Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuesday, October 9, 2012

Amar Farish 13

Zahra mengeluh lagi. Rasanya ini kali ke-35 dia mengeluh dalam masa sehari. Selepas menghirup sisa-sisa air kotak yang dibelinya di 7 Eleven, dia memasukkan ke dalam plastik, kemudian membuka sekotak lagi.

            Dia cuba untuk melupakan tengkingan Farish tadi. Kerana itulah dia bergegas keluar dari pejabat dengan alasan ada tugasan di luar. Tapi bila difikir-fikirkan semula, memang dia yang bersalah kerana menerjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh bertindak seperti itu. Mungkin dia fikir sebelum ini dia sudah selalu bersikap kurang sopan dengan Farish, kalau setakat masuk tanpa mengetuk pintu Farish tidak kisah. Tak sangka pula Farish akan menengkingnya seperti itu dan yang lebih membuatnya terasa hati, dia lihat Syazreen memaut erat lengan Farish.

            Tapi kenapa pulak aku kena ambil kisah minah tu pegang lengan rumpai laut? Lantaklah, itukan tunang dia, desis hatinya dan tanpa sedar air kotak di tangannya di ramas sekuat-kuat hati hingga air di dalamnya melimpah keluar.

            “Awak ni dah kenapa? Dah geram sangat ke dengan air kotak tu?”

            Suara seseorang dari belakang mematikan lamunannya. Cepat dia berpaling dan tersengih lebar.

            “Eh En.Rudy, encik buat apa kat sini?”

            Rudy tersenyum dan duduk menyertai Zahra yang melepak seorang diri di kaki lima 7 Eleven itu. Zahra membetulkan duduknya. Sejujurnya kadang kala dia agak kurang selesa setiap kali melepak dengan Rudy. Bukan apa, dia merasa Rudy terlalu kacak dan dia tidak layak bergandingan dengan lelaki itu. Sikapnya yang matang dan sentiasa cool itu membuatkan hati perempuannya semakin merasa tidak keruan.

            “Saya keluar nak beli makanan untuk lunch. Hari ni ingat nak tapau je, makan kat ofis. Saya perhatikan awak dari tadi, saya tengok awak muram semacam je. Kenapa?”

            Zahra angkat kening. “Encik perhatikan saya dari tadi?”

            Rudy mengangguk. “Ha ‘ah, saya ternampak awak masa nak melintas jalan tadi. Kenapa? Awak ada masalah?”

            Zahra cuma menggeleng.

            “Ceritalah, muram lama-lama macam ni nanti boleh jadi Bigfoot.”

            “Hah?”

            “Tak adalah, saya melawak je.” Rudy ketawa sambil menutup mulutnya menahan malu. Boleh pulak dia buat lawak spontan seperti itu. Berjangkit dengan Zahra kut.

            Zahra turut tergelak. Comel betul dia tengok cara Rudy cuba menahan malu.

            “Tak ada apa-apa, En.Rudy. Mungkin saya penat sikit kut. Maklumlah baru balik dari camping,”dalihnya.

            Rudy mengangguk-angguk. Kemudian membalas, “Eh, kebetulan saya dah jumpa awak, apa kata kita makan sekali? Tak bestlah makan sorang-sorang.”

            Zahra sedikit terkejut dengan pelawaan spontan itu. “Err… bukan ke En.Rudy cakap nak tapau je tadi?”

 “Hehe…yelah, itu sebab takde teman makan tengah hari. Alang-alang awak dah ada, marilah temankan saya.”

            Zahra tunduk sejenak. Dia tidak ada mood untuk keluar dengan sesiapa hari ini.

            “Terima kasih, En.Rudy tapi tak apalah, saya tak nak ada staf yang nampak. Sorry sangat-sangat. Saya nak balik ofis dulu. Assalamualaikum.”

            Belum sempat Rudy membalas, Zahra terus berlalu. Rudy cuma mampu memandang Zahra dari jauh. Hmm…Zahratul Jannah, mahalnya hati gadis itu. Dan tiba-tiba dia teringat pula tentang kejadian di Gunung Nuang tempoh hari. Kejadian ketika dia meluahkan perasaannya kepada Zahra.

            Tapi kenapa lepas aku confess hari tu dia buat derk je? Aku rasa aku dah cakap straight to the point yang aku suka kat dia. Ke dia dah lupa atau betul-betul tak dengar? Aku rasa aku tak boleh pakai ayat ‘saya suka awak’ kut. Aku patut cakap I love you ke, saya cinta awak ke, saranghae ke, wo ai ni ke, naan unnai kathalikaraen ke, bebel hatinya sendiri dan turut meninggalkan kaki lima 7 Eleven itu.

***************

            “Kenapa stok dadah yang nak dijual pada Geng Black Scorpion dialih ke gudang lain? Dan kenapa aku langsung tak dimaklumkan tentang hal tu?” Soal Kamal berang kepala anak-anak buahnya.

            “Maaf bos, tapi ini sebagai langkah keselamatan. Saya rasa tak sedap hati waktu hari bos beri arahan pada saya. Saya rasa macam ada orang mencuri dengar. Sebab tu beberapa lepas saya arahkan budak-budak simpan dadah tu di tempat lain. Cuba bayangkan, hari tu pihak polis datang serbu gudang kita. Nasib baik stok dadah haram dah disimpan kat lain. Kalau diorang jumpa, boleh lingkup bisnes bos.” Panjang lebar Chunk memberi penjelasan.

            Kamal terdiam sebentar. Ada benarnya juga kata-kata Chunk. Rupa-rupanya Chunk jauh lebih pintar daripadanya.

            “Okey, aku terima alasan kau. Disebabkan kebijaksanaan kau, aku naikkan gaji kau bulan ni.”

            Chunk sudah tersenyum lebar mendengar kata-kata bosnya itu. Memang langkahnya mengalihkan dadah-dadah itu ke tempat lain adalah satu langkah yang bijak. Ketika Kamal menghubunginya dan meminta dia mengumpulkan semua anak buah di markas rahsia mereka, dia sudah bersedia untuk memberikan jawapan jika ditanya.

            “Stok tu kekalkan di situ sampai hari urus niaga. Stok baru akan sampai nanti, pastikan tiada kesilapan dan tak ada lagi telinga gajah yang curi-curi dengar. Ketatkan kawalan keselamatan,”arah Kamal.

            Chunk mengangguk faham.

            “Oh ya, Key mana?”

            “Dia ada kat tempat kita simpan stok dadah. Dia cakap ada beberapa perkara yang perlu dia periksa, kenapa bos?” Chunk mengembalikan pertanyaan.

            Kamal mengeluh. Dia mengeluarkan sekeping gambar dari poket seluarnya. Gambar wajah anak kesayangannya ditatap dengan rasa rindu yang amat sangat. Gambar itu diambil ketika majlis makan malam Media Art & Craft tempoh hari. Walaupun pertemuannya dengan Farish terlalu singkat, tapi baginya itulah hari paling bahagia seumur hidupnya.

            “Lepas ni bagitahu dia aku nak jumpa dia. Aku nak tanya sesuatu tentang Amar Farish. Kalau ada apa-apahal call aku, aku balik ofis dulu,”ujar Kamal dengan intonasi suara yang mendatar.

            Chunk segera mengangguk. “Baik, bos!”

**************
Farish membelek-belek roti canainya tanpa tujuan. Rudy yang dari tadi menikmati roti canainya dengan rakus tanpa mempedulikan manusia sekeliling, mengangkat kening melihat roti canai Farish yang tidak berusik. Hairan pula dia, tadi Farish yang beria-ia ajak dia melepak kat kedai mamak lepas waktu pejabat. Sekarang dah ada kat kedai mamak, termenung tengok roti canai sambil buat muka jenglot.

            “Rich, kau nak makan ke tak tu? Tak nak kasi akulah!” Rudy mengacah. Mesti Farish takkan kasi punya. Bukannya dia tak tahu roti canai makanan kegemaran Farish.

            “Kau nak?” Rudy mengangguk.

            “Ambil jelah.” Farish menolak pinggannya ke tepi.

            Rudy sedikit terkesima. Betul ke Farish ni? Sakit ke apa?

            “Rich, kau ada problem ke? Muka dah macam mentibang pulut aku tengok.”

            “Tak ada apa…” Farish menggeleng lemah.

            “Kau tak nak roti canai? Aku order yang lain!”

            “Tak pe…”

            “Kau letih sangat ke? Banyak sangat ke kerja kat ofis tadi?”

            “Tak adalah…”

            Kali ini Rudy diam. Orang tanya panjang lebar itu aja yang dijawabnya. Dah macam bercakap dengan spender rasanya.

            “Kau ni dah macam tak ada mood je. Aku yang tengah letih ni boleh jadi tambah tension tengok muka kau, tau tak? Jomlah balik!” putus Rudy malas.

            “Eh, nanti! Nanti!”

            “Hah, nape pulak?” Bila time aku dah fed-up, pandai pulak kau nak pujuk ye?

            “Ala, duduklah dulu. Baru pukul 9 malam kot. Balik awal-awal nak buat apa?”

            “Daripada aku duduk sini, mengadap muka kau yang mengalahkan orang mati bini nih baik aku balik main game. Ada jugak faedah!” Rudy membidas.

            Farish mengeluh. Dia terlalu memikirkan apa yang terjadi siang hari tadi hingga telah menjejaskan mood Rudy.

            “Sorrylah, aku memang tak ada mood pun. Ala kau kan cousin aku, takkan tak boleh temankan aku kejap.”

            Rudy mula buat muka bosan. Tapi nak tak nak kenalah temankan jugak. Farish bukan orang lain, cousin sendiri. Tapi bila orang tanya ada problem ke tak, bukannya nak jawab. Lama-lama boleh kena sawan tenuk macam ni.

            “Eirfan Rudy, kau betul-betul kena tolong aku kali ni. Dia tak habis-habis menghantui hidup aku. Aku dah tak tahan lagi!” luah Farish akhirnya. Dia memegang kepala dan meramas-ramas rambut macam orang gila. Nasib baik tak hentak kepala kat meja.

            Rudy ternganga. “Menghantui? Hantu mana yang kacau kau tu? Aku tak tahu pulak kat ofis kita ada orang membela. Nak aku temankan kau jumpa ustaz? Boleh dia tolong bacakan doa supaya kau tak jumpa menatang tu lagi.”

            Farish pandang Rudy dengan muka bingung.

            “Bila masa pulak aku ada sebut pasal hantu ni?”

            “Tadi kau cakap ada benda menghantui kau!”

            Farish ketap bibir. Rudy… Rudy… kau ni nama je otak sastera. Pandai tulis puisi je, aku rasa budak tadika KEMAS pun tahu maksud kiasan tu.

            “Bukan hantu la, ngok. Si Syazreen monyet sewel tu lah!”

            Rudy pura-pura gelak. Cakap jelah si Syazreen tu tak habis-habis kacau dia, kan senang. Yang pakai ayat metafora tu apahal, bahasa bersenilah konon. Aku tengok subjek Bahasa Melayu dia masa SPM lagi low dari Bahasa Inggeris. Tang mana seninya, aku pun tak tahu.

            “Habis tu kau nak buat apa sekarang?”

            “Aku rasa nak nyanyi lagu Suasana Hari Raya sambil berenang kuak lentang gaya bebas,” ujar Farish dengan muka bosan.

            Rudy rasa kepalanya dah nak berasap untuk memahami setiap ayat Farish. Farish sekarang dah tak macam dirinya yang dulu. Mukanya serius, tapi ayatnya macam nak buat lawak. Ikutkan hati nak aje hempuk kepala budak ni kat meja.

            “Macam ni jelah, Rich. Kau cakap terus terang dekat Uncle Sharif dengan Aunty Aliah yang kau tak nak kahwin dengan Syazreen. Lagipun aku rasa, salah satu sebab parents kau nak kau kahwin cepat-cepat sebab diorang tengok kau tak pernah bawak balik girlfriend kau untuk di introduce kan kat diorang. Kau ni dahlah handsome, jambu pulak tu, manalah tahu diorang ingat kau ni gay ke!” serkap Rudy.

            Farish tersenyum sinis. “Eleh, kau sendiri tak ada girlfriend tak ada pulak aku tengok kau pegang tangan jantan. Kelepet maut la kau ni!”

            Rudy tergelak.

            “Memanglah aku tak ada girlfriend, tapi aku dah ada seseorang dalam hati aku.”

            Farish terdiam.

            “Kau tak nak tahu siapa orangnya?” Rudy menduga.

            Farish menggeleng. Kalau kau tak bagitahu pun aku dah tahu siapa orangnya Rudy oi…

            “Aik, tak nak tahu ke? Biasanya kau yang paling suka busybody hal aku.” Rudy menjolok lagi.

            “Aku dah tahulah!”

            “Dah tau?”


“Hmm…” Farish tersenyum dalam terpaksa.

            Rudy turut tersenyum tapi wajahnya sudah merona kemerah-merahan. Maklumlah, orang pertama kali jatuh cinta.

            “So, what do you think Rich? Patut ke aku confess dia untuk jadi isteri aku?”

            “NO!”

            “Huh? Kenapa tak boleh pulak?”

            Farish terdiam seketika. Jawapan ‘NO’ yang keluar dari mulutnya tadi hanyalah jawapan spontan. Tapi entah kenapa, dia memang tidak boleh menerima kalau Rudy melamar Zahratul Jannah.

            “Urmm…kau dah fikir masak-masak ke, Rudy? Dia bukan orang bandar macam kita ni. Pulak tu, tak tahu mekap, bergaya, banyak yang kau kena ajar nanti!”

            Rudy tersenyum. “Sebab tu je? Come on, Rich. Dalam dunia ni tak ada yang manusia tak boleh belajar. Lagipun, aku dah suka dia dengan gaya dia sekarang. Aku bukannya suka perempuan seksi-seksi dengan mekap tebal. Naik seksa mata aku menengoknya.”

            Farish ketap bibir. Sejujurnya dia gembira kini Rudy sudah mula pandai mencintai seorang perempuan. Tapi disudut lain, dia sakit hati. Benar-benar sakit hati.

            “Kau buat jelah apa yang kau fikir betul, Rudy. Jangan menyesal kemudian sudah. Dahlah, aku nak baliklah. Badan aku dah rasa melekit, nak balik mandi pastu tidur.”

            Dan Farish terus meninggalkan meja kedai mamak itu tanpa sempat Rudy membalas. Rudy hanya mengeluh melihat Farish sudah berlalu tanpa menjamah sedikit pun roti canainya.

***************

            Farish menyanyi-nyanyi kecil sambil merenung rumah teres satu tingkat dihadapannya itu. Sesekali jari jemarinya mengetuk stereng kereta bagi menimbulkan sound effect walaupun nyanyiannya tidak sesedap Jay Sean mahupun Justin Timberlake.

            Selepas meninggalkan Rudy sendirian di kedai mamak, dia bukannya terus pulang ke rumah, sebaliknya singgah ke rumah Zahratul Jannah. Tapi dia tidak berani hendak memberi salam dan menyatakan tujuan kedatangannya. Dia benar-benar merasa bersalah kerana menengking gadis itu tengah hari tadi.

            Dia sendiri tidak tahu kenapa dia datang ke kawasan perumahan itu semata-mata untuk merenung rumah Zahra. Macam orang tak betul pun ada.

            “Tapi kalau difikir-fikirkan semula, bukannya aku salah 100%. Kau pun salah jugak sebab masuk tanpa ketuk pintu!” ujar Farish kepada stereng keretanya, seolah-olah stereng itu adalah gadis kampung tersebut.

            Dia mengeluh kasar. Kalau betul bukan aku yang bersalah sepenuhnya, kenapa aku pulak yang beria-ia nak minta maaf? Perempuan kampung tu sendiri tak nak datang jumpa aku dan minta maaf.

            Zahratul Jannah… arghh! Pergi kau! Jangan ganggu fikiran aku. Amar Farish… Amar Farish… lebih baik kau balik mandi. Lepas tu kau berfikir secara tenang apa yang kau dah buat ni. Ingat, perempuan kampung tu yang patut minta maaf dengan kau!

            Farish menetapkan kata-kata itu di kotak fikirannya. Cepat-cepat enjin kereta dihidupkan dan BMW hitam itu terus memecut meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: