Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, September 1, 2014

Zikir Cinta 26

PESAWAT MAS MH122 itu mencecahkan tayarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.40 malam. Daniel memandang tingkap kecil di sisinya.

            Pemandangan yang begitu ganjil, terasa seperti sudah berpuluh tahun tidak menjejakkan kaki ke sini. Ah, Malaysia. Rindunya!

            Baru kira-kira tujuh jam tiga puluh minit meninggalkan bumi kanggaru itu, dia kini jadi rindu pada udara di sana. Bumi Canberra yang sentiasa tenang. Dan dia rindu dengan kehidupannya sepanjang tiga tahun disana yang penuh dengan suka dan duka bersama rakan-rakannya.

            Daniel menaiki teksi ke KTM menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dari stesen bas tersebut, dia membeli tiket ke Mersing, tempat asal dan juga kampung halamannya. Sementara menanti basnya tiba, dia ralit membelek gambar-gambar kenangan ketika di Australia yang disimpan didalam telefon bimbitnya.

Daniel mengeluh. Matanya dipejamkan untuk seketika saat melihat gambar wajah Cinta. Peristiwa di Ainslie Mountain bermain-main di benaknya.

Benarkah apa yang sudah dilakukannya? Adakah benar dia memang sekejam ini terhadap Cinta?

Tidak! Dia tidak kejam. Apa yang dilakukannya terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan apa yang Cinta telah lakukan kepada dirinya.

Hampir tiga tahun dia dihina oleh Cinta dan rakan-rakan gadis itu. Cinta memandang jijik terhadapnya. Bahkan tegar sekali menghinanya secara terang-terangan.

Ditahun pertama, Cinta dan rakan-rakannya pernah mengaibkannya didalam kelas dengan memanggilnya anak penjual kuih dan si miskin kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar yuran program fakulti yang dijalankan ketika itu. Dan dia diam, langsung tidak membalas walaupun Adrian berkali-kali menawarkan diri untuk menyepak muka Cinta bagi pihaknya.

Ditahun kedua, Cinta bukan sahaja membiarkan dia menyiapkan tugasan bersendirian, malahan dia dicaci maki kerana terlewat satu jam menghantar assignment tersebut kepada pensyarah. Cinta risau andai kelewatan itu menjejaskan carry marknya. Cinta ketika itu benar-benar mementingkan diri. Sudahlah dapat markah percuma, tidak berterima kasih, malah mulutnya tidak henti-henti menghina dan mengutuk Daniel.

Di semester akhir pula, ketika dia ingin memulangkan sepit rambut Cinta yang dijumpainya, Cinta menyambut dengan beralaskan tisu sebagai tanda dia jijik untuk memegang apa jua yang dipegang oleh Daniel.

Yang paling terbaru, Cinta tergamak pula mempermainkan perasaannya. Pura-pura mencintainya kerana teruja dengan habuan wang yang dijanjikan rakan-rakannya dan mempergunakan dirinya untuk menyiapkan assignment. Sungguh dia terasa dirinya begitu hina dimata Cinta. Dan bermacam-macam lagi yang pernah dilakukan oleh Cinta yang tidak sanggup diingatinya saat ini.

Daniel mengetap bibir. Keputusan telah pun dibuat. Dia tidak akan lagi menerima Cinta semula. Biarlah Cinta pergi kepada lelaki yang sepadan dengan dirinya. Tetapi jika Cinta ingin menjadi sahabatnya, dia akan menerima dengan hati yang terbuka. Untuk menjadi pasangan hidup, tidak sekali-kali.

“Jangan bersedih jika cinta kamu didustakan, tapi sedihlah jika kamu dustakan Allah…” Daniel berkali-kali mengingatkan diri sendiri.

Kira-kira jam 2 pagi barulah dia tiba di Stesen Bas Mersing. Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat ibu kesayangannya yang setia menunggunya di situ walaupun hari sudah larut malam. Daniel melangkah pantas mendapatkan ibunya.

Puan Aisha kelihatan terharu melihat wajah anak teruna satu-satunya yang sudah tidak ditemui selama lebih tiga tahun. Hanya sesekali berutus surat bertanya khabar.

Daniel mencium tangan Puan Aisha dan memeluk erat tubuh ibunya melepaskan kerinduan yang membuak-buak. Puan Aisha menangis saat memeluk Daniel.

Daniel cepat-cepat meleraikan pelukan dan menyeka air mata ibunya.

“Bu, janganlah nangis. Kan Daniel dah ada dekat sini.”

Puan Aisha tersenyum. Dia membelai-belai rambut anaknya.

Pada mulanya Daniel menolak saat ibunya berkata ingin menjemputnya di KLIA. Daniel tidak mahu menyusahkan ibunya. Takkanlah dia sanggup membiarkan ibunya menaiki bas berseorangan ke Kuala Lumpur.

Namun ibu kesayangannya itu tetap berkeras ingin menjemputnya. Akhirnya Daniel mengalah, tetapi dengan syarat ibunya menunggu di Stesen Bas Mersing sahaja.

“Jom balik, bu. Rindunya nak rasa masakan ibu.”

Puan Aisha terus mengangguk. Dia ingin membantu anaknya mengangkat beg pakaian yang berat, namun Daniel menegahnya.

“Tak apalah, bu. Daniel boleh angkat sendiri. Ibu tolong masakkan makanan banyak-banyak untuk Daniel je. Daniel nak makan puas-puas.”

Puan Aisha mengulum senyuman. Mereka dua beranak terus mendapatkan teksi dan pulang ke rumah mereka.

Ketika mereka sudah sampai lima belas minit kemudiannya, Daniel memandang ke kiri dan kanan. Banyak sekali benda yang telah berubah. Ada jalan-jalan yang dulunya hanya bertanah lumpur, kini sudah diturap tar jalan.

Malam hitam pekat menyelubungi alam. Hanya lampu-lampu kerajaan ditepi jalan yang disediakan menerangi kawasan. Daniel memandang rumah usang yang ada sedikit remang cahaya dari dalam rumah tersebut. Daniel tersenyum. Di rumah usang itulah dia membesar. Tinggal berdua bersama ibu kesayangannya.

“Jom masuk, nak. Ibu dah masakkan sambal belacan, ikan goreng dengan sup. Makanan kegemaran Daniel. Semuanya dah siap sejak Maghrib tadi.”

Daniel tersenyum lebar mendengarnya. Ibunya itu tahu-tahu sahaja dia mahu makan apa. Walaupun makanan kegemarannya itu sangat ringkas, namun itulah makanan yang paling digemarinya. Sudah tiga tahun tidak merasa. Yalah, susah hendak cari belacan di bumi Australia itu!

Dia menghela nafasnya. Fikirannya kembali teringatkan Adrian, Jason Lee, Jessica dan… Cinta.
****************

DANIEL selesai menikmati sarapan bersama Puan Aisha selepas solat Subuh pada pagi itu. Mereka hanya menjamah lauk yang dimasak oleh Puan Aisha semalam.

            Selesai makan, Daniel duduk di ruang tamu mengurut ibunya. Puan Aisha sering mengadu sakit kaki setiap kali mereka berbual melalui telefon ataupun berutus surat. Maklumlah, ibunya itu semakin lama semakin tua.

Melihatkan wajah Puan Aisha, wajah wanita itu sudah menunjukkan usia senjanya. Daniel sedih memikirkan, entah bagaimanalah keadaan ibunya tinggal berseorangan selama tiga tahun. Namun wanita tua itu tidak pernah mengeluh. Katanya, dia baik-baik sahaja. Yang penting, Daniel belajar bersungguh-sungguh dan membawa pulang segulung ijazah untuknya.

Sambil mengurut kaki Puan Aisha, Daniel memerhati kawasan dalam rumah. Tiada apa yang berubah. Rumah papan itu masih seperti dulu. Kecil dan daif. Daniel bertekad dalam hati selepas ini dia akan berusaha bersungguh-sungguh demi merubah nasib keluarga. Dia akan membawa ibunya tinggal di rumah yang lebih selesa suatu hari nanti.

Kadang-kala terbit juga rasa cemburu dihatinya mendengar cerita pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Kata mereka, selepas mereka pulang ke kampung halaman masing-masing, ibu bapa mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran menyambut mereka yang berjaya membawa pulang segulung ijazah.

Namun Daniel segera menyedapkan hati sendiri. Dia tahu ibunya juga pasti teringin mahu mengadakan kenduri untuk menyambut kepulangannya, tapi dia sedar ibunya memang tidak mampu. Daniel tidak kisah menyambutnya berdua sahaja dengan ibunya. Itupun sudah lebih dari memadai. Nasibnya tidaklah terlalu malang jika ingin dibandingkan saudara Muslim lain yang membesar di rumah anak-anak yatim.

“Ibu sekarang macam mana? Masih jual kuih?” Daniel menyoal sambil menyapu minyak gamat di lutut Puan Aisha.

Puan Aisha hanya menggeleng perlahan.

“Tak laratlah nak jual kuih. Kaki pun dah sakit. Dah setahun lebih tak jual. Ibu cuma pakai duit yang Daniel kirim tiap-tiap bulan je. Ibu berjimat. Kadang-kadang terlebih sampai tak tahu nak beli apa.”

Daniel tersenyum sahaja mendengarnya. Memang dia ada mengirimkan wang kepada ibunya, hasil daripada bekerja sambilan di restoran dan promoter di Canberra.

“Macam mana tinggal di Australia? Seronok belajar sana?” Puan Aisha mengusulkan pertanyaan.

“Alhamdulillah, okey ibu. Kawan-kawan Daniel pun semua baik-baik.”

Puan Aisha mengangguk-angguk. Daniel berlalu sebentar ke biliknya. Tidak lama kemudian dia kembali semula dengan sebuah album ditangan.

“Ni semua gambar-gambar Daniel masa kat sana. Ibu tengoklah.”

Puan Aisha segera menyambutnya. Dia tersenyum bangga melihat gambar Daniel memakai jubah dan menggenggam ijazah ditangan.

Daniel menyambung tugas mengurut kaki ibunya. Puan Aisha terus membelek-belek gambar yang ada didalam album, sampailah kepada foto Daniel sedang bergambar berdua bersama Cinta.

“Subhanallah… comelnya. Siapa ni Daniel?”

Daniel melirik ke album. Dia tersenyum kelat apabila Puan Aisha menunjuk ke arah gambar wajah Cinta.

“Oh… tu kawan sekelas.”

Puan Aisha tersenyum. “Comel dia ni. Bukan awek Daniel ke?”

Daniel tersengih. Amboi, boleh tahan suka menyakat juga ibunya itu.

“Tak adalah. Kawan biasa je. Nama dia Cinta. Cinta Aulia.” Daniel menyanggah.

“Cinta?”

“Yup!”

Puan Aisha diam seperti sedang berfikir. Kemudian dia tersenyum pula.

“Unik nama dia. Sesuai sekali dengan rupa parasnya. Ibu yakin, dia mampu buat sesiapa pun sayang pada dia. Sebab tu nama dia Cinta.”

Err…? Daniel tidak tahu mahu membalas apa mendengar kesimpulan tidak berkait dari Puan Aisha.

“Yang ni pun kawan Daniel. Jessica namanya, orang Indonesia.” Daniel mengalih topik, menunjuk ke arah gambar wajah Jessica pula.

“Yang ni pun cantik, ada rupa Belanda sikit. Tapi Cinta ni lagi cantiklah!” komen Puan Aisha.

Daniel hanya tersengih sumbing. Hmm… kalaulah ibunya tahu apa yang pernah terjadi antara dia dan Cinta.

Puan Aisha meletakkan album itu ketepi. Dia memberi perhatian kepada anaknya pula.

“Daniel lepas ni nak kerja di mana?”

“Tak tahu lagi, bu. Daniel akan cuba cari dalam Internet. Kalau boleh nak cari dekat-dekat sini aja, senang nak jaga ibu.”

Puan Aisha mengangguk-angguk. Daniel memandang tepat ke wajah ibunya yang sudah tua. Ternyata walaupun usia wanita itu sudah mencecah 56 tahun, dia tetap kelihatan cantik seperti muda-muda dahulu.

Puan Aisha sememangnya memiliki wajah yang cantik. Setahunya, arwah neneknya; ibu kepada Puan Aisha seorang wanita yang berasal daripada Siam dan masuk Islam selepas berkahwin dengan arwah datuknya.

Puan Aisha memiliki wajah kacukan Melayu-Siam. Cukup jelita semasa mudanya. Kalau tidak masakan dulu semasa Daniel masih kecil, ada sahaja teruna, duda dan suami orang yang sanggup datang mahu meminang ibunya. Kerana itu, Puan Aisha tidak begitu disukai oleh wanita-wanita di kampung itu yang menyangka Puan Aisha menggoda suami mereka.

Selain itu, pekerjaan Puan Aisha yang pernah menjadi tukang urut juga membuatkan wanita-wanita di kampung itu semakin tidak menyukainya. Bahkan menghasut anak-anak mereka supaya jangan berkawan dengan Daniel.

Tapi walau apapun yang terjadi, Puan Aisha tidak ambil peduli. Kalau dia peduli, belum tentu dapur rumahnya berasap. Jika dia tidak bekerja, siapa yang akan menanggung makan minum mereka dua beranak? Siapa yang akan membesarkan anaknya hingga kini sudah berjaya di menara gading?

“Ibu.” Daniel memanggil lembut ibunya.

“Daniel nak ucapkan terima kasih pada ibu. Terima kasih banyak-banyak pada ibu. Kerana pengorbanan ibu, Daniel sampai ke tahap ni. Daniel takkan sesekali lupakan jasa ibu sampai bila-bila pun.”

Puan Aisha terharu mendengarnya.

“Dah memang tanggungjawab ibu, nak. Ibu tak harapkan apa-apa balasan. Ibu cuma nak tengok anak ibu ni berjaya.”

Daniel melebarkan senyuman dan menjawab, “Terima kasih, ibu. Daniel janji akan balas jasa ibu, walaupun Daniel tahu jasa ibu memang takkan terbalas sampai bila-bila pun. Daniel janji lepas ni bila dah dapat kerja, Daniel akan kerja sungguh-sungguh. Daniel akan belikan rumah besar untuk ibu.”

Kata-kata Daniel membuatkan Puan Aisha tergelak. Dia mengusap-usap pipi anaknya.

“Ibu tak kesah tentang rumah besar, nak. Ibu ni dah tua, bila-bila masa saja Allah akan menjemput ibu…”

“Bu, janganlah cakap macam ni. Daniel belum sedia untuk kehilangan ibu.”

Daniel mencemikkan wajah. Dia terus memeluk tubuh ibunya.

“Daniel tak suka ibu cakap macam ni. Kalau boleh Daniel nak ibu hidup seratus tahun lagi dengan Daniel. Ibu satu-satunya yang Daniel miliki dan tak ternilai harganya, bu.”

Puan Aisha terharu. Tanpa sedar setitik air mata gugur ke pipinya. Dia turut membalas pelukan anaknya. Daniel, satu-satu anaknya. Hartanya yang paling bernilai melebihi apa pun di dunia ini.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

12 comments:

nor adilah said...

saya suka cerita ni,,first time comment kt blog ni...thanks sbb bg inspirasi ntuk sy rajin blajar,ingatkan untk balas budi mak yang penat lelah kt kg.
tengh mood nak cari semangat blajar sbb nak buka semestr baru skrg..tq so much akak
insyaAllah novel ni bukan je cerita cinta semata tp hubungan prshbatan n buat baik ntuk mak

E-la Adiey said...

nor adilah - hehe...terima kasih ya sudi tinggalkan komen. syukur dpt beri inspirasi dan pengajaran utk orang ramai. insya-Allah novel ni takkan bertumpu pada kisah cinta semata2 dan akan bersesuaian dgn tajuknya ;) cinta pada psgn, kawan, ibu bapa, agama etc...

stay tuned ya, dan terima kasih skali lg utk komen ni. haha :)

intan razak said...

pendek.. :( tak puas baca.nak lagi

Liyana Azman said...

best.cerita yg ada pengajaran. bukan cinta semata2

E-la Adiey said...

intan razak - haha.. nantila

Liyana Azman - thanks awok :D

zahra said...

bila buku ni nak kuar ek?teringin nak beli

sehijau warna daun said...

best.nak beli novel ni.bila dah terbit please inform yeaa

hannah said...

tak sabar nak beli buku ni.best sgt. saya x suka cerita cinta yg xde motif, xde pengajaran. tp yg ni saya suka ;) gud job writer

Eddayu said...

Yeahhh dh smpai Malaysia..
Kasih ibu smpai Syurga tue.. Terharu nye
Keep it up cik writer ;)

E-la Adiey said...

Kak Eddayu - yeah.. thank you so much akak. sekali 12 comments in row. terbaiklah akak. ingat dah lama x nak komen. haha.. terharu sy :')

Ct Roxalynna said...

Oh my... Tetiba homesick pula baca bab ni kat U... Rindu mak den... Huhuhu... Dh masuk part dia balik Malaysia pulak eh

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - baru masuk sem balik lettew... Hahaha... Bertabahlah nak..hidup ni penuh dgn dugaan :P