Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, September 4, 2014

Kutemui Cinta 4

KULIAH sudah tamat. Nadya berjalan di lobi untuk pulang ke asrama.Hari ini dia dimarahi lagi gara-gara mengelamun semasa pensyarah sedang bersyarah di hadapan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajarannya. Wajah Hafiz, lelaki yang tidak sengaja melanggar bahunya semasa hari pendaftaran tempoh hari sentiasa muncul dalam benaknya.Tiap masa dan ketika.

            Hafiz. Nama itu membuatkan hatinya sedikit gementar. Apa yang meruntun perasaan tersebut? Cinta? Ah, tidak mungkin! Baru sekali dia bertemu dengan lelaki itu. Itu pun kebetulan, mana mungkin semudah itu dia boleh jatuh cinta. Atau adakah kisahnya ini boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama?

            “Nadya!”

            Nadya menoleh saat mendengar seseorang memanggil namanya. Dia lihat dari jauh Adam berlari-lari anak mendapatkannya.

            Adam tersenyum kepadanya.

            “Ada apa?”tanya Nadya, membalas senyuman Adam seadanya.

             “Err... petang ni saya ingat nak pergi cari buku rujukan dengan alat tulis sikit. Nak ikut?” pelawa Adam sambil bibirnya terus mengukir senyuman. Ini masih lagi langkah pertama dalam usaha untuk menjadikan Nadya mangsa pertamanya.

            “Boleh, saya pun memang rancang nak pergi beli buku rujukan."

            “Okey, jumpa petang ni.”

            “Err... tapi bukan cuma kita. Saya nak bawa sekali kawan saya, boleh kan?”

            Dahi Adam kelihatan berkerut. Fikirnya petang ini bolehlah dia berdua-duaan dengan Nadya sambil cuba memasang perangkapnya,tapi rupa-rupanya ia tak semudah itu.

            “Bukannya apa, tak elok orang lain nampak kita berdua aja. Nanti timbul fitnah,” beritahu Nadya melihatkan Adam seakan kurang senang dengan cadangannya.

            Adam menguntum senyuman. Dalam diam dia kagum walaupun berada jauh dari keluarga, Nadya pandai menjaga dirinya. Hatinya sedikit terusik.

            “Okey, berapa orang?”Adam mengalah. Biarlah dia beralah dahulu asalkan hasilnya nanti memuaskan.

            “Mmm... sorang aja.”

            “Okey, kita jumpa petang ni. Saya akan jemput awak dan kawan awak kat bus-stop depan sana,” ujar Adam sambil jarinya menunjukkan ke arah luar pagar kampus.

            Nadya mengangguk.

            “Okey, see ya.”

            Nadya terus berlalu. Adam cuma merenung dari jauh sehingga Nadya menghilang dari situ.

            Adam tahu dia harus banyak bersabar. Memikat gadis bertudung tidak sama dengan memikat seorang gadis seksi. Pada peringkat pertama dia harus banyak menunjukkan kebaikannya sehinggalah Nadya terpaut hati dengannya. 

Rasanya dia tidak bercinta dengan Nadya atau sekurang-kurangnya orang lain tidak boleh berkata mereka adalah pasangan kekasih tetapi sejak mengenali Nadya minggu lepas, rasanya mereka boleh menjadi pasangan yang ideal. Tapi entah kenapa, dia merasakan ada banyak rintangan yang harus ditempuhinya untuk memiliki Nadya.

            “Adam!!!” Satu suara gadis memanggil namanya.

            Adam tergamam tatkala terasa bahunya tiba-tiba dipeluk erat. Dan dia kenal suara itu/

            “Yasmin?” Adam sedikit terkejut. Teman wanitanya ada di sini? Mungkin inilah salah satu rintangan yang harus ditempuhinya!

            Yasmin tersenyum melirik.
            “Hai, honey! Rindulah lama tak jumpa!”
            “Yasmin, you buat apa kat sini?”

            “I study kat sinilah...” Yasmin sedikit kecewa kerana teman lelakinya sendiri tidak ambil tahu tentang dirinya.

            Adam menelan air liur.
            “Err... sebelum ni I tak pernah pun nampak you kat sini.”

            Yasmin mencebik. “I suruh daddy I masukkan I ke sini sejak I tahu you study kat sini. Lagipun I rindulah, you dah lama tak call I.”

            Adam mengangguk.
            “You jurusan apa?”
            “Perniagaan.”

            “Kalau macam tu, kita tak samalah. I ambil Civil Engineering. Lagipun you tahulah my dad tu macam mana. Dia nak sangat I gantikan tempat dia dalam syarikat nanti,” beritahu Adam. Dalam hati dia menarik nafas lega kerana Yasmin tidak satu jurusan dengannya. Mudahlah sikit jalannya untuk memikat Nadya.

            “Ala... tak bestlah. Nanti jarang kita boleh jumpa,” kata Yasmin dengan nada suara yang sengaja dimanjakan.

            Adam terdiam. Dulu dia memang suka mendengar suara manja dan liuk lentuk tubuh Yasmin tapi sekarang entah kenapa apabila bertemu, mendengar suara manja dan melihat liuk lentuk tubuh Yasmin membuatkan hatinya jadi meluat dengan keletah gadis itu.

            “Adam.”
            “Yup?”
            “Petang ni teman I shopping, ya? Dah lama kita tak keluar sama-sama.”
            “Err...” Adam kelihatan serba-salah.

            “Bolehlah... bolehlah... bolehlah...” pujuk Yasmin.Gelagatnya yang seperti anak kecil semakin meloyakan tekak Adam.

            “Err...tak bolehlah.”
            “Kenapa you ni? Dah tak sayang I ke?,”cebik Yasmin.

            “Bukan, I ingat hari ni I tak nak pergi mana-mana. Nak study je. You tahukan, course I tu susah. Macam mana kalau tak lulus? Nanti kena mengulang, I jugak yang susah,” bohong Adam. Mana mungkin dia sanggup membatalkan janji temunya dengan Nadya petang ini hanya kerana semata-mata menemani Yasmin shopping. Itu sama sahaja seperti sedang memusnahkan peluangnya sendiri.

            “Betul ke ni? Atau you sebenarnya ada perempuan lain?”

            Tersirap darah Adam ke muka. Perkataan perempuan lain yang dilafazkan Yasmin membimbangkannya. Dia takut tembelangnya pecah. Di kampus nasib baik dia masih belum sempat memikat mana-mana perempuan kecuali Nadya. Tapi Nadya tidak boleh dikategorikan sebagai perempuan lain kerana Nadya sekarang hanya kawannya. Cuma Yasmin satu-satunya teman wanitanya yang belajar di sini. Dia cuma takut kalau suatu hari nanti kesemua teman wanitanya di luar sana tahu akan temberangnya dan berpakat mahu membelasahnya!

            “Adam.”

            Adam tersentak. Dia sekadar tersenyum sumbing.

            “You fikir apa?” Yasmin bertanya apabila dia lihat Adam diam seperti sedang memikirkan sesuatu. Adam pantas menggeleng.

            “Okeylah, I’m just joking. I pergi dululah. Bye, honey!,” ucap Yasmin. Dia sempat menghadiahkan sekuntum senyuman menggoda sebelum kelibatnya menghilang.

            Adam akhirnya menarik nafas lega. Syukur Yasmin masih belum curiga. Tapi dia tetap perlu berjaga-jaga agar rahsianya tetap tersimpan kemas. Mungkin inilah harga yang perlu dibayarnya kerana menjadi seorang kasanova. Sentiasa hidup dalam kebohongan.
************************

NADYA baru sahaja ingin melangkah masuk ke pintu asrama tapi langkahnya automatik  terhenti apabila ada satu suara menjerit memanggil namanya bertalu-talu.

            Dia menoleh dan tergamam bila melihat Hafiz berada tidak jauh dari situ.

            “Err... Hafiz, ada apa?” Nadya terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya untuk memandang wajah tampan Hafiz yang tinggi lampai itu. Walaupun lelaki itu memperkenalkan dirinya lebih dua minggu lepas, tetapi nama lelaki itu masih diingatinya hingga kini.

            Hairan, sejak hari pendaftaran tempoh hari, mereka belum pernah lagi bertemu hinggalah hari ini. Kenapa tiba-tiba hari ini Hafiz menyapanya?

            Hafiz masih lagi tersenyum. Difikirannya terbayang akan rancangannya dengan Amir dan Azhar malam tadi. Rakan-rakannya itu mencadangkan supaya dia mempelawa Nadya menjadi kawannya terlebih dahulu dan selepas itu, melamar Nadya menjadi teman wanitanya pula. Rancangan yang semudah ABC!

            “Kenapa? Ada masalah?”

            Hafiz mematikan lamunannya. Dia menatap wajah cantik Nadya, atau lebih tepat lagi sebenarnya comel. Wajah Nadya keanak-anakan ,tidak ternampak sebiji jerawat pun di wajah bujur sireh itu. Dengan bentuk tubuhnya yang kecil molek itu, kalau orang kata dia budak Tingkatan Satu pun orang percaya!

            “Err... saya nak tanya... sa... satu soalan, boleh?” Suara Hafiz tersekat-sekat.Hatinya jadi tak keruan.

            Hisy, apalah aku ni. Kenapa aku menggelabah pulak? Malam tadi okey je aku berlatih, tapi kenapa bila dia betul-betul ada depan aku, aku jadi serba tak kena macam ni. Ya Allah, tolonglah aku... gumam Hafiz dalam hati.

            “Ada apa sebenarnya ni?”

            “Saya nak tanya. Err... sudi tak awak... awak... jadi...” Hafiz tidak mampu menghabiskan ayatnya. Dia serba tidak kena. Lidahnya kelu. Malam tadi dia rasa betul-betul konfiden bahawa dia mampu melakukannya tapi sebaik sahaja Nadya betul-betul berdiri di hadapannya, otaknya terus ‘blur’. Membuat rancangan memang semudah ABC tapi untuk melaksanakannya serumit memahami bait-bait tulisan purba zaman dahulu kala!

            “Jadi apa?” Nadya sudah tidak sabar-sabar menunggu.

            “Err... jadi... ja...di...” Debaran di hati Hafiz makin menggila. Dalam cuaca yang agak dingin begini, dia masih boleh merasa peluh mula merecik di dahinya.

            “Jadi apa?!” Nadya menyergah. Dia sudah tidak sabar menunggu. Dia masih ada banyak kerja lain yang perlu diselesaikan dan tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan Hafiz lama-lama.

            “Jadi kekasih saya?” Tiba-tiba soalan itu meluncur keluar dari mulut Hafiz. Cepat-cepat Hafiz menutup mulutnya. Wajahnya berbahang panas kerana malu. Ops, silap tanya! Sepatutnya dia mempelawa Nadya menjadi kawannya, bukan kekasihnya!

            Dia memang begitu apabila disergah kerana dia jenis mudah terkejut. Mungkin juga dia tidak boleh mendengar orang meninggikan suara, mudah panik. Tapi apa-apa pun, kata-kata itu sudah tidak boleh ditarik balik. Kalau dia mahu menarik balik pun, bukannya kata-kata itu secara automatik akan lenyap dari ingatan Nadya. Mungkin Nadya akan mengingatinya sampai bila-bila!

            Tergamam, Nadya melangut memandangnya dengan mulut terlopong. Tiada kata yang mampu diucapkannya. Dia memang terkejut yang amat sangat. Dia bukannya kenal lelaki itu, malahan dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai lelaki yang bernama Hafiz itu. Logikkah dia diajak menjadi kekasih pada pertemuan kedua?

            “Err...”

            “Saya... saya tahu awak terkejut... sebab... err... saya sendiri pun terkejut...” Hafiz berkata dengan wajah yang pucat lesi.

            “Tapi apapun, saya katakan yang jujur. Sebenarnya, first time saya nampak awak saya dah mula suka kat awak,” sambungnya dengan wajah yang ditundukkan. Malu!

            Nadya mengejek dalam hati. Lelaki! Memang mudah melafazkan kata cinta dan sukakan seseorang. Jika semudah ini dia melafazkannya, pasti mudah juga untuk dia mengungkapkan kata perpisahan.

            “Maaf, saya hargai perasaan awak...” Nadya membalas. “Tapi saya tak kenal awak. Kita baru sekali berjumpa. Dan lagipun awak bukan jenis lelaki yang saya suka. Minta maaf...”

            Kata-kata itu benar-benar menyinggung perasaan Hafiz. Dia tahu tadi dia sudah tersalah langkah dan kini, dia mengutuk kebodohan dirinya sendiri.

            “Nadya.”
            Nadya menunduk.

            “Tolong fikir balik.” Hafiz masih mengharap.  Jika dia mengalah sekarang, dia mungkin tiada peluang lagi selepas ini.

            Nadya terus meninggalkan Hafiz tanpa satu jawapan yang pasti. Dia tidak tahu apa yang dirasakannya kini. Dia tidak pasti sama ada harus gembira atau sedih mendengar luahan perasaan Hafiz tadi. Yang dia tahu, dia terkejut mendengar luahan hati seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu.

            Ah, permainan dunia! Inilah remaja. Remaja yang mahu mengenal cinta dan dunia! Kadang-kadang ada perkara yang lebih berat dan patut difikirkan daripada cinta yang tidak pasti dan tidak tahu hujung pangkalnya.
******************************

SEPERTI yang dijanjikan, Nadya mengikut Adam untuk membeli alat tulis. Dia membawa Suraya untuk menemaninya. Mereka ke kedai buku MPH di Mid Valley.

            Nadya asyik membelek majalah-majalah dan buku yang ada di kedai itu. Dia tidak menyedari Adam yang merenungnya sejak tadi. Suraya yang menyedarinya cepat-cepat berlalu ke bahagian lain dan ingin meninggalkan Nadya berdua sahaja bersama Adam.

            Nadya. Gadis bertudung litup itu memang cantik. Bibirnya mungil dan wajahnya yang putih itu sentiasa kelihatan kemerah-merahan. Penampilannya sentiasa sopan namun tetap tidak menjejaskan gayanya. Sejuk hati sesiapa yang memandang.

            “Nadya.” Adam memanggil perlahan.

            “Yup?” balas Nadya acuh tak acuh. Matanya masih tertancap pada buku-buku dihadapannya.

            “Awak ni cantiklah.” Adam mula tabur umpan. Dia menjeling untuk melihat reaksi Nadya.

            “Hmm...” Nadya membalas perlahan. Dia langsung tidak memberi respons positif terhadap pujian yang diberikan.

            “Nadya, awak dengar tak apa saya cakap tadi?” Adam sedikit tersinggung apabila Nadya langsung tidak mempedulikannya. Gagal lagi!

            Nadya menoleh memandang Adam yang kelihatan mencebik.

            “Sorry, saya tak dengar tadi. Awak cakap apa?” Dia memang tidak dengar apa yang dikatakan Adam tadi. Dia terlalu leka membelek buku-buku dihadapannya itu.

            Sejak di bangku sekolah, dia terkenal dengan gelaran ulat buku. Kerjanya membaca sahaja. Apabila buku sudah terbentang dihadapannya,dia tidak akan berkutik sedikit pun hinggalah pembacaannya selesai. Mungkin kalau ada orang berniat jahat padanya pun dia tidak tahu.

Pernah suatu ketika dulu semasa di Tingkatan Lima, dia begitu khusyuk membaca tanpa mempedulikan dunia sekeliling. Kerana terlalu asyik membaca dia tidak sedar yang rakan-rakan lain sudah berdiri dan mengucap selamat pagi kepada guru Matematik Tambahan yang masuk.

“Saya rasa kalau kita letak bom sekalipun kat depan dia, rasanya dia takkan lari,” sindir guru tersebut. Tersipu-sipu Nadya menundukkan wajah comelnya. Wajah yang sering menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar lelaki.Namun tidak ramai yang berani mendekatinya kerana dia seorang pelajar yang pendiam. Ada juga yang menganggapnya sombong. Tambahan pula, Nadya sering menjarakkan hubungannya dengan pelajar lelaki membuatkan ramai yang hanya memendam rasa.

Adam menjeling. Rajuknya menerpa. Nadya tersenyum manis. Barisan giginya yang putih teratur dan wajahnya yang cantik, membuatkan hati Adam berbunga tiba-tiba. Namun dia tetap pura-pura marah.

“Hei, apa ni? Buruklah lelaki merajuk!” Ada ketawa kecil di hujung suaranya.

Bibir Adam mula mengukir senyuman. Terasa bahagia sedemikian sempurna. Segala masalah dan kedukaan bagai hilang sepenuhnya. Dia tidak pernah merasa sebahagia dan setenang ini sejak kematian mama sebelas tahun yang lalu.

“Ha... macam tulah. Tak mainlah merajuk-rajuk ni. Muka tu dah handsome, buruklah tarik muncung sedepa!” Nadya masih lagi ketawa.

Adam tersenyum. Handsome? Dia berdarah kacukan, memanglah handsome!

“Nadya, saya nak tanya ni.”

“Tanyalah, tapi jangan merajuk lagi tau,” usik Nadya tika tawanya masih bersisa.

“Err... apa ciri-ciri lelaki idaman awak?” tanya Adam terus-terang.

Nadya mengerutkan dahi. Adam memang sudah mengagak reaksi Nadya itu. Dia bukannya teman lelaki Nadya. Tentulah Nadya akan berasa pelik kalau ditanya sebegitu oleh kawan lelakinya. Tapi bagi Adam, maklumat itu sangat penting demi menjayakan rancangannya. Dia mesti tahu ciri-ciri lelaki idaman Nadya. Kalau dia tidak menjadi lelaki idaman Nadya, tentulah gadis itu tidak akan terpikat dengannya. Gadis seperti Nadya bukan jenis yang mudah terpikat dengan rupa paras.

Dulu dia pernah cuba memikat Nadya dengan merenung gadis itu dengan pandangan menggoda tapi tidak berhasil kerana Nadya seakan tidak mengerti maksud renungannya.

“Kenapa tanya macam tu?,”soal Nadya kembali.

“Tak ada alasan yang konkrit.Saja nak tahu,” balas Adam selamba.

Nadya tersenyum.

“Saya tak terlalu memandang pada bentuk fizikal tapi bagi saya, seorang lelaki yang baik dan soleh adalah lelaki yang rajin solat,selalu mengaji dan tidak merokok. Bukanlah maksud saya lelaki yang merokok tu tak baik tapi pada pandangan peribadi saya, merokok sama macam membazir dan membakar wang. Bukankah membazir tu amalan syaitan?

Adam tersenyum sumbing. Solat, mengaji dan tidak merokok? Ketiga-tiganya tiada pada dirinya. Dia sendiri sudah lama tidak menunaikan solat, tidak tahu mengaji dan merupakan seorang perokok tegar. Bagaimana Nadya akan suka padanya kalau dia tidak menjadi lelaki idaman gadis itu?

Nadya tersenyum sendiri membayangkan wajah lelaki idamannya. Namun entah kenapa, wajah Hafiz yang muncul dalam benaknya. Hafiz? Kenapa Hafiz?

“Adam.” Panggilan itu menyentak lamunannya. Nadya tersenyum.

“Sekarang saya pulak nak tanya,” kata Nadya.

“Kenapa saya tak pernah nampak awak pergi masjid?”

Adam terkedu. Apa yang harus dijawab? Apakah dia patut membuat muka tak bersalah dengan jawapan, “Saya sebenarnya dah lama tak sembahyang.Saya ni memang jahil agama,” atau “Saya memang tak suka sembahyang sebab saya lebih suka pergi disko dan minum-minum sampai mabuk.” Apa yang harus dijawab? Adam berperang dengan perasaan sendiri.

“Adam, kenapa diam?”

Adam tersenyum sumbing memandang Nadya yang masih menunggu jawapan darinya.

Nadya tahu dia tidak sepatutnya mencampuri urusan peribadi Adam tapi dia hanya ingin merungkai persoalan yang sering bermain di fikirannya selama ini. Dia hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah nampak Adam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.

Di universiti, pelajar-pelajar biasanya solat Subuh, Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Masjid Ar-Rahman yang yang dekat dengan universiti.Namun setakat ini dia belum pernah melihat Adam ke surau itu. Yang biasa dia lihat cuma abang Adam, iaitu Yusof dan rakannya, Azriel serta Hafiz.

“Err...tak ada.Saya selalunya sembahyang kat dorm aja,”bohong Adam.

Tidak mungkin dia terlalu bodoh untuk memberitahu perkara sebenar bahawa dia sudah lama tidak solat!

“Kenapa? Bukankah sembahyang berjemaah lebih afdal? Pahalanya pun 27 kali ganda lebih banyak,” tanya Nadya tidak berpuas hati.

Padanya seseorang itu memang tidak ada alasan untuk tidak solat berjemaah sama-sama sedangkan tempat beribadat itu terlalu hampir dengan asrama mereka.

“Sejak akhir-akhir ni saya busy sangat. Nak sembahyang, lepas tu nak study. Itu tak campur dengan assignment lagi.” Adam memberi alasan.

“Saya tak nak komen panjang-panjang sebab saya tahu course awak lebih susah daripada saya. Mungkin awak memang sibuk tapi kawan-kawan saya pun jurusan Civil Engineering.Ada jugak masa untuk pergi surau.” Nadya masih cuba memancing.

Adam tahu dirinya sudah terjerat. Dia sudah tersilap merangka alasan. Lupa pula dia yang kawan-kawan Nadya; Maya dan Zulaikha sama jurusan dengannya.

Adam memandang jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 6.30 petang.

“Nadya, hari dah lewat ni. Jom kita balik,” ajak Adam cuba mengelak dari soalan Nadya. Semakin dia berbohong, semakin menebal pula rasa bersalahnya.

Nadya sekadar mengangguk. Selepas membeli alat tulis dan beberapa buah buku rujukan, mereka menaiki kereta Adam untuk pulang. Pulang sahaja ke asrama, Adam termenung panjang. Dia tahu kalau dia mahu menjadi lelaki idaman Nadya,dia harus mengubah dirinya terlebih dahulu. Dia harus meninggalkan tabiatnya yang suka ke pub dan disko.

Tapi adakah dengan berubah, Nadya akan suka padanya? Dia bingung. Mungkin tidak ada masalah baginya untuk berjanji yang dia tidak akan ke disko lagi tapi rasanya tidak mudah untuk dia meninggalkan tabiat merokoknya. Dia juga harus mencari semula songkok dan sejadahnya yang sudah lama tersimpan di dalam beg pakaiannya. Dan perlu belajar mengaji Al-Quran, kitab suci yang tidak pernah disentuhnya selama ini.

Ah! Tidak sangka memikat gadis bertudung serumit ini. Lebih rumit dari penyelesaian jalan kira mathematic engineering!

Begitu lama dia termenung sehingga dia tidak sedar siang sudah melabuhkan tirainya. Dia berbaring di katil sambil memandang Hafiz yang sedang bersiap-siap untuk sembahyang berjemaah di masjid. Hafiz lengkap berbaju Melayu teluk belanga dan bersongkok hitam. Kemas, Adam sempat memuji dalam hati.

“Woi!” panggilnya. Adam bangkit dan duduk di sisi katil.
Hafiz tidak menyahut.Adam sebal.
“Woi, aku panggil kau ni!” Suara Adam meninggi.
Hafiz buat-buat tak tahu dan duduk di atas katilnya.
“Kau pekak ke?”soal Adam keras.

Hafiz memandang sekilas ke kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Selepas itu baru dia memandang Adam.

“Sorry, kau panggil aku ke?” tanya Hafiz bagaikan inginkan kepastian.

“Habis tu siapa lagi ada dalam bilik ni? Dah buta ke?” Kasar soalan Adam.

“Sorry, nama aku Hafiz. Tak tahu pulak ‘woi’ tu maksudnya Hafiz.” Selamba Hafiz menjawab.

Dia tidak pernah takut dengan Adam. Sebelum ini dia melayan Adam dengan baik hanya kerana dia sebilik dengan anak orang kaya yang sombong itu. Dan sekarang, dia sudah malas mahu menjaga hati Adam.

Buat apa dia menjaga hati seseorang yang tidak pernah mahu menjaga hatinya? Tapi apa pun,bahasanya masih lagi boleh dianggap sopan jika mahu dibandingkan dengan Adam yang langsung tidak menggunakan bahasa panggilan yang elok dengannya.

“Lain kali guna panggilan yang elok sikit. Penat-penat aja mak aku kasi nama!” tegur Hafiz. Tegur dalam sindiran sebenarnya.

Wajah Adam yang putih bertukar merah apabila disindir begitu. Pertama kali Hafiz dengan selambanya menempelaknya semula. Tapi salahnya juga kerana memanggil Hafiz dengan panggilan ‘woi’.

“Apa-apalah. Kau nak pergi mana ni? Masjid ke?” tanyanya untuk menutup rasa malu dan bengangnya.

“Taklah, nak pergi clubbing.” Sekali lagi dia ditempelak. Wajahnya makin merah.

Bagi Hafiz soalan itu memang tidak patut ditanya kerana Adam sepatutnya sudah tahu malam-malam begini dengan memakai baju Melayu serta bersongkok mestilah dia mahu ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Tambahan pula, dia sedang terbawa-bawa dengan perasaan bergelora kerana mengenangkan kejadian siang tadi. Bagaimana dia boleh tersalah tanya? Haish, mulut tak ada insurans betul.

“Maaf, awak bukan jenis lelaki yang saya suka...” Masih terngiang-ngiang kata-kata Nadya selepas dia tersalah tanya, “Sudikah awak jadi kekasih saya?”

Aduh, jatuh saham.Terasa malu hingga tembus langit ke tujuh. Kalau dia bukan jenis lelaki yang disukai Nadya, lalu lelaki jenis apa yang disukai gadis itu?

“Wei, janganlah main-main. Aku serius ni!” Suara tegang Adam mematikan lamunan Hafiz.

“Kau dah tahu aku nak pergi masjid, yang kau tanya lagi tu apahal?”

“Huh, dahlah! Nak pergi tu pergi ajalah. Tinggal aku sorang-sorang kat sini!”

Hafiz bangun dari katil.
“Kau tak pergi?”

“Aku sembahyang kat sini aja!” Seperti biasa, itulah jawapan yang sering keluar dari mulut Adam apabila ditanya soalan itu. Hafiz sendiri bagaikan sudah dapat menghafalnya.

Hafiz menggeleng-geleng kepala. Kesal kerana Adam tidak mahu ke masjid dan meramaikan ahli jemaah. Kemudian dia terus berangkat ke masjid,takut terlewat pula kalau dia berlama-lama di situ.

Adam ke muka pintu untuk memastikan Hafiz betul-betul sudah pergi. Apabila kelibat Hafiz sudah tidak kelihatan ,Adam menutup pintu rapat-rapat dan membelek satu persatu buku di atas meja Hafiz.Kemudian dia menjumpai sebuah buku bertajuk NERAKA JAHANAM DAN SYURGA FIRDAUS.

Adam mengambil buku itu dan membeleknya sehelai demi sehelai.Khusyuk membelek, dia tertarik dengan satu potongan ayat Al-Quran yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jahanam itu,tempat yang dijanjikan bagi mereka sekalian (kafir, musyrik, munafik, dan jin serta orang-orang Islam yang tidak pernah solat, termasuk golongan-golongan fasik). Ia (jahanam) itu mempunyai tujuh tingkat (pintu),bagi tiap-tiap tingkatan (pintu) dari mereka ada bahagian tertentu...”

Adam meraup wajah beberapa kali. Ternyata selama ini dia sudah tersesat jauh daripada landasan agama. Daripada apa yang dibacanya, meninggalkan solat dan minum arak termasuk dalam tujuh dosa-dosa besar. Dia tahu semua itu dosa tapi dia tidak tahu apa itu dosa. Tiada yang membimbingnya selama ini.Malahan Yusof dan Azriel sendiri tidak pernah marah kalau dia ponteng solat. Papa pula tidak pernah ada masa untuknya. Papa hanya memikirkan soal bisnes dan klien.Akhirnya dia hanyut tak berarah.

Dadanya bergetar. Ada semacam duri keinsafan dan kekesalan yang menikam jantungnya kerana selama ini terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk berseronok-seronok. Dirinyalah yang sebenarnya bodoh. Bukan Yusof dan Azriel. Dialah yang sebenarnya tidak tahu erti keseronokan yang sebenar. Dia kesal.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

4 comments:

siti nadzirah said...

seriously adam hero cerita ni? watak dia cam annoying je :P

intan razak said...

adam ni memang annoying ckit awal2 cerita.dah nak habis baru dia jadi baik.hahah

budak blur said...

dafi jadi rafi?? ironi sangat you...

E-la Adiey said...

siti nadzirah - aah, ai suka hero2 annoying nih.hahaha

intan razak - oii spoiler! hahaha

budak blur - haha.. ok pe. memula aku nak taruk muka raffi ahmad.tp x jd ;p