Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Wednesday, May 11, 2011

Amar Farish 6

Tepat pukul 9.00 malam, Zahra baru keluar dari bangunan Media Art & Craft Bhd. Kerja sebagai wartawan  memang tak tentu masa. Bukan macam pekerja lain yang boleh balik pukul 5. Bukan apa, bagi Zahra selagi tak selesai keje, selagi itulah dia rasa berat hati nak balik sebab kalau dah balik tak buat dah keje-keje yang bertangguh kat pejabat tu. Terus selam katil dan membuat aksi tidur yang ganas.

            Jue dah balik sejak petang tadi. Zahra malas nak menyusahkan dia nak suruh dia datang ambik malam-malam ni. Lebih baik dia jalan kaki sahaja. Harap-harap jumpalah teksi.

            Sedar tak sedar sudah seminggu dia bekerja di syarikat itu. Biasalah bila dah jadi wartawan ni, bergerak ke hulur ke hilir tak tentu masa. Pakaiannya sekarang lebih kemas. Tak ada lagi selipar jepun, seluar track ataupun baju kurung. Thanks to Jue yang banyak memberi tunjuk ajar.

            Sebenarnya bekerja di situ seronok, pekerja-pekerja pun mesra alam. Yang jadi masalahnya sekarang si mafia busut tu je. Zahra tahu dalam diam-diam Farish sebenarnya mahu menderanya. Budak tadika pun tahulah. Ada saja benda yang tak kena padanya. Zahra tulis artikel salah la, tak menepati tajukla. Tugas dia ke cek artikel? Bukan tugas editor ke?

            Pon! Pon! Nak tercabut usus besar Zahra bila terdengar bunyi hon kereta yang datang entah dari mana. I say man…nak layan blues pon susah. Siapa mamat dalam kereta tu,hah? Siap lambai-lambaian kat aku macam lambaian kasih.

            “Zahra!” Aik, siap kenal nama aku lagi. Siapa agaknya beliau ni? Meh kita cekidout ckit.

            “Encik Rudy?” Zahra angkat kening. Owh…mamat ni rupanya.

            “Sorang je?”

            “Eh taklah, saya bawak mak, ayah, atuk, nenek, sepupu, 2 pupu dan kupu-kupu.” Selamba jawapan tu keluar dari mulut Zahra. Apalah dia ni. Tak nampak ke aku memang sorang-sorang ibarat melukut di tepi tong sampah sekarang ni.

            Rudy tersengih. Aik, ingat nak marah tadi. Tak cukup laser ke Zahra membidas kata-katanya tadi?

            “Sorry, hmm…dah malam ni. Tak elok balik berjalan sorang-sorang macam ni.”


            “Dah tu nak buat macam mana lagi, Encik Rudy? Takkan nak merangkak plak ye tak? Haa…bergurau kasar plak saya. Err…susah nak dapat teksilah malam-malam macam ni.”

            Rudy mengangguk-angguk. “Okey, kalau macam tu mari saya temankan awak balik. Naiklah.”

            “Huh?” Zahra dah tergamam kat situ. “Tak pe ke, Encik Rudy? Rumah saya jauh.”

            “Tak pe, saya pun bukannya nak balik terus. Naiklah, awak kan pekerja saya. Tak elok saya biarkan awak sorang-sorang kat sini. Kena kidnap kang siapa susah?”

            Zahra terdiam kejap. Setelah berfikir-fikir secara dewasa, tumpang ajelah. Sudahlah kawasan perumahannya agak sunyi dan seram. Tak relalah nak balik berjalan sampai sana. Buatnya jumpa cik ponti. Dia tu sudahlah penakut tahap extreme.

            Sepanjang perjalanan, Rudy hanya berdiam diri. Langsung tidak menunjukkan minat mahu berbual dengan Zahra. Daripada cerita yang Zahra dengar di ofis, si Rudy ni memang jauh beza dengan Farish. Dia ni gentleman sikit, cakap pun lembut je. Tapi Farish? Huh, tak kira dengan siapa pun. Cakap pakai aku, kau je. Mulut dia yang kurang ajar tu menambahkan lagi rasa geram aku pada dia. Tapi mulut aku ni baik sangat ke? Hehe… Zahra tersengih nakal.

            “Demi cintaku pada mu, ku serahkan jiwa dan raga…”Dia mula menyanyi lagu Amy Search bila dah tak tahu apa nak dibuat. Bosan gila tahap cipanzi terkucil.

            “Minat Amy Search?” Akhirnya terkeluar juga soalan dari mulut si gentleman ni selepas berkurun menunggu. Sebenarnya takde la berkurun, beberapa minit je.

            “Tak delah minat sangat tapi lagu-lagu dia oklah, kenapa?”Zahra cuba mengajak Rudy berbual.

            Rudy menggeleng. “Nothing. Mmm…awak ni dah ada boyfriend ke belum?”

            “Haa…ada, saya simpan dalam kocek seluar member saya.”

            “Huh?”

            “Hehe…sorry Encik Rudy, saya memang kuat merapu dari dulu sebab mak saya masa mengandung asyik makan ikan kerapu je. Haa…takdelah, saya tak mainlah kapel-kapel ni. Mak saya cakap, bercinta lepas kahwin lagi manis, ye ke? Manis macam mana tu agaknya? Ada serupa iklan aiskrim Cornetto ke?”

            Zahra tiba-tiba teringat iklan aiskrim yang ada dalam TV. Bila yang lelakinya pegang aiskrim, yang pompuan pon nak jugak. Dan lepas tu bermulalah detik-detik percintaan. Wah…kelas gitu. Tapi kalaulah cari pasangan semudah tu, kan? Kan? Kan?

            Sedang dia tergelak sorang-sorang, dia baru tersedar Rudy dari tadi asyik merenungnya. Apa kehalnya mamat ni? Ada yang tak kena ke kat muka aku?

            “Awak ni kelakarlah, Zahra.”Itu ayat yang keluar dari mulut Rudy. Apa ingat aku ni badut sarkas ke?

            “Ok, kita dah sampai.” Kereta berhenti di bahu jalan.

            “Macam mana Encik Rudy tahu saya tinggal kat sini?”

            Rudy tersenyum. “Kan awak ada tinggalkan biodata awak kat company, ingat tak? Saya tahu semua tempat tinggal pekerja Media Art & Craft.”



            Ekk…malunya. Ingat ke dia ada siasat latar belakang aku ke. Perasan pulak aku ni. Zahra tersengih.


            “Thank you, Encik Rudy. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.” Rudy angguk.

            Tapi tidak lama selepas Zahra meninggalkan kereta Rudy, lelaki itu memanggil namanya semula. Terpaksalah Zahra ringankan kaki melangkah ke kereta Rudy semula.     

            “Lupa saya nak cakap, malam esok company ada buat majlis makan malam untuk pelabur-pelabur company. Saya nak awak datang sebagai pasangan saya boleh?” Permintaan Rudy itu membuat Zahra tercengang. Pasangan dia? Aku ni tengah mimpi ke? Somebody slap me please!

            “Err…saya gurau je. Hahaha…”Rudy tiba-tiba ketawa sambil garu-garu kepala. “Sorry, maksud saya datang sebagai wartawan. Tolong ambilkan gambar beberapa orang kenamaan untuk dimuatkan dalam majalah kita, boleh?”

            Zahra tersengih sambil mengangguk-angguk. “No problem, Encik Rudy. Itu kan memang kerja saya.”

            “Okey, jangan datang lambat tau. Saya tunggu.”

            Zahra tak nak cakap banyak, angguk jelah. Baikla pulak dia ni. Macam Gunung Everest dengan busut semut kalau nak dibandingkan antara dia dengan Farish. Sebut pasal busut teringat pulak aku kat mafia busut tuh. Bajet macho. Bluwekkk!!

************

            Hari ini, Zahra dan Jue diperkenalkan dengan rakan setugas mereka yang baru dilantik. Kebiasaannya wartawan majalah di syarikat itu hanya bekerja secara berpasangan tapi nampaknya peraturan baru telah diwujudkan. Tak apa, tambah seorang sahaja bukannya masalah besar. Lagi ramai lagi meriah. Gempak…mesra!

            “Ok Fara, kalau ada apa-apa masalah boleh tanya Zahratul dan Juliana,”beritahu Dato’ Sharif tersenyum sebelum meninggalkan Fara bersama Zahra dan Jue.

            Fara cuma tersenyum dan mengangguk. Zahra terpegun melihat penampilan gadis bernama Fara itu. Dia mempunyai personaliti yang menarik dengan gaya berpakaian yang cukup menepati ciri-ciri seorang wartawan. Sekali dah macam wartawan penyiaran pulak.

            “Fara.” Fara memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kepada Zahra.

            Zahra dengan ramah menyambutnya. “Saya Zahratul, panggil Ara je. Ini Jue.”

            Fara tersenyum. “Harap kita boleh bekerjasama dengan baik lepas ni. Dan tolong tunjuk ajar mana yang patut sebab saya belum ada pengalaman kerja.”

            “Eh,samalah. Saya pun tak ada pengalaman kerja. Kalau nakkan orang berpengalaman, tanyalah Cik Jue ni hah, dah lebih setahun dia kerja kat sini.” Zahra galak bercerita sambil menunjukkan sahabatnya yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia.

            Pertama kali ditempat kerja, Fara sudah mulai serasi dengan Zahra dan Jue. Tetapi tanpa Zahra dan Jue sedari, Fara sebenarnya adalah pegawai polis dan perisik yang menyamar bagi mengawasi Tengku Kamal, pengarah urusan ZIMAL Medic. Hanya dengan bekerja di syarikat yang berdekatan dengan ZIMAL Medic Fara dapat menjalankan tugasannya dengan baik. Terima kasih kepada Dato’ Sharif yang sanggup bekerjasama dengan pihak polis bagi menjayakan misi ini.

********
“Aku dengar papa aku ambik wartawan baru kerja kat sini.” Farish menyapa ketika melihat Rudy sedang meneguk air di pantri.

            “Ha ‘ah, tak silap aku nama dia Fara tapi pelik jugak sebab temuduga tak dibuat melalui aku selaku Ketua Pengarang, kau tak rasa pelik ke?” tanya Rudy angkat kening.

            Farish mengangkat bahu. “Entahlah aku, tapi…dia cun tak?”

            Rudy buat kening double jerk. Tahu sangat dia kalau Farish bertanya soalan seperti itu.

            “Kau ni tak habis-habis nak menyula je!”

            Farish ketawa. “Kucing tak pernah tolak ikanlah. Cepatlah, cun ke tak?”

            Rudy memuncungkan bibir. “Mmm…boleh tahan. Pandai bergaya. Cun jugakla tapi nampak garang sikit.”

            “Garang ek? Tak pe, makin liat makin best.” Farish ketawa. Di kepalanya sudah terpasang angan-angan untuk mengayat staf baru syarikat itu.

            Rudy tergeleng-geleng. Dia sendiri sudah kehabisan ayat untuk menasihati Farish. Lantaklah nak ayat siapa pun. Asalkan jangan Zahratul Jannah aku. Haish, sejak bila pulak minah tu jadi hak milik aku? Rudy tersengih sendiri dan terus membancuh gelasnya yang telah kosong.

***************

            “Inspektor Fara, sila lapor tentang keadaan anda.” Ketika Fara duduk di mejanya untuk memulakan tugasnya sebagai wartawan pada hari pertama, dia terdengar satu suara menembusi lubang telinganya.

            Fara mengambil telefon bimbit, berpura-pura dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Badannya telah dicemari dengan wayar-wayar yang membolehkan petugas risikan berkomunikasi dengannya tanpa disyaki sesiapa.

            “Setakat ni keadaan terkawal. Tiada siapa tahu tentang identiti sebenar saya kecuali Dato’ Sharif,”beritahu Fara perlahan.

            “Sila jalankan tugas anda sekarang.” Mendengarkan arahan itu, Fara segera menangkap. Dia mengemas barang-barangnya untuk keluar dari bangunan Media Art & Craft bagi menjalankan tugas sebenarnya.

            Sebab dia memilih untuk memegang jawatan sebagai wartawan adalah kerana dia boleh keluar masuk pejabat dengan alasan ada liputan di luar dan memerlukan artikel untuk majalah.

            Ketika dia baru bangun dari kerusi, Farish datang menyapanya dengan segaris senyuman menggoda.

            “Hai, you staf baru kat sini?” soal Farish.

            Fara sekadar mengangguk dengan wajah sedikit tegas.

            Farish mengangguk-angguk. “By the way, I Farish, pemangku PU kat sini. Kalau ada apa-apa yang you tak faham, you boleh tanya I. Anything.”

            “Baiklah, saya pergi dulu Encik Farish.” Fara tiada masa mahu melayan Farish kerana tugasannya sekarang lebih penting. Dia terus melangkah laju meninggalkan Farish yang terpinga-pinga.

            Farish menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sebetulnya dia agak tersentap. Pelik, takkan perempuan tadi langsung tidak tertarik dengan aset senyuman menggoda yang dimilikinya?

            “Kata segelintir lelaki, kucing tak pernah tolak ikan. Tapi Fara bukannya ikan. Kalau Fara sejenis ikan, dah lama Fara mati sebab tak boleh bernafas di darat.” Farish menoleh sebaik mendengar kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Siapa lagi yang berani menyindirnya di ofis itu kalau bukan Rudy.

            “Hei, ini baru permulaan okey. Aku fahamlah, tugas sebagai wartawan ni agak sibuk,”balas Farish. Cuba menyedapkan hati sendiri sebenarnya.

            Rudy malas mahu membalas. Farish memang tidak tahu mengalah. Ikut genetik siapa agaknya. Terus dia melangkah pergi dari situ.

            Farish mengeluh. Dia mengerling jam tangannya. Baru pukul 10 pagi. Aish, bosan la pulak. Rasa macam nak sakat orang tapi nak sakat sape ek? Kalau aku sakat mak cik cleaner kang takut mak cik tu ingat aku nak flirt dia pulak.

            Toleh punya toleh, Farish ternampak Zahra yang sedang tekun menyiapkan kerja di mejanya. Yes, ada jugak mangsa.

            “Woit!”

            Tersentak Zahra dengan kedatangan Farish secara tiba-tiba itu. Zahra ketap bibir. Mamat ni memang tak pernah kasi aku senang hati.

            “Kau nak apa?”dengus Zahra. Di pejabat itu hanya dia seorang yang berani membahasakan diri sebagai aku, kau dengan Farish walaupun sudah berkali-kali Jue melarangnya untuk membahasakan diri dengan Farish begitu kerana Farish adalah ketua di sini tapi Zahra buat tak dengar je. Apa Farish boleh buat? Pecat dia? Memang itulah yang dia tunggu-tunggu selama ini.

            Farish tersenyum sinis sambil mengangkat kening. “Weh, aku nak bagitahu kau ni. Aku sekarang boring kali ke-456 bersamaan 4.5 kuasa 27.”

            “So, apa kaitannya dengan aku?”sela Zahra boh-layan.

            “Kaitannya ialah aku bagi masa setengah jam kat kau. Tulis satu artikel tentang kucing yang akan disiarkan dalam majalah bulan depan. Lepas ni letak atas meja aku, okey?”

            Selepas menghabiskan kata-katanya, Farish terus melangkah pergi dengan penuh selamba badak. Zahra ternganga. Artikel tentang kucing? Siapa nak baca pasal kucing? Haish…

            Tiba-tiba Zahra teringatkan kucing Jue bernama Arshavin kat rumah. Dia tersenyum. Ada hati kau nak buli aku,ek? Baiklah, kau bacalah artikel yang bakal aku persembahan pada kau ni.

*************
Saya ada kucing bernama Arshavin. Entah dari mana dia datang. Kalau dari bunyi 'meow' dia, ada bunyi latin.



Kalau di rumah kami, Arshavin selalu dapat makan makanan sedap. Hari-hari makan Whiskas. Pada aku memang tak manis kalau aku sendiri tak dapat makan nasi  sebab beli Whiskas tapi takpela, Jue kadang-kadang belanja aku makan. Mungkin Arshavin dah boring dengan makanan yang sama, jadi dia lebih selesa lepak di rumah sebelah.



Di rumah sebelah Arshavin lebih glemer dengan nama Ash. Ini akal budak-budak sana. Tak sedap langsung nama. Macam ashtray pun ada bunyinya. Arshavin memang suka lepak di sana sebab di sana ada macam-macam makanan. Kadang-kadang tulang ayam, tulang ikan atau sekali sekala nasi. Itu pun nasi yang lebih orang makan tak habis. Rupa-rupanya dia lebih suka makanan ala kampung.
Arshavin ada anak. Anak dia tiga semuanya. Aku harap anak dia bila dah besar nanti pandai mengaji, sembahyang tak tinggal, hormat ibu bapa, SPM 20A, kenal halal haram, tak shuffle dan juga tak pakai seluar skinny jeans warna warni. Bukan apa, buruk sangat rupanya.


            “Zahratul Jannah!!!”Farish menjerit sekuat-kuat hati sebaik selesai membaca artikel yang dipersembahkan Zahra kepadanya. Kurang asam punya perempuan! Aku suruh tulis fakta tentang kucing, bukan cerita tentang kucing peliharaan.

            Staf-staf di luar bilik Farish sudah saling berpandangan. Pertama kali jejaka yang kononnya termacho di ofis itu mengamuk. Ada staf yang memandang Zahra kerana tahu Farish mengamuk kerana wartawan baru itu. Selama ini pun cuma Zahra yang berani cari gaduh dengan Farish.

            “Err…Ara, Encik Farish cari kau,”beritahu Jue mendekati meja Zahra dengan wajah kecut.

            Namun Zahra tetap bersahaja. Boleh pulak ketawa macam sawan malaria. Terus dia mengemas barang-barangnya dan menyarung kamera digital ke leher. Dia ada tugasan di luar untuk artikel terbarunya.

            “Bagitahu mamat tu aku pergi honeymoon kat honey star. Chow!” Zahra terus berlalu sambil menyanyi lagu Warkah Berlagu Pilu dengan lantangnya. Kalau orang sangka gadis kampung yang seorang ini lemah-lembut, dengar arahan @ jenis lembu kena cucuk hidung, memang silap oranglah. Dia memang jenis tak makan saman sebab dia memang tak pernah disaman pun. Nak kena saman macam mana kereta pon takde.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Monday, May 2, 2011

Amar Farish 5

           “Okey, ni tempat awak. Kalau awak rasa nak tengok-tengok dulu tugas apa yang perlu dilakukan, awak tanya Jue. Dia rakan setugas awak,” ujar Rudy semasa dia menghantar Zahra ke mejanya.

            Zahra hanya tersenyum sumbing. Baru sekarang dia ingat di mana dia pernah bertemu dengan mamat bernama Rudy ini. Dia adalah lelaki yang bersama dengan lelaki yang secara tidak sengaja dilanggarnya beberapa hari yang lalu.

            Rupa-rupanya dia anak orang kaya, matilah aku…gumam Zahra sendiri. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu semula dengan lelaki bernama Amar Farish itu.

            “Zahratul Jannah.” Zahra tersentak apabila namanya dipanggil. Rudy tersenyum memandangnya.

            “Kenapa senyap je? Ada yang tak kena?”soal Rudy lembut. Zahra tahu, melihat kepada penampilan Rudy sahaja, dia tahu Rudy seorang yang lemah lembut. Rasanya dia memang tidak sama dengan sepupunya, Farish yang perangai mengalahkan mafia busut tu.

            Zahra hanya menggeleng. Rudy sekali lagi tersenyum dan bersuara, “Saya harap awak selesa bekerja di sini. Dan kalau Farish ada marah-marah awak, awak tahan ajelah. Dia memang pantang sesiapa pun cari pasal dengan dia sebab awak pun sebelum ni pernah gaduh dengan dia, kan?”

            Zahra meneguk liur. Mamat ni cam jugak aku rupanya!

            Rudy merenung Zahra untuk seketika. Wajah di sebalik tudung biru lembut itu begitu memukau pandangannya. Dia tidak dapat menafikan Zahra seorang gadis yang cantik. Wajahnya bujur sireh, hidung mancung dan kulit yang putih kemerah-merahan.

            “Woi, Rudy! Yang kau lama-lama tercongak kat situ apahal?”Jerit Farish yang menjulurkan kepalanya dari pintu ofisnya.

            Rudy dan Zahra sama-sama tersentak. Rudy tersengih dan mengangkat tangan pada Zahra, tanda meminta diri. Anak mata Zahra mengekori langkah Rudy hingga Rudy masuk ke dalam ofis Farish.

            Zahra mencebik. Macam manalah agaknya aku nak bekerja di bawah mamat ni? Mesti hari-hari kena buli. Haishh…kenapalah aku tak tolak je tawaran kerja dia tadi? Bodoh! Bodoh! Bodoh!

            Zahra teringat kembali peristiwa di dalam bilik mesyuarat tadi. Nasib baik tidak berlaku kekecohan dan Dato’ Sharif pun tidak dapat mengesan konflik di antara dia dengan Farish.

************

            I’m dead meat…dari tadi ayat itu sahaja yang keluar dari mulut Zahra. Macam manalah aku boleh jumpa dia lagi? Walau diberi hadiah sejuta rupiah mahupun dinar sekalipun, aku tetap tak nak jumpa dia. Kalau masa tu yalah aku boleh kata, kalau aku jumpa dia sekali lagi, dia makan selipar jepun aku tapi sekarang aku tak pakai selipar jepun tau. Kalau ini syarikat dia, dah sah-sahlah aku tak dapat keje ni, getusnya.

            “Well…well…well…what a small world…” Farish tersenyum memandangnya. Bajet aku tergodalah tu. Zahra mencemik dalam hati.

            “Kenapa? Korang dah saling kenal ke?”soal lelaki pertengahan umur yang diperkenalkan sebagai Dato’ Sharif itu.

            “Mmm…adalah pernah terjumpa tepi longkang suatu hari lepas habis main guli dengan kawan-kawan. Kesian Rich tengok dia pa. Rich bagi makan, kasi tempat tinggal… sejak hari tu, dia suka panggil Rich sayang, manja dia ni. Lepas tu dia lari dari rumah lepas semua makanan Rich dia tibai…hahaha…”Farish bercerita dengan selambanya pada papa kesayangannya.

            Zahra ketap bibir. Aii…mamat ni. Nak kenakan aku lagi. Kalaulah bapak kau tak ada kat sini, aku dah tibai mulut kau tu dengan handbag mak aku yang berjenama Alfio Raldo, mahupun Bata atau kasut Hush Puppies. Tapi mak aku tak ada pakai beg jenama tu. Ni aku reka je. Huhu…

            Zahra berpaling memandang mamat yang diperkenalkan sebagai cousin Farish yang bernama Rudy itu. Dia tutup mulut, menahan gelak. Dia ni pun 2X5 dengan cousin dia. Sama-sama cam mafia busut.

            Dato’ Sharif angkat kening. Tak faham cerita Farish agaknya. Memanglah tak faham. Ingat aku ni kucing ke bleh jumpa tepi longkang? Hello, aku langgar kau kat McD la sengal! pekik hati Zahra.

            “Tak adalah, pa. Rich gurau je. Let me see your resume.” Farish kembali serius. Tanpa banyak soal Zahra terus menghulur fail di tangannya. Ikutkan hati memang dia nak blah je tapi demi menjaga hati, jantung dan usus besar Farish, layan ajelah.

            Zahra tunduk tapi kadang-kala dia curi-curi pandang ke arah Farish yang sedang berbincang sesuatu dengan Rudy. Cepatlah weh, aku nak blah ni.

            “Ok Zahratul Jannah ya? Tahniah. Awak diterima bekerja di sini sebagai wartawan majalah. Harap kita boleh bekerjasama dengan lebih baik lepas ni,”kata Farish sambil menutup fail Zahra.

            Zahra dah terlopong kat situ. Aik, macam ni je ke temuduga? Apa plan mamat ni sebenarnya? Tidak, katakan ini mimpi! Tidak!!!

            Dato’ Sharif nampak terkejut. Padanya Farish terlalu cepat membuat keputusan tanpa bertanya lebih lanjut. Tapi Dato’ Sharif cepat-cepat berdehem.

            “Ehem…well Cik Zahratul, congratulation!”

            Zahra melebarkan mulut dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat. Dia tahu dia sepatutnya gembira kerana diterima bekerja tapi…tapi…

            “Rudy, kau tolong temankan dia. Tunjuk mana meja dia dan lepas tu balik sini semula. Aku ada benda nak discuss dengan kau,”arah Farish tersenyum. Senyuman mengejek!

            Semasa Farish menyerahkan semula fail Zahra, dia sempat berbisik. “Lebih baik kau berhati-hati mulai hari ni. You’re in my game!”

            Zahra teguk liur. Mamat ni memang nak cari gaduh nampak!

***********

            “Woit! Tahniahlah, kau dah dapat keje sini. Amacam bos baru kita, handsome kan?” Sapaan Jue yang entah datang dari ceruk mana menyedarkan Zahra dari lamunan.

            Zahra buat muka bosan, kemudian tersenyum sambil mengelip-ngelipkan mata. “Ha’ah, handsome. Handsome sangat. Macam selipar jepun atok aku!”

            Jue angkat kening. “Apahal kau ni? Tak cukup handsome ke Encik Farish tu? Muka ala-ala mat saleh macam tu, alahai…buat aku rasa cam nak koma je. Tak bangun-bangun pun tak apa…”

            Zahra mencebik. Uwek…nak muntah aku. Muka cam mat saleh sesat. Handsome konon! Tapi kalau difikir-fikirkan semula, dia rasa pelik juga. Kenapa muka Farish tak macam bapak dia pun? Ke mak dia minah saleh?

            “Wei Jue, kau nak tahu satu hal tak? Encik Farish yang kau kata handsome sangat tu, mamat tu lah yang aku cerita hari tu. Yang secara tak sengaja aku langgar kat McD sampai kotor jaket mahal dia tu. Sampai sekarang dia marah kat aku lagi, tau tak? Memang masaklah aku lepas ni!”

            “Ala, sabar jelah. Dia tak boleh buat apanya kat kau. Kau kan sekarang dah jadi wartawan kat sini, bukannya selalu jumpa dia pun.”Jue cuba tenangkan Zahra yang memang malas nak tenang masa-masa camnih.

            Dia ketap bibir. Cuba memikirkan apa dia patut buat. Dia lebih rela cari kerja ditempat lain daripada dibuli.

            “Tapi cepat sangat kau temuduga, sekejap je dapat. Kalau aku dulu, memula sekali kena edit artikel, pastu jawab soalan ala-ala pshychology sikit dan yg terakhir translateken artikel. Kau tak kena ke?” tanya Jue lagi.

            Zahra geleng kepala. Macam tu ke temuduga? Tapi memang betul, memang dia tak kena buat pun tugasan seperti yang Jue cakapkan. Dia memang dah agak. Si kerek tu sengaja mahu dia bekerja di sini kerana ada agenda tersembunyi. Tak guna punya mamat!

            “Aku nak berhenti kerjalah!”

            “What? Tak bolehlah camtu, Zahra. Kang tak pasal-pasal aku kena tinggal sorang-sorang lagi kat rumah tu. Tak naklah aku, sunyi tak tak?”

            “Sorry beb, aku memang tak leh tengok muka mamat tu. Sebelum muka dia tu cium tapak kaki aku ni, baik aku blah dulu. Aku dah sain surat tawaran, jadi maknanya aku kena tunggu 2 minggu baru boleh letak jawatan. Tak pe, tak pe, sabar untuk 2 minggu je.”

            Zahra cuba sedapkan hati. Sambil tersengih sorang-sorang macam kerang masin, dia ternampak perempuan melayu berambut perang jagung tadi masuk dalam bilik mafia busut yang merancang nak kenakan dia tu. Siapa lagi kalau bukan Amar Farish Dato’ Sharif. Aishh…banyaklah pulak gelaran dia bagi kat mat saleh celup ni.

            “Girlfriendlah tuh…”Zahra memuncungkan bibir ke pintu ofis Farish. Padan sangatlah tu, si perempuan rambut perang, bajet nak jadi minah saleh walaupun muka melayu tulen, si lelakinya pulak mat saleh celup. Seswai sesangat. Macam pinang dibelah sampai hancur lebur.

            “Hmm…hari ni pompuan rambut bulu jagung, esok rambut merah pulak,”kata Jue mencebik.

            “Kenapa? Pompuan tu hari-hari tukar warna rambut ke?”Zahra menyoal bingung.

            “Ish bukanlah, maksud aku hari ni perempuan lain yang datang, esok perempuan lain pulak. Dari cerita yang aku dengar, Encik Farish tu playboy. Walaupun baru lagi kerja kat sini, dah beberapa orang pekerja perempuan kat ofis ni dia ajak keluar. Aku je dia tak pernah ajak lagi. Hahaha…”cerita Jue dengan muka poyo dengan tergelak-gelak macam kena sawan berbuih.

            Zahra hanya tersenyum mengejek. Mamat tu playboy? Mak aii…tak padan muka macam mat saleh celup. Dia ingat dia hensem sangat ke? Yang pompuan-pompuan kat ofis ni pon satu, dah tau mamat tu playboy, yang diorg setuju jugak bila dia ajak keluar apahal? Haa…aku dah fikirkan satu gelaran baru aku nak bagi kat dia. Kasanova versi brazil kuno. Harharhar…

**************
Berubah wajah Farish sebaik seorang wanita berambut perang jagung menjulurkan kepala ke dalam ofisnya. Rudy yang melihat Farish terlopong turut berpaling ke pintu. Syazreen!

            Perempuan itu melangkah mendekati Farish tapi cepat Farish bangun dari kerusinya dan berdiri di belakang Rudy. Tak rela aku digoda si bulu jagung ni!

            “Rich sayang, dah banyak kali I call you tau tak? I pergi rumah you tadi but your mom cakap, you ada kat ofis. You tak bagitahu pun you dah start keje. Kecik hati I tau,”ujar Syazreen dengan suara yang terlentok-liuk. Tergedik-gedik macam monyet. Rudy teguk liur. Sedangkan si buaya Farish pun tak nak dekat dengan minah ni, apatah lagi lelaki normal macam aku.

            “Cakap English berbelit-belit, padahal sumer orang tahu masa skolah dulu dia tak pernah pun lulus BI,”bisik Farish kepada Rudy. Dia tahu sangat sebab dia pernah satu sekolah bahkan satu kelas dengan minah bernama Syazreen ini. Pelajarannya terkandas sampai SPM je, nasib baik anak orang kaya. Kalau tak jawatan pencuci jamban Petaling Street pon belum tentu dia dapat.

            Rudy sempat tersengih mendengar kata-kata Farish. Dia cuba menahan tawanya dan bersuara, “Syazreen, boleh tak you keluar dulu? I dengan Rich busy sangat hari ni. Kitorang kena discuss something. Lain kali fix appointment dulu, boleh?”

            Syazreen mencebik. “Hmm…oklah. I’ll call you back, sayang. Pastikan you angkat tau. Daa…”

            Syazreen menghadiahkan satu flying kiss kepada Farish sebelum meninggalkan bilik itu. Farish cepat-cepat mengelak. Fuh, nasib baik tak kena flying kiss dia. Tak hingin aih aku!

            “Tu lah kau, buaya konon. Apa citer sekarang? Buaya takut dengan monyet? Hahaha…”sindir Rudy.

            “Weh, ni monyet bukan sebarang monyet. Ni monyet sewel terlepas dari zoo,” sela Farish sambil menyeka peluh di wajahnya. Dia kembali duduk di kerusi empuknya.

            “Eh, kau dengan pompuan lain bukan main gatal, dengan si Syazreen tu kau anti pulak.”

            “Habis kalau perangai tergedik-gedik cam monyet siapa tak anti? In fact, bukan Syazreen je aku anti tau, sekarang si Zahratul Jannah budak kampung tu termasuk dalam senarai.” Farish mengenyitkan mata.

            Rudy buat kening Ziana Zain. “Kalau kau anti dengan budak tu, kenapa kau ambik dia keje kat sini? Papa kau pun tak faham tadi. Kita tak habis lagi interview dia, tetiba je kau dah setuju ambik dia keje.”

            Farish terdiam seketika. Dia mengambil fail yang tersusun di mejanya. Fail yang mengandungi biodata Zahratul Jannah berserta dengan gambar gadis itu ditatap dengan wajah mengejek.

            “Aku ingat kau dah kenal aku, Rudy. Sebenarnya aku still boleh maafkan dia masa dia tumpahkan kopi atas jaket aku yang sekarang ni terpaksa dijadikan makanan tong sampah tu. Yang aku hanginnya, dia melawan cakap aku. Pada aku, tak ada perempuan yang boleh melawan atau mempertikaikan apa aja yang aku cakap dan aku akan huru-harakan hidup dia. Biar dia suspek sikit kat aku ni.”

            “Err…Rich, bukan suspek. Respect lah.”Rudy membetulkan. Mentang-mentang baru balik oversea, cakap melayu pun tak betul.

            “Errk…pape jelah!”cover Farish dengan muka merah-merah pink. Baru nak buat muka ganas macam dalam drama, tak jadi pulak.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)