Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Friday, June 13, 2014

Zikir Cinta 4

“ALLAH!” Itu ayat pertama yang keluar dari bibir Daniel saat dia terlanggar seseorang semasa berjalan di lobi kampus. Dia hanya berseorangan ketika itu, ingin menuju ke pejabat pensyarah untuk bertanya lebih lanjut tentang tugasan akhir semesternya.

            Dan wajahnya sedikit berubah apabila menyedari orang yang dilanggarnya adalah Cinta. Ah sudah… kenapa dalam minggu ini sahaja sudah dua kali mereka bertembung?

            “Maaf, saya tak sengaja,” ujar Daniel menunduk sedikit, walaupun dia sendiri tidak pasti sama ada dia yang melanggar Cinta atau Cinta yang melanggarnya.

            “Eh, tak apa. Saya yang salah,” balas Cinta dengan suara yang cukup lembut.

            Daniel sudah terkebil-kebil. Tahap kepelikannya membuatkan keningnya sedikit ternaik. Apahal Cinta baik benar hari ni? Ada masalah penghadaman ke?

            Cinta menzahirkan satu senyuman yang menggoda, dengan harapan Daniel akan cair seperti lelaki-lelaki lain juga. Dan apa yang Daniel tidak tahu, memang dia yang sengaja melanggar Daniel tadi.

            Daniel ingin cepat-cepat berlalu tetapi Cinta seperti sengaja menghalang perjalanannya. Cinta sengaja merenungnya dengan pandangan menggoda sehingga memaksa dia melarikan anak matanya. Bukan dia takut, tapi setiap kali memandang Cinta, adrenalinnya macam terlebih dos. Heartbeat dan breathing rate meningkat naik tahap petala kelapan.

            Otaknya ligat berfikir. Dia ada buat salahkah? Adakah Cinta sekali lagi mencari alasan untuk mengherdik atau menghinanya? Hampir tiga tahun di sini, dia masak benar dengan sifat Cinta yang suka bergaul mengikut status. Hanya anak orang kaya layak menjadi kawannya, manakala yang tidak berduit hanya layak menerima sindiran dan makiannya.

            “Free tak? Saya ada benda nak bincang,” ujar Cinta.

            “Err… sorry, I’m pretty busy right now. Ada apa? Penting ke?” Daniel mengembalikan pertanyaan, dan seperti biasa wajahnya tenang sahaja walaupun debaran dihatinya hanya Tuhan yang tahu.

            “Mmm… saya…”

            “Danny, I’ve been looking for you but you’re not around. Nasib baik jumpa kau kat sini.” Belum sempat Cinta menghabiskan kata-katanya, Adrian yang datang entah dari mana datang menyapa.

            Wajah Adrian selamba sahaja, langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun gadis yang paling tidak disukainya sedang berdiri dihadapannya.

            Kehadiran Adrian mengembalikan Daniel ke dunia nyata. Cepat-cepat dia berdehem.

            “Err… aku nak jumpa prof kejap, ada apa-apa ke?” Daniel menyoal.

            “Nothing, just wanna tell you I’m gonna bake some cookies today. So balik awal sikit,” ujar Adrian sambil mengenyitkan matanya.

            Daniel semakin pelik. Dia memang tahu Adrian suka memasak, tapi tak pernah pula Adrian mencarinya semata-mata untuk memberitahu menu apa yang ingin dimasak hari ini. Kenapa semua orang nampak pelik hari ini?

            “Kau nak jumpa prof, kan? Pergilah cepat!” tekan Adrian sambil menepuk-nepuk bahu Daniel, seperti memaksa Daniel agar segera beredar dari situ.

            Daniel lambat-lambat mengangguk. Dia menunduk pamit dan terus berlalu.

            Cinta menjeling dengan hati yang terbakar. Baru dia hendak memulakan langkah pertamanya untuk memikat Daniel, ada pula yang kacau daun.

            Adrian menoleh memandang Cinta dengan pandangan yang melotot. Tidak semena-mena lengan gadis itu ditarik kasar dan dibawa ke sudut lobi yang agak sunyi. Terjerit Cinta dengan perlakuan Adrian yang tidak disangka-sangka itu.

            “Eh, you ni kenapa? Gila ya? Kalau lebam lengan I ni, I sue you kat court, nak?” jerit Cinta sambil mengusap-usap lengannya yang terasa ngilu.

            Adrian mengherotkan bibir dengan pandangan yang mengejek.

            “Do I look like I give a shit?” sindirnya.

            Cinta menggigit bibir.

            “Apa you nak?”

            Adrian bercekak pinggang dan memandang Cinta dengan wajah serius.

            “Kau cakap apa dengan Daniel tadi?”

            Soalan Adrian membuatkan Cinta tertawa halus.

            “Kenapa? You jealous ke?”

            “Aku jealous? Kau nak kata aku jealous?” tekan Adrian sambil menuding jari ke wajahnya sendiri.

            Adrian tertawa sarkastik. Hakikatnya, sejak dari tadi dia memerhati segalanya dari jauh. Dia sendiri nampak Cinta pura-pura terlanggar Daniel. Dan dia tidak sedap hati apabila Cinta menahan Daniel dan memandang sahabat baiknya dengan pandangan yang menggoda. Dia datang untuk menyelamatkan keadaan. Dia tidak mahu Daniel yang polos itu jatuh ke perangkap perempuan gatal seperti Cinta.

            “Tolonglah Cinta, I know you better. Kau ni memang dasar perempuan gatal. Semua lelaki pun kau nak sapu, kan? I thought you’re just hunting for a good looking and rich guy.”

            Cinta tersenyum bersahaja.

            “Kenapa? You takut I goda kawan baik you tu ke?”

            Adrian tidak membalas. Senyuman Cinta semakin lebar.

            “Well… what can you do to stop me?”

            Adrian menggenggam penumbuk. Rasa geram yang menebal cuba ditahan. Kalau tidak mengenangkan Cinta seorang perempuan, sudah lama Cinta makan penumbuk sulungnya.

            “Apa kau nak sebenarnya, Cinta? Tak dapat aku, kau nak si Daniel tu pulak? Aku tahu apa yang kau fikir. Kau nak main-mainkan dia sama macam lelaki-lelaki bodoh yang dok tergilakan kau tu, kan? Apa salah Daniel? Dia tak pernah pun kacau kau, kan?”

            “Sudahlah, Adrian. Jangan paranoid sangat. I tak sekejam yang disangka,” ujar Cinta masih lagi tersenyum.

            Adrian mendengus.

            “Stay away from my friend, is that clear?” Dia memberi amaran dengan menyebutnya satu persatu kerana mahu Cinta mendengarnya dengan jelas.

            Tanpa menunggu lebih lama, Adrian terus beredar. Makin lama makin meluat pula mengadap wajah gadis itu.

            Cinta tersenyum mengejek. Amaran Adrian langsung tidak menakutkannya. Malah membuatnya semakin bersemangat untuk mendekati Daniel. Dia baru hendak berbual seketika dengan Daniel pun Adrian sudah mengamuk seperti ini, dia tidak dapat membayangkan betapa sakitnya hati Adrian jika dia sudah berjaya menjadikan Daniel sebagai teman lelakinya. Pasti sengketa antara mereka akan jadi lebih seronok!
************

SELEPAS bertemu dengan pensyarahnya, Daniel terus ke perpustakaan, melayari internet untuk mencari bahan tugasannya. Di kampus, hampir seluruh lingkungan kawasan telah dihubungkan dengan internet. Semua mahasiswa dapat mengakses internet bahkan dari bilik asrama kampus secara percuma menggunakan kemudahan wireless melalui sambungan internet.

            Mata Daniel tekun membaca satu-persatu data di skrin laptop. Dia cuba untuk konsentrasi. Semakin dekat tarikh peperiksaan akhir, kerinduannya terhadap Malaysia dan lebih-lebih lagi ibu kian menyeksa.

            Dia tahu dia tidak boleh terlalu terbawa-bawa dengan perasaan. Dia harus cemerlang dalam peperiksaan kali ini, seperti yang lepas-lepas. Tapi dia memang sudah tidak sabar ingin pulang, mahu memeluk dan mencium tangan ibu. Ah, rindunya!!!

            “Danny.”

            Daniel segera berpaling. Dia tersenyum melihat Jessica yang berdiri di belakangnya. Jessica, gadis dari Surabaya, Indonesia. Ramai juga hairan kenapa gadis Islam sepertinya mempunyai nama seperti minah saleh tapi menurut Jessica, keluarga sebelah ibunya berketurunan Belanda. Patutlah orangnya cantik seperti bintang sinetron di kaca TV.

            Kata Jessica, Australia memang menjadi salah satu negara tujuan belajar yang paling diminati pelajar Indonesia. Setakat ini dianggarkan lebih dari 20 000 mahasiswa Indonesia belajar di sini. Selain faktor dekat dengan Indonesia, mereka menganggap Australia seperti negara ‘Barat’ yang dianggap maju dan mempunyai kelebihan dalam hal pendidikan seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

            Dan Daniel sendiri mengakui kata-kata gadis itu. Sememangnya pelajar Indonesia di sini berganda-ganda lebih ramai daripada pelajar Malaysia. Kadang-kala pelajar Malaysia boleh dibilang dengan jari sahaja.

            “Duduklah dulu.” Daniel mempelawa.

            Jessica menggeleng.

            “Nggak apa-apa. Aku buru-buru ni. Aku cuma mau kasi ini ke kamu. Presentation kita untuk subjek Entrepreneurship and Innovation itu. Maaf ya, aku cuma sempat nyiapin separuh dari bahagian findings. Administrative budget masih harus diteliti, ada sedikit pembetulan.”

            Jessica menghulur fail biru ditangannya yang berisi maklumat untuk pembentangan projek mereka.
            Daniel membuka fail itu dan membeleknya satu-persatu.

            “Cukuplah ni, Jess. Baguslah, sekurang-kurangnya saya tak adalah terkial-kial cari sorang-sorang,” ucap Daniel mengulum senyuman.

            Ternyata tidak salah Professor Ronald menggandingkan mereka berdua untuk projek akhir ini. Jessica memang boleh diharap. Tidak seperti semester lepas, dia digandingkan dengan Cinta yang hanya mengharapkan segala-galanya darinya. Cinta langsung tidak membantu untuk pembentangan projek itu dan akhirnya Daniel terpaksa menyiapkannya seorang diri.

            Tapi hairannya, walaupun sikap Cinta sangat menyakitkan hatinya, dia masih menyukai Cinta dan menganggap perbuatan gadis itu tidak sengaja walaupun Cinta tidak pernah memohon maaf.

            Bodohkah aku? tanya hatinya sendiri.

            “Aku pergi dulu, ya. Kasi tahu aku kalau kamu mahu buat discussion nanti,” kata Jessica. Dia menepuk-nepuk bahu Daniel dan terus berlalu meninggalkannya.

            Daniel tersenyum sendiri dan meletakkan fail biru itu ditepi. Baru sahaja dia ingin menyambung kerjanya yang tergendala tadi, dia terdengar seseorang memberi salam dari belakang.

            “Nak apa lagi, Jess? Tertinggal ba…” Suaranya tersekat di situ. Sangkanya Jessica kembali semula kerana tertinggal sesuatu, rupa-rupanya Cinta.

            Daniel mengerutkan kening. Sejak bila pula gadis itu menyapanya didahului dengan salam? Dulu semasa digandingkan untuk pembentangan, gadis tersebut hanya ber ‘hoi-hoi’ dengannya. Dia yang sememangnya kaku setiap kali berhadapan dengan Cinta hanya membiarkan meskipun tutur katanya menyakitkan hati.

            “Waalaikumussalam.” Daniel menjawab seadanya dan matanya kembali menumpukan perhatian kepada laptop.

            Hairan juga dia. Tadi dia bertembung Cinta berdekatan dengan bilik pensyarah, sekarang di perpustakaan pula. Adakah Cinta memang sengaja mengekorinya?

            Tanpa dipelawa, Cinta terus duduk di kerusi bersebelahan dengan Daniel. Dengan cuaca musim bunga sekarang yang sememangnya dingin sehingga boleh mencecah paras negative, Daniel masih dapat merasa ada peluh mengalir dari dahi ke pipinya.

            “Maaf, Cinta. Adrian suruh balik awal hari ni. Saya pergi dulu, jumpa lagi.”

            Daniel segera mengemas buku-bukunya dan menutup laptop lalu melangkah pergi dari situ. Tidak tahan dia dilemahkan dengan kuasa magnetik Cinta.

            Sepantas itu juga Cinta menangkap lengannya. Daniel telan air liur, terasa bulu tengkuknya mula meremang.

            “Apa ni? Dosalah!” Cepat-cepat Daniel menarik lengannya.

            Cinta tersentap. Baru kali ini Daniel bertegas dihadapannya. Daniel menekup mulut. Dia sendiri terkejut, macam mana dia boleh mempunyai keberanian seperti tadi?

            “Err… maaf, saya…” Dia agak serba salah. Serba salah kerana sedikit berkasar dengan Cinta tadi. Dan serba salah melihat Cinta merenungnya tanpa berkelip.

            Tanpa berlengah lagi dia terus beredar dari situ. Peluh di dahi sudah menggila.

            Cinta tersenyum sendiri walaupun kelibat Daniel yang sudah tidak kelihatan. Hatinya kuat mengatakan Daniel sebenarnya menyukainya. Tak apalah, biar kali ini Daniel lari. Lain kali Daniel tidak akan terlepas lagi

***********

JASON LEE menaikkan kening melihat Daniel baru pulang dengan wajah berkerut-kerut. Daniel menanggalkan kot dan disangkut dibelakang pintu. Perlahan-lahan dia melangkah melintasi Jason Lee yang sedang duduk di hadapan televisyen.

            “Kau apahal? Muka macam orang mati bini je.” Jason Lee cuba mengusik.

            Daniel tersenyum kecil. Dia membatalkan niatnya untuk ke bilik dan terus mengambil tempat duduk di sisi Jason Lee.

            “Eh, awalnya balik. Aku ingat lepas jumpa professor kau nak study kat library sampai malam,” tegur Adrian yang baru muncul dari dapur bersama sepiring biskut coklat yang baru dibakarnya.

            “Tak jadilah…” Pendek jawapan Daniel.

            “Sebab?” Adrian bertanya lagi.

            Daniel tidak terus menjawab. Dia menoleh kepada Adrian yang masih berdiri.

            “Kau cakap apa dengan Cinta tadi?” Soalan Daniel membuat Adrian sedikit terkejut.

            Jason Lee terkebil-kebil.

            “Cinta? Apasal tiba-tiba sebut nama dia ni?” sampuknya.

            Adrian terus meletakkan piring ditangannya di atas meja ruang tamu.

            “Apasal tanya?” Dia mengembalikan soalan pula.

            “Tadi lepas jumpa dia kat lobi, dia tegur aku lagi dekat library,” ujar Daniel.

            Berubah terus muka Adrian. Giginya diketap geram. Si Cinta ni memang tak pernah serik. Ikutkan hati nak aja dia humban perempuan itu ke tasik. Entah apa masalah dia. Rasanya Daniel tak pernah pun mengganggu hidupnya sebelum ini.

            “Tak de, aku tak cakap apa-apa pun dengan minah tu. Lepas kau blah, aku pun blah sama.” Alah, bohong sikit apa salahnya.

            “Tak gaduh dengan dia macam selalu?” duga Daniel.

            “Hish, tak ada masa aku nak gaduh dengan dia. Tengok muka dia pun aku dah naik menyampah.” Adrian menyanggah.

            Daniel mengangguk lambat-lambat.

            “Dahlah, aku nak masuk bilik. Buat assignment.”

            “Nanti dulu, sebelum tu rasalah biskut aku ni. Aku baru buat tadi,” pelawa Adrian tersenyum-senyum.

            Daniel mengambil sekeping biskut coklat di atas meja lalu masuk ke dalam biliknya tanpa berkata apa-apa.

            “Wei, apahal ni? Apa dah jadi? Kenapa tak cerita apa-apa pun kat aku?” Jason Lee menginggung lengan Adrian.

            Adrian mengulum bibir dan mengerutkan dahi seperti sedang memikirkan sesuatu.

            “Dahlah, benda tak penting. Tak payah tahulah.”

            “Pulak…”

            “Biskut ni kurang rasa coklat!” jerit Daniel dari dalam biliknya.

            Jason Lee tersenyum memandang Adrian yang kelihatan sedikit hampa. Kasihan, memang sejak mengenali Adrian, dia dan Daniel tahu Adrian suka memasak dan mencuba pelbagai resepi tapi sejak dulu setiap masakannya ada saja yang tidak kena.

            “Try harder, okay? Aja aja fighting!,” nasihat Jason Lee dan meninggalkan Adrian sendirian di ruang tamu.

            Adrian mengangkat piring dan merenung biskut coklatnya.

            “Huh, last-last aku melantak sorang!” omelnya dan mula mengunyah biskut tersebut.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

6 comments:

khairulazwan66@gmail.com said...

best

E-la Adiey said...

khairul azwan - yeay..haha.komen jugok

baby mio said...

Best.

E-la Adiey said...

terima kasih, baby mio

intan razak said...

aku x tahu nak komen apa. mcm biasa, cerita kau mmg best. dan aku suka gambar lelaki pegang biskut tu. cute giler!!!!!!!!!!!!

E-la Adiey said...

intan razak.. erkk.. nak tercabut jantung aku baca