Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Sunday, September 14, 2014

Zikir Cinta 28

DANIEL tiba di Stesen Bas Bandar Tasik Selatan pada hari Jumaat kira-kira jam 6.30 petang, sehari sebelum temuduga kerja. Dari situ, dia menaiki KTM ke KL Sentral. Kemudian ke Shah Alam pula. Adrian akan mengambilnya disana. Tidak mahulah dia terlalu menyusahkan Adrian. Adrian bukannya mahir jalan-jalan di Kuala Lumpur walaupun pernah tinggal di Malaysia tidak lama dahulu. Takut kalau pakai GPS, terbabas sampai ke Tol Sungai Besi pula.

            Baru sahaja tiba di Stesen KTM Shah Alam, dia sudah nampak Adrian yang melambainya dari jauh.

Daniel tersenyum lebar lalu berlari-lari anak dengan membawa beg pakaiannya menuju ke arah Adrian.

Adrian membuka kaca mata hitamnya dan terus memeluk erat tubuh Daniel. Maklumlah, sudah empat bulan tidak bertemu.

“Wah, makin segak kau sekarang. Macam tokoh korporat berjayalah.” Daniel mengusik.

Melihat dari gaya Adrian berpakaian, dia mengagak Adrian baru pulang dari pejabat dan terus datang mengambilnya.

Jauh disudut hati, dia sememangnya kagum melihat cara Adrian berpakaian. Kemeja dengan sut dan seluar slack. Sangat kemas dan nampak berketerampilan. Berbeza benar dengan dirinya yang berada di universiti dulu.

Tiba-tiba Daniel jadi rendah diri. Dia datang ke sini hanya dengan memakai T-shirt, seluar jeans dan selipar buruk sahaja.

“This is just a normal attire. Kalau dah jadi businessman, memang kenalah pakai macam ni. Kau macam mana pulak? Ada bawa baju untuk interview esok?” soal Adrian sebaik mereka berdua masuk ke dalam kereta BMW 3 series nya.

Best betul jadi anak orang kaya. Selalu bertukar-tukar kereta. Dekat Australia kereta lain, dekat Malaysia kereta lain pula.

“Ada, kemeja masa kita study dulu ada lagi,” ujar Daniel.

Berkerut-kerut kening Adrian mendengarnya.

“Sut tak ada ke?”

“Banyak pulak duit aku nak beli sut.”

Adrian tergelak. “Tak apalah, malam ni ikut aku shopping.”

“Tak naklah!” Cepat sahaja Daniel menolak. Alah, apa salahnya kalau pakai kemeja sahaja pun? Dia bukannya nak jadi CEO.

“Memanglah esok tak perlu pakai sut, tapi lepas ni bila kau dah kerja, you will need it. Kena nampak handsome dan confident bila jumpa client.” Adrian menyatakan pandangannya.

Daniel hanya diam dan mengangguk-angguk sahaja. Ikut ajalah, Adrian lebih arif tentang hal-hal sebegini.
***************

TERKEDU seketika Daniel menatap kawasan dalam apartment mewah Nusa Rhu yang didiami oleh Adrian. Anak matanya melilau menatap sekeliling ruang dalam rumah itu dengan penuh rasa kagum. Kalau dari bahagian luar tadi sudah nampak mewah, siap ada pak guard lagi, dibahagian dalamnya apatah pula. Dulu Daniel hanya berpeluang melihat rumah seperti ini didalam kaca TV sahaja.

            Hmm… tak apalah, Adrian anak orang berada. Kalau dia tinggal di istana sekalipun, apa nak hairan. Tetapi satu sifat Adrian yang disukai semua orang, dia seorang yang low profile. Adrian tidak pernah menunjuk-nunjuk dan tidak suka berlagak, membuatkan dia nampak seperti orang-orang kebanyakan.

            “Kau tinggal sorang kat sini?” soal Daniel sambil meletakkan beg pakaiannya di atas sofa.

            “Aah, maid ada tapi dia datang waktu siang je. Malam dia balik rumah sendiri. Dah senyap ni, biasa bunyi tung tang tung tang dia kemas dapur. Dah baliklah tu kot,” ujar Adrian sambil menanggalkan kot dan tali lehernya.

            “Jom makan, Danny. Aku dah kelaparan tahap berbahaya ni. Kang tak pasal-pasal aku gigit kepala kau pulak.”

            Daniel ketawa. Dia mengikut Adrian ke ruang dapur. Adrian mengangkat tudung saji yang sudah siap terhidang dengan makanan. Biasanya pembantu rumahnya akan memasak makan malam terlebih dahulu sebelum pulang.

            “Perrghh… sambal belacan. Terbaiklah!”

Adrian kelihatan tidak sabar-sabar. Dia terus duduk dikerusi dan menyenduk nasi kedalam pinggannya.

“Kau suka sambal belacan? Sejak bila?” Terangkat-angkat kening Daniel kerana tidak pernah melihat Adrian seperti ini. Rasanya Adrian cuma tahu makan makanan Barat.

“Sejak dua bulan lepas. Maid aku masak. Mula-mula aku rasa, aku terus makan sampai tiga pinggan. Eh, yang kau tercegat je ni kenapa? Mehla join aku makan. Amik pinggan, buat macam rumah sendiri.”

Daniel tersengih sumbing. Buat macam rumah sendiri? Mungkin dia tidak dapat melakukannya kerana rumah ini terlalu cantik jika dibandingkan dengan rumahnya.

“Tak apalah, aku tak lapar,” ujar Daniel. Dia terus mengambil tempat duduk dihadapan Adrian dan melihat sahaja sahabatnya mengunyah nasi dengan penuh berselera.

“Adrian.”

“Yup?”

“Kau okey ke aku tumpang rumah kau ni?”

“Duduk jelah, Aku lagi suka. At least tak boring aku dok tengok cerita Hindustan tiap-tiap hujung minggu. Asyik sorang je.”

Daniel tersenyum. “Daddy kau tak marah?”

“Nak marah apa? Dia kan kat Auckland. Lagipun takkan dia sanggup biarkan aku tinggal sorang-sorang. Aku ni masih teruna tau,” sela Adrian dan kemudian tergelak-gelak.

Daniel tersenyum sahaja.

“Thanks, Adrian. Nanti aku bayar sewa rumah tiap-tiap bulan.”

“Tak payahlah. Kau dengan aku pun nak berkira. Aku cepuk kau kang.” Wajah Adrian berkerut-kerut tak puas hati, namun mengundang tawa dari Daniel.

“Thanks a lot, Adrian. Kau kawan aku yang paling baik. Nasib baik aku ada kau.”

“Tak ada hallah. Kita kan dah janji, brothers forever and ever. Hahaha… walaupun sampai sekarang kau belum tunaikan janji kau lagi.”

Daniel terkejut.

“Janji? Aku ada janji apa?”

“Kau dah janji nak bagitahu Jessica yang aku suka dia, tapi sampai sekarang tak bagitahu pun!”

Daniel menepuk dahi.

“Ya Allah, aku minta maaf sangat-sangat. Aku betul-betul dah lupa pasal benda tu.”

“Alah, no hallah. Kau akan ada banyak masa lepas ni untuk bagitahu.”

“Maksudnya?”

“Nanti kau tahulah…” Adrian tersenyum-senyum.

“Eleh, nak rahsia-rahsia pulak. Eh, Jason apa cerita ek sekarang? Dah lama tak contact dia.” Daniel mengalih ke topik yang lain pula.

Adrian angkat bahu.

“Entah, dulu before balik Malaysia dia ada cakap akan uruskan business branch kat UK. Ayah dia hantar dia ke sana.”

“Wah, ye ke? Untunglah…” Itu sahaja komen Daniel. Apa nak hairan? Jason Lee pun anak orang berada juga.

 “Kau ada contact Cinta? Hari tu aku terjumpa dia, dia tanya pasal kau.”

Riak wajah Daniel terus berubah apabila Adrian menyebut nama Cinta.

“Dia makin cantik sekarang, dah jadi businesswoman. Bisnes dengan papa dia,” cerita Adrian lagi.

Daniel tidak menunjukkan sebarang respons.

“Kau kenapa? Tak nampak happy pun. Bukan kau suka dia ke?” soal Adrian agak pelik.

Daniel tersenyum. Dia menggeleng-geleng.

“Tak, aku dah lupakan dialah.” Hmm… benarkah itu juga yang ada dihatinya?

“Eleh, yalah tu. Kalau kau jumpa dia sekarang, mesti kau jatuh cinta balik. Nama dia Cinta pulak, bohonglah kalau tak dapat buat lelaki jatuh cinta kat dia. Kecuali akulah. Aku dah ada cinta hati aku sendiri. Hahaha…” Adrian menyakat sambil menghabiskan sisa-sisa nasi didalam pinggan.

Daniel hanya tersenyum mendengarnya. Mendengar cerita Adrian, tiba-tiba terbit pula rasa rindu kepada gadis bernama Cinta itu.

Hmm… Daniel… Daniel… kalau dah suka tu mengaku ajalah. Ego tu takkan ke mana pun, getus Adrian dalam hati.
*********************

PUAN AISHA perlahan-lahan melangkah ke dalam kamarnya. Lebih empat bulan Daniel tinggal bersamanya disini, terasa teratak buruknya itu kembali ceria. Namun kini rumahnya kembali suram dan sepi. Daniel kembali berhijrah demi mencari rezeki.

            Puan Aisha tahu dia tidak boleh menghalang. Dia tidak boleh mementingkan diri. Daniel berhak menentukan hidupnya sendiri. Daniel bukan lagi budak-budak. Sedar tak sedar, anak terunanya itu sudah menginjak ke usia 25 tahun.

            Puan Aisha tersenyum. Berkat usaha dan ketabahannya membesarkan Daniel seorang diri selama ini telah membuahkan hasil. Anaknya pulang dari negara orang dengan membawa pulang segulung ijazah. Dia berharap dengan ilmu yang dituntut lebih tiga tahun di Australia itu mampu merubah nasib Daniel. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu hidup melarat sepertinya.

            Zaman derita hampir berlalu. Daniel pasti akan berjaya. Ibu akan selalu mendoakanmu, nak…

            Tangan Puan Aisha mencapai album yang diletakkan dibawah katil. Hanya dia yang tahu tentang lokasi album tersebut. 25 tahun membesarkan Daniel, Daniel sendiri tidak pernah tahu tentang kewujudan album itu. Jika Daniel tahu, pasti dia tidak mampu untuk menjawab setiap persoalan dari bibir anak lelakinya itu.

            Dia sedar, selama ini Daniel kerap bertanyakan tentang ayah kandungnya. Dan dia pula lebih senang berkata ayah kandung Daniel sudah meninggal dunia. Tetapi jika meninggal dunia, mana sijil kematiannya? Mana pusaranya?

            Puan Aisha memejamkan mata. Dia berjeda beberapa ketika. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada Daniel. Daniel bukan lagi kanak-kanak yang boleh dibohongi. Lama-kelamaan, rahsia yang sudah disimpan lebih 25 tahun ini akan terbongkar juga. Daniel pasti akan mencari tahu juga siapa ayah kandungnya.

            Muhammad Daniel. Ketika dia bercerai dengan bekas suaminya itu, bekas suaminya tidak tahu dia sedang berbadan dua. Ketika itu Daniel baru berusia sebulan didalam kandungannya.

            Meskipun hidup menderita dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya, namun Puan Aisha tahu dia tidak akan menyesal. Dia tahu bekas suaminya punya harta melimpah-ruah. Tapi apalah gunanya dia hidup bersama sang suami yang telah berlaku curang dibelakangnya?

            Puan Aisha tahu, sampai bila-bila pun dia tidak akan memaafkan perbuatan bekas suaminya. Dan dia tidak menyesal bercerai dengan lelaki seperti itu.

            Masih segar diingatannya tentang kejadian yang akhirnya telah menghancurkan rumah tangganya sendiri. Ketika itu dia baru sahaja pulang dari klinik, dan dia gembira apabila doktor mengesahkan dia sedang hamil.

            Dalam keterujaannya ingin mengkhabarkan berita gembira itu kepada suaminya, dia terus ke pejabat suaminya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Ketika itu suaminya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia pernigaan.

            Saat dia masuk ke dalam pejabat peribadi suaminya dengan membawa bekal makanan tengah hari yang dimasaknya dari rumah, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri suaminya sedang bercumbuan di atas sofa dengan seorang wanita seksi yang tidak dikenalinya.

            Prang!!!

            Bekal makanan yang dibawanya tumpah ke lantai. Hancur luluh hatinya melihat perlakuan jijik suaminya.

            Melihat wajah pucat Puan Aisha, suaminya terus melepaskan diri dari wanita seksi tersebut.

            “Aisha, ini bukan macam yang Aisha fikir. Abang…” Suaminya cuba menjelaskan namun Puan Aisha terus menekup telinganya.

            Setitis demi setitis air matanya gugur ke pipi. Dia tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada suaminya. Dia melihat perbuatan curang suaminya dihadapan matanya sendiri!

            “Sayang, kenapa you gelabah pulak? Biar jelah your wife tahu. Sampai bila nak rahsiakan dari dia?” ujar wanita seksi itu sambil berpeluk tubuh.

            Suaminya terus mencerlungkan mata memandang wanita tersebut.

            “Tahu apa hah, perempuan? Lebih baik kau jelaskan perkara sebenar, Katy. Jelaskan sebelum aku belasah kau cukup-cukup!”

            Wanita yang dipanggil Katy itu beriak biasa. Puan Aisha kaku melihat suaminya yang tiba-tiba mengamuk seperti orang hilang akal itu. Menggigil tubuhnya menahan perasaan.

            “Aisha tak nak dengar apa-apa, bang. Kalau abang tak nak Aisha buka aib abang di mahkamah nanti, Aisha nak abang ceraikan Aisha secara baik. Biar Aisha pergi…” ujar Puan Aisha teresak-esak.

            Suaminya meraup wajahnya yang sudah pucat. Tidak semena-mena dia menerpa ke arah Katy lalu menampar wanita itu sekuat hati. Terteleng wanita itu dibuatnya. Tidak cukup dengan itu, dia menarik rambut Katy dan memaksanya menghadap isterinya.

            “Tak guna kau, Katy. Kau perangkap aku! Dasar perempuan jahat. Perosak rumah tangga orang! Beritahu isteri aku perkara yang sebenar!!!” jerkahnya ditelinga Katy.

            Namun saat itu Katy hanya menangis. Langsung tidak mengeluarkan sebarang suara.

            Tiada sebarang penafian oleh Katy. Itu sudah cukup jelas buat Puan Aisha. Dia tidak akan menunggu lebih lama. Dengan sisa kekuatan yang tinggal, dia terus melangkah pergi meninggalkan pejabat suaminya.

            Suaminya yang mengejar, merayu-rayu kepadanya agar mendengar penjelasannya tidak dihiraukan. Cintanya kepada lelaki itu sudah mati sebaik melihat perbuatan lelaki itu dihadapan matanya sendiri. Dia bersyukur kerana tergerak hati mahu ke pejabat suaminya. Kalau tidak, sampai mati pun dia tidak tahu tentang kecurangan lelaki itu.

            Sangkanya Araf seorang lelaki yang baik. Sebelum berkahwin, lelaki itu berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk membahagiakannya. Tetapi sekarang? Segala janji dan kata-kata setia yang dilafazkannya palsu belaka.

            Dan setelah itu, Puan Aisha terus memfailkan penceraian. Araf dengan berat hati terpaksa melafazkan talak tanpa mengetahui isterinya sedang hamil anaknya. Dia terpaksa melakukannya kerana Puan Aisha sendiri berkata tidak sanggup dan jijik untuk memegang status sebagai isterinya lagi.

            Ketika masih dalam edah, Puan Aisha berpindah ke Mersing. Meninggalkan Araf bererti melepaskan segala kemewahan yang Araf telah berikan kepadanya selama ini. Puan Aisha tidak menyesal. Biarlah dia hidup dengan hasil usahanya sendiri. Dia boleh membesarkan anaknya sendiri.

Di Mersing, dia membina sebuah rumah kecil diatas tanah milik arwah bapanya. Lalu tinggallah dia disitu seorang diri sampai melahirkan Daniel. Lahirnya Daniel, bererti tempoh edahnya sudah berakhir.

Daniel membesar dikampung itu. Daniel membesar atas hasil keringat peluhnya menjual kuih dan mengurut orang.

            Puan Aisha terus menutup ingatannya terhadap perkara tersebut. Tanpa sedar saat itu dia sudah teresak-esak dikatilnya sambil memeluk album yang dipegangnya.

            25 tahun sudah peristiwa itu berlalu. Kini Daniel sudah menginjak dewasa. Daniel tidak pernah tahu siapa bapa kandungnya, dan bapa kandungnya juga tidak tahu tentang kewujudan Daniel.

            Tak mengapalah, Puan Aisha redha. Biarlah keadaan terus kekal begini selama-lamanya. Biarlah Daniel tidak mengenali siapa bapa kandungnya, daripada dia tahu perangai bapa kandungnya yang menjijikkan itu.

            Puan Aisha yakin Araf pasti sudah menemui penggantinya. Pasti bisnes Araf sudah maju. Kalau tak kahwin dengan Katy pun, dia boleh mendapat mana-mana perempuan hebat yang dimahukannya. Puan Aisha tahu dia tidak layak dibandingkan dengan perempuan-perempuan hebat disekeliling Araf. Dia hanya wanita kampung dan tidak berharta.

            “Daniel, Daniel menyesal tak hidup susah dengan ibu? Daniel menyesal tak jadi anak ibu?” Puan Aisha pernah mengajukan soalan itu ketika Daniel sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan PMRnya.

            Daniel yang ketika itu sedang menelaah buku dibawah lampu pelita terus memandang ibunya.

            “Kenapa ibu cakap macam tu?”

            “Ibu tak mampu belikan baju sekolah baru untuk Daniel macam kawan-kawan Daniel yang lain. Kasut sekolah Daniel pun dah koyak. Ibu tak mampu belikan yang baru, nak…” Sebak suara Puan Aisha.

            Tersentuh Daniel mendengarnya. Dia terus mendapatkan Puan Aisha yang sedang membelek kasut sekolahnya dimuka pintu.

            “Ibu, walau ada orang tawarkan Daniel emas permata dan keseluruhan kekayaan di dunia ni pun, semua tu takkan mampu buat Daniel menyesal. Daniel bangga dapat ibu. Daniel tak kesah hidup susah. Daniel tak kesah pakai baju buruk, asalkan Daniel dapat bersama dengan ibu sampai bila-bila,” luah Daniel sambil mendakap Puan Aisha.

            Mengalir air mata Puan Aisha mendengarnya. Dia bangga membesarkan seorang anak sebaik Daniel. Doanya semoga Daniel berjaya di dunia dan di akhirat.

            Daniel sering mengatakan, dia tidak menyesal dengan hidup yang dijalaninya. Kemiskinanlah yang menjadikannya tabah. Kemiskinanlah yang telah membakar semangatnya untuk berjaya.

            Demi Puan Aisha, Daniel belajar bersungguh-sungguh. Dia mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMRnya dan mendapat 10A+ dalam peperiksaan SPMnya. Daniel berjaya masuk ke pusat persediaan pelajar ke luar negara. Dua tahun setelah itu Daniel ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ramai rakannya memilih untuk ke benua Eropah dan Amerika. Tetapi Daniel pula memilih Australia, Australian National University.

            Katanya, dia memilih pusat pengajian tersebut kerana tidak terlalu jauh dengan ibunya. Sekurang-kurangnya tidaklah sampai ke benua Eropah. Dan Daniel mengatakan, dia memang tertarik untuk ke bumi Kanggaru itu. Seperti ada sesuatu yang menariknya untuk kesana. Bila ditanya, Daniel mengatakan dia tidak pasti. Cuma ‘sesuatu’ itu telah membawanya berhijrah ke Canberra, Austalia.

            Puan Aisha tersenyum sahaja. Walaupun dia bersedih kerana terpaksa berpisah dengan anaknya, Puan Aisha bangga. Demi kejayaan dan masa depan anaknya, dia akur. Tiga tahun tidak lama. Dan ternyata penantiannya berbaloi. Daniel pulang sebagai manusia berjaya.



p/s: Aku ada dua berita untuk disampaikan. Satu berita gembira dan satu lagi berita sedih. Berita gembiranya, novel ini sudah lulus dalam penilaian dan akan diterbitkan. Dan berita sedihnya, novel ini akan dihentikan sampai bab 30 sahaja. Sedih tak? Sedih tak? :P

So sementara menunggu sampailah novel ni terbit, aku akan post teaser novel ni dekat FANPAGE aku. Nak baca teaser, boleh like page tu. Hehe... adios! ^_^

16 comments:

Ct Roxalynna said...

mmg sedih :'(
smpi bab 30 je? lg sedih :'(

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna - sabar siti. hidup ini penuh dengan dugaan. huahua

Ct Roxalynna said...

dan juga harapan(***Sambung ayat.. tettt)...
huahahaha. okey, xpe. mtk publisher cepat publish then. :P
muhehehehe...
manyak berdebar lorrr...apekah sambungannya pun?

wink2, haha~^^

E-la Adiey said...

hahaha.. adoi.. dtg baliklah terlebih gula budak siti nih :P

sambungan apa yang?? sambung lagu tak retilah patik. haha. klu psl sambungan zikir cinta tu kena tunggu beberapa bulan lepas zikir cinta terbit

siti berdebar, ela 200% kali berdebar tau. publisher siap dh tunjuk draf cover >,< ohmai.. eksaited giler

Ct Roxalynna said...

hahahaha... kesan terlebih glukosa dan rembesan hormon adrenalin yg tggi dalam kandungan darah malam ni... :P

sebenarnya, hawa yg sambung ayat ela yg 'hidup penuh dugaan bagai tuh... muhehehehe. adessss, kena bersabarlah saya ni nmpknya...

hahahaha. oh maiiii. i m excited too! {demam 200% belum kebah lagi... tettt tettt :) } eksaited je tau, jgn sampai giler pulak...^^

E-la Adiey said...

haha.. pi la tidoq siti. bahaya hiperaktif memalam cenggini. haha. Ela baru pilih covernya. takde aral akhir tahun ni ke muncullah dia. klu ada aral sikit maybe tahun dpn. bergantung pada publisher tersebut. nasib baik x hantar kat satu lagi. kalau idok sampai berjanggut nunggu nyerr

Mohd Hafizi said...

sedih sia.. :( p/s kat bawah tu lagi sedih dari cerita ni.

huhuhuhu...nvm ^^ tunggu jelah..tahniah sbb berjaya bukukan zikir cinta

Jessica Latisya said...

oh kau sgt menguji kesabaran mental,ela..haha... cpt2 bukukan.aku dh x sabau nk tahu ending dia

Liyana Azman said...

oh my
oh my
tak sabarnya!!
tak sabar nak baca versi cetak
tak sabar nak peluk buku ni
tak sabar semua2
haha

E-la Adiey said...

Mohd Hafizi - hehe. tunggu ya. thanks

Jessica Latisya - haha. sabar la. masanya akan tiba jua. cewah ;)

Liyana Azman - haha.. sabar, liyana. sdg dalam rundingan dengan publisher

syah said...

makin suspen.buat org rasa nak tahu apa yg akan jd seterusnya.Cinta yg dendam dgn lelaki dan rahsia hidup Daniel.huhu..i follow you writer

Syuhada Mat Isa said...

best.rasanya novel ni mcm panjang lg.ibu daniel pun ada kisah silam jugak rupanya

hannah said...

alaa.. kak ela nak habis dh ke?takkan sampai 30 je.huhu.. sedih sye mcm ni

zahra said...

best i like <3 x sbar nk peluk bukunya

Anonymous said...

wwannurr...

alaah tuan rumah,, tak dapat lerr akak baca cerita ni lagi.. perasss

akak rasa kan daniel dan adrian ni 2 beradik lah, bapak yang sama..
pandainya aku tekaa hehehee

E-la Adiey said...

syah - hehe.. tunggu ye.. masanya akan tiba

syuhada mat isa - pernah ckp kan, ceritanya panjang lg ;)

hannah - jgn sedih2.. nnti kuar bukunya bacala puas2. haha

zahra - hihi.. sama la.. x sabar jugak

Anon - walaupun akak pakai ID anon, tp sy dpt teka akak siapa. Huahua...pandai je reka jalan cerita kan? haha.. sabar ye kak, insya-allah novel ni kuar kat kedai nnti ;D