Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuesday, March 2, 2010

Abang Khai Tomboy? 3

“Apa kau buat kat sini, hah? Nak tangkap aku ke?”
“Hei, aku yang patut tanya apa kau buat kat sini. Nak meragut kat rumah anak-anak saudara aku pulak ke?” Rizal membalas sambil tangannya terus erat mendukung adik. Mana boleh kalah beb!
“Anak-anak saudara kau? Hei, kau tau tak, dengan muka tak market kau ni, masih banyak yang perlu kau ubah untuk melayakkan diri kau jadi bapak saudara dia orang!”
Hek eleh, Mamat Yakuza ni cakap muka aku tak market. Dulu masa kat akademi dan masa bertugas kat Terengganu, aku yang paling menjadi kegilaan para gadis tau. Alah, cakap ajelah kau sebenarnya dengki kat aku. Dahlah badan macam cencorot!
“Dahlah, jangan gaduhlah Abang Khai!”
Aik, apasal lelaki yang seorang lagi ni suara macam perempuan? Pandang kat dada dia… La... memang perempuan pun. Pengkid rupanya.
“Wei, angah, kau tau tak, mamat nilah polis yang konon-konon nak tangkap aku kat stesen bas petang tadi tu,” cerita Mamat Yakuza tu kepada mamat yang sebenarnya perempuan tu. “Sekarang ni, sesedap jiwa raga aje dia nak mengaku yang dia tu bapak saudara kau.”
“Abang Khai, dia tu memang bapak saudara kita oranglah,” ujar angah mendatar
“Macam mana kau boleh kenal? Bukan ke kau tak pernah jumpa bapak saudara kau?”
“Angah kenal sebab muka dia sebiji macam abah.”
Rizal tersenyum sendiri. Muka Mamat Yakuza tu dah pucat. Tahu pun takut. Rizal pandang angah… Apasal anak abang aku jadi macam ni?
“Err… pak su, mari masuk.” Angah takut-takut menghulurkan tangannya kepada Rizal. Tapi, Rizal, selamba aje, terus sambut huluran tangan angah.
“Angah, Mamat Yakuza ni siapa pulak?” tanya Rizal selamba walaupun Mamat Yakuza di depannya itu sudah mencerlung mata kepadanya.
“Dia ma…” Belum sempat angah habiskan ayatnya, Khai sudah menutup mulut angah terlebih dulu.
“Aku bapak saudara dia orang!” jawab Khai pantas.
Rizal mengerutkan dahi. Bapak saudara? Sejak bila pulak aku ada adik-beradik lain selain Abang Razlan? Setahu aku kami cuma dua beradik. Kalau ada pun, takkanlah mak aku beranakkan Mamat Yakuza ni!
“Aku adik Kak Khairiah,” kata Khai lagi.
Kening Rizal berkerut.
“Aku minta maaf pasal tadi. Panggil aje aku Khai.” Khai perkenalkan dirinya.
“Aku Rizal.” Rizal pulak memperkenalkan dirinya. Sebenarnya dia tidak sangka yang masih ada keluarga Kak Khairiah mahu ambil peduli pasal anak-anak saudaranya ni. Dia ingat keluarga Kak Khairiah semua dah pulaukan Kak Khairiah lepas Kak Khairiah berkahwin dengan Abang Razlan.
“Pak su, mari masuk,” ajak angah lagi.
“Angah, ini bukan pak sulah. Ini abah!” ujar adik petah sambil memegang muka Rizal.
Angah cuma tersenyum malu. Mungkin dia masih rasa janggal dengan Rizal.
Rizal hanya tersenyum memandang wajah adik. Budak kecik ni memang tak tahu apa-apa. Dia tak tahu pun yang mama dan abah dia dah meninggal. Malahan, mungkin perkataan meninggal itu sendiri dia tidak tahu apa maksudnya.


Sebaik tiba di ruang tamu rumah itu, bagai nak luruh segala sendi badan Rizal dibuatnya. Keadaan dalam rumah jauh lagi teruk daripada apa yang dilihatnya di luar. Malahan dia berani cakap yang keadaan kat luar rumah tu lagi cantik daripada dalam rumah ni. Kusyen sofanya dahlah lintang-pukang atas lantai, koyak-koyak macam sengaja digunting pulak. Alat-alat permainan bersepah-sepah. Ada atas lantai, bawah kerusi, bawah meja dan mana-mana sudut pun tak lepas daripada barang mainan. Dinding pulak jangan cakaplah... Penuh dengan hasil ‘seni’.
“Err… maaf, pak su. Rumah ni bersepah sikit. Saya tak sempat nak kemas. Saya ni pun baru balik sekolah, belajar dengan kawan sebab tak lama lagi dah nak SPM,” terang angah tanpa ditanya. Mungkin dia nampak ketidakselesaan Rizal apabila memandang suasana rumahnya. Maklumlah, pak sunya itu kan polis dan sangat menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan.
Tengah Rizal asyik tilik-tilik rumah, matanya tertancap pada sebuah bingkai gambar keluarga bersaiz poster yang tergantung megah pada dinding rumah. Rizal melepaskan adik daripada dukungannya dan berjalan mendekati potret gambar keluarga itu. Gambar yang mungkin diambil ketika sedang bercuti di pusat peranginan. Abang Razlan sedang mendukung adik yang ketika itu masih bayi. Kak Khairiah mesra di sisi Abang Razlan. Dua orang lagi anak mereka ceria di sisi Abang Razlan dan Kak Khairiah.
Melihatkan keluarga ni, Rizal dapat merasakan betapa bahagianya mereka dulu. Tengok muka Abang Razlan, seolah-olah dapat melihat diri sendiri di dalam gambar tu.
“Angah, ni siapa?” tunjuk Rizal pada seorang gadis yang tersenyum ceria di dalam gambar itu.
“Along!” jawab angah pendek.
“Mana dia?”
“Keluar!”
Rizal mengangguk tanda mengerti. Dilihatnya angah tunak. Pertama kali tengok, dia ingat angah ni lelaki. Rupa-rupanya perempuan. Walau gaya diubah pun, keperempuanannya tetap terserlah. Suara dahlah lembut. Tapi, kalau si Khai? Dia tu memang lelaki tulen! Dahla suara serak-serak basah, bajet Rani Mukerjee.
“Agak-agak bila along balik?”
“Entah, paling awal pukul 1.00.”
“Apa?!”
“1.00 pagi!”
Rizal terdiam. Bila tengok angah asyik merenungnya, dia berdehem beberapa kali dan buat muka selamba. “Esok sekolah?”
“Tak, esok hari Sabtu!”
“Bagus,” jawab Rizal pendek.
Angah buat muka hairan. Tidak faham apa maksud perkataan bagus yang cuba disampaikan Rizal kepadanya.
“Angah, bilik air mana?”
“Sana!” Angah tunjuk satu sudut di bahagian dapur.

Rizal terus buka beg dan mengeluarkan tuala. Lebih baik dia mandi. Dah seharian dia tidak mandi. Badan pun dah bau belacan campur petai.

***********************************
“WOI, angah, apasal kau tak bagi tahu awal-awal yang dia tu bapak saudara kau?” Khai sengaja rentap tangan angah yang kebetulan lalu di sebelahnya. Sementara Rizal alias Inspektor Gadget tu tengah mandi, dia nak interview dulu anak saudara kesayangan ini.
“Oit, bang, boleh tak jangan kejutkan angah secara mengejut macam tu?”
“Macam mana kau nak terkejut kalau aku tak mengejutkan kau?”
“Ayat apa abang pakai ni? Tak lulus SPM ke?”
“Kau tu yang tak pas lagi SPM. Cepatlah jawab soalan aku!”
“Habis tu apasal abang tetiba pergi sembur dia? Belum sempat angah nak cakap apa-apa, abang dah pergi serang dia. Lagipun, abang tak tengok ke gambar besar bagak yang tergantung kat dinding tu?”
Khai pandang ke tempat yang ditunjuk angah. Sebuah gambar keluarga bersaiz poster tergantung di situ. Betullah, muka arwah Abang Razlan sama macam Inspektor Gadget yang tengah mandi tu. Memang sah salah aku sendiri sebab tak pernah perasan ada gambar yang tergantung kat situ.
Oh, ya, mesti kau orang hairankan apasal anak-anak saudara aku panggil aku dengan panggilan Abang Khai? Habis tu takkanlah nak suruh dia orang panggil mak cik kut. Helo, walaupun aku ni mak saudara dia orang, tapi aku baru 24 tahun okey. Aku tak suka dengan panggilan mak cik, aunty, kakak atau apa saja yang ada kena-mengena dengan jantina perempuan. Entah, aku tak rasa nak jadi perempuan sejati buat masa ni.
“Bang, abang tengok pak su tu garang tak?” soal angah berbisik, takut orang lain dengar.
“Apasal kau tanya macam tu?”
“Tadi pak su tanya mana along. Angah cakap along keluar, pukul 1.00 pagi baru balik. Dia nampak macam nak marah, tapi dia tetap buat-buat selamba. Habislah kalau dia marah along nanti...”
“Orang macam dia tu nak marah along? Macam mat bendul aje abang tengok dia. Hahaha...” Khai ketawa dengan kuat.
Cepat-cepat angah tekup mulut Khai. “Abang, janganlah ketawa kuat sangat. Nanti pak su dengar!”
“Jadi? Bukannya Inspektor Gadget tu boleh denda aku pun.”
“Siapa cakap aku tak boleh denda kau?”
Serentak itu Khai dan angah berpaling. Terkejut badak Khai tengok Rizal dah ada di belakangnya sambil bercekak pinggang. Sejak bila pulak dia berdiri di sini?
“Eh, tak-tak... Aku cakap, siapalah yang berani lawan kau, betul tak? Kau kan inspektor polis yang paling bertauliah sekali, kan?” ujar Khai dan disokong oleh angah. Hisy, apasal pulak tiba-tiba aku jadi berdebar dan takut-takut setiap kali mamat ni ada kat depan aku?
“Yalah tu, aku ni kan Inspektor Gadget,” sindir Rizal selamba dan berjalan ke sofa ruang tamu untuk mengambil beg bajunya.
Khai teguk air liur. Dia dengar rupanya!
“Bersiaplah, malam ni kita keluar makan. Angah mandikan adik. Pak su nak semuanya siap lepas maghrib,” kata Rizal lebih kepada arahan.
Amboi, ajak makan macam samseng. Dia ni ikhlas ke tak? Hmm… Handsomelah pulak aku tengok mamat ni. Nampak maco aje lepas mandi dengan tuala masih bersangkut di leher. Tapi nanti, apasal pulak aku tenung mamat ni? Khai yang tengah senyum sorang diri tersedar tiba-tiba. Hisy, kurang sel badan betul. Jangan, jangan tengok dia, Khai. Aku normal. Ya, aku normal!
Do you copy? Tegas suara Rizal seolah-olah seorang anggota polis yang bertanya kepada anggota-anggota bawahannya.
Yes, sir… I mean, pak su. Cepat angah jawab sambil angkat tangan gaya tabik seorang askar.
“Err… Aku ikut sekali boleh tak?” tanya Khai.
“Ikutlah kalau tak malu.”
Terasa pahit air liur yang ditelan Khai sebaik saja mendengar kata-kata Rizal. Amboi, dia ingat aku ni kebulur sangat ke nak keluar makan dengan dia? Tapi memang aku tengah lapar pun sekarang. Hehehe…
“Along macam mana pulak? Tak nak tunggu dia?” tanya angah pulak.
“Perut sendiri, pandai-pandailah jaga. Masing-masing nak hidup, kan...”
Amboi, selambanya dia punya jawapan. Dia ni sebenarnya sayang tak kat anak-anak saudara dia? Musykil aku dibuatnya. Khai garu kepala.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: