Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, August 5, 2010

Abang Khai Tomboy? 23 bhg.3


“KITA kena buat sesuatu, angah.”
“Yalah, along. Angah tak nak tinggal dengan atuk. Kita tak pernah kenal dia. Lagipun, tinggal dengan orang muda lagi best. Abah selamba, orang tua, sensitif,” balas angah sambil berpeluk tubuh.
Along mengangguk-angguk dan berjalan mengelilingi biliknya. “Kita tak boleh biarkan atuk menang dalam kes ni. Kita kena sokong abah!”
“Along, angah, cerita apa ni? Adik tak fahamlah,” sampuk adik yang tengah blur.
“Kau diamlah. Jangan menyampuk hal orang tua!” selar angah tidak senang. Sudahlah kepala berasap memikirkan hal yang tak sudah-sudah, ada pulak tukang menyampuk.
Adik mencebik sambil terus minum susu botolnya. Budak kecik, apalah yang dia tahu. Kalau esok dia nak kena jual pun, dia takkan tahu.
“Abah cerita, atuk cakap kat abah yang abah tak layak jaga kita sebab abah bujang lagi. Tak berpengalaman,” kata along.
“Mana aci main macam tu! Tak kahwin maknanya tak layaklah? Undang-undang mana dia pakai?” Angah tak puas hati.
“Along dapat tahu, abah ajak Cikgu Suri kahwin!”
What?” Bagai nak terkeluar bijik mata angah mendengar kata-kata along. Gulp! Abahnya ajak Cikgu Suri kahwin? Memanglah sejak akhir-akhir ni dia suka merapatkan abahnya dengan Cikgu Suri, tapi tujuannya semata-mata untuk buat Khai cemburu. Tapi sekarang, lain pulak jadinya. “No way, Along. Cikgu Suri tak boleh kahwin dengan abah!”
“Kenapa? Kau tak suka? Bukan ke kau yang selama ni nak merapatkan hubungan antara abah dan Cikgu Suri?”
“Memanglah, tapi angah cuma nak buat Abang Khai cemburu. Angah rasa Abang Khai sebenarnya suka kat abah, tapi dia tak nak mengaku.”
“Rancangan kau, pandai-pandailah kau uruskan!” Along tertawa melihat wajah angah yang telah pucat.
Angah menggeleng. “Tak boleh, along. Sekarang kita semua terlibat. Silap langkah, abah kalah dan kita terpaksa tinggal dengan atuk yang kita tak pernah kenal.”
“Alah, apa susah? Senang-senang suruh aje Abang Khai kahwin dengan abah. Abang Khai baik, cantik pulak tu. Adik sayang Abang Khai.” Petah dan begitu selamba adik mengutarakan pendapatnya. Main sebut aje ikut suka dia. Nasib baik budak kecik.
Along dan angah saling berpandangan. Kemudian tersenyum. Adik, kepala otak kau memang genius.
*****************************
“TAK BOLEH! Mana kau orang dapat idea gila ni?” Rizal terjerit spontan sambil menatap ketiga-tiga wajah anak saudaranya.
Buletin Utama yang disiarkan di TV3, sudah tidak dipedulikan Rizal. Ada ke patut dia orang suruh aku kahwin dengan Khai? Nak mampus?
“Ini bukan idea gila, abah. Ini idea paling genius untuk selesaikan masalah ni!” kata Angah sambil tersengih.
Dah biol ke kepala otak dia orang ni? “Genius? Eh, angah, kau tu budak kelas Sains. Kau belajar banyak pasal sel-sel dan organ yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Kau cakap idea nak suruh abah kahwin dengan jantan idea yang genius? Abah rasa kau patut masuk tadika semulalah.”
Ya, Rizal tahu mereka terdesak. Mereka betul-betul tidak mahu datuk mereka menang dalam kes ni. Mungkin kerana terlalu terdesak, mereka buat rancangan bodoh seperti ini. Rizal terharu, andai anak-anak saudaranya tidak boleh hidup tanpanya, dia seribu kali ganda tidak boleh hidup tanpa mereka.
 Tapi, tak perlulah sampai nak suruh aku kahwin dengan jantan. Nak suruh aku jadi gay ke? Anak pun tak dapat, dosa ajelah dapat! Rizal bermonolog dalam hati.
Along dan angah saling berpandangan.
Maybe this is a right time, along. Kita tak boleh rahsiakan hal ni lagi,” bisik angah kepada along. Namun, bisikan itu dapat didengari oleh Rizal walaupun Rizal sendiri tidak begitu pasti akan butir bicara yang dibisikan kedua-dua anak saudaranya itu.
“Errr… abah,” ujar along.
Apa hal dia orang ni? Normal ke tidak? Macam tak betul aje.
“Abang Khai tu sebenarnya bukan abang...”
Rizal angkat kening. Bukan abang? Habis tu nak panggil apa? Pak cik? Atuk?
“Abang Khai tu perempuan,” celah angah dengan lancar tanpa gangguan road-block yang sungguh goblok itu.
Rizal terlopong. Terkedu. Terkejut yang amat sangat. Kalaulah dia ada lemah jantung, rasanya dah lama dia koma. Rasa macam nak menangis, tapi air mata pulak tak nak keluar. Berita yang boleh membuatkan sesiapa sahaja terkena kanser jantung dan kentut berdarah. Khai tu perempuan? Kenapa dia orang tak pernah bagi tahu sebelum ni?


p/s: Nak tahu kisah selanjutnya? Belilah novel ni. Haha. Kalau nak order dengan saya, boleh e-mail saya nuraqilahsyuhaidah@gmail.com atau PM page kat Facebook.

Tuesday, August 3, 2010

Abang Khai Tomboy? 23 bhg.2

“HEI, apasal sedih aje ni?” Suara itu memancung lamunan Khai. Zakwan duduk di sebelahnya sambil memegang kertas skrip.
            Khai mendengus dan membetulkan kedudukannya. Hari ini dia tidak dapat konsentrasi pada kerja. Tapi, nasib baik wataknya tidak memerlukan dia terlalu banyak menghafal skrip. Cuma letihlah sebab selalu kena lari lepas ragut beg orang.
            “Kau fikir apa?” soal Zakwan lagi.
            “Tak ada kaitan dengan kau.”
            “Hei, janganlah macam ni. Cuba cakap dengan aku apa masalah kau. Atau, apa kau selalu buat kalau kau tengah bersedih?”
            “Apa aku buat kalau bersedih? Aku akan tukar enjin motor dengan enjin kapal terbang!”
            “What?
            “Err… sorry, aku tersasul!” Hisy, apa aku mengarut hari ni? Tiba-tiba aje boleh terjangkit aura merapu Rizal.
            “Eh, Khai, aku tuntut janji kau hari tu...”
            “Janji apa?”
            “Kau kan dah janji nak keluar dengan aku hari tu?”
            Khai kaget. “Eh, bila masa pulak ada janji nak keluar dengan kau?”
            “Hari tu lepas kau blah, ada kereta Wira lalu. Jomlah!”
            “Sorry, tak sah! Aku tak nampak sendiri kereta Wira tu,” dalih Khai. Apasal si Zakwan ni? Setiap kali dia ajak keluar, kan aku asyik tolak, takkanlah dia tak faham lagi yang aku tak suka dia?
            “Okey, kita bet sekali lagi. Kalau satu hari ni tak hujan, kita keluar picnic esok, amacam?”
            “Pandai-pandai aje kau. Mesti kau dah tengok ramalan kaji cuaca semalam, kan?”
            “Isy, tak adalah! Esok kita keluar aku bawakkan present untuk kau. Kau nak present apa?”
            “Present? Semua tu past tense aje…”
            “Woi, aku tak cakap pasal present tense dengan past tenselah! Cepatlah, kau nak hadiah apa?”
            “Hadiah? Boleh aku mintak sekarang?” Khai mengurut-urut dagunya.
            “Bolehlah, kan aku tanya sekarang.”
            “Hadiah yang paling aku suka sekali daripada kau ialah... mulai hari ni, boleh tak kau jangan terlalu kerap ganggu aku,” pinta Khai terus-terang.
            “Excuse me?
            “I have to be honest with you, Zack. Memang aku selesa bekerja dengan kau. Walaupun kau cuma pelakon sambilan, tapi kau beri komitmen pada kerja ni. Tapi, sejak dulu aku tak selesa setiap kali kau dekati aku dan ajak aku keluar. Aku suka bekerja dengan kau tak bermakna aku suka bila kau ajak aku keluar makanlah, shoppinglah. Kau tahu aku pengkid, kan? Jadi, aku tak berapa ada perasaan pada lelaki. Bukan bermaksud aku suka perempuan, tapi aku memang tak ada perasaan pada kedua-duanya pun. Lelaki atau perempuan pada aku sama aje. I’m sorry.
            Zakwan yang sedang berpeluk tubuh mula menundukkan wajahnya. Jelaslah sekarang Khai tidak mahu membalas cintanya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.
            Khai lega kerana dapat meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya selama ini. Dia berharap dengan luahan ini, Zakwan akan berhenti mengganggunya. Tapi, dia berbohong. Dia berbohong tidak sukakan lelaki, padahal dalam hatinya kini sudah ada Rizal.
            “Okey…” Zakwan menyahut perlahan. “Kita masih boleh berkawan, kan? Kau boleh keluar lepak dengan aku macam kawan-kawan yang lain, kan?”
            Khai tersenyum dan mengangguk. “Boleh!”
            Zakwan tersenyum. Sabarlah hati… kau takkan kecewa lagi selepas ini. Khai pasti akan jadi milik kau!
***********************************
“AWAK dah ada jawapannya?” Rizal bertanya sambil memberi makan ikan-ikan di kolam buatan. Walaupun dia tidak menoleh menghadap Suri, tapi dia tahu Suri sedang duduk di bangku belakangnya.
“Saya… saya tak tahu, Rizal,” jawab Suri perlahan.
“Apa yang awak tak tahu, Suri? Jawapannya cuma ya atau tidak.”
“Tapi, saya perlukan masa, Riz. Kahwin bukan perkara yang main-main. Awak baru melamar saya beberapa hari lepas, hari ni awak nak saya terus bagi jawapan? Mana boleh macam tu!”
Rizal diam. Betul, aku baru aje melamar dia beberapa hari lepas, tapi aku betul-betul dah tak ada masa. Perbicaraan di mahkamah sudah ditetapkan tiga minggu dari sekarang. Aku betul-betul tak nak kehilangan anak-anak aku. Dia orang ibarat nyawa aku. Kalau dia orang tak ada, aku akan hilang semangat hidup atau paling teruk pun, masuk Tanjung Rambutan.
“Saya terdesak, Suri. Tolonglah saya!” Rizal merayu. Dia sudah tidak peduli lagi apa tanggapan Suri kepadanya.
“Terdesak? Terdesak apa? Terdesak nak kahwin?” Suri berdiri.
“Apa pulak terdesak nak kahwin... Sebetulnya, saya sendiri belum tentu boleh pikul tanggungjawab sebagai suami, tapi hari perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan ke atas along, angah dan adik tinggal lagi tiga minggu. Kalau saya tak kahwin, Dato’ akan fikir yang saya sebenarnya tak layak jaga cucu-cucunya.”
“Jadi, awak ajak saya kahwin cuma sebab nak menang kes ni?”
Rizal mengangguk. Wajah Suri berubah.
“Rizal! Suri!”
Rizal berpaling. Khai? Apsal aku tak nampak pun dia masuk tadi? Muka dia pun selamba. Tak ada unsur-unsur nak marah pun. Habis tu, apasal hari tu berapi semacam aje aku tengok muka dia? Ke dia marah sebab dia ada perasaan kat Suri? Mungkin sebab tu kut dia marah sangat semalam, Rizal membuat andaian sendiri dalam hati.
“Rizal, aku nak cakap dengan kau.”
Tanpa banyak soal, Rizal terus mendapatkan Khai. Dengan muka tanpa emosi, dia terus menarik tangan Rizal ke satu sudut lain.
“Aku akan tolong kau!” Tanpa sebarang signal, terus Khai tuturkan ayat itu.
“Tolong apa?”
“Aku akan tolong kau tumpaskan Geng 23X!”
Apa? Aku tak salah dengar ke ni? Khai nak bekerjasama dan dia berani ambil risiko kemungkinan papanya akan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati? Besarnya pengorbanan Khai. Sebab itulah aku makin cintakan dia.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Thursday, July 29, 2010

Abang Khai Tomboy? 23 bhg.1

YA ALLAH, ya Tuhanku, Kau tabahkanlah hati aku untuk menerima dugaan ini. Redakan hatiku untuk menerima takdir yang telah tersurat ini. Sesungguhnya aku percaya yang baik itu datangnya daripada-Mu dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diriku sendiri. Aku reda andai Rizal tidak mencintai aku. Berikanlah sinar kebahagiaan untuknya dan Suri. Lindungilah rumah tangga mereka andai mereka memang ditakdirkan bersama.”
Khai meraup wajahnya. Setitis lagi air mata berguguran di pipinya. Segala yang terpendam di hati sudah diluahkan kepada yang Maha Kuasa. Dia reda andai Rizal bukan diciptakan untuknya. Siapalah dia untuk dicintai seorang lelaki. Adakah lelaki yang mahukan si tomboi sepertinya?
Khai menanggalkan kain telekung. Peristiwa tengah hari tadi masih terbayang-bayang di ruang mindanya. Dia ke rumah Rizal dengan membawa lauk untuk makan tengah hari yang dimasaknya sendiri. Tapi, apa yang dia dapat? Apa yang dia dengar?
Rizal memang patut dapat perempuan yang lebih baik daripada aku. Aku ni kasar, tak ada sifat keibuan. Memang patut pun Rizal bergandingan dengan Suri. Suri cantik, baik, lemah-lembut. Bodohlah Rizal kalau langsung tak terpikat pada Suri....
Khai melangkah ke cermin solek. Sebentar dia merenung wajahnya sendiri. Macam manalah Rizal nak cintakan aku? Dia tak pernah tahu pun yang aku ni perempuan, bisik Khai.
Dulu, sewaktu mengetahui kisah Kak Khairiah daripada arwah mama dan abangnya, Khai nekad ingin lari daripada cinta. Kerana cinta telah membuat keluarganya berpecah belah. Kerana cinta, papa membenci Kak Khairiah. Kerana cinta, Kak Khairiah telah menghembuskan nafas terakhir tanpa keluarga di sisi.
Sangka Khai,apabila dia merubah perwatakannya daripada feminin kepada maskulin, tiada lelaki yang akan tertarik kepadanya dan dia juga tidak akan jatuh cinta dengan sesiapa, tapi dia nyata salah. Untuk pertama kali dalam hidupnya, dia telah menyerahkan hatinya kepada seorang lelaki dan lelaki itu tidak menyambut cintanya kerana tidak tahu akan identiti sebenarnya.
Tet! Tet! Bunyi terdapat pesanan ringkas yang masuk ke telefon bimbit. Pantas Khai mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek itu.

What’s up, sis?

Mesej daripada Khairul. Hairan, semalam orang telefon tak nak angkat. Apasal tiba-tiba hantar mesej pulak?

Apa kau nak?

Khai membalas. Memang berbalas sms dari Malaysia ke Australia agak mahal, tapi wang bukan menjadi penghalang kepada anak orang berpoket tebal sepertinya.

Marah nampak... Lu apa hal ,bhai?

Jangan kacaulah!

Khai benar-benar tiada mood saat ini. Baru nak layan blues dah ada pengacau!
Tidak lama kemudian, lagu Jaclyn Victor kedengaran. Khai tahu, kalau dia endah tak endah sahaja, pasti abangnya akan menelefon. Maklumlah, adik kesayanganlah katakan.
“Nak apa?”
“Kau apa hal, Khai? Moody semacam aje, datang bulan ke?” usik Khairul.
“Mana ada orang pernah datang bulan. Sheikh Muszaphar pun tak pernah pergi bulan.” Selamba Khai menjawab.
“Apalah kau ni, aku cakap lain kau faham ikut lain. Apasal ni? There is anything I can help?
“Ada. Boleh tak kau tolong diam?”
“Kenapa ni, Khai? Aku telefon dari jauh, tanya baik-baik, kau jawab kasar pulak.” Nada suara Khairul berubah.
Sorrylah, bro. Urat dalam kepala otak aku ni tengah berserabut. Kau nak apa?”
“Err… kau ada problem ke?”
“Aku… err…”
“Cakaplah, mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak boleh pun, aku sudi mendengar.”
“Aku dah jatuh cinta!” beritahu Khai tanpa berselindung lagi.
“Ooo… Jatuh cinta… Ha, cinta?” Biar betul adik aku ni. Jatuh cinta? Betullah wayar kepala otak dia ni dah longgar. Kalau ya pun datang bulan, takkanlah sekali dengan serebrum menerima impaknya. Tak pernah pulak aku baca dalam buku teks macam tu, bebel Khairul musykil.
See? Aku dah agak kau takkan percaya.” Lantak kaulah Arul, kau nak gelakkan aku ke, aku terima. Yang penting sekarang aku dah tak mampu nak tipu diri aku sendiri.
“Aku… Weh, seriuslah sikit, Khai. Janganla main-main!”
“Arul, dalam hal ni aku tak main-main. Dan kalau aku nak sekalipun, aku takkan buat sekarang. Aku akan buat masa April Fool nanti.”
Khairul betul-betul susah nak percaya. Serius cakap, dia tak sangka adiknya yang tomboi dan lebih kasar daripada dirinya sendiri pun boleh jatuh cinta. “Aku rasa aku dapat agak cerita kau ni. Lelaki tu reject kau, betul tak?”
“Hampir-hampir.”
“Maksudnya?”
“Dia tak tau aku perempuan!”
What? No way, Khai. Aku taulah kau ni tomboi, kasar, garang mengalahkan jantan, tapi takkanlah mamat tu tak boleh bezakan antara lelaki dengan perempuan?”
“Bukan setakat dia, aku rasa kalau kau tengok macam mana aku sekarang ni pun, kau tak boleh nak bezakan aku ni laki ke perempuan.”
“Apa beza kau dulu dengan sekarang?”
“Bila kali terakhir kau jumpa aku?”
“Err… rasanya masa kau tingkatan empat!”
“Ya, dan masa tu rambut aku panjang lagi, kan?”
Khairul mengangguk walaupun dia tahu Khai takkan dapat tengok anggukannya.
“Jadi, maknanya sekarang…”
“Bila kau nak balik Malaysia?”
“Insya-Allah minggu depan. Aku dah book tiket. Dah rindu sangat kat papa. Lama sangat dah aku tak jumpa dia...”
Tersirap darah Khai ketika Khairul menyebut perkataan papa. Papa… pembunuh!
“Khai!”
Khai tersentak. Kembali semula ke dunia nyata. “Err… Arul.” Patut ke aku bagi tahu Khairul pasal papa?
Sis, are you still there?
Err… yes. I’m still here.” Agak-agak apa reaksi Khairul kalau aku bagi tahu yang papa tak sebaik yang disangkakan? Adakah Khairul masih akan hormatkan papa macam sebelum ni? Ya, aku sayangkan papa, tapi perbuatan yang dilakukannya depan mata aku sendiri buat aku rasa susah nak maafkan dia.
“Kau ni berangan ke, Khai? Hisy, buang kredit aku ajelah!” marah Khairul.
Khai tersengih. “Err… tak apalah, Arul. Kat sini dah pukul 11.30 malam, mengantuk siot.... Aku tidur dulu.”
“Hmm… yalah. See you in heaven.
Cepat-cepat Khai menutup telefon bimbitnya. Ya, aku takkan bagi tahu Arul. Aku tak sanggup papa dibenci oleh anak kandungnya sendiri. Dan kalaupun ditakdirkan suatu hari nanti Arul tahu, semestinya itu dari mulut orang lain.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Friday, July 23, 2010

Abang Khai Tomboy? 22

KHAI tidak tahu sampai bila air matanya akan terus mengalir, tapi yang pastinya, saat ini dia mahu menangis semahu-mahunya. Dia mahu melepaskan segala yang terpendam di hatinya. Dia benar-benar tidak menyangka papanya boleh jadi sejahat itu. Kalau sekadar ingin merebut anak-anak saudaranya daripada Rizal, itu belum layak dikatakan jahat... Tapi, apabila dia sendiri melihat betapa kejam papanya membunuh manusia seperti membunuh seekor semut, tidak berperikemanusiaan namany atu.
Jemari Khai sedari tadi menekan-nekan telefon bimbit. Dari tadi dia cuba menghubungi abangnya, tapi telefon tidak diangkat-angkat. Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Setiap kali dia bersedih, dia akan mencari abangnya itu untuk meluahkan segala rasa yang bermain di hatinya. Jika tidak pun, dia akan ke Taman Tasik Titiwangsa seperti sekarang. Di sini, dia dapat merasakan ketenangan. Tapi kali ini, dia tidak dapat merasai ketenangan itu. Semakin dia cuba, semakin deras air matanya mengalir.
“Khai.” Ada suara di belakang.
Khai pantas mengelap air matanya yang meleleh bagai air terjun. Dia tidak mahu Rizal melihat air matanya. Tiada siapa yang pernah melihat air matanya.
“Menangislah,” ucap Rizal sepatah.
Khai cuba mengesat air matanya, tapi ia tetap mengalir. Sungguh, dia tidak mampu menahan air matanya kali ini.
“Menangislah kalau itu boleh tenangkan hati kau,” ucap Rizal lagi. Dia duduk di sebelah Khai. “Orang menangis, tidak bererti dia lemah. Jangan terlalu percayakan lirik lagu Lucky Laki, Superman tu. Katanya menangis adalah tanda kelemahan. Aku sama sekali tak setuju dengan lirik tu. Bagi aku, menangis ertinya mahu membina kekuatan dalaman dan satu usaha untuk menghadapi kenyataan,” ujar Rizal tenang sambil merenung tasik di hadapannya.
Khai menundukkan wajahnya.
“Aku tahu susah untuk kau terima kenyataan ni. Aku sendiri sebenarnya tak sangka semua ni akan berlaku. Kalaulah aku tahu, tentu aku takkan ajak kau…”
“Tak, jangan salahkan diri kau sendiri,” potong Khai. Dia mula mendongak dan turut merenung tasik. “Aku sendiri yang nak tengok apa kegiatan papa aku yang sebenarnya. Aku patut berterima kasih pada kau sebab tolong aku.”
Rizal merenung Khai. Hairan benar dia. Khai memang lain dari yang lain. Setahunya, lelaki selalu ingin kelihatan maco dan digelar hati batu kerana jarang menangis walaupun berada dalam satu situasi yang sangat menyedihkan. Tapi Khai, dia tidak malu menangis dan meluahkan perasaan. Dan tidak tahu kenapa, apabila melihat Khai menangis, hatinya turut bersedih.
“Aku tak tahu nak buat apa, Riz. Dari tadi aku cuba telefon abang aku, tapi dia tak angkat pun...”
Rizal kaget mendengar kata-kata Khai.
“Abang? Kau ada abang?”
Khai mengangguk. “Dia jarang balik Malaysia. Sejak mama dengan papa aku bercerai, abang aku ikut mama aku tinggal di Australia. Dua tahun lepas mama aku dah meninggal, dia masih tinggal kat sana sebab tengah belajar, dia sambung Master.”
Rizal mengangguk-angguk. “Habis tu apasal kau nak telefon abang kau?”
“Aku nak bagi tahu dia pasal papa aku!”
What? Tolong, Khai. Keadaan tengah tak selamat sekarang. Baru pagi tadi kita hampir-hampir terbunuh, tau tak?”
“Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Duduk diam-diam tak buat apa-apa? This is serious, Riz. Papa aku seorang pembunuh!”
Okay, fine. Kau bagi tahu abang kau lepas tu kau nak abang kau buat police report, macam tu?”
Khai terdiam.
Please, Khai. Think about it. Ya, papa kau dah bunuh orang, tapi aku rasa buat masa ni tak selamat. Mungkin kau cuma nak luahkan perasaan pada abang kau, betul tak? Tapi, mungkin abang kau akan buat police report pasal papa kau lepas tu!”
Khai mengetap bibir. Ada benarnya kata-kata Rizal. Nasib baik Rizal ada di sini untuk menenangkannya dan membantunya untuk berfikir secara waras.
“Papa kau bukak syarikat apa?” tanya Rizal tiba-tiba.
What?
“Papa kau ada syarikat apa?” tekan Rizal lagi.
“Dia bekalkan ubat-ubatan ke negara luar. DINI Medic Sdn. Bhd.”
“Okey…” Rizal menyahut perlahan. “Aku rasa papa kau pun terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah secara haram.”
What? Hei, Rizal, kau jangan pandai-pandai nak buat cerita.” Tak semena-mena Khai naik marah dan menarik kasar leher baju Rizal. Namun, Rizal tetap tenang, sedikit pun tidak menunjukkan rasa marah atas perlakuan Khai.
“Aku bukan menuduh, tapi aku yang siasat kes penyeludupan dadah yang melibatkan Geng 13 dengan Geng 23X. Salah seorang daripada konco Geng 13 beritahu yang nama ketua bagi Geng 23X adalah Rashid.”
Khai tergamam mendengar penjelasan Rizal. Perlahan-lahan dia melepaskan leher baju Rizal yang dipegangnya. Kemudian, dia bangkit dari bangku yang didudukinya dan berjalan menghampiri tasik.
“Aku tak tahulah sama ada Rashid papa kau atau Rashid lain. Tapi yang pasti, aku perlukan bantuan kau untuk hadapi masalah ni. Tolong aku tumpaskan Geng 23X!”
“Tak mungkin, Rizal. Aku tak nak papa aku ditangkap!” Khai berpaling menghadap Rizal dengan renungan yang tajam.
“Khai, kalau Dato’ Rashid tak ditangkap, kegiatan penyeludupan dadah dia akan jadi semakin berleluasa. Kau pun nampak sendiri yang papa kau tu dah membunuh. Dia kejam, Khai. Sekarang aku makin yakin yang anak-anak saudara aku tak boleh hidup di bawah jagaan dia.”
“Terserah! Terserah kau nak cakap apa, Rizal. Papa aku jahat ke, kejam ke, pembunuh sekalipun, dia tetap papa aku.” Sebaik menghabiskan ayatnya, Khai terus berlari meninggalkan Rizal sendiri.
Rizal mengeluh dan terduduk sambil menghadap tasik yang sentiasa indah itu.

*****************************


“BODOH! Tak guna!!!” Serentak itu buku lima Dato’ Rashid singgah di pipi Jimmy.
Jimmy jatuh terlentang di atas lantai. Anak-anak buah yang lain pantas mengangkat Jimmy dan memegang kedua-dua belah tangannya.
“Aku dah cakap kena tangkap dia orang hidup-hidup. Sekarang bukan setakat hidup-hidup, bayangnya pun kau tak dapat tangkap!” jerkah Dato’ Rashid.
“Saya betul-betul mintak maaf, bos. Dia orang pecut kereta, minyak kereta saya pulak dah nak habis. Sebab tu saya tak sempat kejar dia orang,” jelas Jimmy yang sudah lembik.
“Kau tu memang bodoh. Takkanlah nak tunggu kereta kau tu mampus baru kau nak isi minyak? Cuba kau fikir, dia orang dah lepas dan dah cam muka aku dan muka-muka buruk kau orang. Kau orang fikir boleh lepas ke?”
Jimmy terdiam. Dato’ Rashid menghentak meja di hadapannya sekuat-kuat hati. Bagaimana anak buahnya yang cekap itu boleh terlepas sasaran? Dia yakin orang-orang yang menjadi saksi sewaktu dia membunuh salah seorang konconya telah mengekorinya dari awal lagi, tapi kenapa dia langsung tidak dapat mengesan sesiapa membuntutinya hingga dia sampai ke kawasan perumahan yang sunyi itu?

Yang paling menyakitkan hati, tiada seorang pun daripada anak-anak buahnya dapat mengecam apatah lagi mengingati wajah dua orang lelaki yang didakwa telah menjadi saksi ketika itu.

**********

“CIKGU dah nak balik dah?” tanya Rizal apabila melihat Suri mengemas barang-barang selepas mengajar angah.

Suri sekadar mengangguk.
“Janganlah balik lagi. Marilah makan sekali. Saya pun dah masak makanan tengah hari ni.” Rizal mempelawa. Dia pernah mendengar orang cakap, kalau kita tengah memasak dan ada jiran-jiran tetangga yang menghidu bau masakan kita, kita patut sedekahkan sedikit kepada mereka.
“Yalah, cikgu. Marilah makan sekali,” ujar angah yang ceria macam kanak-kanak Dumex.
“Err… tak apalah, Rizal, angah. Saya biasa makan kat rumah dengan kawan-kawan,”  jawab Suri penuh sopan.
“Tapi awak tak janji, kan?”
“Hah?”
“Awak tak janji nak makan dengan kawan-kawan awak, kan? Marilah, bukan selalu dapat makan dengan seorang guru. Angah pun boleh tumpang ambik berkat.”
Angah tersengih-sengih dan mengangguk. Suri nampak serba salah. Akhirnya dia mengangguk.
Rizal kembali semula ke dapur untuk melihat lauk yang masih di atas dapur. Setelah memastikan masakannya itu telah masak, api dipadamkan.
“Ehem.” Ada suara berdehem di muka pintu.
“Oh, Suri, ada apa?” Buat apa pulak si comel lote ni duk terlongo kat pintu dapur?
“Saya tolong awak masak, boleh?”
“Tak payahlah, Suri. Saya dah habis dah. Tinggal nak senduk lauk aje.”
“Biar saya yang sendukkan, ya?” Suri masih tawarkan bantuan.
“Err… boleh ke? Kalau awak rasa tak keberatan, buatlah.” Tersengih-sengih Rizal menjawab.
Suri tersenyum. Kemudian, dia melangkah ke tempat pinggan mangkuk. Dia mengambil sebiji mangkuk besar dan menyenduk nasi dalam periuk dengan berhati-hati.
“Awak jangan nak cabar saya. Saya lebih berhak sebab saya datuk mereka. Jangan nak berbangga sangat hanya dengan sekeping kertas. Awak tu sendiri pun masih budak, bujang lagi. Awak tak berpengalaman!”
Kata-kata Dato’ Rashid tempoh hari, masa terngiang-ngiang di telinga Rizal. Tiga hari empat malam dia tidak dapat tidur kerana memikirkan ayat tu. Dato’ Rashid berpendapat dia tidak layak menjaga along, angah dan adik kerana masih bujang. Tapi, bagaimana kalau dia berkahwin? Tapi, nak kahwin dengan siapa?
Mulanya Rizal berkira-kira nak ajak Khai kahwin. Dia pun memang sayang gila pada Khai. Tapi tiba-tiba pulak dia rasa itu cadangan paling bodoh dan bangang yang pernah lahir dari benaknya yang genius. Yalah, tak ke gila kalau dia kahwin dengan jantan? Nanti bukannya menang, malahan kalah atas alasan bermoral rendah. Tapi, kalau dengan Kak Leha? Sorry, out if list dowh…
Fikir punya fikir, akhirnya wajah Suri yang muncul dalam benak Rizal. Ya, Suri adalah calon yang paling tepat. Memang dia tidak mencintai Suri, tapi demi anak-anak saudaranya, dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Perasaan cinta boleh datang kemudian.

“Err… Suri.” Yeah, maybe this is a right time!


Suri berpaling memandang Rizal.
“Awak sayang anak-anak saudara saya?”
Suri tersenyum dan mengangguk. “Tentulah saya sayang. Dia orang dah macam adik-adik saya.”
Rizal tersenyum mendengar jawapan Suri.
“Err… Saya nak cakap sesuatu.” Isy, apasal tetiba aku jadi berdebar ni? Bukan sebab aku cinta kat dia. Mungkin sebab ini kali pertama aku nak melamar orang kut. Rizal gelisah.
“Ya, cakaplah...”
“Err… saya… saya mulakan dengan gelak dulu… Hahaha... Dan hahaha… Akhirnya, hahaha… Okey, sekian.”
“Hah?” Suri pandang Rizal pelik.
Rizal cepat tutup mulut. Apa hal aku ni? Tiba-tiba aje nak mengelak. Nak cakap benda lain, benda lain pulak yang keluar. “Sorry… Kita kahwin!” Kata-kata itu Rizal ajukan tanpa sebarang petanda lagi. Ya, berjaya jugak dia luahkan perkara sebenar. Fuh, lega! Dia sudah tidak peduli apa tanggapan Suri kepadanya lepas ini. Kalau Suri ingin menolak amarannya pun, dia tak kisah. Sekurang-kurangnya dia mencuba.
Suri terlopong. Mungkin tidak menyangka akan dilamar begini.
Debush! Ada benda jatuh di muka pintu. Hampir serentak Rizal dan Suri berpaling. Khai berdiri kaku di muka pintu dengan wajah pucat. Lauk yang dibawanya untuk makan tengah hari sudah jatuh ke lantai.
“Khai…”
Tanpa kata, Khai terus pergi dari situ. Rizal cuba mengejar. Langkah dilajukan, tangan Khai berjaya ditarik.
“Nak apa lagi?” Khai menjerkah. Mata Khai merah.
“Apasal kau ni, Khai?”
“Tak, tak ada apa. Aku rasa tak sedap badan, aku blah dulu.” Khai terus beredar.
Rizal tercegat di situ. Speechless. Khai dah dengar ke aku ajak Suri kahwin tadi? Tapi, kalau dia dengar sekalipun, kenapa dia nampak macam nak marah aje kat aku? Wajarlah aku ajak perempuan kahwin, itu maknanya aku normal, Rizal mengetap bibir.
Dia menoleh. Kaget sebentar melihat Suri berdiri di belakangnya dengan muka blur. Agak-agak apa jawapannya?

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Thursday, July 15, 2010

Abang Khai Tomboy? 21

“TAK sangka, dah lama bercuti pun otak kau belum berkarat lagi,” jolok Azman sambil berjabat dengan Rizal.
Rizal tersenyum. Hari ini, dia sudah mula melapor diri selepas lama berehat di rumah. Kalau diikutkan, dia lagi suka duduk di rumah. Dah lama cutilah katakan...
Hari pertama lapor diri, Rizal kembali membuat tugas-tugasnya yang sudah lama ditinggalkan. Dia takkan berhenti memburu Geng 23X.
“Ada maklumat baru, Riz. Ini aku dapat dari konco Geng 13. Ketua Geng 23X bernama Rashid, berumur lingkungan 50-an hingga 70-an,” beritahu Alif.
“Kenapa baru sekarang dapat?”
“Semua konco Geng 13 orang Korea. Ada yang tak lancar berbahasa Inggeris, jadi menyukarkan komunikasi. Ada jugak yang tahu berbahasa Inggeris, tapi tak nak bukak mulut,” sampuk Shah.
“Oh, ya, ada antara kita yang cadangkan supaya buat serbuan sekali lagi di tempat Geng 23X. Inspektor Azriel yang maklumkan tentang tempat persembunyian kumpulan tu. Nampaknya, sampai sekarang tak ada siapa syak penyamaran Inspektor Azriel,” kata Fahmi pula.
Rizal yang mendengar, mengangguk-angguk. “Aku tak rasa itu idea yang bagus. Geng 23X licik dan banyak helah. Untuk menangkap seseorang, kita tak perlu susah payah memburunya, tapi biarkan ia sendiri datang kepada kita.”
Rakan-rakan Rizal buat muka pelik. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan Rizal.

********************************
“TAK berjaya?” soal Khai.

“Dia cakap, aku tak layak jaga cucu-cucu dia sebab aku bujang dan belum berkahwin,” ujar Rizal selamba.
Rizal memang kecewa apabila memikirkan perihal perbincangannya dengan Dato’ Rashid semalam. Bagi Rizal, Dato’ Rashid memang tidak ada sifat toleransi. Dato’ Rashid lebih rela mendera mental along, angah dan adik daripada menggugurkan tuntutan. Langsung tidak memikirkan perasaan along, angah dan adik. Lain benar sifat Dato’ Rashid bila dibandingkan dengan Khai. Khai tak adalah kejam macam tu. Ya Allah, dia tidak mahu kehilangan anak-anaknya.
“Aku tak sangka papa aku macam tu. Aku ingat dia boleh bertolak ansur sebab dah memang jelas kau yang dapat hak penjagaan, tapi…” Ayat Khai terhenti di situ. Jelas menggambarkan kekecewaannya. Tentu dia sendiri pun tak sangka papanya akan bersikap begitu.
Dalam diam, Rizal bersyukur kerana Khai tetap memberi sokongan kepadanya dan tidak berpihak kepada Dato’ Rashid. Khai selalu ada untuk memberi nasihat dan dorongan. Alangkah bahagianya kalau dia perempuan.
Kata-kata Azman berputar di benak Rizal. Kata Azman, perempuan tak berdada rata. Tapi aku tengok Khai… dadanya macam dia jugak. Tengok halkum, tak ada halkum. Tapi, bukan semua lelaki yang halkumnya jelas dan nyata dapat dilihat mata kasar. Habis tu, macam mana dia nak mengetahui identiti sebenar Khai ni?
Argh! Jiwa kacau! Aku tak nak fikir lagi benda-benda mengarut ni semua. Yang perlu aku beri perhatian sekarang adalah kes anak-anak saudara aku. Hal Khai aku boleh fikir kemudian. Tak payah kusut-kusut kepala, nanti bila aku free, aku bukak aje seluar dia, tengok dengan mata sendiri. Habis cerita. Rizal senyum nakal.
“Walau apa pun, kita tak boleh putus asa. Aku sendiri pun tak nak budak-budak tu jatuh ke tangan papa aku. Perangai dia betul-betul buat aku curiga. Dulu, dia tak pernah nak ambik tahu hal budak-budak tu, tapi sekarang tiba-tiba aje nak rebut hak penjagaan. Jangan-jangan ada udang di sebalik mi tak?” Khai mengusap-usap dagunya.
“Jangan-jangan papa kau dah tahu kut kau sebelum ni curi-curi jumpa budak-budak tu?” serkap Rizal. Dia memang sudah tahu yang papa Khai tidak suka pada anak-anak saudaranya. Khai sendiri pun jumpa anak-anak saudara mereka secara sembunyi-sembunyi.
“Tak mungkin kut. Papa aku tu memang pantang dengar nama Kak Khairiah dan cucu-cucunya disebut. Kalau dia dah tahu, mestilah dia marah gila kat aku. Atau paling tidak pun, tanya apasal aku tak ceritakan kegiatan haram aku tu selama ini. Aku tengok, relaks aje dia. Tak ada unsur-unsur lava nak meletus pun,” balas Khai selamba.
Rizal terdiam. Betul jugak cakap Mamat Yakuza ni. Kalau Dato’ Rashid sudah mengetahuinya, mesti dia akan tanya Khai dulu. Tapi menurut Khai, papanya tak cakap apa-apa pun. Tiba-tiba saja buat keputusan nak tuntut hak penjagaan ke atas cucu-cucunya. Rizal garu kepala. Makin serabut kepalanya.
“Err… Riz, kau tau Geng Fox tu apa?” soal Khai tiba-tiba.
Uiks, apa pulak kaitan Geng Fox dalam hal ni? “Kau ni apa hal? Orang tengah pecah kepala fikir masalah yang belum selesai, yang kau nak sibuk masalah negara tu kenapa?”
“Masalah negara? Geng Fox tu masalah negara?”
“Yalah, Geng Fox tu gangster dari Afrika. Antara penyeludup dadah, perompak dan pembunuh yang paling dikehendaki beberapa buah negara termasuk Malaysia.”
Khai ternganga mendengar penjelasan daripada Rizal. “Geng 13 tu pun gangster ke?” soalnya lagi.
“Eh, banyak kau tahu pasal nama kumpulan-kumpulan gangster... Mana kau tahu?” Rizal tanya balik.
“Err… aku terdengar perbualan papa aku. Dia cakap dua bulan lagi dia akan ada urusniaga dengan Geng Fox. Dia tak nak perkara yang sama berlaku masa dia berurusniaga dengan Geng 13,” ujar Khai bersungguh-sungguh.
Rizal terdiam. Berurusan dengan Geng Fox? Pernah berurusan dengan Geng 13? Kedua-dua kumpulan itu adalah gangster yang sangat dikehendaki. Tak ada orang yang akan berurusan dengan kumpulan-kumpulan macam tu melainkan orang yang berurusniaga dengan kumpulan tu pun…

Tak! Mana mungkin Dato’ Rashid. This is insane! Tapi, kalau betul macam mana? Kebetulan, dia sendiri sekarang sedang menguruskan kes ni. Menurut Alif, ketua Geng 23X bernama Rashid. Aku rasa aku dapat agak apa kaitan antara cerita Khai dengan kes yang tengah aku urus ni... Rizal membuat andaian sendiri.

****************************

“KAU pasti ke ni?” tanya Khai yang sabar menanti di dalam kereta bersama Rizal.
“Hei, kau jugak yang cakap nak tahu apa sebenarnya urusan papa kau, kan? Jadi, inilah masanya,” sambut Rizal sambil matanya tidak lekang merenung banglo besar di hadapannya.
Hari ini, Rizal mahu tahu siapa Dato’ Rashid yang sebenarnya. Tapi, dia terpaksa membawa Khai bersama kerana Khai juga turut penasaran tentang kegiatan papanya selama ini. Tambahan pula, nama dua buah kumpulan gangster yang disebut oleh Dato’ Rashid menimbulkan keraguan di hati Khai. Apa kaitan papanya dengan kumpulan-kumpulan penjahat tersebut?
“Wei, kereta papa kau dah keluar!” Pantas Rizal menghidupkan enjin keretanya.
Khai di sebelah, asyik merenung kereta papanya yang baru keluar dari perkarangan rumah. Mereka perlu mengejar Dato’ Rashid dan mengintip ke mana lelaki itu pergi.
Dari jauh, mereka melihat kereta Mercedes Dato’ Rashid dipandu dengan kelajuan sederhana. Kereta tersebut memasuki lebuh raya. Kereta Rizal mengekori kereta Dato’ Rashid. Rizal sentiasa menjaga jarak mereka agar Dato’ Rashid tidak curiga dan tidak terasa dirinya sedang diekori.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di satu kawasan perumahan yang lengang. Tidak ramai orang yang tinggal di kawasan tersebut. Rizal melabuhkan keretanya agak jauh daripada kereta Dato’ Rashid.
“Kau pernah datang sini?” tanya Rizal kepada Khai.
“Tak. Manalah pernah aku pergi tempat buruk macam ni. Kawasan ni nampak macam tak ramai orang duduk, seram semacam aje,” ujar Khai sambil memeluk tubuhnya.
Khai hanya mengangguk-angguk. Matanya masih tertancap ke arah kereta Dato’ Rashid yang berhenti tidak jauh dari keretanya.
Tidak lama kemudian, pembantu peribadi Dato’ Rashid, Rio, keluar dari bahagian pemandu dan membukakan pintu untuk Dato’ Rashid di bahagian penumpang belakang. Dato’ Rashid masuk ke dalam salah sebuah rumah buruk di kawasan tersebut sambil diiringi Rio dan anak-anak buah yang lain.
“Ganas gila bapak kau. Siap ada bodyguard lagi!” Suara Rizal memecah kesunyian.
“Diamlah kau. Aku tengah fokus ni!” marah Khai sambil matanya terus merenung rumah yang baru dimasuki papanya tadi.
“Kau tunggu sini, aku nak pergi tengok apa bapak kau buat kat dalam tu.” Rizal membuka tali pinggang keledar.
Belum sempat Rizal melanjutkan tindakannya, pantas Khai menarik tangannya. “Aku ikut.”
“Err… tapi kau…” Rizal sebenarnya risau tentang keselamatan Khai. Dia takut Khai berada dalam bahaya andai sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
“Aku berhak tahu. Dato’ Rashid papa aku.”
Rizal mengeluh. Perlahan-lahan dia mengangguk. Akhirnya mereka sama-sama melakukan misi yang tidak mustahil itu. Perlahan-lahan mereka berjalan di belakang rumah tersebut. Agak busuk dan kotor dengan bau sampah dan longkang. Tapi, demi misi ini, semuanya sanggup direntasi mereka berdua.
Rizal membantu Khai memanjat pagar rumah tersebut yang berkunci. Sebaik Khai selamat berada di dalam kawasan rumah, tiba pula giliran Rizal memanjat pagar. Setelah itu mereka mendekati rumah tersebut, cuba mencari peluang untuk melihat ke dalam.
“Aku dapat rasa sesuatu kat sini. Kau rasa tak?” bisik Rizal.
“Manala aku tau…”
“Bagus, tak tau buat cara tak tau. Aku dapat rasa getaran kat sini. Kau ada rasa berdebar tak?” soal Rizal lagi.
“Entah, tapi aku rasa nak hempuk aje kepala kau kat tiang,” jawab Khai selamba. Si Rizal ni macam ada kuasa telepati pulak. Sejenis kuasa pati aka kuasa pendatang tanpa izin.
Tiba-tiba seseorang menolak jendela rumah dan membuang puntung cerut keluar. Bulat mata Khai merenung cerut yang berada di atas tanah itu. Dia kenal cerut itu. Papanya suka menghisap cerut jenis itu.
Selepas cerut dibuang, tingkap tersebut terbiar tanpa ditutup semula. Rizal dan Khai perlahan-lahan menjinjitkan kaki mereka dan mengintai. Rizal menekup hidung apabila menghidu bau asap rokok. Sejak dulu memang dia alah dengan asap rokok.
Tapi, apasal pulak bau asap ni lain macam? Muka gangster, tapi asap rokok bau strawberi dengan epal, getus Rizal masih sempat tersengih.
Khai menjingkitkan sedikit kakinya untuk melihat dengan lebih jelas apa yang berada di dalam rumah itu. Terbeliak biji matanya apabila melihat di tangan papanya terdapat sepucuk pistol. Anak-anak buahnya pula sedang membelasah seorang lelaki yang kelihatan sudah lembik dan berlumuran darah.
“Tolong, tolonglah bos. Bagi saya satu lagi peluang...” rayu lelaki yang sudah lemah itu.
“Satu lagi peluang? Kau ingat aku ni apa, hah? Dah berapa banyak aku bagi peluang dan setiap kali tu kau rosakkan? Dah lali telinga aku ni dengar kau merayu. Sampai dah cair tahi telinga, tau tak?!” jerkah Dato’ Rashid. Sepantas itu dia mengayunkan penumbuknya ke muka lelaki itu.
Tersentak Khai menonton perilaku papanya itu.
“Tolonglah, bos. Saya…”
Pow!!!
Khai ingin menjerit, tapi pantas Rizal menekup mulutnya. Air mata Khai bergenang. Tidak disangkanya papa yang selama ini disayangi dan disanjunginya tidak berperikemanusiaan. Papanya melakukan pembunuhan di hadapan matanya sendiri.
“Aku paling pantang orang yang berani buat keputusan tanpa berbincang dengan aku. Dia ingat dia tu siapa? Umur baru setahun jagung dah berani nak melawan aku. Eric, kau uruskan mayat ni!” arah Dato’ Rashid dan menyisipkan semula pistol di pinggangnya.
Tubuh Khai menggeletar menahan perasaan. Hari ini dia telah menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan. Dan pembunuhan itu dilakukan oleh papanya sendiri. Dia menepis tangan Rizal yang masih menekup mulutnya untuk pergi dari situ. Dia berundur. Setapak demi setapak. Tiba-tiba dia terpijak sebuah botol kaca. Krak! Botol tersebut pecah.
Anak-anak buah Dato’ Rashid menangkap bunyi tersebut.
“Cepat lari!” Pantas Rizal menarik tangan Khai.
Mereka memanjat semula pintu pagar. Kemudian tanpa berfikir apa-apa terus berlari sekuat hati menuju ke kereta.
“Woi, jangan lari!”
Anak-anak buah Dato’ Rashid cuba mengejar Rizal dan Khai. Pantas Rizal dan Khai memasuki kereta. Tanpa memakai tali pinggang keledar, Rizal terus memecut sebaik enjin kereta dihidupkan. Daripada cermin pandang belakang, Rizal dapat melihat beberapa buah kereta mengekorinya.
“Riz, cepat sikit!” desak Khai yang sedang panik.
“Aku cubalah ni!” Rizal menekan minyak sekuat-kuat hati. Di meter menunjukkan hampir 180 km/j. Bahaya tak bahaya, yang penting kena selamatkan nyawa dulu. Namun, salah sebuah kereta yang mengejar mereka kian menghampiri. Ketika kereta tersebut benar-benar hampir, pemandunya menggeselkan keretanya.
“Dia orang ni betul-betul nak bunuh kita, Riz!” jerit Khai sambil memandang ke belakang. Bahagian belakang kereta Rizal sudah kemik.
Rizal yang sedang tekun memandu tiba-tiba tersenyum. Ada lampu isyarat di hadapan. Lampu kuning, sedia untuk berhenti. Sepantas itu Rizal menekan minyak ke tahap maksimum. Keretanya berjaya melepasi lampu merah, manakala kereta-kereta yang mengekorinya tadi telah dihalang oleh lampu isyarat yang sudah menunjukkan lampu merah. Ikutkan hati mereka tetap ingin terus memecut tanpa mempedulikan lampu isyarat tapi kereta-kereta yang lalu-lalang dari arah bertentangan telah mematikan niat mereka. Kalau tak berhenti nanti kena langgar pulak.
Anak-anak buah Dato’ Rashid naik hantu kerana sasaran sudah terlepas.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Monday, July 12, 2010

Abang Khai Tomboy? 20

“BETUL ke ni?” Suri melangkah mendekati Rizal yang sedang asyik merenung anak-anak ikan dalam kolam buatan itu.
“Betullah. Apa yang tak betulnya?” Rizal jawab endah tak endah.
Suri terdiam. Dia sendiri sebenarnya terkejut dengan berita yang baru disampaikan angah semalam. Menurut angah, atuk mereka yang mereka sendiri tidak pernah kenal, ingin merebut hak penjagaan ke atas mereka daripada Rizal. Walaupun dia tidak ada kena-mengena dengan angah, tapi dia sudah menganggap angah seperti adik sendiri dan angah pula sering berkongsi setiap masalah dengannya.
“Dato’ cakap saya tak layak jaga cucu-cucunya sebab saya masih muda, belum kahwin dan cuma berpangkat seorang inspektor polis. Dia rasa, dia lebih layak sebab dia kaya, berpangkat dan berpengaruh. Kononnya dia lebih berpengalaman mendidik budak-budak.” Geram hati Rizal semasa meluahkan kata-kata itu.
“Habis tu awak nak buat apa sekarang?”
“Buat bodoh!” Rizal menguis-nguis air di permukaan kolam ikan itu. Dia sebenarnya tidak berniat mahu menjawab tidak sopan dan kasar seperti itu, tapi dia memang memerlukan sesuatu untuk melepaskan rasa geram dan seseorang untuk mendengar luahan hatinya.
Tergamam Suri mendengar jawapan Rizal. Kemudian, dia tersenyum. “Cubalah istighfar banyak-banyak, ingat pada Allah. Hati orang yang selalu ingat pada Tuhannya, tak kira semasa senang mahupun susah, akan sentiasa tenang.”
Rizal terdiam. Kemudian berdiri menghadap Suri yang berdiri di belakangnya. “Saya minta maaf, Suri. Sekarang saya tak dapat berfikir dengan betul. Awak tahu, peluang saya untuk menang, cuma 50-50. Dia orang berpangkat, banyak pengaruh.”
“Tapi, awak ada surat wasiat, kan? Dalam surat tu jelas-jelas dinyatakan yang awak adalah penjaga budak-budak tu yang sah. Tambahan pulak, awak bukan orang lain. Awak ayah saudara dia orang!” tekan Suri.
“Ya, tapi Dato’ tak tahu...”
“Kenapa pulak?”
“Dia ingat saya cuma kawan Abang Razlan. Kawan yang paling dipercayai. Yang dia tahu, Abang Razlan anak tunggal, tak ada adik-beradik lain.”
“Tapi, awak boleh bagi tahu dia.”
Rizal merenung Suri. Lama.
Suri tidak selesa diperhatikan sebegitu. Serta-merta dadanya dihempap debaran. Sedaya upaya dia cuba mengawal rasa gemuruh di hati.
“Tak.” Rizal menggeleng tenang. “Saya tak nak bagi tahu sekarang. Mungkin suatu hari nanti rahsia tu akan berguna buat saya.”
Suri angkat kening.
Rizal cuma tersenyum. Senyuman yang sukar ditafsirkan.

*******************************
“JUMPA Dato’? Awak siapa? Nak apa?” tanya penyambut tetamu itu.

Amboi, cantik gila dia punya budi bahasa. Mak cik-mak cik kalau dengar pun mesti nak bermenantukan dia. Sejenak Rizal merenung sekeliling pejabat tu. Tiba-tiba dia rasa rendah diri pula. Pejabat itu, 4327 kali lebih besar dan cantik daripada balai tempat dia bertugas.
“Saya ada hal nak jumpa dia.”
“Encik ni dah buat appointment ke belum?”
“Belum, tapi awak cakapkan pada dia yang Rizal, penjaga sah kepada Ariana, Syafiqa dan Alisa nak jumpa,” tekan Rizal. Makin dia berlembut, makin naik lemak pula perempuan ini. Mana pergi budi bahasa dik oii...
Penyambut tetamu itu mengangkat malas gagang telefon. Didail nombor bilik Dato’ Rashid.
Tak ikhlasnya buat kerja. Kalaulah ini kompeni aku, dia adalah orang pertama yang aku nak pecat daripada kompeni ni. Baru kerja jadi penyambut tetamu, dah berlagak. Nasib baiklah kau tak kerja kat IBSYA Holdings, bentak hati kecil Rizal.
“Encik boleh naik sekarang. Dato’ nak jumpa,” beritahu penyambut tetamu itu selepas gagang telefon diletak.
Rizal merenung lama. “Lain kali, senang macam tu. Saya tak suka sangat berurusan dengan orang bawahan,” sindir Rizal tajam. Berubah sedikit wajah penyambut tetamu itu. Rizal sekadar tersenyum tepi dan terus mengatur langkah meninggalkan kaunter pertanyaan tersebut.
Beberapa ketika mencari, akhirnya Rizal menjumpai tempat yang dimaksudkan. Dia mengetuk pintu bilik berwarna coklat oak itu. Ada suara garau menyuruhnya masuk. Dalam fikirannya sudah ditegaskan pada diri sendiri, kena banyak bersabar. Dia tidak boleh cepat naik angin. Jangan cari gaduh dan jangan balas dengan tengkingan walaupun mulut Dato’ Rashid tak ada insurans. Kalau ada pun mungkin dia buat sendiri.
Dato’ Rashid cuma memandang Rizal sekilas. Rizal cuba tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Ada apa awak nak jumpa saya?” tanya Dato’ Rashid dengan membiarkan huluran tangan Rizal tidak bersambut.
Kurang asam punya orang tua. Dah okey aku nak salam, buat jual mahal pulak. Jemput aku duduk pun tidak. “Pasal kes tuntutan budak-budak tu. Dato’ tak boleh bertindak sesuka hati macam ni. Saya adalah penjaga dia orang yang sah.”
Dato’ Rashid tersenyum mengejek. “Ya, awak penjaga dia orang yang sah, tapi dapat ke awak jalankan tanggungjawab mendidik dia orang dengan baik?”
“Saya yakin saya boleh. Sehingga ke hari ni pun, saya tak ada masalah dengan dia orang.” Rizal membalas. Memang sekarang dia dah tak ada masalah dengan anak-anak saudaranya. Dia orang dah mula sayangkannya dan dia juga sayangkan dia orang. Along yang tak sukakannya sebelum ini pun sudah jadikan dirinya penasihat peribadi dalam apa jua segi.
“Awak tak layak sebenarnya. Siapa awak, hah? Awak tak ada kaitan dengan cucu-cucu saya. Malahan, awak langsung tak ada pertalian darah dengan dia orang. Awak fikir dengan hanya surat wasiat, awak boleh menang?”
Rizal rasa macam nak ketawa, tapi mengenangkan Dato’ Rashid ni sudah pangkat bapaknya, terpaksalah dia tahan rasa lucu dalam hati aje. Kelakar betullah Dato’ ni. Rambut dah botak, perut dah buncit, muka dah kedut-kedut, tapi cara bercakap macam budak tujuh tahun. Tak matang langsung. Dia tak tahu cara nak bezakan cara bercakap dengan orang sebaya atau lebih muda daripada dia. 

“Sekurang-kurangnya sampai sekarang saya tetap jalankan tanggungjawab saya sebagai penjaga dia orang. Kalau betul saya adalah seperti yang Dato’ katakan, Dato’ pulak macam mana? Dato’ tak pernah nak mengakui kewujudan along, angah dan adik. Dato’ tak pernah nak ambil peduli hal dia orang. Sakit pening dia orang, saya yang rawat, bukan Dato’. Mana Dato’ waktu ibu dan abah dia orang meninggal?”
Berubah wajah Dato’ Rashid mendengar hamburan kata-kata hikmat daripada Rizal. Itu baru intronya, belum sampai laser tahap dewa lagi.
“Awak jangan nak cabar saya. Saya lebih berhak sebab saya datuk mereka. Jangan nak berbangga sangat hanya dengan sekeping kertas. Awak tu sendiri pun masih budak, bujang lagi. Awak tak berpengalaman!”
Tersirap darah Rizal mendengar kata-kata Dato’ Rashid. Adakah orang bujang tak boleh pikul tanggungjawab?
“Saya tak nak berdebat di sini. Buang masa dan tenaga aje. Kita jumpa di mahkamah,” putus Dato’ Rashid, kemudian mengarahkan Rizal keluar.
Rizal rasa keputusan Dato’ Rashid takkan berubah. Berilah racun tikus ke, bom atom ke, sel kering ke, keputusan dia takkan berganjak. Rizal terus melangkah ke pintu uuntuk pergi. Makin lama dia di sini, risau pula kalau berlaku perkara yang tak diingini. Sampai di muka pintu, Rizal berpaling semula kepada Dato’ Rashid. “Kalau Dato’ upah peguam yang terhebat dan termahal yang ada kat planet ni sekalipun, Dato’ tetap takkan dapat pisahkan saya daripada budak-budak tu. Dia orang sekarang adalah anak-anak saya!”

Selepas menghabiskan ayat itu, Rizal terus keluar dari bilik Dato’ Rashid dengan hati yang puas. Puas sebab dia dah dapat luahkan apa yang terbuku di hatinya. Orang tua tu kata dia tak layak jaga anak-anak saudaranya atas sebab dia masih bujang. Tapi, macam mana kalau aku kahwin? Tentu persepsi orang tua tu terhadapnya akan berubah.

***************************************

WAJAH Dato’ Rashid sudah pucat. Bibirnya diketap-ketap kerana geram yang teramat. Cepat dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya. “Zim, saya nak awak buat apa saja untuk menang kes ni. Apa sahaja!”
Walau apa pun, dia harus mendapatkan hak penjagaan ke atas cucu-cucunya. Budak-budak itu adalah tiket untuknya menguasai seluruh harta kekayaan besannya, Tan Sri Ibrahim dan IBSYA Holdings. Selepas dia mendapat semua yang dimahukannya, dia akan menghalau along, angah dan adik daripada hidupnya dan akan memastikan bahawa selepas ini budak-budak itu tidak akan mengganggu hidupnya lagi.
“Susah sikitlah, Dato’. Dia lebih berhak sebab dia ada surat wasiat arwah,” balas peguamnya.

“Saya peduli apa? Saya dah bayar awak untuk buat kerja ni. Saya dah melabur banyak dan saya nak hasilnya berbaloi. Gunakan apa saja cara. Rasuah, tipu helah… Saya tak peduli. Pasal duit, awak jangan risau. Berapa pun awak nak, saya boleh bagi.”

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)