Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, May 7, 2017

Kisah Susu Qayl II

Assalamualaikum... ini sambungan dari entry lepas Kisah Susu Qayl Part 1. Aku belum berhenti lagi tukar susu Qayl disebabkan masalah sembelit dia yang sampai sekarang tak dapat diatasi. Aku keep continue bagi Qayl minum Lactogen dan Qayl susah jugak nak membuang walaupun najis dia lembik je. Apa yang buat aku rasa tak sedap, najis tu warna hijau gelap. 
.
Pernah satu malam tu Qayl nangis-nangis tak nak tido. Dari pukul 1 sampai 4 pagi. Korang bayangkan, puas Incik Sopi urut perut dia, buat kayuh-kayuh kaki dia macam naik basikal, tapi langsung tak berhasil. Aku dah fed-up, aku bagi Qayl minum probiotik, 5 minit je terus berak. Ya, memang aku beli probiotik, tapi sampai bila nak bergantung pada benda tu kan? So disebabkan itu, aku dan Incik Sopi bawa Qayl ke Klinik Pakar Kanak-kanak Sayangku kat Seremban.
.
Oh, satu benda yang aku tertinggal dalam cerita aku. Qayl ni sebenarnya jenis kembung yang teruk dari lahir. Cuma dulu masa baru lahir dia banyak tidur dan tak tahu nangis. Jadi walaupun perut dia kembung, dia langsung tak menangis. Tapi sebulan lepas tu, barulah dia nangis. Setiap kali kembung dia memang menangis teruk sampaikan aku tak jaga sangat diri aku masa dalam pantang. Hari-hari aku tuam, pakaikan barut, sapu minyak telon, tapi dia tetap kembung. Kalau sekali-sekala takpe, tapi ni hari-hari weh!
.
So aku ceritakan dua masalah Qayl ni kat doktor - kembung dan sembelit. Doktor cakap kembung tu biasa sebab baby ususnya masih belum matang. Dan ada kemungkinan jugak jenis susu yang tak sesuai. Doktor suggest aku try dua benda, Dentinox Infant Colic Drop dan susu Enfalac A+ Gentlease.
.
Dentinox Infant Colic Drop
 .
Dentinox Infant Colic Drop ni ubat kembung untuk diminum. Macam gripe water lah jugak, tapi gripe water tak berapa berkesan. Ubat ni lagi berkesan. Aku masukkan 2.5ml dalam susu anak aku dan bagi dia minum. Dalam 5 minit camtu terus Qayl terkentut-kentut dan berhenti nangis. Huhuhu... so aku memang recommend benda alah ni kat parents yang mempunyai baby kerap kembung macam aku.
.
Enfalac A+ Gentlease
.
Aku cuba cari tin susu yang aku dapat, tapi tak jumpa. So tempek jela gambar ni. Lebih kurang je pun. Satu tin 400 gram harganya lebih kurang RM53.60. Gulp. Dahlah Qayl kuat menyusu. Tapi demi anak, aku dan Incik Sopi kuatkan hati. Ikhtiar jugak sebab tak nak Qayl menangis kesakitan hari-hari. 
.
Doktor cakap susu ni bagus untuk baby yang selalu kembung. Aku tanya balik, kalau anak aku sembelit boleh ke bagi probiotik? Tapi doktor cakap, minum ni konfirm takkan sembelit sebab tekstur susu ni mudah hadam. Ok sebab dia doktor, aku percaya.
.
Aku jugak tukarkan botol susu Qayl kepada botol susu anti-colic Avent Natural.
.
Avent Natural anti-colic bottle
.
Aku sebenarnya tak tahu ada beza rupanya antara botol susu biasa dengan botol anti-colic. Maklumlah, first time jadi mak kan. Tak jadi nak beli botol Tommee Tippee sebab macam cerewet je nak basuh perkakas kat dalam dia.
.
Pakai Enfalac tin pertama, Qayl ok je. Walaupun dia tak kembung pun, aku tetap bagi dia ubat kembung tu. Tapi limit sehari 6 kali je, jangan lebih pulak. Hasilnya, Qayl dah jarang kembung. Tapi apa yang aku tak suka, najis Qayl warna hijau dan sedikit berbentuk. Aik, kata takkan sembelit. Apa cerita ni? Tapi sebab Qayl masih membuang hari-hari, aku tetap teruskan susu ni.
.
Sempatla guna susu ni 6 paket 400gram, tapi aku tak teruskan sebab masa paket terakhir tu hampir habis, Qayl menangis lagi. Berak keras. Keluar seketul-ketul macam tahi kambing. Adeh, sembelit jugak. Nasib baik susu dah nak habis so takde pembaziran disitu.
.
Hasil carian Google, Frisolac Comfort boleh mengatasi masalah regurgitasi (muak susu), kembung dan sembelit. Puas aku cari kat farmasi dan pasaraya sekitar Port Dickson, tapi takde satu pun yang jual susu ni. So aku terpaksa beli online kat FB. Aku bernasib baik sebab terjumpa FB seorang wanita yang nak letgo susu ni 5 tin sebab anak dia dah tak minum. Kalau harga pasaran, susu ni harganya dalam RM43 satu tin. Tapi aku beli hanya dengan harga RM20 satu tin. Hahaha... jimat-jimat...
.
Frisolac Comfort
.
Aku tak tahu sesuai ke tak susu ni dengan Qayl, tapi aku tawakal beli 5 tin sekaligus sebab takut kalau stok habis susah nak beli. Dahlah pos dari Sarawak. Lama tu.
.
Susu ni pekat gila tekstur dia, tak macam Enfalac. Goncang banyak kali pun masih nampak ada susu berketul-ketul yang tak sebati. Tapi apa yang aku suka tentang susu ni, anak aku memang langsung dah tak kembung. Read again, LANGSUNG DAH TAK KEMBUNG. Muahahaha!
.
Masa minum Enfalac A+ Gentlease dulu, dia kembung jugak walaupun tak kerap. Tapi bila minum Frisolac Comfort ni, memang langsung dah tak kembung. Alhamdulillah, dengan izin-Nya juga. Masa minum Enfalac, paling kurang pun sekali mesti aku ada bagi ubat kembung kat Qayl. Tapi lepas minum susu ni, ubat kembung tu tersimpan elok je dalam kotak ubat dan tak digunakan. Alhamdulillah, dah tak perlu tengok Qayl menangis kesakitan lagi.
.
Kontranya, masalah sembelit Qayl masih belum dapat diatasi. Bila berak, najis Qayl masih berbentuk. Tapi takdela warna hijau macam dulu. Yang ni elok je warna kuning. Merah padam muka Qayl meneran setiap kali berak, tapi takdela sampai menangis.
.
Ada satu hari tu sampai dua hari Qayl tak berak. Memang dia tak nangis, tapi aku risau la najis tu mengeras kat dalam. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli Novalac IT pulak.
.
Novalac IT
.
Harganya RM69.90 kat Farmasi Alpro. Aku tahu susu ni memang takde DHA dan AA, so aku bagi untuk buat sulam dengan Frisolac Comfort aje. Sekali aku bancuh 3oz, najis Qayl mencurah-curah keluar ke ladang gandum. Huahua... najis tersimpan dua hari dalam buntut.
.
Pagi keesokan harinya aku bancuh lagi 2oz, tapi Qayl cirit. Punyalah kuat kesan susu ni. Macam tak kena je dia tulis untuk 0-12 bulan.
.
Dalam satu hari tu 4 kali Qayl berak cair. Berak keluar susu pun ada. Menangis-nangis dia sebab sakit buntut. Hmm... menangis lagi T.T
.
Akhirnya aku bagi sikit Enfalac Gentlease untuk keraskan balik najis dia. Start tu aku cuma bagi 1oz sehari. Itupun kalau Qayl tak berak dalam 24 jam. Takut aku weh. Hilang sembelit, jadi cirit pulak.
.
Incik Sopi cadangkan nak tukar balik ke susu S26. Aku tolak mentah-mentah. Aku rasa laki aku ni dah lupa macam mana Qayl meraung-raung sebab sembelit minum susu ni.
.
Aku bercadang nak stick je kat Friso Comfort, sebab aku rasa susu ni dah cukup sesuai untuk Qayl. Sembelit sikit takpe, aku boleh bagi Novalac IT kalau dia tak berak.
.
Tapi baru aku bercita-cita nak beli lagi untuk bulan depan, aku baru dapat tahu yang Friso Comfort dah tukar packaging baru dan formulanya pun dah bertukar. Friso Comfort yang sekarang bukan lagi untuk masalah regurgitasi, colic dan sembelit tapi hanya untuk masalah regurgitasi sahaja. Hmm... kena tukar susu lagi. SIGH...
.
Google punya Google, baca tentang satu lagi susu kambing keluaran syarikat Melayu yang dipanggil G-star R-Rayyan. Aku sebenarnya dah fobia dengan susu kambing. Takut Qayl kembung lagi macam masa dia minum Karihome, tapi ada satu testimoni aku baca dia tulis susu ni boleh mengurangkan kembung perut dan sembelit.
.
Aku Whatsapp HQ R-Rayyan dan katanya susu ni sesuai untuk tiga bulan ke atas. Kebetulan beberapa hari lagi Qayl nak masuk usia tiga bulan, aku belilah satu kotak perisa asli.
.
Susu Kambing R-Rayyan perisa asli
.
Tepat je usia Qayl 3 bulan, aku bancuh sebotol bagi Qayl minum. Tekstur susu ni tak sama macam Karihome dan Frisolac Comfort. Karihome banyak gila buih dia tapi R-Rayyan buih dia kurang sikit. Frisolac Comfort pekat sangat sampai kadang-kadang nak sedut pun susah, tapi R-Rayyan ni cair. Sekali pandang macam susu badan pun ada.
.
Susu ni walaupun tulis perisa asli, tapi bau wangi macam vanilla. Aku ingat nak stay je dengan susu ni, sebab harga pun mampu milik dan Qayl tak kembung, tapi Incik Sopi macam tak berkenan dengan susu ni. Pengasuh Qayl pun cakap Qayl macam tak suka sebab Qayl suka tolak-tolak susu ni dengan lidah dia. Hailaaa anak... anak... (เน‘-﹏-เน‘)
.
Tukar lagi kepada susu Mamex Cherish. Sebenarnya memang dah lama teringin nak beli, tapi tak berani sebab takut Qayl tak sesuai dan kembung. Tapi Incik Sopi kata nak try. Pengasuh Qayl pun cakap Mamex Cherish ni bahan2 dia bagus untuk baby. Kandungan DHA pun tinggi. So yeah, kita bertukarlah ke Mamex Cherish pulak.
.
Mamex Cherish
.
Hasil selepas menggunakan Mamex Cherish, alhamdulillah Qayl dah tak kembung dan sembelit. Pengasuh pun ada cakap najis Qayl dah normal macam baby2 lain. Tak payah nak meneran lagi setiap kali berak. Huhu.
.
Akhirnya berakhir sudah percarian susu formula yang sesuai dengan Qayl. Harap2nya kesesuaian ini berkekalan selama-lamanya sbb aku dah tak nak tukar susu lagi. Kesian usus Qayl nak proses macam-macam jenis susu dalam perut.
.
p/s: Hasrat nak stay dengan susu kambing tak kesampaian. Takpelah nak, ibu tak kesah. Janji awak sihat. 

42 comments:

Cik Roxa said...

Alhamdulillah dah okay... Syukur~~~

Kesian Qayl... Tecik2 dah ada masalah sembelit.. Heuheuheu..
Tapi syukur ada ibu n ayah yg gigih cari jalan utk hilangkan prob anak.

Salute dgn E-la ! :)

E-la Adiey said...

bila dah ada baby camtu la ct.. diri sendiri sakit xpe, jgn anak

Anonymous said...

Sekrg masih stay dgn mamex cherish ni ka? Baby saya sekrg dah 48hari. Ada masalah kembung. Dah tukar 3 jenis susu tp terkini sembelit plak. So bila bc sis punya cerita ni saya try tukaq guna mamex cherish ni plak.hope sesuai dgn baby saya dan dpt mengatasi masalah kembung dan sembelit.. tq sis sebb kongsi pasai cerita ni..

E-la Adiey said...

Sama2 sis. Skadar berkongsi pengalaman. Bila qayl dh umor sethn sy tukar balik ke lactogen sbb murah sikit. Lgpun qayl dh mkn nasi so dia boleh dpt khasiat dari mknn lain

Unknown said...

Sama mcm anak sy..kembung n susah berak..skrg baby 43 hari..frisolac comfort tapi dia pun tak berapa suka frisolac sebab texturenye pekat sgt..selalu dia tolak..kembung kurang takde sakit mcm dulu2..tapi lama2 maslah buang air besar..x berak setiap hari..lepas mamex memang ok terus ke

Anonymous said...

Mcm mana lps pakai mamex ok tak ye

Anonymous said...

Tq byk2 utk sharing sis pasal susu ni. Bby sy pun mcm kembung perut sejak sy guna Karihome. Sy ambi karihome sbb nak bg turun jaundice..mklumlah susu badan mmg x meriah ๐Ÿ˜‚ tpikir jg nak tukar ausu formula yg lain.. Tu yg rajin tgk testimoni pasal susu tin ni.

Unknown said...

Ank sya ade masalah sembelit...alhamdulillah buat stakat ni susu ape pun sya bg dy minum tp tu a sembelit. .mule sya bg A-rayyan..Dutch Lady..skrg susu fernleaf..pun same..hbis susu ni sya nk tray dupro yg perisa buah2..tk thu a masih sembelit lg ke tk..sya pun dh tk tahu nk bg susu ape lg...kesian kt anak masa nk berak kena teran2....

E-la Adiey said...

Ok tp sy dh tukar ke susu yg lebih murah sbb berak pun dh normal

E-la Adiey said...

Mamex ok tp sbb berak dh lancar sy tukar ke susu yg lebih murah. Tapi nak teruskan mamex pun boleh xde masalah

E-la Adiey said...

Samalah. sblm beli sy pn byk baca testimoni tp semua testimoni menjadi je. Kat anak sendiri lain pulak ceritanya

E-la Adiey said...

Anak tgh kecik ni mmg mencabar nak cari susu yg sesuai. Moga2 susu tu sesuai dgn anak puan

Unknown said...

kisah awk ni dh mcm sy lalui skrg.. ank skrg dh 42 hari..mslh kmbg prut tu smpai kteorg lakibini dh mcm zombi.bf mmg x direct sbb bby xnk n dh stop tros sbb fobia bby kmbung.padahal susu byk. tp skrg mkin kurg sbb x bg n x pam pon..dh try s26 anmum dutch baby n skrg similac confort.smua still mcm x ok..dutch bby ok sikit tp still mneran n sme mcm awk rse bslah bg susu mrh..sy bce crita awk ni rse nk try smua susu awk try..so sy akn mulakan dgn dumex mamex.. thanks kongsi pgalaman.. sy ssh hati cuti dh smakin sikit tkot ank mragam dgn pngasuh..x sng nk kje nnt..huhu..anyway thanks a lot

Unknown said...

Sama la macam anak saya. Dari dalam pantang sembelit. Skrg susu ke 13 sy try. baru try beli semalam dumex mamex cherish. Anak sy baru 5 blan lebih. Mcm2 susu dh try, semua menjadi. Start minum mamex cherish semalam, bnyk kali jgk dia buang air besar tp ketul2 mcm najis kambing. Sampai nangis2 kesakitan. Harinie najis dh okay, sbb 5 hari dh sbelum ni anak xmembuang ๐Ÿ˜ญ

Unknown said...

Hai sis..nk tnya sy bru jer bagi ank sy frisolac ni..tpi dia mcm x suka sbb pekat sngt susu ni..doc sugget minum susu ni untuk sembelit n kembung..nk tnya untuk puting botol susu sis beli yang mcm mana yer

E-la Adiey said...

Sy ni first time jd ibu. So mmglah x byk pengalaman jd terpaksa try n error sbb setiap budak lain kan.. Ada yg kata s26 elok, dpt kat anak sy sembelit pulak jdnya. sy plak cadangkan mamex, tp ada yg kata tahi jd cair sgt. Jd puan bersabarlah dan bykkan mencuba. Good luck puan

E-la Adiey said...

Adoi.. Sakit tu puan ๐Ÿ˜ซ mak mana yg sanggup tgk anak dia kesakitan kan. Tp anak baru lahir ni mcm tu lah, baru nak adapt dgn dunia so kena byk try n error

E-la Adiey said...

Hi. Masa minum frisolac tu anak sy pakai botol susu avent.lubang ikut umur dia time tu. Aah susu tu mmg pekat sikit. Mujur anak sy jenis x kesah. Dia minum je apa jenis susu yg sy tukar. Apa kata puan cuba besarkan sikit lubang botol tu. Atau kalau anak x nak jugak terpaksala tukar susu lain

Unknown said...

anak sy pon sme dah bberape hari sembelit.nak nangis rase bile anak x buang air besar.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ lepas bce cerite sis ingt nak try dumex mamex tu pulak..hopefully serasi dgn baby..☹️

alia said...

Hi sis , saya nak tnya . ini anak pertama saya , baru umur 2 bulan . anak saya dah seminggu tak berak ���� dah pergi hosp . doc kata tak ada ape2 sbb perut dia okay tak keras . anak saya campur susu , susu badan n formula . adakah ni sebab susu formula ? and maksd sembelit pada bayi tu tak berak ke mcm mana ? tolong saya sis ������

Unknown said...

Kisah kita hampir sama sis..anak saya pn jenis kembung tapi tak sembelit,mula2 bagi dumex dupro,anak sembelit ,ruam dan kembung.pastu dekat sbln ,sy tukar pula frisolac,anak tak suka minum susu tu..sehari minum 1oz je..tempoh myusu pun sangat lama jaraknye,so saya tukar pula dutch baby,anak saya masih kmbung dan berak cair dan ada lendir,lpas tu tukar pula ke snow,lagi la dia meragam,badan keluar ruam panas dan menangis berjam jam..last2tukar Enfalac A+,baru ok..tapi mula2 berak najis warna hijau pekat dan hijau kekuningan,najis berbau dan susu tu pun bau nya sangat tak menyenangkan..tapi anak masih stay nak minum susu enfalac a+ ni..baby baru 2bulan..huhu...banyak dah tukar2 susu..kesian..

Unknown said...

Skrng pakai susu apa ye

Unknown said...

Anak saya 37hari sekarang. Minum susu anmum. Bila minum susu dia kerap akan muntah balik. Adakah itu juga petanda susu tak sesuai? Buang air besar ok..cuma kadang2 je ketul2 tapi dia tak nangis. Cuma bila setiap kali nak kentut je dia akan nangis sambil mengeliat2.

Unknown said...

Dumex mamex cherish dengan dumex mamex sama ke lain?sebab saya nak beli dumex mamex cherish dia bagi dumex mamex..dia kata pakaging baru..ye ke?+

JieyMuhammadSupermall said...

Assalamualaikum, saya baru terbaca kisah anak puan sbb igt nak cari susu enfalac gentlease plak. Mcm anak saya kembung xkuat sgt, tp dia Muntah smpai kluar ikut hidung,dah mcm2 ni susu saya cuba. Cuma blm cuba enfalac gentlease sbb dc cadang susu ni, dia cakap biasa bila anak kembung, sebab tu jd muntah, tp yg ni xkembung pon muntah byk2 stiap kali penyusuan. Saya pon dah pening xtau nak tukar yg mna dah ๐Ÿ˜…. Kalau novalac AR untuk anti muntah dia xnak hisap sgt sbb susu pekat. Ada ibu2 ker yg ada maalah mcm anak saya. .Baby saya plak pramatang. Skrg baru nak masuk 3bulan. Berat baru 3kg.. Tq kalau ada ibu2 sudi komen

Unknown said...

Hmm tolong selesaikn mslh ank sya. Dh buntu sngt nih. Susu bdn xde bnyk hmm

Unknown said...

Hi..anak sa juga sama, Ada maslah sembelit..Dutch lady, dupro, lactogen, enfagrow step 3 semua sembelit..

Unknown said...

Hi..anak sa juga sama, Ada maslah sembelit..Dutch lady, dupro, lactogen, enfagrow step 3 semua sembelit..

E-la Adiey said...

Cuba mamex InsyaAllah okay

E-la Adiey said...

Sembelit tu maksudnya dia berak tu mcm seksa. Teran sampai merah2 muka. Biasa terjadi kalau baby hisap susu formula. Cba mamex insya Allah okay

E-la Adiey said...

Huhu biasalah susu formula ni kena byk try and error. Anak x serasi tukar je, jgn diteruskan. Kesian.

E-la Adiey said...

Mungkin x serasi sbb dia x selesa nak kentut. Cuba tukar mamex InsyaAllah okay

E-la Adiey said...

Cari yg tulis cherish warna pink

E-la Adiey said...

Waalaikumussalam
Cuba mamex cherish InsyaAllah okay. Sy pun tukar susu anak byk kali sampai akhinya jumpa yg ni. Paling okay setakat ni

E-la Adiey said...

Cuba mamex cherish InsyaAllah okay

E-la Adiey said...

Ya samalah kita. Paling okay dgn anak sy mamex cherish.

Unknown said...

my son dah cuba dupro yg flavour fruit & veg tu. sbb dia pun selalu sembelit gak ๐Ÿฅด and now nampak ok. poopoo dia pun dah lembut & warna kuning ๐Ÿ˜Œ

annaz said...

Ank sy dkt 7 kli tukar susu..last ni enfalac gentlease... Hrp2 la sesuai.. Frisolac comfort xda dlm Daerah sy.. Huhu.. Susu kambing pun dia xnak.. Mamex cherish xda, mamex yg pink tu je ada.

Unknown said...

Ank sy bru 50 hri. Sblum ni minum bebelac. Tp sejak minngu ni,penghujung lepas dia berak,ada kesan darah sikit pada najis. Tp najis lembut xkeras, n setiap hari membuang. Sy risau sngt2. N bru ni try tukar susu enfalac gentlease ni. Bru 4 hri minum, najis lembut macam cair sikit. Tp najis seakan wrna kuning hijau, n part meneran tu dah tak sekuat sebelum ni. Adakah sebelum ni sembelit yer yg menyebabkn kesan darah pada najis yer.

ainhana said...

Hai sis. saya pun nak tanya soalan yang sama. ada beza ke dumex mamex & mamex cherish? saya beli untuk anak dumex mamex step 1, bila dah beli baru perasan bukan mamex cherish packaging dia sama warna pink cuma gambar nya lain. anak sebelum ni minum anmum tapi 3 hari tak berak, saya perasan dia akan berak selepas 3 hari, tu yg nak cuba dumex mamex ni, tapi nak tahu ada beza ke dengan mamex cherish

E-la Adiey said...

Pd sy enfalac gentlease pn kureng sikit kalau nak dibandingkan dgn mamex. Kalau sampai berdarah tu baik puan bawa pegi hospital scpt mgkin takut cedera ususnya

E-la Adiey said...

Amin.. sy doakan