Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuesday, February 5, 2013

KhaiRizal : A Love Story 6

Angin sepoi-sepoi bahasa Portugis yang keluar dari penghawa dingin membuai perasaan Rizal dikala hati terasa seperti digigit alligator. Sudahlah bengang dengan makhluk yang membuat laporan tentang AR Holdings, jalan raya dua ‘lane’ yang sepatutnya mampu membuat jalan ke ofis menjadi lengang sehingga mampu menjadi gelanggang badminton, tiba-tiba bertukar meriah macam disko.

            Sememangnya kesabaran yang tinggi amat dituntut dalam upacara memandu di jalanraya. Dah nama pun KL, time raya baru sunyi. Siap boleh dangdut atas jalan raya.

            Sesekali Azman mengerling Rizal yang menyanyi-nyanyi kecil sambil menumbuk stereng kereta. Menyanyinya tak best mana, sound effect je lebih.

            “Rizal, kau rasa memang syarikat tu tak terlibat ke?” soal Azman sambil memandang ke luar tingkap.

            “Haish, manalah aku tahu. Nak tuduh pun tak ada bukti.” Rizal sudah mula mengangkat sebelah kakinya ke atas kerusi, rasa lenguh dari tadi asyik bersedia nak tekan minyak tapi tak bergerak-gerak pun.

            “Yelah memang tak ada bukti tapi tak semestinya diorang tak terlibat. Mungkin diorang ada simpan stok dadah tu kat tempat lain, kat tempat yang kita tak tahu.” Azman mula membuat andaian sendiri.

            Rizal menenyeh-nenyeh mata. “Kalau kau tahu kau siasatlah, apa-apa info bagitahu.” Kemudian dia mengerling ke arah jamnya. Pukul 5.15 petang. Patut pun jalan sesak. Pekerja pejabat memang sedang bergegas untuk pulang ke rumah masing-masing.

            “Okey...mmm...weh, kau dah ucap Happy Mother’s Day untuk wife kau? Aku baru je call mak aku tadi, wish dia.”

            Tiba-tiba Rizal menepuk dahi. Dia bagaikan baru teringat sesuatu.

            “Aduh, kerja banyak sangatlah. Aku betul-betul lupa.”

            Azman tersengih. “Itulah kau, asyik fikir kerja je. Aku pun kerja jugak tapi setiap tahun aku wish mak aku, tau tak? Walaupun mak kau dah tak ada sekalipun, sekurang-kurangnya wishlah dekat bini kau yang comel tu.”

            “Yelah, yelah, aku lupa je. Thanks bagitahu. Nanti aku wish dia. Kau tu bila lagi nak cari bini? Setiap tahun wish kat mak je.”

            “Alah, belum ada jodoh. Aku belum jumpa perempuan gangster macam bini kau. Hahaha...”

            “Whoa...kau suka perempuan gangster?”

            “Gangsterlah best. Lembik-lembik buat apa?”

            “Ceh, patutlah tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Kau kahwin dalam mimpi jelah, bro...”

            Azman sekadar tersenyum. Bukan dia tidak mahu tapi kerjayanya sebagai anggota polis terpaksa membantutkan niatnya untuk mencari calon isteri. Dan lagipun, entahlah... dia rasa setiap gadis yang ditemuinya tidak menepati ciri-ciri gadis impiannya. Kalau gadis itu mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Khai, mungkin...

            “Man.” Azman tersentak.
            “Apa?”
            “Mintak tolong boleh?”
            “Cakap jelah, kau kan kawan aku.”

            “Kalau suatu hari nanti terjadi apa-apa pada aku, boleh kau tolong jaga family aku untuk aku?”

            Azman benar-benar terkejut. Permintaan Rizal membuatnya terkedu. Mana pulak Rizal nak pergi tiba-tiba tinggalkan wasiat yang sungguh kambing itu.

            “Kau jangan nak mengarut, boleh tak? Kau nak aku hentak kepala kau kat stereng?” marah Azman.

            “Kau ni janganlah emo sangat. Aku saja je. Lagipun, ajal maut Tuhan yang tentukan. Kita tak tahu lama mana kita akan hidup, kan?”

            Azman terdiam. Kata-kata Rizal begitu menyentuh hatinya. Mungkin dia berdosa kerana menyimpan perasaan pada isteri orang tapi tidak pernah walau sedetik pun dia terfikir untuk merampas isteri kepada rakan baiknya sendiri.

            “Wei, janganlah senyap je. Aku gurau jelah.” Rizal menepuk-nepuk bahu Azman sambil ketawa.

            Azman menarik muncung. Dia sudah tiada mood untuk bergurau. Melihat Azman diam, Rizal turut menumpukan perhatian pada pemanduannya dan mereka terus tidak bersuara. Dengan keadaan jalan yang sesak dan Azman yang tiba-tiba berubah mood, bila digabungkan menjadi remix senandung hati luka di jalan raya.
*****************
Khai berdiri di luar beranda sambil berpeluk tubuh. Kedinginan malam terasa menusuk hingga ke tulang sum-sum. Nasib baik pakai baju tebal. Kalau tidak dah membeku kat situ.

            Sambil termenung, dia mendongak memandang bulan yang sedang mengambang. Dia memang suka tengok bulan sebab matahari panas, bulan sejuk. Dia dari lepas baligh suka tengok bulan, ada kaitan tak? Huhu...

            Bila pandang ke bulan, dia teringat kehidupannya yang banyak berubah selepas berkahwin. Dia tidak menyesali perkahwinan tanpa cinta antara dia dan Rizal, yang akhirnya membawa bahagia hingga ke hari ini. Rizal sampai sekarang tidak pernah mengungkit tentang salasilah keluarganya dan Dato’ Rashid sampai sekarang. Khai hanya berkesempatan melawat pusara papanya sekali-sekala kerana jarak rumah mereka ke tanah perkuburan berdekatan dengan Penjara Sungai Buloh itu agak jauh.

            “Rina.” Khai hanya tersedar apabila menyedari seseorang memeluk pinggangnya dari belakang.

            Khai tersenyum. Kalau tidak berpaling pun dia sudah tahu siapa yang memeluknya. Takkanlah Along pulak yang buang tebiat nak peluk dia tengah-tengah malam begini.

            “Best sangat ke tenung bulan tu? Daripada tenung bulan, baik tenung muka abang yang handsome ni,”ujar Rizal tersengih.

            Khai mencebik. Tak perlu dinafikan, Rizal memang handsome tapi tak boleh puji depan-depan. Nanti hidungnya akan dikembangkan dengan sengaja.

            “Rina memang suka tengok bulan sorang-sorang. Bukan jiwang, tapi Rina rasa bulan ni lawa gila. Bila Rina tengok, Rina rasa nak terbang pergi sana,” ujar Khai sambil bersandar di dada sasa suaminya.

            “Kan best kalau manusia boleh duduk atas bulan. Kat bulan mesti tenang gila. Tak ada roadblock, tak ada radio,”sambungnya lagi.

            Rizal tersenyum dan menongkat dagu di bahu isterinya. “Tapikan, superhero mana-mana pun yang gagah dalam filem, semua tak pernah pergi bulan, kan? Kan? Kan? Kalau perhati betul-betul kat bulan, boleh nampak kawah-kawah yang terbentuk akibat asteroid melanggar bulan, skema tak ayat abang? Hahaha...”

            Khai ketawa. Rizal memang tak sah kalau tak buat lawak sehari. Agaknya otak pernah masuk air masa kecik-kecik dulu tak. Tapi bagus jugak, tak adalah rumahtangga serius hari-hari. Padanlah dekat balai Rizal digelar badut bergerak.

            “Rina, abang lupa nak cakap sesuatu.”
            “Apa? Abang lupa nak buang sampah hari ni?”

            “Ish bukanlah, abang nak ucap Happy Mother’s Day. Terima kasih sebab jaga makan minum abang selama ni, jaga abang bila abang sakit, jadi pendengar yang setia bila abang ada masalah dan yang paling penting, terima kasih sebab sudi lahirkan anak untuk abang. Jasa Rina abang takkan lupa sampai ke akhir hayat.”

            Ucapan Rizal menyentuh hati Khai. Hampir air matanya menitis tapi cepat dia memalingkan tubuhnya dan memeluk Rizal dengan erat. Rizal mengelus-elus rambut isterinya.

            “Rina pun nak ucap terima kasih sebab sudi terima Rina yang serba kekurangan ni. Tapi Insya-Allah, Rina akan lakukan yang terbaik untuk abang.”

            “Okey, Rina boleh mulakan dengan berhenti panggil abang Inspektor Gadget.”

            Khai ketawa. “Mana boleh, itu kan panggilan manja abang. Tak ada orang lain yang boleh panggil abang macam tu selain Rina, okey?”

            Rizal turut ketawa lalu mencium ubun-ubun isterinya itu. Pelukan makin dieratkan.

            “Yalah, yalah, suka hati Rinalah asalkan Rina bahagia. Abang cuma nak tengok isteri dan anak-anak abang ketawa. Abang tentu takkan lepaskan sesiapa pun yang buat isteri abang ni menangis. Tapi, boleh Rina sesuatu dengan abang?”

            “Apa dia?”

            “Kalau sesuatu terjadi pada abang, berjanjilah dengan abang yang Rina akan teruskan hidup dan besarkan anak-anak kita dengan baik. Buat mereka rasa tak kehilangan kasih sayang seorang ayah.”

            Khai terkejut. Kata-kata Rizal membuat jantungnya berhenti berdegup untuk seketika. Terus dia melepaskan diri dari pelukan Rizal.

            “Abang cakap apa ni? Abang kata abang takkan lepaskan sesiapa pun yang buat Rina nangis, tapi abang sendiri yang buat Rina nangis!” Air mata Khai mula bergenang.

            Rizal tersenyum. Dia kembali menarik Khai ke dalam pelukannya. “Abang minta maaf, sayang. Abang tak sengaja. Abang sendiri tak tahu kenapa abang cakap macam tu. Sejak akhir-akhir ni abang asyik fikir benda yang bukan-bukan.”

            “Janji tak cakap macam tu lagi, okey? Kalau tak Rina tak nak kawan!”ugut Khai seperti budak kecil.

            “Yalah, yalah, abang janji,” ucap Rizal tenang. Tubuh Khai didakap sayang. Mungkin betul memang ada sesuatu yang tak kena difikirkannya sejak akhir-akhir ini. Tidak mungkin dia akan meninggalkan wanita yang paling dicintainya.

            “Inspektor Gadget...”Khai bersuara lagi. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya.

            “Hmm...”
            “Abang rasa Rina ni siapa sebenarnya?”

            Rizal terdiam seketika. Susah jugak soalan ni. Lagi senang soalan yang cikgu bagi masa sekolah dulu. Terasa menyesal tak belajar ilmu cinta sampai PhD. Kalau tak setakat soalan ni selamba je dia jawab sambil garu perut kucing.

            “Mmm... Rina adalah tulang rusuk abang!” Rizal hanya menjawab apa yang lahir dari hatinya. Jawapan yang ringkas, padat dan tepat.

            Khai tersenyum bahagia. Tubuh Rizal dipeluk erat dengan kasih yang menggebu.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

1 comment:

hani said...

jgn lah apa2 kat rizal...tak seronok lah cam tu