Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, June 27, 2014

Zikir Cinta 8

“AKU dengar kamu pacaran sama Cinta!”

            Kata-kata Jessica mengejutkan Daniel. Bagaimana Jessica boleh tahu? Setahunya yang mengetahui tentang status hubungan istimewanya dengan Cinta yang baru terjalin seminggu itu hanya Adrian dan Jason Lee.

            “Macam mana awak tahu?”

            “Adrian kasi tahu sama aku.”

            “Oh…” sambut Daniel pendek.

            Jessica mengerutkan dahi.

“Daniel, kamu udah fikir sejernih-jernihnya sebelum membuat keputusan ini?”

            Ketukan jari Daniel di laptopnya terhenti. Dia sudah agak. Reaksi Jessica sama seperti reaksi Adrian dan Jason Lee ketika dia memaklumkan kepada mereka tentang hal ini.

            Daniel hanya mengangguk.

            Jessica melepaskan keluhan.

            “Kamu tahukan gimana sikapnya?”

            Daniel diam.

            “Dia itu punya ramai cowok! Aku nggak mau kamu jadi mangsa dia yang entah ke berapa!” Jessica melepaskan ketidak puasan hatinya. Sejak dulu lagi dia tahu benar perangai playgirl Cinta itu. Sudah banyak kali dia terserempak dengan Cinta berjalan dan keluar dengan lelaki yang berlainan.

            “Saya tahu tapi saya yakin yang dia dah berubah. Kalau tak kenapa dia confess pada saya? Sedangkan kita semua tahu yang dia tak suka orang miskin!” Daniel mempertahankan Cinta.

            “Sejauh mana kamu yakin, Danny? Apa kamu bisa menjawab bagi pihaknya kalau dia memang suka sama kamu seperti kamu suka sama dia?” Jessica cuba mengawal intonasi suaranya agar tidak mengganggu pelajar-pelajar lain yang turut menelaah pelajaran di Chifley Library itu.

            Kata-kata Jessica membuat Daniel terdiam seketika. Benar, dia memang tidak tahu sejauh mana perasaan Cinta terhadapnya tapi apa yang dia tahu, dia mencintai Cinta dan tidak pernah memandang harta kekayaan keluarga gadis itu. Dan dia tahu, dia juga tidak boleh marah pada Jessica. Selama ini hanya Jessicalah yang sudi mendengar luahan perasaannya.

            “Aku minta kamu fikir baik-baik. Aku sayang sama kamu, Danny. Aku sayang teman-teman aku. Aku cuma nggak mau kamu kecewa,” ujar Jessica dengan suara yang rendah. Jelas kedengaran nada kecewanya.

            Daniel diam tidak membalas. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membiarkan nasihat Jessica berlalu begitu saja dan terus pura-pura membaca di skrin laptop.

            Sementara Jessica pula memang sudah tidak ada mood untuk meneruskan pembacaannya dan terus mengeluarkan telefon bimbit bermain game.

            Seperti Jessica, begitu jugalah reaksi Adrian dan Jason Lee apabila dia memberitahu mereka tentang kejadian yang berlaku di Ainslie Mountain tempoh hari. Rakan-rakannya tidak suka dia menerima Cinta sebagai kekasih. Bagi mereka, Daniel sudah dibutakan dengan permainan Cinta sedangkan Daniel sendiri tahu bagaimana perangai Cinta sebelum ini.

            “Are you kidding me?!” Wajah Adrian berubah tegang sebaik sahaja Daniel memberitahu bahawa dia dan Cinta kini rasmi menjadi pasangan kekasih tempoh hari.

            Mungkin bunyinya agak kebudak-budakan, tapi siswa-siswi kampus bercinta bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan dia memang benar-benar ikhlas menyayangi Cinta. Azamnya, selepas tamat belajar nanti dia mahu bekerja bersungguh-sungguh untuk membahagiakan Cinta. Dia tidak akan menggunakan satu sen pun wang keluarga Cinta. Dia ingin mengahwini Cinta selepas tamat belajar nanti.

            Tujuan dia memberitahu rakan-rakannya adalah hanya untuk berkongsi kegembiraan, tapi tak sangka mereka mengamuk pula.

            “Danny, kau tak layak untuk dia. Eh bukan, dia yang tak layak untuk kau!” kata Jason Lee pula.

            “Kau ingat lagi tak apa yang dia dah buat kat kau semester lepas? Or should I remind you about that?” marah Adrian.

            “Aku tahu… tapi berilah peluang untuk dia berubah,” tutur Daniel perlahan.

            Adrian mendengus dan mengurut-urut kepala.

            “Danny, aku tak suka Cinta bukan sebab aku bermusuh dengan dia tapi aku tak suka dia sebab aku masih ingat apa yang dia pernah buat kat kau. Kau ingat lagi tak, kau tak tidur tiga malam semata-mata nak siapkan final project tu last minute? Dia biarkan kau terkial-kial buat sorang-sorang. Kau dah lupa ke?”

            Daniel tidak mampu membalas kata-kata Adrian. Memang dia tidak akan lupa apa yang telah Cinta lakukan terhadapnya, tapi perkara itu sudah lama berlalu. Sekarang dia sedang memberi peluang kepada Cinta untuk berubah menjadi lebih baik.

            “Daniel, your mind is flooded with Cinta Aulia. I know you can’t think properly. Please listen to us. Kitorang takut kau kecewa nanti. I know Cinta very well, since high school lagi. Tahukan, kitorang dulu satu sekolah. She loves playing with other people’s feelings. Dia rasa dia secantik Miss Universe, so dia fikir dia mampu dapat mana-mana lelaki pun yang dia nak,” nasihat Jason Lee.

            “Korang memang langsung dah tak boleh beri peluang kat Cinta? Jahat sangat ke Cinta tu di mata korang? Memang dia dah tak boleh berubah langsung?” Daniel menyoal bertalu-talu membuatkan Adrian dan Jason Lee pula yang terdiam.

            “Korang tahu? Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah mereka yang dapat menahan marah dan cepat menghilangkan kemarahan serta mudah memaafkan orang lain,” kata Daniel lagi.

            “Aku tak adalah kata iman aku kuat sangat. Aku mengaku, iman aku pun taklah kuat mana. Tapi at least I try my best to be the best person I can be. Kalau memaafkan kesalahan orang pun aku tak mampu buat, macam mana kalau ada ujian lebih besar yang datang lepas ni?” sambungnya lagi.

            Dia mengangkat kening, menunggu respons dari rakan-rakannya itu. Namun Adrian dan Jason Lee masih diam. Kemudian Daniel tersenyum tepi dan berlalu masuk ke biliknya.

            Jason Lee mengeluh. Buntu kepalanya apabila Daniel mengeluarkan hujah yang berkaitan dengan agama Islam. Dia sendiri pun tak berapa ambil tahu tentang agamanya, tak tahu bila kali terakhir dia ke gereja. Inikan pula nak berdebat tentang agama orang lain.

            Tapi kalau difikir mengikut akal logik, memaafkan orang memang satu perbuatan yang baik, tapi kali ya pun nak buat baik, biarlah kena pada tempatnya. Kerana sifat selalu memaafkan itulah Daniel senang dibuli dan diperkotak-katikkan.

            “She never stop bitching!” seranah Adrian tiba-tiba, mematikan segala teori dalam benak Jason Lee.

            Jason Lee hanya terkelip-kelip sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
*******************

CINTA tersenyum senang sebaik menerima tiga keping sampul berisi kira-kira $990 setiap satu. Sebaik sahaja Daniel rasmi menjadi teman lelakinya, itu bererti kemenangan sudah menjadi miliknya.

            “Cinta, tak boleh ke aku hutang dulu? Itu duit belanja aku untuk minggu ni. Kalau tak, kebulurlah aku nanti.” Fatin tayang muka kesian.

            “Ala…la…la…kesiannya…” Cinta mengeluarkan sekeping not $100 dan menunjuk-nunjuk kepada Fatin. Fatin ingin mengambilnya tapi cepat-cepat wang itu dimasukkan semula ke dalam sampul.

            “Sedap je nak hutang. Nak hutang pegi buat loan bank lah!” ejek Cinta tanpa langsung ada rasa belas kasihan.

            Alah, nak kasihan kenapa? Fatin pun anak orang kaya. Cuma bezanya, minggu ini Fatin tak bolehlah keluar shopping dan lepak-lepak di kelab sebab wangnya habis diberikan kepada Cinta yang menang pertaruhan.

            Fatin mencebik. Terasa dirinya dipermainkan.

            “Aku no hal. Setakat RM3000 tu, bila-bila masa aku boleh mintak dengan bapak aku!” kata Erma angkuh.

            Hana pula hanya tersenyum.

            “So kat tangan aku sekarang dah ada RM9000, joli sakanlah lepas ni!” Cinta menunjuk-nunjuk duit yang ada di tangannya.

            “Aku memang tabik spring lah kat kau, Cinta. Tak sangka dalam masa tiga minggu je kau boleh dapat budak kampung tu!” ujar Erma sambil membuat gaya tabik seorang polis.

            Cinta tersenyum puas. Sekarang baru mereka tahu siapa dia. Tiada lelaki yang akan menolaknya. Dia Cinta Aulia Dato’ Razak, gadis jelita dan manja yang mampu menundukkan mana-mana lelaki pun yang dimahukannya.

            “Sekarang kau dah menang, buat apa kau nak simpan lagi budak kampung tu? Clash je lah!” Erma mengusulkan gagasan.

            “Tak semudah tu. Aku masih belum puas bermain dengan dia. Dia budak pandai, tentu aku boleh manfaatkan sesuatu darinya,” tutur Cinta pula.

            Dia tersenyum sendiri. Memang Daniel bijak. Lelaki bijak yang lurus bendul! Mindanya mula merencana sesuatu yang lain pula.
*******************

“KENAPA Cinta tak datang kelas?” tanya Daniel kepada rakan-rakan Cinta sebaik sahaja kuliah tamat.

            Rakan-rakan Cinta saling berbalas pandangan.

            “Err… dia mal…”

            “Dia tak sihat!” Segera Erma memotong ayat Fatin.

            “Tak sihat?” Daniel kaget.

            “Aah, dia demam sikit. Sebab tu dia tak datang kelas,” jelas Fatin. Yang lain-lain hanya mengiakan.

            “Katanya, dia nak jumpa you lepas kelas habis. Kebetulan dah habis ni, you ikutlah kitorang balik sekali,” sampuk Hana pula.

            Daniel mengangguk-angguk.

            “Okeylah macam tu…” Dia bersetuju.

       Daniel menumpang kenderaan milik Fatin. Sebaik tiba di apartment kediaman mereka, Daniel menunggu di tingkat bawah. Walaupun menyedari dia berada di luar negara dan jiran-jiran memang tidak akan ambil kesah pun kalau dia masuk kedalam rumah gadis-gadis itu, tetapi dia masih mahu menjaga batas-batas dan tata susilanya. Sememangnya nilai ketimuran sukar dikikis dalam dirinya walaupun sudah tiga tahun menetap di Australia.

            Tidak lama selepas itu, Cinta yang berwajah sedikit pucat muncul.

            “Danny.” Suara Cinta bernada lesu.

            “Cinta, awak tak apa-apa?” Daniel bertanya. Bimbang melihat kekasih hatinya pucat seperti itu.

            Cinta hanya menggeleng.

            “Saya tak apa-apa. Demam sikit je. Kalau awak tak percaya, rasalah dahi saya ni.”

            Daniel terkejut saat tangan Cinta tiba-tiba memegang lengannya. Cepat-cepat dia mengelak.

            “Err… eh, tak apalah. Saya percaya.”

            Wajahnya terasa panas. Bukannya apa, dia tidak biasa menyentuh perempuan. Satu-satunya wanita yang disentuhnya selama ini pun cuma ibunya yang tercinta.

            “Mmm… Danny, saya rasa peninglah. Langsung tak boleh nak buat individual assignment sedangkan Professor Wilson nak hari Rabu ni,” ujar Cinta cuba meraih simpati Daniel.

            Daniel diam sahaja.

            “Daniel, can you do me a favour? Tolong buatkan assignment saya boleh? I’m feeling a little bit under the weather ni…” tutur Cinta lemah sambil menekan-nekan kepala dengan hujung jarinya.

            Kasihan pula Daniel melihat buah hatinya yang pucat dan lesu itu. Kalau bukan dia, siapa lagi yang mahu membantu Cinta? Pada hematnya, dia harus menjadi teman lelaki yang bertanggungjawab.

            “Okey, jangan risau. Saya buatkan.”

            Jawapan Daniel begitu menggembirakan Cinta. Hampir sahaja dia terlompat-lompat kesukaan.

            “I’ll send it to your e-mail, okay? Banyak lagi tak siap. Awak tolong siapkan ya? Ya? Ya?”

            Daniel hanya mengangguk. Alah, apalah sangat setakat assignment. Aku punya pun dah siap. Alang-alang ada masa sikit, tolong jelah buat, desis hati Daniel.

            “Okey, saya balik dulu. Awak jaga diri. Makan ubat, lepas tu rehat. Saya siapkan assignment awak sebelum hari Rabu.”

            Cinta tersenyum mendengar janji yang diperoleh. Selepas Daniel dihantar pulang oleh Fatin, Cinta mendongak memandang ke balkoni. Dia nampak rakan-rakannya sedang mengintai disitu.

            Hana dan Erma membuat thumbs up kepada Cinta, tanda pujian. Begitu mudah Cinta memperalat Daniel. Buat muka pucat sikit saja, Daniel sudah percaya. Padahal tempek dengan mekap!

            Ketika Cinta melangkah masuk semula ke dalam apartment, Hana tersengih-sengih dihadapannya.

            “Untung jugak kau couple dengan budak kampung tu. Lepas ni bolehlah kitorang copy assignment kau pulak.”

            “Hek elek, macam mana kau nak copy? Dia mesti bagi masa hari kena submit. Tak sempat punya nak copy assignment setebal kamus dewan bahasa tu. Kau buat jelah sendiri!” Cinta menjelir. Huh, kedekut!

            Cinta menyanyi-nyanyi riang melangkah ke biliknya. Daniel, senang sangat untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Tidak dinafikan, dia sebenarnya tidak tegar memperalat Daniel seperti itu, tetapi dia perlu membuktikan kepada rakan-rakannya yang dia boleh menundukkan mana-mana lelaki yang dia mahu.

            Dan selepas ini, dia akan merubah hidup Daniel sedikit demi sedikit.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

4 comments:

Mohd Hafizi said...

cinta jahat.heroin pertama yg aku benci. =,=

baby mio said...

sama juga ini lah heroin pertama yang saya x suka.

E-la Adiey said...

mohd hafizi & baby mio - haha..rileks la.. ini baru beginning ;p

Nadya Roslan said...

heroin jahat ok apa.asyik baik je xde kelainan