“Bos, polis dah datang,” beritahu anak buah Ray, tapi dia sedikit
pun tidak panik. Malah kelihatan begitu tenang.
Ray tersenyum. 9mm
glock dikeluarkan. “It’s time to play!”
Kuncu-kuncunya
turut tersenyum. Topeng dikeluarkan untuk melindungi wajah masing-masing
daripada dikesan pihak polis. Burn dan beberapa orang lagi sudah berada di luar
gudang, menunggu didalam bot untuk melarikan diri sebentar lagi.
Pihak polis memasuki
gudang lama 2 tingkat itu. Suasana gudang begitu sunyi, hanya bunyi hujan lebat
di luar gudang kedengaran. Tanpa mereka ketahui, Ray sedang bersembunyi di
tingkat atas bersama beberapa orang kuncu setianya sementara yang lain-lain berada
di setiap sudut gudang mengawasi pihak polis. Bom telah dipasang di setiap
penjuru gudang seperti yang dirancang.
Pasukan polis
seramai lima belas orang itu berpecah, mengambil posisi masing-masing. Rizal
dan 4 orang anggota polis lain naik ke tingkat atas untuk memeriksa setiap
bilik gudang.
Pow!
Pow!
Pow!
Tembakan
bertubi-tubi di tingkat bawah mengejutkan Rizal. Dia berpaling memandang rakan
sepasukannya.
“Biar aku dengan
Nadim pergi tengok,” ujar Razak.
Rizal mengangguk.
Terus Razak dan Nadim berlalu meninggalkan kumpulan itu. Kini Rizal hanya
bersama Fida dan Naim.
Sebuah bilik
berkunci. Bam!!! Hanya dengan sekali tendangan, Rizal sudah berjaya memecahkan
pintu bilik tersebut. Tapi tidak ada sesiapa didalamnya. Ketika itu mereka
terpandang kelibat seseorang berpakaian serba hitam dan bertopeng berlari
dihadapan mereka dan masuk ke sebuah bilik lain. Pantas Rizal berlari
meninggalkan Fida dan Naim untuk mengejar kelibat manusia tadi.
Sangka Rizal
manusia bertopeng tersebut telah menghilangkan diri tapi rupanya dia
bersembunyi dibelakang pintu bilik. Memang dia menunggu Rizal datang kepadanya
kerana menuruti arahan Ray bahawa Rizal harus ditangkap hidup-hidup.
Tanpa berfikir
tentang bahaya terus Rizal masuk ke dalam bilik itu. Sepantas itu juga manusia
bertopeng tadi menutup pintu dan menguncinya. Tanpa sempat Rizal berbuat
apa-apa, lelaki itu menendang perutnya hingga dia jatuh terlentang.
Rizal mengacukan
Glock 17 nya tapi seorang lelaki lain yang entah dari mana datangnya terus
menyepak lengan Rizal hingga senjata ditangan Rizal jatuh agak jauh.
“Rizal! Rizal!”
Ketukan bergema di muka pintu. Fida dan Naim cuba membuka pintu tersebut tapi
tidak berjaya.
Rizal cuba menyahut
tapi pantas mulutnya ditekup dengan sehelai kain. Bau klorofom yang sangat kuat
membuatkan kepalanya pening dan dia terus rebah tidak sedarkan diri.
Fida dan Naim sudah
panik apabila tiada sebarang sahutan dari dalam.
“Berundur!” arah
Naim. Fida hanya menurut.
Pow! Naim menembak
tombol pintu, beberapa saat kemudian pintu tersebut dapat dibuka. Namun yang
mengejutkan tiada sesiapa didalamnya termasuk Rizal.
“Ya Allah, mana
Rizal?” Suara Fida agak cemas.
Belum sempat Naim menjawab,
beberapa das tembakan lagi kedengaran. Naim terus berlari ke tingkat bawah.
Fida mengekorinya dari belakang. Namun yang ditemui mereka sungguh mengejutkan.
7 orang anggota polis terbaring di atas tanah kerana ditembak termasuk Razak
dan Nadim.
“Erin, kau tak
apa-apa?” Fida meluru mendapatkan Erin yang sudah berlumuran darah akibat
ditembak di bahu kirinya. Enam orang lagi yang ditembak cuba menahan kesakitan
sementara menunggu bantuan.
“Aku tak apa-apa,
tapi aku rasa ada yang tak kena dalam misi kali ni. Sharks macam dah tahu kita
akan datang. Diorang main serang hendap, lepas tembak terus lari.”
Terkedu Fida dan
Naim yang mendengar kata-kata Erin. Fida memandang ke sekeliling gudang, tiada
seorang pun ahli Sharks yang kelihatan. Mereka memang sudah tahu pihak polis
akan menyerbu tempat mereka dan merancang semua ini dari awal.
“Mana Rizal?” soal
Azman yang baru tiba di ruang hadapan gudang itu. Sebentar tadi dia dan
beberapa orang anggota polis memeriksa stor yang terdapat di bahagian pintu
belakang.
“Err... Rizal...”
Tergagap-gagap Fida cuba menerangkan. Dia sendiri tidak tahu kemana perginya
Rizal. Tidak sampai seminit Rizal terperangkap di dalam bilik tingkat atas, dia
sudah hilang entah ke mana.
Tujuh daripada lima
belas orang polis ditembak. Bagaimana ini boleh terjadi? Mereka dapat merasakan
ini adalah misi paling gagal. Ada kemungkinan Sharks sudah tahu tentang serbuan
malam ini.
“Ada bom!” jerit
Hamdan yang memeriksa celahan timbunan kotak di gudang itu.
Masing-masing
terbeliak.
****************
Ray yang sedang
berada di dalam bot bersama anak-anak buahnya ketawa dengan kuat apabila gudang
tersebut meletup tiba-tiba. Dia begitu yakin semua anggota polis didalamnya
sedang mati terbakar. Suis yang berfungsi menghidupkan bom kawalan jauh yang
dipegangnya dibuang ke dalam sungai.
Sebaik melihat
dengan mata sendiri gudang itu sudah terbakar, enjin bot terus dihidupkan.
Akhirnya mereka semua dapat melarikan diri tanpa ada seorang pun ahli mereka
yang ditangkap.
Selepas Rizal
berjaya diculik, dia dan beberapa orang kuncunya melarikan diri melalui jalan
rahsia yang sengaja dibina untuk masa-masa kecemasan seperti ini sementara
kuncu-kuncu yang lain menyerang hendap pihak polis demi menarik perhatian
mereka.
“Lepas ni berhenti
dekat pelabuhan, ada 2 buah kereta tunggu kita kat sana. Malam ni perjalanan
kita jauh,” ujar Ray tersenyum tepi.
Burn yang sedang
mengemudi bot hanya mengangguk. Nasib baik bot yang mereka naiki itu jenis bot
beratap, kalau tidak sudah lencun masing-masing kerana malam ini hujan turun
sungguh lebat.
Ray duduk
merehatkan diri sambil meneguk air kuning berbuih tanda meraikan kejayaannya. Kemudian
berpaling memandang Rizal yang terbaring di satu sudut bot itu dalam keadaan
masih tidak sedarkan diri. Kaki dan tangannya diikat kemas.
“Rizal, kau
berlagak dengan aku selama ni. Kau ingat kau belasah aku depan orang ramai aku
tak ada maruah? Tak ada rasa malu? Rasa benci aku pada kau melebihi apa pun
dimuka bumi ni. Aku akan pastikan kau mati terseksa!” luah Ray perlahan,
seolah-olah Rizal dapat mendengar bicaranya.
**************
Prang!!! Gelas yang
dipegang Khai terlucut tiba-tiba. Khai beristighfar dalam hati. Yalah, takkan
nak menyanyi pulak, ye tak? Ada ke gelas pecah lepas tu bantai nyanyi lagu
Isabella.
Kenapa dengan aku
ni? Tak cukup cell body ke apa? Khai meraup muka sambil mengutip kaca-kaca yang
bertaburan di lantai. Dia mengerling ke arah jam dinding ruang tamu yang
menunjukkan pukul 11.30 malam. Hujan di luar pula semakin lebat seakan tidak
mahu berhenti.
Dia tahu ini bukan
kali pertama Rizal menyerbu markas penjahat, tapi ini kali pertama dia
benar-benar tidak sedap hati. Harap-harap tiada perkara buruk yang menimpa
suaminya.
Dia tahu tidak ada
gunanya dia cuma duduk dengan jiwa yang resah. Selepas serpihan kaca
dibersihkan, terus dia ke bilik air mengambil wuduk.
******************
“Rina... Rina...”
Lemah suara Rizal.
Dia meracau-racau memanggil nama isterinya dalam lena. Dalam mimpinya Khai
tersenyum sambil memangku anak mereka, Khairizal. Kemudian perlahan-lahan
berjalan pergi, meninggalkannya sendiri.
“Rina, jangan
tinggalkan abang...”
“Hoi, diamlah!
Memekak je!” jerkah Burn, serentak itu tangannya menghayun penumbuk ke Rizal.
Rizal yang diikat
di sebuah kerusi semakin lemah. Malam itu setibanya mereka di sebuah pondok
using ditengah-tengah ladang kelapa sawit, teruk Rizal dibelasah anak-anak buah
Ray. Hampir lunyai tubuh Rizal diperlakukan tanpa belas kasihan.
Ray puas melihat
penderitaan Rizal. Asap rokoknya disedut dalam-dalam. Dia menarik kedua-dua
belah pipi Rizal, memaksa Rizal memandangnya. Asap rokok yang tadinya disedut,
dihembus ke muka Rizal. Terbatuk-batuk Rizal kerana tidak tahan dengan bau asap
yang melemaskannya.
“Look at yourself now,
so pathetic!” ejek Ray sarkastik.
Namun yang
mengejutkan, Rizal tetap membalas pandangan Ray dengan senyuman mengejek. “Aku
tak takut kaulah, budak kecik!”
Mencerlung biji
mata Ray, pantas dia menghayun sebiji tumbukan tepat ke muka Rizal. Namun Rizal
sedikitpun tidak mengaduh kesakitan, dia menentang berani anak mata Ray
walaupun hidungnya sudah berdarah.
“Ray... Ray... aku
memang dah agak dari awal memang kau ketua Sharks. Kau ingat kau berjaya culik
aku, kau dah hebat? Sebenarnya kau lebih menyedihkan berbanding aku!”
Darah Ray mendidih
mendengar kata-kata Rizal. Mulut Rizal memang lancang walaupun diikat seperti
ini. Sekali lagi dia menumbuk muka Rizal. Tidak cukup dengan itu, dia menendang
tubuh Rizal hingga Rizal jatuh terbaring di atas tanah bersama kerusi yang
didudukinya. Namun Rizal hanya tergelak halus.
“Kau boleh tunjuk
berani dalam keadaan aku diikat, kan? Jangan jadi pengecut, budak. Kalau kau
memang anak jantan, lepaskan aku. Satu lawan satu!”
Ray terkesima
apabila Rizal mencabarnya. Dia memandang anak-anak buahnya. Kalau aku tolak
cabaran ni, anak-anak buah aku akan anggap aku pengecut. Alah, lagipun dia dah
teruk kena belasah, aku mesti akan menang.
“Okey, Burn buka
ikatan dia!”
Burn tidak banyak
soal. Terus tali yang mengikat kaki dan tangan Rizal dileraikan. Kemudian tubuh
Rizal ditarik kasar supaya berdiri.
“Sedia?” Ray sudah
siap membuka langkah.
Rizal tersenyum
tepi. Belum sempat dia menjawab, Ray sudah mula menyerangnya bertubi-tubi. Dia
tidak mampu membuat serangan dan hanya boleh mengelak selagi termampu.
Keadaan tubuh Rizal
yang sudah sedia lemah akibat dibelasah dimanfaatkan Ray sepenuhnya. Dia terus
menerus menyerang Rizal dan akhirnya memberi tendangan kuat ke dada Rizal
hingga lelaki itu jatuh terdorong ke belakang dan tersembam di atas lantai.
“Well... well...
well... ini ke orang yang berani sangat cabar aku tadi? Nak lawan lagi? Bangunlah, aku boleh tamatkan riwayat kau sekaligus!” ujar Ray angkuh.
Rizal meludah ke
lantai apabila terasa sudah ada darah mengalir keluar dari mulutnya. Dia
meraba-raba dadanya yang terasa perit. Untuk seketika dia teringatkan keychain
berukir KR dan alat kelui yang sengaja disimpan didalam poketnya. Walaupun dia
tidak membawa telefon bimbit, tapi keychain itu tetap dibawanya kerana apabila
keychain itu ada dengannya, dia merasa seolah-olah isterinya berada dekat
dengannya.
“Bangunlah, jangan
jadi pengecut!” Kata-kata Ray mematikan angan Rizal.
Rizal meraba-raba
poketnya. Kemudian bangun dan tersenyum. Abang akan balik Rina...
“Kau ingat kau
dapat pukul aku sikit kau dah hebat? Tadi aku baru warm up lah!” ujar Rizal
dengan wajah mengejek.
Berubah serta-merta
muka Ray. Dia merasa egonya tercabar. Tanpa menunggu Rizal bersedia, terus dia
menyerang Rizal bertubi-tubi tapi kali ini Rizal lebih pantas mengelak. Setiap
serangan Ray tiada satu pun yang mengenai Rizal. Ketika wajah Ray tampak
tertekan, barulah Rizal melancarkan serangan pertamanya. Muka Ray ditumbuk
sekuat hati hingga lelaki itu jatuh tersembam agak jauh ke belakang.
Ray mengerang
kesakitan. Pipi kirinya sudah bengkak dan berdarah. Rizal mencebik sinis.
Itulah, kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Cewah, aku
bermadah pulak!
“Bos, bos tak
apa-apa?” Burn dan anak-anak buah yang lain berlari mendapatkan Ray. Masing-masing cuba membantu Ray tapi pantas Ray menepis.
“Jangan campur
urusan akulah bodoh!” pekiknya geram. Dengan sisa kekuatan yang masih tinggal,
dia bangun dan mengesat darah di tepi bibir. Anak-anak buahnya meminggir.
Sebenarnya dalam
hati, Ray kagum dengan kekuatan Rizal. Bagaimana mungkin lelaki yang sudah
lunyai dibelasah anak-anak buahnya tadi masih mampu berlawan?
Kali ini serangan
Ray lebih agresif. Dia terus memberi tendangan, tumbukan, sepakan dan pelbagai
serangan tapi semuanya mudah ditepis oleh Rizal. Kuncu-kuncu Ray yang hanya
menjadi penonton sedari tadi hanya mampu saling berpandangan. Ray seolah-olah
diajak menyertai satu sesi latihan, bukannya perlawanan sebenar.
Setelah Ray tampak
keletihan, pantas Rizal mengilas tangan lelaki itu ke belakang dan mengambil
Glock 17 yang tersisip di pinggang Ray.
“Jangan dekat!
Kalau tak bos kau mati katak kat sini!” ugut Rizal sambil mengacukan senjata
tersebut ke kepala Ray.
Ray sudah memucat.
Anak-anak buah Ray kelihatan cemas dengan situasi yang tidak terduga itu.
“Rupa-rupanya kau
tetap budak macam dulu. Kalau ya pun nak ajak aku lawan, lain kali buanglah
pistol dulu. Sekarang siapa susah? Kau jugak, kan?” bisik Rizal sarkastik.
Ray mengetap bibir.
Jantungnya berdegup kencang bagaikan sudah hendak meletup. Melihat anak-anak
buahnya sudah ingin mengeluarkan senjata masing-masing, pantas dia menahan.
“Jangan keluarkan
pistollah, bodoh! Aku mati kang macam mana?”
Mendengar kata-kata
Ray, mereka menyimpan kembali senjata masing-masing dan berundur.
“Buka pintu
sekarang!”arah Rizal merenung pada pintu pondok yang berkunci.
Tanpa berlengah
salah seorang anak buah Ray terus membuka pintu tersebut dan berundur dari
situ.
Rizal terus
mengacukan pistol ke kepala Ray dan sedikit demi sedikit menarik Ray berundur
ke muka pintu yang terbuka luas.
“Jangan ada sesiapa
yang berani dekat!” Dia menekan suaranya, tangannya mengheret tubuh Ray ke muka
pintu hingga mereka akhirnya keluar dari pondok tersebut. Tiada seorang pun
anak buah Ray yang berani bertindak.
Ketika
menganggarkan jaraknya sudah agak jauh dengan pondok, dia terus menghentak
kepala Ray dengan pistol di tangannya. Hentakannya tidak kuat, cuma akan
membuat Ray pengsan untuk seketika.
Ketika tubuh Ray
hampir terkulai, Rizal terus melarikan diri, nekad meredah ladang kelapa sawit
dan kegelapan malam. Dia lebih rela mati dimakan binatang buas daripada mati
ditangan penjenayah.
Pow!
Pow!
Pow!
Bunyi tembakan
kedengaran bertubi-tubi. Rizal langsung tidak menoleh ke belakang. Dia tahu
anak-anak buah Ray sedang mengejarnya. Ada beberapa ketika, bullet peluru
seakan hampir mencecah kepalanya tapi dengan izin Allah, satu pun tidak berjaya
menembusinya.
Beberapa ketika dia
berlari, nafasnya terasa semakin semput. Kerana keadaan yang terlalu gelap, Rizal
tidak perasan ranting kayu dan tersadung. Dia berguling-guling jatuh dan
kepalanya terhentak sebongkah batu besar. Darah merah pekat membuak-buak
mengalir keluar dari kulit kepala. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Rizal cuba menahan
kesakitan seboleh yang mungkin. Saat itu yang ada difikirannya cuma Khai dan
anak-anaknya. Rizal mendongak memandang langit, kelihatan bulan purnama
bersinar terang. Bunyi cengkerik dan burung hantu saling bersahutan. Namun
bunyi tembakan sudah tidak kedengaran lagi. Rizal lega, mungkin anak-anak buah
Ray sudah kehilangan jejaknya.
Dengan sisa tenaga
yang masih tinggal, dia meraba koceknya. Disitu dia menyimpan key chain
handphone pemberian Khai dan alat keluinya. Dia terus mengeluarkan alat kelui
dan menaip sesuatu untuk Khai.
2003 – itu mesej ringkas yang cuba disampaikannya kepada Khai. Dia yakin
Khai pasti dapat menganalisisnya.
Kepalanya terasa
semakin berpinar dan akhirnya dia terus pengsan dengan alat kelui yang masih
berada di dalam genggamannya.
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
1 comment:
Alaaa cian nye kat Rizal... harap2 Rizal x mati.. x sanggup Khai jd Balu nnti..
Post a Comment