Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Wednesday, August 9, 2017

Cara-cara menangani bayi kolik (kembung perut)

.
Assalamualaikum n hai...
.
Aku dilahirkan dalam adik-beradik yang jarak umur yang agak rapat. Setiap seorang selang 2 tahun. Adik bongsu aku lahir masa aku 5 tahun. Umur 5 tahun apalah yang aku tahu pasal baby. Pasti bila aku dah besar, aku kekok dengan baby sebab tak pernah langsung uruskan atau jaga baby seumur hidup.
.
Masa Qayl lahir pun, aku takut-takut nak angkat dia sampaikan aku minta orang katil sebelah ajar aku cara pegang baby. Nurse pun bebel kat aku. Katanya aku kekok sebab tak pernah pegang anak sedara. Lol. Anak sedara apanya, dah abang aku pun baru kahwin sama macam aku. So senang cerita pengetahuan aku pasal baby adalah ZERO.
.
Dua minggu pertama uruskan Qayl cukup senang sebab Qayl cuma tidur. Bangun menyusu je. Tapi makin lama Qayl kerap berjaga dan setiap hari nangis. Aku buntu apa yang tak kena. Setiap kali cek perut, memang konfirm kembung.
.
Dulu masa belum kahwin aku rasa nak uruskan penyakit kembung baby ni senang. Kalau kembung sapu jela minyak telon. Urut-urut sampai dia kentut. Haha. Tapi rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Dah takdir dan rezeki aku, aku dikurniakan baby Qayl yang kuat kembung. Dia ni jenis kembung teruk, tak macam baby lain. Setiap hari nangis sebab kembung. Aku ulang lagi sekali "SETIAP HARI." Aku pun masa tu tengah dalam pantang, so aku memang agak stress sebab bila Qayl bangun je dia nangis dan susah untuk ditenangkan.
.
Husband aku sendiri cakap dalam banyak-banyak baby dia jaga (dia banyak jaga anak sedara sebelum ni), Qayl adalah baby paling mencabar dia pernah jaga. Huhu. So boleh bayangkan macam mana aku yang ZERO pasal baby ni nak handle sorang-sorang? So start dari situ aku banyak research pasal kembung.
.
Dah berbuih-buih mulut aku nak explain kat orang tentang anak aku. Antara soalan tipikal yang diterima: "Aku tak tuam ke?" "Tak pakaikan minyak telon ke?" "Pakai barut dan stokin tak?"
.
Weh, semua tu benda basic je. Kalau dah jenis baby cepat kembung, kau sapulah minyak telon dua botol sehari pun, tuamlah 24 jam pun, dia tetap akan kembung jugak. 
.
Aku rasa baby aku ni macam tak sihat sebab hari-hari kembung tapi bila tanya pada pakar, dia cakap benda ni normal. Baby aku kategori baby colic, jenis yang kembung teruk. Masalah ni akan berterusan sehingga 3 ke 6 bulan. Tak ada ubat sebab akan sembuh sendiri bila sistem penghadaman dia dah matang. Tapi macam mana cara aku nak atasi masalah ni sementara nak tunggu sampai 3-6 bulan tu?
.
.
See the gambar? First, aku tukarkan botol susu Qayl kepada botol susu anti-colic. So nanti bila baby menyusu kuranglah sikit jumlah angin yang disedut tu. Sebelum ni Qayl guna botol susu jenama Tommee Tippee jenis yang biasa.
.
Second, TERAMAT-AMATLAH penting untuk sendawakan baby lepas menyusu. Dulu sebab Qayl suka tidur lepas minum susu, aku malas nak sendawakan. Tapi sekarang memang setiap kali lepas menyusu, Qayl mengantuk ke tak, aku tetap paksa dia sendawa. Selagi tak sendawa, selagi tu aku gosok-gosok belakang dia.
.
.
Third, aku tukar susu formula Qayl yang biasa kepada susu yang dikhaskan untuk masalah colic a.k.a kembung. Jangan tanya kenapa aku bagi anak aku susu formula, boleh baca sendiri kat entry Kisah Susu Qayl kenapa aku tak breastfeed. Aku dah explain kat situ.
.
Ada orang cadangkan Novalac AC (anti colic) tapi aku tak nak sebab susu ni tak ada AA dan DHA. Klinik pakar suggestkan susu Enfalac Gentlease tapi aku guna sekejap je sebab najis Qayl warna hijau gelap dan dia sembelit. Sekarang aku guna Frisolac Comfort. 
.
Alhamdulillah, memang bagus sangat susu ni. Qayl dah jarang kembung tapi aku rasa kena tukar susu lagi untuk akan datang sebab sekarang ni syarikat Friso dah tukar bahan-bahan dalam susu Frisolac Comfort. Kat packaging baru dah tak ada tulis untuk colic, just untuk masalah regurgitasi (muak susu) aje. Tak paham aku kenapa nak kena tukar, padahal aku dah bercita-cita nak jadi pembeli tetap Frisolac Comfort lepas ni.
.
.
Seterusnya, tuam setiap kali mandi. Aku guna yang style bunjut ada rempah macam ni. Kalau tak ada, aku guna napkin biasa je tekap dengan seterika. Ni aku tak yah cerita panjang la. Mak-mak semua dah tahu.
.
.
Kelima, minyak telon atau minyak baby. Nampak tak berapa banyak jenis minyak telon aku beli untuk Qayl? Nampak tak? Nampak? Yang minyak Yuu Yee tu aku tak nak guna sebenarnya, sebab ragu-ragu dengan status halal dia. Tapi bila tengok iklan, katanya diyakini halal, aku belila sebotol nak tengok hasil dia macam mana.
.
.
Sixth, sediakan gripe water. Aku dah jarang pakai sebenarnya sebab tak berapa berkesan. Cuma kadang-kadang kalau Qayl kembung yang tak berapa teruk, aku guna jugak.
.
.
Lastlty, Dentinox Infant Colic Drop. Yang ni jauh lebih berkesan berbanding gripe water. Kalau lepas letak minyak telon Qayl masih nangis, aku campur sikit colic drop ni dalam susu. Nanti lepas beberapa minit Qayl terkentut-kentut dan berhenti nangis. Dulu aku bagi ubat ni sampai 6 kali sehari tapi sekarang sekali sehari je. Tu pun bukan hari-hari. Ubat ni tak mahal pun. Kat farmasi belas-belas ringgit je.
.
TIPS: Kalau baby nangis sebab kembung, tenangkan dia dulu. Jangan biar dia menangis lama sebab makin lama dia nangis, dia akan tarik angin dan makin kembung. Cara aku tenangkan Qayl, aku dukung dia dan letak atas bahu. Dengan cara tu perut dia akan tertekan dengan bahu, so kurang sikit rasa sakit dia. Jadi sementara dia tengah tak nangis tu, cepat-cepatlah bancuh susu dan letak colic drop atau gripe water dalam susu dia.
.
UPDATE:-
.
Memandangkan Qayl dah lebih 3 bulan, aku bertukar ke susu kambing R-Rayyan. Dengar kata susu ni pun bagus untuk masalah kembung dan sembelit. So far aku bagi Qayl minum, dia tak kembung, tapi belum berjaya mengatasi masalah sembelit.
.



.
Susu ni aku beli sekotak je. Tak jadi nak beli lagi sebab Qayl macam tak suka dan tak puas minum. Pengasuh pun ada cakap Qayl macam tolak-tolak dengan lidah dia bila minum susu ni. Yalah, walau mak suka, tak semestinya anak akan rasa benda yang sama. So aku bertukar ke Mamex Cherish.
.


.
Alhamdulillah, lepas bertukar ke Mamex Cherish, Qayl dah bebas dari masalah kembung dan sembelit. Aku tak pastilah Qayl dah tak kembung sebab usus dia dah matang atau sebab susu, tapi apa yang pasti, aku berpuas hati dengan Mamex Cherish sebab tak lagi buat anak aku meneran setiap kali nak berak. Huhu. Harap tak perlu tukar susu lagi pasni. Amin...

Sunday, May 7, 2017

Kisah Susu Qayl II

Assalamualaikum... ini sambungan dari entry lepas Kisah Susu Qayl Part 1. Aku belum berhenti lagi tukar susu Qayl disebabkan masalah sembelit dia yang sampai sekarang tak dapat diatasi. Aku keep continue bagi Qayl minum Lactogen dan Qayl susah jugak nak membuang walaupun najis dia lembik je. Apa yang buat aku rasa tak sedap, najis tu warna hijau gelap. 
.
Pernah satu malam tu Qayl nangis-nangis tak nak tido. Dari pukul 1 sampai 4 pagi. Korang bayangkan, puas Incik Sopi urut perut dia, buat kayuh-kayuh kaki dia macam naik basikal, tapi langsung tak berhasil. Aku dah fed-up, aku bagi Qayl minum probiotik, 5 minit je terus berak. Ya, memang aku beli probiotik, tapi sampai bila nak bergantung pada benda tu kan? So disebabkan itu, aku dan Incik Sopi bawa Qayl ke Klinik Pakar Kanak-kanak Sayangku kat Seremban.
.
Oh, satu benda yang aku tertinggal dalam cerita aku. Qayl ni sebenarnya jenis kembung yang teruk dari lahir. Cuma dulu masa baru lahir dia banyak tidur dan tak tahu nangis. Jadi walaupun perut dia kembung, dia langsung tak menangis. Tapi sebulan lepas tu, barulah dia nangis. Setiap kali kembung dia memang menangis teruk sampaikan aku tak jaga sangat diri aku masa dalam pantang. Hari-hari aku tuam, pakaikan barut, sapu minyak telon, tapi dia tetap kembung. Kalau sekali-sekala takpe, tapi ni hari-hari weh!
.
So aku ceritakan dua masalah Qayl ni kat doktor - kembung dan sembelit. Doktor cakap kembung tu biasa sebab baby ususnya masih belum matang. Dan ada kemungkinan jugak jenis susu yang tak sesuai. Doktor suggest aku try dua benda, Dentinox Infant Colic Drop dan susu Enfalac A+ Gentlease.
.
Dentinox Infant Colic Drop
 .
Dentinox Infant Colic Drop ni ubat kembung untuk diminum. Macam gripe water lah jugak, tapi gripe water tak berapa berkesan. Ubat ni lagi berkesan. Aku masukkan 2.5ml dalam susu anak aku dan bagi dia minum. Dalam 5 minit camtu terus Qayl terkentut-kentut dan berhenti nangis. Huhuhu... so aku memang recommend benda alah ni kat parents yang mempunyai baby kerap kembung macam aku.
.
Enfalac A+ Gentlease
.
Aku cuba cari tin susu yang aku dapat, tapi tak jumpa. So tempek jela gambar ni. Lebih kurang je pun. Satu tin 400 gram harganya lebih kurang RM53.60. Gulp. Dahlah Qayl kuat menyusu. Tapi demi anak, aku dan Incik Sopi kuatkan hati. Ikhtiar jugak sebab tak nak Qayl menangis kesakitan hari-hari. 
.
Doktor cakap susu ni bagus untuk baby yang selalu kembung. Aku tanya balik, kalau anak aku sembelit boleh ke bagi probiotik? Tapi doktor cakap, minum ni konfirm takkan sembelit sebab tekstur susu ni mudah hadam. Ok sebab dia doktor, aku percaya.
.
Aku jugak tukarkan botol susu Qayl kepada botol susu anti-colic Avent Natural.
.
Avent Natural anti-colic bottle
.
Aku sebenarnya tak tahu ada beza rupanya antara botol susu biasa dengan botol anti-colic. Maklumlah, first time jadi mak kan. Tak jadi nak beli botol Tommee Tippee sebab macam cerewet je nak basuh perkakas kat dalam dia.
.
Pakai Enfalac tin pertama, Qayl ok je. Walaupun dia tak kembung pun, aku tetap bagi dia ubat kembung tu. Tapi limit sehari 6 kali je, jangan lebih pulak. Hasilnya, Qayl dah jarang kembung. Tapi apa yang aku tak suka, najis Qayl warna hijau dan sedikit berbentuk. Aik, kata takkan sembelit. Apa cerita ni? Tapi sebab Qayl masih membuang hari-hari, aku tetap teruskan susu ni.
.
Sempatla guna susu ni 6 paket 400gram, tapi aku tak teruskan sebab masa paket terakhir tu hampir habis, Qayl menangis lagi. Berak keras. Keluar seketul-ketul macam tahi kambing. Adeh, sembelit jugak. Nasib baik susu dah nak habis so takde pembaziran disitu.
.
Hasil carian Google, Frisolac Comfort boleh mengatasi masalah regurgitasi (muak susu), kembung dan sembelit. Puas aku cari kat farmasi dan pasaraya sekitar Port Dickson, tapi takde satu pun yang jual susu ni. So aku terpaksa beli online kat FB. Aku bernasib baik sebab terjumpa FB seorang wanita yang nak letgo susu ni 5 tin sebab anak dia dah tak minum. Kalau harga pasaran, susu ni harganya dalam RM43 satu tin. Tapi aku beli hanya dengan harga RM20 satu tin. Hahaha... jimat-jimat...
.
Frisolac Comfort
.
Aku tak tahu sesuai ke tak susu ni dengan Qayl, tapi aku tawakal beli 5 tin sekaligus sebab takut kalau stok habis susah nak beli. Dahlah pos dari Sarawak. Lama tu.
.
Susu ni pekat gila tekstur dia, tak macam Enfalac. Goncang banyak kali pun masih nampak ada susu berketul-ketul yang tak sebati. Tapi apa yang aku suka tentang susu ni, anak aku memang langsung dah tak kembung. Read again, LANGSUNG DAH TAK KEMBUNG. Muahahaha!
.
Masa minum Enfalac A+ Gentlease dulu, dia kembung jugak walaupun tak kerap. Tapi bila minum Frisolac Comfort ni, memang langsung dah tak kembung. Alhamdulillah, dengan izin-Nya juga. Masa minum Enfalac, paling kurang pun sekali mesti aku ada bagi ubat kembung kat Qayl. Tapi lepas minum susu ni, ubat kembung tu tersimpan elok je dalam kotak ubat dan tak digunakan. Alhamdulillah, dah tak perlu tengok Qayl menangis kesakitan lagi.
.
Kontranya, masalah sembelit Qayl masih belum dapat diatasi. Bila berak, najis Qayl masih berbentuk. Tapi takdela warna hijau macam dulu. Yang ni elok je warna kuning. Merah padam muka Qayl meneran setiap kali berak, tapi takdela sampai menangis.
.
Ada satu hari tu sampai dua hari Qayl tak berak. Memang dia tak nangis, tapi aku risau la najis tu mengeras kat dalam. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli Novalac IT pulak.
.
Novalac IT
.
Harganya RM69.90 kat Farmasi Alpro. Aku tahu susu ni memang takde DHA dan AA, so aku bagi untuk buat sulam dengan Frisolac Comfort aje. Sekali aku bancuh 3oz, najis Qayl mencurah-curah keluar ke ladang gandum. Huahua... najis tersimpan dua hari dalam buntut.
.
Pagi keesokan harinya aku bancuh lagi 2oz, tapi Qayl cirit. Punyalah kuat kesan susu ni. Macam tak kena je dia tulis untuk 0-12 bulan.
.
Dalam satu hari tu 4 kali Qayl berak cair. Berak keluar susu pun ada. Menangis-nangis dia sebab sakit buntut. Hmm... menangis lagi T.T
.
Akhirnya aku bagi sikit Enfalac Gentlease untuk keraskan balik najis dia. Start tu aku cuma bagi 1oz sehari. Itupun kalau Qayl tak berak dalam 24 jam. Takut aku weh. Hilang sembelit, jadi cirit pulak.
.
Incik Sopi cadangkan nak tukar balik ke susu S26. Aku tolak mentah-mentah. Aku rasa laki aku ni dah lupa macam mana Qayl meraung-raung sebab sembelit minum susu ni.
.
Aku bercadang nak stick je kat Friso Comfort, sebab aku rasa susu ni dah cukup sesuai untuk Qayl. Sembelit sikit takpe, aku boleh bagi Novalac IT kalau dia tak berak.
.
Tapi baru aku bercita-cita nak beli lagi untuk bulan depan, aku baru dapat tahu yang Friso Comfort dah tukar packaging baru dan formulanya pun dah bertukar. Friso Comfort yang sekarang bukan lagi untuk masalah regurgitasi, colic dan sembelit tapi hanya untuk masalah regurgitasi sahaja. Hmm... kena tukar susu lagi. SIGH...
.
Google punya Google, baca tentang satu lagi susu kambing keluaran syarikat Melayu yang dipanggil G-star R-Rayyan. Aku sebenarnya dah fobia dengan susu kambing. Takut Qayl kembung lagi macam masa dia minum Karihome, tapi ada satu testimoni aku baca dia tulis susu ni boleh mengurangkan kembung perut dan sembelit.
.
Aku Whatsapp HQ R-Rayyan dan katanya susu ni sesuai untuk tiga bulan ke atas. Kebetulan beberapa hari lagi Qayl nak masuk usia tiga bulan, aku belilah satu kotak perisa asli.
.
Susu Kambing R-Rayyan perisa asli
.
Tepat je usia Qayl 3 bulan, aku bancuh sebotol bagi Qayl minum. Tekstur susu ni tak sama macam Karihome dan Frisolac Comfort. Karihome banyak gila buih dia tapi R-Rayyan buih dia kurang sikit. Frisolac Comfort pekat sangat sampai kadang-kadang nak sedut pun susah, tapi R-Rayyan ni cair. Sekali pandang macam susu badan pun ada.
.
Susu ni walaupun tulis perisa asli, tapi bau wangi macam vanilla. Aku ingat nak stay je dengan susu ni, sebab harga pun mampu milik dan Qayl tak kembung, tapi Incik Sopi macam tak berkenan dengan susu ni. Pengasuh Qayl pun cakap Qayl macam tak suka sebab Qayl suka tolak-tolak susu ni dengan lidah dia. Hailaaa anak... anak... (๑-﹏-๑)
.
Tukar lagi kepada susu Mamex Cherish. Sebenarnya memang dah lama teringin nak beli, tapi tak berani sebab takut Qayl tak sesuai dan kembung. Tapi Incik Sopi kata nak try. Pengasuh Qayl pun cakap Mamex Cherish ni bahan2 dia bagus untuk baby. Kandungan DHA pun tinggi. So yeah, kita bertukarlah ke Mamex Cherish pulak.
.
Mamex Cherish
.
Hasil selepas menggunakan Mamex Cherish, alhamdulillah Qayl dah tak kembung dan sembelit. Pengasuh pun ada cakap najis Qayl dah normal macam baby2 lain. Tak payah nak meneran lagi setiap kali berak. Huhu.
.
Akhirnya berakhir sudah percarian susu formula yang sesuai dengan Qayl. Harap2nya kesesuaian ini berkekalan selama-lamanya sbb aku dah tak nak tukar susu lagi. Kesian usus Qayl nak proses macam-macam jenis susu dalam perut.
.
p/s: Hasrat nak stay dengan susu kambing tak kesampaian. Takpelah nak, ibu tak kesah. Janji awak sihat. 

Saturday, March 4, 2017

Supplement turunkan berat badan selepas bersalin

Assalamualaikum dan hai...
Sebenarnya aku bukanlah seorang yang dikurniakan metabolisme yang tinggi. Untuk kurus memang aku perlu struggle gila-gila punya. Ada orang makan nasi 3 pinggan badan maintain je, aku pulak baru makan sepinggan dah naik sekilo. Huaaa... sadis tak?
.
Masa kahwin berat aku 58 kg. Itupun sebab aku struggle habis. Yelah, nak naik pelamin sekali seumur hidup mestilah nak nampak cantik dalam gambar. Haha.
.
Masa kahwin 58 kg. Aku rasa aku selim melim time ni. Hahaha

Tapi lepas kahwin, dalam beberapa bulan je berat aku naik mendadak ke 68 kg. 10 kg naik tau. Nak nangis aku :'( Tapi bukan salah sesiapa, memang salah aku sendirilah sebab makan tak ingat dunia. Kahkahkah. Pulak tu aku ni jenis sembelit punya orang. Kiranya bukan hari-hari membuang. Ada masanya sampai seminggu tak membuang. So korang boleh bayangkan sendiri macam mana bertoksinnya badan aku ni.
.
Aku mula dapat kesedaran untuk diet bila aku sedar aku mula cepat lenguh bila berjalan. Rasa berat je kaki nak melangkah. Aku makan supplement Garcinia Burner dan dalam masa yang sama jaga makan, tapi tak bersenam. Berat aku turunla jadi 63 kg gitu tapi tak banyak perubahan pun pada bentuk badan.
.
Lepas tu aku start ke gym. Yelah, time tengah takde anak bolehla pergi. Dalam masa yang sama aku makan supplement Elite S7. Kalau tak pergi gym, aku akan senaman kat rumah. Tengok video senaman kat youtube. Makan pun aku jaga sangat sampai berat aku turun ke 56 kg.
Elite S7
.
Pada yang jenis gemuk air tu, aku recommend korang untuk cuba Elite S7. Memang berkesan kat aku. Hari-hari nak membuang. Berat badan pun turun. Itu kalau gemuk air la, gemuk lemak aku tak berapa pasti. Mungkin susah sikit.  Korang kena ada effort untuk exercise jugak.
.
Tapi belumpun sempat habis Elite S7, aku mula rasa badan aku pelik. Aku dah tak lalu nak telan Elite S7 tu. Bila aku pakai bengkung pun, tak sampai sejam dah buka balik. Tak macam sebelum ni, kalau pakai bengkung mesti 8 jam ke atas.
.
Bila aku cek, rupa-rupanya aku pregnant. Yuhuuu... alhamdulillah. So ini bermakna say goodbye lah kepada diet untuk sementara.
.
Time ni berat aku 56 kg. Qayl dalam perut. Huhu.
Dan masa mengandung boleh dikatakan aku melantak apa saja makanan yang terhidang dihadapan mataku. Haha. Of course aku terasa bila orang cakap aku makin gemuk tapi aku biar je. Yelah takkan aku nak diet dengan baby ada dalam perut kan. Pedulikan apa kata orang, yang penting anak aku dapat zat yang cukup.
.
Last aku timbang sebelum bersalin, berat aku 74 kg. Entah naik lagi ke tak lepas tu aku tak pasti.
.
Time ni berat 74 kg. Muka lebar sebenarnya tapi ditutup sikit oleh tudung. Hehe.
Aku cuba menutup badan yang lebar dibelakang Incik Sopi tapi tetap nampak lebar :P
Ini bermaksud berat aku naik sebanyak 18 kg dalam masa 37 minggu 2 hari aku mengandung. (-___-") Masa tengok jarum penimbang tu, mak oii seram wehhh. Boleh ke nak turunkan balik 18 kg, macam susah je. So aku bertekad dalam pantang nanti aku nak pantang betul-betul punya.
.
Sebaik aja selamat bersalin dan balik rumah, hati dan semangat aku berkobar-kobar nak pakai bengkung. Tapi semangat berkobar tu hanya selama dua hari. Lepas tu aku tak pakai bengkung sebab MALAS!!! Aduhai, mana taknya. Ingat aku rajin sangat ke nak pakai bengkung yang berlilit-lilit tu. Sekarang bengkung tu pun dah selamat dijual. Huhu. Bubye bengkung.
.
Dan dalam dua minggu pertama pantang, boleh dikatakan aku tak berbengkung langsung. Kali ni bukan sebab malas ke apa, tapi sebab aku ada masalah pada bahagian tempat jahitan. Bayangkan nak berjalan pun pedih sampaikan aku takde mood langsung nak kurus. Haha. Tapi makan aku jaga. Mula-mula pantang aku makan nasi 3 kali sehari sebab nak dapat energy balik. 
.
Dan aku ada masalah membuang. Bayangkan anak aku kena kuning dan aku takleh makan apa-apa jamu langsung sebab takut kuning makin tinggi. Masa ni aku breastfeed lagi, tapi guna pam la.
.
Bila nak buang air besar tu, mak aii... tuhan je tahu hazabnyerrr najis keras yang tersimpan 5 hari nak keluar T____T
.
Lepas dua minggu camtu baru aku berani telan pil untuk melawaskan pembuangan. Aku amalkan pil Phytonatal Nona Roguy sampai habis. Alhamdulillah telan je pil ni dah tak yah susah-susah pikir macam mana nak membuang. Memang lancar habis. Hahaha.
.
Phytonatal
Sepanjang aku amalkan Phytonatal, berat aku turun hingga 60 kg. Kau bayangkan? Dari 74 kg boleh turun 60 kg. Hebat tak hebat pil Nona Roguy ni. Huhuhu.
.
Tapi aku makan nasi 3 kali sehari tu dalam kuantiti yang sikit ya. Sekali makan satu senduk je, jangan lebih. Kata nak kurus, belajarlah kawal sikit nafsu.
.
Lepas tu aku makan nasi 2 kali sehari dan makin lama makin sikit. Dekat-dekat nak habis pantang aku makan nasi sekali sehari je. Of course aku tak minum ais, itu satu bonus dalam berpantang. Dan aku jugak kurangkan minuman manis. Kalau aku teringin sangat tu aku minum je tapi lepas tu aku akan minum air masak banyak-banyak untuk neutralize balik gula dalam badan.
.
Biar kerap ke tandas buang air takpe, bagus untuk buang sisa toksin. Lepas 3 minggu aku start bersauna pulak. Tapi aku takdelah rajin buat hari-hari. Datang mood rajin baru aku buat. Haha. Cuma makan je kena rajin jaga. Benda yang banyak aku melantak dulu time pregnant macam KFC, nasi lemak, sambal belacan, ais, air gas, air tin, etc... semua aku tak sentuh langsung lepas bersalin. Even dah habis pantang pun aku tak sentuh.
.
Disebabkan aku tertarik dengan satu blog ni menceritakan tentang kelebihan mengamalkan supplement Ephyra sepanjang berpantang, aku pun beli Ephyra pulak. Konon nak buat top-up la bila Phytonatal dah habis.
.
Ephyra Premium
Blog tu kata Ephyra mampu melawaskan pembuangan dan mengempiskan perut tapi bila aku minum, LANGSUNG TAKDE SEBARANG PERUBAHAN! Aku tak membuang hari-hari macam masa aku amalkan Phytonatal.
.
Aku tak kata produk ni tak bagus, cuma mungkin tak sesuai dengan aku. Lain orang lain penerimaannya. Mungkin aku memang tak ngam dengan Ephyra so aku bertukar ke produk Sendayu Tinggi pulak iaitu Easyfull dan D-tox.
.
Easyfull + D-tox by Sendayu Tinggi
Aku start amalkan dua produk kat atas ni pada hari ke-37 berpantang. Honestly aku suka rasa Easyfull. Minuman rasa coklat yang sedap banget. Heheh... at least boleh kurangkan rasa craving aku pada benda-benda manis. 
.
D-tox pulak rasa masam macam limau. Aku biasa minum pukul 8.00 malam tapi selalunya akan start membuang pukul 2.00 pagi. Hairan, aku ingat esoknya tu baru akan membuang. Tak kesahlah, yang penting hari-hari membuang.
.
Walaupun aku suka dengan dua produk ni tapi aku rasa aku tak dapat nak teruskan beli botol seterusnya. Sebab apa? Dua-dua cepat habis. Korang bayangkan, botol D-tox tu takdelah besar mana pun tapi sehari kena ambil satu setengah scoop. Scoop dia pulak dahlah besar. Kiranya tak sempat sampai sebulan pun. 16 hari dah habis!
.
Easyfull pun sama. Kena ambil tiga scoop sekali bancuh. Dan scoop dia besar. Baru hari ke-13, dah tinggal suku botol. Bermakna untuk maintain setiap bulan kena beli dua botol setiap satu. Mati ooo... dahlah harga pun boleh tahan.
.
Cadangan aku pada owner Sendayu Tinggi, buat dua-dua supplement ni dalam bentuk sachet. Kalau boleh biarlah ada 30 sachet untuk tahan sebulan. Iyo dok? Huhuhu.
.
Dan seterusnya, ditengah-tengah bulan yang agak sengkek tu, aku cuba cari alternatif lain bila stok Sendayu Tinggi dah hampir habis. Tengok kat Instagram, ada Slimming Detox Tea + Kakicantiq Tea. Macam produk melayu. Mula-mula aku agak ragu-ragu nak try sebab dulu aku pernah try Teatox by Myna. Packaging nak lebih kurang sama. Tapi minum Teatox by Myna tu, takde sebarang effect pada aku. Macam minum teh biasa je, tak membuang hari-hari pun.
.
Tapi again, aku terpengaruh dengan testimoni :P
.
Baca segala macam testimoni mantop tentang Slimming Detox Tea + Kakicantiq Tea, aku pun pikir macam..... why not give a try? Sebab harga pun takdela mahal mana. Set kombo baru RM40 so aku pun belilah.
.
Slimming Detox Tea + Kakicantiq Tea by Medina Desire
.
Jangan risau, time aku beli dua produk ni aku dah habis pantang pun. Masa pantang memanglah tak boleh minum teh sebab angin kan.
.
Satu pek ada 15 uncang. Satu uncang boleh guna dua kali tapi aku guna sekali je sebab aku tahu kali kedua tu khasiat dia dah kurang.
.
Kakicantiq tea tak berapa berkesan bagi aku sebab takde sebarang perubahan pun pada bentuk badan. Hanya Slimming Detox Tea yang membantu aku untuk membuang hari-hari. Mungkin jugak sebab aku tak bersenam so hasilnya lambat. Macam mana nak bersenam dek non, baru lepas beranak.
.
Habis je dua paket teh ni, aku try produk lain pulak iaitu Mavellous True Detox dan D'trim USA.
.
D'trim USA

Mavellous True Detox
.
D'trim USA ditelan sebelum sarapan dan Mavellous True Detox diminum sebelum tidur. Tapi korang janganlah bergantung pada ubat-ubatan dan supplement semata2. Penjagaan pemakanan pun penting ok. Kalau boleh jangan minum terus ais batu dan air manis.
.
Dan hasilnya selepas 3 bulan melahirkan Qayl, aku berjaya turunkan lebih sikit dari berat badan asal iaitu 55 kg :D
.
Dah 55 kg
.
Insya Allah aku nak turunkan lagi berat badan sampai dapat 50 kg lepas ni. Tapi sekarang aku pun dah start bersenam sikit-sikit. Tak nak bergantung sangat dengan supplement untuk kurus. Tak elok untuk jangka masa panjang kan? Tapi tak mampu la nak buat hari-hari sebab busy dengan Qayl dan manuskrip novel yang bakal terbit tak lama lagi. Hehe... adios.
.
Senaman yang jadi rujukan untuk aku. Tak perlu workout yang berat-berat, cukup sekadar keluar peluh

Wednesday, January 18, 2017

Kisah susu Qayl

Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Huhu. Rancangan aku, aku nak fully BF Qayl sampai umur dia dua tahun. Masa tengah mengandungkan Qayl, suami aku suruh aku standby siap-siap susu formula sebab dia takut aku takde susu mula-mula. Tapi aku tak nak standby, aku yakin 100% yang aku ada susu badan. Sebaik Qayl lahir, aku terus akan menyusukan dia. Itu rancangan dan niat aku.
.
Tiba harinya Qayl selamat dilahirkan, doktor letak Qayl sebelah aku dan suruh aku susukan Qayl. Aku bukan main excited nak susukan. Qayl pulak cuma hisap dua tiga kali pastu tido balik
.
Ok, aku cuba pikir positif. Mungkin Qayl tido sebab dia fikir dia masih dok dalam perut. Sebab tu dia tak nak hisap susu aku. So aku ditolak balik ke wad. Nurse datang jenguk dan tanya aku ada susukan baby tak. Aku cakap baby tak nak hisap, dia tido.
.
Nurse pun tolong aku BF Qayl. Tapi respons Qayl masih sama. Walau berapa banyak kali aku suakan puting pada mulut dia, dia tetap tido T.T
.
Oleh sebab nurse takut anak aku hypo tak dapat susu, nurse tolong perahkan susu aku dan bagi Qayl minum pakai sudu. Ok, aku sangat sedih ye sebab Qayl tak nak direct BF.
.
Sepatutnya tengah hari tu aku dah boleh discharge dari hospital, tapi memandangkan Qayl tak nak menyusu, aku stay lagi kat hospital dengan harapan doktor dan nurse2 yang ada boleh bantu aku.
.
Sampailah ke malam, anak aku still tak nak BF walau berapa ratus kali aku cuba kejutkan dia untuk menyusu. Dah berapa ramai nurse yang cuba tolong aku bagi Qayl susu, tapi Qayl tetap macam tu. Aku cuba perah masukkan susu dalam cup. Susu memang ada tapi beberapa titik je. So aku fikir maybe Qayl tak nak hisap sebab susu tak banyak.
.
Pukul 2 pagi, Qayl menangis. Maybe lapar. Aku sekali lagi cuba BF dia tapi dia tak nak. Nurse-nurse shift malam pun tolong tapi tetap tak berjaya sampai nurse pun dah naik fed-up. Aku tahu diorang fed-up sebab aku dengar salah seorang nurse mengeluh kat luar bilik wad sambil cakap kat nurse lain, "Jari kita dia nak hisap pulak? Breast mak dia, dia tak nak!"
Pastu ada jugak nurse yang tanya, awak dah mandi ke belum? Dia ingat sebab aku tak mandi punca anak aku tak nak hisap susu.
.
Aku dah mandi ok? Dah anak aku memang tak nak hisap kenapa buat suara nak marah? Urghh... tapi aku malaslah nak marah balik. Mungkin nurse tu penat kerja shift tengah malam. So sepanjang aku kat hospital, memang aku langsung tak direct BF Qayl. Aku cuma mampu bagi susu melalu sudu.
.
Otw balik hospital, aku suruh Incik Sopi belikan susu formula S26. Aku pilih brand tu sebab kawan aku bagi anak dia minum yang tu. Sedihnya hati aku sebab terpaksa jugak beli susu formula sedangkan dari awal aku memang berniat nak BF je.
.
Sampai je rumah, aku terus bancuh susu. Sebaik aku suakan puting botol ke mulut Qayl, dia buka mulut dan minum dengan penuh selera. Ok, so maknanya bukan Qayl tak nak minum tapi memang ada masalah dengan breast aku.
.
Keesokannya selama tiga hari berturut2 aku berurut dengan tukang urut spa yang bernama Ana. Cukup tiga hari, breast aku mula membengkak dan aku boleh pam susu untuk bagi Qayl. Uhuk2... bestnya dapat bagi Qayl susu badan. Tapi Qayl masih tak nak direct BF. Bila perah masuk botol baru dia nak. Mungkin sebab dia dah dibiasakan dengan puting botol, so dia dah tak nak hisap puting original. Maklumlah, puting botol panjang dan puas untuk dihisap T.T
.
Habis tiga hari berurut, aku teruskan lagi 3 hari untuk urut bahagian breast je. Aku memang betul2 berniat nak bagi Qayl susu badan. Setiap kali breast rasa berat, memang aku akan pam. Tapi tak dapat nak buat stok sebab susu tak meriah pun :(
Sekali pam, terus habis bagi Qayl minum.
.
Masa aku pegi klinik untuk cek demam kuning Qayl, doktor India tu marah aku sebab aku kasi susu formula kat anak. Dia cakap: "You tak takut ke usus anak you tersumbat?! You wanita, you boleh beranak mustahil you tak boleh menyusu." Allahuakbar... dia ingat aku malas nak BF ke? Aku hari2 cuba pam tapi disebabkan Qayl tak nak direct BF so takde rangsangan. Bila takde rangsangan, maka takdelah pengeluaran. And lagi satu, aku tak pernah pulak dengar ada kes usus tersumbat sebab bagi susu formula. Kalau kes usus tersumbat sebab Nestum ade la... ke aku yang tak tahu?
.
S26 Gold - susu formula pertama Qayl

Ok dah stop cerita yang tu. Aku nak cerita pasal susu formula pulak. Mula-mula tu Incik Sopi beli S26 Gold walaupun aku suruh dia beli S26 biasa. Aku tak tahu apa beza antara kedua-dua susu ni. Yang pasti, S26 Gold lagi mahal. Huhu. Qayl okey minum susu ni. Sempatlah beli dua kotak, pastu aku suruh tukar ke S26 biasa sebab Qayl kuat menyusu. Pulak tu masa tu demam kuning dia tak habis lagi, So kena bagi dia kerap hisap susu supaya dia kencing berak. Tapi tulah... susu badan aku tak sebanyak tu untuk bagi kerap pada Qayl :((((
.
S26 biasa

S26 biasa pun okey dengan Qayl. Cuma yang aku perasan, Qayl selalu meneran bila nak berak seolah-olah najis yang nak dikeluarkan tu susah sangat. Tapi bila aku buka pampers, najis lembik je takdela keras pun.
.
Hari ke-10 berpantang, aku n Incik Sopi bawa Qayl ke rumah seorang mak cik untuk cukur rambut dia. Mak cik ni memang terror la bab2 baby. Proses nak mencukur tu agak panjang so patutnya kena standby susu la untuk Qayl. Tapi aku bawa sebotol je, tu pun dah habis Qayl minum. So aku suruh Incik Sopi balik rumah sat amik susu.
.
Tapi lain yang aku suruh, lain dia buat. Dia pergi amik baju dan kain bedung baby. Susunya takde. Lol. Pastu Incik Sopi pegi kedai terdekat beli susu jenama Anmum.
.
Anmum Infacare

Awalnya Qayl ok minum susu ni, tapi tak lama pastu dia reject. Bila masuk je mulut dia, terus dia luahkan balik sampai meleleh susu tu ke baju. Mungkin dia tak suka sebab susu ni kan takde gula tambahan. Mungkin rasa tawar ke apa, aku tak tahu sebab bukan aku yang minum. Haha.
.
Dan hari yang sama Qayl reject Anmum, stok susu S26 pun dah habis. So aku takdela bekalan susu nak bagi Qayl. Dahlah pukul 2 pagi lak tu, mana ada kedai bukak. Aku minta Incik Sopi beli tapi dia tertido. Takpela, aku pun tak nak susahkan dia sebab dia balik keje pun pukul 1 pagi. So pada hari tu aku telah melanggar pantang untuk tak kuar rumah. Aku drive kereta tengah-tengah pagi tu ke 7 Eleven untuk beli susu. Tapi takde susu jenama lain yang dijual selain berjenama Lactogen so aku pun amik jelah.
.
Lactogen

Alhamdulillah, Lactogen pun sesuai dengan Qayl. Membuang pun kerap sebab setahu aku susu ni macam ada lactobacillus yang memudahkan pembuangan. Tapi aku macam tak sampai hati pulak nak bagi anak aku minum susu murah. Pastu aku ada terbaca kat satu blog ni kata Lactogen ada gula tambahan, which means gula ni akan membuatkan badan baby kita jadi bambam dan nampak sihat. Padahalnya bambam sebab banyak gula dalam badan. No...no...no... tak mungkin aku akan berbangga memiliki anak bertubuh montel tapi penuh gula didalam badannya.
.
Habis Lactogen, continue balik dengan S26. Tapi pastu Incik Sopi Google jenama susu lain. Dia search The Best Formula Milk. Yela, dah nak bagi yang terbaik untuk anak mestilah cari yang the best. Pastu dari hasil carian kata susu Enfamil yang terbaik sebab khasiat dia menyerupai susu ibu. MENYERUPAI saja oke, susu ibu tetap yang terbaik :D
.
Tapi Enfamil takde dijual kat Malaysia, kat Singapore ade la. Habis takkan aku nak pegi Singapore semata-mata nak beli susu. Akhirnya kitorang decide nak cuba Enfalac. Dengar kata Enfalac ni adalah nama lain untuk Enfamil, tak tahu la betul ke tak. Aku suruh Incik Sopi beli Enfalac A+ tapi kebetulan kat kedai dah habis stok, so Incik Sopi beli Enfalac biasa je.
.
Enfalac biasa
Hari pertama aku bagi Qayl minum Enfalac, aku tak rasa apa-apa lagi. Tapi malam tu Qayl serba gelisah dan tak nak tido. Puas aku dodoikan, kasi puting, kasi susu, tapi Qayl senyap kejap je. Pastu nangis balik. Lama jugak macam tu sampaikan aku dah buntu nak buat apa. Kira-kira dua jam percubaan pujuk Qayl tak berjaya, akhirnya Incik Sopi balik keje pukul 2 pagi.
.
Incik Sopi tengok pulak Qayl. Belek punya belek, tengok perut Qayl buncit tapi tak kembung. Incik Sopi perlahan-lahan urut perut Qayl dan akhirnya keluarlah najis. Larh... rupa-rupanya Qayl tak boleh nak berak, sebab tu dia nangis. Terasa bersalah diriku sebagai ibu sebab tak alert langsung T.T
.
Habis keluar najis, Qayl terus tidur dengan nyenyaknya. Tapi apa yang aku pelik, najis dia takdela keras. Lembik je, tapi kenapa susah nak keluar? Aku cuba pikir positif. Mungkin sebab baru tukar susu so susahlah sikit nak kuar najis kan. Dan hari-hari lepas tu, aku keep continue bagi Qayl susu Enfalac tu.
.
Dan korang tahu apa jadi? Qayl kembung perut setiap masa. Kesian dia nangis-nangis. Aku pun memang tak berapa tahulah pasal kembung tu sebab masa awal-awal lahir dulu Qayl takde pun kembung perut walaupun tengah sejuk. Dan Qayl masih juga susah nak berak. Bila perut dia diurut baru najis keluar. Habis takkan hari-hari aku nak kena urut perut dia kasi najis keluar? Aku boleh je buat, tapi kesianlah dia terseksa dulu :(
.
Karihome
Aku jadi cam tak sabar-sabar nak habiskan Enfalac. Pastu aku cuba pulak kasi Qayl susu Karihome. Karihome ni susu kambing yang dikhaskan untuk baby. Yela, macam yang semua tahu. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Disebabkan dalam hati dan fikiran aku memang nakkan yang terbaik untuk Qayl, aku bagi dia minum Karihome walaupun susu ni harganya mahal mak datuk.
.
Aku cadang kalau Qayl serasi dengan Karihome, aku tak nak tukar susu dah. Biarlah harga setin nak cecah RM100 pun. Yang penting anak aku dapat yang terbaik. Aku nak tebus kesalahan aku tak dapat beri dia minum susu ibu :(
.
Tapi resultnya sama je. Qayl masih lagi perlu diurut untuk berak dan perut dia pun kerap kembung. Aku ada bagi Qayl gripe water tapi hasilnya so-so je. Takdela buat Qayl lega sangat. Aku sampai belajar teknik-teknik urutan untuk melegakan perut kembung kat Youtube. Kesian woo tengok anak sendiri menangis melalak sebab sakit perut.
.
Aku Google lagi sebab nakkan inisiatif untuk kurangkan kembung perut. Ada pulak nampak botol susu jenis anti-colic. Botol susu macam ni dia mengurangkan angin dan gas yang disedut oleh baby masa menyusu. Jenama Tommee Tippee satu set ada 6 botol. Harga total RM120. Ni harga Lelong.com, kalau Lazada lagi mahal. Aku minta dengan Incik Sopi nak beli botol ni sebab kesian tengok Qayl asyik kembung je.
.
Tommee Tippee Anti-Colic Bottle (newborn)
Incik Sopi tak de bantahan. Dia bagi je aku beli tapi masa aku nak proceed untuk bayar, aku Google dulu punca-punca perut kembung. Dan salah satu puncanya, susu formula yang tak sesuai. Aku pun terfikir la kejap. Ye tak ye jugak, kenapa dulu masa awal-awal lahir Qayl tak kembung pun? Kenapa baru sekarang? Adakah kerana susu Enfalac dan Karihome?
.
Aku malas nak biarkan benda tu jadi tanda tanya dan sekali lagi berpatah semula kepada susu S26 biasa yang dulu. Hasilnya, Qayl memang dah tak kembung lepas tu. Walaupun kadang-kadang aku tak sempat nak sendawakan Qayl sebab Qayl tidur masa tengah menyusu, Qayl langsung tak kembung dan dia kentut dengan banyaknya walaupun perut tak diurut.
.
Aku betul-betul lega. Nasib baik belum beli lagi botol susu anti-colic tu. Rupa-rupanya Qayl tak sesuai susu Enfalac dan Karihome. Dia okey dengan susu murah je. Susu mahal perut dia reject. Kuikuikui... S26 kira murah ke? Umm... tak kot, so-so. Harga pun nak dekat RM50
.
Aku sangat yakin yang Qayl serasi dengan S26 so aku minta Incik Sopi belikan banyak sekaligus. Senang nanti kalau dah habis satu pek takdela aku menggagau cari susu tengah-tengah malam. So Incik Sopi pun belilah dua pek - 1 pek 600gram dan 1 lagi pek besar 1.2kg.
.
Masa pakai pek yang 600gram tu, aku dah perasan yang Qayl ni selalu kena meneran kalau nak berak. Tapi aku buat tak endah jela sebab Qayl takde pun menangis ke apa. Dia membuang pun hari-hari, cuma najis dia sedikit keras dan likat.
.
Bila pek 600gram tu tinggal lagi suku, mula jadi lain. Satu malam tu dari pukul 8.00 malam sampai 1.00 pagi dia menangis. Puas aku dengan mak mentua pujuk, tapi Qayl tetap nangis. Cuba lekakan dia dengan buai pun tak jalan. Bagi dia susu, urut perut, bagi gripe water... macam-macam dah cuba, tapi Qayl tetap nangis. Aku pun dah letih campur ngantuk,
.
Incik Sopi balik kerja dekat pukul 2.00 pagi. Aku minta tolong dia tengok Qayl. Mujurlah Incik Sopi jenis yang tak pernah merungut bila aku suruh tengok anak walaupun balik kerja penat.
.
Incik Sopi urut perut Qayl. Dia memang kentut banyak kali tapi masih menangis. Aku nampak Qayl meneran sampai merah muka. Tak tahu pukul berapa, keluarlah ketulan najis dari punggung Qayl. Dan najis tu keras yang amat macam batu. Astaghfirullahalazim... patutlah Qayl menangis banyak sangat. Susah nak berak rupanya.
.
Aku dengan Incik Sopi pun heran jugak. Sebelum ni masa baru lahir pun Qayl minum S26, tapi berak hari-hari ok je. Ni tetiba nak sembelit dah. Walau dibancuh cair pun Qayl tetap berak keras. Memang dia membuang hari-hari, tapi aku memang tak sampai hatilah nak tengok dia meneran terseksa macam tu sekali :'(
.
Tak habis susu S26, aku minta Incik Sopi belikan semula susu Lactogen kat 7 Eleven. Walau orang kata ada gula tambahan sekalipun, terpaksalah aku pejamkan mata seketika disebabkan susu tu ada lactobacillus untuk memudahkan pembuangan.
.
Start aku bagi Lactogen kat Qayl, Qayl terus membuang dengan normal keesokan harinya. Alhamdulillah... lega gila aku time tu. Tapi rasa sedih pulak sebab susu S26 pek 1.2kg ada lagi. Belum buka pun tapi dah tak boleh diguna sebab Qayl sembelit. Huhuhu...
.
Tapi disebabkan sayang nak buang S26 yang berbaki lagi suku tu, aku tawakal je bagi Qayl minum. Sambil-sambil tu campur jugak dengan susu Lactogen untuk melawaskan pembuangan dia.
.
Tapi keadaan tu hanya sementara. Aku baru je beli pek Lactogen yang besar (1.3kg), tiba-tiba Qayl ada masalah lagi. Dia sakit perut macam susah nak membuang, tapi najis lembik je. Pastu najis dia warna hijau gelap. Aku dah start tak puas hati. Tapi nak tukar susu lain, aku sayang sebab baru beli pek Lactogen yang besar. Adeh, kenapalah jadi macam ni. Agaknya memang aku selalu kena cari pek susu kecik-kecik kot sebab usus Qayl selalu berubah-ubah.
.
So keesokannya aku keluar dengan Incik Sopi dan mak mentua ke pekan. Sambil cari barang dapur, ingat nak belilah sekali susu khas untuk sembelit. Hasil carian Google, susu Novalac IT bagus untuk merawat sembelit. Tapi sebaik aja pergi farmasi cari susu tu, tauke farmasi tu promote kat aku barang lain iaitu Febico LS66-granules.
.

Macam kat atas ni la packaging dia. Tapi kat kotak tu tulis Febico LS-66-granules bukan Febico LS-66 Probiotics. Tapi aku rasa dua-dua pun sama je.
.
Tauke farmasi tu kata, "You tak payah beli susu sembelit. Membazir saja sebab susu tu pun cuma ada campuran probiotik. You beli produk ni, masukkan dalam susu anak you. Confirm dia berak punya!"
.
Betul jugak apa si apek tu cakap. Beli susu banyak-banyak nak buat apa kan? Kang tak pasal-pasal rumah jadi kilang susu pulak. So aku buat keputusan untuk try produk ni walaupun harganya memang mahal mak datuk. Dua pek ada 40 sachet tahan 40 hari, harganya RM169.00.
.
Aku berulang-ulang kali ulang yang anak aku usianya baru sebulan lebih. Takutlah kalau produk ni tak sesuai dengan baby bawah 6 bulan ke. Tapi tauke farmasi tu tetap suggest yang ni dan siap kata money back guarantee kalau anak aku tak berak jugak. Huhu. So aku beli jela.
.
Bila balik aku terus bancuh susu dan letak setengah sachet dalam susu Qayl. Tak sampai 15 minit, Qayl terus berak. Wuhuuu... ibu so happy >.< Mahal pun mahallah nak, janji awak dapat yang terbaik ya.
.
Bayangkan, tak sampai dua bulan pun, Qayl dah minum dalam 5 jenis susu yang berlainan. Buat masa sekarang aku masih stick with Lactogen dan S26. Aku masukkan supplement ni dalam susu Qayl untuk kasi dia berak. Tapi aku tetap dalam planning nak tukar susu. Yela sampai bila nak beli supplement ni kan.
.
Aku ingat lepas ni nak try Mamex / Mamil Gold tapi insya-Allah untuk bulan depan.
.
Tapi apa pun bila dah tiba masanya, aku nak carikan Qayl susu kambing jenama lain pulak. Aku masih lagi belum putus asa. Nak jugak bagi Qayl susu kambing. Huhuhu.... tata.

Monday, January 16, 2017

Birth Story - Muhammad Qayl Sufi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okey macam biasalah, bila blog dah berhabuk baru aku sibuk nak update. Huehuehue... dah masuk tahun baru dah pun. Baru beberapa hari lepas habis pantang so aku rasa macam nak share la pengalaman aku bersalinkan budak tecik sorang ni. Haha.
.
Macam yang semua tahu, ibu mengandung biasanya akan membawa kandungannya selama 40 minggu iaitu 9 bulan 10 hari. Dan kalau dah overdue, biasanya doktor akan induce aje untuk keluarkan baby tersebut.
.
Tapi lain pula halnya dengan aku. Aku bersalin ketika kandungan aku berusia 37 minggu 2 hari. Tapi jangan ingat aku bersalin tak cukup bulan pulak. Yang tak cukup bulan tu 36 minggu ke bawah.
.
Ok macam ni, ceritanya masa aku tengah pregnant 36 minggu 5 hari, aku macam rasakan kelainan pada perut aku. Anak aku tak bergerak aktif macam selalu. Pendek cerita dari pagi la aku takde rasa gerakan langsung.
.
Tapi aku pikir positif je. Mungkin anak aku tengah tido kot. Huhu. Pastu aku masuk kerja shift pukul 3.00 petang hari yang sama. Aku sajalah buka topik pasal perut aku dekat Kak As (sales manager) niat aku nak bersembang je sebenarnya, tapi tiba-tiba Kak As panik bila aku cakap aku takde rasa gerakan. Dia cepat-cepat suruh aku pergi klinik. Siap carikan nombor telefon klinik lagi.
.
Lalu aku pun pergilah Klinik Othman kat Bandar Sunggala ditemani oleh sekuriti yang jadi driver aku dan jugak big boss, Encik Shakir. Kebetulan Encik Shakir ikut time tu sebab nak tanya pasal prosedur bersunat untuk anak perempuan dia yang baru lahir.
.
Sampai je klinik tu, doktor takde dan kakak penjaga kaunter tu pun macam boh-layan dengan kitorang. Siap main handphone lagi. Oi, kau duduk kat kaunter layan customer kot. Aku tak kata kau takleh main phone, tapi bila customer tanya tu jawab la betul-betul. Ni jawab sambil mata tengok phone, mentang-mentanglah doktor tengah takde.
.
So aku malas nak panjang cerita, aku pergi pulak Hospital Port Dickson. Bila aku bagitahu je pasal kandungan aku, nurse suruh aku tukar baju. Diorang kasi aku baju wad yang warna pink tu. Aku takde tanya apa terus salin je. Diorang pasangkan kat perut aku alat untuk dengar degupan jantung dan alhamdulillah degupan normal. Aku ingat bolehlah balik terus, sebab tu je yang aku nak tahu. Hahaha. Tapi aku silap, aku ditahan kat wad T.T
.
Encik Shakir dengan sekuriti pun balik, tinggallah keseorangan aku kat situ. Tak pasal-pasal orang lain dah kena ganti shift aku petang tu. Aku call Incik Sopi suruh datang hospital. Bila Incik Sopi datang je, doktor suruh masuk bilik pemeriksaan untuk scan perut.
.
Bila scan, aku nampak anak aku bergerak-gerak. Doktor pun pelik bila aku mengadu takde rasa gerakan. Aku cakap memang aku takde rasa anak aku bergerak dari pagi. Mungkin sebab aku busy sampai tak alert atau baby bergerak slow sangat. Dah kalau doktor nampak okey, aku pun naklah balik. Tak kuasa aku duduk hospital lama-lama. Tapi memang tak semudah tu, doktor tetap tahan aku kat wad sebab nak monitor pergerakan baby.
.
Keesokan harinya, ada doktor pakar pulak cek. Dia cakap kalau memang rasa gerakan slow lebih baik induce je kat Seremban. Itu yang dia cadangkan. Dia kata dah boleh bersalin dah sebab kandungan aku dah nak masuk 37 minggu pada keesokan harinya. Kalau aku setuju untuk induce, dia nak prepare ambulans untuk hantar ke Seremban. Tapi aku berbelah bahagi dan minta nak bincang dengan husband.
.
Aku bagitahu Incik Sopi dan mak mentua aku pasal ni. Mak mentua aku tak bagi aku bersalin dulu sebab baru 37 minggu. Kalau boleh nak cukupkan betul-betul 40 minggu. Incik Sopi pun kalau boleh dia nak kelahiran normal, bukannya kena paksa. Aku minta cadangan Kak As, Kak As cakap  bersalin induce lagi sakit dari bersalin normal. Itu lagi buat aku takut. Dan disebabkan dua orang terdekat dengan aku dah cakap macam tu, aku ikutkan jelah. Hari yang sama juga aku minta discharge dan sign dokumen menyatakan kalau apa-apa berlaku atas risiko sendiri.
.
Kebetulan keesokan harinya tarikh check-up kat Klinik Kesihatan (KK) Teluk Kemang. Aku pergi macam biasa untuk cek perut. Tapi kat buku rekod mengandung tu ada salinan surat menyatakan aku masuk hospital sebab mengadu slow movement.
.
Apa lagi, nurse yang jaga aku, Kak Wan terus gelabah. Dia tanya kenapa tak nak induce. Aku cakap induce sakit, lagipun baru 37 minggu. Kak Wan cakap kandungan dah cukup matang, memang baby dah boleh keluar. Boleh pulak dia tanya aku sampai bila nak simpan baby dalam perut. Hahaha.
.
Kak Wan rujuk doktor dan rakan setugas dia, akhirnya dia pun tak berani nak cakap apa-apa dan prepare surat untuk aku rujuk KK Pasir Panjang pulak. Aku balik rumah bagitahu Incik Sopi dan kitorang berdua pergi KK Pasir Panjang pulak.
.
Kat sana pulak cadangkan aku rujuk Hospital Seremban sebab diorang tak berani buat keputusan. Hospital Seremban ada pakar so mungkin diorang lebih tahu apa nak buat. Pulak dah. So bermulalah perjalanan aku dan Incik Sopi untuk ke Seremban pulak.
.
Sampai je hospital, sekali lagi perut aku dilekapkan dengan alat untuk monitor baby. Aku minta pendapat doktor pakar kat situ perlu induce atau tak. Dan doktor cakap terpulang pada si ibu sebab hanya ibu yang rasa macam mana pergerakan anak yang dia kandung. Kalau rasa lain dari kebiasaan pun hanya ibu yang rasa. Jadi doktor tu cadangkan untuk induce je daripada ambil risiko.
.
Dah pakar sendiri cakap macam tu, aku pun dah takleh kata apa. Terus aku setuju untuk induce. Huhu... nasib badan. Mak mentua pun pelik kenapa sekali lagi aku masuk wad. Aku cakapla doktor pakar cadangkan induce sebab KK Teluk Kemang dan KK Pasir Panjang tak berani buat keputusan.
.
Dan macam biasalah, bandar besar mestilah hospital pun sibuk. Oleh sebab Hospital Seremban ni terlalu ramai orang nak beranak, maka tak cukup katil. Aku tidur kat tepi koridor je satu hari tu. Haha. Malu tau orang lalu-lalang pandang.
.
Ni la katil aku tepi koridor. Haha.
.
Sememangnya teramatlah bosan duduk hospital. Haha. Yelah, suami pun takleh masuk teman. Pishang aku sorang-sorang. Nasib baik ada sekuriti pompuan baik bagi aku pinjam charger phone. Boleh gak aku lepak sambil tengok Facebook. Haha. Malam tu Incik Sopi datang bawakan KFC sebab aku lapar.
.
Keesokan harinya, awal pagi tu doktor masukkan ubat untuk paksa bukaan jalan. Nurse pesan suruh rehat kat katil jangan bergerak. Tapi aku degil dan pergi jugak tandas. Haha. So dari pagi tu sampai ke petang aku takde rasa sakit nak bersalin pun. Mungkin sebab ubat tu dah keluar masa aku buang air. Huahua.
.
Oleh sebab takde tanda nak bersalin, petang tu dalam pukul 3.00 petang doktor masukkan belon pulak untuk paksa bukaan jalan. Sakitnya tu ya Allah, Tuhan je yang tahu. Nak menjerit aku. Start tu baru aku merasakan kesakitan yang sebenar. Bayangkan selang 5 minit aku rasa contraction (perut mengeras). Dahlah duduk kat katil tepi koridor. Dengan orang lalu-lalang, memang bad mood terus aku.
.
Dalam pukul 6.00 petang macam tu aku dah tak tahan. Aku minta ubat tahan sakit. Doktor cakap dia takleh bagi sebarangan. Kena cek bukaan dulu. Lantaklah, aku dah tak tahan. Memang sakit yang teramat sangat. Betul kata Kak As. Kena induce ni memang pedih ooo
.
Tapi bila cek bukaan, baru 2 cm. Mak aih, aku makin tension sebab jalan baru buka sikit so doktor takleh bagi ubat tahan sakit.
.
Malam tu tak ingat pukul berapa, aku dapat katil kat wad Kelas 2. Alhamdulillah, aku pindah katil. Tak duduk tepi koridor dah. Wad ni ada aircond so selesa la sikit.
.
Dari semasa ke semasa nurse cuma pantau bunyi denyut jantung baby je tapi tak buat apa-apa kat aku yang tengah menahan sakit ni. Aku mengadu sakit kat Incik Sopi. Kesian husband aku, dia pun balik kerja penat terus bergerak ke Seremban untuk teman aku. Oleh sebab takleh teman dalam wad, Incik Sopi tidur dalam kereta. Dia nak bersedia la kot-kot aku bersalin malam tu.
.
Aku tertidur sambil tahan sakit. Tengah malam tu Kak As call aku tanya dah bersalin ke belum. Aku cakap belum dan aku tengah sakit gila sekarang ni. Kak As suruh aku doa banyak-banyak dan dia pesan setiap kali rasa contraction teran sekuat-kuat hati. Aku ikut apa yang dia pesan. Dalam masa yang sama aku jalan-jalan gak sekitar koridor untuk cepatkan bukaan jalan. Aku bukannya jalan lenggang kangkung senang hati tau. Aku berjalan dengan rasa sakit yang mencucuk bahagian pinggang dan perut. Ditambah pulak dengan darah yang menitik-nitik sampai kena baju dan lantai.
.
Dalam pukul 3.00 pagi macam tu, nurse kejutkan aku sebab nak cek bukaan jalan. Time dia seluk tu memang pedih sampai aku menjerit. Doktor dan nurse marah sebab aku menjerit. Haha. Nak buat macam mana memang sakit. Tapi alhamdulillah, masa cek tu jalan dah buka 7 cm so nurse suruh aku siap-siap untuk dia hantar ke labour room.
.
Aku tanya nurse, boleh tak aku nak call husband aku sebab nak suruh dia datang. Nurse tu pulak dengan nadanya tinggi cakap, "Takde-takde, takyah suruh husband awak datang. Dah 7 cm ni. Siap cepat."
.
Ok, aku agak sedih sebab takut Incik Sopi tak dapat nak teman aku dalam labor room. Aku pun diam jelah dan pergi semula ke bilik wad aku untuk simpan handphone dan segala barang kemas. Bila tengok aku diam, baru nurse tu cakap, "Call lah husband awak sekarang. Suruh dia tunggu kat kaunter pendaftaran, nanti kita panggil." Hahaha. Tahu takut aku sentap.
.
Siap je call Incik Sopi, aku dihantar ke labor room. Doktor kat labor room pulak macam tak percaya bukaan dah 7 cm sebab dia tengok perut aku macam tinggi lagi. Errkk... memanglah perut tinggi dah aku memang tinggi. Aku dengar doktor tu sembang sesama diorang. Diorang cakap kalau bukaan baru 4 cm diorang suruh hantar balik aku ke wad. Wei... janganlah main pas-pas macam ni. Aku tengah bertarung nyawa ni tau.
.
Bila doktor cek bukaan, memang dah 7 cm. Doktor pecahkan air ketuban. Dan dengan aircond yang agak kuat dalam labor room tu, aku menahan sakit sambil menahan sejuk. Bayangkan, kaki aku menggigil sebab dua benda yang berbeza. Huhu.
.
Dalam pukul 4.00 lebih camtu, Incik Sopi masuk dengan hanya pakai T-shirt, sweater dan selipar buruk. Haha. Sempoinya Hospital Seremban ni, takyah pakai baju khas pun untuk teman isteri bersalin. Tapi tak kesahlah, Incik Sopi ada kat tepi aku jadi aku lebih kuat untuk tahan sakit.
.
Aku dengar cakap doktor tu. Dia cakap bila rasa sakit teran je biar jalan buka. Sebenarnya aku duduk dalam labor room tu takdelah lama pun, tapi disebabkan sakit rasa macam lama pulak. Incik Sopi genggam tangan aku kuat-kuat dan cakap kalau aku nak ramas tangan dia sekuat hati pun dia bagi harini. Genggamlah tangan dia sekuat hati. Biar dia sakit sama. Hahaha.
.
Hai, saya lahir pukul 5.09 pagi
.
Beberapa lama aku berjuang, akhirnya seorang bayi lelaki selamatlah dilahirkan tepat jam 5.09 pagi pada 25 November 2016 hari Jumaat. Alhamdulillah aku bersalin normal. Haha. Aku takut czer sebenarnya sebab orang kata penjagaan dia lagi rumit. Yelah, belah perut kot. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusanku dalam melahirkan seorang lagi khalifah-Mu didunia ini. Huhu.
.
Muhammad Qayl Sufi
.
Nama baby aku dah fikir siap-siap sejak pregnant lagi. Muhammad Qayl Sufi. Qayl maksudnya Raja / Pemerintah dan Sufi maksudnya ahli tasawwuf.
.
Ibu doakan Qayl jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu bapa. Kami sayang Qayl 1000%!
.
p/s: Elak punya elak, akhirnya bersalin awal jugak. Tak kesahlah, yang penting anak aku keluar selamat dan sihat