Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, April 11, 2013

KhaiRizal : A Love Story 10

Fida hanya berlagak selamba walaupun menyedari ada beberapa pasang mata menjeling nakal ke arahnya. Budak-budak lorong biasalah, pantang nampak perempuan cantik. Walaupun baru sehari berehat di rumah, dia sudah kembali untuk melakukan tugasnya. Kecederaan kakinya tidak serius. Dia masih boleh berjalan, cuma tidak boleh berlari untuk sementara waktu.

            Hari ini dia sudah tidak gatal lagi hendak memakai kasut tumit tinggi. Erin sudah membelikan sepasang sandal untuknya. Tak sangka begitu susah hendak melakukan penyamaran sebagai perempuan liar.

            “Fida, macam mana? Ada apa-apa yang mencurigakan?” Suara Rizal menembusi lubang telinga Fida.

            “Setakat ni belum ada,” beritahu Fida perlahan sambil menundukkan sedikit wajahnya. Badannya sekarang dicemari dengan wayar-wayar yang membolehkannya berkomunikasi dengan Rizal, Azman dan Erin tanpa diketahui sesiapa.

            Fida memandang Rizal yang berdiri tidak jauh dari tempatnya. Rizal memakai topi yang menutupi sebahagian wajahnya sambil berpura-pura membaca surat khabar.

Azman dan Erin pula mengawasi lorong-lorong lain yang dikatakan menjadi sasaran pusher menjual dadah kepada orang awam.

            “Hai, cantik.” Fida sedikit kaget apabila seorang lelaki berkumis nipis menyapanya.

            “Oh, hai.” Fida tersenyum, cuba menjayakan lakonannya.

            “Orang baru? I tak pernah nampak you kat sini. By the way, nama I Jeff,” ujar lelaki itu, tidak berkelip memandang wajah jelita Fida.

            “Ya, sebelum ni I lepak dekat kelab tapi susahlah nak dapat barang. Supplier dah jarang jual kat sana, takut-takut polis buat serbuan. So I datanglah sini, kot-kot I boleh dapat barang yang I nak,” jawab Fida tersenyum menggoda.

            Jeff tersenyum. Kemudian dia mendekatkan bibirnya di telinga Fida.

            “I ada macam-macam jenis barang. Syabu, ice, pil kuda, you cakap je semua I ada.”

            Fida turut tersenyum dalam keadaan terpaksa. Rupa-rupanya tak adalah susah sangat. Tak perlu susah-susah mencari. Cuma perlu diumpan dengan perempuan cantik, pusher sendiri datang menyerah diri.

            “Sekarang!” bisik Fida memandang Rizal yang memerhatinya dari jauh.

            “You cakap apa tadi?” Jeff angkat kening.

            Fida menggeleng. Rizal yang memahami isyarat Fida terus membuang surat khabar di tangannya dan melangkah mendekati Fida.

            “Riz, lelaki ni cakap dia ada barang yang kita nak.” Fida masih meneruskan lakonannya.

            Rizal tersenyum. Dia menepuk bahu Jeff dan berbisik, “Polis, sila ikut kami ke balai.”

            Wajah Jeff memucat tiba-tiba. Pantas dia menepis tangan Rizal dan berlari sekuat hati. Dalam hati dia menyumpah diri sendiri. Macam mana pihak polis boleh tahu tentang lokasi penjualan dadahnya? Habislah, Ray pasti akan marah kepadanya!

            Larian Jeff tidak sepantas Rizal. Rizal berjaya menangkap bajunya dari belakang. Sekali lagi dia cuba menepis tangan Rizal tapi tidak berjaya. Terus dia berpaling dan cuba menyepak muka Rizal, namun Rizal lebih pantas mengelak dan memberi satu tendangan kuat ke dadanya.

            Tendangan Rizal membuatkan Jeff jatuh terlentang di atas tanah. Kesempatan itu diambil oleh Rizal, kedua-dua belah tangan Jeff dikilas ke belakang dan digari. Misi selesai!

            “Lepas ni kau duduk dalam lokap, ek. Pandai-pandai jual dadah, lain kali jual je kuih. Aku pun tak buang masa kejar kau!”

            Rizal menarik tangan Jeff dan memaksanya berdiri. Beberapa orang lelaki yang turut melepak di lorong itu sebentar tadi sudah lesap entah ke mana. Mungkin melarikan diri, takut dicekup polis agaknya. Perasan pulak orang nak tangkap dia, kalau setakat jadi kutu rayau tu tak ada maknanya polis nak tangkap, buang masa je.

            Beg yang tergantung di pinggang Jeff direntap oleh Rizal dengan menggunakan satu tangan sahaja. Zip beg dibuka, beberapa paket pil dan serbuk jatuh ke atas tanah.

            “Well done, Riz!” puji Fida melangkah mendekati Rizal. Dalam hati dia agak ralat kerana tidak dapat membantu Rizal mengejar pusher itu disebabkan kecederaan kakinya. Mujur Rizal berjaya melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

            Rizal tersenyum. “So sekarang awak tolong bagitahu Erin dan Azman, kita dah berjaya tangkap seorang mangkuk tingkat hari ni beserta bukti sekali. And then kita bawak dia balik balai.”

            Fida mengangguk, seolah-olah mendengar arahan dari orang atasannya walaupun Rizal sebenarnya hanyalah rakan sepasukannya.

************

            “Dia tak nak bukak mulut,” luah Rizal sambil menghempas perlahan fail ke meja. Matanya dipejam sambil tubuhnya bersandar di kerusi empuk.

            “Ish, kalau macam tu lagi susahlah kita nak tahu siapa yang supply dadah untuk dia,” rungut Fida pula.

            “Memang tensionlah sesiapa yang soal dia. Amanah betul pegang rahsia. Langsung tak nak bagitahu siapa bos dia,” sampuk Azman pula.

            Rizal mengeluh. Rupanya semua ini tidak semudah yang disangka. Pusher yang berjaya ditangkap pagi tadi langsung tidak mahu membuka mulut tentang siapa lagi yang terlibat dengan kegiatan itu dan siapa dalang yang membekalkan dadah kepadanya.

            “So macam mana? Kita perlu buat penyamaran sekali lagi untuk tangkap pusher lain pulak?” tanya Erin.

            “Mmm... buat masa ni kita tunggu je arahan dari Tuan Rashdan tapi rasanya tak perlu kot. Lepas tertangkapnya pusher yang sorang ni, aku yakin bos dia akan lebih berhati-hati. Tentu dia sangat bebal kalau dia masih jual dadah di tempat yang sama. Kita akan soal siasat mangkuk tingkat kat dalam tu lain kali. Buat masa ni sumbat dalam lokap dulu. Apa yang penting sekarang kita dah tahu dia salah seorang ahli Sharks.”

            Fida, Erin dan Azman hanya mengangguk mendengar kata-kata Rizal. Walaupun berlagak sama seperti hari-hari lain tapi tiada siapa tahu apa yang bermain di fikiran Rizal saat ini. Masalahnya dengan Khai belum selesai. Entah apa yang dah merasuk Khai, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak lancarkan perang.
***************
Rizal duduk sambil ternganga tanpa mempedulikan sebarang jenis serangga masuk ke mulutnya. Filem Superman di TV ditonton dengan kepala berasap. Dah tak ada pilihan, ini je satu-satunya siaran TV yang memaparkan cerita ada aksi, lain-lain semua kisah cinta.

            “Abah, kenapa dia pakai spender kat luar?” Khairizal menyoal dengan muka confuse yang tak dapat dibendung lagi.

            Rizal terdiam. Terselit sedikit perasaan bangga disanubarinya. Rupa-rupanya anaknya juga turut merasakan apa yang dirasainya. Hidungnya sudah membesar ke tahap yang membimbangkan. Bimbang ianya akan membesar sebesar lubang hidung ikan flowerhorn.

            Tanpa menjawab soalan Khairizal, TV terus ditutup. Menyampah tengok orang tak reti pakai spender ni. Disebabkan kebosanan dia melayan anaknya main polis-polis. Kebiasaannya dia akan jadi penjenayah dan anaknya menjadi polis.

            “Keri, pergi buat kerja sekolah!” jerit Khai dari dapur tiba-tiba. Sesungguhnya hanya dia yang mempunyai peti suara dengan kekuatan gema sejauh 20 batu nautika bila menjerit.

            Khairizal yang sememangnya lebih gerun dengan Khai berbanding Rizal, terus masuk ke bilik untuk membuat kerja sekolah. Sekali lagi Rizal kebosanan. Tapi tidak mungkin dia akan membuka TV semula untuk melihat manusia memakai spender merah di luar.

            Rizal curi-curi pandang ke dapur. Jam menunjukkan pukul 9.45 malam tapi Khai belum selesai mengemas dapur. Dia nampak Khai sedang basuh pinggan dengan muka serius mengalahkan Daniel Craig ketika menskodeng penjenayah dalam filem James Bond.

            Sememangnya Rizal tidak tahu kenapa Khai tiba-tiba tidak mahu bercakap dengannya dari semalam. Adakah dia tidak handsome lagi berbanding hari-hari sebelumnya? Tengok dalam cermin, mukanya masih sama. Tak bertukar jadi Bruno Mars pun.

            Dia melangkah ke dapur, pura-pura hendak meneguk air. Ketika dia mengambil air sejuk di dalam peti ais, Khai masih belum berpaling memandangnya.

            “Rina, buatkan abang air. Hauslah,” pintanya sengaja hendak menguji.

            Tanpa banyak soal Khai mengambil cerek yang masih berisi air panas dan terus membancuh kopi untuk suaminya. Kemudian cawan berisi kopi panas itu diletakkan sahaja di sebelah sinki, tanda menyuruh Rizal mengambilnya sendiri. Kemudian kembali membereskan pinggan mangkuk.

            Riza teguk liur. Aii...betul-betul nak lancarkan perang ke ni? Tiba-tiba nak naik angin. Lain kali naiklah basikal. Eh, lawak pulak aku. Hahaha...

            “Ermm...abang tak nak kopi, abang nak Ribena sejuk.” Huhu...hentam ajelah. Bedal air favourite Keri sekali-sekala apa salahnya.

            Khai terdiam seketika. Dia mengebas-ngebas tangan dan mengambil cawan kopi tadi lalu cawan serta airnya dicurah kasar ke dalam sinki. Rizal kehilangan kata-kata. Rupa Khai ketika mengamuk sungguh menggerunkan.

            “Rina, abang ada buat salah ke?” Rizal memberanikan diri untuk bertanya.

            “Sendiri buat salah sendiri tahulah!” bidas Khai.

            “Salah apa?”

            Khai berpaling 180 darjah memandang suaminya. Muka serius yang merah menyala memberi sedikit efek suspen. Tidak sesuai ditonton kanak-kanak 13 tahun ke bawah.

            “Siapa perempuan tu?”

            “Perempuan?”

            “Oh, buat-buat tak faham, ek? Yalah kan, orang berak tengah jalan mana nak mengaku!”

            Rizal mengangkat kening. “Bila masa pulak abang pernah berak tengah jalan? Berak bawah pokok jambu arwah atuk abang dulu pernahlah masa abang umur 10 tahun. Abang tak bagitahu sesiapa tapi abang bagitahu Rina sekarang!”

            Khai mengurut-urut dahi. Ya Allah, sabar jelah aku dapat laki lambat pick up macam ni. Tak faham bahasa kiasan. Agaknya SPM dulu BM dapat gred berapa?

            “Siapa perempuan depan balai dengan abang tengah hari semalam?” Khai bertanya sepatah-patah. Ni kalau tak faham jugak tak tahulah. Menangis Shah Rukh Khan kalau tahu.

            “Perempuan? Perempuan...perempuan...” Rizal cuba flashback memorinya. Seingatnya dia ada berjalan keluar dari balai dengan Fida tengah hari semalam.

            “Oh, Inspektor Fida. Satu jabatan dengan abang, kenapa?”

            “Dia cantik, kan? Pipinya bak pauh bakal dilempang, bibirnya merah bakal ditenyeh...”

            “Eh, Rina cakap apa ni? Sihat ke tak? Kalau rasa nak sawan meh kita pegi klinik,” sampuk Rizal yang mula curiga dengan tahap kenormalan mental isterinya malam itu.

            Khai mengetap bibir. Ikutkan hati nak saja dismack down lakinya itu tapi takut jadi isteri derhaka pulak. Dia menumbuk pintu peti sejuk dengan kuat. Rizal mula kecut.

            “Rina peduli apa dia inspektor satu jabatan dengan abang sekalipun? Yang abang dok gatal pegang-pegang dia tu kenapa? Dah gatal nak tambah lagi satu?!” Dengan kelajuan sepantas kereta Nissan Skyline ketika drift, Khai menghamburkan segala ketidakpuasan hatinya.

            Rizal tersengih. Khai cemburukan Fida rupanya. Ini kes biasa. Isteri cemburu dengan suami, ibu cemburu dengan ayah, nenek cemburu dengan atuk, awek cemburu dengan balak, tokei balak cemburu orang lain dapat tender balak, jiran sebelah cemburu jiran sebelahnya dipinang janda beranak tujuh.

            “Kaki dia terseliuhlah, sayang. Dia pakai kasut tumit tinggi. Abang cuma nak tolong je.”

            Khai tertawa penuh sarkastik. “Banyaklah, alasan lapuk bila nak menggatal dengan perempuan lain, kan? Alasan macam tu siapa percaya? Pergi tipu labi-labilah bang oi!”

            Khai kembali mengadap sinki dan pura-pura meneruskan kerja dengan hati yang berapi gila-gila. Rizal tersenyum. Dia tidak tahu macam mana isterinya tahu tentang Fida tapi perkara itu tidak penting untuk dibahaskan. Walaupun dia menganggap cara Khai cemburu agak keanak-anakan tapi dia menghargai perasaan Khai. Itu bererti Khai masih sayangkan dia seperti dulu.

            Rizal melangkah mendekati isterinya. Pinggang Khai dipeluk dari belakang, tapi Khai tidak pula menepis. Kaku tanpa perasaan.

            “Rina sayang abang kan?” soal Rizal lembut.
            Khai diam.

            “Kalau Rina sayang abang, cubalah percayakan abang macam abang percayakan Rina. Fida tu cuma rakan sekerja, kami kena selesaikan satu kes sama-sama dalam satu pasukan. Tengah hari semalam abang pergi dulu dengan dia kat parking lot tapi bukan berdua je. Kitorang tunggu Azman dengan Erin sekali. Abang cuma papah dia sebab dia tak boleh berjalan, kaki dia terseliuh. Rina boleh tanya Azman kalau tak percaya.”

            Khai terdiam mendengar penjelasan suaminya. Ada logiknya juga kerana seingatnya tengah hari semalam dia ternampak Rizal memapah Fida dan gadis itu kelihatan berjalan terhencot-hencot. Susah dapat suami kacak serba serbi ni, entah-entah kalau suaminya menegur Mak Piah Ketupat pun dia cemburu. Mungkin betul, dia perlu belajar untuk mempercayai suaminya. Lagipun sebelum ini mana pernah Rizal menggatal dengan orang lain.

            “Senyum sorang-sorang ni kenapa pulak?” tegur Rizal hampir ketawa.

            Khai cepat mengawal perasaan. Dia tidak sedar sejak bila dia tersenyum. Dia jadi malu apabila dirinya ditenung begitu. Sekeras-keras hatinya, akhirnya lembut juga kerana pujukan sang suami.

            “Jangan marah lagi, okey? Lain kali kalau tak faham apa-apa tanya abang dulu, jangan terus buat andaian. Kadang-kadang andaian boleh jadi fitnah, faham?”

            Khai mengangguk malu. Segala kekusutan telah diselesaikan. Nasib baik suaminya jenis tidak cepat melatah. Kalau jenis suami yang panas baran tentu bila isteri buat perangai ditengkingnya balik atau silap-silap si isteri makan pelempang. Rizal, such a cool husband. Ahaks...

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

2 comments:

Eddayu said...

waaaa so sweetssss la Rizal nie.. ahaks.. ;)

saadiah abdul satar said...

Ala salah paham je....pandai rizal pujuk khai.....