Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Wednesday, November 9, 2016

List barang keperluan baby (newborn)

Assalamualaikum... okey aku tahu sebelum ni aku asyik dok update pasal novel, tapi sejak dah kahwin dan bakal jadi mummy ni, tahap keminatan aku pada novel dah agak kureng so sekarang aku rasa macam nak banyak update pasal kehidupan diri sendiri pulak. Hewhew... tak nak baca tak paksa. Apa yang aku tulis ni pun untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
.
Dulu masa mula-mula pregnant excited nak beli baju baby cepat-cepat. Baby first la katakan. Tapi Incik Sopi tahan dan suruh aku sabar. Katanya belilah masa kandungan dah 7-8 bulan ke atas. Yelah aku tahu, tapi aku suka tengok baju dan barang-barang baby yang comel2. Acane? Haha.
.
Sekarang alhamdulillah bukan setakat kandungan, tapi perut dan badan aku juga mengembang dengan jayanya. Huahua... mana taknya, asyik makan tido makan tido. Kata mak mentua aku, takpelah kembang time pregnant. Nanti tengah berpantang diet la kasi kurus balik. So tengah-tengah pregnant ni aku pulun jela makan semua benda. Berat badan pun sekarang dah bertambah lebih 15kg. Huhuhu.
.
35 weeks. Maafkan keadaan sememeh diatas raskog trolley itu. Banyak barang baby belum bersusun. Huhu

.
Aku ada juga refer blog-blog mummies lain untuk beli barang keperluan baby ni. Dan kat sini aku nak list kan barang keperluan untuk baby yang aku buat sendiri. Mana tahu boleh direfer oleh mummy-mummy diluar sana juga. Harap bermanfaat :)
.
PAKAIAN BABY
1- Baju harian @ siang - baju seluar pendek dan lengan pendek. Biasanya baju lubang-lubang dan singlet. Dengan cuaca Malaysia yang agak panas ni, memang tak seswai korang nak pakaikan baju dengan seluar panjang siang-siang hari.
.
2- Baju malam @ tidur - biasanya malam baru pakai baju lengan panjang dan seluar panjang. Tapi tengok keadaan jugaklah. Kalau cuaca panas takkan nak pakaikan lengan panjang jugak. Maunya ruam satu badan budak tu nanti. Ahaks...
.
3- Romper & jumpsuit - multipurpose. Boleh pakai siang dan malam. Kalau beli yang cantik sikit boleh bawa pi jalan-jalan.
.
4- Baju jalan-jalan - yang ni beli lawa sikit, senang nak bawa anak pi event ke, kenduri ke
.
5- Mitten & booties - sarung tangan dan sarung kaki. Yang ni aku tak rancang nak beli banyak sebab tak nak biasakan anak pakai sarung tangan sangat. Tapi bila pi kedai baby, tak terperasan lak aku dah terborong berpuluh-puluh pasang sebab cute tangat-tangat. Haha.
.
6- Bib - untuk elakkan susu meleleh terkena baju. Tapi aku tak beli banyak pun.
.
7- Sapu tangan - bila dah jadi mommy nanti memang sapu tangan jadi benda wajib untuk dibawa dalam handbag setiap masa.
.
8- Bonnet @ topi - biasanya baby newborn pakai untuk elakkan masuk angin.
.
9- Barut - aku beli yang jenis strap kat pasaraya. Senang, tak yah nak berikat-ikat.
.
10- Bedung - sekarang memang dah ada jenis bedung moden yang jenis strap dan zip tapi aku tak beli sebab takut baby rimas. So aku beli kain bedung printed yang biasa. Aku kenalah belajar membedung baby lak lepas ni. Ngeheee... kebanyakan bedung aku beli kat IG: mybabyaccessories
.
NURSERING
1- Set tilam - Pasaraya, even kedai online pun dah berlambak jual set tilam. Seeloknya beli yang jenis kekabu supaya takde hama melekat.
.
2- Baby cot - Bukan satu keperluan. Hanya optional pada yang nak baby belajar tidur sendiri. Haha.
.
3- Kelambu (mosquito net)
.
TRAVEL
1- Beg baby - nak senang beli yang jenis backpack.
.
2- Baby carier.
.
3- Stroller - nak cari yang murah-murah boleh tengok FB: QQ Baby Shop
.
4- Nursing cover - aku beli kat FB: Mama & Babyshop Online
.
5- Car seat - nak cari yang murah-murah boleh tengok FB: QQ Baby Shop
.
6- Breastmilk storage bag
.
7- Baby nappysack - Khas untuk bungkus lampin atau baju kotor baby supaya bau 'harum' tak semerbak mencemari hidung orang lain. Nak yang proper elok, boleh beli kat IG: khailish_ tapi kat Daiso pun ada jual. Boleh tengok kat bahagian Pet
.
BATHING
1- Tuala baby - Kata sorang kakak pada aku, tuala baby ni better beli banyak sikit sebab takut gak baru je lepas mandi dia melepas pulak. So senang nak lap.
.
2- Besen mandi - aku beli yang IKEA je. Huhu.
.
3- Toiletries set.- Memandangkan aku tak tahu tahap ke'sensitif'an kulit baby aku, aku beli je jenama Sebamed Baby kat farmasi untuk permulaan. Tapi aku cam terpengaruh gak dengan jenama Joeille Baby dan Tropika. Hurmm... rambang mata. Hahaha.
.
DIAPERING
1- Napkin - yang ni bagi aku optional. Napkin dah tak berapa releven sebab mak-mak sekarang pakai diaper cloth yang washable tu atau lampin pakai buang je.
.
2- Diaper - Aku beli satu pek je dulu jenama PET PET. Baby newborn kan selalu poo poo so membazir la beli mahal-mahal.
.
3- Wet tissue
.
4- Changing mat - lapik kat tilam baby atau bawa setiap kali travelling. Mana tahu tengah-tengah tukar diaper atau baju baby, dia melepas pulak.
.
5 - Baldi atau bakul untuk lampin / baju kotor
.
6- Detergent khas pencuci baju - Hajat hati nak beli jenama Pureen atau Pigeon, tapi dah letih sangat tawaf pasaraya, last2 aku beli jenama Tolljoy.
.
BABY CARE & GROOMING
1- Bedak baby - yang ni pun bagi aku dalam kategori optional. Takut gak tersalah pilih nanti bahaya untuk paru-paru baby. Tapi kalau korang ada bajet lebih, boleh je try beli bedak baby yang jenis liquid.
.
2- Losyen baby - aku beli kat farmasi jenama Sebamed Baby
.
3- Baby oil - Hajat hati nak beli jenama Joielle tapi jenama ni susah nak dapat area Port Dickson. Nak beli online, aku malas nak bank in. So last-last beli je jenama Johnson's Baby
.
4- Putik kapas (cotton bud)
.
5- Cotton ball - khas untuk cuci tengkuk, telinga, pusat dan bahagian2 sensitif baby.
.
6- Minyak telon - ada orang kata minyak yuu yee tak halal so aku tak berani nak cuba. Aku pun beli jenama Tropika (Baby Herbal Cream) Sesuai untuk kembung perut, sembelit, selsema, batuk, kahak dan asma
.
7- Baby grooming set - beli loose pun boleh setakat ketip kuku baby & thermometer dulu tapi aku beli satu set terus. Senang nak bawa pi travel. Aku beli jenama Tommee Tippee kat IG: feed_obses
.
8- Nappy cream - mula-mula macam nak beli jenama Sebamed Baby tapi terpengaruh dengan review Hanis Zalikha pasal nappy cream jenama Bepanthen kat IG beliau. So aku belilah yang ni. Haha.
.
FEEDING
1- Set botol susu - ada orang cadangkan jenama Avent, tapi aku rasa nak try jenama Tommee Tippee. Set ni aku beli kat IG: feed obses Pre-order lama, tapi berbaloi la tunggu. Dapat harga murah (masa aku beli tu harga offer RM399) dan dapat semua yang ada dalam gambar bawah ni:-
.
Tommee Tippee Closer To Nature Essentials Kit Black
.
2- Puting susu saiz S - optional
.
3- Berus pembersih botol
.
4- Bottle sterilizer
.
5- Bottle warmer - optional. Nak jimat, cairkan je storage susu dengan rendaman air panas
.
6- Nipple cream
.
7- Nursing pad washable / disposal - penting kalau korang nak pi travel atau seorang mommy yang bekerjaya. At least takdelah basah lencun baju kalau terlupa atau malas nak pump susu.
.
8- Breast pump - aku beli yang manual jenama Tommee Tippee kat IG: aalium. Ada orang kata sakit pakai breast pump elektrik. Ya ke? Aku pun x tahu. Tengoklah nanti kalau aku rasa nak tukar ke elektrik pulak
.
9- Cooler set bag - storage bag dan ice gel. Yang ni biasanya untuk bawa travel.
.
10- Nursing pillow - bantal lapik bahagian perut dan pinggang masa breastfeed baby. Optional saja. Guna bantal biasa pun boleh.
.
11- Termos
.
12- Bottle drying rack - Senang untuk sidai botol susu lepas basuh. Takdelah kena sidai kat tempat basuh pinggan rumah kan.
.
13- Liquid cleanser - sabun khas untuk basuh botol, puting susu etc...
.
14- Nipple shield - pakai takut luka masa breastfeed baby. Tapi ni sekadar optional saja.
.
KEPERLUAN BERPANTANG
1- Tungku baby - penting jugak untuk elakkan baby kembung perut. Aku beli kat FB: Saylee Little Kidz
.
2- Tungku ibu - mula-mula nak beli jenama Nona Roguy, tapi terbeli tungku besi kat FB: Saylee Little Kidz
.
3- Kain batik - aku beli 3 helai je
.
4- Stokin - tak beli, pakai Incik Sopi punya. Haha.
.
5- Baju sejuk - pun tak beli, pakai yang sedia ada
.
6- Tuala mandi.
.
7- Air selusuh / zam zam / minyak kelapa dara
.
8- Tukang urut
.
9- Set jamu / berpantang - selepas baca banyak feed back positif kat internet, aku beli set berpantang Nona Roguy kat FB: Set Bersalin Honeyz. Nanti mungkin nak tambah Ephyra pulak
.
10- Bengkung - beli bengkung ekspress yang ada zip kat tepi kat IG: sy_online_shop
.
11- Nursing bra - yang ni paham-paham sendirilah kenapa kena beli.
.
12- Maternity pad - instead of beli pad bersalin, aku beli lampin dewasa sebab lagi besar dan lagi berkesan memerangkap cairan. Aku beli jenama Tena kat Tesco.
.
EXTRA
1- Penyangkut baju baby
.
2- Penyangkut kecil untuk sarung tangan dan kaki
.
3- Mainan baby - takyah mainan-mainan hardcore, budak tu kecik lagi. Beli je plush toys. Huhu
.
4- Teether - tak nak beli lagi pun takpe sebenarnya. Saja senaraikan dulu
.
5- Almari laci baby - kebanyakannya aku beli barang IKEA. Murah pun murah, nak lipat balik pun senang
.
6- Buaian elektrik
.
7- Set tanam uri - hanya optional, lebih kepada kehendak. Aku beli pun hanya sebab nak memudahkan kerja-kerja Incik Sopi untuk tanam uri. Set yang aku beli tu dah ada gloove, pembungkus, asam jawa dan macam-macam lagi. At least takdelah susah-susah nak pi cari barang kat dapur kan
.
Hmm... letih taip. Aku rasa tu jelah kot. Kalau ada benda lain yang korang nak, tambahlah sendiri. Ni aku cuma senaraikan apa yang aku beli n aku rasa perlu. Okeylah, nak sambung tido. Bye2. Haha