Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Monday, July 21, 2014

Zikir Cinta 16

DANIEL berpaling saat pintu biliknya diketuk. Dia baru sahaja selesai membaca al-Quran.

            “Masuklah.”

            Jason Lee terus menguak daun pintu sambil tersengih-sengih.

            “Kau buat apa tu?”

            “Aku baru selesai mengaji. Kenapa?” Daniel memulangkan pertanyaan.

        Jason Lee tidak terus menjawab. Dia berbaring di atas katil Daniel dan memandang wajah sahabatnya itu.
            “Kenapa orang Islam kena solat ek?” soalnya ingin tahu.

Sememangnya dia tertarik untuk mengetahui tentang Islam dari zaman sekolah lagi. Tetapi kawan-kawan Melayunya ketika itu biasa-biasa sahaja, tidak terlalu mengambil tahu tentang kenapa Islam menyuruh itu dan ini. Kebanyakan dari mereka hanya mengerjakan apa yang diajar sejak kecil. Jadi hasratnya untuk tahu lebih tentang agama suci itu sedikit terbatas. Silibus matapelajaran Sejarah semasa tingkatan 4 dan 5 yang banyak menceritakan tentang tamadun dan sejarah Islam juga membuatkan dia tertarik untuk mengkaji agama Islam.

Dan apabila dia mengenali Daniel, Daniel menceritakan sejarah-sejarah Islam dengan lebih mendalam, tentang Allah SWT, al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Dan dia suka apabila mendengar Daniel mengaji. Rasa tenang dan damai. Ia merupakan satu terapi yang terbaik jika dia sukar untuk tidur.

“Kau nak aku bercakap dari sudut agama atau sains?” Daniel pula bertanya.

“Aku dah banyak dengar kelebihan solat dari sudut agama. Jadi aku nak dengar dari sudut sains pulak.”

Daniel tersenyum. Dia menutup al-Quran dihadapannya dan diletakkan di atas meja ditepi katil. Kemudian dia duduk bersila diatas sejadah menghadap Jason Lee yang berbaring dikatilnya.

“Solat adalah Rukun Islam yang kedua dan merupakan perintah Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakannya. Setiap gerakan dalam solat ada kelebihannya yang tersendiri. Dalam satu kajian yang pihak perubatan lakukan, sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan baik untuk golongan pesakit jantung. Selain tu, kebanyakan sendi otot bergerak semasa solat. Jadi aktiviti solat tu hampir sama dengan exercise and stretching yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal.

Aku bukanlah doktor, dan aku tak mampu untuk bercakap dalam istilah sains. Tapi aku pernah baca satu artikel, kajian dari Universiti Malaya. Ng Siew Chok kata, gelombang otak ada beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Katanya, dia kagum dengan hasil kajian sebab dia dapati keadaan orang selepas solat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.”

Jason Lee mengangguk-angguk mendengar penerangan Daniel.

“Macam mana pulak dengan berzikir? Aku selalu dengar kau cakap, berzikir mampu beri ketenangan.”

“Kalau dari segi agama, kelebihan berzikir ni banyak sangat sebenarnya. Tapi biar aku bercerita secara ringkas dari sudut sains. Surah Al-A’raaf ayat 201, yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). Kajian dari Universiti Washington, aku dah lupa tahun berapa. Mengenai kaitan ayat dari surah ni dan zikir.

Iaitu apabila mulut melafazkan zikir, 14 millions brain nerve akan aktif dan membina bio-elektrik (Nur) which is will affect 16 millions nerves seluruh badan untuk sama-sama berzikir. So lagi banyak jumlah zikir yang dilafazkan, makin kuat ‘tenaga cahaya’ (Nur) yang terbina dan ‘cahaya’ inilah yang menghalang hasutan syaitan seperti yang disebut dalam ayat dari surah tu.”

Jason Lee mengangguk-angguk sahaja, menandakan dia berpuas hati dengan penerangan yang diberikan.

“So that's why you can handle your failed relationship very well. It’s because of the ‘zikir’ you always said, betul tak?”

Daniel tersenyum kelat.

“I think it is the best therapist on how to get over a break up. The power of zikir. You will know once you do it every day. For the sake of God.

Jason Lee memuncungkan bibir. “So maybe I should use the method if I break up with my girlfriend suatu hari nanti!”

Daniel tertawa kecil. “You should convert to Islam firstlah, so lepas tu you can use the method!”

Jason Lee diam sahaja. Tidak berkata apa-apa. Dia teringat Adrian menceritakan dia menyerang dan menampar Cinta dua hari yang lalu. Terkejut beruk dia mendengarnya. Kalaulah Daniel tahu, entah apa yang Daniel akan katakan kepada Adrian. Dan dia berharap perkara ini akan menjadi rahsia selama-lamanya.

“Adrian mana?” Soalan Daniel membantutkan lamunan Jason Lee.

“Entah, terperuk je dalam bilik dia. Dah tidurlah tu kut.”

Daniel tidak memberi respons. Moodnya sedikit lari apabila Jason Lee menyebut nama Cinta tadi. Hmm… elok-elok dia lupa selepas mengaji tadi, ada pula orang yang mengingatkannya semula.

Setiap kali kenangan bersama Cinta hadir, dia merasa sedih dan sakit hati. Hatinya terasa bagai disayat-sayat. Sungguh menyakitkan.

“Danny, aku nak minta tolong boleh tak?”

“Apa dia?”

“Aku tak boleh nak tidur malam ni. Mata tak nak lelap. Kau mengaji, boleh? Aku nak dengar.”

Daniel tersenyum sahaja. Ini bukan kali pertama Jason Lee memintanya mengaji kerana tidak boleh tidur. Dan dia dengan senang hati akan melakukannya.

Dia terus bangun mengambil semula al-Quran dan kembali duduk disejadah. Dia membaca doa sebelum membaca al-Quran.

Jason Lee tersenyum. Dia berasa tenang setiap kali mendengar Daniel mengalunkan ayat-ayat suci dari kitab al-Quran. Cukup fasih dan lancar sebutannya.

Tidak tahu berapa lama dia mengaji, dia lihat Jason Lee sudah nyenyak diatas katilnya.

Sadaqallahul 'Azim…” Al-Quran ditutup perlahan-lahan.

Daniel tersenyum sahaja melihat wajah Jason Lee yang tidur mati itu. Dia sudah terbiasa begini. Setiap kali dia mengaji, Jason Lee akan tidur dikatilnya dan dia akan tidur disejadah sahaja. Dia tidak kesah kerana dia sangat senang hati membacakan al-Quran untuk sahabatnya. Itu juga merupakan salah satu kategori dakwah.

Selepas meletakkan al-Quran dimeja, Daniel terus merebahkan tubuh diatas lantai yang beralas sejadah.

Saat baru menutup mata, bayangan wajah Cinta pula bagai menari-nari diruang matanya. Dia mengeluh sendiri. Kalau begini keadaannya, bila agaknya dia boleh tidur dengan lena?

Sejak memutuskan hubungan dengan Cinta, dia tidak lagi seperti dulu. Dia tidak mampu menipu diri sendiri dengan mengatakan perasaannya kepada gadis itu sudah mati. Dia masih menyayangi Cinta, tetapi dia tidak boleh menerima perbuatan gadis itu. Dia benar-benar sudah terluka.

Dia tidak menduga Cinta tergamak menipunya. Dia duduk di rumah menyiapkan assignment, mengulangkaji pelajaran dan ingin belajar bersungguh-sungguh demi ibunya dan juga Cinta; bakal isterinya, bakal menjadi suri hidupnya. Tetapi Cinta sebaliknya memilih untuk berseronok di kelab dan bergembira dipeluk lelaki yang bukan mahramnya!

Dihadapan Adrian, Jason Lee dan Jessica, dia nampak tenang sahaja. Tetapi tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang dirasakannya.

Dia memejamkan mata. Mengingati Cinta, membuatkan jiwanya tertekan. Sakit dadanya menanggung perit yang teramat. Dia akui, ini salahnya sendiri. Salahnya kerana menyayangi Cinta Aulia separuh mati.

Menyimpan perasaan terhadap Cinta sejak tiga tahun yang lalu membuatkan membuatkan matanya buta, telinganya tuli dan mulutnya bisu untuk menilai kebenaran. Begitu mendalam rasa kasihnya sehingga dia sanggup menipu dan membuang rakan-rakan.

Dan lebih sebulan bersama Cinta, dia telah menumpahkan segala kesetiaan dan kasih sayangnya. Menganggap Cinta bakal menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Dia tidak pernah peduli tentang harta keluarga Cinta yang menimbun. Duit Cinta tidak penting baginya. Dia bersama Cinta kerana menyayangi gadis itu, tetapi ini balasan yang diperolehnya.

Tanpa disedari, setitis air mata gugur dari kelopak mata. Daniel sedikit kaget. Cepat-cepat dia mengesat air matanya. Dia tahu dia perlu kuat. Dia tidak perlu menangis untuk seseorang yang belum tentu menjadi jodohnya.

Agak lama dia termenung, entah pukul berapa dia terlelap. Dan dia terbangun semula apabila dia terasa paru-parunya seperti tersekat. Perlahan-lahan dia membuka mata dan bangun.

Tangannya mengurut-urut dada. Nafasnya tersekat-sekat. Setiap kali dia menarik nafas kedengaran bunyi ‘wheezing’ dari dadanya. Daniel yakin penyakit asmanya datang lagi. Seingatnya, kali terakhir dia mengalami gejala asma semasa musim salji yang lalu, itupun kerana stress dengan peperiksaan dan assignment yang menimbun-nimbun.

Daniel mengesat peluh yang mula merecik didahi. Cepat-cepat dia mengambil beg sandang diatas meja belajar lalu diselongkarnya. Namun dia tidak menemui ubatnya disitu.

Dia agak panik lalu menyelongkar almari pula, mencari ubat Bronkodilator yang dapat membantu mengurangkan serangan asmanya. Tetapi ubat itu masih tiada.

Matanya mulai berpinar-pinar. Dia terduduk akibat terlalu sukar untuk bernafas. Bibirnya terketar-ketar kesejukan.

“Danny, oh my god! Kenapa ni?”

Jason Lee yang mendengar bunyi bising terus terbangun dan mendapatkan Daniel yang kelihatan seperti sedang menahan kesakitan.

“Ubat… ubat aku…”

Jason Lee cemas. Dia terus menyelongkar beg sandang Daniel untuk mencari ubat asma Daniel. Semua barang sudah bersepah tapi tiada ubat didalamnya.

“Tunggu kejap, aku panggil Adrian!”

Jason Lee terus berlari keluar dan mengetuk pintu bilik Adrian sekuat hati. Tidak sampai tiga minit, Jason Lee kembali semula ke bilik bersama Adrian.

“Danny, Ya Allah! Bertahan, aku bawa kau pergi hospital!”

Adrian dan Jason Lee terus memapah Daniel keluar. Masing-masing panik melihat ton warna bibir Daniel yang sudah berubah biru. Wajahnya pucat.

*************************

CINTA mengurut-urut kepala. Dia stress melihat beberapa nombor yang tidak dikenali mengajaknya berkenalan. Entah kenapa, semua ini tidak lagi membuatnya merasa teruja. Dia rimas. Terus dia block nombor-nombor tersebut.

            Dia mengeluh sambil duduk dimeja dapur. Sesekali dia meneguk air masak sambil matanya memandang kesegenap ruang dapur tempat tinggalnya yang serba mewah itu. Peralatan dapur yang lengkap, marble kitchen dengan oven Miele dan peti ais yang sangat besar. Itu baru dapur, belum lagi lihat ruang tamu dan bilik. Tak macam rumah student langsung.

            Dia sedar. Keluarganya berharta, dia tinggal di apartment yang mewah, sementara Daniel tinggal di rumah bujang biasa dikawasan O’Connor. Daniel tidak memiliki apa-apa pun. Tetapi kenapa wajah Daniel yang diingatinya saban waktu?

            Daniel. Nama lelaki itu meniti lagi dibibirnya. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki, lelaki itu juga yang dirinduinya?

            Dia terus bangun, membasuh gelas ditangannya dan melangkah ke bilik. Sudah tengah malam, rakan-rakannya juga sudah tidur. Cuma dia yang belum mengantuk. Matanya tidak mahu lelap.

            Dia duduk dimeja solek pula sambil meraba-raba pipinya. Kejadian ditampar oleh Adrian dua hari yang lalu menjengah memori. Sakit hatinya setiap kali teringat tentang kejadian itu. Sungguh dia tidak akan memaafkan Adrian kerana mengaibkan dirinya dikhalayak ramai.

            Tetapi wajarkah dia meletakkan kesalahan itu dibahu Adrian seratus-peratus? Adrian pasti tidak akan bertindak seperti itu jika dia tidak menghancurkan hati Daniel. Adrian hanya membela sahabat baiknya. Adrian hanya melakukan apa yang Daniel tidak mampu lakukan.

            Ah! Adrian memang salah. Adrian yang jahat kerana mengasari kaum perempuan yang lemah. Salah macam mana pun, dia tak boleh naik tangan pada perempuan! Hatinya yang ego berkata-kata.

            Dia benar-benar sakit hati. Kepalanya pula terasa semakin berdenyut-denyut. Dia stress setiap kali teringatkan Daniel. Dia tidak mampu menipu dirinya sendiri. Dia merindui lelaki itu. Daniel berbeza dengan lelaki-lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Daniel mencintainya seadanya, bukan kerana kejelitaan yang dimilikinya.

            Cinta nekad. Dia terus mencapai kunci keretanya dan keluar dari apartment tersebut. Biar sudah tengah malam, dia ingin mencari Daniel. Dia mahu ke rumah Daniel. Kali ini dia mahu mengikut kata hatinya. Dia tidak mahu peduli apa tanggapan rakan-rakannya.

            Baru sahaja dia tiba dihadapan rumah Daniel, dia lihat Adrian dan Jason Lee memapah Daniel masuk ke dalam kereta. Cinta cepat-cepat mematikan enjin kenderaannya.

            Dia pelik. Kenapa Daniel dipapah? Kemana mereka bertiga mahu pergi tengah-tengah malam begini?

            Dia menyembunyikan kepalanya, mengelak dari dilihat oleh Daniel, Adrian dan Jason Lee. Selepas kereta Adrian meluncur laju keluar dari perkarangan rumah, barulah dia menghidupkan kembali enjin kereta dan mengikut Toyota Harrier milik Adrian itu dari jauh.

            Tidak lama kemudian, mereka sampai di perkarangan Calvary Public Hospital. Dada Cinta serta-merta dihempap debaran. Siapa yang sakit? Danielkah? Daniel sakit apa?

            Ketika itu Cinta lihat Jason Lee terkocoh-kocoh turun dan memapah Daniel ke Emergency Department sementara Adrian pergi mencari tempat parking.

            Cinta jadi tidak keruan. Dia turut cemas melihat Daniel seperti itu. Cepat-cepat dia pergi mencari tempat parking. Selepas memakirkan kenderaannya, Cinta terus berlari ke bahagian unit rawatan kecemasan.

            Saat dia masuk, dia lihat Adrian dan Jason Lee setia menunggu diluar bilik rawatan. Dua orang sahabat baik Daniel itu kelihatan risau, sesekali mundar-mandir tanpa tujuan.

            Cinta cepat-cepat bersembunyi, tidak mahu mereka nampak dia disitu. Kalau mereka nampak, apa agaknya alasan yang perlu dia beri? Patutkah dia berterus-terang bahawa dia mengekori mereka ke sini?

            “Ya Allah… macam mana Danny tiba-tiba kena asma ni?” Cinta terdengar suara Adrian dari jauh.

            Dia lihat Adrian duduk dikerusi sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya. Raut wajahnya kelihatan begitu risau.

            “Aku tak tahu. Tadi masa dia mengaji, aku tengok dia okey lagi. Baru tadi all of sudden dia bangun, lepas tu sesak nafas. Nasib baik aku tertidur dalam bilik dia. Kalau dia sorang-sorang dalam bilik tu, aku tak tahu apa akan jadi,” ujar Jason Lee yang bersandar didinding.

            Adrian mengeluh dan meraup wajahnya.

            “Daniel jarang kena asma, Jason. Aku kenal dia. Dia cuma kena asma kalau dia tension sangat-sangat aja. Tapi tak adalah seteruk ni!” ungkap Adrian pula.

            Jason Lee mengetap bibir. “Aku rasa asma dia kali ni lebih teruk sebab dia baru lepas break up dengan Cinta. Kau sendiri nampak yang dia lebih banyak menyendiri sekarang kan? Luarannya dia nampak tenang, tapi dalam hati dia?” Dia membuat andaian.

            Mendidih darah Adrian mendengar kata-kata Jason Lee. Penumbuknya digenggam sekuat-kuat hati menahan rasa marah yang memuncak. Wajahnya tegang sehingga menampakkan urat-urat dilehernya. Makin terserlah api kebencian dimatanya.

            “Aku nak pecahkan muka perempuan tu!”

            Jason Lee kaget. “Sabarlah. Daniel tengah ambil oksigen lagi kat dalam tu. Kang kalau kau lepak dalam jail, si Daniel tu makin sakit macam mana?”

            Kali ini Adrian tidak bersuara. Dia terus bangun dan menumbuk dinding hospital untuk melepaskan geram. Itu lebih baik daripada dia pergi menyerang dan membelasah Cinta.

            Jason Lee terkebil-kebil melihatnya. Dia menunduk meminta maaf kepada beberapa orang jururawat dan pesakit yang lalu-lalang melihat Adrian.

            “Adrian, jangan buat bising. Hospital ni.” Dia mengingatkan.

            Adrian mendengus dan menghempaskan punggungnya ke kerusi.

            Cinta yang mendengar perbualan mereka disebalik dinding sudah tidak terkata. Mulutnya terkunci. Dia menekup mulutnya yang ternganga dengan tapak tangan.

            Dia tidak takut jika Adrian ingin membelasahnya. Yang ada difikirannya saat ini cuma Daniel. Sepanjang bersama dengan Daniel, dia tidak pernah tahu lelaki itu ada penyakit asma. Dia langsung tidak tahu tentang penyakit asma yang dihadapi Daniel.

            Hampir sahaja dia terjelepok ke lantai, namun tangannya cepat-cepat memaut dinding. Dia mula sebak dengan nafas yang tersekat-sekat menahan empangan air mata yang mahu pecah.

            Dia mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Adrian tadi. Daniel tidak akan terkena serangan asma jika dia tidak tertekan. Kejamnya dia terhadap Daniel. Dia pasti, dialah punca sebenar kenapa Daniel sakit sekarang!

            Agak lama dia bersembunyi di dinding itu. Dia duduk sahaja di atas lantai dan tidak mempedulikan orang lalu-lalang yang memandang. Tidak tahu berapa lama dia menunggu. Hampir saja mahu terlelap, dia terdengar suara Daniel dari jauh. Dia nampak Daniel, Adrian dan Jason Lee berjalan beriringan dan terus mengekori mereka.

            “Jangan risaulah. Aku tak apa-apa. Lepas sedut oksigen tadi dah rasa okey. Tadi pun doktor dah bagi ubat Kortikosteroid. Ni ada lagi ubat, suruh makan kat rumah,” ujar Daniel sambil menunjukkan beg plastik berisi ubat-ubatan didalamnya.

            Jason Lee terus mengambil beg plastik itu dari tangan Daniel. Adrian pula memegang lengan Daniel, membantu sahabatnya itu berjalan. Walaupun Daniel sudah mendapatkan rawatan, mereka masih risau kerana tiada sebarang perubahan pada warna kulit dan bibir Daniel. Masih pucat dan kebiruan.

            “Balik ni aku tidur bilik kau, okey? Takut tiba-tiba sesak nafas lagi.”

            Tersenyum sahaja Daniel melihat Adrian yang begitu prihatin tentang kesihatannya. Dia bertuah memiliki dua orang sahabat yang sentiasa bersamanya tidak kira semasa senang atau susah.

            Ketika sampai ditempat parking kereta, wajah Cinta tiba-tiba terpacul dihadapan mereka.

            Daniel dan Jason Lee tergamam. Sementara wajah Adrian yang tadinya sudah tenang kembali tegang. Dia benar-benar benci melihat wajah gadis yang menjadi punca Daniel jatuh sakit itu.

            “Daniel, awak tak apa-apa?” soal Cinta. Dia benar-benar risau melihat wajah Daniel yang pucat.

            “Eh, apasal kau ada kat sini? Sejak bila kau concern pasal kesihatan dia? Bukan kau lagi dia suka dia mati ke? Dia kan anak orang miskin, penjual kuih. Maruah dia dekat tapak kaki kau je, kan?” Cukup pedas hamburan kata-kata Adrian.

          Cinta menelan air liur. Berdesing telinga mendengarnya. Tapi dia sememangnya tidak berminat mahu bergaduh dengan Adrian kerana apa yang penting saat ini cuma Daniel.

            “Adrian, please stop it…” Daniel memandang wajah Adrian yang kemerahan.

            “I’m not interested to fight with you, Adrian. I’m talking to Daniel!” Cinta membalas.

            “Cinta, kenapa awak ada kat sini? Kan dah lewat malam ni, tak elok perempuan keluar waktu-waktu macam ni. Pergilah balik,” ujar Daniel dengan suara yang masih lemah. Tetapi dalam masa yang sama dia risau tentang keselamatan Cinta.

            Cinta menelan air liur. Dia sebenarnya segan untuk bertemu dengan Daniel setelah apa yang dilakukannya. Tetapi rasa risaunya melebihi rasa malu. Kerana itu dia mengekori Daniel ke hospital.

            “Jom, Danny. Kita balik, tak payah layan perempuan ni.” Adrian terus menarik lengan Daniel, memaksa Daniel mengikutinya.

            “Kau tak berhak paksa dia, Adrian. Kau ingat kau ayah dia ke? Just leave us alone. I have something to talk to him!” ujar Cinta tegas.

            Namun kata-kata itu membuatkan darah Adrian mendidih lagi. Baginya, Cinta tidak berhak untuk bertemu dengan sahabatnya selepas dia berlaku curang.

            “Shame on youlah, perempuan. Dah clubbing dengan jantan lain, ada hati nak menggesel kat kawan aku lagi. Lebih baik kau blah sebelum tangan aku ni naik ke muka kau lagi!” Adrian menjerkah, namun sedikitpun tidak menakutkan Cinta.

            Jason Lee mula tidak sedap hati melihat beberapa orang awam dikawasan tempat letak kereta itu memerhati mereka dari tadi.

            “For godness sake! Please don’t start a fight. Danny tengah sakit ni,” sampuk Jason Lee dengan wajah yang dikerutkan. Hatinya dipagut resah melihat suasana yang semakin tegang.

            “Aku tak nak gaduh pun, Jason. Aku cuma nak bercakap dengan Daniel sekejap, susah sangat ke? Kau dengan Adrian pergilah tunggu dekat kereta,” tutur Cinta memandang wajah Jason Lee pula.

            Adrian tergelak sinis. Namun matanya yang merah menyala melotot memandang Cinta.

            “Baik kau blah sebelum muka kau pecah, Cinta. I don’t mind going to jail for killing a bitch like you!” Nada suara Adrian semakin tinggi dihujung suaranya. Sengaja dia menekan perkataan ‘bitch’.

            Berubah wajah Daniel mendengar kata-kata Adrian. Benar Cinta sudah mengkhianatinya, tetapi dia tidak suka Adrian menghina Cinta seperti itu.

            “Adrian, jangan cakap macam tu. Jangan menghina orang, tak baik. Aku tak nak dengar sebarang pergaduhan kat sini. Tengok, semua orang dah pandang kita. Jom kita balik sekarang.” Suara Daniel separuh merayu. Dia tertekan dengan suasana tegang saat ini. Dia baru sahaja sesak nafas, sekarang kawan-kawannya mahu bergaduh dihadapannya pula.

            Adrian diam. Dia tidak mahu menambah masalah melihat keadaan Daniel yang belum sembuh sepenuhnya. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi bersama Daniel dan Jason Lee, Cinta menghalang. Masih belum mengalah.

            “Daniel, saya nak cakap dengan awak sekejap. Please?”

            Daniel mengeluh. “Cinta, awak pergilah balik. Tak ada apa lagi yang perlu kita bincang. Kita dah tak ada apa-apa.”

            “Daniel, please… saya betul-betul kena cakap dengan awak…” Cinta mula merayu.

            Adrian merasakan erythrocyte dan leukocyte nya semakin menggelegak. Dia benci melihat wajah Cinta, apatah lagi mendengar suara gadis itu. Segala yang ada pada gadis itu adalan racun baginya.

            “Kau memang nak kena makan penampar dulu baru nak reti bahasa ke?” Adrian terus meluru ke arah Cinta.

            “Adrian, I said stop it!” Hampir sahaja Cinta ditamparnya untuk kali kedua, namun suara Daniel menghentikan niatnya.

            Cinta pula kaku, hanya menadah wajahnya. Dia tidak takut kalau Adrian benar-benar ingin memukulnya. Yang penting dia mahu bersemuka dengan Daniel.

            Menggigil tangan Adrian menahan perasaan amarahnya yang memuncak. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya dan memandang wajah Daniel yang semakin pucat.

            Hampir sahaja Daniel terjelepok disitu, tetapi Adrian dan Jason Lee pantas menangkap tubuhnya.

            “Danny, Danny, kau tak apa-apa? Jangan pengsan!” Jason Lee menepuk-nepuk pipi Daniel.

            Daniel membuka sedikit matanya.

            “Janganlah gaduh. Please, aku nak balik…” rayunya. Dia benar-benar sudah tidak larat. Ubat yang disuntik oleh doktor tadi membuat dia berasa pening.

            Adrian merasa bersalah. Kemarahannya terhadap Cinta membuatkan dia terlupa Daniel yang sedang sakit.

            Adrian dan Jason Lee terus memapah Daniel ke kereta apabila Daniel menolak untuk masuk semula ke bilik rawatan. Dia mahu berehat sahaja di rumah.

            Saat Cinta ingin mengekori, Adrian terus menolak tubuh gadis itu sehingga dia terdorong ke belakang dan hampir jatuh.

            Dan akhirnya Cinta hanya mampu melihat kereta Adrian yang membawa Daniel pergi dengan linangan air mata. Salahkah dia mahu mengambil berat tentang lelaki yang disayanginya?

            Sayang? Masih layakkah dia menuturkan ayat seperti itu selepas mencurangi Daniel? Kalau benar sayang, kenapa perlu berfoya-foya dengan lelaki lain?

            Cinta menangis teresak-esak dan terduduk diatas tar jalan. Kedua-dua belah tangannya meramas rambut.

            “Miss… Miss… are you okay?” Seorang wanita tua berbangsa Inggeris menepuk bahu Cinta.

            Cinta menggeleng-geleng. Tanpa memandang wajah wanita tua itu, dia terus berlari ke keretanya.
*************************

“AKU pergi tidur dulu tau. Kalau ada apa-apa panggil aku.” Jason Lee sempat berpesan sebelum berlalu ke biliknya.

            Adrian mengangguk sahaja. Dia sudah menghampar comforternya di atas lantai dekat dengan katil Daniel. Hari ini dia akan tidur bersama Daniel kerana takut terjadi apa-apa malam ini.

            Elok sahaja Adrian baru meletakkan kepalanya diatas bantal, Daniel bersuara.

            “Adrian.”
            “Hmm… kau tak tidur lagi?”

            Daniel menarik nafasnya dalam-dalam sambil mengurut dada. Bunyi ‘wheezing’ sudah tiada, tetapi dia belum boleh bernafas secara normal sepenuhnya.

            “Kenapa kau kasar sangat dengan Cinta?”
            Adrian mengeluh sahaja mendengar pertanyaan Daniel.
            “Dahlah Danny. Kau tengah sakit. Tidurlah.”

            Daniel yang terkebil-kebil di atas katil memalingkan wajahnya memandang Adrian yang pura-pura terlelap.

            “Kau pernah pukul Cinta ke sebelum ni?” Daniel bertanya lagi.

            Kali ini Adrian membuka mata. Namun tidak menjawab. Kebisuan Adrian seperti mengiyakan.

            “Astaghfirullahalzim…” Daniel beristighfar panjang. Dia tidak menyangka Adrian akan mengasari perempuan. Dia tahu Adrian seorang yang panas baran, tetapi dia tidak menyangka Adrian akan bertindak sejauh itu.

            “Masa tu aku geram sangat sebab aku baru tahu selama ni dia betting dengan kawan-kawan dia dan perbodohkan kau. Aku takkan duduk diam, Danny. Kau kawan aku. Kalau orang lain buat benda yang sama pada Jason pun, orang tu akan makan penampar aku jugak!” tukas Adrian cukup tegas.

            Daniel menggeleng-geleng. “Bukan macam ni caranya, Adrian. Aku pernah cakap pada kau dulu, kan? Let Allah be the judge.”

            “Aku takkan diam, Danny. Perempuan tu sepatutnya dah lama makan penampar aku. Aku rasa aku dah cukup bagi dia peluang masa dia couple dengan kau dulu. Tapi dia yang sia-siakan peluang tu.” Adrian masih mempertahankan dirinya.

            Kali ini Daniel tidak mampu berkata apa-apa.

            “Dahlah Danny, tak payah fikir pasal benda ni. Rehat cukup-cukup. Beberapa minggu lagi dah nak final exam. Aku tak nak kau sakit lagi,” ujar Adrian lagi dan terus menarik selimut lalu berselubung dibawahnya.

            Daniel menghela nafasnya perlahan. Kejadian yang berlaku ditempat parking hospital tadi terbayang-bayang diruang matanya. Kalau tidak bertembung dengan Cinta hari ini, pasti sampai ke sudah dia tidak tahu Adrian pernah menampar Cinta.

        Dia tiba-tiba merasa bersalah. Benar Cinta sudah menyakiti hatinya, benar Cinta sudah mencuranginya, benar Cinta sudah mempermainkan dirinya, tetapi baginya Adrian tetap salah kerana memukul seorang perempuan. Kalau dia tidak sakit tadi, entah-entah Adrian yang makan penumbuknya.

            Tapi bila difikir-fikir, kenapa agaknya dia boleh bertembung dengan Cinta di hospital tadi? Cinta mengekori diakah? Tidak! Mana mungkin. Cinta tak sayang aku, tak cintakan aku, kenapa dia nak ekori aku? Kenapa dia nak risau pasal aku? Dia boleh dapat lelaki yang sejuta kali lebih baik dari aku! detik hatinya seraya menggeleng-geleng.

            Dia terus memejamkan mata. Mungkin dia bertembung dengan Cinta tadi kerana salah seorang kawan Cinta sakit, jadi mereka berjumpa pun kebetulan sahaja. Dan Cinta bertanya tentang kesihatannya pun kerana kesian, bukan kerana sayang. Begitu dia membuat andaian.


I don’t want to cry
My abandoned heart gets scratched deeply
I’m so sick of my head hurting
When this bitter music stops

I want to send you away 
Why can’t I, why can’t I
Erase a heartless you 

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

12 comments:

intan razak said...

omg..sedih :'(

zahra said...

best2...sye dh jatuh cinta kat adrian.huhu

baby mio said...

best 3x.

Ct Roxalynna said...

sebak lah...
daebak e-la..
suka baca part Surah Al-A'raf , leucocytes and erythrocytes semua tu.. n part English quote yg last tu..
Daebak!

E-la Adiey said...

intan razak - haha :P

zahra - lol.. kenapa adrian?adrian bukan hero meh :P

baby mio - terima kasih :)

ct roxalynna - ahax2.. sambil mengarang kenalah berdakwah sikit2. bukan ke penulis bertanggungjawab menyampaikan ilmu pada pembacanya? ;)

budak blur said...

adrian sweet sangat.suka dgn watak dia

Anonymous said...

hahah...habislah cinta.dah tak ada lagi peluang kedua

Anonymous said...

Aksara: karya yang menarik dan mula mendapat tempat di hati utk terusan membacanya..teruskan menulis .... (Y)

E-la Adiey said...

budak blur - larh.. suka adrian jugak?

anon - ;) haha

aksara - terima kasih. stay tuned ya!

Anonymous said...

Dah start minat novel ni.best.tak sabar nak tahu apa akan jadi.

~Ain

soffy malik said...

Sambung lagi...best!!!!!! Daebak !!!!

E-la Adiey said...

Ain - terima kasih ^^

Soffy malik - thank you so much <3 jap lg saya upload bab 17 :)