Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, June 6, 2014

Zikir Cinta 2

 .
DANIEL berlari-lari anak menaiki anak tangga J.B. Chifley Building yang biasanya dikenali sebagai Chifley Library dikalangan penuntut Australian National University, menyedari dia sudah terlewat setengah jam daripada waktu yang dijanjikan.

            Sedang dia kelam-kabut bergegas, tiba-tiba tubuhnya bagai ditolak ke belakang. Mujur dia sempat memaut tangga, kalau tidak pasti dia sudah jatuh terguling. Buku-buku dan nota di tangannya habis berterabur.

            “Hei, tak nampak orang ke? Jalan tu pakai mata, bukan pakai kepala lutut!” Cinta menyergah dengan pandangan mata yang melotot.

            Daniel tidak berminat untuk membalas. Dia terus berlutut mengutip buku-buku dan notanya. Cinta, gadis itu satu kelas dengannya. Sejak dari semester pertama, Cinta tidak pernah suka kepadanya. Bukan sahaja dia, malah pelajar-pelajar lain juga yang boleh dikatakan bukan datang dari golongan berada.

            “Dah langgar tu tak reti minta maaf ke?”

            Daniel bangun setelah buku-bukunya dikutip. Dia menundukkan sedikit kepalanya.

            “Maaf,” ujarnya dengan suara yang perlahan.

            Cinta meneguk liur. Inilah salah satu kelemahannya apabila berhadapan dengan pemuda miskin itu. Setiap kali dia marah atau cuba menyakitkan hati Daniel, Daniel tidak pernah membalasnya semula. Wajahnya tetap tenang macam orang tak berperasaan.

            “Huh, dasar orang miskin. Tepilah, aku nak lalu!” Cinta mengibas-ngibas lengan bajunya seolah-olah tubuhnya sudah terkena sesuatu yang menjijikkan.

            Daniel terus menepi memberi laluan kepada Cinta untuk turun. Dia hanya mampu menggeleng. Rasa pelik pun ada kerana bertembung dengan Cinta di perpustakaan. Setahunya, gadis itu bukan jenis suka belajar.

Baru dia ingin berlalu, dia terpandang sepit rambut di atas anak tangga tersebut.

            Macam Cinta punya, getusnya.

            Dia terus membongkok dan mengambilnya. Aksesori perempuan itu dibelek berkali-kali. Dia yakin ianya milik Cinta kerana dia selalu melihat gadis itu mengenakan sepit itu dirambutnya. Mungkin terjatuh ketika dia terlanggar bahu Cinta tadi.

            Sepit itu terus disimpan didalam poket. Dia berniat untuk memulangkannya esok. Anak tangga terus didaki sampailah dia tiba di tingkat satu.

            “Sorry, guys. Aku lambat sikit. Aku pergi ambil nota aku yang si Wilson tu pinjam!” Daniel menyapa rakan-rakannya dan terus duduk di meja menyertai mereka.

            “Lambat sikit? Tak apalah, aku boleh terima alasan kau. Bak sini nota!” Jason Lee yang fasih berbahasa Melayu itu terus menyambar nota Daniel yang terselit dicelah buku. Biasanya dia akan membaca nota yang dibuat oleh Daniel untuk dibandingkan dengan nota miliknya. Manalah tahu, ada benda yang tertinggal. Mereka berdua selalu sahaja bersaing untuk mendapat anugerah dekan setiap semester.

            Jason Lee sememangnya unik. Dia bukan seperti budak-budak Cina yang lain. Walaupun ramai juga Cina Malaysia yang menuntut di ANU, tetapi Jason Lee jarang bergaul dengan mereka. Katanya, dia selesa berada dalam komuniti Melayu. Dan berrgaul dengan Melayu dari kecil membuatkan dia banyak mempelajari tentang Islam dan sudahpun pandai menghafal surah al-Fatihah seawal umur sebelas tahun.

            Jessica dan Adrian tidak mahu berkata apa-apa. Masing-masing terus kembali menumpukan perhatian kepada pelajaran. Namun fikiran Daniel agak terganggu setelah bertemu dengan Cinta di anak tangga tadi.

            Dia nampak Cinta mengibas-ngibas bajunya. Jijik sangatkah dia? Kotor sangatkah dia sehingga begitu sekali Cinta melayannya? Rasanya dia tidak pernah berbuat salah kepada gadis itu sebelum ini. Sejak dari awal, dia sudah banyak bersabar.

            “Kamu menungkan apa, Danny?”

            Daniel mengangkat wajah. Memandang Jessica dengan sedikit terpinga-pinga.

            “Kamu nggak kelihatan seperti kebiasaannya. Ada masalah?”

            Daniel membalas pandangan rakan-rakannya yang dari tadi merenungnya. Perlahan-lahan dia menggeleng.

            “Terfikir tentang Cinta.”

            “Cinta? Kau dah rasa gatal nak bercinta ke?” soal Jason Lee selamba. Adrian menyinggung lengan Jason Lee dengan kening yang dikerutkan.

            “Tak, bukan cinta tu. Cinta Aulia!”

            “Oh, si gedik perasan cun tu ke?” balas Adrian pula.

            Daniel memandang Adrian dengan riak kurang senang. Dia tahu Adrian tidak sukakan Cinta. Kata Adrian, Cinta anak orang kaya bajet cun. Ingat semua lelaki tergilakan dia.

            Dulu Cinta pernah berniat cuba menggoda Adrian selepas mendapat tahu Adrian juga anak orang berada tapi Adrian tidak melayan. Setiap kali Cinta mendekat, dia cuma buat muka beruang berhibernasi. Cinta tak faham-faham sehinggalah Adrian berterus-terang.

            “Eh, kau ni memang tak reti bahasa ek? Nak aku cakap dalam bahasa Uganda ke? Kalau aku tak layan tu, maknanya aku tak nak, faham? Kau ingat kau cun sangat ke, semua lelaki nak tergilakan kau? Ke nak aku belikan cermin? Suluh-suluh sikit muka kau tu. Kalau tak nak cermin kedai, aku cabutkan cermin kereta aku tu, nak?”

            Sungguh biadap dan tidak berlapik pertuturan Adrian ketika itu. Cinta selamba sahaja, selepas itu dia sudah tidak mengganggu Adrian. Beberapa hari kemudian, mereka ternampak Cinta duduk berkepit pula dengan Arif, anak orang kaya yang belajar dalam jurusan Undang-undang. Huh, memang dasar playgirl!

            “Sudah-sudahlah, Danny. Kalau aku cakap, kau jangan terasa ek? Kita semua kan dah tahu Cinta tu macam mana. Dia cuma nak anak-anak orang kaya,” ujar Jason Lee tidak berlapik, namun cuba melembutkan suara agar tidak menyinggung perasaan Daniel.

            Memang Daniel tidak pernah menzahirkan perasaannya, namun Jessica, Adrian dan Jason Lee tahu bahawa Daniel mempunyai perasaan terhadap Cinta. Daniel adalah lelaki paling jujur yang pernah mereka temui. Wajahnya polos sahaja dan mereka nampak bagaimana cara Daniel memandang Cinta. Wajahnya bersinar-sinar setiap kali Cinta lalu didepan mata. Sayangnya, Daniel tidak memenuhi satu kriteria yang Cinta mahukan iaitu kaya.

            “Aku tahu, Jason. Don’t worry, aku tak pernah pun berangan nak bersama dengan dia. Aku tahu aku siapa.” Daniel membalas sambil tersenyum kecil.

            Jason Lee kelihatan sedikit serba-salah setelah mengungkapkan kata-katanya. Maklum sajalah, diantara dia, Daniel dan Adrian, cuma Daniel yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Simpatinya menggunung apabila mendapat tahu Daniel tiada ayah dan ibunya pula cuma penjual kuih. Kerana itu dia dan Adrian tidak pernah berkira soal wang dengan Daniel.

            Jauh di sudut hati, Daniel mengakui kebenaran kata-kata Jason Lee. Ya, dia tahu perasaannya tidak berbalas. Cara layanan Cinta terhadapnya sudah menjelaskan segala-galanya. Dia sendiri pun tidak tahu dan tidak mengerti bagaimana hatinya boleh terpaut dengan gadis seperti itu. Tapi biarlah, tidak salah sekiranya dia menjadi pemuja dari jauh.

            “Sudahlah, Danny. Nggak usah peduli sama Jason. Anggap aja itu cuma omong kosong. Gimana selesai study kita lunch di Asian Bistro, mau?” Jessica cuba mengembalikan mood ceria melihat wajah Daniel yang sedikit mendung.

            Daniel mengangguk setuju.

            “Aik Jess, ajak Daniel je? Kitorang ni tunggul ke?” usik Adrian.

            Jessica mencemik. “Alah, kalian itu kan memang suka makan. Kalau aku nggak ngajak pun pasti kalian mau ikutan juga, kan?”

            Adrian hanya mampu tersenyum malu sambil menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Daniel dan Jason Lee saling berbalas pandang dan tersenyum. Satu senyuman yang sukar ditafsirkan.
.
 ******************************************************

“URGHH! Aku fed-up betul dengan Daniel tu. He really pisses me off!”

            Itu ayat pertama yang keluar dari bibir Cinta ketika gadis itu menyapa rakan-rakannya yang sedang minum petang di Muddle Bar.

            “Apa pulak kali ni?” tanya Fatin.

            “Dah langgar aku kat tangga library boleh lagi buat muka tak bersalah,” dengus Cinta sambil berpeluk tubuh.

            “Muka tak bersalah? Bukan si Daniel tu memang jenis muka stone ke? Cuba korang cakap berapa kali korang pernah nampak dia senyum?” sampuk Erma.

            Masing-masing diam berfikir. Betul juga, sejak mengenali Daniel dari tahun pertama lagi, anak si penjual kuih itu jarang benar tersenyum. Kalau senyum pun sekadar senyuman kecil. Tak pernah senyum melebar sampai nampak gigi. Hairan juga mereka bagaimana seseorang boleh hidup tanpa emosi.

            “Dahlah, dahlah, dia senyum ke, tak senyum ke, peduli apa aku. Tengok muka dia pun aku dah naik menyampah!” sela Cinta.

            Rakan-rakannya pula hanya mengiakan. Bagi mereka, sekacak mana pun seorang lelaki itu, tiada nilainya andai tidak berduit. Wang ringgit yang dapat memberi kemewahan, bukannya rupa paras. Dan kesimpulan bagi mereka, orang miskin itu adalah sampah!

            Cinta mendengus perlahan. Tadi pun dia ke perpustakaan kerana ingin memulangkan buku yang dipinjamnya untuk bahan assignment. Biasanya apa yang ada dibuku, ditirunya bulat-bulat. Copy and paste! Dan selepas itu dia akan mengupah sesiapa yang rajin untuk mengubah susunan ayat agar tidak sama seratus peratus dengan buku. Tak sangka pula boleh bertembung dengan Daniel.

            “Cinta, semalam kau keluar dengan Razif kan?” Hana menyoal. Selamba sahaja gadis itu meneguk Martini. Orang lain minum petang teguk teh, dia teguk arak.

            Cinta mengangguk sahaja mendengar soalan itu.

            “Razif? Razif mana?” Fatin mengerutkan dahi.

            “Alah, Razif Tan Sri Rahman. Satu course dengan kita tapi kelas lain. Dia memang loaded siot, semalam aku nampak dia hantar Cinta depan apartment pakai Porsche!”

            Fatin dan Erma yang mendengar cerita Hana kelihatan begitu kagum. Tidak berkelip memandang Cinta. Cinta pula sudah buat muka kerek.

            “Janganlah nganga luas sangat mulut tu. Nanti air liur meleleh susah pulak waiter nak lap meja.” Nada suara Cinta kedengaran sinis sekali.

            “Wah, bestnya Cinta! Aku kalau dah dapat si Razif tu, memang aku ikat ketat-ketat. Tak kasi lepas punya!” ujar Erma teruja.

            Cinta tersenyum sinis.

            “Si Razif tu? Huh, dia atau mana-mana lelaki sama aja. Aku cuma nak main-main kejap dengan dia, yalah dia nampak loaded giler, kan? Tapi untuk dijadikan teman istimewa tu mungkin tak. Dia tak layak untuk aku.”

            “Ish, kau ni. Yalah, orang cantik, petik jari sepuluh mari. Kitorang bertiga ni jugak yang masih single. Belum jumpa anak orang kaya yang betul-betul loaded, tapi kalau dah semua anak orang loaded kat kampus kau kebas, apa yang tinggal untuk kitorang ni?” Fatin mula buat muka tak puas hati.

            Cinta sudah ketawa mendengarnya.

            “Hei kawan, kan kita dah deal. Bersaing secara sihat, ingat tak? Lagipun, bukan aku yang kejar diorang. Diorang yang terhegeh-hegeh kat aku. Nasiblah…”

            Fatin mencebik. Nak bersaing secara sihat macam mana? Diantara mereka berempat, Cinta adalah gadis yang paling cantik dan menggoda. Malah Cinta adalah salah seorang gadis tercantik di kampus.

            Dengan kulit wajah yang putih bersih dan sedikit kemerahan, hidung yang runcing mancung, mata bundar yang bersinar, rambut ikal hitam bersinar separas pinggang dan tubuh badan yang menawan, lelaki mana yang tidak terpukau? Kecantikan semula jadi Cinta membuatkan setiap gadis gigit jari termasuk rakan-rakannya sendiri.

            “Eh Cinta, mana sepit rambut kesayangan kau tu? Tak pakai ke hari ni?” tegur Erma, melihat ada kelainan sedikit pada rambut Cinta hari ini.

            Cinta terus membelek-belek rambutnya.

            “Eh yalah, mana pergi sepit aku?” Dia sudah mula panik. Memang aksesori rambut itu adalah antara barang kesayangannya, hadiah dari papanya.

            Dan ketika itu barulah dia teringat. Tangannya spontan menepuk tepi kerusi dengan bibir yang diketap geram.

            “Ini mesti jatuh masa si miskin tu langgar aku kat library tadi. Eeii… setiap kali aku jumpa dia, tak pernah ada benda yang menyenangkan berlaku. Tak habis-habis menyusahkan aku!”

            Rakan-rakannya terkebil-kebil.

            “Kalau sepit tu hilang, aku mintak ganti rugi. Mahal sepit tu papa aku beli, tau tak? Tak guna punya anak penjual kuih!” rengus Cinta lagi.

            “Kau nak minta ganti rugi dari Daniel? Get real lah! Dia tu baju pun tak bertukar ganti. Ada duit ke dia nak ganti sepit kau?” jolok Fatin.

            Cinta menjeling. Argh, si miskin yang menyusahkan!


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

8 comments:

siti nadzirah said...

haha
best2
cpt sambung!

Anonymous said...

nama dia cinta? aku teringat kat cinta laura. haha. best. sambung lagi!

Yuri Kiko said...

k..heroin dlm cerita ni jahat -_-

lollipop kunyah said...

wowww wow
macam best je citer ni.cept smbung lagik!!

kak edah said...

K best keep writing

padel said...

best.lain dari yg lain.biasanya hero kaya, awek miskin

Koku Jpnmelaka said...

first time cuba bc novel...seronok plak jdnye..

E-la Adiey said...

thanks semua. haha :'D rasa nak update bab 3 la mcm nih :P