. “Eh, bukan kau punya dah siap?”

            Kali ini Daniel terpempan. Dia menunduk dan mengetap bibir. Adui…

            “Kau buat assignment si gedik tu ke?”

            Pertanyaan Adrian membuat dia tersentak. Aduh, minta-mintalah tak kena ceramah dipagi yang hening dikala aku sedang mengantuk ni.

            Daniel tidak menjawab, namun kebisuan rakannya sudah memadai untuk menjawab soalannya tadi. Adrian melepaskan keluhan.

            “Danny… Danny… bilalah kau nak sedar? Kau sedar tak yang dia tu cuma gunakan kau? Sekarang dia suruh kau buat assignment dia, entah-entah esok lusa dia suruh kau basuh kain baju dia pulak!”

            Adrian tergeleng-geleng. Entah bagaimana lagi caranya untuk menyedarkan Daniel. Nak fikir positif pun biarlah bertempat. Sayang sangat dekat si gedik perasan cantik bernama Cinta itu.

            “Apa salahnya aku tolong dia? Dia kan girlfriend aku. Lagipun kau nampak kan semalam dia tak datang kelas. Dia tak sihat.” Daniel menjelaskan.

            “Aku tahu, tapi bukan macam ni caranya. Pagi-pagi buta macam ni orang lain tidur, rehatkan badan, kau pulak dok bersengkang mata,” ungkap Adrian dengan nada tidak puas hati.

            Daniel tersenyum tepi sahaja mendengar leteran sahabatnya.

            “Dah nak siap ni. Kau pergilah tidur. Dah Subuh nanti aku kejut. Anyway, thanks for the coffee.”

            Dan dia terus kembali menatap kertas kerja di atas mejanya, seolah-olah Adrian tiada di situ.

            Adrian hanya mampu menggeleng. Dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya dan terus melangkah keluar dari bilik itu dengan perasaan kesal dan marah. Kesal dengan sikap Daniel yang rela dirinya dipergunakan dan marah dengan sikap Cinta yang mengambil kesempatan.

            Ya Allah, kau bukakanlah mata hati kawan aku ni, Adrian berdoa dalam hati.

****************

“MANA assignment tu?” tanya Cinta tidak sabar-sabar. Dia mahu cepat sebelum pensyarah mereka sampai.

“Ini…” Daniel menghulur.

“Thanks, Daniel. I know I can count on you. And that’s why I love you,” ucap Cinta riang.

Adrian yang duduk di sebelah Daniel nak termuntah melihat gelagat Cinta. Huh, terlentok-liuk. Bajet cantik. Dah kawan aku buat assignment kau baru kau nak sayang? gerutunya geram.

“Daniel, awak ni sweetlah. Sebab tu saya terpikat dengan awak. Awak lain dari yang lain.”

Meluat Adrian mendengar kata-kata Cinta itu. Sangat plastik dan pandai berlakon! Macamlah Daniel seorang teman lelakinya. Si Daniel ni pun satu, dah tahu Cinta tu playgirl, couple jugak kenapa?

Kata Daniel, Cinta dah berubah. Adoi… susahnya berkawan dengan lelaki lurus ni. Senang sangat kena tipu.

Naik bernanah matanya melihat Cinta memaut lengan Daniel walaupun rakannya itu jelas kelihatan tidak selesa.

“Haih… datang sini nak belajar ke nak jual minyak urat?” sindir Adrian selamba.

Wajah Cinta berubah mendadak.

“Kat sini jual minyak urat tak lakulah. Tak ada orang sakit sendi,” sindirnya lagi.

“Sibuk!” bidas Cinta dan terus berlalu ke tempat duduknya.

Adrian tersenyum riang. Bagus, sejuk sikit mata ni.

Adrian berlagak macam tak bersalah apabila Daniel melirik tajam kepadanya. Dia tersenyum dalam hati. Puas hatinya dapat menyakitkan hati Cinta.

Sepanjang kuliah berlangsung pagi itu, mata Cinta tidak lekang melihat Daniel dan Adrian. Kedua-duanya memang rapat dan dia tahu, dia harus memikirkan cara untuk memisahkan mereka. Sejak dulu dia memang tidak suka pada Adrian dan dia juga tahu Adrian tidak suka padanya.

Daniel menunggu pelajar-pelajar lain keluar dahulu selepas kuliah tamat. Matanya hinggap pada si buah hati yang duduk selang beberapa buah kerusi.

“Cinta, saya…”

“Sorry Danny, kita tak boleh cakap sekarang. Saya ada hal sikitlah. Sorry sangat-sangat.” Cinta kelihatan tergesa-gesa mengemas barang dan dimasukkan ke dalam beg.

Daniel hampa. Baru sahaja dia ingin mengajak Cinta makan tengah hari bersama.

“I’m sorry. Saya janji esok kita keluar sama-sama. Esok saya tak busy,” pujuk Cinta melihat wajah Daniel yang sedikit suram. Hari ini dia sudah berjanji mahu keluar bersama Sean, mat saleh dari jurusan Perundangan.

Daniel sekadar tersenyum dan melihat sahaja Cinta melangkah pergi. Nak buat macam mana? Dia memang naif orangnya. Langsung tidak terasa hati dengan sikap Cinta yang tiba-tiba berubah itu.

Ketika itulah dia lihat Adrian dan Jason Lee menghampirinya.

“Wei, jomlah. Kita pergi makan dulu. We'd better have a hearty meal cause I’m starving to death right now,” ajak Jason Lee sambil mengusap-usap perutnya yang tidak henti-henti bergendang kerana tidak makan dari pagi.

“Hari ni special sikit. Jessica nak belanja makan sebab hari ni birthday dia,” beritahu Adrian pula.

Daniel tersenyum dan melihat Jessica yang menanti mereka di pintu masuk dewan kuliah.

Daniel mengangguk. Adrian, Jason Lee dan Jessica; hanya mereka yang selalu ada di sisinya setiap kali dia memerlukan rakan.

Cinta? Entahlah. Mereka hanya akan keluar bersama hanya jika janji temu itu diatur sendiri oleh Cinta. Daniel cuba berfikiran positif. Mungkin Cinta memang benar-benar sibuk dan ada urusan peribadi.

Daniel. Kerana tulus cintanya kepada gadis bernama Cinta Aulia itu, dia butakan mata dan langsung tidak mendengar nasihat daripada sesiapa. Sentiasa bersangka baik tentang gadis kesayangannya. Menyimpan perasaan terhadap Cinta sejak dari semester pertama, membuatkan dia benar-benar takut untuk kehilangan gadis itu.
******************

“DI Surabaya nggak ada tempat yang begitu special. Aku juga bukan anak orang kaya. Orang tua aku cuma ngerjain sawah,” cerita Jessica semasa mereka berempat makan di Waldorf on London, sebuah restoran western di Akuna Street.

            “Habis tu macam mana awak boleh further study? Dapat scholarship ke?” tanya Jason Lee berminat.

            “Aku dapat biasiswa Australian Development Scholarship. Dulu di sekolah, aku sering mendapat anugerah pelajar cemerlang. Kalau menurut orang tua aku sih, mereka lebih senang kalau aku turut jadi pesawah. Tapi aku nggak betah terus-terusan hidup gituan. Aku ingin banget merubah nasib keluargaku. Aku capek terus-terusan hidup dalam kemiskinan. Makanya, aku mahu belajar bersungguh-sungguh dan bina rumah yang besar buat orang tuaku.”

            Masing-masing terdiam. Begitu besar harapan dan cita-cita Jessica mahu membantu kedua orang tuanya. Adrian dan Jason Lee tentu tidak merasa apa-apa kerana mereka memang lahir dari keluarga berada tapi Daniel memahami perasaan Jessica. Tapi mungkin nasibnya baik sedikit kerana tinggal di Malaysia. Bantuan dan derma tidak putus-putus datang. Kalau musim perayaan, bekalan makanan memang tak habis.

            “Nanti selepas dapat ijazah, aku mau kerja di Malaysia. Di negara aku, penduduknya ramai sekali. Saingannya banyak banget. Yang bernasib baik dapat kerja bagus, tapi gajinya nggak terlalu lumayan. Yang aku tahu dari para warga di desa aku, Malaysia kurang tenaga buruh dan pekerja. Gaji di sana juga lumayan. Tante aku yang cuma jadi pembantu di sana bila pulang udah bisa beli rumah baru dan buka warung sendiri. Hebat, kan?” ujar Jessica lagi dengan nada ceria.

            “Bagaimana dengan kamu, Adrian? Kamu tinggal di New Zealand sejak tamat sekolah, kan? Asik gak tinggal di sana?”

            Tumpuan beralih kepada Adrian pula. Adrian tersenyum dan mengangguk.

            “Saya dilahirkan di Malaysia dan membesar di Malaysia. Masa baru habis SPM, ayah saya nak buka business branch di New Zealand. So that’s why my family and I move there. Tapi kadang-kadang kalau ada masa balik jugak Malaysia. Nenek saya ada kat sana,” kata Adrian tertawa dihujung suaranya.

            “Pasti enak ya, bisa tinggal di negara asing?”

            “Umm… bolehlah but for me, personally, Malaysia tetap the best!” ujar Adrian dan disokong oleh Jason Lee yang mengangguk ceria.

            “Eh Adrian, apa tempat best kat New Zealand ek?” soal Daniel pula. Dia memang tidak pernah ke luar negara kecuali Australia.

            Adrian tersenyum dan membayangkan kota tempat tinggalnya. Auckland. Sungguh bersih dan segar. Dia rindu untuk menghidu bau rumput New Zealand yang segar dan tiada pencemaran.

            “Macam yang korang tahu dan seperti mana motto negara New Zealand, 100% asli. Persekitaran tak tercemar. Macam Australia jugak, kebanyakan tanah berwarna hijau, warna rumput. Walaupun Wellington tu the capital city dan pusat pentadbiran, tapi Auckland adalah kota terbesar yang jadi pintu masuk utama New Zealand,” tutur Adrian dengan penuh ceria.

            “Auckland ada Mount Eden. Korang boleh tengok bandar Auckland terbentang luas from the top of the hill. Berhadapan kawasan tempat aku tinggal, menghadap pelabuhan. Aku teringin nak bawa korang semua ke sana. Nanti aku tunjuk semua tempat-tempat menarik!” katanya lagi.

            Rakan-rakan yang mendengar hanya mengangguk. Kagum.

            Daniel teringat lagi saat mula-mula mengenali Adrian. Pada waktu itu Adrian nampak berlagak. Tak habis-habis speaking mat saleh accent New Zealand. Bila ditanya, Adrian kata dia bersekolah di Auckland sampai darjah tiga sahaja, dan selepas itu pulang ke Malaysia. Dia kemudian berpindah semula ke New Zealand selepas tamat peperiksaan SPM.

Beberapa minggu kemudian, Adrian telah dilahar oleh Jason Lee yang tidak tahan dengan kepoyoan Adrian. Yalah, Jason Lee yang Cina tu pun boleh cakap Melayu, apekehalnya dia nak speaking 24 jam?

            “Wei, sudah-sudahlah. Orang lain dok oversea gak, takde makna asyik nak speaking. Kau bukannya hundred percent mat saleh pun. Aku tahu kau reti cakap Melayu, toksah kencing la. Aku cakap dengan bapak kau pun, lancar je dia speaking Malay. Toksah poyo sangat, aku cakap Mandarin kang baru tahu!”

            Adrian tersenyum-senyum sahaja. Dan selepas itu bila berbual Adrian hanya bercakap Bahasa Melayu. Cuma kadang-kadang saja terselit Bahasa Inggeris.

            Hmm… untunglah jadi Adrian. Anak orang kaya. Pandai.

Macam manalah nak pergi ke New Zealand? Duit tambang untuk balik Malaysia pun selalu tak cukup, detik hati Daniel sendiri. Lainlah Adrian dan Jason Lee. Mereka anak orang kaya. Nak keliling dunia pun boleh kalau mereka mahu.

Tapi dia tidak pernah menyesal dilahirkan sebagai anak orang miskin. Keadaannya membuatkan dia lebih bersyukur dan bertanggungjawab. Biarlah, dia bangga menjadi anak seorang penjual kuih. Semiskin-miskin dia pun, tidak pernah dia dan ibunya meminta sedekah di tepi jalan, mengharap ihsan orang. Dia juga tidak pernah mencuri duit orang.

Daniel menerawang sendiri. Membiarkan dirinya hanyut mengingati memori lalu. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling perit dalam hidupnya.

Dulu, selain menjual kuih, ibunya turut mengambil upah menjadi tukang urut. Dan hanya kerana itu, dia dan ibunya dipulau orang-orang kampung. Dia tidak ada kawan di sekolah. Pernah sekali dia pulang dari sekolah sambil menangis.

“Kenapa Daniel? Kenapa Daniel menangis? Cakap dengan ibu, kenapa?” Kenangan lalu kembali bertandang di benaknya.

Daniel mengesat air mata. Waktu itu dia masih berumur lapan tahun, masih berhingus. Kanak-kanak lurus yang tidak tahu apa-apa.

“Kawan sekolah ejek Daniel, ibu. Diorang kata Daniel tak boleh hadir jamuan akhir tahun kelas. Duit yang ibu bagi tak halal. Tak ada orang nak kawan dengan Daniel, bu.” Daniel menangis teresak-esak di pelukan ibunya.

Terluka hati ibu apabila Daniel berkata seperti itu. Apalah yang difahami anak sekecil itu. Orang-orang kampung juga tidak akan mengerti. Hanya dengan menjual kuih dan mengurut oranglah dia dapat mencari sesuap nasi. Bukan untuknya, tapi untuk anaknya yang sedang membesar itu.

Kalaulah anak kecil itu tiada, sudah lama dia hilang semangat untuk hidup. Dia bertahan selama ini pun hanya demi anak tunggal satu-satunya.

“Ibu, betul ke apa yang diorang kata? Betul ke duit ibu tak halal? Kerja ibu kotor?” tanya Daniel di ribaan ibu.

Ibu tersenyum pahit. Rambut anaknya diusap lembut.

“Daniel sayang ibu tak?” Pantas Daniel mengangguk.

“Kalau Daniel sayang, jangan peduli apa orang kata. Daniel jadilah anak ibu yang baik. Daniel mesti belajar sungguh-sungguh. Buat ibu bangga ya, nak?”

Daniel mengangguk berkali-kali. Ibu hanya tersenyum melihat wajah comel Daniel yang kembali tersenyum.

“Danny!” Dia hanya tersedar apabila terasa bahunya digoyang kuat. Bulat matanya memandang Adrian, Jason Lee dan Jessica yang merenungnya.

“Kau dah sampai mana ni? Orang baru cerita pasal New Zealand dia dah sampai Amerika.”

Daniel tersenyum malu mendengar sindiran Adrian. Jason Lee dan Jessica tertawa.

“Guys, dah pukul 2.00 ni. Aku belum sembahyang. Jom!” ajak Daniel sambil menunjuk jam di pergelangan tangannya.

Yang lain-lain hanya menurut. Selepas Jessica membayar harga makanan untuk hari itu, mereka terus pulang ke kediaman masing-masing.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

baby mio said...

bila la daniel ni nak sedar yang cinta tipu dia.

Jessica Latisya said...

ntah,bila ntah nk sedar si daniel ni. sakit hati lak baca

lollipop kunyah said...

kenapa pompuan tu jahat sgt..eeeeiii...nasib baik bulan puasa,klu x lama dh aku mencarut

siti nadzirah said...

best3

Eddayu said...

rase nk je lempang laju2 si Cinta nie.. eeeiiii gerammmm..
cian kat Danny yg lurus bendul tue..
ble la Danny nk tau perangai sebenar Cinta tue..
pe2 pun.. next n3 plssss... ;)