Khai
mendengus dan membetulkan kedudukannya. Hari ini dia tidak dapat konsentrasi
pada kerja. Tapi, nasib baik wataknya tidak memerlukan dia terlalu banyak
menghafal skrip. Cuma letihlah sebab selalu kena lari lepas ragut beg orang.
“Kau
fikir apa?” soal Zakwan lagi.
“Tak
ada kaitan dengan kau.”
“Hei,
janganlah macam ni. Cuba cakap dengan aku apa masalah kau. Atau, apa kau selalu
buat kalau kau tengah bersedih?”
“Apa
aku buat kalau bersedih? Aku akan tukar enjin motor dengan enjin kapal
terbang!”
“What?”
“Err… sorry, aku tersasul!” Hisy, apa aku
mengarut hari ni? Tiba-tiba aje boleh terjangkit aura merapu Rizal.
“Eh,
Khai, aku tuntut janji kau hari tu...”
“Janji
apa?”
“Kau
kan dah janji nak keluar dengan aku hari tu?”
Khai
kaget. “Eh, bila masa pulak ada janji nak keluar dengan kau?”
“Hari
tu lepas kau blah, ada kereta Wira lalu. Jomlah!”
“Sorry, tak sah! Aku tak nampak sendiri
kereta Wira tu,” dalih Khai. Apasal si Zakwan ni? Setiap kali dia ajak keluar,
kan aku asyik tolak, takkanlah dia tak faham lagi yang aku tak suka dia?
“Okey,
kita bet sekali lagi. Kalau satu hari ni tak hujan, kita keluar picnic esok, amacam?”
“Pandai-pandai
aje kau. Mesti kau dah tengok ramalan kaji cuaca semalam, kan?”
“Isy, tak
adalah! Esok kita keluar aku bawakkan present
untuk kau. Kau nak present apa?”
“Present? Semua tu past tense aje…”
“Woi,
aku tak cakap pasal present tense
dengan past tenselah! Cepatlah, kau
nak hadiah apa?”
“Hadiah?
Boleh aku mintak sekarang?” Khai mengurut-urut dagunya.
“Bolehlah,
kan aku tanya sekarang.”
“Hadiah
yang paling aku suka sekali daripada kau ialah... mulai hari ni, boleh tak kau
jangan terlalu kerap ganggu aku,” pinta Khai terus-terang.
“Excuse me?”
“I have to be honest with you, Zack.
Memang aku selesa bekerja dengan kau. Walaupun kau cuma pelakon sambilan, tapi
kau beri komitmen pada kerja ni. Tapi, sejak dulu aku tak selesa setiap kali
kau dekati aku dan ajak aku keluar. Aku suka bekerja dengan kau tak bermakna
aku suka bila kau ajak aku keluar makanlah, shoppinglah.
Kau tahu aku pengkid, kan? Jadi, aku tak berapa ada perasaan pada lelaki. Bukan
bermaksud aku suka perempuan, tapi aku memang tak ada perasaan pada
kedua-duanya pun. Lelaki atau perempuan pada aku sama aje. I’m sorry.”
Zakwan
yang sedang berpeluk tubuh mula menundukkan wajahnya. Jelaslah sekarang Khai
tidak mahu membalas cintanya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.
Khai
lega kerana dapat meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya selama ini. Dia
berharap dengan luahan ini, Zakwan akan berhenti mengganggunya. Tapi, dia
berbohong. Dia berbohong tidak sukakan lelaki, padahal dalam hatinya kini sudah
ada Rizal.
“Okey…”
Zakwan menyahut perlahan. “Kita masih boleh berkawan, kan? Kau boleh keluar
lepak dengan aku macam kawan-kawan yang lain, kan?”
Khai
tersenyum dan mengangguk. “Boleh!”
Zakwan
tersenyum. Sabarlah hati… kau takkan kecewa lagi selepas ini. Khai pasti akan
jadi milik kau!
***********************************
“AWAK dah ada jawapannya?” Rizal bertanya sambil memberi makan ikan-ikan
di kolam buatan. Walaupun dia tidak menoleh menghadap Suri, tapi dia tahu Suri
sedang duduk di bangku belakangnya.
“Saya… saya tak tahu, Rizal,” jawab
Suri perlahan.
“Apa yang awak tak tahu, Suri?
Jawapannya cuma ya atau tidak.”
“Tapi, saya perlukan masa, Riz.
Kahwin bukan perkara yang main-main. Awak baru melamar saya beberapa hari
lepas, hari ni awak nak saya terus bagi jawapan? Mana boleh macam tu!”
Rizal diam. Betul, aku baru aje melamar
dia beberapa hari lepas, tapi aku betul-betul dah tak ada masa. Perbicaraan di mahkamah
sudah ditetapkan tiga minggu dari sekarang. Aku betul-betul tak nak kehilangan
anak-anak aku. Dia orang ibarat nyawa aku. Kalau dia orang tak ada, aku akan
hilang semangat hidup atau paling teruk pun, masuk Tanjung Rambutan.
“Saya terdesak, Suri. Tolonglah
saya!” Rizal merayu. Dia sudah tidak peduli lagi apa tanggapan Suri kepadanya.
“Terdesak? Terdesak apa? Terdesak nak
kahwin?” Suri berdiri.
“Apa pulak terdesak nak kahwin...
Sebetulnya, saya sendiri belum tentu boleh pikul tanggungjawab sebagai suami,
tapi hari perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan ke atas along, angah dan adik tinggal
lagi tiga minggu. Kalau saya tak kahwin, Dato’ akan fikir yang saya sebenarnya
tak layak jaga cucu-cucunya.”
“Jadi, awak ajak saya kahwin cuma
sebab nak menang kes ni?”
Rizal mengangguk. Wajah Suri berubah.
“Rizal! Suri!”
Rizal berpaling. Khai? Apsal aku tak
nampak pun dia masuk tadi? Muka dia pun selamba. Tak ada unsur-unsur nak marah
pun. Habis tu, apasal hari tu berapi semacam aje aku tengok muka dia? Ke dia
marah sebab dia ada perasaan kat Suri? Mungkin sebab tu kut dia marah sangat
semalam, Rizal membuat andaian sendiri dalam hati.
“Rizal, aku nak cakap dengan kau.”
Tanpa banyak soal, Rizal terus
mendapatkan Khai. Dengan muka tanpa emosi, dia terus menarik tangan Rizal ke
satu sudut lain.
“Aku akan tolong kau!” Tanpa sebarang
signal, terus Khai tuturkan ayat itu.
“Tolong apa?”
“Aku akan tolong kau tumpaskan Geng
23X!”
Apa? Aku tak salah dengar ke ni? Khai
nak bekerjasama dan dia berani ambil risiko kemungkinan papanya akan ditangkap
dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati? Besarnya pengorbanan Khai. Sebab itulah
aku makin cintakan dia.
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
2 comments:
mmoohahahahaha~bagooozzz..puas atie aku bile die bgtau nape die ajak kawen n aku xharap y ckg suri 2 bongap nk trime lmaran enspktorr sahab 2..good job..good job..
alamak dah smpai bhgian-3 bmakne..berakhir lah sudah cite abg khai tomboy?..lme lg ke novel ni akn brada dpasaran..hem harap2 edisi nye xler trhad sgt..n harap2 t xsush nk cr..maklum je lah tinggal kt brneo ni..kalu lmbt hemm..habuk xrak..nengok rak buku 2 je lah...
Post a Comment