Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, December 27, 2012

Novel Amar Farish - sinopsis versi aku :P

.
assalamualaikum ^_^
haaa... novel Amar Farish dah keluar, so bolehlah cari di kedai2 buku berhampiran. *tiba2

okey,ramai kawan aku ckp, lepas baca novel ni, jalan ceritanya memang lain dari yang lain sebab ada unsur2 gangster+penyiasatan. Tapi diorang cakap sinopsisnya macam tipikal novel sgt. Benda yg selalu terjadi. Lelaki kaya, jumpa pompuan miskin. Kena kahwin paksa, memula x suka, pastu jatuh cinta.

Haha... okey, aku accept komen diorang sbg komen yang membina. Tp bila aku baca sinopsisnya pun, aku sendiri merasakan ianya terlalu tipikal mcm novel2 lain. Ini sinopsisnya:-
.
AMAR FARISH, anak angkat Dato’ Sharif dan Datin Aliah yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rupa parasnya yang sempurna menjadikannya kegilaan para gadis. Dan dia bangga apabila semua gadis berada di bawah telunjuknya hinggalah dia bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Zahra.

“Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni? Aku terajang kang!”

“Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”

“Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat Korea. Macam rumpai laut je aku tengok!”

Kerana satu kesilapan, Farish dan Zahra telah disatukan. Pelbagai masalah menimpa apabila sepupunya, Eirfan Rudy turut memendam rasa terhadap Zahra. Farish yang masih mencari identiti sendiri, tidak dapat menerima kehadiran Tengku Kamal yang mengaku sebagai bapa kandungnya sekali gus mendedahkan rahsia hidupnya yang sebenar.


“Apa kaitannya dengan Ara? Kenapa abang macam nak hukum Ara dalam hal ni? Ara tak salah apa-apa, bang…. Ara tak buat apa-apa pun.” - Zahratul Jannah


“Awak nak tahu kenapa saya nak tinggalkan awak? Sebab mama dan papalah saya terpaksa kahwin dengan awak!” - Amar Farish

Disebabkan latar belakang dan harapan Tengku Kamal, Farish terpaksa mengambil satu keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya. Namun, bagaimanakah kisah rumah tangga Farish dan Zahra? Adakah Farish akan meninggalkan segala-galanya dan menjadi seseorang yang baru? Amar Farish akan merungkaikan kemelut persoalan ini...

.
So selepas tolak, campur, darab, bahagi, aku decide nak buat sinopsis novel Amar Farish versi aku sendiri, supaya jalan ceritanya lebih jelas.


FARISH, anak angkat Dato’ Sharif dan Datin Aliah yang ditatang bagai minyak yang penuh. Dia selalu mendapat apa yang diinginkannya. Rupa parasnya yang sempurna menjadikannya kegilaan para gadis. Dan dia bangga apabila semua gadis berada di bawah telunjuknya hinggalah dia bertemu dengan gadis kampung, Zahra.

            Sangkanya gadis itu sama seperti perempuan kampung lain; lembut+ayu = lembu dicucuk hidung tapi memang dah jadi kisah dongenglah kalau Zahra berperangai macam tu. Zahra berani melawan, pantang dirinya dibuli dan tahap kelaser’an mulutnya membuat Farish tercabar. Barulah bertemu buku dengan ruas.

            Kerana satu kesilapan, Farish dan Zahra disatukan dalam terpaksa. Pelbagai masalah menimpa apabila Syazreen kembali muncul mengganggu hidup Farish. Dan Farish yang masih mencari identiti sendiri, tidak dapat menerima kehadiran Kamal yang mengaku sebagai bapa kandungnya. Dan dia lebih tidak dapat menerima apabila dia mengetahui Kamal sebenarnya penyeludup dadah yang selama ini menjadi buruan polis. Masalah datang bertimpa-timpa apabila Kamal bertindak mengugutnya pula. Dia mahu Farish mengikut jejaknya, menjadi seorang penjenayah!

            Bagaimanakah dengan rumah tangga Farish dan Zahra? Dapatkah Zahra menerima suaminya seorang anak penjenayah? Bagaimana pula caranya untuk mengusir Syazreen yang tidak henti-henti menganggu kehidupan mereka?

4 comments:

lollipop kunyah said...

sinopsis dekat buku tu bukan e-la adiey buat sendiri ke?

Eddayu said...

dh hbs bace novel nie.. cter mmg best tp Amar bkn la ank org kaya yg berpangkat Dato' hanya ank angkat jer.. ibubapa kandung Amar adalah penjenayah, cian kat Amar.. tp bab Amar terlalu memandang rendah kat org miskin mmg x patut la kn.. ble dia tau sape dia yg sebenarnya baru la dia sedar diri.. & tindakan Amar berkerjasama dgn pihak polis mmg terbaik la, sbb dia xnk ayh dia terus hanyut dgn dunia jenayah.. yg paling kecian kat Zahra ble Amar tinggalkan dia tibe2 je sedangkn Amar buat cm tue sbb takut Zahra diapa-apakan oleh Kamal. cian jugak kat Rudy yg jd mangsa culik sbb nk ugut Amar..
hehehe nie la sinopsis yg blh akk buat tuk novel e-ladiey.. ;)

E-la Adiey said...

lollipop kunyah - hehe...tak,itu sinopsis dari penulisan2u :)

E-la Adiey said...

eddayu - wah,dah habis baca?cepatnya :D huhu...thanks akak. Susah jugak sbb sy sendiri x reti nak explain jalan ceritanya mcm mana.Dgn bantuan sinopsis dari akak maybe sy bleh cerita dgn jelas mcm mana story flownya. terima kasih! ^_^