Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, April 25, 2011

Amar Farish 4

“Walaupun kecik, tapi cantik rumah kau ni, Jue.”Ayat pertama yang keluar dari mulut Zahra sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Jue.

            “Ala, rumah sewa biasala. Nak harapkan aku beli sendiri tak adanya. Haa… kau kena tidur dengan akulah nampaknya. Kat rumah ni ada satu bilik je,” balas Jue sambil menolong Zahra mengangkat beg-beg pakaiannya.

            Selesai semua barang disumbatkan ke dalam bilik, Zahra ke dapur. Nak tolong Jue memanaskan lauk. Semasa Jue datang mengambilnya di McD petang tadi, terus mereka singgah warung beli lauk untuk makan malam.

            “Ara, kau interview bila?”tanya Jue sambil menuang lauk dalam mangkuk.

            “Khamis ni, kenapa?”

            “Tak ada apa, makin cepat makin bagus. Dah prepare ke?”

            Zahra tersengih. “Rasanya dah kot. Aku ada search sikit-sikit kat internet soalan apa yang lazim ditanya masa interview.”

            Jue tersengih sama. Ketika Zahra sedang mencedok nasi daripada periuk, dia terdengar suara kucing mengiau.

            “Eh, Arshavin dah balik? Mari sini anak mama.” Senyuman di bibir Jue melebar bila seekor kucing Parsi masuk ke dapur. Zahra angkat kening. Mama? Arshavin?

            “Wei Jue, kau ni tak betul ke apa? Tu kucing bukan manusia,”ujar Zahra. Sarkastik.

            “Ala biarlah…dia nilah satu-satunya peneman aku kat rumah ni sejak housemate aku tuh takde. Eh kau tolong ambilkan Whiskes dalam kabinet atas tu. Kasi anak aku tu makan, dah penat agaknya bertenggek dengan kucing jiran sebelah,”arah Jue macam seorang ibu bebelkan anaknya. Anak tu merujuk pada kucingla.

            Zahra terus buat apa yang disuruh. Okla…takdela bosan sangat rumah ni. Bosan-bosan ke boleh aku lastik punggung dia, tak pon jadikan dia teman aku tengok bola. Aku suka gak kucing. Tak kira berkurap mahupun black metal. Semua kucing sama je. Semua kucing ambik SPM. Semua kucing pernah bercinta dikala sunyi. Haa…indah tak ayat aku? Hahaha… Zahra tergelak dalam hati dengan lawak tak kelakarnya

            “Ara.”

            “Hmm…”Zahra menyahut perlahan sambil tangan cuba mencapai makanan kucing yang diletakkan dalam kabinet.

            “Apasal baju kau tu kotor semacam je? Kau jatuh dalam lumpur ke?”

            Zahra terdiam. Kemudian mengalihkan pandangan ke bajunya. Masih ada kesan air kopi yang tertumpah kat McD petang tadi. Mana mungkin dia akan lupa. Kerek nak mampos mamat tu. Aku dah minta maaf pon bleh lagi dia dok jerkah-jerkah aku. Apa ingat aku pompuan kampong tak ada harga diri ke? Harga diri aku ni memang tak boleh dijual beli walaupun ditawarkan diskaun di pasaran gelap, tau tak?

            “Ada eksiden kecil-kecilan sikit petang tadi. Aku minum kopi, tengah aku bawak cawan kopi tu aku terlanggar sorang mamat ni. So cawan kopi aku jatuhla. Bukan aku sorang kena, jaket mamat tu pon kena jugak. Cuma aku tak bernasib baik sebab terlanggar mamat kerek macam tu.”Zahra bercerita non-stop.

            “Nape pulak?”

            “Ada ke patut dia jerkah aku depan orang ramai? Aku dah mintak maaf tapi dia siap kutuk aku perempuan kampung lagi. Memang bengang giler ar aku. Takkan nak biar je. Bergaduh la sekejap pastu member mamat tu tarik dia keluar. So settle cam tu je.”

            Zahra mengeluh. Akhirnya berjaya jugak dia mencapai makanan kucing. Apasal tinggi sangat Jue letak? Bukannya kucing tu boleh panjat curi-curi makan pon.

            “Ara.” Panggil Jue lagi.

            “Yup?”

            “Kalau aku tanya kau jangan kecik hati,ek?”

            “Tanya jela, aku bukannya hati tisu nk merajuk-rajuk.”

            “Mmm…kau tak rasa segan ke keluar pakai macam ni? Maksud aku, pakai seluar track dengan selipar jepun…bukan ke nampak agak…”

            “Kekampungan?”Cepat Zahra potong ayat Jue. Tangannya yang sedang menuang makanan dalam mangkuk kucing bernama Arshavin itu terhenti.

            Jue nampak serba salah selepas dia meluahkan isi hatinya..

            “Tak pun, aku rasa kau tahu imej aku memang macam ni dari dulu.” Zahra membalas.

            Dia tak nampak apa yang salah dari segi agama dari cara berpakaiannya sekarang. Dulu masa study kat Shah Alam, member-member bergaya sakan tapi dia setiap kali pergi kuliah pakai baju kurung je. Habis selekeh tak nak bersiap pun, pakai jeans dengan T-shirt. Dia pun sebenarnya ada keinginan nak bergaya sama macam orang lain tapi dia merasa kebajikan ibu bapanya lebih penting. Mereka lebih perlukan duit daripadanya. Daripada beli baju-baju baiklah dia kirim duit ke kampung

            “Yelah, aku fahamlah kalau ini memang imej kau tapi aku rasa kau patut ubah jugak. Insya-Allah kalau kau diterima untuk jadi wartawan sama macam aku, kau kena jaga penampilan. Sayanglah Ara, kau cantik tapi tak nak bergaya.”

            Zahra cuma diam dengar kata-kata Jue. Cantik? Entahlah, walaupun ramai orang puji tapi dia tak ambik port sangat. Semua ciptaan Allah kan memang cantik.

            “Macam nilah, apa kata esok aku temankan kau shopping? Kerja aku pun tak banyak sangat. Kita beli baju yang sesuai untuk kau. Kau kena jaga penampilan waktu pertama kali mengadap bos, ok?”

            Zahra tak tahu nak cakap apa lagi. Angguk je la…

********************
Farish sempat lagi bersiul walaupun muka Dato’ Sharif tegang sejak dia balik petang tadi. Datin Aliah menendang perlahan kaki Farish di bawah meja makan. Bukannya Farish tak tahu Dato’ Sharif bengang dengannya hari ini kerana melarikan diri pagi tadi. Takut bertembung dengan Syazreen kononnya.

            “Kenapa tiba-tiba balik pulak? Kenapa tak duduk je terus kat rumah si Rudy tu?” sindir Dato’ Sharif.

            Farish tersengih sumbing. Apa boleh buat? Terpaksalah dia tadah telinga malam ini.

            “Sorrylah, pa…”

            “Apa guna mintak maaf kalau lepas tu buat lagi?”

            Farish mengeluh. “Okey, fine. Lepas ni Rich janji Rich tak buat lagi. Rich akan jumpa Syazreen nanti.”

            “Hmm…kesian budak tu, tau tak? Sepanjang hari dia duduk sini tunggu Rich balik. Kenapa Farish buat dia macam tu, nak?”soal Datin Aliah lembut.

            Farish meneguk liur. Kenapa pulak mesti kesiankan minah tu? Bukannya aku yang paksa dia tunggu aku. Yang dia sibuk nak tergedik-gedik kat aku tu apahal? Mama dengan papa ni pun satulah, takkan tak faham-faham lagi hint yang aku bagi ni. Aku tak suka Syazreen!

            “Kamu tak boleh terlepas macam tu je, Farish. Kamu mesti dihukum,”putus Dato’ Sharif.

            Erkk…! Farish tak jadi telan nasi di dalam mulutnya. Kena hukum?

            “Esok kamu ikut papa pegi ofis. Esok jugak kamu akan mulakan tugas kamu. Tak perlu berehat lama-lama. Dengan cara ni kamu boleh lebih berdisiplin dalam hidup kamu. Jangan tahu nak main je.” Dato’ Sharif mengeluarkan arahan. Kedengaran jelas di telinga Farish tanpa gangguan road block yang sungguh goblok itu.

            “What? Pa…Farish…” Apa ni? Ini penderaan namanya!

            “Jangan bantah cakap papa kalau kamu tak nak segala kemudahan kamu ditarik balik.” Seperti biasa itulah ugutan Dato’ Sharif jika Farish menunjukkan tanda-tanda ingin membangkangnya.

            Farish ketap bibir. Okey fine, bukan semua benda best jadi anak orang kaya ni!

***********************

            “Menurut hasil siasatan yang dijalankan, Kumpulan Eagle yang membekalkan dadah secara haram dah beroperasi lebih kurang 30 tahun yang lalu di Malaysia,”ujar Tuan Rahim serius sambil memandang anak-anak buahnya.

            “Tapi sayangnya, sampai sekarang kita belum dapat mengesan siapa ketua mereka dan ahli-ahlinya. Mereka terlalu bijak dan licik bersembunyi. Mereka boleh berada di mana-mana sahaja bahkan disekeliling kita. 25 tahun lalu, salah seorang anggota Kumpulan Eagle, seorang wanita telah mati akibat ditembak pihak polis tapi tiada dokumen tentang pengenalan dirinya. Ketika mayatnya diperiksa, ternyata dia hanya membawa kad pengenalan palsu.”

            Sebentar kemudian, Tuan Rahim membuka laptopnya. Screen slide dinyalakan. Beberapa keping gambar tertera di skrin tersebut.

            “Ini merupakan antara suspek yang disyaki. Tengku Kamal, lelaki kacukan Melayu-Inggeris, pemilik ZIMAL Medic Sdn. Bhd. Dia sekarang berada di bawah pengawasan pihak polis tapi kita tak ada bukti untuk menahan dia sebab syarikatnya ada lesen membekalkan ubat-ubatan secara sah ke luar negara. Menurut hasil siasatan, dia pernah berkahwin tapi kehilangan isterinya 25 tahun lalu dan mempunyai seorang anak tapi anaknya tak tinggal bersamanya. Tak tahu sama ada meninggal dunia atau disembunyikan di mana-mana tempat,”jelas Tuan Rahim, jelas dan tenang.

            “Saya ada satu soalan, tuan.” Setelah sekian lama, salah seorang anak buah Tuan Rahim bersuara.

            “Ya, silakan.”Tuan Rahim memberi kebenaran.

            Inspektor Rita terdiam sebentar. Dia cuba menyusun ayat dan kemudian bersuara, “Daripada apa yang saya dengar tadi, Tengku Kamal pernah berkahwin tapi kehilangan isterinya. Apa maksudnya? Bercerai atau mati?”

            Tuan Rahim mengangguk. “Terima kasih atas soalan tu, Inspektor Rita. Sebenarnya itu yang masih menjadi misteri sampai sekarang. Tengku Kamal beritahu dia bercerai dengan isterinya dan bekas isterinya sekarang berada di luar negara. Tapi yang peliknya, dia bercerai 25 tahun lalu. Sama dengan ketika salah seorang ahli wanita Kumpulan Eagle terbunuh. Itu yang masih disiasat hingga sekarang. Kenapa pada hari dia bercerai dengan isterinya, pada hari itu juga ahli wanita Kumpulan Eagle terbunuh?”

            Inspektor Rita mengangguk-angguk, tanda sudah berpuas hati dengan jawapan Tuan Rahim. Perbincangan diteruskan. Ketika itu giliran seorang pegawai inspektor bernama Fara mengemukakan cadangannya.

            “Saya ada satu idea tapi ini cuma cadangan. Tuan Rahim boleh pertimbangkan. Untuk mengetahui sama ada Tengku Kamal terlibat atau tak dalam aktiviti penyeludupan secara haram ni, apa kata kita lakukan perisikan? Kita masuk ke syarikatnya dan sedikit demi sedikit kita boleh tahu tentang kegiatan dalam syarikat tu.”

            Bilik mesyuarat sunyi seketika. Semua mata tertumpu kepada Fara.

            “Maknanya, kita kerah pegawai perisik untuk mengawasi Tengku Kamal? Tapi macam mana kita nak masuk ke syarikat dia? Semasa temuduga, mesti dia akan tanya apa kelayakan kita yang melayakkan kita untuk bekerja di syarikat dia, kan?”soal Tuan Rahim kemudiannya.

            Fara tersenyum. “Kalau kita tak boleh bekerja di bawah syarikat dia, kita boleh adakan kerjasama dengan syarikat yang berdekatan dengan ZIMAL Medic. Dengan cara ni, pegawai kita tetap boleh terus mengawasi Tengku Kamal.”

            “Boleh cadangkan syarikat apa yang paling hampir dengan bangunan ZIMAL Medic?” Giliran Pegawai Tinggi bahagian perisikan pula bertanya.

            Fara terdiam seketika. Dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Kemudian memandang Tuan Rahim, berharap Tuan Rahim boleh membantunya. Yalah, dia pun bukannya tahu banyak tentang ZIMAL Medic.

            Tuan Rahim menghulurkan peta lokasi ZIMAL Medic kepada Fara. Fara menelitinya untuk seketika dan kemudian tersenyum.

            “Ada, sebuah syarikat penerbitan dan pengiklanan yang terletak hanya berhampiran dengan bangunan ZIMAL Medic, Media Art & Craft Sdn. Bhd!”

*************

 “Perkenalkan, ini anak saya yang baru balik oversea beberapa hari lepas, Amar Farish. Mulai hari ni, dia adalah ketua kamu semua selaku pemangku Pengarah Urusan Media Art & Craft Sdn. Bhd.”

            Farish tersenyum lebar apabila Dato’ Sharif memperkenalkan dirinya. Menurut papanya, mulai hari ini dia akan menguruskan serba sedikit hal ehwal Media Art & Craft Sdn. Bhd. tetapi masih di bawah pengawasan Dato’ Sharif yang masih memegang jawatan Pengarah Urusan. Tapi Farish tak kisah. Hukuman ni tak adalah berat mana pun. Best apa, ramai awek cun kat sini. Farish tersenyum nakal.

            Farish perasan ada pekerja wanita yang berbisik-bisik sesama sendiri, kemudian memandangnya. Ketika itulah dia mengambil kesempatan mengenyit mata kepada mereka, membuatkan wajah mereka merona merah. Kalau dah buaya tu buaya jugak…

            Ketika Farish bersendirian di dalam bilik ofisnya, dia bersandar di kerusi empuk yang disediakan khas untuk jawatan pemangku itu. Kini dia rasa dia benar-benar berkuasa. Bererti dia boleh mengarahkan sesiapa sahaja melakukan kerja untuknya.

            “Seronok?” Suara Dato’ Sharif mengganggu angan Farish.

            Farish tersenyum dan mengangguk. “I don’t know what to say, pa. Terima kasih sebab beri peluang pada Rich untuk pegang jawatan sebesar ni walaupun usia Rich masih muda.”

            Dato’ Sharif turut tersenyum. “Memang dah sepatutnya kamu dapat jawatan ni, Rich. Tak lama lagi, kamu akan gantikan papa sebagai Pengarah Urusan pulak. Cuma satu pesan papa, sentiasa ingat pada tanggungjawab kamu. Jatuh bangun syarikat ni, papa percaya kamu boleh mengawalnya.”

            “Farish janji akan jaga company ni baik-baik. Thank you, pa.”

            Farish…Farish…sedar tak sedar, kamu sekarang rupanya dah membesar sebagai seorang lelaki dewasa. Walaupun kamu bukan anak kandung papa, tapi papa sayangkan kamu lebih dari nyawa papa sendiri. Papa tak terkilan serahkan syarikat ni pada kamu suatu hari nanti. Kamu adalah anak papa dan kenyataan tu selamanya takkan berubah sampai bila-bila pun, getus Dato’ Sharif walaupun kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hatinya.

**********************

            Tepat pukul 8.00 pagi, Zahra sudah tercongak di Media Art & Craft Bhd. dengan segala resume di tangan. Mintak-mintalah dia dapat jawatan ini. Harap boleh jadi rakan setugas Jue. Dia tidak mahu balik kampung tanpa membawa apa-apa, kasihan mak yang sekarang sedang menjaga ayah. Ayahnya kerap sakit-sakit sejak akhir-akhir ini kerana terlalu sering masuk hutan mencari akar kayu.

            Tengah-tengah isi borang, Zahra sempat juga pandang ke setiap ceruk ofis. Mmm…boleh tahan besar syarikat pengiklanan dan percetakan ini. Jue pernah beritahu, selain menerbitkan majalah dan buku, syarikat ini ada juga membuat program untuk TV kadang-kadang. Kebiasaannya program dokumentari, walaupun tak sehebat National Geographic.

            “Apahal you ni? I just nak jumpa buah hati I, salah ke?” Zahra terdengar suara tu dari jauh.

            Dia nampak seorang perempuan berambut perang jagung berpakaian seksi sedang marah-marah pada receptionist. Dia angkat kening. Larh…Melayu rupanya minah ni. Ku ingatkan Minah Salleh sesat manalah tadi.

            “Tapi bos tengah busy sekarang ni, cik duduklah dulu,”balas si receptionist.

            Perempuan itu mendengus. Dengan gaya berlagaknya dia melangkah ke sofa dan membelek majalah. Dia menyilangkan kaki hingga menampakkan pangkal peha. Aiyaa… nasib baiklah aku ni perempuan. Zahra tergeleng-geleng.

            Beberapa minit berlalu, perempuan itu Zahra tengok dah macam lembu nak terkencing. Sekejap-sekejap dia ke bilik berpapan tanda Bilik Mesyuarat seperti ingin merempuh pintu bilik itu. Kemudian berpatah balik ke kerusi. Tak reti duduk setempat minah ni. Naik juling mata Zahra tengok.

            Zahra rasa mesti perempuan itu girlfriend bakal bosnya. Jue ada bercerita kepadanya semalam dia dapat bos baru. Baru balik oversea dan memegang jawatan pemangku Pengarah Urusan. Ala…apa nak hairan? Dah adatlah lelaki kaya dapat minah hot. Tp hot ke minah ni? Naik bernanah pulak mata aku ni tengok skirt tak cukup kain dia tu.

            Haishh…susah kalau dah gila bayang ni. Lebih baik jadi cam aku, single but not available. Kapel-kapel ni buat kita sakit kepala je. Last-last merana. Bercinta dengan mi hun sup lagi best, tak pun tekel jejaka penjual burger. Hikhik…

            “Zahratul Jannah binti Yusuf.”

            Belum sempat Zahra menghabiskan tawa gediknya, namanya sudah dipanggil. Cepat dia bangun dan menggosok-gosok sedikit bahagian belakang baju kurung yang mungkin berkedut semasa dia duduk tadi.

            Seorang perempuan Melayu mengiringinya masuk ke bilik mesyuarat. Harap-haraplah aku dapat keje ni. Aku kena tunjukkan segala kebolehan aku. Yes, Zahratul Jannah. You can do it. Ganbatte. Tepuklah sikit.

            Ada 3 orang dalam bilik mesyuarat itu, yang bersiap sedia untuk menemuduganya. Ada seorang lelaki pertengahan umur tapi masih kelihatan segak, Zahra rasa inilah Dato’ Sharif yang selalu Jue ceritakan dan dua orang lagi lelaki yang baru dalam lingkungan 20-an. Zahra tak nampak muka salah seorangnya kerana lelaki itu tunduk memandang kertas di tangannya. Ish, bajet nak tunjuk matanglah tuh. Yang sorang lagi ni pula, Zahra rasa macam pernah nampak tapi lupa kat mana.

            Kata Jue, ikutkan Dato’ Sharif tak perlu turut serta menemuduga untuk orang yang hadir untuk jawatan wartawan majalah ini tapi dia hadir cuma untuk menjadi pemerhati untuk anaknya. Maklumlah, anaknya baru beberapa hari masuk bekerja dan kali pertama menemuduga orang.

            “First of all, biar saya perkenalkan diri kami dulu. Saya Eirfan Rudy, Ketua Pengarang. You can call me Encik Rudy. Ini Encik Amar Farish but you can call him Encik Farish, pemangku Pengarah Urusan dan yang hujung sekali Dato’ Sharif, Pengarah Urusan Media Art & Craft Sdn. Bhd.,”beritahu lelaki yang macam pernah Zahra lihat itu. Oh, jadi nama dia Rudy.

            “Please introduce yourself,” arah lelaki yang dari tadi asyik tunduk pandang kertas tu. Kenapa dia ni? Lawa sangat ke kertas tersebut?

            Belum sempat Zahra memulakan mukadimah, lelaki itu mengangkat muka. Terbeliak mata Zahra. Katakan tidak!! Tidak!!!!!

            “Excuse me, what are you doing here?” Soal lelaki itu. Dia pun nampak terkejut melihat Zahra.

            “Woi pompuan, kalau aku jumpa kau sekali lagi siaplah kau!” Kata-kata lelaki itu tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga Zahra. Waktu itu Zahra harap itulah kali pertama dan kali terakhir mereka berjumpa tapi sekarang…sekarang…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: