Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, February 26, 2010

Abang Khai Tomboy? 2

“HAI, semua, tengok Abang Khai bawa apa...”
Dengar saja suara Khai, dua orang anak saudaranya itu terus berlari mendapatkannya. Khai tahu pasti anak-anak saudaranya itu merinduinya sebab dah lebih seminggu dia tidak datang menjenguk mereka.
 “Nah, ini untuk adik.” Khai menghulurkan anak patung Barbie kepada adik, anak saudaranya yang paling bongsu.
Terkedek-kedek budak umur lima tahun tu menghulurkan tangan comelnya untuk mengambil anak patung di tangan Khai.
Comelnya budak ni. Mukanya sebiji macam arwah kakak aku, bisik Khai sambil tersenyum senang.
“Apasal abang dah lama tak datang jenguk kita orang?” Angah bertanya sambil membelek-belek baju-T yang diberi Khai kepadanya.
Khai tersengih sambil membawa adik ke dalam dukungannya. “Ooo… abang pergi honeymoon kat Selat Tebrau Afrika. Muahaha…”
“Isy, abang ni, orang tanya betul-betul, dia buat lawak pulak.” Angah tarik muncung sedepa.
“Abang busy shooting sejak akhir-akhir ni. Sekarang abang dapat tawaran berlakon drama baru. Ceritanya tentang seorang pengkid yang kesempitan hidup dan terpaksa sara diri dengan meragut orang. Best tak?”
Angah cuma mencebir bibir.
“Along mana?” Khai alih topik.
“Keluar. Dari pagi belum balik,” jawab angah selamba.
Khai ternganga. “Apa? Dari pagi tadi keluar sampai dah pukul 6.00 petang ni belum balik?”
Angah angkat bahu.
Khai melepaskan keluhan. Entah kenapa sejak kakak dan abang iparnya meninggal dunia, berbeza benar perangai along. Dulu along tak macam ni. Sekarang, makin bebas keluar masuk rumah tanpa kawalan. Khai sendiri pun sudah tidak tahu macam mana mahu nasihatkan along.
Hari tu, along keluar dengan mamat mana entah kat KLCC. Tanpa sebarang isyarat, Khai terus pergi sound budak-budak yang tengah syok-syok dating tu. Bila dia sound dia orang, mamat tu pulak tengking dia balik. Tapi bila dia cakap yang dia adalah abang kepada along, berdesup mamat tu lari tinggalkan along.
Along apa lagi, berapilah dia marah. Tapi sampai setakat mana sangat dia berani? Khai tu kan ‘pak cik’ dia. Dan, sampai sekarang Khai dah tak nampak lagi along keluar dengan lelaki tu. Kejap-kejap keluar dengan orang Bangla, kejap-kejap orang Indon dan akhirnya dilarikan orang utan. Huhuhu… Ini tipu aje.
Anak-anak saudara Khai, tiga orang semuanya. Ketiga-tiganya perempuan. Angah dengan adik, tak ada masalah sangat, tapi si along ni dah macam lembu tak terkawal. Kata orang, jaga sekandang lembu lebih senang daripada jaga sorang anak dara. Sekarang Khai mengakui kata-kata itu.
Angah pulak, selamba aje. Dia anak saudara yang paling rapat dengan Khai sebab dia orang satu kepala. Maklumlah, sama-sama pengkid. Budak tingkatan lima dan senang diuruskan. Adik, the cutest baby! Paling bongsu dan perbezaan umurnya sangat jauh dengan kakak-kakaknya. Baru lima tahun dan dengar kata. Yalah, budak kecik mana reti melawan, betul tak?
“Bang, darah apa tu?” soal angah.
Khai lepaskan adik dari dukungan. Terkedek-kedek adik berlari mendapatkan sebiji bola mini di atas lantai dan terus berlari keluar ke halaman rumah. Khai belek siku yang berdarah dan sedikit berpasir. Ini mesti kes masa kat stesen bas tadi. “Abang jatuh tadi.”
“Jatuh? Abang pergi main kat mana?”
“Apa pulak main. Abang jatuh masa shooting tadi. Abang buat scene meragut, tapi tiba-tiba pulak ada sorang mamat tu nak tangkap abang pasal dia ingat abang ni betul-betul peragut. Macam siot aje mamat tu.”
“Habis tu macam mana? Abang mintak ganti rugi tak?”
“Malaslah abang nak bising-bising. Kes tu pun dah selesai. Lepas dia minta maaf, dia terus blah,” ujar Khai ringkas. Malas nak cerita lebih-lebih pada angah pasal hal tadi. Sebenarnya memanglah dia pun panas jugak masa mamat yang tidak dikenalinya itu tiba-tiba terjun atas belakang dia. Tapi, bila mamat tu dah minta maaf, terpaksalah dia maafkan. Maklumlah, sedangkan nabi ampunkan umatnya, inikan pula manusia biasa macam dia.
“Dia bukan peragut. Dia adalah peragut yang melakonkan watak peragut. Ada faham?”
Terngiang-ngiang bicara Salim yang begitu marah dengan apa yang berlaku tadi. Khai tiba-tiba teringat peristiwa di stesen bas tadi.

********************************************


KHAI tengok muka mamat tu dah pucat, tapi taklah ketara sangat. Masih nak kontrol macolah tu konon. Eii… geramnya hati aku. Dahlah dia calarkan kulit aku yang cantik, dia boleh pulak buat muka lima sen setengah kat sini. Khai ketap bibir.
“Dalam scene ni, kau patutnya biarkan Khai lari. Kau tak baca skrip dulu ke?” Salim, selaku pengarah drama bertanya.
Khai hampir nak tergelak. Betul ke mamat ni pelakon ekstra?
“Engkau tahu tak betapa susahnya aku nak buat scene ni? Kau sedap-sedap aje rosakkan. Sudah, sudah... Semua orang ambik tempat masing-masing. Kita buat sekali lagi. Dan kau pulak, pergi dari sini. Kau dipecat!” jerit Salim depan muka mamat tu.
Salim dan semua krew sudah beredar dari situ. Mamat tu kerutkan dahi aje. Daripada gayanya, Khai tahu dia bukan pelakon ekstra. Sesedap jiwa aje Abang Salim nak pecat mamat ni. Dia tak tahu ke yang mamat ni bukan pelakon ekstra?
“Dik, saya tak tahu adik pelakon,” ujar Rizal menyapa.
Khai mencerlung mata ala-ala Rika Sumanto. Tahan aje rasa perit kat bahagian siku. Apa barang pengkid menangis?
“Tak tau aku pelakon? Wei, dari mana kau quote ayat tu, hah? Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke? Aku tiap-tiap hari masuk TV. Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?”
“Yalah, yalah... Nanti bila awak dah dapat Anugerah Pelakon Lelaki Popular, baru saya kenal.” Rizal dah buat muka fade-up.
Khai ketap bibir. Anugerah Pelakon Lelaki Popular? Lelaki? Seorang lagi terpedaya. Muahaha... “Wei, kau tau tak betapa susahnya aku nak buat scene ni? Masuk kali ni dah tiga kali tak jadi dan tiga kali ni jugaklah aku terpaksa lari mengelilingi stesen bas ni, tau tak? Aku dah letih. Letih, faham?” Khai sembur Rizal.
“Eleh, setakat lari tiga kali keliling stesen bas pun dah semput. Aku kalau kau nak tahu, pernah lari mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu secara solo tau tak?”
“Hek eleh, macam tu pun nak bangga ke?” Khai mengejek. Tapi sebenarnya dalam hati dia kagum. Pernah mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu? Gila! Kalau aku mesti dah tercabut segala urat sendiri dalam badan aku ni.
“Dahlah, aku masih ada kerja lain daripada asyik melayan kau kat sini. Aku kena pergi sekarang dan aku nak minta maaf pasal tadi. Aku ni polis, jadi aku memang tak boleh kalau tengok jenayah berlaku depan mata aku sendiri.”
Aik, selamba badaknya dia. Tapi tak apalah kan... Sekurang-kurangnya dia dah minta maaf dan Khai sebagai umat Islam yang baik kenalah maafkan.
Tapi kan, tak percaya pulak aku bila mamat tu kata dia polis. Biar betul. Handsome gila babas macam tu polis? Aku ingat ke dia ni pelakon jugak. Model ke. Yalah, dengan tubuh galah dia tu, dia boleh jadi sesiapa saja.
****************************************
BANG! Ooo… bang...”
“Adoi, sengetlah kau ni angah!” Khai menjerit bila angah menampar bahunya. Kurang ajar punya anak saudara.
“Dah tu orang asyik panggil-panggil dari tadi dia buat bodoh aje. Orang masih kat bumi, dia dah sampai planet Neptun.”
“Banyaklah kau punya Neptun.”
“Neptun ada satu ajelah, bang. Mana abang dengar Neptun ada banyak?”
“Kau ni betullah. Lambat pick-up!
Angah menjuihkan bibir.
“Wei, bapak saudara kau dari Terengganu tu dah sampai ke belum?”
Angah angkat bahu. “Kalau dia tak datang pun kita orang tak kisahlah, bang. Angah faham kalau dia tak nak jaga kita orang. Yalah, umur abah dengan dia tu jauh sangat beza. Abah bukannya rapat sangat pun dengan adik abah tu. Malahan, kita orang sendiri pun tak pernah jumpa dengan adik abah tu. Mungkin dia belum sedia. Yalah, dahlah tak pernah kenal kita orang, alih-alih kena jaga kita orang pulak...”
“Habis tu takkanlah dia nak langgar wasiat pulak,” respons Khai.
“Tak kisahlah, bang. Kalau dia tak datang pun, abang kan ada untuk jaga kita orang.”
“Tapi, abang bukannya selalu datang, angah sayang oii...”
“Tak perlulah nak jaga kita orang macam baby sitter. Angah pun dah besarlah.”
Khai terdiam. Terasa kalah dengan kata-kata angah. Betul jugak. Buat apa pulak aku kena selalu jaga dia orang? Dia orang kan dah besar, pandai-pandailah nak hidup. Cuma sekarang ni, yang paling dia kena bagi tumpuan ialah adik. Dulu waktu kakak dan abang iparnya meninggal, adik nampak masih kebingungan dengan apa yang berlaku. Dan, sampai sekarang pun dia belum tahu yang mama dan abah dia dah meninggal. Kesian…
“Senang-senang kau orang tinggal dengan abang ajelah...” Khai bagi cadangan.
“Atuk dah dapat terima kita orang ke?” Suara angah bernada sarkastik.
Baru Khai teringat sesuatu. Sampai sekarang, papanya belum dapat merima along, angah dan adik sebagai cucu. Sejak Kak Khairiah kahwin dengan Abang Razlan, Kak Khairiah terus dibuang daripada salasilah keluarga. Malahan, Khai sendiri dilarang berhubung dengan kakaknya itu. Sekarang ni pun, Khai jumpa dengan anak-anak saudaranya secara sembunyi-sembunyi aje.

Tapi, satu yang dia tidak faham dengan papanya. Kenapa papa benci sangat pada Abang Razlan? Adakah sebab Abang Razlan cuma guru sekolah menengah? Entah, dia sendiri tidak tahu sebab-sebabnya. Apa yang dia pasti, disebabkan kebencian papa yang mendalam terhadap Abang Razlan menyebabkan papa turut tidak mengaku along, angah dan adik sebagai cucu-cucunya. Astaghfirullah…

**********************************


RUMAH dua tingkat yang tersergam gah di depannya, ditenung penuh asyik. Biar betul rumah abang macam ni? Rumah besar, tapi serupa dilanda taufan Katrina. Rumput-rumput semua dah panjang ala-ala nak jadi lalang. Aku rasa kalau ada ular beranak dalam semak tu pun, tak ada orang tahu. Ada basikal budak kecil terbaring atas tanah. Aku bet 87.92 peratus itu basikal anak saudara aku yang bongsu sekali. Aku hairan, macam manalah abang aku dulu boleh tahan tinggal kat rumah macam ni? bebel Rizal sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Tanpa sedar, ringan aje kaki Rizal melangkah masuk ke halaman rumah sambil menjinjit beg-beg bajunya. Masya-Allah, apasal teruk sangat rumah ni? Tak ada orang uruskan ke?
Buk!!!
“Argh!!!” Spontan Rizal menjerit kesakitan bila terasa ada benda keras melantun ke mukanya. Aduh, sakitnya hidung aku. Siapa yang kurang ajar baling bola atas muka aku yang maco ni?
Bola mini di atas tanah, ditenung Rizal geram. Kalau dah bola angin sekecil ni sudah boleh memberikan kesakitan macam tu sekali kepada Rizal, entah macam manalah kalau mukanya mencium bola keras macam bola sepak tu? Dahlah pertama kali datang, dihadiahkan pulak dengan hadiah yang cukup spesial ni. Apalah nasib badan...
Dek kerana kegeraman di tahap maksima, terus saja Rizal pijak-pijak bola angin yang berada berhampiran kakinya sekuat hati. Mungkin sebab dia berat sangat, sampai pecah bola yang tak berdosa itu dierjakan. Baru puas hatinya.
“Abah!”
Uiks, macam suara budak kecik aje. Siapa abah kau, hah? Aku belum kahwin lagi tau!
Dari jauh Rizal nampak seorang kanak-kanak perempuan sebesar teddy bear berlari ke arahnya. Sebaik kanak-kanak itu mendekatinya, terus saja kanak-kanak perempuan itu memeluk kakinya dengan erat. Rizal terpinga-pinga.
“Abah, mana abah pergi selama ni? Adik rindu abah,”kata kanak-kanak perempuan yang menggelar dirinya sebagai adik itu.
Tanpa sedar Rizal sudah mengangkat tubuh budak kecil itu. Mulanya niat di hati nak aje sembur budak tu sebab berani baling bola murah atas mukanya yang berharga 12 juta itu, tapi sebaik terpandang wajah budak perempuan yang didukungnya itu, hatinya tiba-tiba jadi sejuk. Tak tahu kenapa.
Adik peluk leher Rizal. Erat tanpa ada rasa janggal sikit pun. Tak hairanlah kalau adik ingat Rizal itu abahnya, sebab muka abahnya sebijik macam Rizal. Cuma bezanya, mungkin tubuh Rizal lebih tegap.
"Abah pergi mana baru balik? Adik rindu," ujar adik manja sambil tangannya mengusap-usap muka Rizal dengan asyik. Mungkin melepaskan kerinduan pada abahnya selama ini.
Rizal termangu. Atau lebih tepat, dia sebenarnya sudah terpinga-pinga dengan situasi sekarang ni. Ditelek raut wajah adik. Satu per satu. Bentuk hidung dan kening budak ni mirip aku. Eh, silap, maksud aku, mirip abang aku. Cuma mata, bibir dan bentuk muka dia saja yang lain. Mungkin ikut muka arwah kakak ipar aku agaknya. Wajah budak ni betul-betul buat aku jatuh kasih. Takkanlah aku dah ada naluri kebapaan kut...
“Adik, ooo… adik... Mana kau pergi?” jerit suara dari dalam rumah.
Rizal menanti gerangan siapakah yang bakal keluar dari rumah dua tingkat itu.
Beberapa ketika, ada dua orang lelaki keluar dari rumah itu. Dua orang lelaki tu saling berbalas pandang.
Dia orang ni pandang aku macam aku ni alien angkasa lepas pulak. Tapi salah seorang lelaki tu macam pernah aku jumpa, tapi di mana ya? Eh, dia bukan ke lelaki yang dekat… Oh tidak! Takkanlah dia... keluh Rizal dalam hati.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: