Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuesday, April 21, 2015

Kau Bidadariku... 14

“KENAPA you nampak happy semacam hari ni?” soal Yasmin sebaik dia melangkah beriringan bersama Adam keluar dari bangunan Wisma Putra. Wajah ceria Adam menjadi santapan matanya.

            “Am I?” Adam memulangkan pertanyaan dengan bibir yang masih mengukir senyuman.

            Yasmin mengangguk dengan pandangan melirik. Beberapa minggu tidak bersua, hari ini dia perasan ada sesuatu yang lain pada diri Adam. Tampak lebih ceria dan bersemangat.

            “Mana taknya, Min? Usaha penat lelah lebih 7 tahun akhirnya membuahkan hasil. Selama ni selalu tak cukup rehat. Lepas ni bolehlah fokus pada kerja dan keluarga aja.”

            Yasmin buat kening double-jerk. Tak faham apa yang diceritakan oleh lelaki itu.

            “Apa maksud you?”

            Adam mengulum senyum. Dia tidak menjawab sehinggalah mereka tiba di tempat letak kereta.

            “You kenal Hafiz, kan?”
            “Naim Mohd Hafiz?”
            “Yup!”
            “Oh, ex-boyfriend Nadya?”

            Ekspresi muka Adam berubah. Berubah sekali riak wajahnya. Dia yang tadinya kelihatan ceria kini tampak sedikit tegang.

            “Err… sorry, maksud I…” Yasmin ingin meminta maaf namun Adam hanya menggeleng.

            Adam cuba menenangkan dirinya dengan mengalihkan seketika wajahnya ke tempat lain sebelum kembali pura-pura tersenyum kepada Yasmin.

            “It’s okay, dah memang itu kenyataannya. Memang Hafiz ex-boyfriend Nadya.”

            Yasmin serba-salah. Tidak tahu pula dia Adam tidak suka. Takkan nak cemburu dengan bekas kekasih Nadya? Adam ini boleh tahan kuat cemburu juga orangnya.

            “Sorry, I tak bermaksud apa-apa. Spontan terkeluar sebab dulukan Hafiz tu sama course dengan I. I kenal dia since dia dengan Nadya dulu…” Yasmin menjelaskan.

            Namun Adam diam sahaja. Dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin, cuba mengembalikan mood ceria dalam dirinya. Sejujurnya, dia memang tidak kisah sekiranya berbicara tentang Hafiz, tapi dia agak kurang gemar jika bicara itu mengaitkan Hafiz dengan isterinya. Perlu ke? Itu cerita 10, 11 tahun yang lalu!

            “Tak apalah, I okey…” Adam menyandarkan tubuh pada kenderaannya sebelum kembali bersuara: “Tapi ni bukan cerita pasal Hafiz. Pasal kembar dia.”

            Yasmin terkejut.
            “Kembar? Hafiz ada kembar?”

            Adam mengangguk. Lupa pula dia, Yasmin memang tidak tahu akan perihal itu. Yasmin berpindah ke luar negara semasa mereka masih di UM. Dan Yasmin juga pasti tidak tahu bahawa Hafiz sudah meninggal dunia!

            “You mesti tertanya-tanya macam mana Nadya boleh kahwin dengan I, kan?”

            Yasmin tersentak. Adam macam tahu-tahu saja memang persoalan itu yang sering bergelut di mindanya sejak kembali bersua dengan lelaki itu. Namun setiap kali otaknya mendesak untuk bertanya, hatinya pula sering menolak.

            “Hafiz passed away 8 years ago. Car accident,” beritahu Adam tanpa berselindung.

            Yasmin tercengang. Aktiviti ventromedial prefrontal cortex yang mengeluarkan endorphins terus terhenti. Terkejut mendengar khabar lama yang baru diketahuinya itu.

            “It’s hard to explain… but well, we can’t choose our path. God choose it, as He knew what is the best for us. Mungkin jodoh Nadya bukan dengan Hafiz dan I lah jodoh Nadya, orang yang ditakdirkan untuk bersama dengan dia sehingga ke akhir hayat. Orang yang akan I bimbing untuk menuju ke syurga-Nya bersama-sama…”

            Yasmin mengetap bibir apabila Adam mula berpuitis pula. Huh, bukan main. Dulu masa couple dengan aku tak macam ni pun! Hatinya menggerutu dek api cemburu.

            Memang benarlah, cinta itu mampu merubah seseorang. Tapi apa yang si Adam ni nampak pada Nadya sampai boleh jatuh cinta sampai begini sekali? Arghh!

            “Sebelum meninggal dunia, Hafiz sempat mewasiatkan pada I supaya cari pasangan kembar dia yang terpisah. Cukup lama I mencari, tapi I tak pernah putus asa. Rupa-rupanya kembar Hafiz tu dah tukar nama. Tapi apa-apa pun, syukur alhamdulillah… usaha I tak sia-sia. Adrian kembali pada keluarga kandungnya untuk menggantikan tempat Hafiz.” Adam bercerita secara ringkas tentang pencariannya.

            “Adrian?”
            “Yup, nama kembar Hafiz. Namanya Hafiz Adrian!”
            “Oh…”

            “Rasa lega sangat-sangat bila amanat terakhir arwah Hafiz I dah laksanakan dengan baik. Selama ni selalu rasa runsing, tidur pun tak lena. Yalah, takut kalau-kalau umur I tak panjang dan tak dapat nak penuhi permintaan terakhir dia. Sekarang semuanya dah selesai, dah tak ada apa lagi yang tinggal. I pun dah boleh start fokus pada Nadya sepenuhnya. She’s my lovely wife… and she’s everything to me!”

            Merah padam wajah Yasmin mendengarnya. Adam cukup berterus-terang tentang perasaannya. Sedikit pun tidak berselindung. Dan dia dapat melihat kejujuran dan kesetiaan dimata lelaki pan Asian yang sudah bergelar suami itu. Beruntungnya Nadya!

            “Baguslah tu. Anyway, dah hampir pukul 12 ni. Why not kita lunch sekali?” Yasmin sengaja memesongkan pokok perbualan. Mendengar kata-kata Adam, berasap-asap telinga jadinya. Hampir sahaja dia hilang pertimbangan.

            “Lunch? Wait, hold on…”

            Adam mendail nombor telefon pejabat menghubungi setiausahanya untuk bertanya tentang jadual pada tengah hari itu.

            “Bos ada cakap nak buat kejutan untuk Puan Nadya. Pagi tadi bos ada minta saya order makanan dari Marrybrown sebab bos nak bawa ke butik. Semua saya dah order, nanti diorang hantarkan!” jawab Huda.

            Merekah senyuman diwajahnya. Hampir sahaja dia terlupa tentang rancangannya ingin makan tengah hari di butik bersama Nadya kerana sibuk dengan hal kerjanya tadi. Nasib baik ada setiausaha yang mengingatkan.

            “Okey, thanks a lot, Huda.” Telefon kembali disimpan ke dalam kocek.

            “Maaf, Yasmin. Maybe next time. I ada surprise untuk Nadya tengah hari ni.”

            Yasmin mengetap gigi gerahamnya sekuat-kuat hati. Tak bosan ke hari-hari dah jumpa kat rumah? Tak boleh berenggang langsung! Dia tidak habis-habis mengutuk dalam hati. Hancur hasratnya ingin menghabiskan masa berdua dengan Adam tengah hari ini.

            “Hmm… untunglah Nadya tu, ya. Dia tak pernah lahirkan zuriat untuk you pun, tapi you sayang dan manjakan dia sepenuh hati.” Spontan ayat itu meluncur keluar dari bibirnya dek kerana rasa cemburu yang sudah menular dihati sedari tadi.

            Adam membulatkan matanya, merenung tajam wajah Yasmin yang langsung tiada riak rasa bersalah. Apa maksud kata-katanya?

            “Sayanglah, Adam. You mampu kahwin lebih dari satu. Umur makin meningkat, kita ni makin tua, bukan makin muda. Suatu hari nanti you pun perlukan pewaris untuk menggantikan posisi you dalam syarikat,” ujar Yasmin lagi. Nada suaranya lembut meskipun hatinya meradang. Dia cuba bermain psikologi.

            Adam diam. Terasa darah sudah menyerbu ke muka. Tanpa sedar tangannya sudah mengepal penumbuk. Lancangnya Yasmin dalam berkata-kata. Kalau tidak mengenangkan Yasmin sebagai rakan perniagaan, mahu sahaja dia mencampak briefcase ditangannya ke wajah bekas teman wanitanya itu.

            Ternyata tebakannya salah. Yasmin belum berubah. Adakah dia fikir dia berhak mengeluarkan pendapat seperti itu hanya kerana mereka pernah kenal rapat suatu ketika dulu?

            Adam menzahirkan senyuman sinis diwajahnya.

            “I tak kesah. Kalau I tak dapat anak, anak-anak Yusof dah ramai. Diorang semua boleh jadi board of directors HS Holdings suatu hari nanti. Lagipun kalau I tak ada anak sekalipun, I tak menyusahkan you. So daripada you selak kain orang, jagalah kain sendiri dulu. Lebih baik you pergi kahwin. Perempuan ni lagi cepat menopause, tau. Takut pulak nanti orang kata you anak dara tak laku.”

            Perghh! Cukup pedas paku buah keras yang dilontarkan oleh Adam. Makin berasap telinga Yasmin dibuatnya, macam makan wasabi. Itulah, cari pasal lagi.

            “Okeylah, I pergi dulu. Kirim salam kat Nadya nanti.”

            Dengan hati yang mendongkol, Yasmin terus mengorak langkah menuju ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Namun baru saja beberapa langkah, terdengar pula Adam memanggil namanya.

            “Lepas ni kalau ada discussion lagi pasal project kita, I akan ajak Yusof sekali. Itupun hal yang penting dan melibatkan kertas kerja saja,” ujar Adam mendatar.

            Yasmin menggigit bibir. Ouh, sebegitu sayangkah Adam terhadap isterinya sehinggakan langsung tidak boleh mendengar benda-benda buruk dari mulut orang lain? Hati Yasmin semakin meledak dengan api cemburu.

            Tanpa membalas apa-apa, dia terus menghayunkan kakinya beredar dari situ dengan rasa perasaan yang bercampur-baur. Rasa marah, cemburu, sakit hati dan benci berkecamuk di ruang hati.

            Adam terus melompat masuk ke dalam kereta seraya menghempas pintu. Deruan nafasnya kedengaran turun naik menahan amarah yang menjalar dihati. Agak lama dia duduk termenung sambil memikirkan kata-kata Yasmin sebentar tadi.

           Hatinya terasa begitu sebal mendengar butir bicara yang tidak berlapik itu. Dia melayan Yasmin seperti seorang kawan, Yasmin boleh pula lebih-lebih memberi komen tentang hal rumah tangganya. Adakah Yasmin mahu mengatakan Nadya mandul dan dia mampu mencari wanita lain demi mendapatkan zuriat?

            Adam mendengus. Pelik dengan perubahan Yasmin yang mendadak itu. Beberapa minggu sejak bekerjasama, Yasmin tampak cukup professional. Mereka berdua boleh membicarakan hal peribadi secara terbuka tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak. Kenapa tiba-tiba hari ini jadi suka menyindir?

            Arghh…! Tiba-tiba Adam terasa menyesal kembali berhubungan dengan wanita bernama Yasmin Dato’ Azman.
*************************

YASMIN menghempaskan punggung ke sofa setelah pulang ke ofis. Briefcasenya pula dicampak ke atas meja dengan kasar. Ketika itu suasana bangunan RED Corporations sudah sunyi sepi kerana staf-staf sudah keluar untuk makan tengah hari.

            Namun dia tidak lapar. Selera makannya sudah terbejat sama sekali setelah mendengar bicara Adam yang sudah mengoyakkan cuping telinga dan mengguris hatinya. Mungkin salahnya sendiri kerana terlalu celupar tapi kenapa Adam…

            Arghhh!!! Yasmin menekup muka. Isteri Adam tak adalah cantik mana. Dia sepuluh kali lebih cantik. Dia punya tubuh yang tinggi langsing, bibir yang merah merekah dan sepasang mata yang cukup menggoda. Kenapa Adam tidak nampak itu semua?

            Atau patutkah dia berterus-terang sahaja pada Adam? Memberitahu Adam tentang perasaannya yang sebenar? Tapi Adam terlalu mencintai isterinya.

            Cuma ada dua kemungkinan jika dia berterus-terang. Pertama, mungkin Adam akan membencinya dan membatalkan urus niaga antara mereka. Dan yang kedua, mungkin Adam tidak akan membatalkan urus niaga tapi akan bertindak menjauhinya.

            Tapi kedua-duanya pun hanya akan merugikan dirinya. Jadi apa pilihan yang dia ada?

            Yasmin duduk di sofa sambil meramas jari-jemarinya. Otaknya ligat berfikir tentang apa yang harus dilakukan. Dia tidak mampu menipu diri sendiri. Dia memang masih mencintai Adam Dato’ Husin!

            Dia bingkas mencapai tas tangan dan menelefon setiausahanya pula. Dia tidak menunggu lama, sekejap sahaja panggilannya berjawab.

            “Hello, Cik Yasmin. Maaf saya tengah makan…” jelas setiausahanya yang bernama Airin itu. Kedengaran riuh-rendah suasana restoran di corong telefon.

            “It’s okay, makanlah. Saya cuma nak beritahu. Tolong dapatkan saya sebuah agensi penyiasatan terbaik. Mana-mana yang awak kenal. As soon as possible.” Padat dan ringkas arahannya. Tanpa menunggu suara Airin menjawab, punat merah terus ditekan.

            Yasmin merengus. Telefon bimbitnya dicampak ke sofa. Kakinya melangkah ke kerusi empuk di meja kerjanya pula.

            Dia memusing tempat duduk menghala ke pemandangan di belakang. Bangunan yang kelihatan gah tercacak di himpunan awan hujung sana bagaikan pendamai untuk hati yang sedang tidak keruan.

            Nadya.

            Nama itu menjulang api kemarahannya. Dia tidak peduli. Dia akan memulakan langkah pertamanya. Dia ingin mengupah penyiasat untuk memerhati gerak-geri Nadya. Dan dia sendiri agak penasaran bagaimana agaknya rupa isteri Adam itu sekarang.

            Huh, cantik sangat ke sampai Adam tergila-gilakan dia? Yasmin tidak percaya. Dia pasti dirinya lebih cantik dan jelita! 

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

6 comments:

Eddayu said...

ah sudahhhh.. x hbs2 lg perangai busuk hati si Jasmin nie.. mmg Adam dn Nadya kene berjaga2 laa..
mcm nie la suami yg baik, mempertahankn maruah isteri dr di perkotak-katik kn oleh org lain.. salute utk Adam.. but Adam pls control ur pns baran tue takut nnti memkn diri sendiri jerrr..
padan muka kat Jasmin..

nurul nuqman said...

Huh!xabis2 dgn niat jahat dy 2.mmg nadya cntk.lauh lg cntk dan baek dari kau yasmin.huh!but adam..... memang bgus tndakan dy.mempertahankan maruah isteri.terbaik.nak lg.haha

E-la Adiey said...

kak Eddayu - panas bran tu akan makan diri sendiri suatu hari nanti. Adam akan berubah jadi seorg yg sgt lain suatu hari nanti

kak weeda/nurul nuqman - hahaha! ni baru kejahatan intro. dh smpai part tu nnti mesti akak lg tension :P

Yuri Kiko said...

benci yasmin

nurul nuqman said...

What?adam berubah jd seseorg yg lain? Ohmai jgnla ela.xsggup nak bce nanth.heee

E-la Adiey said...

kak weeda / nurul nuqman - akak kan suka adrian, xpe kot adam jd lain. keh3