“Yalah, along. Angah tak nak tinggal
dengan atuk. Kita tak pernah kenal dia. Lagipun, tinggal dengan orang muda lagi
best. Abah selamba, orang tua,
sensitif,” balas angah sambil berpeluk tubuh.
Along mengangguk-angguk dan berjalan
mengelilingi biliknya. “Kita tak boleh biarkan atuk menang dalam kes ni. Kita
kena sokong abah!”
“Along, angah,
cerita apa ni? Adik tak fahamlah,” sampuk adik yang
tengah blur.
“Kau diamlah. Jangan menyampuk hal
orang tua!” selar angah tidak senang. Sudahlah kepala berasap memikirkan hal
yang tak sudah-sudah, ada pulak tukang menyampuk.
Adik mencebik sambil terus minum susu
botolnya. Budak kecik, apalah yang dia tahu. Kalau esok dia nak kena jual pun,
dia takkan tahu.
“Abah cerita, atuk cakap kat abah
yang abah tak layak jaga kita sebab abah bujang lagi. Tak berpengalaman,” kata along.
“Mana aci main macam tu! Tak kahwin
maknanya tak layaklah? Undang-undang mana dia pakai?” Angah tak puas hati.
“Along dapat tahu, abah ajak Cikgu
Suri kahwin!”
“What?”
Bagai nak terkeluar bijik mata angah mendengar kata-kata along. Gulp! Abahnya
ajak Cikgu Suri kahwin? Memanglah sejak akhir-akhir ni dia suka merapatkan
abahnya dengan Cikgu Suri, tapi tujuannya semata-mata untuk buat Khai cemburu.
Tapi sekarang, lain pulak jadinya. “No
way, Along. Cikgu Suri tak boleh
kahwin dengan abah!”
“Kenapa? Kau tak suka? Bukan ke kau
yang selama ni nak merapatkan hubungan antara abah dan Cikgu Suri?”
“Memanglah, tapi angah cuma nak buat Abang
Khai cemburu. Angah rasa Abang Khai sebenarnya suka kat abah, tapi dia tak nak
mengaku.”
“Rancangan kau, pandai-pandailah kau
uruskan!” Along tertawa melihat wajah angah yang telah pucat.
Angah menggeleng. “Tak boleh, along.
Sekarang kita semua terlibat. Silap langkah, abah kalah dan kita terpaksa
tinggal dengan atuk yang kita tak pernah kenal.”
“Alah, apa
susah? Senang-senang suruh aje Abang Khai kahwin dengan abah. Abang Khai baik,
cantik pulak tu. Adik sayang Abang Khai.” Petah dan
begitu selamba adik mengutarakan pendapatnya. Main sebut aje ikut suka dia.
Nasib baik budak kecik.
Along dan angah saling berpandangan.
Kemudian tersenyum. Adik, kepala otak kau memang genius.
*****************************
Buletin Utama yang disiarkan di TV3,
sudah tidak dipedulikan Rizal. Ada ke patut dia orang suruh aku kahwin dengan
Khai? Nak mampus?
“Ini bukan idea gila, abah. Ini idea
paling genius untuk selesaikan masalah ni!” kata Angah sambil tersengih.
Dah biol ke kepala otak dia orang ni?
“Genius? Eh, angah, kau tu budak kelas Sains. Kau belajar banyak pasal sel-sel
dan organ yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Kau cakap idea nak suruh
abah kahwin dengan jantan idea yang genius? Abah rasa kau patut masuk tadika
semulalah.”
Ya, Rizal tahu mereka terdesak. Mereka
betul-betul tidak mahu datuk mereka menang dalam kes ni. Mungkin kerana terlalu
terdesak, mereka buat rancangan bodoh seperti ini. Rizal terharu, andai
anak-anak saudaranya tidak boleh hidup tanpanya, dia seribu kali ganda tidak
boleh hidup tanpa mereka.
Tapi, tak perlulah sampai nak suruh aku kahwin
dengan jantan. Nak suruh aku jadi gay ke? Anak pun tak dapat, dosa ajelah
dapat! Rizal bermonolog dalam hati.
Along dan angah saling berpandangan.
“Maybe
this is a right time, along. Kita
tak boleh rahsiakan hal ni lagi,” bisik angah kepada along. Namun, bisikan itu
dapat didengari oleh Rizal walaupun Rizal sendiri tidak begitu pasti akan butir
bicara yang dibisikan kedua-dua anak saudaranya itu.
“Errr… abah,” ujar along.
Apa hal dia orang ni? Normal ke
tidak? Macam tak betul aje.
“Abang Khai tu sebenarnya bukan abang...”
Rizal angkat kening. Bukan abang?
Habis tu nak panggil apa? Pak cik? Atuk?
“Abang Khai tu perempuan,” celah angah
dengan lancar tanpa gangguan road-block
yang sungguh goblok itu.
Rizal terlopong. Terkedu. Terkejut
yang amat sangat. Kalaulah dia ada lemah jantung, rasanya dah lama dia koma.
Rasa macam nak menangis, tapi air mata pulak tak nak keluar. Berita yang boleh
membuatkan sesiapa sahaja terkena kanser jantung dan kentut berdarah. Khai tu
perempuan? Kenapa dia orang tak pernah bagi tahu sebelum ni?
p/s: Nak tahu kisah selanjutnya? Belilah novel ni. Haha. Kalau nak order dengan saya, boleh e-mail saya nuraqilahsyuhaidah@gmail.com atau PM page kat Facebook.
p/s: Nak tahu kisah selanjutnya? Belilah novel ni. Haha. Kalau nak order dengan saya, boleh e-mail saya nuraqilahsyuhaidah@gmail.com atau PM page kat Facebook.
10 comments:
hahahahaha
terkezut beruk dia..
so sweet........
bgus2x....
rizal dah thu khai 2 pmpuan...
so mulakan la lngkg rizal....
wow sweet gile..pch tmblang..hahaha besh nye..besh nye..ngat smpi bab23 bhg-3 je..smkin ku xsbar nk tnggu novel ni dterbitkn..hemm..
ala kne tggu nvl ni trbit bru bley bce lg.....
hurm lme lg kot
papepon gd luck k,hopely hppy ending stoooooooooooory
agk2 bila nk kuar novel ni.. dh x sbr nk baca smbngn nye... mesti sweet ....
dh baca novelnya, ending yg sgt sweet tp pendek sgt..buat la sambungan..ahakss...
Tahun bila nk keluar ni
Bila nk keluar novel ni
ni novel tahun 2011. dh lama sgt. rasanya mmg dh xde kat kedai
Post a Comment