Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, August 7, 2014

Zikir Cinta 21

CINTA membelai-belai gelas Hennessy ditangannya tanpa sebarang tujuan. Dari tadi minuman kuning itu berada ditangannya tapi dia tidak terasa seperti ingin meneguknya.

            Tika ini dia duduk di kaunter minuman sambil memandang pengunjung-pengunjung yang menari terhuyung-hayang di pentas tarian Vanity Nightclub itu.

Dia memang sudah kenal benar tempat-tempat yang ada di Gold Coast dan sedikitpun tidak merasa kekok berjalan-jalan sendirian di bandaraya ini. Segala selok-belok sudah ada didalam kepalanya. Lainlah macam Daniel, Jason Lee dan Jessica, mereka memerlukan Adrian sebagai ‘pemandu pelancong’ sepanjang berada di sini.

Siang tadi selepas Jessica meninggalkannya sendirian di bilik hostel, dia tidur sahaja sepanjang hari melepaskan penat. Apabila matahari semakin terbenam, baru dia bangun dan terus mandi. Dek kerana kebosanan menanti Jessica yang belum pulang, dia terus bersiap-siap dan datang ke kelab ini. Hanya tempat ini yang dirasakan serasi dengannya untuk melepaskan tekanan dan rasa bosan.

Biarlah. Dia selesa bersendirian. Dia tidak memerlukan sesiapa saat ini. Mereka semua pasti sedang seronok berjalan-jalan mengelilingi Gold Coast tanpa kehadirannya. Dia tahu, kerana dia bukan sebahagian daripada mereka.

Cinta pernah berjanji yang dia tidak akan berkawan dengan anak-anak orang miskin. Tapi sekarang dia sudah memungkirinya janjinya sendiri. Bukan Daniel dan Jessica yang mengajaknya melancong bersama, sebaliknya dia yang terhegeh-hegeh mencari mereka.

Dia pernah berikrar akan menghancurkan hati lelaki seramai mana yang boleh. Tapi sekarang dia sudah tidak tegar lagi saat mengenali hati budi seorang pemuda bernama Daniel.

Dia juga pernah berjanji pada diri sendiri bahawa dia tidak akan sesekali jatuh cinta pada makhluk pemusnah bernama lelaki. Tapi benteng hati yang dipertahankan selama ini roboh jua. Dan lelaki yang berjaya merobohkan pintu hatinya adalah seorang pemuda miskin yang tidak punya apa-apa.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Itu yang dia cuba hindari, tapi itu yang dia dapat. Dan Allah telah memberinya rasa cinta yang amat mendalam kepada pemuda bernama Daniel. Ya, dia telah mendapat balasan di atas perbuatannya terhadap Daniel. Kini dia sudah mencintai lelaki itu.

Bumi Australia kini seakan-akan sedang mentertawakan dirinya sebagai seorang yang gagal. Gagal menunaikan janji kepada diri sendiri.

Kenapa dia membenci lelaki? Itu soalan yang kerap ditanya oleh rakan-rakannya, bahkan soalan itu juga pernah diutarakan oleh kebanyakan bekas teman lelakinya.

Kenapa? Kerana lelakilah yang telah menghancurkan hidup mamanya dan lelaki jugalah yang telah menjadikan dirinya seperti sekarang.

Mama meninggal dunia setelah dikhianati papa yang disangkakan sangat mencintai mama selama ini. Mental mama diseksa secara fatal oleh suami yang tidak bertanggungjawab. Mama meninggal dunia akibat ketumbuhan otak selepas menderita zahir dan batin.

Papa tidak pernah merasa bersalah menyimpan foto-foto perempuan lain di rumah dan hanya ketawa setiap kali mama mengusulkan pertanyaan demi pertanyaan. Ketika itu Cinta masih kecil, baru berumur lapan tahun. Tapi dia tidak bodoh.

Dia boleh melihat dan memahami segala yang berlaku dihadapan matanya. Dia tidak buta kerana dia nampak setiap kali mama dan papa bertengkar. Dia tidak tuli kerana dia mendengar setiap cacian yang dilemparkan papa kepada mama. Dan setiap kali itulah dia mendengar tangisan mama yang tidak berkesudahan.

Mama tidak pernah merasa pasti akan cinta papa terhadapnya. Pada papa perkahwinan hanyalah tempat untuk melempiaskan nafsu dan teman dikala kebosanan. Tapi selepas itu dia pergi mencari perempuan lain di luar.

Namun mama tetap bersabar. Tapi bila pada satu hari selepas pulang dari pasaraya bersama Cinta, mama melihat sendiri perbuatan terkutuk papa. Ada perempuan lain di dalam bilik tidur mama dan kemudian mama dihalau seperti anjing kurap. Cinta ada ketika papa memperlakukan mama tidak ubah seperti binatang.

Siapa kata dia anak orang kaya? Dia pernah hidup merempat ditepi jalan bersama mama. Dia pernah meminta sedekah semasa kecil kerana kelaparan. Tapi tidak kira walau apa pun kondisinya, dia tetap mahu bersama mama dan tidak sudi mempunyai papa berperilaku binatang!

“Abang, apa abang buat ni?” Terketar-ketar bibir mama mengajukan soalan.

Cinta yang masih berhingus, berdiri di sebelah mama. Hanya mampu menjadi saksi atas segala perlakuan papa.

Papa hanya tersenyum selamba. Seorang gadis genit yang dari tadi berbaring di atas katil tanpa seurat benang pun mula membaluti tubuhnya dengan kain selimut. Dia menghampiri papa yang berdiri di mula pintu dengan hanya berseluar pendek. Sungguh memalukan!

“Apa aku buat? Aku sedang bersama kekasih akulah!” ujar papa sambil memaut bahu gadis yang angkuh berdiri disebelahnya.

“Abang, abang sedar tak apa yang abang buat ni? Berzina tu berdosa besar, abang!” Mama menggoyang-goyangkan tubuh papa.

Papa menepis kasar dan menampar pipi isterinya itu. Mama jatuh tersungkur ke lantai. Cinta terus berlari mendapatkan mamanya.

“Mama, mama tak apa-apa?” Soal kanak-kanak lurus itu.

Mama memegang pipinya yang terasa berdenyut. Cecair merah mula mengalir ditepi bibirnya dengan deraian air mata yang tidak disekat-sekat lagi. Selama ini dia sudah terlalu banyak memendam rasa dan bersabar, tapi hari ini dia mahu meluahkan segala kesakitan yang terbuku dihatinya.

Belum sempat mama bangun, papa terus memegang kasar pipi mama. Wanita itu menjerit menahan kesakitan.

“Hei, kau tahu tak? Kau tu selama ni tak ada nilai pun di mata aku! Kalau nak dibandingkan kau dengan Lina, memang jauh panggang dari api, tau tak? Kau tu perempuan yang bodoh dan hodoh!” tengking papa.

Dia menolak kasar pipi mama hingga mama hampir tersungkur buat kali kedua. Cinta memeluk mama. Tanpa disedari air mata anak kecil itu mengalir.

“Honey, you sayang I kan?” tanya gadis disebelah papa itu.

Papa tersenyum dan mengusap-usap pipi gadis tersebut.

“Of course, cuma you yang I sayang. Dulu pun bukannya I yang nak kahwin dengan dia. Dia yang gatal-gatal paksa I, sampai sanggup jumpa parents I supaya dia boleh kahwin dengan I. But now, I’ve found my true love. It is you, Lina. You seribu kali lebih cantik daripada beruk betina ni!”

Gadis bernama Lina itu tersenyum bahagia mendengarnya.

Mama mendongak memandang papa. Dia tidak menyangka suaminya sendiri tergamak menyamakan dirinya dengan beruk. Dia yang gatal? Bukankah dulu lelaki itu yang bersungguh-sungguh melamarnya dan berjanji ingin sehidup semati bersamanya?

Papa duduk mencangkung menghadap mama. Silih berganti dia memandang mama dan anaknya, Cinta Aulia.

“Aku nak kau dengar sini baik-baik. Aku dah tak perlukan kau lagi, jadi mulai hari ni kau boleh kemas barang-barang kau dan berambus dari sini. Tapi jangan bawa anak aku!”

Tersentak mama mendengar kata-kata papa. Dia memeluk Cinta sekuat-kuat hati.

“Tak, tak ada sesiapa boleh ambil Cinta dari saya. Dia anak saya! Dia anak saya!” pekik mama.

Papa memandang mama dengan pandangan jijik. Kemudian dia cuba menarik Cinta dari pelukan mama. Cinta meronta-ronta kesakitan. Mama tetap cuba untuk mempertahankan anaknya.

“Sayang, buat apalah you nak rebut budak tu? Kita boleh dapat anak sendiri. In fact, maknya kan betuk betina. So anaknya mestilah jadi babun pulak,” sampuk Lina.

Papa mula menghentikan perlakuannya. Dia mengurut-urut dagu. Cinta kembali dipeluk oleh mama yang masih menangis.

“Okey… kau ambillah Cinta. Aku tak perlukan anak yang lahir dari beruk macam kau. Cepat, angkat kaki dari rumah aku sekarang jugak!”

Mama sedikit pun tidak berganjak mendengar tengkingan papa. Tidak berkelip dia memandang suaminya itu.

Perasaan papa mula mendidih. Dia terus menarik tangan isterinya dan menyeretnya hingga ke luar pintu pagar. Cinta ditolak hingga jatuh tersembam di atas tar jalan. Kanak-kanak itu menangis melihat ada darah di siku dan lututnya.

“Pergi kau. Berambus!” pekik papa sekuat-kuat hati.
“Pergi!!!”

Lamunan Cinta terpancung di situ. Dia mula mengesat air matanya yang mengalir bagai air terjun. Tidak tahu sejak bila dia menangis, tapi yang pastinya sudah banyak air mata yang tumpah ke pipinya.

Cinta merenung air kuning dihadapannya. Tika ini dia merasa tertekan yang amat sangat. Kepalanya sudah terasa berdenyut-denyut. Tanpa berfikir apa-apa lagi gelas itu terus disuanya ke tepi bibir. Namun belum sempat dia meneguknya, gelas itu tiba-tiba disambar seseorang.

Cinta terpana. Perlahan-lahan dia mendongak dan memandang Daniel yang merenungnya dengan mata yang redup.

Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tidak mahu Cinta meneruskan perbuatannya. Dan tanda mengingatkan Cinta bahawa perbuatan itu adalah salah.

Cinta merasa sebak memandang wajah lelaki yang dicintainya dalam diam itu. Dia gagal mengawal diri, lantas memeluk tubuh Daniel sekuat-kuat hatinya. Dia menangis semahu-mahunya di dada bidang pemuda itu.

Daniel tergamam. Tiba-tiba dia jadi serba tak kena. Jantungnya berdegup dengan kencang kerana ini kali pertama dia dipeluk oleh seorang perempuan yang bukan mahramnya.

Astaghfirullahalazim… Daniel tergamam.

Dia sudah terkedu dengan detak jantung yang begitu laju bagai hendak meletup. Terasa tubuhnya kaku untuk bertindak balas. Akhirnya dia hanya membiarkan sehinggalah gadis itu melepaskan pelukannya dengan sendiri.
*******************

“MINUM ni. Ia boleh tenangkan fikiran awak.” Suara itu menyentak Cinta, mengembalikannya ke alam nyata.

            Dia tersenyum nipis dan membetulkan kedudukannya, lalu menyambut huluran teh panas daripada Daniel. Teh itu dihirupnya perlahan-lahan.

            Daniel duduk di atas pasir yang memutih disebelah gadis itu. Walaupun malam sudah hampir larut, namun pantai Gold Coast itu tidak putus-putus dengan pengunjung dari luar negara. Aktiviti pantai memang sangat popular apabila tibanya musim panas. Di malam hari pun masih ramai yang meluncur. Ada juga yang berkumpul membakar ayam BBQ sambil berkhemah dan berkelah.

Daniel dan Cinta memilih duduk di tempat yang tersorok sedikit agar mereka berdua mendapat privasi dan berbincang tanpa gangguan sesiapa.

            Daniel menarik nafas dalam-dalam dan mengucap syukur atas kekuasaan Allah SWT. Hatinya tenang melihat suasana pantai dan mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai.

            Sesekali dia menjeling ke arah Cinta. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya, mungkin masih merasa bersalah. Sejak akhir-akhir ini Daniel dapat melihat perubahan positif dalam dirinya, tapi malam ini dia telah dicekup oleh Daniel berada di dalam pub dan hampir-hampir meneguk sirap alkohol!

            Apa yang Cinta tidak tahu ialah Daniel telah pergi ke sepuluh pub, disko dan tavern sehingga hampir larut malam sematanya-mata untuk mencarinya.

Dia membuat keputusan untuk mencari Cinta setelah Jessica mendapati Cinta tiada didalam bilik dan telefon bimbitnya dimatikan. Dia sendiri tidak tahu sebenarnya, namun dia hanya berserah dan berharap dapat menemui Cinta meskipun terdapat berpuluh-puluh pub dan disko di sini.

Adrian, Jason Lee dan Jessica ingin turut serta, namun Daniel membantah dengan alasan mereka semua memerlukan rehat yang cukup untuk menjelajah ke kawasan lain di Gold Coast keesokan hari. Tambahan pula wajah Jessica tadi sudah kelihatan pucat dan keletihan. Dia tidak kisah tidur sepanjang hari pada keesokan hari dan tidak dapat bersama rakan-rakannya kerana baginya keselamatan Cinta lebih penting.

“Tenang tak datang sini?” Suara Daniel memecah kebisuan.

Cinta tidak menjawab. Tiba-tiba air matanya menitik. Semakin lama semakin banyak. Daniel kaget melihatnya.

“Cinta, kenapa ni?”

Cinta menekup muka dengan tapak tangannya.

“Saya minta maaf, Danny. Saya tak boleh… saya rasa saya tak boleh berubah.”

Daniel serba-salah melihat Cinta yang sudah menangis. Dia beralih tempat dan duduk bersila dihadapan Cinta.

“Hei, janganlah cakap macam tu. Saya tahu susah untuk kita berubah jadi lebih baik, tapi benda tu tak mustahil. Semua ni perlu waktu. Segala ujian, godaan, gangguan dan tentangan itu diizinkan Allah hanya semata-mata mahu melihat sejauh mana kesungguhan kita,” nasihat Daniel lembut.

Cinta mengesat mukus yang keluar dari hidungnya dan mula memandang Daniel. Pemuda itu melemparkan senyuman kepadanya. Senyuman paling manis daripada seorang lelaki. Ibarat senyuman seorang kanak-kanak yang tidak pernah melakukan dosa. Senyuman yang begitu polos.

Kenapa aku tergamak mempermainkan perasaan seorang lelaki sebaik ini? hati Cinta merintih.

“Rasanya sakit, Danny. Sakit untuk berubah. Saya dah cuba tapi…”

“Tak susah sebenarnya,” potong Daniel. “Selangkah berjalan mencari keredhaan Allah, akan dihalang dengan berbagai ujian, godaan, gangguan dan tentangan. Hanya keikhlasan sahaja yang mampu menempuhinya. Ikhlaskan hati, insya-Allah kita akan berjaya,” tokok pemuda itu.

Cinta terdiam. Hanya lelaki itu yang sering menasihatinya ke arah kebaikan. Kalau sebelum ini nasihat-nasihat sebegitu hanya dianggap merimaskan, tetapi entah kenapa kali ini dia suka mendengarnya. Ternyata tidak salah dia mencintai lelaki itu. Hanya lelaki itu yang dikenalinya, yang cuba menyedarkan dirinya untuk mengenal Tuhan.

Semua bekas teman lelakinya tidak pernah marah dia meneguk vodka atau bir, malahan merekalah yang menggalakkannya. Kata mereka, hidup hanya sekali jadi buat sahaja apa-apa yang kita suka. Dunia ini bebas!

“Saya banyak buat dosa, Danny. Saya minum arak, tinggal solat, tak berpuasa. Saya malu. Allah masih ke nak terima diri saya yang kotor ni?”

Daniel mengetap bibir.

“Mereka yang malu untuk memohon kepada Allah adalah diantara mereka yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit-bibit kufur. Dan istilah ‘Allah takkan ampunkan aku’ seolah-olah menafikan bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.”

Cinta terkedu.

“Jaga niat dalam setiap perbuatan. Niat boleh berubah kerana suasana dan nafsu. Setiap perkataan pasti bermula dengan niat, kan? Setiap kali kita berniat untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama, setiap kali itu kita mesti selalu beristighfar dan ingat pada yang Maha Melihat serta Maha Mengetahui,” ujar Daniel lagi.

Cinta hanya membatukan diri dan mengalihkan pandangannya ke laut. Air matanya sudah kering.

Daniel merenung wajah jelita gadis itu yang kelihatan seperti sedang menanggung derita yang telah disimpan bertahun-tahun.

“Pada penglihatan saya, awak sebenarnya ada masalah. Tapi mungkin kerana awak tak pernah luahkan pada sesiapa, jadi awak pilih jalan ni untuk lepaskan marah. Ceritakanlah pada saya. Mungkin saya tak dapat lenyapkan penderitaan awak, but it helps to ease the burden a little.”

Cinta menatap wajah polos Daniel. Wajah lembut lelaki itu mengundang keselesaan apabila berada hampir dengannya. Melihat wajah itu, dia sentiasa teringat tentang perbuatannya. Betapa murah hati pemuda itu mahu berkongsi penderitaannya. Hanya lelaki itu yang sudi mendengar luahan perasaannya.

Erma, Hana, Fatin? Mereka hanya teman dikala gembira. Tiada yang sudi mendengar betapa hina arwah mama diperlakukan oleh papa. Tiada siapa tahu dia pernah merempat ditepi jalan dan pernah juga tinggal di rumah setinggan.

Selepas papa menghalau mama, dia mengikut mama tinggal di rumah setinggan. Hidup mereka penuh derita, namun penderitaan itu tidak lama. Mama meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kenapa dia membenci lelaki? Kerana setiap kali memandang lelaki, dia teringatkan peristiwa bagaimana papa menghalau mama keluar dari rumah seperti anjing kurap. Bagaimana dia terpaksa merempat ditepi jalan sebelum dapat menyewa rumah setinggan. Dan terseksanya mama sewaktu menghembuskan nafas terakhir. Dan dihadapan pusara mama, dia bersumpah setiap lelaki yang ditemui akan menerima pembalasannya. Mereka adalah penebus dosa-dosa papa!

Cinta tidak sanggup berlama-lama dalam keadaan terharu seperti itu. Setiap kali memandang wajah Daniel, semakin bertambah beban penyesalan yang terpaksa ditanggungnya. Daniel tidak sepatutnya menjadi penebus atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya.

Cinta memaksa tubuhnya untuk bangun berdiri. Daniel turut bangun dan mengibas-ngibas punggung yang melekat dengan pasir.

“Saya nak balik,” ungkap Cinta pendek lalu melangkah meninggalkan Daniel.

“Cinta.”

Hayunan kaki Cinta automatik terhenti apabila Daniel memanggil namanya.

“Bila Allah beri ujian, janganlah rasa down atau putus asa. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sentiasa husnuzon dengan Dia, dan redha dengan setiap ujian dari-Nya. Redha itu bukan satu pilihan, tapi satu perkara yang mesti ditelan. Walau sakit atau seperit mana sekalipun. La Tahinu Qawiy Lillah…” ucap Daniel tenang.

Cinta memalingkan wajah. Dia lihat Daniel melangkah perlahan-lahan mendekatinya.

Daniel tersenyum, menyerlahkan lesung pipitnya yang dalam sebelum kembali bersuara, “Dan janganlah sekali-kali rasa malu untuk bertaubat. Tahu kisah Umar al-Khattab, seorang sahabat Rasulullah? Sebelum dia memeluk agama Islam, macam-macam dosa yang dia lakukan. Just name it. Minum arak, pernah tanam anak perempuannya hidup-hidup, membunuh dan sangat bengis.

Tapi apabila dia masuk Islam, sikapnya berubah seratus peratus. Dia bertaubat dan bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah. Segala dosa yang dilakukannya sebelum tu ditinggalkan terus. Dia menjadi pejuang agama Islam yang soleh dan warak. Dia manusia biasa, dan kita juga manusia biasa. Jadi apa yang menghalang kita daripada memohon keampunan daripada Allah?” 

Terkunci terus bibir Cinta saat mendengar nasihat panjang lebar dari Daniel. Dia merenung sahaja wajah lelaki serba kacak itu tanpa berkata apa-apa.

Dia mengagumi Daniel. Gaya dan cara percakapannya tidak seperti lelaki-lelaki yang pernah dikenalinya. Daniel komples, payah dicari. Getaran didadanya terasa semakin kuat saat ini. Seperti ada sesuatu yang menusuk tangkai hatinya.

“Satu quote yang pernah saya baca berbunyi; Harta yang paling untung adalah sabar, teman yang paling akrab adalah amal, pengawal yang paling waspada ialah diam dan bahasa yang paling indah adalah senyuman.”

Merekah senyuman Cinta mendengar perkataan di hujung ayat itu. Terasa segala masalahnya bagai hilang begitu sahaja.

Daniel turut tersenyum. Dia senang hati melihat gadis itu gembira. Kalau boleh dia tidak mahu melihat Cinta bersedih kerana setiap kali gadis itu mengalirkan air mata, hatinya turut merasa sakit.

“Jom balik, esok kita nak pergi jalan-jalan pulak,” ajak Daniel, menyedari malam semakin lewat.

Cinta mengangguk penuh bersemangat. Kemudian mereka berjalan beriringan meninggalkan pantai Gold Coast itu.


Always hoping that you’ll be smiling at that place
Even when you’re suffering because of misunderstandings and reasonless hate
Look at a further place... it’s the start now
When you want to cry, lean on me

Even though I’m lacking... I’ll protect you

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

9 comments:

dira ramli said...

papepun Daniel sweet.thumbs up writer.keep it up!

yuri said...

sedih rupanya kisah Cinta ni.patutlah dia macam tu

nurr bayu said...

Danial sweet dgn cara tersendiri .... lembut tapi menyusup ke dalam hati ...

Ct Roxalynna said...

Sobs.. dah agak dah, cinta cmni mesti bersebab,.. sedih la pulak... huuu

E-la Adiey said...

dira ramli - thanks :)

yuri - ^_^V

kak nurr bayu - ni sweet versi islamik.haha :P

Ct Roxalynna - masih byk misteri belum dirungkaikan.jeng2.. haha

intan razak said...

alahai...cair hati baca quote last sekali tu.tak jadila jatuh hati kat Adrian.haha

Syuhada Mat Isa said...

sedihnya kisah Cinta Aulia.Hmm...tiba2 dah tak benci kat dia

Eddayu said...

Cm gula2 Danny nie.. Cinta dh mula berubah.. Suke ke x yek??
Pe2 pun mmg best cik writer ;)

E-la Adiey said...

intan razak - kau lalang. kbye

Syuhada Mat Isa - haha..bagus2

Kak Eddayu - yeah.. sy merancang nak bg para pembaca sweet tahap diabetes akak. tp belum berjaya lagi setakat ni :P haha.. terima kasih akak