Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Sunday, April 21, 2013

KhaiRizal : A Love Story 11

Hari ini Rizal rasa best. Lebih best dari kamus elektronik Besta. Berkerut-kerut dahi Azman melihat perubahan Rizal hari ini. Hari-hari lain pun Rizal sewel tapi hari ini lebih sewel dari biasa. Baca surat khabar pun boleh tersenyum sorang-sorang.

            Azman mengintai sedikit untuk melihat apa yang dibaca oleh Rizal. Ingatkan ada cerita lawak ke, cerita kambing bercinta dengan unta ke, rupa-rupanya cerita rumah teres terbakar, 48 orang kehilangan tempat tinggal.

            Betul-betul dah sewel si Rizal ni. Bukan nak simpati, tolong gelakkan lagi ada.

            “Riz, sawan buih ke kau ni? Berita rumah terbakar pun kau gelak?”

            Rizal tersengih. “Bukanlah, aku tak baca pun. Paper ni saja je aku buat frame depan aku. Aku happy pasal benda lain.”

            “Apa? Gaji polis naik lagi ke?”
            “Bukanlah, mana boleh bagitahu kau. Uwek!”

            Azman tersenyum sumbing. Macam budak-budak membernya yang seorang ni. Agak-agak kalau aku pun berperangai macam tu Khai akan suka aku tak? Haish, jiwa kacau betul. Buat apa pulak aku nak peduli Khai suka aku ke tak?

            “Err... Rizal, kau perasan tak perubahan Fida sejak akhir-akhir ni?” bisik Azman. Walaupun Fida tidak ada disitu tapi dia tetap perlu berhati-hati, takut ada telinga gajah curi-curi dengar.

            Rizal angkat bahu. “Entah.” Hanya itu jawapannya.

            “Hish kau ni, bukannya nak perhati. Tapi bagus jugak kau tak perhati, kang tak pasal-pasal kau kena cekik dengan bini kau pulak, ye tak?” sambut Azman tertawa berekor-ekor. “Gini, aku perasan si Fida tu tak tenung kau sangat dah. Nampaknya dia dah tak suka kat kaulah.”

            Rizal berpaling memandang Azman. Tidak lama kemudian bibirnya mengukir senyuman.

            “Baguslah, maknanya dia betul-betul dah terima aku cuma sebagai rakan sepasukan. Lagipun dia cakap dia dah bertunang, kan? Apa kesnya nak tenung aku? Tenunglah tunang dia tu.”

            Azman terangguk-angguk. Kagum sekejap. Susah nak cari lelaki setia macam ni zaman sekarang. Tapi kalau aku jadi laki Khai pun, memang aku takkan cari lain dah, detik hatinya nakal. Mintak-mintaklah Rizal tak tahu.
*************
“Saya dah buat keputusan!” ujar Fida ketika tunangnya datang ke balai untuk menemuinya. Itupun kerana disuruh oleh ibu Fida kerana Fida tertinggal bekal makanan. Amir... Amir... patutlah dia jadi pilihan ibu bapa untuk dibuat menantu. Arahan tak masuk akal pun dia turutkan sedangkan tugas menghantar bekal makanan bukan kerjaya utamanya.

            “Keputusan apa?” soal Amir sambil membetulkan kaca matanya.

            Fida tersenyum. Kalau diperhatikan betul-betul, Amir pun tidak kurang kacaknya. Cuma bendul sikit je. Huhu...

            “Saya akan cuba terima awak sebagai tunang saya.”

            Amir memandang Fida tidak berkelip. Biar betul, seorang gadis secantik Fida ingin menerimanya, seorang lelaki yang hanya tahu menurut + jenis lembu dicucuk hidung = tak ada ciri-ciri seorang ketua keluarga langsung.

            “Mungkin susah sikit sebab kita bertunang atas pilihan keluarga tapi saya yakin ibu bapa saya dah pilih yang terbaik. Kalau tak, takkanlah diorang nak tunangkan saya dengan awak, kan?”

            Amir tersenyum malu.

            “Sebagai permulaan, boleh awak panggil saya ayang?” Hampir nose bleeding Amir mendengar permintaan Fida itu. Oh, rasanya macam dalam mimpi.

            “Dan saya akan panggil awak biey, boleh kan?”

            “Err... saya tak...tak kesah. Sa... saya ikut aja.” Entah kenapa datang pula penyakit gagap Amir. Tak sangka betul.

            “Okeylah, terima kasih tolong hantarkan bekal ayang. Biey pergilah kerja, ayang pun ada kerja sekarang.”

            Amir terasa mukanya lebih tebal dari konkrit sekarang. Biey? Ayang? Katakan ini mimpi. Yahoo!! Kalau orang lain yang dengar, mesti sudah rasa meluat, rasa macam nak tampar je tapi tidak bagi Amir. Alangkah bagusnya. kalaulah dari dulu Fida membahasakan diri seperti ini.

            Sebelum Amir berlalu, Fida sempat melambai kepada tunangnya itu. Mungkin sudah tiba masanya dia menerima Amir dalam hidupnya. Kenapa pula dia perlu menunggu Rizal? Rizal pun sudah jadi suami orang dan dia bukan jenis yang suka merebut hak milik wanita lain. Jangan haraplah dia akan jadi perempuan gila macam dalam drama, tergila-gilakan laki orang hingga akhirnya betul-betul jadi gila.
********************
“Aku tak peduli. Pergi mamposlah dengan perasaan kesian kau. Kalau kau nak hidup lama, kau duduk diam-diam. Selagi kau jadi budak baik, kau akan selamat. Faham?” Ray menjerkah di corong telefon, membuatkan lelaki dihujung sana terkulat-kulat menelan air liur.

            “Ta… tapi… saya takut… Rizal tu…”

            “Ah, sudah! Sudah! Aku tahu kau sayang dia, tapi aku rasa lebih baik kau sayang nyawa kau dulu okey? Kang aku bom rumah mak kau kat kampung baru kau tahu!”

            Lelaki dihujung sana menggigit bibir bawah, menahan rasa hati. Rasa bersalah semakin menebal dikala ini. Dia ingin membuka mulut, cuma memujuk untuk kali terakhir namun Ray sudah memutuskan talian.

            “Dasar bebal, suruh buat kerja senang pun tak boleh!” dengusnya. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

            Ray mengalih perhatian pada kuncu-kuncunya pula. Mereka semua setia menanti arahan daripadanya. Gambar Rizal terus dikeluarkan dari jaket dan ditunjukkan kepada mereka.

            “Tengok gambar ni baik-baik! Ini namanya Inspektor Rizal Syafiqin, musuh aku. Aku dapat maklumat dari orang yang boleh dipercayai, minggu depan polis akan adakan serbuan di gudang ni. Dan polis ni, aku nak korang ingat muka dia baik-baik. Bawa dia kepada aku hidup-hidup!” arah Ray tegas. Pandangan matanya kini penuh dengan kebencian dan dendam.

            “Bawa hidup-hidup? Macam mana tu bos?” soal Tan bingung.

            Ray mengetap bibir. Bam!!! Mejanya dihentak kuat. Masing-masing kecut melihat Ray tiba-tiba naik angin.

            “Bodoh! Macam mana aku boleh terima kau jadi kuli aku kalau kerja mudah macam tu pun kau tak tahu?”

            “Sorry bos.” Burn menunduk.

            Ray merengus geram. Sebetulnya dia hanya memikirkan tentang dendamnya terhadap Rizal. Akibat tekanan terlalu memikirkan dendamnya yang tidak berkesudahan, dia melempiaskan kemarahannya kepada semua orang. Sampaikan daun pokok jatuh depan dia pun dia marah. Gila betul!

            “Dengar sini baik-baik. Aku dapat sumber yang musuh lama aku ni handle kes kita. Dia nak tumpaskan Sharks.” Ray diam seketika. Satu senyuman sinis terbit di wajahnya.

            “Boleh bayangkan? Dia cuba nak buat lawak evergreen ke dengan aku? Ini Ray, okey? Dia takkan boleh tumpaskan Sharks sampai bila-bila pun dan aku akan pastikan suatu hari nanti dia akan melutut di kaki aku, meminta maaf atas pengaiban yang dah aku terima selama ni.”

            Ray terus ketawa berdekah-dekah. Anak-anak buahnya turut ketawa, malah lebih kuat dari Ray. Ray terdiam. Melihat Ray diam, anak-anak buahnya terus menutup mulut.

            “Yang korang gelak jugak apahal? Lawak ke cerita aku tu? Mangkuk jamban betullah korang ni,” ujar Ray kembali serius.

            Masing-masing saling berpandangan.

            “Aku tak nak tahu macam mana caranya, tapi aku nak korang bawa Rizal Syafiqin hidup-hidup, faham? Burn, aku serahkan pada kau.”

            Burn mengangguk mendengar arahan Ray.

            Ray menzahirkan senyuman selebar mungkin. Tidak lama lagi kemenangan akan menjadi miliknya. Rizal bukan polis sebarangan. Dia tahu Rizal sudah mengesyakinya. Kalau dia terus membiarkan, Rizal mungkin akan tahu bahawa dialah sebenarnya ketua Sharks.

            Rencananya, dia akan menculik Rizal dan menamatkan riwayat hidup lelaki itu dengan tangannya sendiri! 

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

2 comments:

intan razak said...

huh, suspensnya ray. harap2 x jd apa2 kt rizal

budak blur said...

geli pulak aku baca bab fida dengan tunangnya. haha. harap rizal dan khai akan bahagia selalu