Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, May 7, 2015

Kau Bidadariku... 18

ADRIAN menyambut bekas makanan yang dihulurkan oleh Nadya. Bekas plastik itu ditinjaunya sedikit, tertanya-tanya makanan apakah yang dimasak oleh Nadya untuk ibunya kali ini.

            “Saya masakkan asam pedas Melaka sebab ibu ada cakap teringin nak makan asam pedas dua hari lepas,” ujar Nadya tanpa disoal. Macam tahu-tahu sahaja Adrian yang penasaran tatkala terhidu bau lazat yang menerobos keluar dari celahan bekas plastik.

            “Oh, ye ke. Tak kesahlah. Ibu ada bagitahu awak orang Melaka, so no wonder lah pandai masak asam pedas,” respons Adrian pula.

            Setakat ini, sudah agak banyak info mengenai Nadya yang diketahuinya melalui Puan Sri Azila. Bukan dia sengaja mengorek rahsia, tetapi ibunya sendiri yang rajin bercerita. Puan Sri Azila tidak pernah jemu-jemu memutarkan kembali apa yang pernah terjadi diantara Nadya, Adam dan arwah Hafiz suatu ketika dulu.

            Sudah hampir dua minggu berlalu. Dan sepanjang tempoh itu, Adrian semakin kerap singgah ke butik untuk mengambil dan menghantar makanan. Kebiasaannya Puan Sri Azila akan memasak pada waktu pagi dan meminta Adrian menghantarkan makanan yang dimasaknya kepada Nadya sebelum tengah hari. Nadya pula akan membalas dengan memasak pelbagai lauk-pauk menggunakan bekas makanan yang sama dua hari selepas itu.

            Adrian tidak pernah keberatan menjadi orang tengah antara Puan Sri Azila dengan Nadya, malah dia gembira dapat melakukan sesuatu untuk ibu kesayangannya itu. Lagipun, setiap kali memandu kereta untuk ke pejabat, dia tetap akan melewati kawasan butik Nadya. Jadi tidak salah jika dia mengambil sedikit masa menjengah ke butik.

            Tambahan pula, setakat menghantar dan mengambil makanan, itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Apalah gunanya menjadi seorang anak jika tidak mampu berbakti kepada ibu sendiri.

            “Okeylah, kalau dah tak ada apa-apa saya balik dulu. Insya-Allah esok lusa saya datang lagi. Mana tahu nanti ibu masakkan nasi beriani ke, rendang ke…” seloroh Adrian seraya tertawa halus.

            Nadya tersenyum melirik. Hmm… pandai bergurau juga Adrian ni rupanya.

            “Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Adrian menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat, satu perkara yang dipelajarinya daripada Daniel.

            “Waalaikumussalam…”

            Nadya mengangguk lalu mengiringi Adrian hingga ke pintu utama butik. Setelah susuk tubuh tinggi lampai Adrian menghilang dari pandangan, Lily yang muncul entah dari mana terus menerpa ke arah majikannya itu.

            “Adrian tu baik ya, kak? Rajin dia datang semata-mata nak hantar dan ambil makanan untuk akak. Patuh sungguh dia pada Puan Sri Azila. Dahlah baik, handsome pulak tu,” puji Lily dengan senyuman yang meleret.

            Nadya tergelak. “Amboi, bukan main pujinya. Lily suka Adrian, ek?”
            Wajah Lily berona kemerahan mendengar serkap jarang Nadya.
            “Ish, akak ni!”
            “Eleh, malulah tu…”

            Nadya ketawa seraya melangkah ke ofis mininya. Lily membuntuti dari belakang. Dia baru mengetahui cerita sebenar mengenai kemunculan Adrian sejak beberapa hari yang lalu.

            Patutlah sepanjang bekerja di butik itu, Lily tidak pernah tahu tentang kewujudan Adrian. Rupa-rupanya Adrian adalah anak Puan Sri Azila yang terpisah sejak kecil. Sewaktu Nadya asyik bercerita tentang sejarah hidup Adrian dan arwah Hafiz, Lily hanya mampu ternganga sambil membayangkan dirinya sedang menonton drama swasta tempatan.

            Tak sangka boleh terjadi juga di dunia realiti rupanya. Anak yang terpisah dan bertemu semula setelah si anak berusia menjangkau 30 tahun? Terharu sungguh. Ala-ala telemovie slot menjelang Hari Raya sungguh feeling dia. Huahuahua…

            “Kalau Lily suka, kenapa tak cuba ajak dia berborak? Ini tidak, bila Adrian datang, sibuk nak kemas mejalah, mop lantailah…” ungkap Nadya lagi, membuatkan Lily hanya mampu tersengih malu-malu kucing Siam.

          “Bukan tak nak kak. Dia datang cuma nak hantar makanan kan. Lagipun, Adrian tu muka sombonglah. Macam tak suka layan perempuan je. Entah-entah, dia tu gay kot!”

            “Ish Lily, tak baik cakap macam tu. Mungkin dia pemalu, tak biasa dengan perempuan. Kita tak kenal pun Adrian tu macam mana orangnya.” Nadya menepis kata-kata Lily. Meskipun tahu gadis itu sekadar bergurau, namun gelaran ‘gay’ adalah sesuatu yang memang tidak menyenangkan.

            Lily terus tekup mulut tatkala menyedari Nadya yang sudah mengerutkan muka kepadanya.

            “Sorry kak…”

            Setelah itu Lily terus berlalu ke kaunter meneruskan tugas-tugasnya dengan wajah selamba.

            Nadya yang kembali semula ke ruang ofisnya terus menghenyakkan punggung ke kerusi. Dia membuka laman Facebook sambil melayan beberapa orang pelanggan yang bertanya tentang seleksi pakaian di butiknya. Demi mengembangkan lagi bisnes yang sedia ada, Nadya turut membuka akaun rasmi Butik NADYA’S di laman Instagram, Pinterest dan Twitter agar senang berinteraksi dengan pelanggan.

            Sedang dia ralit melihat skrin komputer, terlintas kata-kata Lily sebentar tadi di kotak fikirannya.

            Hmm… Adrian gay? Tak masuk akal langsung! Pada hematnya, Adrian cuma menjaga batas pergaulan dengan wanita. Adrian seorang yang sopan dan sentiasa menundukkan pandangan. Jelas sekali dia bukan jenis yang melayan wanita sebarangan.

            Hampir dua minggu Adrian menjadi orang tengah antara dia dan Puan Sri Azila, mereka tidak pernah berborak panjang, jauh sekali hendak bergurau mesra. Adrian benar-benar hanya menurut arahan ibunya; beri dan ambil makanan. Itu sahaja. Dan Adrian langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk saling berkenalan dengan lebih dekat dengan Nadya mahupun Lily.

            Mungkin jugak dia jenis lelaki yang betul-betul setia pada girlfriend! Nadya membuat andaian sendiri. Ya, ada kemungkinan juga Adrian sudah punya pilihan hati sendiri dan tidak mahu perkara itu heboh sehingga tiba waktu yang sesuai.

            “Kesian Lily, prince charming idaman sudah berpunya rupa-rupanya…” Nadya mencemikkan muka, dalam hati tergelak sendiri.
********************

DANIEL sibuk melayan para pelanggan yang berpusu-pusu datang ke Cinta Aisha’s Cafe untuk makan tengah hari. Tukang masak didapur bertungkus-lumus memasak dan memotong bahan mentah. Pelayan-pelayan pula berlari ke sana-sini; sekejap ke bahagian dapur, sekejap ke kaunter minuman, sekejap berlari ke meja pelanggan. Satu scenario normal setiap kali tiba waktu makan tengah hari.

            Butir-butir peluh didahi diseka dengan lengan baju. Sedang Daniel terbongkok-bongkok mengemas meja yang bersepah dengan sisa-sisa makanan, dia terpandang kelibat Adrian yang menapak masuk ke kafe. Spontan bibirnya memalitkan senyuman.

            “Assalamualaikum, busy ke?” Adrian menyapa ramah sambil melonggarkan tali leher yang sedikit merimaskan. Kulit wajahnya yang putih bersih tampak kemerahan-merahan tatkala terkena bahang terik mentari yang tegak di atas kepala.

            “Waalaikumussalam. Takdelah busy sangat. Aku tolong kemas meja je. Eh, kau duduklah dulu. Kejap lagi aku datang.”

            Daniel cepat-cepat mengangkat pinggan serta cawan kotor sebelum melangkah ke ruang dapur. Adrian serba salah melihat kesibukan sahabatnya. Pada awalnya dia berkira-kira untuk pulang sahaja. Takut sekiranya kedatangannya mengganggu rutin Daniel. Tapi kalau dia pergi, nanti pula Daniel terasa hati. Sudahlah sejak dia berpindah ke rumah Tan Sri Jamaluddin dan Puan Sri Azila, mereka semakin jarang dapat berjumpa.

            “Weh, apahal tercegat kat situ? Mehla duduk!” Suara Daniel mengganggu angan pendeknya.

            Adrian tersenyum sumbing seraya melangkah mendapatkan Daniel yang sudah melabuhkan punggung di meja yang agak tersorok didalam kafe, meja yang sering menjadi tempat persidangan mereka agar dapat berborak tanpa sebarang gangguan bunyi.

            “Apa cerita tiba-tiba datang hari ni?” Daniel membuka arena perbualan sebaik Adrian duduk dihadapannya.

            “Apahal? Aku tak boleh datang ke? Kata friends forever!”

            Daniel ketawa mengekek. “Alah, kau tu sejak ada family baru dah jarang dah nak jumpa aku. Itu pasal aku pelik tiba-tiba kau muncul hari ni.”

            “Alah, kau pun tahu jarak rumah aku dengan kafe kau ni bukannya dekat. Tambah dengan jalan jam bagai.Tapi harini takpe, aku masuk ofis lambat sikit,” jelas Adrian pula.

            Daniel mengangguk-angguk.

            “Oh, okey… kau nak makan apa? Aku suruh Zul buatkan.”

            “Tak pe, aku baru lepas makan. Saja datang sini nak borak dengan kau. Aku dari rumah tadi. Singgah butik Nadya kejap, ambik lauk. Lepas tu makan dengan ibu aku.”

            Daniel mengelip-ngelipkan mata. Berkerut seketika keningnya kerana tidak memahami maksud kata-kata Adrian.

            “Nadya? Isteri Adam tu ke?” Daniel meneka. Dia sudah mengetahui serba sedikit mengenai Nadya melalui Adrian. Kata Adrian, Nadya adalah bekas tunang arwah Hafiz. Kerana itu Nadya agak rapat dengan Puan Sri Azila, malah sudah dianggap seperti anak sendiri oleh kedua ibu bapa kandung Adrian.

            “Aah, sejak akhir-akhir ni aku selalu singgah butik Nadya. Dia dengan ibu aku selalu bertukar-tukar makanan. Akulah yang jadi posmen tak berbayar. Bila ibu aku masak, aku hantar kat Nadya. Bila Nadya yang masak, aku ambil lauk kat butik dia. Pastu aku makan dengan ibu aku.” Bersahaja Adrian bercerita tanpa menyedari riak wajah Daniel yang sudah sedikit lain.

            “Kau jumpa isteri orang berdua-duaan? Are you serious, Adrian?” Daniel mengecilkan mata memandang Adrian, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

            Dulu ketika mereka masih belajar di Australia, memang Adrian agak bebas orangnya. Cuma apabila bersahabat dan tinggal sebumbung dengan Daniel, pemuda kampung dari Mersing yang soft spoken dan rajin menyampaikan nasihat agama, Adrian jadi sedikit segan dan berusaha mengawal pergaulan. Malah Jason Lee juga tertarik untuk mendekati Islam setelah melihat keperibadian Daniel.

            Dalam hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari ada menyebut, ‘Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat adalah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan kamu, sama ada kamu membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah kamu atau baju kamu terbakar, atau mendapat bau busuk.’

            Adrian ketawa kecil melihat reaksi sahabatnya.

            “Apa bro? Kau ingat aku syok dekat bini orang ke? Come on, aku waras lagi tau. Aku pergi sana bukannya jumpa dia berdua-duaan. Pekerja butik ada sekali. Dan aku pun cuma anggap Nadya sebagai kawan sebab dia anak angkat ibu aku.”

            “Oh... okey.” Daniel menarik nafas lega, syukur bukan seperti yang dibayangkan.

            Mungkin orang lain akan mengatakan dia terlebih paranoid, tapi Adrian sudah dianggap seperti saudara sendiri. Tidak salah sekiranya dia ingin mengambil berat.

            Dulu setelah pemergian Jessica, Adrian dilihat semakin banyak berubah. Sahabat baiknya itu makin dekat dengan agama dan sentiasa menundukkan pandangan, langsung tidak membenarkan mana-mana perempuan menyentuh kalbunya sehingga ke saat ini.

            Cuma manalah tahu kalau-kalau paras jelita Nadya telah menambat hati Adrian dan menyebabkan Adrian lupa siapa sebenarnya Nadya. Oh tidak, dia tidak mahu itu terjadi!

            “Aku bukannya apa, Adrian. Aku tahu kau pandai jaga batas, cuma tak salah kalau aku nasihatkan. Bukannya seorang isteri tak boleh berkawan dengan lelaki lain tapi cara berkawan dan bergaul perlu diambil kira. Ingat, wanita itu adalah fitnah. Ini bermaksud, apa saja perlakuan wanita mampu menimbulkan buruk sangka dan kesannya adalah perkara yang tidak diingini. Kau faham maksud aku, kan?”

            Adrian sekadar mengangguk, tidak mahu mengulas mahupun menambah. Baginya, nasihat Daniel itu tidak begitu relevan kerana dia sememangnya tidak pernah berniat untuk rapat dengan Nadya. Namun dia tetap menghargai pesanan itu kerana tahu Daniel sekadar prihatin perihal dirinya.

            “Tapi apasal ibu kau suruh kau yang hantarkan makanan? Kenapa dia tak suruh driver? Mustahil parents kau tak ada gajikan driver, kan?” Daniel masih lagi ragu-ragu.

            “Biasanya sebelum aku ada, memang ibu aku hantar sendiri kalau dia ada masa. Kalau sibuk, dia suruh driver je hantarkan, tapi kebetulan driver tu cuti sampai hujung minggu ni. Dia pergi buat umrah,” beritahu Adrian jujur.

            “Dan lagipun, rasanya tak salah kalau aku tolong ibu aku. Nadya pun bukannya orang lain. Kau sendiri tahu, dialah yang jadi pengganti arwah Hafiz sepanjang aku tak ada selama ni,” tokoknya lagi dengan secebis senyuman.

            Daniel mengangguk lambat-lambat. Baguslah kalau begitu. Harap-harap tidak berlaku salah faham dimasa akan datang. Selaku seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia sendiri kurang senang jika isterinya berkawan dengan lelaki lain.

            “Eh jap, aku rasa macam ada benda yang tak kena,” ujar Adrian tiba-tiba. Pandangan matanya melilau seperti sedang mencari sesuatu.

            “Amenda?” Daniel menjingkit kening.

            “Dania mana? Bukan selalunya dia lepak dekat kafe kau ke?”

            “Aku ingat apa bendalah tadi. Aku baru daftar Dania masuk kelas fardhu ain. Pukul 4 baru balik.”

            “Wah, ya ke? Makin susahlah aku nak jumpa dia lepas ni.”

            “Alah, kalau Dania ada kat sini waktu tengah hari pun, kau bukannya hari-hari datang,” bidas Daniel sengaja menjuihkan bibir.

            Adrian ketawa perlahan, tidak mampu menangkis kata-kata Daniel. Matanya berkalih seketika ke arah jam bulat yang tergantung di dinding kafe.

            “Dah masuk waktu Zohor, kan? Aku stuck dalam jam masa on the way datang sini, tak sempat nak solat kat rumah. Aku tumpang solat kat ofis kau kejap, boleh?”

            “Pergilah jelah. Kau ni nak minta kebenaran bagai macam baru kenal aku semalam.”

            Adrian tersengih sumbing. Dia pamit seketika untuk menunaikan kewajipan kepada sang Pencipta. Daniel sekadar mengekori derap langkah Adrian lewat ekor matanya sehinggalah susuk tubuh Adrian menghilang disebalik pintu bilik pejabat di ruang belakang.

            Daniel mengulum bibir, dalam diam hanya mampu melepaskan keluhan. Hmm… Adrian… Adrian…

          Dia tahu Adrian bukan anak kecil. Sahabat baiknya itu sudah masuk fasa usia 30-an. Sudah cukup dewasa dan matang untuk berfikir sendiri. Tapi entahlah, Daniel merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sebabnya? Dia sendiri tidak tahu.
***************************

YASMIN tergelak riang. Nyaris sahaja dia melompat keriangan sambil menari-nari tarian Hawai, namun segera dia mengingatkan dirinya bahawa dia kini sedang berada di pejabat. Dan yang paling penting, dia perlu kelihatan cool dan kontrol cun dihadapan budak suruhannya.

            Jay yang berdiri dihadapan meja Yasmin menggigit bawah bibir. Ketawanya boleh dilihat jelas melalui anak matanya yang menari-nari. Dah agak, Yasmin memang akan suka dengan berita yang dibawanya hari ini.

            “You memang hebat, Jay. Pandai betul you buat kerja.” Kembang-kempis hidung Jay mendengar pujian daripada Yasmin.

            Pada awalnya dia sendiri pelik. Mana tidaknya, Yasmin jatuh cinta pada suami orang dan mengupah dia semata-mata untuk mengawasi gerak-geri Nadya, wanita yang sudah bergelar isteri kepada lelaki tersebut. Gila! Punyalah banyak lelaki dalam dunia ni, suami orang tu juga yang dikejarnya. Sayang sungguh, muka cantik tapi mental senget. Psiko macam mentibang pulut. Rakus macam dubuk bak kata Amran Fans.

            Tapi lantaklah! Bagi Jay, dia memerlukan wang dan Yasmin bersedia untuk melaburkan wang ribuan ringgit untuknya. Jadi dia akan menurut segala arahan wanita itu, tidak kira sama ada hasil perolehan wang itu halal atau haram.

            “Nadya… Nadya… playgirl jugak kau ni rupanya,” bisik Yasmin sendiri. Gambar-gambar yang kini berada ditangannya itu ditenung dengan penuh asyik.

            Kata Jay, sudah beberapa hari dia mengawasi gerak-geri Nadya di butik dan setiap kali itu juga lelaki berwajah mirip arwah Hafiz itu datang ke butik tersebut. Yasmin yakin, inilah Hafiz Adrian, kembar arwah Hafiz yang pernah diceritakan oleh Adam.

            “Dari apa yang saya nampak, Nadya dengan lelaki tu tak rapat pun. Diorang cuma bertukar-tukar makanan. Takde borak panjang,” beritahu Jay tanpa disuruh.

            Yasmin mencemik. Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Jay. Meskipun hanya membuat pemerhatian menerusi gambar, dia dapat lihat hubungan Nadya dengan Adrian tidak akrab. Masing-masing kelihatan canggung dan saling menjarakkan diri.

            Tapi mereka berjumpa lebih dari sekali, dan fakta tu dah cukup bagi aku! getusnya lagi dengan senyuman yang penuh dengan agenda tersembunyi. Akalnya terus merangka sesuatu demi melunasi dendam dan misinya.

            “I nak you siasat latar belakang lelaki ni jugak. Setahu I, nama dia Hafiz Adrian. Tapi I nak tahu kat mana tempat tinggal dia dan tempat kerja dia.”

            “Baik, Cik Yasmin!” Jay menurut patuh. 

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

6 comments:

nurul nuqman said...

Comel conversation adrian dan daniel.and yeah yasmin kau memang nak kena rejam gamaknya

E-la Adiey said...

kak weeda / nurul nuqman - hahah..comel ke? tu kan daniel tgh bg ceramah agama :P moh kita rejam beliau sama2

ain said...

rasa nak ganyang2 je si yasmin ni.sumpah annoying gile

Eddayu said...

ble dgn Daniel, Adrian kembali ke perangai asal dia yg sweetsssssssssssss gilosss tue..
makk oiii si Yasmin dh tumbuh tanduk bercabang2.. mehhh nk cuci otak yasmin dgn clorox bg bersih sikit, kotor sgt skg nie..

Ct Roxalynna said...

mentibang pulut tu ape ek? hahaha~

Mohon sekeh sedas kat Yasmin tuh. Duk menggelenyaq kat laki org plak dia...

Ok, sorry, tumpang lalu menyemak sat... Lama tak jengah..

Rindu Hafiz Adrian.. Hahaha, cepat2 progress sambungannn... Up2 away~ ^^

E-la Adiey said...

ain - silakan ganyang. hahaha

kak Eddayu - otak yasmin dh x boleh diselamatkan. haha.. kena redha jela dgn otak senget dia. adrian sweet dgn org2 yg rapat dgn dia je.

ct roxalynna - ala...mentibang tu mende panjang2 tu.. pulut tu makanan. kui3...amboi lama menghilang nooo... baru kali ni muncul.. haha. kita kena redha, semua cerita ada antagonis :P